“Apa? Died?!!” Kesha bingkas bangun menegakkan badan. Bola mata bertaut dengan Lovely yang sedang khusyuk meneliti sebuah fail klien.
Kesha mati-mati menyumpah kelancangan mulut sendiri di dalam hati. Lovely Scarlett baru sahaja kembali bertugas selepas seminggu berkabung, berkurung dan langsung tak keluar rumah.
Walaupun kini Lovely nampak lebih tenang, namun Kesha tahu gadis itu cuma berpura-pura depan semua orang. Hakikatnya, kehilangan Ren Raizen meninggalkan sebuah lubang besar dalam jiwa Lovely.
Renungan tajam Lovely membuat Kesha semakin tidak keruan. Mahu keluar menyambung perbualan dalam telefon supaya Lovely tak dengar macam tak kena dah! Pasti patah tengkuk dikerjakan oleh minah ganas tu!
“Post mortem dah keluar ke? Pasal apa? Oh..Ya betul, saya rakan sekerja dia..Baiklah, nanti saya sampaikan. Terima kasih.” Mahu tak mahu, perbualan terpaksa diteruskan di depan Lovely.
Usai menamatkan panggilan dan henfon diletakkan semula di atas meja, Kesha membalas tatapan tajam Lovely. Serba salah mahu memulakan bicara. Lovely menyandarkan badan di penyandar kerusi lalu berpeluk tubuh. Wajah masih terpamer tenang, sabar menunggu Kesha membuka mulut.
“Love…Aku tak pasti ini berita menyedihkan atau menggembirakan. Aku tahu kau masih bersedih, tapi…urm.. Pihak polis minta kau datang ke bilik mayat untuk pengesahan.”
Lovely menatap Kesha dengan pandangan sayu. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri bahawa dia takkan menangis lagi terutama di depan orang-orang yang pasti akan turut bersedih melihat dia sedih.
“Love..Ianya…”
“It’s okay Kesh, aku akan pergi. Don’t worry, I’m good..”
“Love, bukan macam tu. Ia…”
“Kau dah lama bersama aku Kesh. Kau tahu kan bertapa kuatnya seorang Lovely Scarlett? I’ll go alone. Take care of everything here while I’m gone.” Usai menoktahkan bicara, Lovely bingkas bangun. Bersiap-siap mahu keluar.
Kesha terkesima beberapa saat. Mati kata bila setiap kali mahu mengutarakan kata setiap kali itu juga dicantas laju oleh Lovely tanpa sempat diakhiri.
Ahh…Biarkan jela..Rungut hati kecil bila lihat Lovely sudah mengorak langkah menuju ke pintu.
Lovely Scarlett terus keluar tanpa memandang wajah Kesha. Dia tidak mahu Kesha lihat wajah mendungnya saat itu. Selepas memandu hampir setengah jam, Lovely sampai ke destinasi yang dituju. Bilik mayat hospital!
Lovely mengambil masa hampir setengah jam diam di dalam perut kereta, cuba menenangkan diri. Sejak dari ofis, macam-macam persoalan memenuhi kepala namun cuba ditepis.
Takut? Teramat sangat!
Sedih? Terlalu penat!
Sunyi? Rasa nak mati!
Harapan? Umpama bintang di langit, terlalu tinggi untuk digapai!
Kini, Lovely cuma mampu pasrah dan berserah! Sedang sedaya upaya mempersiapkan hati terhadap segala kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik sahaja masuk ke dalam bilik mayat itu kelak.
Akhirnya, sekujur tubuh Lovely terpacak di pintu masuk hospital kerajaan terbesar di kota raya itu. Setenang yang termampu menapak masuk menuju ke kaunter pertanyaan.
Selepas diberitahu arah bilik mayat, Lovely meneruskan langkah. Debaran yang memukul-mukul dada sudah tidak mampu ditenangkan, semakin hampir semakin bertalu-talu pukulan, hingga terasa hampir nak pecah dada.
Ketika sampai di muka pintu bilik mayat, Lovely bertembung dengan dua pegawai polis yang baru keluar dari bilik tersebut. Salah seorang dari pegawai polis itu segera menahan Lovely.
“Maaf, cik ni siapa?” Pegawai polis itu terus bertanya.
Lovely segera mengeluarkan identity card dari dalam dompet dan diberikan kepada salah seorang dari mereka.
“Lovely Scarlett tuan, saya diarahkan ke sini bagi tujuan pengecaman mayat.”
Pengawai polis itu meneliti sebentar kad pengenalan yang diberi lalu mengangguk perlahan.
"Cik Lovely..Izinkan saya perkenalkan diri dahulu ya. Nama saya Kamarul, dan di sebelah saya ialah Aril.”
Lovely menundukkan sedikit kepala sebagai tanda perkenalan. Kedua-dua pegawai polis tersebut turut menurunkan kepala.
“Satu mayat telah ditemui di pesisir sebuah pantai. Orang kampung berdekatan menemui mayat tersebut dan terus membuat laporan polis.”
Lemah tempurung lutut mendengar penerangan pegawai polis itu. Sedaya upaya ditahan air mata dari merembes keluar. Entahlah, berkali dikuatkan hati, namun tetap juga goyah bila mendengar setiap patah perkataan yang meniti di bibir polis itu.
“Pada mulanya memang agak sukar untuk mengecam mayat, separuh bahagian telah dimakan hidupan di laut. Termasuk cik, sudah lapan keluarga yang datang membuat pengecaman, semua adalah keluarga yang pernah membuat laporan kehilangan.”
Lovely angguk mengerti, wajah terpampang tenang. Hanya sang pencipta yang tahu gelora yang melanda jiwa.
“Cik ada apa-apa soalan sebelum kita masuk ke dalam?”
Lovely geleng perlahan. Malangnya ketika daun pintu ditolak oleh salah seorang pegawai polis berkenaan, Lovely hampir tidak mampu melangkah. Dada tiba-tiba panas, hampir tidak mampu menyedut oksigen masuk ke paru-paru.
“T..Tuaann! Ma..Maaf..Saya mahu ke tandas sebentar!” Tanpa menunggu balasan, Lovely terus paling badan lalu melangkah besar-besar meninggalkan kawasan tersebut.
Tiba-tiba dia rasa takut menghadapi kenyataan lalu diserang panik! Bola mata mulai digenangi air mata hangat. Hampir berlari anak menuju ke tandas.
Segala macam rasa yang bergumpal di hati dikeluarkan di dalam tandas melalui tangisan pedih. Sampai terenjut-enjut bahu menahan esakan. Dalam hati doa dipanjatkan pada yang Maha Esa semoga tubuh kaku tidak bernyawa yang bakal dilihatnya nanti bukanlah lelaki itu.
Setelah hampir lima belas minit, Lovely keluar semula dengan wajah segar bugar walaupun bola mata masih merah dan kelihatan basah. Dia sedar dia takkan mampu mengelak, dia kena hadap juga walaupun rasa seperti nyawa sedang berada di hujung tanduk sekarang ini.
Ketika sampai di depan pintu bilik mayat, Lovely tercengat beberapa saat sebelum memusing tombol pintu. Dua pegawai polis itu sudah tidak kelihatan, mungkin sedang menunggu di dalam bilik tersebut. Baru hendak menolak daun pintu, tombol ditarik dari arah dalam bilik.
Tersentak sedikit lalu menapak selangkah ke belakang Lovely dibuatnya. Hampir terlanggar bahu. Lovely memiringkan tubuh, untuk memberi laluan pada manusia-manusia yang mahu keluar dan nampak seperti dalam keadaan tergesa-gesa itu.
“It’s her..” Walaupun suara itu hampir berbisik, telinga tajam Lovely masih mampu mendengar.
Wajah yang sedikit menunduk tadi terus didongakkan untuk melihat empunya badan yang baru hendak melintas di depannya. Nampak terkocoh-kocoh mahu pergi dari situ, sampai tak sempat lihat wajah di sebalik hoodie dan topi. Kedua-dua lelaki yang baru keluar dari bilik mayat itu berpakaian sama, menyelindungkan wajah!
Hati berdetak! Jantung mulai mengepam dengan laju. Automatik langkah dibuka, mahu mengejar. Bibir bergerak-gerak, mahu menjerit sekuat hati untuk memanggil, malangnya tiada suara yang keluar dari anak tekak. Semakin dikejar, semakin laju pula dua lelaki misteri itu bergerak pergi.
“Cik!! Cik Lovely!!” Suara jeritan dari bilik mayat membuatkan langkah kaki Lovely terhenti serta merta. Hati gelisah dan berbelah bagi.
“Cik nak ke mana lagi tu? Kita dah lama tunggu, tolong jangan buang masa lagi!”
Arghh!!! Bola mata terusan menyoroti dua figura yang semakin lama semakin menjauh. Jemari terkepal erat.
Teruskan…Atau berpaling?
“Cik Lovely!!”
Persetan!!
Kaki diorak, semakin lama semakin laju..Mengejar dengan gaya seorang sprinter tak berapa nak profesional yang jarang-jarang ditunjukkan di mata umum!
“Cik Lovely Scarlett!!”
Jeritan lantang yang hampir memenuhi setiap ruang di kawasan legar itu hanya dipandang sepi. Sampai di luar bangunan hospital, sebuah kereta sport mewah warna merah garang melintas laju di depan Lovely. Tak sempat pun nak lihat pemandunya!
Lovely terpempan!
Buat sesaat, hanya terpaku kaget sambil bola mata bergolek mengiringi pemergian kereta itu. Tersedar, pantas dia berlari mengerah segala kudrat yang ada untuk mengejar.
“Heyy!!! Tunguuuu!!!”
Tahu semua sia-sia, kereta sport merah itu sudah sayup-sayup kelihatan sebenarnya. Tapi kerana desakan hati, tetap juga mahu mengejar hingga nafas jadi semput dan tercungap-cungap.
Berhenti bila bayangan kereta itu sudah tidak kelihatan. Namun, untuk berputus asa..Tak mungkinlah buat masa sekarang bila bibit-bibit harapan mulai bertunas.
Badan dipalingkan, dengan nafas masih semput meneruskan larian menuju ke bilik mayat semula.
“Cik Lovely!” Terkejut pegawai polis yang memakai tanda nama bertulis Kamarul bila Lovely tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik mayat lalu menerpa ke arahnya.
“Tuan! Siapa dua lelaki yang baru keluar dari sini tadi?” Dengan nafas termengah-mengah, Lovely terus melontar pertanyaan dalam satu helaan nafas.
Terperangah sesaat Kamarul disergah oleh Lovely. Bola mata mereka bertaut buat seketika.
“Apa pula kaitan dua lelaki tu tadi dengan Cik Lovely? Cik dipanggil datang untuk buat pengecaman bukan? Tahukah cik yang cik ni dah banyak buang masa kami berdua?”
“Tuan, saya perlu tahu siapa lelaki itu, tolong bagitahu saya tuan. Ini berkaitan dengan hidup mati saya.” Amboi, terdesak sangat Lovely Scarlett nampaknya! Tak kisah jika dia nampak macam orang gila ke apa, yang penting segala persoalan yang hampir meledakkan otak perlu diredakan.
“Cik Lovely, mereka berdua tadi tu pun sama seperti cik, datang untuk membuat pengecaman.”
“Pe…Pengecaman? Si..Siapa? Mayat yang mana satu? Boleh tuan tunjukkan tak?”
“Jom saya tunjukkan.”
Lovely terus membuntuti pegawai polis yang diberi nama Kamarul itu menuju ke peti mayat. Hampir saja ditolak belakang polis itu bila dirasakan terlalu lambat pergerakannya.
Membulat sepasang mata Lovely sebaik sahaja melihat tulisan yang terpamer di pintu laci mayat. Segera dipandang wajah Tuan Kamarul dengan mata dipenuhi tanda tanya.
“F…Female?” Hampir tak keluar suara akibat rasa terkejut.
Kamarul mengangguk.
“Dan seorang lagi ditemui di perkampungan sebelah, cik boleh buat pengecaman selepas ini. Kita mulakan dengan ini dulu.”
Peti mayat ditarik perlahan-lahan. Mencanak bulu roma mendengarnya, seram menyelubungi..Lain benar rasanya bila dikelilingi jasad tidak bernyawa.
Walaupun hati sudah tiada di situ, Lovely tetap mendekat untuk melihat dengan lebih jelas. Tak guna! Kalau saja awal-awal dia tahu yang mayat itu adalah seorang perempuan, baik dia tak payah buang masa dan tenaga untuk datang.
Mati-mati menyalahkan Kesha kerana tidak mejelaskan dengan lebih terperinci mengenai hal tersebut juga pegawai polis itu kerana membuatkan dia terlepas dua jejaka misteri itu tadi.
Tapi bila difikirkan, silap dia juga. Terlalu awal membuat spekulasi tanpa beri kesempatan pada Kesha untuk bagi penjelasan. Lovely terusan merungut-rungut dalam hati. Benar-benar tidak puas hati!
“Oh my god!!” Hampir tertonjol keluar biji mata sebaik sahaja melihat wajah mayat yang terbaring kaku itu dengan jelas. Mulut yang ternganga luas segera dicekup.
Tuan Kamarul memaku pandangan tajam.
“Cik kenal ke?”
Lovely segera angguk.
“B..Belinda..Dia anak tiri Dato Mokhtar..”
“Dato Mokhtar tu ayah kandung cik kan?”
“Tak, dia cuma penyumbang sperma, dia bukan siapa-siapa!”
Tuan Kamarul terdiam. Hanya bola mata terpaku tajam, meneliti raut wajah Lovely dengan serius.
“Baiklah, cik cuba lihat mayat di sebelah ni pula.”
Tuan Kamarul beralih ke pintu sebelah lalu menarik keluar peti besi itu perlahan-lahan. Sekali lagi Lovely terkejut! Tak berkelip dia merenung wajah yang hampir separuh rosak mungkin disebabkan serangan hidupan di laut. Wajah kembang dan pucat lesi..Mengerikan!
“Cik kenal mayat ni?”
Lovely angguk lagi. Dia memang tidak pernah bertemu empat mata dengan perempuan itu, tapi wajahnya sering terpampang di media bersama Dato Mokhtar.
“Ini isteri Dato Mokhtar kan?”
Kamarul mengangguk lalu menulis sesuatu di dalam buku notanya.
“Jadi, bolehkah saya pergi sekarang?”
Kamarul mendongak, memandang Lovely dengan hairan.
“Sampel akan dihantar ke makmal untuk pengesahan. Selepas itu, cik bolehlah uruskan pengebumian mereka.”
“Maaf, mereka tiada kaitan dengan saya. Saya tak rapat pun dengan mereka berdua, tuan boleh hubungi saudara terdekat mereka untuk uruskan hal tersebut. Kalau takde, buang balik je mayat tu kat laut, bagi kenyang ikan-ikan!”
Savage? Tak kisah! Manusia yang telah mengejami ibu tak patut diberi muka biarpun kini cuma jasad yang tinggal!
“Cik!!” Tuan Kamarul segera memanggil bila Lovely tergesa-gesa mahu pergi dari situ.
“Ada satu lagi cik, mayat baru dihantar pagi tadi untuk post mortem. Tapi rasanya tak perlulah cik buat pengecaman.”
Entah mengapa, tiba-tiba Lovely rasa seram sejuk! Hati berdebar-debar. Tuan Kamarul melangkah menuju ke peti mayat yang terletak di hujung. Lovely merenung pelekat di pintu peti. Ahh..Dah mati ke?
“Mati akibat serangan jantung.” Sambil memberi penerangan, Tuan Kamarul menarik keluar peti mayat tersebut. Lovely cepat-cepat buang muka, tak sudi nak melihat.
“Tak pernah ada rekod sakit jantung sebelum ini. Jatuh pengsan sejurus selepas isteri dan anak tiri perempuan datang melawat, tidak sempat dibawa ke hospital dah meninggal. Ini ayah cik, Dato Mokhtar Rozaimi.”
Sebenci-benci Lovely pada lelaki itu, terbit jua secebis simpati di hati. Memang lelaki itu tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai ayah pada dia, tapi bila dengar penerangan Tuan Kamarul, dia tiba-tiba rasa sebak.
Pasti Ibu Belinda telah melakukan sesuatu pada lelaki itu. Setelah habis semua harta Dato Mokhtar dijual, lelaki itu dianggap cuma menyusahkan. Kasihan Mokhtar! Wanita yang ditatang bagai minyak penuh, akhirnya mengkhianati lelaki itu!
“Nanti saya akan panggil cik ke balai selepas laporan post mortem keluar. Lepas tu cik boleh bawa mayat ayah cik dan uruskan pengebumiannya.”
“Maaf, saya juga tiada kaitan dengan lelaki ini. Macam yang saya cakap tadi, cuba hubungi saudara mara dia. Kalau takde, buang je mayat tu ke laut!”
Terpinga-pinga Tuan Kamarul dengar jawapan Lovely.
“Oh ya..Dua lelaki tadi..Mana satu mayat yang dilihat oleh mereka?”
“Semua yang ada di sini, tapi tak satu pun yang dikenali.”
“Baik, terima kasih tuan. Saya pergi dulu!” Langkah kaki dibuka besar-besar.
Dalam kepala sudah diset untuk ke satu tempat. Dia sangat yakin berdasarkan apa yang dia lihat walaupun cuma dari belakang. Kereta meluncur laju membelah lebuh raya.
Sesampainya di sebuah bangunan pencakar langit, Lovely meluru masuk dan terus menuju ke lift. Tak dipedulikan suara jeritan si penyambut tetamu yang cuba menghalang.
Berjaya menerobos masuk ke dalam lift, butang tingkat paling atas ditekan. Terus meluru ke pintu sebuah bilik pejabat yang sangat luas sebaik sahaja pintu lift terbuka. Seorang wanita kelam kabut menghampiri.
“Cik siapa? Ada buat temujanji ke?”
“Lelaki tu ada dekat dalam ke?” Lovely bertanya laju tanpa mengendahkan pertanyaan wanita tersebut.
“Cik..Tolong pergi sekarang kalau tiada temujanji dengan tuan!”
Tangan yang cuba memegang lengannya Lovely tepis kasar.
“Persetan dengan temujanji! Kau undur sekarang sebelum aku belasah kau wahai perempuan!!”
Walaupun riak wajah wanita itu jelas tergugat dengar ugutan Lovely, namun itu tidak menghentikan wanita itu dari terus cuba menghalang Lovely.
“Cik! Tolong jangan menyusahkan saya!!” Menjerit separuh merayu memohon supaya Lovely beri kerjasama dan segera beredar dari situ.
Terpanah dengan kata-kata wanita itu, Lovely berhenti lalu menengadah ke atas, bergolek bola mata mencari sesuatu di siling.
“Kau nampak cctv tu? Itu adalah bukti yang kau dah cuba halang aku tapi tak berjaya. Jadi, lepas ni kalau boss kau ambil tindakan, kau cari aku..” Sehelai kad dikeluarkan dari dompet lalu diserahkan pada wanita itu.
“Aku akan bawa kes ini ke mahkamah free of charge!” Bola mata dinaikkan semula, memandang tajam kamera cctv. Dua jari, iaitu jari telunjuk dan jari hantu diarahkan ke kamera kemudian ke sepasang mata sendiri yang menyampaikan isyarat ‘I’m watching you’.
Kalaulah ada manusia di dalam, pasti sudah lama keluar bila dengar bunyi kecoh di luar bilik kan, itu normal! Melainkan manusia dekat dalam tu dah tahu siapa pelakunya kerana melihat skrin cctv yang terpasang di dalam biliknya dan memilih untuk berdiam diri. Memang licik! Malanglah bila bertemu dengan Lovely Scarlett yang otaknya berlipat kali ganda liciknya.
“Now, let me in!” Arah Lovely dengan tegas. Wanita itu diam sesaat, ragu-ragu mahu buat keputusan.
“Argh! Tepilah!” Badan wanita itu ditolak kasar hingga terundur beberapa langkah ke belakang.
Lovely menerpa ke arah pintu. Tanpa salam, tanpa ketukan terus ditolak kasar daun pintu.
Sunyi sepi!
Lovely tercengat di muka pintu, bola mata laju berguling-guling memerhati sekeliling. Hati bagai dipulas-pulas saat itu!
“Maaf bo….Eh?!!” Wanita yang berada di luar tadi kini sudah berdiri di samping Lovely, turut terpinga-pinga kehairanan. Bola mata laju mencari kelibat seseorang, sama seperti Lovely.
“Mana boss?” Lovely merengus kasar mendengar pertanyaan wanita itu.
Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari dalam beg tangan. Sesuatu yang menyerupai uncang ditarik keluar dari dalam kotak tersebut. Kemudian, pemetik api diambil dari dalam beg. Dua benda itu sengaja ditayangkan di udara.
“Nampak dua benda ni? Aku beli dengan tujuan mahu melindungi diri dari musuh yang tiba-tiba menyerang. Kerjaya aku ni bahaya, banyak yang berdendam. So, kat tangan aku ni ialah bom pencetus api which is kalau aku bakar dan baling kat mana-mana, mampu membakar kawasan itu dalam sekelip mata. Sebelum aku bakar ofis kau ni, lebih baik kau tunjukkan diri sekarang syaitan!!”
Sunyi sepi!
Lovely ketap bibir, marah semakin menggunung.
“Satu…”
Sepi!
“Dua..”
Pemetik api dihalakan ke muncung uncang.
“Ti…”
“Okay!! You win Lovely Scarlett!!”
Hahh! Muncul juga akhirnya.. Lebih menggeletek hati, dari bawah meja kerja! Lovely memutar bola mata, menjengkelkan!! Entah apa tujuan nak main hide and seek, takde mood nak cari-cari bagai.. Ish! Menyusahkan adalah..
“Kau memang dah cam aku kan?! Tak guna! Betul kata Hogan, aku tak patut datang ke situ!”
Lovely terus melangkah menghampiri lelaki yang sedang memperbetulkan hoodie yang senget akibat lama duduk berteleku di bawah meja.
“What happened? Bagaimana kau boleh berada di sini?” Berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu lalu menyilang lengan di dada. Bola mata mencerlung seperti serigala mahu menerkam.
“I survived! Aku takkan mati dengan mudah Love!” Riak bangga terpamer di wajah. Punggung disandarkan pada tepi meja kerja.
“If you survived..I believe…That ..”
“No Love..I’m sorry, but I really don’t know anything about him!”
“Don’t lie to me Ashraff Kenjiy!! Where is Ren Raizen?!!”
Adakah perkara yang sama bakal berulang? Ashraff Kenjiy akan memutarbelitkan fakta seperti sebelum ini? Ianya pernah terjadi, mungkinkah akan berulang semula?
Penat!!
Dia sudah terlalu penat dengan permainan gila mafia-mafia otak udang kekurangan DHA itu!
“Ren Raizen…Sekali lagi…Aku ulang! Sekali lagi kau cuba memperkotak-katikkan perasaan aku, aku bersumpah…Kau akan menyesal seumur hidup..Dare me Ren Raizen!!!” Jeritan penuh amarah bergema hingga memenuhi ruang pejabat Ashraff Kenjiy.
Ashraff Kenjiy terpempan! Bola mata pantas berguling memerhati sekeliling.
“R..Ren…Dia takde kat sini Love!”
Lovely genggam penumbuk dengan sekuat hati.
“Aku tahu dia masih hidup Kenjiy. Mengapa dia tak cari aku?”
Kenjiy garu kepala. Perlahan, badan ditegakkan. Merapat ke arah Lovely lalu bahu Lovely dipaut lembut.
“Ada sesuatu berlaku pada Ren Love!”
Deg!
Lain macam debaran yang melanda hati!
Few chapters left..Sedih taw nk tamatkan citer ni huhu..
Share this novel