"Ren Raizen! Get out of the bed now!!"
Shit!!
Badan sasa berbau maskulin mix bau rokok dan arak itu masih memeluk tubuh Lovely Scarlett. Lovely yang sudah terbangun akibat sergahan kasar dari pintu bilik mulai sesak nafas, peluh tidak henti-henti merembes keluar, panik dan malu! Kehangatan tubuh lelaki itu ditambah selimut tebal yang membaluti tubuh, benar-benar menyesakkan!
"Ren Raizen!!!" Jeritan itu kedengaran lagi.
Ragu-ragu, jemari runcing Lovely mulai menolak perlahan dada sasa itu.
Malu toksah cakap! Entah apa kuasa lelaki ini hingga Lovely Scarlett boleh tewas dengan mudah dan berakhir sekali lagi di atas ranjang bersama dengannya. Melarikan diri entah dari siapa, dibawa ke sebuah apartment mewah yang pastinya milik lelaki itu, dan menyambung semula aktiviti atas ranjang. Lovely Scarlett memang sudah gila!
Dengusan halus terbit dari bibir lelaki yang dipanggil Ren itu. Perlahan, dia bangun lalu turun dari atas katil. Lovely dengan pantas menarik selimut yang sedikit terselak hingga menampakkan dada. Ren Raizen jeling sekilas. Kemudian dengan selamba, Ren berjalan dalam keadaan bogel menuju ke arah pakaiannya yang berselerakan atas lantai. Lelaki separuh usia yang terpacak di muka pintu sambil cekak pinggang itu segera memaling wajah, memandang ke arah lain.
Satu-satu pakaiannya dikutip lalu disarung di badan. Usai berpakaian, tuala yang tergantung diambil lalu dilempar ke arah Lovely.
"Pergi pakai baju!" Arah Ren Raizen dengan kasar.
Tergopoh gapah Lovely balut badannya dengan tuala. Kemudian, dia bergegas mengambil bakul kertas yang diberikan oleh Belinda sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Air mata mencurah turun seiring air shower yang membasahi tubuh Lovely. Sungguh, bertapa kotor tubuh dirasakannya! Mengapa dia terlalu lemah? Siapakah lelaki itu? Lovely menangis semahunya..Ketukan berkali-kali di daun pintu hanya dibiarkan..Dia benar-benar malu!
"Shitt!!! You're wasting my time young girl!! If you're still not coming out in ten minutes, I'll break this door, dare me witch!!!"
Lovely tersentak!! Kata-kata itu....
Pili shower segera ditutup. Badan pantas dilap dengan tuala. Pakaian di dalam bakul kertas ditarik keluar lalu disarungkan ke badan. Rambut yang basah cepat-cepat dikeringkan dengan hair dryer yang memang tersedia di situ. Setelah rambut hampir kering, Lovely menatap wajah di depan cermin. Rambut dirapikan menggunakan jari. Baju yang ketat melekat di badan dia tarik ke bawah, cuba menutup paha putihnya yang terdedah.
Terpaksa! Pilihan apa yang dia ada? Tak mungkin dia keluar dengan hanya memakai tuala..not again!
"Still not coming out huh?!! 10..9..8.."
Urghh!!!
Lovely Scarlett menyambar tombol pintu lalu dikuak luas-luas.
Damn!
Badan yang menegak tiba-tiba condong! Ohh nooo!! Don't do this wahai lutut!! Yang kau terketar-ketar pehal?!!
Mau tak menggeletar seluruh badan bila melihat seorang lelaki persis dewa kayangan dengan wajah terukir sempurna bercekak pinggang di depannya. Walau wajah tampan itu kelihatan brutal dan menakutkan saat itu, hati Lovely bergetar hebat! Siapa jejaka tampan itu?
Bilik yang tadi malap sudah bertukar jadi terang benderang. Tabir blackout yang menyelimuti jendela dikuak luas-luas. Lelaki berusia yang tetiba datang menyerbu tadi kini sedang duduk di sofa, berwajah tegang dan sangat serius.
Jejaka itu masih tercengat di hadapan Lovely, merenungnya dari atas sampai ke bawah dengan kening terbengkok dan mata mengecil. Lovely cepat-cepat tunduk, wajahnya diselaputi rona merah..Namun bola mata sesekali mengerling wajah tampan itu..gosh!! Rupanya memang benar wujud bidadara surga! Dari semalam, memang Lovely tak dapat lihat wajah lelaki itu dengan jelas.
"Get out idiot!! Bodohhh!! Kau tau tak berapa banyak kau dah buang masa aku?!!"
Terkejut hingga hampir terlompat Lovely ditengking dengan suara tinggi. Tak guna! Lovely ketap bibir bawah. Apa mamat ni ingat dia tuli ke apa?
"Ren, bawa perempuan tu duduk dekat sini!"
Ren Raizen merengus kasar. Bahu Lovely ditolak kuat, hampir terjatuh dibuatnya.
"Kau dengar kan?!! Geraklaa cepat!!" Tangan sasa Ren diangkat lagi, mahu menolak belakang Lovely dengan lebih kuat, lambat betul pergerakan perempuan itu dirasakan.
Malangnya, Lovely tiba-tiba menoleh dan bagi segaris jelingan tajam lalu tangan Ren ditepis dengan ganas. Amboi! Ren Raizen mengerut kening.
"Don't touch me!" Bentak Lovely dengan kasar lalu bergegas meninggalkan Ren Raizen yang kelihatan sedikit terpempan dengan perbuatannya!
"Siapa nama kau gadis muda? Boleh bagi dokumen pengenalan kau?"
Lovely Scarlett yang baru melabuhkan punggung tercengang buat seketika. Dah kenapa siap minta kad pengenalannya?
"Cepat sikit ya!"
Mahu tak mahu Lovely mengambil kad pengenalan yang disimpan di dalam beg sandang. Kad pengenalan Lovely diteliti buat seketika sebelum kepala diangguk-anggukkan.
"Dah cukup umur dah budak ni!" Gumam lelaki iu lalu menulis sesuatu di atas sekeping kertas.
"Sila tandatangan dekat sini Cik..erk..Love..ly!"
Lovely terperangah..Apa ni? Siap minta tandatangan, dia bukan artis okay!!
"Apa ni pakcik? Saya tidak faham.."
"Ren!! Tandatangan cepat!"
Arah lelaki separuh umur itu dengan kasar. Lovely merenung lelaki yang lengkap memakai sut dari jenama mahal dan terkemuka..Hati dipagut rasa curiga yang teramat.
"Ren Raizen!!"
"Allright!! Allright dad..I'll sign!!"
Ren datang tergesa-gesa. Pen atas meja disambar kemudian Ren duduk mencangkung di sebelah Lovely lalu menurunkan tandatangan tanpa membaca pun apa yang tertulis di kertas itu. Lovely memerhati dengan hairan..
"Cik Love..giliran cik untuk turunkan tandatangan!"
"Tapi..."
"Kau tiada pilihan Cik Love..tandatangan cepat atau kau naik mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara.."
What? Atas kesalahan apa? Zina?!!
Lovely pegang dada...Tanpa fikir panjang, dia menurunkan tandatangan di atas kertas tersebut.
"Good!!"
Lelaki separuh abad itu bingkas berdiri. Wajah Ren Raizen dan Lovely Scarlett dipandang silih berganti.
"Ren Raizen and Lovely Scarlett, your marriage will be registered within 2 days. Jangan lupa datang mahkamah..Or else...You'll lose everything Ren!"
Shittt!!!
Badan Lovely auto mengeras. Peluh sejuk mengalir di dahi..hampir pitam mendengar kata-kata pakcik itu!
"No no noo, impossible!! Pakcik..bagi balik paper tu please..saya tarik balik, saya tak jadi nak tandatangan..." Lovely merayu sambil mengejar pakcik yang sudah mahu keluar dari bilik itu.
"No turning back! Ren Raizen..take good care of your wife!! Once you fail, Papa akan buang kau ke Lautan Antartika!!"
Lovely terduduk di muka pintu, hanya tangisan sendu kedengaran. Apakah ini? Adakah masa depannya dipertaruhkan demi mencapai matlamat dua beranak itu? Mengapa dia? Tidak cukup malang lagikah nasibnya? Semakin kuat tangisan Lovely.
Ren Raizen bingkas berdiri. Mundar mandir buat seketika sambil sesekali menggosok dagu. Tidak lama kemudian, Ren menyarungkan hoodie hitam membaluti kemeja putih yang dia pakai, cap disarung atas kepala dan cermin mata hitam menutup matanya.
"Wait, someone will pick you up! If you dare running away, I swear I'll hunt and kill you.. Are we clear?"
Lovely dengar dengan jelas, dia bukan pekak! Lari? Mahu ke mana dia? Dia tidak punya siapa-siapa walaupun dia mahu dan ingin melarikan diri.. .
"Waitt!!! Can you please explain to me?" Air mata mulai berjujuran jatuh.
"You heard him, he was my dad! And you sweetie..you're mine. Bapa tak guna kau tu dah jual kau pada aku, faham?!!"
Sekelip mata, Ren Raizen hilang dari pandangan mata. Tinggallah Lovely dengan sendu sedannya yang tak berpenghujung. Sah, dia memang diperangkap oleh Belinda dan pastinya si tua tak sedar diri tu dalang di sebalik semua ini.
Entah berapa lama Lovely duduk berteleku di hadapan pintu, dia sendiri malas ambil pusing. Masa depannya memang sudah semakin malap.. Sudah lama hancur sebenarnya, sejak dia dirogol kemudian disumbat masuk ke penjara juvana..sejak ibu pergi meninggalkannya! Untuk apa hidup lagi? Hanya hempedu dan sembilu yang menanti di depannya!
Baik! Mahu jadikan dia pertaruhan dalam permainan dua beranak tu kan? Then bring it on!! Who cares? Jika mereka boleh buat sesuka hati, then dia juga akan bagi, lebih dari cukup! Dia bukan bodoh..Dia akan cari dan musnahkan orang itu! Siapapun yang memilih dia untuk terlibat dalam permainan gila ini..Takkan dia lepaskan!
"Cik..Urm..I mean Puan! Saya diarah oleh Tuan Ren untuk jemput puan.."
Lovely Scarlett dongak wajah. Seorang lelaki terpacak di muka pintu, umur dalam lingkungan lewat 20an..muda, segak dan gagah!
"Err..Hai! Saya Ken..Kenjiy! Jangan tengok saya macam tu boleh? Saya bukan orang jahat..Tak, maksud saya, saya tiada niat jahat pada puan.."
Lovely cepat-cepat melarikan mata..Mengapa mata ni gatal sangat eh?! Aneh, hari ni matanya asyik menyantap bidadara kayangan..Musim mengawan ke dewa-dewa ni sampai terbabas ke bumi? Aikk!!
"Puan dah siap ke? Kita pergi sekarang boleh?"
Lovely bingkas bangun lalu mengambil beg sandang lusuhnya. Pakaian yang dipakai sebelumnya dimasukkan ke dalam beg kertas. Kemudian, dia melangkah menghampiri Kenjiy.
"Saya dah sedia!"
Kenjiy memandang Lovely dan beg sandang di tangannya dengan riak wajah hairan.
"Err..Okay! Puan nak singgah kemas barang atau ambil apa-apa yang patut sebelum saya hantar puan ke kediaman tuan Ren?"
Bulu roma Lovely memacak lurus! Jadi, dia akan dibawa balik ke rumah bidadara rupawan itu? Jadi ini apartment siapa? Seram sejuk! Seakan mengerti wajah bingung dan penuh tanda tanya Lovely, Kenjiy sengih.
"Ni memang apartment tuan Ren, tapi tempat ni tak selamat sebenarnya. Tengok saja, ayah tuan tu dengan mudah dapat ceroboh masuk."
"Ya, saya faham, dan saya juga dah sedia. Ini saja barang kepunyaan saya."
Kenjiy diam. Hanya bola mata sesekali melirik Lovely. Lovely dibawa ke sebuah rumah agam, terletak di kawasan agak terpencil atas bukit. Lengkap dengan sistem kawalan komputer, pagar konkrit yang sangat kukuh, tinggi mencakar langit. Juga lengkap dengan pengawal keselamatan. Gila! Ini penjara ke apa? Detik hati kecil Lovely.
"Ni Mak Jah, pembantu rumah merangkap pembantu peribadi puan." Perkenal Kenjiy.
Wanita separuh umur yang memakai uniform biru putih itu menunduk sedikit di hadapan Lovely sambil tersenyum mesra.
"Mak Jah akan bawa puan ke bilik. Apa-apa hal cari je Mak Jah ni.. Tuan Ren akan datang malam nanti ya. Saya pergi dulu!"
Lovely hanya angguk. Bola mata melilau melihat kawasan sekeliling. Mewah! Sangat luas, dilengkapi dengan perhiasan cantik dan mahal! Tak sangka nasibnya berubah sekelip mata! Lovely menarik nafas dalam-dalam.
"Mari saya tunjukkan bilik puan ya.." Pelawa Mak Jah sambil ukir senyum mesra.
Lovely Scarlett mengekori rapat di belakang. Rumah seluas lapangan terbang itu bisa membuatkan dia sesat. Terpempan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik..Tak percaya dengan apa yang dilihat! Seumur hidup, ini kali pertama Lovely melihat bilik yang sangat luas dan dihiasi dengan perabot yang sangat mewah. Mengagumkan!
-
-
"Puan..bangun puan.."
Lovely membuka mata perlahan-lahan. Melihat wajah Mak Jah tercongak di depan wajahnya, Lovely bingkas bangun. Malulaa pulak! Macamanalaa dia boleh tertidur? Hishh!
"Puan pergi bersihkan diri cepat. Tuan Ren dah lama tunggu dekat bawah tu."
Eh? Masih mamai dan bingung-bingung, Lovely melompat keluar dari katil. Berapa lama agaknya dia tertidur? Hish..macamana boleh terlajak ni?
"Tuan lama masuk kat dalam bilik ni tadi. Puan tak sedar ke?"
Makin merah wajah Lovely mendengarnya.. Maluu weyy!!
"Mak Jah, saya mandi dulu.." Terus Lovely lari anak menuju ke tandas sambil menyembunyikan wajah.
Sebaik keluar, Lovely cepat-cepat menarik pakaian dari dalam beg. Sehelai T shirt kuning langsat yang sudah lusuh warnanya dan sepasang trousers kain cotton. Setelah memastikan penampilannya kemas, Lovely meluru turun. Dia rasa serba salah bila dengar yang Ren Raizen telah lama menunggu.
Ops!! Langkah terhenti di anak tangga paling bawah sebaik mata tertancap pada satu figura yang sedang duduk peluk tubuh sambil kepala disandarkan pada penyandar. Mata terkatup rapat. Kemeja satin merah gelap lengan panjang dilipat hingga ke siku. Fuh!! Lovely merenung figura yang sangat mempesonakan itu...Lain benar auranya! Bikin berdebar!!
"Sit, will ya?!! We need to talk!!"
Omak kau!! Hampir terjelepok Lovely disergah kasar oleh Ren. Mamat ni punya mata ketiga ke apa? Hish! Tergopoh gapah Lovely menghampiri. Dia terus melabuhkan punggung di hadapan Ren. Ish..Lovely pura-pura pandang sekeliling, namun bola mata tetap berakhir di wajah tampan penuh karisma di depannya.. Hishh!! Tak bagi kerjasama punya mata..gatal!
Ren Raizen menghela nafas dengan kuat. Badan ditegakkan seketika, sebelum Ren menyilang kaki lalu menopang dagu sambil merenung Lovely dengan tajam. Lovely cepat-cepat tunduk. Aduh, renungan mamat ni menusuk sampai kalbu! Dangerous!!
"Rule no 1.. Perkahwinan kita cuma atas kertas. No responsibility. no feelings attached, no falling in love!! All were forbidden! Perkahwinan ini akan terbubar bila-bila masa ketika aku menghendakinya!"
Lovely masih tunduk merenung lantai, namun tekun mendengar.
"Rule no 2..Kau tiada hak atas aku. Jangan campur urusan peribadi aku..Never!"
Lovely kerling..Macamlaa kita terhegeh-hegeh.. puih!! Hati kecil menyumpah..
"Rule no 3..As long as we're married, you're mine!! No men allowed around you!"
Amboi!!! Tercelik luas mata Lovely mendengarnya. Bukankah itu tidak adil?!!
"Lastly..It's not a rule, it's an order..Take this and make yourself pretty..You're ugly!"
Damn!!
Ren Raizen melempar sekeping kad berwarna emas ke arah Lovely.
"It's unlimited..Do whatever you want!"
Ren Raizen bingkas bangun.
"If you break any of them..I'll kill you with my own hands.."
Lovely terkesima! Siapa sebenarnya Ren Raizen? Aura yang dimiliki oleh lelaki itu sangat menakutkan,. tapi sangat mempesonakan huhu..
"Siap awal esok, kita ke mahkamah! Jangan buat aku tunggu macam hari ni, aku tak suka!"
Hanya mematung tanpa kata sehinggalah kelibat Ren Raizen hilang di pandangan.
Dan demikianlah usai menikah, Lovely ditinggalkan bersendirian di luar mahkamah oleh Ren Raizen. Lelaki misteri yang sentiasa menyembunyikan wajah di sebalik hoodie setiap kali berada di luar. Mengapa? Setiap kali melihat Ren dengan hoodienya, Lovely pasti teringat mamat celaka yang menghancurkan hidupnya. Adakah orang yang sama? Dia perlu siasat tentang itu..
Malangnya, itulah kali terakhir Lovely Scarlett melihat Ren. Hari-hari berikutnya, dia ditinggalkan bersendirian di rumah besar itu..Hanya ada Mak Jah dan pembantu rumah yang lain, serta pengawal keselamatan yang sentiasa memerhati gerak gerinya.
Share this novel