"Aku bukan nak menyibuk hal kau Love, Aku tahu, kita masing-masing punya kesukaran yang menyebabkan kita terpaksa memilih jalan yang mungkin tidak diterima masyarakat.."
Suapan Lovely terhenti. Wajah didongak untuk menatap Kesha yang sedang merenungnya dengan tajam.
"Kau..Ada berhutang dengan along ke?!"
Pulak!!
Hampir tersedak mendengarnya! Dia ada muka kekeringan duit ke apa?
"Tapi tulaa, aku tak habis fikir ni. Kau kaya apa, siap pegang golden card lagi..Macam tak logik kau berhutang dengan along." Nak tergelak lihat Kesha bersungguh-sungguh nak cari kebenaran.
Pasti Kesha dah tak senang duduk kan, yela.. Dah dua kali Lovely tiba-tiba diserbu dan dilarikan di depan mata Kesha. Lovely tersenyum lalu bersandar di penyandar kerusi. Seketika, bola mata bergolek melihat sekeliling. Suasana di dalam kafeteria universiti agak lengang ketika itu. Mungkin pelajar lain masih berada di dalam bilik kuliah.
"Kau...Tak terlibat dengan along kan? Atau kongsi gelap? Dalam erti kata lain, mana-mana kumpulan penjenayah..Bagitau aku Love, aku risau gila ni!"
"Tak Kesh..Aku tak terlibat dengan along apatah lagi ahli kongsi gelap okay."
"Habis tu, siapa lelaki bersenjata yang bawa kau pergi hari tu? Semalam..Dua lelaki misteri tiba-tiba muncul berebutkan kau, apa kes? Kau.. Kau permainkan lelaki ke?"
"Ya Allah Kesh..Jangan fikir yang bukan-bukan okay, aku takde apa-apa hubungan dengan mamat-mamat tu..Ianya cuma salah faham. Aku masih berada di landasan yang betul okay.."
Kesha mengeluh berat. Jemari dibawa ke atas tangan Lovely lalu digenggam jemari milik Lovely erat-erat.
"Aku harap semuanya baik-baik saja Love.."
Lovely ukir sebuah senyuman manis lalu angguk. Genggaman dibalas.
"Eww..kenapa lelaki tua tu boleh muncul dekat sini?" Wajah Kesha terus berubah jadi jijik sambil bibir dimuncungkan ke arah pintu.
Lovely pantas menoleh. Yup! Lelaki yang dikatakan menjijikkan itu merupakan pengarah universiti, Dato Dr Roshan yang baru semalam mereka berdua lihat berhubungan intim dengan Sofiya, si isteri orang. Semua pelajar mengetahui yang Dr Roshan punya dua isteri..memang dasar gatal! Dr Roshan masuk ke kafeteria diiringi oleh dua pensyarah, pastinya untuk membuat pemeriksaan rutin.
"Tak sangka naluri si suami ternyata benar kan?" Keluh Kesha sedikit kesal. Agaknya kerana mereka sudah silap menilai, malah menuduh si suami cemburu buta huhu..
"Kau dah bagitau klien tu ke?"
"Tak, aku nak bagi havoc sikit. Bagi pengajaran pada wanita tak tahu malu tu, celaka betul! Memalukan kaum perempuan jela! Aku syak, malam ni dorang nak check in hotel di luar daerah." Kesha hampir berbisik sambil bola mata merayap memerhati sekeliling, naya kalau kebetulan ada yang mendengar.
"Kesh..Kesh..Kau sendirian pegi pasang perakam ke?" Gerutu Lovely, kurang senang.
"Kebetulan nasib aku baik, makcik cleaning itu nak bersihkan bilik pengarah hehe..Aku offerkanlah diri tolak troli masuk."
Lovely geleng, tak percaya bersungguh-sungguh Kesha mahu selesaikan kes itu.
"Eya sayang..Sayang ada talk dekat situ? Kalau lewat tak payahlah balik, jauh tu nak drive. Sayang check in hotel je, nanti abang datang temankan..Urghh!! Kalau kau dengar perbualan si tua bangka gatal tu, nak muntah ijo pun ado Lovely oii! Tak sedar diri betul, rumah kata pergi kubur kata mari masih berlagak macam orang muda eww!" Siap tarik mimik wajah jijik tau Kesha, geli hati Lovely melihat sampai terletus tawa berdekah-dekah.
Makin muncung bibir Kesha.
"Aku dah upah seseorang mengekori Sofiya. Malam ni kita serbu, dengan laki dia sekali kita angkut, biar putih mata dua manusia gatal tu.."
"Hahaha..Savage!"
Dan seperti yang telah dijanjikan, Lovely dan Kesha bergerak menuju ke luar daerah menggunakan kereta sewa. Lovely tidak pernah menggunakan kenderaan sendiri ketika melakukan tugasan berkaitan penyiasatan, kononnya demi melindungi identiti diri..Yang mana tak berjaya pun sebenarnya haha.. Buang duit je!
Mereka bertemu Bahrin, sang suami merangkap klien pertama lelaki yang diterima di perkarangan hotel tiga bintang itu. Lovely dan Kesha memakai cap dan menarik hood untuk menyembunyikan wajah. Bahrin langsung tidak berminat untuk melihat wajah mereka berdua sebenarnya, lelaki itu nampak sudah tidak sabar untuk menyerbu ke dalam.
Mereka awal-awal lagi telah dihubungi oleh orang yang diupah untuk mengekori Sofiya. Menurutnya, Sofiya telah mendaftar petang tadi seorang diri. Ketika malam mulai berlabuh, seorang lelaki telah masuk ke dalam bilik Sofiya. Gambar yang dicuri ambil menunjukkan Dr Roshanlah tetamu Sofiya..Bingo!! Setelah berada di depan bilik Sofiya, Kesha mengetuk pintu dengan kuat.
"Room service. Your free meal is here, madam!" Pintar sungguh!
Hampir lima minit menunggu, pintu dikuak perlahan. Wajah Sofiya menjegil di sebalik daun pintu. Bahrin terus menendang pintu hingga terkuak luas. Sofiya terpelanting lalu jatuh terduduk atas lantai. Hampir terlepas tuala putih yang membalut badan bogel Sofiya.
"Dasar perempuan jalang!!" Jerkah Bahrin lalu menghadiahkan sebuah penampar deras di pipi Sofiya.
Seperti yang dijangka, Dr Roshan tergopoh gapah bangun dari katil dalam keadaan berbogel. Urghh!! Lovely pantas menarik tangan Kesha untuk segera beredar dari situ. Hal suami isteri itu, biarlah diselesaikan sendiri. Tugas mereka berdua telah selesai. Belum sempat menjauh, satu figura berbadan sasa kelihatan kelam kabut berlari anak menuju ke arah mereka.
Mampus!
Dengan pantas Lovely menarik Kesha menuju ke arah bertentangan. Janganlah sampai kehadiran mereka berdua disedari!
"Kesh..move faster!" Lovely berbisik perlahan, sambil mengorak langkah selaju yang bisa.
"Papaa!! Why are you here?" Jeritan terkejut suara maskulin itu sempat menerpa pendengaran Lovely.
"Qiel!! It's a misunderstanding..Mum can explain.."
"You did it again!"
"Noo Raqiel!! It's just a mistake!!"
Banggg!!!
Sh*ttt!!!!
Bergegar tempurung lutut Lovely dan Kesha mendengar bunyi tembakan kuat yang dilepaskan! Tanpa menoleh, mereka buka langkah seribu. Lovely diserbu tanda tanya. Apa sudah jadi pada mamat itu? Siapa yang ditembak? Hanya satu das peluru dilepaskan. Adakah sekadar untuk menakut-nakutkan? Atau memang tembakan tepat mengenai jantung atau otak dengan hanya sebutir peluru?
"Kesh!" Lovely pantas menarik tangan Kesha untuk turun melalui tangga.
Pintu ke tangga ditolak laju. Mereka terus berlari menuruni tangga. Sampai ke tingkat bawah, mereka keluar dan bergegas mencari lift.
"Oh no..' Lovely dan Kesha kelam kabut berpatah balik bila pintu lift dari tingkat atas itu terbuka dan memuntah keluar seseorang, yakni lelaki sama yang muncul tiba-tiba dan pastinya lelaki itulah yang bertanggungjawab melepaskan tembakan. Matilah! Harapan musnah, ternyata lelaki itu memang sedar akan kehadiran mereka dan kini, lelaki itu pasti sedang mengejar mereka berdua!
"Run Kesh!" Sekali lagi, langkah dituju ke pintu tangga.
Degupan jantung semakin laju bila terdengar bunyi tapak kasut mengejar di belakang mereka.
"Mati kita Love, lelaki itu bersenjata.." Luah Kesha dalam getar.
"Faster Kesh!" Lovely lantas menolak badan Kesha supaya gadis itu berlari lebih cepat menuruni tangga.
Bunyi tapak kasut mengejar semakin menghampiri. Lovely dan Kesha sudah diserang panik. Mana mungkin mereka mampu bersaing dengan tenaga lelaki bukan?
"Gotcha!" Belakang baju Lovely ditarik kuat, hampir je Lovely jatuh terbalik.
Lovely meronta, berusaha melepaskan diri. Kesha berpaling lalu cuba menarik Lovely. Maka berlakulah adegan tarik-menarik di tangga. Merasakan keadaan semakin meruncing, Lovely berpaling, menangkap pergelangan tangan lelaki itu lalu digigitnya sekuat hati.
"Arghhh!! Bit*h!!" Seraya dengan jeritan yang terpacul, wajah Lovely jadi habuan tangan kekar milik lelaki perkasa itu.
Lovely tertolak ke belakang, melanggar Kesha dan menyebabkan mereka berdua jatuh tergolek di tangga.
"Kesh..Kau okay tak?" Sempat lagi bertanya sebaik saja badan menghempuk penghujung tangga tingkat bawah.
Ikut kedudukan, memang Kesha lebih parah sebab dia mendahului. Itu yang membuat Lovely risau. Tak sedarpun hoodie dan terlorot, topi dan cermin mata hitam terbuang entah ke mana.
"I'm okay, don't worry..You're bleeding Love.."
Yup! Lovely cedera bukan kerana jatuh tetapi akibat tamparan deras bertunjangkan tenaga lelaki. Bibirnya dipenuhi darah, pipinya merah dan mulai kelihatan bengkak. Tapi itu tidak penting buat masa ini, mereka harus cepat melarikan diri sebelum nyawa melayang di tangan lelaki itu.
Malangnya, belum sempat Lovely menarik Kesha untuk bangun, lelaki itu sudah berdiri di hadapan mereka, merenung Lovely dengan riak wajah terperanjat!
"Love!"
Yup! Nampaknya Raqiel Amoris masih cam akan dirinya! Bagaimana sekarang? Adakah takdir bakal menjadi lebih kejam lagi selepas ini? Lovely sudah berusaha mengelak sehabis daya, namun takdir tidak menghendakinya. Kini, Raqiel Amoris berdiri di hadapan, pandangan mereka bertaut, masing-masing saling cuba mentelaah riak wajah, menduga apa yang difikirkan saat itu. Celakanya saat-saat macam ni Lovely boleh tetiba kecut perut, semua disebabkan dia tiba-tiba teringat ugutan Ren Raizen huhu..Mengapa mamat bengis itu boleh muncul dalam fikirannya pulak? Haishh!!!
"Lovely Scarlett! It's really you!! How come? They said you were death!!"
Pulak!! Dah orang berdiri di depan mata, bernafas dengan bahagia dikata sudah mati? Gila!! Ni nak doakan dia pendek umur ke apa? Raqiel Amoris memang jantan tak guna!! Dahlah mamat ni yang menyebabkan dia masuk sekolah juvana, kerana Raqiel jugalah.... Ibu pergi buat selama-lamanya! Lovely ketap bibir, sampai saat ini dia tidak bisa menghilangkan rasa marah bila terkenangkan semua itu. Andai saja Raqiel muncul dan menerangkan kronologi kejadian sebenar, pasti sampai saat ini dia masih boleh bermanja dengan ibu.
Raqiel Amoris penyebab segala-galanya!! Dia dan jembalang bernama Putra!! Arghh!! Pokoknya semua lelaki yang muncul dalam hidup Lovely adalah jembalang, hantu bangkit!!!
"Damn..Korang kenal?" Kesha berbisik di telinga Lovely.
"Tak!! Aku tak kenal lelaki ini Kesh!!" Sengaja dikuatkan suara.
"I saw it Love..What that damn Putra did to you!"
Yes, of course you did Raqiel! But then, you disappeared!! You left me alone dammit!!!
Lovely buang wajah. Semakin benci melihat wajah tampan itu, benci sampai dengar suara mamat tu saja pun rasa macam nak muntah.
"Kesh, let's go!" Lovely menarik tangan Kesha untuk pergi.
Pantas Raqiel menyambar sebelah tangan Lovely.
"Love...I'm sorry I hurt you..I didn't know it's you. Please, bagi aku ubat luka ni.." Tak semena-mena, Raqiel menyentuh lembut bibir Lovely yang sudah membengkak. Lovely mendesis perlahan..pedih!
"Don't touch me!!" Pantas tangan Raqiel ditepis kasar. Berubah terus wajah Raqiel!
"I don't know you, now please..excuse us!"
"No, I.won't let you go now I found you!" Raqiel menarik Lovely ke arahnya.
Celaka!!
Pantas kaki Lovely diayun lalu menerobos masuk di celah kelangkang Raqiel Amoris.
"Urghhh!!"
Rasain loh!! Lovely tersenyum sinis melihat Raqiel tunduk memegang alat sulitnya haha.. Itukan kelemahan kaum Adam! Lovely memang pakar serang kawasan sensitif tu! Tanpa melengahkan waktu, tangan Kesha ditarik pergi.
"I'll hunt you baby!"
Try me!! Fuhhh..Berlagak sungguh! Menyampah dengan diri sendiri ahaha.. Mereka terus berlari menuju ke arah lift di tingkat yang entah ke berapa ni huhu.. Lovely sempat toleh ke belakang, mujur Raqiel sudah tidak mengejar. Lovely kesat perlahan darah yang sudah hampir beku di bibir. Berkerut wajah menahan sakit!
"Adui Love..Pehal semua mamat-mamat ganas berwajah tampan yang asyik lekat dekat kau hah?" Omel Kesha ketika mereka sudah berada dalam perut lift, sedang turun ke lobi.
"Aku tak kenal mereka, Kesh." Masih berusaha menafikan.
"Yelaa tuu.." Perli Kesha sambil bersandar di dinding lift.
Lovely hanya membatu, mengunci mulut sebab malas mahu teruskan perbualan, terutama berkisar tentang lelaki yang dibencinya itu!
Ketika keluar dari perut lift, Kesha menyenggol lengan Lovely sambil muncungnya menunjuk ke satu arah. Lovely menoleh ke arah yang ditunjukkan.
"Apa boyfriend super kaya dan kacak seperti yang diklaim oleh Belinda tu buat dekat situ?" Hampir tergelak Lovely dengar kata-kata sarkastik Kesha.
Yup! Di sebuah restoran terbuka di lobi hotel, kelihatan Hogan dan beberapa orang lelaki sedang duduk. Mungkinkah Belinda ada di sekitar? Well, nak tahu juga apa khabar orang tua tu, masih hidup ke?
"Dah, jom! Aku taknak mamat tu kejar kita!" Lovely mempercepatkan langkah, malas melayan songeh Kesha.
"Come with me!!" Tiba-tiba tangan Lovely disambar dari arah belakang. Lovely dan Kesha serentak menoleh.
Tak putus asa lagi Raqiel Amoris rupanya! Namun kemunculan Raqiel kali ini dengan memakai cap dan cermin mata hitam, seolah mahu menyembunyikan wajah..Aneh! Mengapa Raqiel dan Ren Raizen mempunyai hobi yang hampir serupa ya? Suka menyembunyikan wajah kacak mereka!
"What are you doing? Let me go!" Dengan penuh yakin, Lovely menempelak!
Yakin yang Raqiel Amoris tidak akan berani bertindak sembarangan walaupun mempunyai senjata kerana mereka berada di khalayak ramai.
"Follow me Love or I'll kill her!"
Lovely terperangah bila ekor mata Raqiel melirik ke arah Kesha.
"Don't you dare, Raqiel!" Bergetar suara Lovely menahan marah.
Raqiel tersenyum sini lantas menarik Lovely pergi. Lovely memberi signal melalui ekor mata menyuruh Kesha pergi dari situ. Ketika ditarik pergi, terasa ada sesuatu menyucuk belakang pinggang Lovely. Damn you Raqiel Amoris, berani sungguh lelaki itu mengugutnya dengan pistol!
Lovely mulai perasan mereka rupanya sedang diekori oleh beberapa kumpulan lelaki. Lebih meresahkan, lelaki-lelaki itu semua berhoodie dan memakai cermin mata gelap. Macam familiar je! Terasa perut seakan diblender, badan mulai menggigil sehingga peluh dingin merembes keluar. Bukan kerana takutkan pistol Raqiel, ada yang lebih menggerunkan dari itu sekiranya firasat Lovely benar!
"Move faster Love.." Bisik Raqiel.
"Let me go Raqiel!"
"Nope, if I die I'll bring you with me, how's that?"
Lovely menghentikan langkah lalu berpaling menghadap Raqiel.
"How's that taik kera, babun, monyet kau Raqiel Amoris!" Lovely menarik tangan yang memegang pistol, tersembunyi di sebalik lengan jaket Raqiel yang besar dan panjang itu.
"Kill me Raqiel, now!" Muncung pistol itu Lovely sengaja tarik lalu dicucuk ke dalam perutnya.
Raqiel Amoris terpempan buat seketika, terkejut melihat kenekadan Lovely.
'You know Love, I don't wanna kill you, all I want is your love..Like the old times..I miss you.."
Urghhh!!! Loyaaa!!!
"If you don't wanna kill me, then let me go idiot!" Lutut dinaikkan lalu menghentak kuat tangan Raqiel. Pistol di tangan terlepas.
Pantas, Lovely tendang pistol itu sekuat hati.
"Youu!!" Raqiel menjerit geram!
Serentak dengan jeritan itu, Lovely ditarik oleh seseorang menjauhi Raqiel. Kawasan luar hotel sudah dipenuhi oleh sekelompok manusia. Di belakang Raqiel, sekumpulan lelaki bercap dan bercermin mata hitam, manakala bertentangan dengan kumpulan Raqiel, sekumpulan lelaki berhoodie juga memakai cermin mata hitam. Apa ni? biji mata Lovely hampir melotot keluar, tak henti-henti memandang silih berganti pada dua kumpulan di depan. Pasti masing-masing bersenjata, tetapi disembunyikan kerana mereka berada di kawasan awam.
"She's mine Putra!! Give her back!!"
Pu...Putt....Putra?!!!! Lovely terus pandang sekeliling. Siapa Putra yang dimaksudkan oleh Raqiel Amoris?
"Backoff Qiel! You killed someone in there, police will be here soon!"
Lovely renung seorang lelaki berhoodie yang tiba-tiba bersuara. Itukah Putra? Tiba-tiba badannya ditarik kasar oleh lelaki di belakangnya.
Raqiel Amoris mara, namun dihalang oleh ahli kumpulannya. Seseorang membisikkan sesuatu, menyebabkan Raqiel berundur dengan wajah tanpa kerelaan.
"I'll.come back to get her Putra!" Ugut Raqiel.
Lovely masih tercari-cari siapakah Putra! Setan betul mamat di sebelah ni, tak menyempat langsung! Terus mengheretnya pergi tanpa kesabaran.
"Let me go!!" Jerit Lovely dengan lantang.
"Polices are on the way, kau nak masuk lokap?"
"Aku tak buat salah okay!"
"Sure?!!"
"Yes Ren Raizen!!"
"Let me remind you everything at home, Love!"
Owh sh*t!!
Share this novel