Hari ini merupakan hari yang sangat penting bagi Lovely Scarlett. Lebih kurang sejam dua lagi, dia akan ke mahkamah dah selepas itu maka sahihlah dia sebagai peguam sivil berlesen. Hari yang sekian lama dinantikan, gembira bukan kepalang. Namun jauh di sudut hati, kegembiraan seolah tersekat.
Tiada siapa di sisi untuk berkongsi kegembiraan! Tersedar kini, bertapa sunyi hidupnya selama ini..Mereka lihat dia bergelak ketawa, kelihatan sungguh gembira namun tiada siapa tahu batinnya..Saat itu, rindu tak berpenghujung membelit jiwa, rindu pada seseorang yang telah lama pergi..
Anehnya, lain yang dirindu lain pula yang dilakukan. Awal-awal dah tercanak depan pintu apartment bertentangan. Kemudian berfikir sejenak sebelum berpatah balik ke dalam apartment sendiri. Tidak lama kemudian, keluar semula lalu mundar mandir di depan pintu apartment bertentangan, kemudian balik semula ke apartment sendiri. Berulang-ulang scene yang sama, berlangsung hampir setengah jam.
Apa Lovely sudah gila? Melepaskanlah sangat, kini hati benar-benar merana! Tercanak sekali lagi depan pintu apartment bertentangan. Kali ini dia sudah benar-benar bertekad, kerana dia perlu segera beredar kalau tidak mahu terlambat!
"Eh, kau masih di sini? Tak, aku datang nak bersihkan rumah ni...' Praktis dialog dulu dengan suara perlahan, hampir berbisik.
"Terlanjur datang ni, apa kata kau ikut aku ke mahkamah? Tak, hari ni hari penting aku. Aku bakal dapat lesen peguam." Ahh..Ngam ke buat suara macam tu? Tak nampak macam desperate ke? Hati terus bermonolog.
Macam orang gila, bercakap..Tersenyum malah tersengih-sengih seorang diri! Mujur tiada orang lain di situ, jadi taklah malu sangat.
"Apa? Takde baju? Takpe..Takpe..Ni, aku ada belikan baju.." Sambil angkat beg kertas berisi pakaian lelaki.
Kemain bersungguh-sungguh Lovely praktis depan pintu. Bila dikerling jam di tangan, pantas kata laluan dimasukkan. Daun pintu ditolak perlahan. Debaran dada mulai menggila sebaik sahaja melangkah masuk. Bola mata bergolek memerhati sekeliling.
Sunyi sepi!
Lovely bergerak menuju ke bilik utama dengan hati gundah gulana. Pintu dikuak perlahan.
"Ren Raizen?"
Jatuh terduduk Lovely di muka pintu. Dah tahu tapi hati mati-mati menidakkan. Hati mati-mati berharap yang lelaki itu masih di situ, setia menanti dia datang. Malangnya, Ren Raizen sejenis manusia kayu yang tak punya perasaan. Mahu menyelami hati wanita? Mati bangun semula pun seketul Ren takkan lakukan!
Air mata jatuh berguguran, menangisi teganya Ren Raizen pergi tinggalkan dia seorang diri.. Sekali lagi!! Huwaaaa!!! Sampai hati kau Ren... Orang tak maksud macam tu...Nak menyesal? Dah takde gunanya Lovely oii..Manusia tu dah pergi dahh..Yang kau pepandai pegi halau asal? Kalau takat nak uji hati Ren, asal tak lepaskan gari dan biar Ren je buat keputusan sama ada mahu stay or leave? Akal dan hati mulai berperang..Jiwa semakin berkecamuk!
Benci dengan diri sendiri..Terlalu lemah! Semalam bukan main yakin di hadapan Ren, bangun pepagi menyesal tak sudah huhu..Jiwa kena kental Lovely Scarlett..Kata nak runtuhkan tembok tinggi gah perkasa seketul Ren Raizen, yang terjelepok macam sotong nangis-nangis ni pehal? Ni bukan lagi Ren, silap haribulan kau dulu yang bakal tersungkur tanpa sempat berjuang Lovely Scarlett!
Arghhh!! Tak, Lovely Scarlett bukan selemah itu! Air mata dikesat laju. Penuh tekad, Lovely bingkas bangun. Rahang dirapatkan, jemari dikepal erat. Bola mata mencerlung ke depan. Bengis!
"Ren Raizenn!!!!!" Jerit sekuat hati! Bergema satu bangunan..
"THE WAR HAS BEGUN!!!"
Uisehh!!! Macam pahlawan yang bersedia mahu pergi berperang kau di situ ya Lovely Scarlett. Kemain action je lebih, pegang pistol pun tak tahu!
-
-
"Tahniahh Miss Lawyer! Finally.."
"Congrats Love!!"
"Jangan ganas sangat, kau dah jadi lawyer!"
Satu majlis kecil diadakan di syarikat kepeguaman yang baru dirasmikan dengan jayanya, dan seperti biasa Lovely dan Kesha sebagai boss juga sebagai pekerja. Seperti biasa juga, mereka tetap si pemburu pencurang cinta, melalui sebuah syarikat persendirian yang kini berdaftar di bawah nama Karl & Stone.
Majlis yang hanya dihadiri oleh rakan kongsi dan orang-orang kepercayaan Lovely dan Kesha sepanjang melaksanakan misi menumbangkan si pengkhianat cinta.
"Jadi perempuan kena kuat Stone, kalau tak ganas maka dengan mudah dipijak-pijak oleh lelaki tak guna..Aku tak kata semua spesis kau tak guna okay, tapi spesis lelaki dari neraka. Lelaki penipu!! Ego nak mampus!! Berlagak dia paling baik konon, paling sempurna, paling kacak!! Paling...Paling....." Tak jadi meneruskan kata bila lihat Stone melopong, jelas terpamer wajah kebingungan Stone..
Erk!! Dia merapu apayini?!! Sepakah yang dimaksudkan yitu??
Terus menyeringai malu! Buat-buat muka dunno sambil meneguk jus buah-buahan dalam gelas berkaki panjang di tangan.
Ding Dong!
Door's Bell Alarm berdenting, menandakan ada manusia masuk ke dalam premis. Semua mata yang ada di situ menoleh ke arah pintu termasuklah Lovely. Hairan, siapa yang datang? Premis belum dibuka, majlis pula tertutup.
"Ahh..The party has started without me.. Kecewa tau!" Mengeluh sambil pegang dada.
Lovely pantas berdiri tegak, mulut terlopong luas!
"Tuan...Maaf, ingatkan tuan tak jadi datang. Jemputlah masuk tuan..." Karl berlari anak menghampiri rombongan tersebut, taklah ramai sangat, dalam lima orang begitu, berpakaian eksklusif, macam kerabat kayangan..Memang kerabat kayangan pun, bezanya kayangan dari neraka!
Siapa lelaki ni pada Karl sampai berani dijemput tanpa pengetahuan Lovely? Argh! Geram plus musykil ni!
"Lovely Scarlett..We meet again!! Tak sangka kau jadi lawyer akhirnya...Jangan ganas sangat Love, kau tu penegak keadilan..Faham?"
Amboi!! Dia siap berkhutbah?
Lovely jungkit bibir, menjengkelkan!
"Ashraff Kenjiy! Sorang je ke? Setan dari neraka tu mana?!"
Ya ampun!!
Sumpah, bukan itu yang mahu diutarakan! Terlepas tanpa sedar, terus dicekup mulut dengan pantas. Kenjiy tersenyum sumbing, mengejek ke tu? Celaka!!
"Setan dari neraka? Bukan kumbang pujaan di taman bunga berkembang di hatiku?"
Double celaka!!
Merah padam wajah Lovely menahan malu. Terus dilarikan wajah dari tatapan Kenjiy. Arghh! Jangan kasi ketara wahai Lovely Scarlett!
"Kau cakap apa ni Kenjiy? Mana ada taman bunga di hatiku, taman serigala dan buaya adalah..Kau nak try test masuk tak?"
Savage hahaha..
"Bolehke? Si kumbang pujaan tak mengamuk ke nanti?"
Arghhh!!!
Habis licin ditelan jus buah-buahan di tangan bagi meredakan gelora dalam jiwa. Kenapalah mamat ni asyik-asyik ketengahkan lelaki dari neraka tu? Sengaja nak bagi Lovely menggelabah ler tu! Semakin lebar senyuman Kenjiy.
"Kau datang sini pehal? Saja nak sakitkan hati aku?" Terus dilarikan topik, mana boleh asyik-asyik dia yang terkena kan!
Kenjiy mengambil air yang dihulur oleh Karl, menyisip beberapa teguk sekadar membasahkan tekak sebelum membalas tatapan Lovely.
"Aku dijemput!" Pendek jawapan diberi.
Lovely mendengus.
"Dijemput? Sejak bila kita berkawan? Dan sejak bila kau rapat dengan Karl ni sampai dapat jemputan di majlis tertutup aku dan Kesha?"
"Love..Aku dan tuan Kenjiy memang dah lama kenal. Maaf, aku tak pernah cerita sebab aku tak tahu yang korang berdua ni saling mengenali. Tuan Kenjiy pernah selamatkan aku dari satu situasi merbahaya, malah aku pernah bekerja dengan tuan Kenjiy sebelum ini. Jadi aku fikir tak salah jemput tuan. Tujuan aku baik, aku tak nak ada salah faham antara korang berdua selepas peristiwa kau kerjakan tuan Kenjiy hari tu."
Karl pantas menyampuk, cuba menerangkan dengan jelas tujuannya menjemput Ashraff Kenjiy. Faham benar dengan perangai Lovely Scarlett. Situasi perlu dikawal, kalau tak silap haribulan bercakar lagi dua manusia di depan Karl ni!
"Ahh.. Begitu alkisahnya yaa! Tapi yang memusykilkan, Ashraff Kenjiy ni golongan elit tau. Setakat majlis low class macam ni, dia takkan datang punya! Unless..Dia diarahkan untuk datang oleh seseorang..." Adoii Lovely.. Desperate sangat ke? Siap buat hipotesis sendiri dengan penuh yakin pulak tu!
Kenjiy tergelak sinis sebagai balasan. Badan dirapatkan ke arah Lovely. Bola mata Lovely direnung tajam.
"Ren Raizen doesn't even care Love! Just move on.."
Ah, tak mungkin!
Hati menolak untuk menerima kata-kata Kenjiy! Seketika hidup bersama Ren Raizen, dia yakin dengan nalurinya..
"No, you're lying! Pasti Ren yang suruh kau buat begitu kan?" Aah..another serkap jarang yang diyakini benar huhu..
"Teruskan hidup kau, lupakan kisah lalu dan mula melakar kisah baru di muka baru pada kanvas putih dalam hidup kau Love.."
Arghh! Kenapa kata-kata itu sangat tajam seperti sembilu menusuk pedih hingga ke relung hati? Melupakan? Adakah semudah menuturnya? Tak bukan...Bagaimana harus melupakan bila lelaki itu sudah merampas semua miliknya? Jiwa dan raganya?
Ke mana arah tuju permainan ini sebenarnya? Perlukah dia teruskan dan semakin terluka atau hentikan saja tanpa sempat bermula sebelum semuanya jadi semakin parah hingga akhirnya jiwa tersungkur dan jadi mayat hidup tanpa perasaan? Lawannya bukan calang-calang, seorang manusia tak punya perasaan yang mahu ditawan! Persoalannya, mampukah dia melakukannya tanpa melukakan diri sendiri?
Semuanya hanya kerana sekeping hati yang tak mampu melepaskan! Dan yang menanggung akibat juga ialah hati..Mengapa begitu huhu.. Manusia memang kompleks! Sukar difahami..
"Mana Ren Raizen?"
Kenjiy terperangah sesaat. Masih tak putus asa rupanya!
"Bila seseorang dah tak peduli, jangan dicari lagi Love. Kau mungkin akan semakin terluka."
Argh! Mengapa masih bermain dengan kata-kata bersirat? Benci mahu mentafsir!
"Aku tau jaga hati aku Kenjiy!"
"Jangan bermain dengan api Love!"
"Bagaimana kalau api tu yang mengejar Kenjiy?"
"Itu tak mungkin terjadi!"
Lovely mulai mengukir senyum sinis. Sudut peripheral mata menangkap sesuatu yang sangat menarik..At least buat seketul Lovely mulai teruja. Segera disambar gelas kaki panjang yang dibawa oleh seorang pelayan, kebetulan lalu di depan Lovely.
"Cheers, Kenjiy!" Gelas diangkat tinggi, di hadapan Ashraff Kenjiy.
Walaupun wajah Kenjiy jelas terpamer sedikit bingung, namun gelas tetap diangkat, lalu dilagakan dengan gelas di tangan Lovely.
"Aku harap ianya bukan alkohol.." Ujar Kenjiy sambil tersenyum penuh makna. Mengada betul kan, dah habis segelas pula Kenjiy teguk awal-awal tadi!
"Alcohol is forbidden here.." Jawab Lovely sambil meneguk perlahan minumannya.
"Ahh..Lucky me!"
Cis! Lovely mengherot bibir..Menyampah! Nak tunjuk baik ke tu?
"Kenjiy..Mind to dance with me?" Senyuman musang licik terukir!
Ahh...Kenjiy menjungkit kening. Bola mata laju bergolek melihat sekeliling. Apa yang membuat seorang Lovely berubah tiba-tiba? Tetiba offer diri untuk disentuh lelaki lain..Itu perkara paling rare pernah Lovely buat, kecuali ketika menjalankan misi gila mereka. Tiba-tiba Kenjiy tersenyum lebar, lantas mengangguk.
"Just a dance won't kill me right?"
Lovely tergelak kecil lantas menarik tangan Kenjiy menuju ke ruangan tengah. Karl dan Stone bersiul kuat sambil bertepuk tangan. Music selow mulai dimainkan..bergema menusuk sanubari, membuai-buai jiwa yang sedang dipenuhi cinta..Kenjiy memaut pinggang Lovely lantas menariknya rapat, menutup jurang antara mereka berdua.
"Kau tahu, kau satu-satunya wanita yang berjaya buat aku kagum dan tabik respect gila kat kau Love!" Kenjiy berbisik di telinga.
Ahh..Pujian ke perlian tu? Bukan kali pertama Lovely dengar..
"Selama hayat aku bersama Ren, takde wanita yang berani buat Ren macam tu..Pasti mampus Ren kerjakan! Kau malah berani culik dan seksa mamat takde perasaan tu tau..Mengagumkan! Kau buat Ren tersungkur hingga ke dasar kerak bumi, tak mampu bangun dan melawan..Hebat!"
Lovely dongak wajah, ditentang bola mata Kenjiy dengan penuh tanda tanya.
"Kau tahu aku culik Ren?" Bertanya bingung. Kalau tahu apasal dibiarkan? Aneh bukan?!!
"Aku tahu Ren takkan ditewaskan semudah itu, kecuali oleh kau..That's why aku biarkan. Kau takkan bunuh Ren! Kau adalah wanita kedua yang Ren tak berani nak sentuh dengan kekasaran Love.."
Toink!!
Kembang terus cuping telinga Lovely. Kedua? KEDUAAA?!!!! Siapa yang pertama? Harusnya dia yang pertama, bukan kedua!! Tak nak jadi yang kedua, nak yang pertama huwaaaa!!!
"Ren punya wanita pertama hah? Aku berada di tempat yang kedua? Jantan tak guna!!! Siapa perempuan tu Kenjiy?!! Bagitahu aku atau aku smackdown kau hingga tak bangun-bangun!!"
Owh Shit!!
Tersedar kelancangan mulut sendiri, Kenjiy kancing rahang dengan penuh rasa cuak.
"Err...Tak..Maksud aku...."
"Ashraff Kenjiy, jangan kau berani nak berdalih!!" Fuhh..Naik beroktaf-oktaf suara akibat rasa marah dan cemburu..
Kenjiy terus terpinga! Kelu lidah.
"Love..Wanita yang aku maksudkan bukan seperti yang kau fikirkan. Wanita itu ialah...."
Ding Dong!
Kata-kata Kenjiy terhenti bila alarm pintu berdenting. Semua mata dipaku ke arah pintu.
"Owhh...Show's on!" Getus Kenjiy perlahan. Lovely jeling tajam.
"Itukah perempuan pertama di hati Ren Raizen?" Marak bola mata Lovely, kening hampir bercantum. Menggerunkan! Kenjiy kunci mulut, tak berani menjawab.
Lelaki yang tiba-tiba muncul menghampiri. Sedikit terhuyung hayang, sambil memeluk seorang wanita yang sedang tersengih-sengih penuh bangga. Lovely kancing rahang, menggeletar seluruh badan melihat permandangan menyakitkan mata itu.
"How dare you Ren Raizen!!!" Lovely meluru, mahu menyerang namun segera ditarik oleh Kenjiy.
"Jangan ganas sangat Miss Lawyer!" Peringat Kenjiy, wajah berubah serius.
Arghh!! Sayang sungguh mamat ni pada Ren Raizen ya!!
"Hahh!!! Dare?!! You threw me away Lovely Scarlett!!!"
Now dia disalahkan? Siapa buang siapa sebenarnya? Sekarang baru nak tunjuk perasaan? Menyerbu ke majlis orang tanpa dijemput dalam keadaan mabuk sambil membawa seorang wanita? Childish!!!
"Kau ingat aku akan kecundang? Tak Love!! Tempat kau akan terganti dengan mudah, ini Ren Raizen okay?!!" Ren bertempik sambil menepuk-nepuk dada.
Kenjiy menarik Ren menjauh.
"Let's go home Ren, you're drunk!" Pujuk Kenjiy sambil cuba membawa Ren pergi dari situ.
Ren Raizen menepis kasar tangan Kenjiy. Mencerlung mata kuyu dan merah itu merenung Kenjiy. Kenjiy mengundur setapak.
"Kau Kenjiy..Orang paling aku percaya!! Kau juga menikam aku dari belakang kan? Dalam diam kau jatuh cinta dengan Lovely!"
Argh!! Tuduhan apakah itu? Kenjiy terpinga-pinga! Hanya kerana sebuah tarian, dia dituduh jatuh cinta? Seperti Ren, dia sendiri tidak tahu apa itu cinta huhu..
"Kau jangan tuduh sembarangan Ren. Lebih baik kau balik dan tenangkan diri dahulu. Cindy, bawa Ren balik."
Cindy menghampiri, penuh anggun dan bergaya. Lovely buang wajah..Bengkak hati melihat wanita itu bersama Ren. Betullah kot, Cindy memang yang pertama!! Takkan mencintai konon, pergi matilah kau Ren Raizen!!
Lengan Ren dipeluk dengan manja. Siap lentok kepala di dada Ren lagi, bukankah sengaja mahu Lovely lihat semua itu? Jap lagi makanlah perempuan ni flying kick!! Tunggu sat Cindy.. Menggedik kau depan laki aku...Hati semakin memanas!
"Apa maksud kau datang siap bawa perempuan karat ni Ren?"
"Hey!! Cakap elok-elok sikit ya!!" Cindy menyampuk dengan wajah penuh cemberut.
Lovely membeliakkan mata. Cindy mengesot mendekati Ren. Hah, tau takut!!
"Sayangg..tengoklahh, dia kutuk kita.." Cis, siap mengadu dengan gedik pada laki kita..Memang nak mampus perempuan ni!
"Don't call me kejam Love, kau yang mulakan semua ini! Kita tengok...siapa yang tersungkur dahulu.."
"Maksud kau? Mulakan apa Ren? Aku tak faham.." Masih tenang di posisi, wajah terukir senyum penuh sinis. Walhal dalam hati ada segumpal rasa cemas. Macamana Ren tahu arah tujuan Lovely? Bijak gila mamat mafia ni!
Ren tolak Cindy lalu mara menghampiri Lovely, menghilangkan jurang antara mereka. Rambut Panjang mengurai Lovely ditarik kasar. Kepala Lovely didekatkan ke wajah Ren. Lovely gigit bibir bawah, menahan sakit.
"Kau...Bermain dengan api Lovely Scarlett!" Bisik Ren di telinga.
Lovely tutup mata, terleka sebentar dengan hembusan hangat nafas Ren, tetap berjaya menghadirkan getar walaupun berbau alkohol yang sangat kuat.
"Aku rela terbakar sampai mampus Ren, tengok siapa yang akan datang menyelamatkan atau membiarkan aku mampus, hangus terbakar!"
Ren terpempan!
Celaka musang betina ni, berani dia menjawab?!
"Sure mahu teruskan?" Pancing Ren, sambil menarik nafas dalam-dalam..Argh!! Mengapa wangi sangat musang licik ni? Rasa itu mulai menguasai Ren Raizen..
"It has.....Urgh ermn..... Just begun, Ren Raizen!" Hampir tidak dapat meneruskan kata bila bibir Ren mulai bermain di wajah dan mulai turun ke leher.
Satu persatu manusia yang ada di situ melangkah keluar. Cindy yang pada mulanya berkeras mahu menarik Ren namun dihalang oleh Kenjiy juga terpaksa mengalah bila Kenjiy memaksanya keluar.
"S..Stop Ren Raizen!" Lovely cuba menghalang namun Ren semakin galak meneroka.
"Say you'll make me fall for you Love!" Semua kerana itu wahai Ren Raizen?
"Don't throw me away just like that..I can't bear losing you.."
Dah runtuhke tembok keegoan seorang Ren Raizen? Semudah itu? Impossible!!
"Ren!!"
Ciuman terhenti bila Ren terkulai dalam pelukan Lovely.
Setan!!
Whyyy Ren Raizen?!! Dia masih mahu dengar luahan isi hati Ren! Itu adalah perkara yang jarang-jarang berlaku tau..Whyyy saat-saat macam ni lahh kau boleh tertidur Ren Raizen?
Patutkah Lovely jerat Ren Raizen dengan arak selepas ini? Arghh!!
Sorry korangz, kita bz skrg keluar ke hulu ke hilir lantaran kerja hakiki, fhm² ler klu dh keluar daerah, line x cantik sngt huhu..btw, happy reading uolls..Maaf kalau MandakZ lmbt reply ya..
Share this novel