9 Restrained

Crime Completed 131702

"Sit!!"

Firaun!! Bezanya Firaun di depannya tersangatlah kacak mempersona hingga menitis air liur huhu..

Lovely menghempas punggung atas sofa dengan muncung sedepa. Siapa tak marah bila diheret dan dipaksa masuk ke dalam kereta, kemudian heretan berlanjutan sebaik sampai di rumah agam? Tak nampak ke orang tengah kesakitan? Mamat ni memang tercipta tanpa simpati dan empati ke apa? Menyebalkan tau!

Ren Raizen duduk mencangkung di depan Lovely, jemari menolak dagu Lovely ke atas. Wajah Ren merapat. Buat seketika, bola mata Ren bergolek meneliti wajah Lovely. Sebuah keluhan kecil dilepaskan di bibir Ren.

"Are you stupid? sayang gila dengan jantan tu sampai biar wajah kau dicederakan seteruk ni?"

Itu tuduhan melampau tau!

"Well, served you right! Berani kau curang di belakang aku huh?" Wajah tampan itu berubah sinis.

Lovely mengerang kesakitan bila Ren mulai memberi tekanan pada cengkamannya di dagu Lovely.

"Lepaslah! Sakit!!"

"Beg me Love..beg me like you beg him.."

Ren Raizen memang sudah gila!!

"I didn't do that!! Raqiel is my past Ren!! Dia pukul aku sebab aku serang dia!! Aku sampai tergolek jatuh di tangga macam bola tau, sakit seluruh badan aku!! Kau tak nampak ke aku tengah sakit ni?" Psiko dibalas psiko!

Lovely Scarlett dan kesakitan berpisah tiada! Benda tu macam dan jadi sahabat sejati Lovely dari kecil, apa je setakat jatuh tangga dan dilempang kan, dia pernah rasa yang lebih teruk dari itu...Kesakitan teruk sampai nak gerak jari pun tak mampu. Tapi tula, umpan pancingan kena mantap beb, terutama ketika berhadapan dengan mamat takde feel macam Ren Raizen.

"And you let him serang you because you tak sanggup nak jentik jantan kesayangan you tu kan?" Serkap Ren Raizen dengan sinis.

Apa ni? Ren Raizen semakin melampau tau!

"No Ren Raizen! Aku memang tak sudi pun nak sentuh Raqiel Amoris, tapi kan..biasalah kalau badan sihat, tindakan refleks masih padu kan. Tak sengaja tersentuh alat sulit Raqiel..Tu kira curang tak? Kau pun tak kisah kan kalau setakat oral sex?"

Memang cari nahas huhu..Tak! Lovely geram dengan Ren Raizen sebenarnya, tak habis-habis menuduhnya buat perkara yang bukan-bukan, mendatangkan marah betul! Sengaja Lovely bertindak mencabar kedaulatan duli haha..

"Sh*t!!!"

Bola mata Ren Raizen mulai marak terbakar. Jemari panjang itu diturunkan ke pangkal leher Lovely.

"Uhuks!" Lovely terbatuk bila Ren mencekik leher Lovely dengan kuat.

Pergelangan tangan Ren disambar, lalu cuba ditarik menjauhi leher jinjang Lovely, malangnya sia-sia, Ren Raizen jauh lebih perkasa berbanding seketul Lovely Scarlett!

"Let...me...go...bastard!!" Lovely meronta sambil kedua belah tangan mengenggam pergelangan tangan Ren.

"Do not cross the line Love..Dare me and I'll make you stop breathing!"

"Re...Ren...Sa....Saakiiit...." Lontaran suara mulai lemah, kulit wajah berubah jadi sedikit biru.

Ren Raizen menarik tangan. Lovely terus tertunduk, menarik nafas dalam-dalam, sepenuh hati!

"Kau memang dah gila kan! Aku tak habis cakap lagi tau! Aku belasah alat sulit Qiel dengan ni hahh,..." Jari telunjuk menunjuk tepat ke kaki.

".....Bukan ramasan sedap atau gomolan padu macam......"

"Shut up Love!!!" Seraya berkata, bibir Ren hinggap di bibir Lovely, untuk mendiamkan mulut pot pet itu.

Bengkak hati setiap kali dengar butir kata yang ditutur oleh bibir milik Lovely, lebih baik didiamkan dengan cara itu, nikmat dikecapi aman damai telinga haha...

Lovely mendecit perlahan bila bibir disentuh. Sakit dan pedih..Mujur sentuhan itu lebih lembut, tidak serakus seperti yang kebiasaan Ren buat. Pergerakan bibir Ren terhenti bila dengar decitan Lovely. Ren tarik wajah seinci jauh lalu tenung wajah Lovely.

"Sakit?" Tanya Ren perlahan.

"Tak, sedap!" Sarkas Lovely dengan riak wajah sebal.

Ren tergelak kecil, memang dasar loyar buruk!! Ren Raizen bingkas berdiri lalu menghilang ke dapur. Tidak lama kemudian, Ren muncul semula menjinjing kotak kecemasan.

"Stay still!" Ehh mamat ni! Ganas-ganas pun dalam hati ada bunga you! Pandai pulak melayan Lovely dengan baik. Takkan dah berubah?

Ren membersihkan luka kemudian menyapu ubat di bibir Lovely. Sebuku ais dalam beg plastik dituam atas pipi bengkak Lovely.. Bersungguh-sungguh tau haha..Ren..Ren.. Pehal dengan mamat mafia ni?

"That's how you do everytime men come near you. Just kick their ass like you did, understand?" Melongo mulut Lovely mendengar ajaran sesat Ren Raizen. Nak suruh dia menyiksa kaum sendiri ke? Kang kurang pertambahan rakyat di negara hahaha..

"How dare he touched you.." Gumam Ren, cukup perlahan namun masih jelas di pendengaran Lovely.

Jemari Ren menyentuh lembut luka di hujung bibir Lovely. Bila lihat riak wajah Ren, Lovely tahu lelaki itu sedang menahan marah yang membuak-buak. Tanpa sedar, Lovely menarik tangan Ren, dia letakkan atas paha lalu jemari Ren Lovely genggam erat.

"It's okay, aku bukan perempuan lemah. Aku kapten judo kan..Aku pernah dihentam lebih teruk!"

Ren merapatkan wajah sambil tenung dalam ke anak mata Lovely.

"That's your past..Now, if I'm around..no one can lays even a finger on you Love..No one!"

Benarkah apa yang Lovely dengar? Mata tak berkelip merenung Ren, cuba mencari sedikit keikhlasan pada wajah tampan itu. Siapapun takkan percaya lelaki seperti Ren Raizen boleh menuturkan sebaris ayat yang sungguh membuai perasaan itu.

Wajah Ren berubah bila lihat Lovely benar-benar terkesan dengan kata-kata yang dituturnya. Hingga berkaca-kaca mata Lovely menahan rasa sebak dan terharu. Yela, selama ini tiada seorangpun pernah tampil dan membela Lovely. Semua berubah sekelip mata sebaik sahaja muncul seorang lelaki kejam tanpa perasaan, Ren Raizen!

"You're ugly!" Kutuk Ren Raizen seraya menarik tangan dari genggaman Lovely.

Jari telunjuk menujah dahi Lovely agak kuat hingga terundur ke belakang sedikit kepala Lovely.

"And annoying!!" Ren bingkas bangun.

"You talk too much!" Celaka! Tak habis lagi?!!

"Troublemaker!" Huhuhu...Kutuk jelaa Ren, kaulah tu yang paling sempurna!

Ren pusing badan, membelakangi Lovely.

"But those somehow made me want you more... Weird!"

Itu...Maksudnya apa coba? Nak bertanya, Ren sudah bergegas pergi meninggalkan Lovely. Hmm..Chipsmore lagilah tu, ntah-ntah tahun depan baru muncul balik huhu..Lovely bingkas bangun, cuba mengejar Ren yang sudah nun jauh di luar. Malangnya, dua pengawal peribadi yang menjaga rumah agam Ren berada di muka pintu, menghalang Lovely.

"Puan tidak dibenarkan keluar untuk keselamatan."

"Hey!!! Bukalahhh!!! Buka!!!"

Lovely tumbuk siap tendang pintu yang tertutup rapat. Setan!!! Ren Raizen memang setan!! Tega sungguh mamat tu mengurung Lovely? Habis tu kuliah macamana? Lovely berlari naik untuk mengambil henfon. Dicari serata bilik, malangnya tak ditemui. Mustahil hilang pula, seingat Lovely henfon tu dia letak dalam beg atas meja. Arghhh!!!

REN RAIZEN!!!!

Akhirnya, Lovely tertidur diulit mimpi ngeri didatangi Ren Raizen huhu..Agaknya kerana dada dan otak Lovely terlalu sarat dengan sumpah seranah buat Ren Raizen, sampai terbawa-bawa ke mimpi!

Keesokan harinya, Lovely bersiap-siap seperti biasa untuk ke kuliah. Dengan penuh semangat dan harapan setinggi gunung, Lovely berlari anak menuju ke peti kunci. Kosong?!! Lovely pandang sekeliling dengan riak wajah bingung. Daun pintu ditolak dari arah luar. Tersembul wajah salah seorang pengawal peribadi di situ.

"Puan dah sedia? Mulai hari ini, saya ditugaskan untuk hantar dan ambil puan."

Arghhh!!! Ren Raizen benar-benar sudah melampau!!

"Aku boleh drive sendiri! Bagi aku kunci kereta sekarang!"

"Maaf puan, ini arahan tuan..Kereta puan dah dijual, sekarang cuma ada sebuah kereta yang akan saya gunakan untuk hantar dan ambil puan."

Bukankah keadaan dia sekarang sama seperti seorang banduan? Lovely mendengus kuat. Rasa marah semakin memuncak! Nak bertelagah, takut terlambat pula. Mahu tak mahu, dia terpaksa menurut dengan wajah cemberut.

Lebih malang, ketika melangkah masuk ke kawasan universiti, terasa sungguh ada mata-mata sedang memerhati setiap langkah kakinya. Adakah cuma perasaannya?

"Love..Love..Loveee!!!!" Kesha berlari anak mendekati.

"Phew! Thank god kau masih hidup.." Ah, itu melampau memang Kesha! Merungut hanya dalam hati jela..

"Satu malam aku habiskan untuk siasat keluarga cikgu Bahrin tu tau. Lelaki yang kejar kita semalam tu Raqiel Amoris, satu-satunya anak Bahrin dan Sofiya." Penuh semangat tau Kesha bercerita, timbul simpati di hati Lovely.

Untuk mengambil hati, Lovely pura-pura tekun mendengar.

"Raqiel Amoris ni sejak zaman remaja memang terkenal dengan sikap samseng taik kucing, ramai musuh hingga satu peristiwa hitam berlaku menyebabkan Raqiel koma berbulan lamanya."

Lovely tersentak...Qiel koma? Adakah peristiwa hitam yang dikatakan Kesha adalah peristiwa penuh kecelakaan itu?

"Sebaik sedar dari koma, perangai Raqiel Amoris semakin menjadi-jadi. Ada khabar angin mengatakan dia ni join kumpulan mafia yang dikenali sebagai Red Dragon..Tapi setakat ni belum dapat dipastikan kesahihannya. Kau masih ingat tak aku pernah cerita dekat kau, ada duah kumpulan mafia yang besar dan sangat berpengaruh di negara kita?" Kesha memaku pandangan pada Lovely dengan wajah penuh serius.

Lovely hanya angguk perlahan. Fikiran sebenarnya sudah jauh menerawang memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada Raqiel Amoris pada masa kecelakaan itu. Mengapa dia langsung tidak bertanya pada Raqiel ketika mereka bertemu empat mata hari tu? Tapi bila difikirkan, untuk apa kan? Semua sudah terlambat, dapat jawapan pun bukan mampu memutarkan kembali masa huhu..

"The Black Sapphire yang diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Putra dan The Red Dragon, ni aku tak pasti siapa ketuanya. Even Putra ni pun jarang muncul..Setakat ni menurut sumber, tiada yang pernah lihat wajah Putra.. Dua kumpulan ni memang musuh ketat. Saling berbunuhan, menakutkan bukan?"

Lovely angguk lagi. Makin bersemangat pula Kesha ni bercerita huhu..

"And berita mengejutkan, kelas hari ni semua cancel Love, kau mesti tak tahu sebab tak baca whatsapp kan? Dr Roshan disahkan meninggal semalam, laporan polis kejadian rompak. Lebih mengejutkan, Dr Roshan mati dalam kereta. Dijumpai oleh orang awam terparkir di tepi jalan. Aneh bukan?"

Lovely melongo merenung Kesha sambil pamer riak wajah tidak percayanya.

"Seriously Kesh?"

"Tengok berita Love..Aku yakin Dr Roshan yang ditembak mati oleh Raqiel semalam. Macamana mamat tu buat hah? Pantas betul! Aku rasa dia tidak berseorangan Love..Mana mungkin dia mampu memindahkan Dr Roshan dari bilik tu tanpa disedari orang awam kan?"

"Betul juga.."

"Kesimpulannya, Raqiel Amoris ni bukan calang-calang orangnya Love, aku nasihatkan kau jauhkan diri dari mamat tu. Kau faham tak ni?"

Hampir terletus gelak Lovely mendengarnya. Even tinggal Raqiel satu-satunya lelaki yang wujud di muka bumi, dia..Lovely Scarlett tetap takkan mahu dekat dengan mamat tu! Hmm.. Macam terlebih perumpamaan ni tau haha..

"Soo...what should we do Love? Shopping? Duit bayaran dah masuk semalam, aku dah transfer separuh dekat kau..Let's enjoy today, nak mourn untuk si tua gatal tak sedar diri tu? Huishh... Tak rela ai!"

Arghh! Idea Kesha memang sangat cantik what, malangnya Kesha ni takde kereta huhu..Lebih malang, di kejauhan bola mata Lovely sudah menangkap pengawal peribadi Ren sedang melangkah laju menghampiri mereka.

"Takleh Kesh..Aku kena balik.." Buat masa sekarang, Lovely tak mahu bertindak ikut suka hati, risau lebih banyak nyawa bakal melayang.

Lihat saja, sejak kemunculan Ren di Universiti, macam-macam musibah berlaku. Tu belum Raqiel...

"Puan.." Palinglah bikin panas dan bikin malu dipanggil puan di perkarangan kampus.

Mencerlung bola mata Lovely menyambar bola mata pegawal peribadi itu.

"Jangan panggil aku puan boleh tak? Nama aku Lovely Scarlett..Panggil Lovely ke, Scarlett ke.. Bukan puan! Buat jatuh point jelaa ishh.." Tempelak Lovely dengan suara rendah, tu pun mati-mati cuba dikawal supaya tidak didengar Kesha dan pelajar yang ada berdekatan.

Tercengang-cengang si pengawal dimarahi Lovely.

"Kesh..Aku balik dulu.."

"Laa..Tak bestlah macam ni..."

"Kau pun balik sekarang faham? Jangan merayau seorang diri, stay low for few days.." Usai menitip pesan, Lovely meninggalkan Kesha termangu-mangu seorang diri di situ.

Setibanya di rumah agam, Lovely mengeluh sekali lagi. Apalah malangnya nasib dia.. Dia harus bercakap dengan Ren Raizen.. Tiga tahun dia hidup terkurung..Takkan dia kena mengulangi semula kehidupan seperti itu?

Malangnya, seperti kebiasaan berhari-hari Ren Raizen menghilang. Siapa sebenarnya Ren? Apa pekerjaannya? Seperti baru tersedar dari mimpi, sesungguhnya Lovely langsung tidak tahu apa-apa mengenai suami terjunnya itu. Nak bertanya pada pekerja di rumah agam, haram sepatah kata pun kau takkan dapat huhu..

Lovely kena siasat siapa Ren Raizen, apa kaitan Ren dengan kumpulan mafia The Black Sapphire dan paling penting, apa kaitan Ren dengan Putra, lelaki jahanam dari neraka itu. Tapi bagaimana bisa dilakukan jika langkahnya dikongkong oleh lelaki kejam itu huhu..

BELINDA!!!

Yup! Belinda dan bapa tiri merangkap lelaki tak guna itu pasti tahu! Bukankah mereka yang menjual Lovely pada Ren Raizen?

"Heyy!! Aku nak jumpa Ren!! Bagi aku jumpa Ren Raizen!!" Lovely menjerit sambil memukul-mukul daun pintu. Kejam tak kejam? Dia dikunci dalam rumah agam tau, Ren jadikan rumah itu penjara buatnya! Memang Firaun dari neraka!!

"Tolong..bagi aku jumpa Ren!!" Suara turun seoktaf, lebih kepada merayu kini.

Masih tak diendahkan, celaka betul!

Lovely naik semula ke bilik, membuka laptop lalu mulai mencari maklumat mengenai Dato Mokhtar. Email dihantar pada Kesha untuk meminta bantuan mendapatkan maklumat mengenai keberadaan lelaki tak guna itu. Celaka sungguh Ren Raizen, mengawal dia sampai henfon pun diambil tanpa kebenaran, memang takde perasaan! Bagaimana dia mampu menyelesaikan semua kerja kursus yang diberi oleh pensyarah?

Mujur sesetengah aplikasi yang digunakan sebagai media telekomunikasi dan saluran penghantaran kerja dan aktiviti fakulti ada dia muat turun dalam laptop, kalau tidak silap haribulan terpaksa repeat paper! Benci betul dia dengan tindakan Ren Raizen, selfish!

Setelah email dibalas oleh Kesha, Lovely bersiap-siap untuk keluar. Kasihan, orang tua itu masih ditahan polis rupanya..Padan muka! Belinda pula semenjak lelaki itu ditangkap, terus menghilangkan diri bersama ibunya hahaha..Apa kau rasa wahai Dato Mokhtar? Oren?

"Aku nak jumpa orang tua tu, hantarlah aku.. Pleaseeee..." Merayu lagi, siap pamer wajah sedih sesedih-sedihnya..Harap berkesan mencairkan hati si pengawal.

"Maaf pu..erk..Love..eh, urm...." Tergagap-gagap si pengawal, tak tahu nak panggil apa..Love? Isn't it weird? Macam pasangan kekasihlah pulak..Mampus nanti boss yang keji tu kerjakan dia huhu..

"Scarlett!!" Lovely pantas menyampuk bila lihat wajah si pengawal yang nampak bingung dan penuh serba salah.

"Saya kena hubungi tuan dahulu, sebentar ya.."

Lovely memandang tajam pada pengawal yang sedang bercakap dalam telefon itu. Tidak lama kemudian, pengawal itu berpaling untuk memandang Lovely lalu kepala diangguk perlahan.

"Mari saya hantarkan puan.."

Lovely tak bagitahu pun di mana Dato Mokhtar berada, hairannya pengawal tu macam aplikasi Waze or maps..Hantar terus sampai depan pintu balai polis, maha hebat!

Lovely menunggu dalam sebuah bilik. Tidak lama kemudian, masuk Dato Mokhtar diiringi dua orang polis lengkap berpakaian seragam. Terbit secebis simpati bila lihat keadaan Dato Mokhtar yang nampak sangat serabai dan tidak terurus, pergelangan tangan pula digari. Lovely membuang wajah..Rasa itu tidak sepatutnya wujud buat lelaki di depannya!

"Kau siapa?" Tanya Dato Mokhtar sambil renung tajam pada Lovely.

Tengoklah tu, darah daging sendiri pun tak kenal! Memang sah tidak layak hidup manusia seperti Dato Mokhtar ni!

"Nampaknya karma sedang membalas cukup-cukup setiap satu perbuatan keji kau pada ibu dan aku.."

Wajah Dato Mokhtar terus berubah.

"Lo...Lovely?"

"Kau makan duit haram hasil menjual darah daging sendiri..Kenyang ke? Bahagia ke? But then, why you ended up here? Guess ini definisi kebahagiaan buat manusia keji seperti kau, Mokhtar!"

"Ketawalah sepuas-puasnya sekarang Lovely. Orang tua seperti Raiz tu pasti akan buat kau hidup seperti dalam neraka suatu hari nanti. Orang tua licik tu telah memerangkap aku!! Target sebenar lelaki itu adalah kau Lovely.. Bukan aku!"

What the....!!!

Lovely benar-benar tersentak!!

Hi hiii readers!! Hope korang suka citer ntah hapa² ni hik hikk.. Kalau suke alanja laa stars bnyk²..sending love to all..muaahhhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience