Pernahkah anda merasa keadaan di mana ketika anda membuka mata, keadaan begitu asing, seolah anda tidak sepatutnya berada di tempat itu. Begitu suram dan gelap gelita. Menakutkan namun mahu melarikan diri, tidak tahu ke mana arah. Saat itu, terasa nyawa betul-betul berada di hujung tanduk, semua terasa sukar hingga mahu menyedut oksigen pun terlalu payah, sedangkan itu antara yang paling mudah dilakukan bukan?
Mahu bangun dari pembaringan dan berlari, badan tidak mampu digerakkan. Semua anggota badan dan urat seakan lumpuh. Hanya bola mata mampu digerakkan. Dalam pekatnya gelap, seolah-olah ada mata sedang memerhati, ada bayang-bayang mahu mendekati. Rasa takut yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata, terasa seperti malaikat maut semakin menghampiri!
"Tidakkk!!!!"
Itulah yang dia rasakan!
Bedanya, ketika membuka mata..Keadaan berlainan! Mungkin cuma roh yang merayau dan tersesat, sedangkan jasad masih terbaring kaku bersirat wayar, di sebuah bilik bertemakan warna putih suci. Aahh, roh tak terbabas rupanya, masih tahu jalan pulang...
"Love!!!! Syukur ya Allah, akhirnya kau sedar juga huwaaa...."
Terkelip-kelip mata merenung wajah di depannya, wajah yang mulai dipenuhi air mata kegembiraan.
"Kenapa kau lakukannya Love? Menyelamatkan orang awam tu satu niat yang murni, tapi kalau sampai membahayakan nyawa sendiri, itu gila namanya huhu..."
Dia masih bingung sebenarnya, otak masih sibuk mencerna semuanya. Apa yang berlaku? Mengapa dia terbaring kaku di situ?
"Aah, maaf! Aku tak patut ungkit hal itu dalam keadaan kau macam ni. Yang penting, cepat sembuh my love..Jom kita kerjakan perompak tu bila kau sembuh nanti!"
Lovely Scarlett mengerdipkan mata beberapa kali. Pandangan kosong diberikan, masih tidak faham apa yang berlaku.
"Seminggu kau koma Love..Pasti kau masih bingung-bingung ni kan? Takpe, nanti kita cerita satu-satu bila kau sudah sihat ya. Sekarang ni rehatlah..Aku akan sentiasa di sisi kau.."
Lovely hanya mampu merenung wajah teman baiknya. Seketika kemudian, mata mulai ditutup perlahan-lahan.
Selepas dua hari, Lovely sudah mampu duduk dan bersandar di kepala katil. Mampu bercakap dan makan sendiri. Luka tembakan di bahu dan atas dada juga semakin sembuh. Kata doktor, dia bernasib baik kerana peluru tidak terkena di tempat yang merbahaya. Bernasib baik ke atau si penembak memang pro? Entahlah, segalanya mungkin!
"My lovely Love dear...Aku datanggg..." Kesha muncul dengan tiba-tiba di muka pintu beserta senyuman meleret di wajah.
Sebelah tangan menjinjing beg kertas berisi makanan, khas dibeli untuk teman tersayang.
"Kau pasti rindukan makanan kegemaran kita ni kan? Sorry Love, aku kena hadir kuliah tu pasal aku lambat."
Kesha melabuhkan punggung bersebelahan dengan katil hospital.
"Bila aku boleh keluar Kesh?" Lovely terus bertanya tanpa mempedulikan makanan yang telah siap dihidang Kesha.
"Dalam dua tiga hari lagi kot, bersabarlah ya..Okay apa duduk kat hospital. Layanan superb, makan free lagi..Tak payah nak masuk dapur hehe.."
"Kesh..." Lovely diam sekejap, cuba mengumpul kekuatan sebelum meneruskan bicara.
"Macamana dengan Qiel? Dia...takde apa-apa kan? Mereka..Tak bunuh Qiel kan?"
Kesha membengkokkan kening, kelihatan sedikit tercengang mendengar kata-kata Lovely.
"Dan Ren...Ren Raizen...Dia pasti tahu aku kat sini kan? Dia..Pasti ada datang jumpa aku kan.. Malangnya masa tu aku tidur agaknya, sebab tu sampai sekarang aku masih tak jumpa dia.. Iya kan?"
Makin kebingungan riak wajah Kesha.
"Aku harap next time kalau dia datang, kau tolong kejutkan aku, boleh kan? Aku tak nak nanti dia sangka aku sengaja plan tidak mahu berjumpa dengan dia."
Kesha bingkas bangun lalu meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Lovely. Dahi berkerut sedikit.
"Kau okay ke ni Love? Nak aku panggil doktor tak?"
Lovely tolak tangan Kesha dengan lembut.
"Kesha please..Aku serius ni.."
"Aku juga serius you. Kau ni dah kenapa? Buat aku seram sampai meremang bulu tengkuk tau..Dah, jangan fikirkan semua tu..Baik kau makan supaya bertenaga nanti okay? Jom..Ni semua favourite kau tau.."
"Kesh, aku....."
"Dahlah tu Love, makan dulu..say aaa...."
Pantas je mulut Lovely disumbat dengan sepotong pizza. Salah satu teknik paling berkesan untuk bagi telinga aman damai tau, cubalah..Pasti puas hati hehe..
"Kesh, aku....." Mula berbicara semula bila semua makanan dalam mulut telah selamat berada di dalam perut.
"Ni hah, aku bawakan semua nota dan assignment yang perlu disettlekan semester ni. Aku ada bawa laptop kau juga. Thank me later Love hihihi.."
Segala persoalan yang bersarang di minda terus sirna. Pantas je tangan Lovely mengambil buku nota yang Kesha hulurkan lalu mulai dibelek helaian demi helaian.
"Thank you Kesh."
"Hah..Jangan terlebih pula, kau tu masih sakit.. Aku taulah level workaholic kau tu, tapi kesihatan kena jaga, faham tak ni?"
Lovely angguk namun mata masih tekun pada lembaran kertas di tangan. Kesha hanya mampu geleng kepala melihatnya.
Dan seperti yang dikatakan, seminggu berlalu langsung tak disedari oleh Lovely lantaran terlalu khusyuk menyiapkan semua kerja kursus yang diberi. Kesha cuma datang melawat sekejap-sekejap, menemani Lovely sebentar sambil menyerahkan nota-nota dari kelas yang tidak dihadiri oleh Lovely.
Masih banyak persoalan yang belum terjawab sebenarnya, namun Lovely terpaksa melupakan semua itu buat sementara waktu. Dia perlu tumpukan perhatian pada pembelajarannya dahulu yang sudah hampir ke penghujung.
Akhirnya, setelah bertungkus lumus selama seminggu, semua kerja berjaya disiapkan dan dihantar kepada pensyarah berkenaan melalui emel. Hari itu juga merupakan hari terakhir Lovely berada di hospital. Awal-awal lagi dia sudah bersiap, mandi dan menukar pakaian lalu duduk di kerusi hospital menunggu Kesha datang menjemput.
Dia tiada niat mahu menyusahkan Kesha sebenarnya. Dia boleh je naik teksi, tak susah nak dapatkan teksi di hospital..Berlambak menunggu di perkarangan luar hospital. Namun, Kesha tetap berkeras mahu menjemput dan menghantarnya pulang.
"Bil hospital aku dah settlekan tau, no worries. Aku belanja hehe..Lepas ni, kau belanja aku makan pula ya, lapar ni!"
"Okay je..Tapi aku takde..."
"Ni kan? Aku simpankan masa kau ditembak hari tu. Don't worry, semua masih ada..Nah!" Beg tangan bertukar tangan.
Tergopoh gapah Lovely menyelongkar isi handbag tersebut. Henfon ditarik keluar lalu diperiksa dengan teliti. Aahh...Why?!!!!! Rupanya selama ini dia tidak pernah menyimpan nombor Ren Raizen. Wajah berubah jadi redup seredup-redupnya. Takpe, masih ada cara lain. Lovely memujuk hati yang mulai lara.
Setibanya di kawasan parking, sebuah kereta sport mewah memenuhi kornea mata Lovely. Pantas Lovely menghampiri. Membelai badan kereta buat seketika, rindunyaa....
"Hampir separuh duit simpanan kau habiskan untuk kereta cantik ni, hairan aku!"
Lovely tergelak kecil. Bukan duit dia pulak!
"Kau mesti dah rindu nak drive kereta ni kan? Nah! Aku tolong jaga je, tak berani nak guna. Selama ni aku guna kereta buruk secondhand aku je.Tu pun terpaksa beli, semua kerana kau tau..Sayang aku dekat kau sampai ke surga tau tak?" Kesha terus membuat laporan tanpa dipinta.
"Terima kasih banyak-banyak Kesh, kau dah banyak tolong aku kan. Kau memang sahabat dunia dan akhirat aku."
Kesha tersenyum bangga sambil kenyit mata.
"Ajom lahhh, aku dah lapar ni."
Mereka singgah makan di sebuah restoran yang dipilih oleh Kesha. Ketika mahu membayar bil, Lovely perasan yang kad unlimited gold edition yang Ren beri tiada dalam dompet. Panik, Lovely menyelongkar beg, kot-kot tercicir dekat dalam tu kan.
"Buat apa tu? Cashier tu dah lama tunggu, ada lagi mahu membayar di belakang.." Kesha berbisik perlahan.
Lovely renung Kesha dengan wajah bingung.
"Kesh, kad aku takde."
Kesha memanjangkan leher untuk melihat dompet yang dipegang Lovely.
"Ada pulak tu kad bank kau."
"Tak Kesh, maksud aku kad yang Ren bagi.."
Kesha mengerut dahi, memandang Lovely dengan hairan.
"Kau cakap apa ni Love? Siapa Ren? Boyfriend kau eh? Asal aku tak tahu ni? Wahh..Siap bagi kad bagai..huntung ler...!"
Lovely tak mengendahkan kata-kata Kesha, terus menyelongkar, hampir saja dia tumpahkan semua isi dalam beg di atas meja kaunter cashier.
"Aku tak jumpa kad tu Kesh.." Lovely mengeluh dengan suara sebak.
"Aku tak tahu kad mana yang kau maksudkan Love, tapi bukan kad bank kau tu ke selalu kau guna untuk buat pembayaran?"
Lovely pandang Kesha dengan curiga. Kesha ni dah kenapa? Bukankah selama ini Kesha paling suka bila dia keluarkan kad emas tersebut?
"Love..' Kesha mulai menyenggol bila pelanggan di belakang mulai berdehem kuat. Lovely cepat-cepat menarik kad bank miliknya dan menyerahkan pada cashier yang sudah mulai cemberut akibat lama menunggu.
"Kesh, aku hantar kau balik dulu."
"Laa, terus balik ke rumah kaulah. Aku dah siap parking kereta aku kat situ."
Lovely menjeling, rasa pelik dan hairan! Bagaimana Kesha tahu mengenai rumah agam tu? Setahu Lovely, rumah itu memang tidak pernah dimasuki oleh orang luar, kawalan sangat ketat. Jadi macamana Kesha boleh masuk bahkan siap parking kereta dekat situ? Semakin tak senang duduk jadinya.
"Err...Love...Aku rasa ni jalan yang salah. Kau nak ke mana ni? Kata tadi nak terus balik.."
Terteleng terus kepala Lovely, terkejut mendengar kata-kata Kesha.
"Ni jalan ke rumah akulah.."
"Kau tak hilang ingatan kan? Ni jalan ke bukit tinggi tu tau, persekitarannya hanya hutan belantara. Kau biar betul Love..Dekat situ mana ada perumahan.."
Lovely diam, mahu menumpukan perhatian pada jalanraya yang mulai berliku di depan. Kereta mulai memanjat sebuah bukit tinggi. Tiba di satu selekoh, Lovely terus masuk ke simpang, menyusur jalan lebih kurang lima minit sebelum tiba di sebuah rumah besar berpagar konkrit yang sangat tinggi.
"Love..Kau nak serbu rumah orang ke?" Kesha mulai panik.
"Ini tempat tinggal aku Kesh!"
Kesha ternganga! Wajah jelas terkejut!
"Love!!" Semakin terkejut Kesha bila Lovely menekan hon kereta bertubi-tubi.
Malangnya pintu pagar masih tertutup rapat. Hilang sabar, Lovely keluar dari perut kereta.
"Apa masalah cik ni?" Muncul seorang pengawal dengan wajah masam mencuka.
Lama Lovely tercongak, merenung hairan pada pengawal tersebut. Ni pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ini.
"Bagilah aku masuk. Kau pekerja baru ke?"
Pengawal itu merenung Lovely dengan hairan.
"Aku dah hampir lima tahun bekerja di sini cik. Cik datang ni atas urusan apa?"
Lima tahun? Lovely kerut dahi. Asal tak pernah jumpa pengawal ni?
"Aku isteri Ren Raizen.. Aku tinggal di rumah ni.."
Pengawal itu tergelak kuat. Lovely mulai geram. Mengapa semua orang kelihatan pelik?
"Aku tak tanya cik ni isteri siapa. Sakit jiwa ke? Sejak bila cik tinggal di sini? Sekarang, lebih baik cik balik sebelum saya telefon polis."
"Tunggu!"
Lovely kelam kabut mengejar pengawal tersebut.
"Saya tak tipu Encik..Tolong bagi saya masuk Ini rumah Ren Raizen kan? Kalau tak percaya tanya Mak Jah, dia yang membantu saya sebelum ni.."
Pengawal itu memusing badan, menghadap Lovely. Mula bercekak pinggang, wajah juga mulai tegang.
"Cik cakap apa ni? Siapa Ren Raizen? Siapa pulak Mak Jah ni?"
Lovely terpempan! A..Apa semua ni?! Tak!! Mustahil, pengawal ni pasti orang baru. Masih tak tahu apa-apa!
"Encik..Bagi saya masuk dulu..Please..Dekat dalam tu nanti pasti Encik akan faham dan tahu siapa saya..Tolong Encik, saya benar-benar mahu jumpa Ren.."
"Masalahnya, tiada seorangpun yang bernama Ren dalam rumah ni Cik.."
"Tapi itu mustahil! Encik dah periksa ke? Mungkin Encik tak kenal sebab Encik masih baru di sini..Boleh panggilkan pengawal lama tak? Dorang pasti kenal siapa saya..Tolonglah Encik..."
"Cik...Sudah saya jelaskan, jangan buat saya ulang semula. Lebih baik cik pergi saja."
Pintu pagar automatik itu tiba-tiba terbuka. Sebuah kereta berwarna hitam menyusur perlahan melintasi mereka.
"Mamat!! Kereta siapa tu? Minta alihkan cepat!" Cermin pemandu diturunkan. Sebuah kepala terjegil keluar lalu berteriak kuat.
Pengawal yang dipanggil Mamat segera memandang Lovely. Namun belum sempat buka mulut, Lovely sudah berlari mengejar kereta tersebut lalu berdiri betul-betul di hadapan kereta itu sambil mendepa luas kedua-dua belah tangan.
"Heyy!! Apa kau buat tu?!! Pergi!!" Mamat mengejar pantas.
"Tolong, aku mahu jumpa pemilik rumah ini!!" Lovely jerit sekuat hati.
Mampus!!! Mamat menggaru kepala yang tak gatal.
Pintu di bahagian penumpang kereta hitam itu terbuka. Sepasang kaki dibaluti seluar slack hitam dan kasut kulit hitam berkilat terlunjur keluar memijak lantai aspal jalan.
Dug!!!
Hormon adrenalin melonjak naik! Degupan jantung mulai menggila!
"Saya pemilik rumah ni.." Lelaki itu keluar dari dalam perut kereta lalu berdiri tegak, merenung tajam pada Lovely.
Lovely terpaku!
"Cik ni siapa?"
Lovely tenung wajah itu sebelum bola mata bergolek memandang sekeliling dengan penuh kebingungan. Impossible!! It's weird!!
"Encik ni siapa? Mana pemilik sebenar rumah ni? Aku nak jumpa dia.."
Lelaki pertengahan umur itu kelihatan sedikit tersentak mendengar pertanyaan Lovely.
"Saya Mukhriz, saya pemilik rumah ni...Seingat saya tiada pemilik sebelumnya, kerana saya yang bina rumah ni...Dari design hingga ke landskap, semua idea saya Cik.."
Lovely hampir terjelepok jatuh mendengarnya. Hujung kereta mewah dipegang untuk menahan badan dari jatuh. Ya Tuhan, apa semua ni?
"Encik Mukhriz, maafkan saya...Tapi ini semua tak masuk akal! Saya tinggal di sini sebelum ini Encik. Begini saja, Encik benarkan saya masuk sekejap boleh? Saya....bingung Encik! Saya perlu tahu kebenaran...Semua ini terlalu asing, saya seolah mati dan hidup semula di sebuah dunia asing!" Lovely merayu, bersungguh-sungguh!
Encik Mukhriz sempat mengerling jam di tangan sebelum mengangguk.
"Baik Cik, tapi sebentar saja tau. Saya rushing ni..Mamat, kau bawa Cik ni masuk sekejap. Dan Cik, boleh tolong alihkan ke tepi sedikit kereta Cik tu?"
Pantas je Lovely memberi isyarat pada Kesha yang masih terpegun dalam kereta dengan wajah pucat lesi! Melihat Kesha keluar dan berpindah ke bahagian pemandu, Lovely bergerak masuk ke perkarangan rumah agam tersebut. Mamat terkocoh-kocoh mengejar di belakang.
"Tuan Mukhriz kata sekejap saja tau!" Siap bagi amaran Mamat ni.
Lovely mempercepatkan langkah, amaran Mamat langsung tak diendahkan. Hairan! Hanya ada dua pengawal, tu pun wajah terlalu asing buat Lovely. Tanpa berlengah, Lovely meluru masuk ke dalam rumah agam!
Terpempan!!
Mengapa suasana begitu asing kini? Keadaan dalam rumah agam itu terlalu ceria, tidak seperti sebelum ini..Suram!
"Mak Jah!!!" Lovely terus menjerit. Yakin dengan naluri hati, pasti tidak lama lagi Mak Jah terkocoh-kocoh menghampiri.
Di rumah agam ni, hanya Mak Jah yang selalu melayan Lovely dengan baik, layanan yang membuat Lovely terasa seperti ibu masih berada di sisinya.
.
Malangnya selepas beberapa detik menunggu, suasana masih sunyi sepi! Kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga. Lovely pantas menoleh. Seorang wanita sedang memegang tangan seorang budak lelaki berusia lebih kurang lima ke enam tahun, menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati.
"Kamu cari siapa gadis muda?" Perempuan itu langsung bertanya dengan sopan.
"Maaf menganggu Puan, saya cari Mak Jah.." Hampir menangis! Air mata bergenang di pelupuk mata.
"Mak Jah? Cik salah rumah agaknya, tiada yang namanya Mak Jah di sini. Saya Surihani, isteri Mukhriz..Cik pasti ke Mak Jah tinggal di sini?"
Tak mungkin semua berubah sekelip mata! Jangan kata dia sedang bermimpi!!
"Maafkan saya kerana menganggu.."
Lovely terus berlari keluar.
Damn you Ren Raizan!!!!!
Kau buat apa ni?!!!
Hati menyumpah seranah diiringi air mata yang deras mengalir menuruni pipi.
"Ke tepi Kesh!"
Kesha kelam kabut keluar lalu duduk di sebelah pemandu. Melihat wajah singa Lovely, dia segera mengunci mulut. Lovely memecut laju menuju ke suatu tempat, yup! Itu harapan terakhir sebelum hatinya hancur menjadi puing-puing dan sirna di udara huhu..
Lovely Scarlett terus jatuh terduduk di atas lantai beralaskan marmar hitam putih lalu menangis teresak-esak. Semuanya berubah sekelip mata!!
Di depannya kini bukanlah Darco Megah Holdings, tetapi Liberty Jaya Cooperation! Dan dia yakin, kalaupun dia masuk menyerbu, keadaan pasti sama seperti yang berlaku di rumah agam..Ren Raizen tak mungkin dia temui!
"Love..Hentikan kegilaan ni, jom balik huh?" Kesha datang memujuk lalu memeluk bahu Lovely.
"Apa semua ni Kesh? Apa sebenarnya yang berlaku?!! Aku...Aku seperti berada di dunia yang terlalu asing! Semua hilang sekelip mata! Isn't it weird?"
"Fikiran kau tengah bercelaru Love..Kita balik dulu okay.."
Nak balik ke mana Kesh? Dia sebatang kara, selama ini dia bergantung sepenuhnya pada Ren Raizen...Kini...Segalanya hilang sekelip mata, Ren Raizen seolah-olah tidak pernah wujud. Apa semua ini?
Kesha mengambil alih, memandu kereta Lovely dengan tenang. Lovely sudah tidak kisah ke manapun arah dituju, separuh jiwanya sudah mati dengan realiti yang dihadapi. Jauh di sudut hati, masih menolak keras semua yang berlaku..
"Ke....Keshhh!! A..Apa semua ni?!!"
Menggeletar lutut Lovely ketika keluar dari perut kereta. Bola mata terus merenung sayu sebuah apartment kos murah di hadapan mereka yang kelihatan sudah usang.
"Tak ingat? Di sinilah kau tinggal. Tingkat dua, no 205.."
Lovely terduduk, tangisan mulai kedengaran. Semakin lama semakin kuat!! Segala memori lama mulai bermain di layar minda..
Rindu serindu-rindunya!!!
Urgh..Apa jadi ni?
Share this novel