Hari beransur pagi. Sang mentari pagi masih malu-malu di ufuk timur. Indahnya suasana pagi di atas bukit yang mendamaikan.
Pokok-pokok pine berdaun tirus yang mengelilingi rumah agam kelihatan begitu segar di pagi hari dengan titisan embun di hujung daun seumpama butiran mutiara jernih yang berkilauan bila terkena panahan cahaya mentari pagi.
Suasana sejuk yang menusuk hingga ke tulang sum sum, pasti membuat manusia yang berada di situ tidak sanggup bangkit dari tempat beradu. Suasana yang betul-betul menternak dengan suburnya lemak-lemak tepu di dalam badan haha…
Indahnya ciptaan Yang Maha Esa!
Malangnya, keindahan serta ketenangan suasana di luar rumah agam tersebut sangatlah berbeda dengan keadaan di dalam rumah tersebut. Nampaknya Lovely Scarlett masih dengan sikap musangnya, tetap mahu melancarkan perang habis-habisan terhadap Ren Raizen.
Pintu bilik Ren Raizen ditolak perlahan tanpa sapaan. Senyum musang licik terlakar di wajah Lovely.
“Yuhuuu…Ren Raizen! Are you awake?” Tu dia, musang licik mulai beraksi dengan suara menggeletis meremangkan bulu roma.
Ren Raizen ternyata sudah bangun, sedang bersandar di kepala katil dengan tangan masih tergari. Wajah terlihat letih, tak tidur semalaman kot! Kasihan, yela kan… Macamana nak tidur dalam keadaan seperti itu?
Ren memaku pandangan tajam. Wajah terpampang kelat dan tegang, tapi bola mata dipenuhi kehangatan dan kasih sayang. Mafia keji yang punya taman bunga dalam hati, ah ghitu!
“How are you today my sweet and sour pineapple pie?”
Berlipat-lipat garis di dahi Ren mendengarnya.
“I need a hug, I’m cold!” Ah, tak habis lagi rupanya!
“Ren Raizen…I’d given you a whole night to think about what you did to me. Tell me, did you reflect deeply?”
Ren menyandarkan kepala di salah satu jeruji besi. Sebuah keluhan kecil terletus dari bibir.
“I was wrong Love…I admit it, go grab a gun and shoot my head. I don’t mind if I die in your hand. But don’t forget, you have to kill yourself after that or else, my spirit will haunt you until your last breath.”
Lovely terperangah! Ni betul-betul berpegang pada kata-kata ‘cinta kita biar sampai ke neraka jahanam’ yang pernah dilafazkan suatu waktu dulu kan? Bagus, dia memang suka lelaki yang berpegang pada kata!
“No one would love you like I love you Love. I risked everything just to have you by my side, I almost die just to make sure you’re still breathing until now. If those weren’t enough for you…Then do it, shoot me!”
“But Ren Raizen…In the end, you always gone missing. Not once, many times! If I did that to you, I wonder what would you do…”
“That…Would be the last time Love, kill me if I repeat the same mistake again. And no, please don’t do that to me Love.. I can’t bear losing you, I might gone crazy!”
Tau takpe!
“Now kau dah faham apa aku rasa selama ini kan?”
Laju kepala Ren terangguk. Menatap Lovely dengan wajah comel bak wajah bayi baru lahir, polos tanpa dosa.
“After what you’ve done, what would you say to me Ren Raizen?” Masih mahu terus menguji isi hati Ren.
Bukan apa, Lovely cuma mahu lelaki itu betul-betul menyesal atas perbuatannya supaya perkara itu tak berulang semula. Lelah nak hadap tau, dah tak larat kalau misalnya ianya berulang lagi! Silap haribulan, Ren Raizen betul-betul mampus di tangan dia huhu…
“I love you Lovely Scarlett!” Penuh yakin Ren jawab.
Ahh…Bukan kata-kata keramat tu yang Lovely mahu dengar sebenarnya, tapi terlanjur diucap, muncullah pulak tompok merah di kedua belah pipi. Manis betul mulut Ren sekarang ni ya…Bahaya pada hati kalau dah terlebih gula!
“And what would you say to me Love?” Laa…Nak minta dibalas bagai ke? Bola mata mereka bertaut. Ren menghadiahkan senyuman paling manis di alam semesta.
“You have three choices Ren. Nak jawapan tak ikhlas pasal marah aku dekat kau tak hilang lagi, atau separuh ikhlas kerana digulakan dengan kata-kata kau atau…”
“Stop loyar buruk kau tu Love and answer me…I want the truth. In fact, I already knew the answer!”
Ren Raizen memang menyebalkan! Dah tahu nak sibuk bertanya pehal? Nak minta puji ke apa?
“Kalau macam tu, tak payahlah aku buang air liur mahal aku ni kan?”
“Say it loud Lovely Scarlett!” Ren mulai mendesak.
“Say what Ren Raizen?” Tu dia, musang licik dah mara menghampiri dengan lenggok menggodanya.
Ren terdiam sejenak, iris mata mengembang mengiringi pergerakan Lovely. Tak sembunyi langsung wajah terpesona yang terpampang jelas itu!
Punggung dilabuhkan di birai katil, bersebelahan dengan tubuh Ren yang kaku tak bergerak. Jemari Lovely mulai naik merapikan rambut Ren yang kelihatan kusut masai.
“Bahawa dalam keadaan messy tak terurus sekarang ni pun, kau tetap sang dewa jahat paling tampan di mata aku?”
Bola mata Ren mulai bersinar-sinar. Sebuah senyum kecil terlakar.
“I need more…Tell me more Love…”
“Bahawa…Semakin kau menyakiti aku, semakin sukar aku lepaskan kau apatah lagi untuk melupakan kau?” Badan Lovely mulai menghimpit, membuat seketul Ren Raizen terus menarik nafas dalam-dalam. Mujur saja kedua belah tangan masih tergari.
“Woah..More…” Wajah kelat dan suram hilang entah ke mana. Seraut wajah tampan itu kini marak bercahaya, berseri-seri!
“I can’t never hate you Ren…All I have here…” Lovely memindahkan tangan ke dada sendiri lalu ditepuk perlahan.
“Are all yours…”
Ren Raizen tersenyum lebar, wajah penuh rasa terharu. Sampai berkaca-kaca sepasang mata indah menawan itu!
“Thank you my love…”
“Welcome!” Usai menjawab, Lovely bingkas berdiri. Tersentak Ren Raizen. Wajah terpampang riak tidak puas hati. SERIUS?!!! Minah ni nak blah gitu-gitu je?
“Love!” Ren terus jerit bila Lovely buka langkah. Pantas Lovely toleh, terkejut dengar jeritan kuat Ren.
“Just like that? Seriously? Mana sweet-sweetnya Love? Tak rindu aku ke? Peluk ke, kiss ke..Haram satu pun takde ke untuk aku?”
“I forgot somethinglah Ren. Aku keluar dulu!” Langkah diteruskan. Arghh!! Ren menggelupur, menahan rasa sakit hati.
Kapankah penyeksaan ini berakhir?
Tidak lama kemudian, Lovely melenggang masuk. Sakit hati Ren melihat wajah selamba Lovely. Tak bersalah langsung! Lahai hati, bertabahlah…Bukan senang nak pujuk musang betina tu selepas apa yang kau lakukan…Hanya mampu bermonolog!
“Bila kau nak lepaskan aku Love? Aku perlu kembali ke Japan untuk last appointment aku dengan doktor.”
Lovely merapat laju lalu duduk semula di sisi Ren. Mata terkuak luas ketika bertembung dengan bola mata Ren.
“Kau dah sihat kan? Paru-paru kau dah takde masalah kan?”
Ren tergelak kecil melihat reaksi panik Lovely. Sayang juga rupanya, tapi mengapa ganas sangat?! Tak selari betul!
“Just a procedure Love. Aku dah okay, paru-paru takde masalah setakat ni. Yang tak ok hati aku. Kau buat hati aku hancur berkecai. Now take responsibility Love…Jadi doktor hati aku sehingga ia kembali normal..”
Cheh! Ren ni patut tukar profesion je, jadi peguam cinta! Dia punya loyar buruk terlebih madu takleh blah! Lovely buat tak dengar, tangan bergerak pantas membuka kunci gari yang membelit pergelangan tangan Ren.
“You’re free Ren…”
“Yes, but you’re not!” Sepantas kilat, tubuh Lovely ditarik masuk ke dalam pelukan kejab Ren Raizen. Wajah Ren dibenam ke pangkal leher Lovely.
“I miss you, I love you… Jom berdamai Love…Aku rindu gila dekat kau…” Bibir hangat itu mulai mengucup lembut leher Lovely beberapa kali.
Terkejung seketul Lovely. Sudah dia agak Ren akan bertindak seperti itu sebenarnya. Semua terpampang jelas di wajah tampan itu. Cuba beriak biasa namun debaran di dada tersangat hebat, macam nak meletup rasanya.
“Ren…I…”
“Just stay still Love, I just need a hug!” Permintaan Ren menyentuh sampai ke ulu hati.
Rasa bersalah mulai mengulit diri. Terlalu tegaske dia pada Ren Raizen? Dia cuma berniat mahu mengajar lelaki itu, bahawa setiap torehan luka dari perbuatan Ren, pasti akan meninggalkan bekas yang mencacatkan, tak mungkin mampu kembali ke bentuk yang asal.
Lovely mahu Ren tahu, untuk mendapatkan cinta dia kembali, bukan hanya setakat mencurahkan kata-kata manis bermadu, ia perlu kesungguhan…Kerana tanpa kesungguhan, benda yang sama pasti akan berulang, dan membuat luka torehan semakin dalam dan sukar dipulihkan.
“I love you Ren Raizen… Cuma saja, aku masih sakit hati pada kau.” Isi hati diluah, mahu Ren faham mengapa dia bertindak seperti itu.
“Aku tahu Love…” Ren mengeratkan pelukan.
“Jangan lama sangat marahkan aku okay. Ni, hati aku perlukan doktor.”
“Eyalah tu. Aku peguam Ren, bukan doktor.”
“I know, kau tetap doktor hati aku sebab hanya kau je mampu pulihkan hati aku.”
Terus tersipu-sipu! Sekarang ni, siapa yang melukai dan dilukai sebenarnya? Bahaya betul penangan Ren Raizen. Dia punya belitan fakta, pro melebihi kehebatan seorang peguam tau.
“Dah masuk berapa tahun dah perkahwinan kita Love?”
Lovely berfikir sejenak.
“Lima tahun kot, dah tak ingatlah…Why?”
“Aku tiba-tiba rindukan suara bayi menangis.”
Ah sudah! Sejak kapan kau dengar suara bayi menangis Ren Raizen?
* * * *
“Serius? Dah nak kahwin?” Hampir je tersembur keluar makanan dalam mulut. Cepat-cepat dikunyah lalu Lovely telan pantas, kemudian bola mata merenung silih berganti pada dua wajah yang duduk bertentangan dengan dia.
“Yes Love, kita dah lama kenal. Sebelum ni memang keluarga pernah tanam niat nak jodohkan, cuma masa tu both us masih belum bersedia.”
Lovely hanya mampu angguk, masih sukar dia percaya sebenarnya. Tapi tula, jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menghalangkan?
“Tahniah, aku doakan korang berdua bahagia hingga ke anak cucu.” Seperti kebiasaan masyarakat sekeliling, ucapan basi turun temurun dilontarkan.
“Thanks Love. Dua hari lagi acara akad nikah, seminggu kemudian majlis persandingan. Sengaja jarakkan sedikit, masa tu Ren dah kembali kan? You and Ren akan jadi pengapit. But now, while he was still in treatment, I minta Marco gantikan tempat Ren buat sementara waktu for rehearsal, is that okay with you?” Lovely angguk lagi, walaupun dia sedar cadangan tu bakal membahayakan nyawa Intan dan Marco. Hairan juga, tak serik-serik lagi ke kembar ni?
“Don’t worry, Ren tak cemburu punyalah…” Intan cuba meyakinkan.
“Kalau sepupu I tu menggila sekalipun, I tak takut punyalah..My dear sweet bodyguard kan ada…” Intan Natasha menjeling manja Ashraff Kenjiy di sebelah. Kepala dilentok manja di bahu kekar Kenjiy.
Lovely senyum simpul. Memandang silih berganti pada Intan dan Kenjiy. Siapa sangkakan? Rupa-rupanya tiang kayu tak berperasaan macam Kenjiy tu akhirnya berjaya mencuri hati si jelita Intan Natasha.
“No sayang, I can’t fight him. Aku angkat kaki dulu kalau Ren muncul dan mengamuk.” Selamba Kenjiy jawab. Intan Natasha terus tarik wajah masam. Terkekek Lovely melihat gelagat pasangan yang kelihatan sangat bahagia itu.
“Habis tu I macamana sayang?”
“Don’t worry, Ren takkan apa-apakan kau sayang. Tapi aku…aku ni hah, pasti mampus Ren kerjakan kalau aku tak lari selamatkan diri.”
“Jadi you berniat nak lari dan biarkan I hadap sepupu I tu sorang-sorang ke? You ni kan! Kejam tau! Hishhh!!!” Intan Natasha mulai memukul bahu Kenjiy.
“Eh, dahlah korang! Tak payah perbesarkan hal ni. Call je aku untuk fitting baju dan rehearsal tu nanti. Aku kena pergi, jap lagi ada klien nak datang jumpa dekat ofis.” Lovely menamatkan perjumpaan, sekaligus menghentikan perbalahan kecil antara Intan dan Kenjiy.
“Eh, dah nak balik? Marco baru nak datang tu.” Halang Intan dengan pantas.
Lovely geleng. Tak faham betul, apa pentingnya dia kena tunggu Marco pulak kan?
“Aku nak cepat. Apa-apa hal call je. Pergi dulu!” Lovely buru-buru pergi.
Sampai depan bangunan pejabat, lain hal pula tersaji depan mata. Lovely tergopoh gapah keluar dari perut kereta lantas meluru menghampiri pintu masuk bangunan tersebut di mana pasangan kekasih yang sangat dikenali kelihatan seperti sedang bertegang urat leher.
“Kau cakap dengan aku sekarang! Why perempuan tu call kau? Kata takde apa-apa, setakat hubungan pekerja dan boss! She called and you rejected her call in front of me Stone! Apa maksud?!!!”
“Aku dah explain kan? Seha tu cuma pekerja sementara kat restoran sementara Karl dan isterinya pergi honeymoon. Aku malas nak sambut sebab aku tahu apa benda yang Seha tu nak tanya. Macam selalu dia buat kat restoranlah tu… Mana garam? Mana kicap? Piring? Ntahlah! Berkali-kali dibagitahu tak ingat-ingat! Tu je…Aku tak curang sayang…”
“Kau memang sengaja tak nak cakap dengan perempuan lain depan aku kan? Kenapa? Takut kedapatan mengayat kan?”
“Mana ada, aku bukan playboy…Kita dah nak kahwin dah sayang. Kau masih tak percayakan aku?”
“Call her back! Aku nak dengar kau cakap dengan perempuan tu!”
Lovely yang sedari tadi hanya diam memerhati terus menggeleng kepala. Kesha…Kesha…
“Kesh…Stone!” Mulut mulai menegur. Tak berniatpun mahu beri nasihat sebab bila fikirkan, dia pun sebijik macam Kesha kalau bab cemburu buta ni huhu…
“Dahlah korang, dah nak kahwin ni kena saling mempercayai, lapangkan dada, kurangkan bergaduh. Jaga hati pasangan masing-masing, nanti syaitan ambil kesempatan bila ada hati yang terasa, tak gitu?” Lovely terus melangkah mendekati lantas memeluk bahu Kesha.
“Aku tak percaya Stone curang, dia lelaki terbaik di alam semesta Kesh…Kalau laki aku tu, lain ceritalah…”
Stone meletuskan gelak kecil.
“Hah betul! Dia curang boleh, kalau Love buat boleh meletup bumi dikerjakan mafia tu hahaha..” Stone terus menyokong.
Akhirnya Kesha turut ketawa mengekek. Seronok pula bab mengutuk mafia keji tu!
“Laki kau tak balik lagi kan?” Seraya berkata, bola mata Kesha berguling-guling, memerhati sekeliling.
Nak sambung mengumpat, teringat pula pepatah mengatakan ‘Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’ yang membawa maksud tengok-tengok juga sekeliling kalau nak membawang risau orang yang dikutuk mendengar, kalau manusia lain agaknya boleh lagi lepas tapi kalau Ren Raizen alamat bertemu pintu masuk ke alam barzakh ler jawabnya!
“Hujung minggu ni katanya.” Lovely menjawab ringkas.
“Ingat, korang laki bini kena jadi pengapit aku tau. No excuse!” Kesha memperingatkan, siap membulatkan mata.
Entah apalah nasib badan, malar jadi bridesmaid… Jauh di sudut hati, nak juga merasa naik pelamin sebenarnya. Teringat perkahwinan kilat mereka berdua, kahwin mahkamah je. Baju pengantin pun tak sempat merasa di badan huhu…
“Yela, aku masuk dulu. Banyak kerja berlambak yang perlu aku settlekan. Kau jangan lupa Kesh, ada seorang klien nak datang jumpa kita hari ni. Tangguhkan dulu dating korang, lepas kerja sambung balik.” Sempat melemparkan sengih mengejek pada Kesha dan Stone sebelum bergegas masuk.
Bibir Kesha terjuih. Memandang Stone sambil berkata sesuatu sebelum membuntuti Lovely yang sudah mendahului jauh di depan.
Lovely tersenyum sendiri. Dia turut merasa gembira melihat orang sekelilingnya akhirnya masing-masing menemui kebahagiaan. Kesha memang sejak dari mula tak sembunyikan perasaan pada Stone, nyata kalau sudah jodoh takkan ke mana, jinjang pelamin jua akhirnya hehe...
Kesibukan menyebabkan Lovely hampir terlupa tentang janjinya pada Intan Natasha. Terkejut Lovely bila Intan tiba-tiba tersembul di muka pintu bilik pejabatnya pada suatu pagi.
“I knew you’ll forget about it Love!” Gumam Intan dengan wajah cemberutnya. Lovely terus tepuk dahi!
“Whoops, sorry Intan…Am I late?” Terus tergopoh gapah berdiri lalu menyambar beg tangan dan kunci kereta. Intan hanya mampu menggeleng.
“Lepas fitting baju, kita pergi rehearsal tau. I need your whole day today, Mrs Lawyer!”
Argh! Ni majlis perkahwinan ke majlis perarakan keliling dunia siap ada raptai bagai? Tak menyusahkan ke? Kan elok duduk diam-diam je atas pelamin tu? Dah namanya raja dan permaisuri sehari kan? Jadi buatlah cara raja-raja!
Eh, banyak pula komplen!
Intan menghampiri lalu menarik tangan Lovely untuk beredar. Intan siap paksa Lovely untuk ikut keretanya dan tak benarkan Lovely membawa kereta sendiri. Tak best jalan asing-asing katanya, takde kawan nak berbual masa dalam kereta… Whateverlah Intan!
Semasa berada di dalam butik pengantin, hampir tertonjol biji mata Lovely bila pekerja butik menyerahkan pakaian pengapit kepada dia. Mak aii! Laju kepala tergeleng. Terlebih tau! Macam dia pulak yang nak kahwin!
“Takde yang cutting dia simple je ke? Ni tak sesuai kot untuk bridesmaid.”
“Pakaian ni cik Intan yang pilih. Cik cubalah pakai dulu, nanti kita adjust bahagian yang sempit or longgar.”
“Taknak yang ni. Aku nak pilih sendiri.” Lovely terus menyorong kembali pakaian tersebut.
“Tapi cik…”
“Don’t worry, Intan terpaksa akur kalau nak aku jadi bridesmaid dia!” Lovely terus melangkah menuju ke bahagian rak pakaian di mana pelbagai jenis fesyen baju pengantin tergantung kemas. Sehelai gaun putih yang nampak simple ditarik.
“I’ll take this. Nanti inform pada Intan. Aku pergi cuba dulu.” Sekejap sahaja dah selesai semuanya. Badan ngam-ngam muat cantik, jadi tak perlu nak ubah bagai.
Lovely duduk di sofa sementara menunggu Intan siap mencuba pakaian pengantinnya. Hairan juga, Kenjiy tak pula kelihatan. Tidak lama kemudian, Intan Natasha muncul berpakaian pengantin. Begitu cantik memukau. Lovely sendiri sampai ternganga memandang.
“So pretty!” Puji Lovely dengan kagum. Intan tersenyum senang.
“Baju you mana? Asal tak pakai?” Intan memandang kurang senang.
“Aku dah lama siap dah, tinggal tunggu kau je. Tak payahlah nak pakai lama-lama, aku cuma watak sampingan je pun masa tu.” Mendengar jawapan Lovely, Intan terus menghampiri. Nampak sungguh Intan tak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
“I tak benarkan you tukar pakaian. Cacatlah majlis tu nanti. You kena grand macam I, faham tak?”
“Taknak! Baju tu seksi sangat. Dahlah mendedahkan separuh dada, belahan tinggi sampai atas lutut. Aku tak mahu pakai baju macam tu…”
“Laa..Bukannya selalu! Kalau baju tu seksi sangat, boleh je tukar yang lain. Tapi I tak mahu yang terlalu simple! I’ll choose…Dah, lepas ni kita ke dewan.”
Intan dan Ren Raizen memang sebiji perangai tau, terlalu dominan! Malas bertelagah, Lovely mendiamkan diri. Intan masuk semula ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.
Semasa mereka berada di dewan, barulah kelihatan kelibat Kenjiy dan Marco.
“There you are my lovely bride…” Marco bergegas menghampiri sambil mengukir sengih lebar.
“Eleh…Bukan kau cuma pelakon gantian je ke?” Sindir Lovely pedas. Marco mencebik.
“Kau ni kan, tak bagi kita chance langsung nak feel tau. Nak buat macamana, aku takde calon lagi ni!” Tukas Marco sambil pamer wajah kelat. Lovely tergelak kecil. Lucu pula dengar kata-kata Marco.
“Ren tak balik lagi kan? So, bagilah aku chance nak rasa debaran nak kahwin Love…May I have the honour?” Marco menghulur tangan.
“Yela!” Tangan Marco disambut mesra. Marco menyungging senyum machonya.
Kerjanya mudah saja sebenarnya. Cuma mengiringi pengantin menuju ke pelamin yang terletak di tengah-tengah pentas. Beberapa kali mengulangi benda yang sama kerana ada saja yang Intan tidak puas hati. Betul-betul penat yang sia-sia bagi Lovely!
Mengapalah Intan nak juga libatkan dia dalam raptai mudah macam ni? Masa majlis tu nanti terangkan je sebelun bermulanya majlis pun dah okay rasanya, tak perlulah watak-watak tak penting semua dilibatkan dalam raptai macam ni kan, buang masa dan tenaga betul!
Fuh! Tak penat lagi ke malar komplen dari tadi haha..
Usai rehearsal, oleh kerana Intan masih sibuk berbincang dengan wedding planner dia, Lovely menghubungi Grab. Daripada buang masa di situ, eloklah dia balik ke office. Dengan sedikit masa yang tinggal, mampu juga dia siapkan beberapa report daripada terbazir sia-sia.
Selepas mendapat pesanan yang Grab tersebut sedang menunggu di luar, Lovely hanya menghantar mesej ringkas pada Intan untuk memberitahu yang dia balik terlebih dahulu.
Kerana agak tergopoh gapah, hampir tertabrak seseorang di muka pintu.
“Maaf!” Laju je bibir melontarkan kata maaf.
“Love?” Bola mata laju ternaik. Bertaut pandang dengan sepasang mata yang cukup dikenali. Bibir terbuka luas. Terperanjat sungguh!
“K..Kau?!”
“Long time no see. How are you pretty?”
Entahlah mengapa tiba-tiba Lovely rasa sangat terharu ketika itu. Mungkin kerana pertemuan yang tak di sangka-sangka, mungkin juga kerana terlalu lama tidak bertemu empat mata hingga ada rasa rindu yang menggumpal dalam hati.
Hingga berkaca-kaca bola mata!
Share this novel