29 Coming Back For You

Crime Completed 131702

Muncul saja di muka pintu pejabat, Kesha terus menerpa..Terkejut beruk Lovely dibuatnya.

"Betul jangkaan kita Love, suami tak guna Puan Qistina tu mengugut untuk ambil hak penjagaan anak-anak mereka kalau Puan Qistina tidak tarik balik kes saman tu."

"Dasar laki tak guna betullahh!! Dahlah culas menjalankan tanggungjawab pada isteri dan anak..Harap-harap Puan Qistina tak termakan dengan muslihat lelaki jahanam tu, aku benar-benar mahu kenakan dia cukup-cukup tau..Hishh!!" Seraya berkata, Lovely menghempas punggung atas kerusi. Geram!! Pagi-pagi dah buat darah orang menggelegak tau!

"Bodoh benar kan, dia ingat semudah itu nak dapatkan hak penjagaan dengan perangai hantu macam tu?" Kesha menyampuk lalu duduk bertentangan.

"Sebenarnya suami dia punya kelebihan dari segi ekonomi, Kesh.." Lovely mulai mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan jemari, kening terbengkok menandakan yang dia sedang memikirkan sesuatu.

"Kesh, aku nak kau call Puan Qistina, aturkan perjumpaan hari ni. Kita perlu pastikan yang dia telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Aku tak nak dia lepaskan lelaki durjana tu bila diugut nanti."

Kesha angguk lalu berlalu. Tidak lama kemudian, Kesha muncul semula. Wajah kelihatan tenang tanpa secebis senyuman.

"Puan Qistina sedang berniaga di bawah Program Wanita Peneraju Ekonomi Keluarga yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sebuah universiti francais dengan kerjasama sebuah syarikat korporat di Dewan Tun Mustafa."

Lovely tenung Kesha dengan perasaan bercampur baur.

"Habis tu anak-anak dia?"

"Yang besar sekolah, dua yang kecil tu dibawa bersama."

Lovely tersandar lesu di penyandar kerusi. Memori sewaktu kecil bersama ibu terimbas di layar fikiran. Dia mengikut ibu ke hulu ke hilir menjual kuih. Ketika mulai bersekolah, separuh kuih muih jualan ibu dia jinjing untuk dijual kepada kawan-kawan. Susah memang susah, tapi dia gembira! Sedih mengenangkan wanita yang teraniaya oleh lelaki yang bergelar suami.

"Aku akan menyusul Puan Qistina. Kau nak ikut?" Seraya berkata, punggung diangkat dan badan ditegakkan.

"Bolehke? Nak nakk..."

Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Hari ini, Lovely bawa sendiri kereta sport miliknya. Ren awal-awal lagi telah meminta orang suruhannya menghantar kereta ke rumah Lovely. Bukan hanya kereta, beberapa buah beg besar berisi pakaian serta barang-barang keperluan Ren juga dihantar. Sempat bertekak gara-gara penuh bilik sempit Lovely dengan barang-barang Ren.

"Kalau tak puas hati, jom robohkan bangunan ni dan bina sebuah rumah yang boleh park sepuluh buah kapal terbang!" Terngiang-ngiang sindiran pedas Ren Raizen bila Lovely mulai bising.

Huh, memang menjengkelkan! Dalam masa yang sama...Menarik hati, macam ada tarikan magnet! Lovely cuba menumpukan perhatian pada pemanduan, mengusir jauh-jauh lelaki itu dari kotak fikiran. Rindu ke? Tak sampai pun dua jam terpisah Lovely oii!!

Henfon dalam beg tangan tiba-tiba menjerit minta diangkat. Kesha yang duduk di sebelah pemandu membantu menarik keluar henfon dari dalam beg untuk diserahkan pada Lovely. Bola mata sempat mengerling skrin, untuk melihat siapakah gerangan si pemanggil. Sebelah kening terjungkit tinggi.

"Guy from hell?!!"

Meleret sengih Lovely dengar. Aah.. Macam tau-tau je mamat ni apa yang sedang difikirkan oleh Lovely tau..

"Where are you going?"

Uit! Terjongket kedua belah kening. Bola mata pantas dihala ke cermin pandang belakang. Apa dia sedang diekori ke? Gila!! Tak kerja ke mamat ni?!

"Kau ekori aku ke?" Terus jadi kasar nada suara.

Tergagap-gagap Ren di talian.

"Erk..Tak! Kebetulan.." Beralasan pun kena logik jugak Ren Raizen oii!

"Kerja aku..Kena kumpul bukti Ren..Dahlah, aku tengah memandu ni..Jangan ekori aku lagi, faham tak?"

"Eh, orang sibuk tau..Jangan perasan aku ekori kau! Dah..Balik awal. Jangan melencong pulak, bye!"

Ah..Tu dia!! Kura-kura dalam perahu, dah buat tak nak ngaku..Tak menyebalkan ke tu? Macamlah kita ni bodoh sangat. Usai panggilan dimatikan, sebuah kereta sport warna hitam memotong kereta Lovely dengan laju dan terus hilang di lebuhraya..Mengada!

Sesampainya di destinasi, Lovely dan Kesha menyerusup di celah-celah orang ramai, cuba mencari kelibat Puan Qistina. Happening betul tempat ni, sambutan sangat-sangat menggalakkan!

"Tu hah..Puan Qistina!" Bola mata Lovely dan Kesha dipaku serentak ke arah muncung bibir Kesha.

Mereka berdua segera menghampiri. Puan Qistina berada di booth menjual produk-produk kecantikan. Dua anaknya yang masih kecil berada di ruangan belakang, sedang duduk di atas tikar getah. Bagus betul anak-anak Puan Qistina ni, walaupun masih kecil, umur dalam lingkungan lima dan tiga tahun..Seolah memahami kesibukan ibu mereka, diam-diam duduk sambil menonton kartun dalam tab.

"Hi..Sibuk nampak.." Lovely menyapa mesra sebaik sahaja berada di depan meja jualan.

"Ehh..Cik peguam tu kan? Cik...Erk..Love?" Cuba meneka dengan wajah kurang pasti.

Lovely tersenyum manis lalu mengangguk.

"Maaf Cik Love..Saya tidak dapat penuhi permintaan cik untuk bertemu..Tengoklah..Busy sangat hari ni." Keluh Puan Qistina. Wajah nampak penat.Tapi ada kepuasan di situ, mungkin hasil pendapatan memuaskan kot.

"Takpe puan, saya faham. Sebab tu saya ada dekat sini. Saya cuma mahu bertanya beberapa soalan. Tu pun kalau puan dah tak sibuk.."

"Eh, boleh je. Cik datang tepat waktunya.. Sekarang kurang pelanggan, semua tengah lunch kot. Saya pun baru nak lunch dengan budak-budak ni. Masuklah dulu, jemput duduk.."

Lovely dan Kesha bertatapan buat seketika. Terasa menganggu pulak, namun bila lihat keikhlasan yang terpancar pada wajah ayu Puan Qistina, mereka berdua terus bergerak ke belakang lalu duduk bersebelahan di atas tikar getah yang dibentang atas lantai bermarmar.

Puan Qistina menarik mangkuk tingkat dari dalam bakul kain.

"Cik berdua dah makan? Saya ada bawa makanan dari rumah ni, kalau sudi jemputlah makan.."

"Ehh..Takpe puan. Kita dah sarapan tadi..Puan makanlah dulu bersama anak-anak ya." Pantas Lovely menolak lembut, segan terus dengan kebaikan Puan Qistina.

"Kalau cik nak..Jangan segan, ambil saja ya. Saya memang sengaja bawa lebih sebab tak pasti jam berapa baru selesai."

"Takpe, kita masih kenyang. Puan, anak puan yang sekolah tu siapa ambil nanti?"

"Suami ambil dan hantar di rumah mentua. Nanti saya singgah bila balik."

Hurm...Berguna juga pula laki jahanam dia ni!

"Suami puan ada cakap apa-apa tak tentang kes saman yang kita failkan tu?"

Wajah Puan Qistina berubah murung. Suapan di mulut anak kecilnya terhenti sebentar.

"Dia mengamuk, sudah beberapa hari tak balik rumah. Dia ugut nak ambil budak-budak ni kalau aku tak tarik balik semua aduan tu."

"Puan rasa apa yang puan nak sekarang? Teruskan...atau batalkan?"

"Saya tetap nak teruskan cik. Saya tahu dia berada di rumah perempuan tu sekarang."

Lovely dan Kesha berbalas pandangan.

"Kalau nak teruskan, saya sokong seratus peratus. Mereka berdua memang patut dihukum. Tapi..Adakah puan dah bersedia dari segi fizikal dan mental? Bukan hanya suami, mungkin orang sekeliling puan akan terusan menyerang samada secara fizikal ataupun mental..Puan harus kuat."

"Saya dah fikir masak-masak, saya takkan berundur!"

"Baik puan..Saya akan sentiasa bersama puan. Puan boleh hubungi saya bila-bila masa..Tak kira samada ianya tentang kerja mahupun peribadi..Saya akan bantu puan sedaya yang termampu.."

Berkaca-kaca bola mata Puan Qistina merenung silih berganti pada Lovely dan Kesha. Perlahan, Lovely mendekati lalu memeluk Puan Qistina. Sesungguhnya, Lovely faham perasaan wanita itu walaupun tidak pernah diluahkan. Lovely sendiri pernah melihat dan berada di situasi itu bersama ibu. Sebab itu dia benar-benar mahu membantu..Ikhlas tanpa mengharap apa-apa!

"Maaf kerana sudah ambil waktu lunch puan ya. Lebih baik kami beredar sekarang..Puan kena kuat tau, ingat satu sahaja..Semuanya akan berlalu..Tiada yang kekal puan..Apabila semua ini berakhir, puan pasti akan tersenyum bahagia bersama anak-anak puan..Percayalah.."

Puan Qistina angguk sambil menyeka perlahan pipi yang mulai basah. Ibu..Selama ini Lovely ingat merekalah manusia paling malang, rupanya banyak lagi yang mengalami nasib lebih teruk..Sesungguhnya nasib ibu baik sedikit, cuma punya seorang anak..Bagaimana dengan Puan Qistina dan banyak lagi wanita malang di luar sana? Dibiarkan terkapar-kapar bersama anak-anak yang masih kecil?

Lovely benar-benar kagum dan bangga dengan usaha badan-badan dan syarikat korporat yang banyak membuka peluang untuk membantu golongan yang tertindas terutamanya wanita. Usaha ini patut dipuji..Kalau zaman ibu dahulu ada peluang seperti ini, pasti ibu tak lepaskan. Rindu ibu...

"Dijemput para hadirian yang ada di dewan untuk bersama-sama turut serta dalam majlis perasmian Program Wanita Peneraju Ekonomi Keluarga.."

Sempat mendengar suara pengacara majlis ketika melintas berhampiran dengan pentas utama dewan yang kini mulai dihurung oleh manusia. Tepukan gemuruh bergema. Lovely dan Kesha meneruskan langkah, tak berminat mahu turut serta.

"Bagi memberi ucapan dan seterusnya merasmikan program, dijemput Puan Sofeya William, pengarah Kolej Unity untuk mengiringi Tuan Raqiel Amoris, pengarah Avenue Corporation untuk memberi ucapan, dipersilakan.."

Langkah kaki Lovely terhenti serta merta. Kepala langsung terpusing ke arah pentas. Mungkin kerana nama yang didengar, mungkin juga kerana mahu kepastian lantaran rasa tidak yakin pada pendengaran.
. "Wowww!!!! Gila ehh..Tak sangka pengarah tu muda lagi dan kacak bangett orangnya!" Kesha sendiri terpegun, kaku tidak bergerak memandang ke arah pentas.

Lovely diam tidak berkutik, hanya bola mata terusan dipaku ke arah figura yang kini sedang menyampaikan ucapan di hadapan pentas. Begitu yakin dan berkarisma..

Raqiel Amoris!

Kali terakhir dilihat semasa insiden Ren dan konco-konconya pecah masuk ke dalam bilik Raqiel dan menembak Lovely. Sejak itu, hilang tanpa khabar. Begitu juga dengan Ren. Namun setelah beberapa waktu, Ren muncul semula. Jadi tak hairan kalau Raqiel turut membuat kemunculan semula. Lovely mengeluh dalam hati...Akan berlaku lagikah perang antara dua manusia yang bermusuh itu? Akan tersepit lagikah dia di tengah-tengah?

Tiba-tiba bola mata mereka bertembung. Lovely tersentak sampai terundur setapak ke belakang. Ohh..Ni petanda tak baik! Lovely cepat-cepat berpaling membelakangi pentas. Tangan Kesha disambar dengan laju, mahu membawa Kesha pergi dari situ.

"Love..Wait!!!" Aduh! Pehal jerit dekat mic Raqiel oii!! Bergema satu dewan dengan namanya huhu..

Kesha kerut dahi, merenung Lovely kemudian bola mata beralih ke pentas dengan wajah penuh curiga.

"Ahh..Korang saling mengenali.." Ada bau-bau perlian pada nada suara Kesha.

"Jom blah cepat Kesh.." Tak peduli langsung dengan pandangan curiga Kesha, Lovely terus tarik tangan Kesha.

"Love!!!"

Belum sempat sampai ke pintu, tangan Lovely disambar dari arah belakang.

"Please..Stop running away!"

Ehh main tuduh-tuduh pulak..Siapa yang lari? Dia? Taklahh..Dia cuma tidak mahu ada masalah timbul, Jera tau tersepit antara dua manusia ganas yang hanya tahu melepaskan tembakan je!

"Kesha..Tunggu aku kat kereta." Lovely baling kunci pada Kesha. Dia tidak mahu Kesha terlibat sekiranya ada masalah kelak. Lelaki seperti Raqiel bukan boleh diharap sangat.

Kesha angguk lalu berlalu tanpa banyak soal. Dia simpan ler tu, nanti dekat ofis berjela-jelalah soalan dihambur.

"Let's talk Qiel..But not here.." Lovely tidak selesa bila semua mata memandang ke arah mereka, tidak kurang juga yang mencuri-curi mengambil gambar mereka..Biasalah nak lakukan majalah huhu..

Raqiel angguk faham lalu mengajak Lovely keluar. Mereka masuk ke dalam sebuah coffee house yang terletak di luar bangunan dewan.

"What happened to you Qiel?"

Raqiel tunduk menekur lantai. Wajah berubah suram.

"I was in hiatus because of my trauma Love. Aku menjalani terapi dan rawatan psikologi. Now I'm back and I was crazily looking for you."

Lovely terperangah. Tak menyangka yang Raqiel masih berharap. Lovely diam, mencari kata-kata yang sesuai supaya Raqiel faham yang mereka berdua tak mungkin dapat bersama seperti dahulu. Semua telah berubah sejak kemunculan Putra aka Ren Raizen!

"Qiel..Rasanya ada perkara yang kau masih tak tahu tentang aku.. Aku dah kahwin Qiel, and yes..I married Ren Raizen."

Raqiel pantas berdiri. Meraup wajah beberapa kali sebelum memandang Lovely dengan riak wajah tidak percaya.

"That's ridiculous!!"

"It's true!"

Raqiel mundar mandir di depan Lovely, wajah bingung dan bercelaru. Tiba-tiba menghampiri lalu berlutut di hadapan Lovely. Kedua belah tangan Lovely digenggam erat.

"You're mine Love...Always be mine..My baby, my love! Aku tak kisah apapun yang berlaku sebelum ini..Now I'm back, tinggalkan Ren... Be with me Love.."

"Qiel..Aku tak boleh.." Tangan yang digenggam oleh Raqiel cuba dibebaskan. Tak berjaya! Kuat sungguh cengkaman Raqiel, seolah tidak mahu melepaskan Lovely sampai bila-bila.

"Why Love?" Raqiel terusan mendesak.

"Because...Because..." Lovely terdiam sebentar.. Sebab apa eh? Sempat berfikir sungguh-sungguh.

"Because...I loved him!" Ahh, terlepas akhirnya.. Lega sungguh rasanya.

Malangnya hati mulai berbelah bagi bila lihat bola mata Raqiel digenangi air mata..Bibir bawah digigit tanpa sedar...Mengapa dia dihimpit rasa bersalah pulak ni?

"But I'm the one who love you the most Love! Cinta kita...Tolong jangan kata kau dah lupakan dengan mudah Love..Dalam ni..." Dada ditepuk dengan kuat..

"Masih bersemarak cinta untuk kau, tak pernah padam ditelan waktu..How could you forget me easily Love? Kalau macam tu, rasanya tak guna aku hidup..Tak guna aku bersungguh-sungguh mahu pulih..Lebih baik aku mati saja!"

"Qiel!! Tak baik cakap macam tu!!" Lovely membentak dengan suara agak tinggi.

"Aku berusaha untuk hidup dan kembali pulih semata-mata untuk kau Love. Nampaknya semua itu tak guna sekarang, kau jatuh cinta dengan lelaki yang paling aku benci, lelaki yang musnahkan seluruh hidup aku, lelaki yang rampas semua milik aku!!"

Mendengar luahan Raqiel, semakin menebal rasa bersalah dalam diri Lovely. Kejamkah dia kerana jatuh cinta pada manusia yang memisahkan dia dari cinta pertamanya itu? Harus bagaimana dikawal hati? Teringat janji-janji yang pernah terlafaz di hadapan Raqiel suatu waktu dahulu bahawa dia akan setia hingga roh terpisah dari jasad..Sekarang apa jadi?

"It's okay, kau boleh teruskan hubungan kau dengan Ren. Tapi aku takkan menerimanya, kau nyawa aku Love..Bila nyawa meninggalkan tuannya, apa jadi?" Raqiel berdiri lalu menyeka air mata.

Lovely jadi panik lantas memegang tangan Raqiel.

"Jangan buat benda bodoh Qiel! Aku takkan maafkan kau sekiranya kau buat benda bodoh, kau faham tak ni?!"

"Aku dahpun terlanjur buat perkara paling bodoh Love.. Mencintaimu!"

Ya Tuhan! Lovely hampir terduduk mendengarnya! Sayu hati melihat Raqiel melangkah longlai meninggalkan dia. Mahu mengejar, akal fikiran menghalang..Biarlah Raqiel bertenang dahulu..Sampai kelibat Raqiel menghilang, barulah Lovely mulai orak langkah untuk meninggalkan restoran itu. Sekali sekala bola mata meliar. Terperasan sesuatu, ini pertama kali pertemuan dia dan Raqiel berlangsung dengan aman damai tanpa ada adegan tak terjangka yang merbahaya. Menakjubkan!

* * * * * *

"I told you to stay away away from her!!!!"

BUK! BUK! BUK!!

Terlentang sekujur tubuh sasa di atas rumput, erangan kecil terpacul keluar dari bibir merah dipenuhi darah pekat dan likat. Cuba gagahkan diri untuk bangun dan menyerang balas, namun si penyerang begitu tangkas, langsung tidak memberi peluang. Tumbukan bertubi-tubi dihalakan semula, menusuk perut hingga ke tulang rusuk. Jatuh semula. Terhuyung hayang bangun sambil mengesat darah yang mulai memenuhi wajah.

"You should just kill me!!" Masih berani mencabar walaupun sudah hampir tertewas!

"On my way!!"

Si penyerang mulai mara untuk menyerang semula. Hanya dibiarkan, menanti dengan pasrah, seolah-olah sudah bersedia bertemu malaikat pencabut nyawa. Untuk apa bertahan sekiranya semua telah dimusnahkan dan dirampas oleh manusia durjana di depannya itu?

Tendangan diselangi tumbukan bertubi-tubi buat dia tidak manpu untuk bangun semula. Membiarkan diri disepak terajang hingga akhirnya si penyerang berhenti lalu duduk mencangkung di sebelahnya.

"Wish to die right now?"

"You already killed me long time ago Ren!" Sengih sinis dilebarkan.

"You deserved the pain Raqiel!! You're the reason everything collapsed in the first place.. You shouldn't be born!!"

"Yeah..I shouldn't...Put all the blame on her, not me..I didn't do anything Ren..Why gave me so much pain?"

"Because you're the reason she left Raqiel Amoris!!!" Ren Raizen menjerit sekuat hati, melampiaskan kemarahn yang terbuku di hati dengan menyerang semula Raqiel Amoris yang sudah terbaring lemah di atas tanah.

"Stooppp!!!!"

Ren terpaku. Rahang terkancip kuat. Lengan kelihatan sedikit menggeletar..Nampak sungguh amarah sedang menguasai! Langsung tidak menoleh ke arah pemilik suara itu.

"Oh my god Qiel!!!" Si pemilik suara nyaring itu berlari laju menghampiri Raqiel.

"Are you crazy?!!! Do you really want to kill your brother?!!" Air mata berjuraian jatuh membasahi wajah wanita itu.

"He's not my brother!!!"

"Yes he was Ren Raizen!!" Wanita itu menghampiri Ren.

"Raqiel Amoris adik kandung kau! Ibu sedang mengandung dua bulan ketika ibu keluar dari rumah! Ibu akui kebodohan ibu dibutakan oleh cinta..Tapi Raqiel bukan dari benih lelaki lain.. Papa kau dah buat dna test Ren..Cukuplah.. Hentikan perselisihan ini..Maafkan ibu sayang.. Tapi ibu mohon, henti lukai Qiel...Dia disahkan mengidap leukemia tahap 1.."

Ren Raizen terpempan, berundur beberapa langkah ke belakang sebelum jatuh terduduk di atas rumput.

Awal menjengah hik hik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience