6 Uncontrollably Fond

Crime Completed 131702

Ya! Beginilah kehidupan Lovely Scarlett semenjak dipertemukan dengan seketul Ren Raizen. Dibuang di perkarangan rumah agam, terus kereta dipecut pergi tanpa sepatah kata, bahkan memandang Lovely pun tidak! Tinggallah Lovely terkebil-kebil seperti orang bingung di situ. Apa tujuan mamat tu sebenarnya? Susah payah datang ke kampus semata-mata mahu menghantarnya pulang ke atau apa? Aneh!!

Argh! Persetan mamat tu, kalau berada di rumah pasti menggerunkan! Tersiksa badan dibuatnya walau nikmatnya sampai tak terungkap dengan kata-kata! Hishh..Lovely cepat-cepat masuk, fikiran cuba dikosongkan, ngeri mengenangkan kebuasan Ren Raizen!

Dan seperti yang dijangka, Ren Raizen langsung tidak muncul sehinggalah keesokan harinya. Ren Raizen betul-betul mamat Chipsmore, kejap ada kejap takde huhu..Lovely bersiap-siap untuk ke kuliah. Ketika keluar, kereta sport merahnya sudah terparkir dalam garaj. Lovely mengambil kunci kereta di peti kunci lalu bergegas pergi.

"Love, wait!"

Langkah kaki yang dikuak laju menuju ke dewan kuliah terhenti mendengar panggilan itu. Kesha berlari anak mendapatkan Lovely.

"Hey! Kau nak ke mana kelam kabut ni? Tak baca whatsapp ke?"

Lovely mengerut dahi lalu geleng kepala.

"Kenapa?" Tanya Lovely sedikit hairan.

"Kelas Mr Gordon kena cancel."

"Huish, benda baru ni! Selama ni tak pernah-pernah kelas Mr Gordon kena cancel. Pehal?"

"Kau memang tak baca Whatsapp ye? Mr Gordon kemalangan kemarin, sekarang masih dirawat di ICU!"

"Maigad!! What happened?!" Mulut yang terlopong Lovely cekup dengan tangan. Terperanjat sungguh!

"Dunno! Nasib tak baik agaknya.."

Eya ke? Otak Lovely ligat berfikir... Jangan-jangan....Huishhh!! Lovely pantas geleng kepala, cuba mengusir anasir tak baik dalam minda. Dia takleh nak berprasangka buruk, no without proof! Tapi hati kecil kuat mengatakan apa yang berlaku pasti ada kaitan dengan mamat Chipsmore tu! Harap-harap naluri dia tak betul. Tak logik bukan? Takkanlah mamat tu nak campur tangan dalam kehidupan peribadi dia pula kan? Mamat bengis tu? Yang siap letak rules bagai dalam perkahwinan mereka? Impossible huhu..

"So, jom joli dengan golden card kau tu hihi.. Banyak masa free kita ni, jangan disia-siakan haha.." Cadang Kesha sambil tergelak-gelak penuh bahagia.

"Ohh no! Jom ke library dan siapkan assignment Mr Gordon."

"Laa..Assignment tu anytime boleh buat kan? Lagipun kita tak tahu lagi berapa lama Mr Gordon tu berada dalam ICU, entahkan survive atau tidak.."

"Kesh! Tak baik tau cakap macam tu!" Bentak Lovely dengan suara lembut.

Kesha tergelak. Henfon dikeluarkan dari beg yang dijinjit Kesha. Skrin henfon terus dihala di depan wajah Lovely.

"Suami orang, syak isteri dia ada skandal dengan lelaki lain. Accept or decline?"

Lovely mengambil henfon tersebut lantas membaca mesej yang dihantar dengan penuh teliti.

"Kita tak pernah accept klien lelaki!" Tegas Lovely dengan suara sengaja ditekankan.

"That's why aku belum respond. Tapi lumayan jumlah duit yang dia tawarkan you! Boleh bayar dua penggal yuran pengajian hehe.."

Lovely berfikir sebentar. Ada betulnya juga kata-kata Kesha. Dia memang tiada masalah kewangan selagi Ren Raizen tidak ambil balik kad yang diberi, tapi Kesha.. Nasib mereka berdua hampir serupa sebenarnya, struggle to survive!

"Kau nak kes ni ke?" Tanya Lovely, mahukan kepastian. Kesha angguk.

"Okay, aku takde masalah cuma...Niat asal dah bercanggah, kita nak bantu kaum wanita Kesh."

"Tak canggah ah, let's say si suami ni kaki cemburu dan tuduh isteri dia ni membabi buta, kita ambil kes dan menegakkan kebenaran bukan? Actually kita bantu wanita tu dari terusan dicurigai oleh suaminya."

Lovely berfikir senjenak.

"Okay then, you will handle this one. Amacam?"

"Ok, cool!"

Kesha terus menaip di skrin henfon dengan penuh bersemangat. Lovely menggeleng kepala.

"Dah, jom gerak ke library. Aku nak settlekan assignment kita tu."

-

-

"This is our client and his wife."

Lovely hanya jeling sekilas pada skrin henfon yang Kesha halakan depan wajahnya sebelum tunduk semula menyambung kerja menyalin nota penting ke dalam buku catatan Lovely. Kesha mengeluh lihat sikap acuh tak acuh Lovely.

"Awak! Berhentilah kejap dan tengok kat sini wak! Habis kuliah kita kena ekori isteri dia ni.." Desak Kesha, tak puas hati sungguh bila lihat Lovely buat dek je.

Lovely melepaskan ball pen di tangan lalu dongak wajah dan merenung Kesha buat seketika sebelum mengambil henfon di tangan Kesha. Sebaik sahaja lihat gambar pasangan suami isteri di skrin henfon Kesha, mulut Lovely serta merta terlopong luas!

"Ke..Kesh!! Siapa nama klien ni?" Terkejut hingga tergagap-gagap Lovely dibuatnya.

"Zahrin dan Sofiya! Zahrin ni cikgu sekolah menengah manakala Sofiya pensyarah di sebuah universiti tempatan."

Damn!!

Lovely bingkas bangun. Dada tiba-tiba terasa sesak hingga nak bernafas pun terasa sukar! Mengapa begini? Lovely usap dada perlahan. Apakah coretan takdir yang menantinya di depan?

"Kenapa Love? Kau kenal ke mereka ni?"

Pantas Lovely geleng. Kesha tak perlu tahu sejarah hidupnya, siapa manusia-manusia itu!

"The best part is, Sofiya ni salah satu penceramah jemputan malam apresiasi fakulti kita nanti, best tak best?"

Huhu..best sangat!! Mudah-mudahan je Lovely tak terserempak dengan perempuan tu nanti. Lovely mengeluh dalam hati.

"Kita ada kelas lagi tak after this?" Tanya Lovely, mulai tidak keruan.

"Nope! Masa terakhir sepatutnya kelas Mr Gordon. Let's do our work!" Seraya berkata, Kesha menarik tangan Lovely untuk pergi dari situ.

"Kesh..Aku ada hal lain nak buatlah.."

"Ishh..Takkanlah kau nak aku buat sorang-sorang? Tak kesian kat aku ke? Dahlah aku takde kereta, duit pun takde huhu.."

Ahh, dah mulalah minah sorang ni! Lovely merungut dalam hati, namun langkah diorak juga untuk membuntuti Kesha. Mereka menunggu di depan universiti tempat Sofiya bekerja.

"That's her!" Seru Kesha.

Seorang perempuan separuh umur yang baru keluar dari perut bangunan besar itu sedang melenggang menuju ke keretanya. Masih maintain jelita, body juga masih mengancam, kena lagi dengan baju kebaya pendek yang melekat di tubuh..memang seksi! Tak hairan kalau ada skandal huhu!

"Aku bet dia mesti balik terus ke rumah." Luah Lovely dengan riak wajah bosan dia pamerkan.

"Yup, opkoslah dia mesti balik rumah jumpa suami tersayang kan. See? Lelaki ni curiga je lebih, siapa suruh pegi kahwin dengan perempuan hot namatey!"

Lovely bersandar di penyandar lalu menghela nafas panjang.

"Then case closed! Habis cerita, bagitahu laki dia yang isteri hot dia tu tak curang!"

"Laa..tak sampai 24 jam kot! Lek ah, kita kena tunjuk kita ni profesional, buat kerja sungguh-sungguh barulah orang percaya. Dah, perempuan tu dah gerak..cepat ekori dia Love!"

Mahu tak mahu, Lovely menurut. Seperti yang dijangka, wanita itu memasuki sebuah kawasan perumahan elit. Lovely meletakkan kenderaan agak jauh dari rumah wanita itu. Mereka menanti lagi. Mujur cermin kereta Lovely gelap, jadi wajah mereka berdua tidak akan dilihat dari luar. Mereka terus menunggu sehinggalah matahari terbenam. Kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan rumah tersebut.

"Laa, pasti itu suami dia. Dahlah, jom balik! Perempuan itu pasti takkan keluar lagilah.." Serkap Lovely, dia sudah bosan dan penat seharian berada dalam kereta.

"Alaa, tunggulah kejap..Kau ni dah kenapa Love? Selalunya kau tak macam ni.." Kesha mulai perasan.

"Aku penat ah, lagipun aku rasa kes ni sia-sia je! Cuma cemburu, takde thrill langsung!"

"Yelaa..At least kita tunggulah sampai jam 10 gitu, malam masih muda what!"

Huh..Banyaklah kau punya muda Kesha! Lovely merungut dalam hati. Kepala disandarkan. Mata ditutup rapat. Daripada layan Kesha ni, lebih baik dia tidur.

"Love!! Love Love Love!!! Bangun cepat.. Perempuan tu keluar!!"

Lovely terpisat-pisat bangun.

"Cepat!! Nanti terlepas!!"

Masih dalam keadaan mamai, Lovely kelam kabut menurunkan hand brake, gear dimasukkan lantas kereta mulai bergerak mengekori sebuah kereta yang dipandu dalam kelajuan sederhana di hadapan mereka.

"Malam-malam buta ni nak ke mana? Aku dah start musykil ni, agaknya betul kot perempuan tu ada skandal." Gumam Kesha.

Lovely hanya membatu, cuba memberikan sepenuh perhatian ke arah jalanraya. Mereka tiba di sebuah restoran mewah berkonsepkan barat.

"Hah! Tepat masanya, aku memang tengah lapar ni, jom makan sambil mengintip hehe.." Kesha kelam kabut keluar dari perut kereta.

"Cepat ah Love!"

Tangan Lovely ditarik. Adui! Tak menyempat betul! Mereka mengambil tempat duduk yang agak tersembunyi, namun wajah wanita yang sedang duduk melihat menu di tangan masih jelas di pandangan.

"Laa..dia keluar dinner dengan husband dia pula tu!" Gerutu Lovely dengan nada kesal.

Kesha tergelak hambar.

"Maaflah, mana aku tahu. Dah, jom order!" Kesha tak kisah langsung tau, sibuk pulak dia memilih menu huhu..

"Ehh..Tengok tu! Ada seseorang menghampiri pasangan tu Love."

Lovely yang kebetulan memang duduk menghadap meja pasangan itu terus dongak. Garfu berisi sepotong steak yang baru hendak disua ke mulut terhenti serta merta.

"Uhukss..huks!" Terus tersedak!

Gelas panjang berisi air putih segera disambar dan diteguk dengan rakus.

Damn!!

"Hishh, tulaa..gelojoh sangat!"

"Tak! Bukan macam tu, jom blah Kesh..cepat!"

Lovely tergopoh gapah bangun, tangan yang sedikit menggeletar diangkat untuk menutup wajah. Pastinya mengelak untuk dilihat.

"Eh! Why? Aku belum habis makanlah!" Bantah Kesha dengan wajah berkerut.

"Kita makan tempat lain! Dah, jom ahh..Cepat sikit!"

"Kenapa ni Love? Tetiba gelabah macam nampak hantu!"

Lovely tak mengendahkan pertanyaan Kesha, terus ditariknya tangan Kesha untuk beredar dari situ. Dia tak mahu dilihat oleh orang itu, meskipun tidak pasti diri masih diingati atau telah lama dilupakan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertembung empat mata dengan keluarga itu, terutama lelaki itu..Never!!

Kesha ditarik sampai di luar bangunan. Tak tunggu lebih lama, Kesha menarik tangannya dari genggaman Lovely. Sambil cekak pinggang, mata dicerlung tepat ke wajah Lovely.

"Beratus-ratus kau buang untuk dinner kita, tak sempat pun aku makan sampai separuh tau! Cerita kat aku Love, siapa yang kau nak elak kat dalam tu? Bagitau atau aku masuk balik dan siasat sendiri!"

Belum sempat Lovely buka mulut, beberapa buah kereta sport warna hitam bercermin gelap meluncur laju lalu brek mengejut di depan mereka berdua. Macam dalam wayang omputeh pula, berbaris depan Lovely dan Kesha. Mereka berdua serentak terpegun, bola mata tak berkelip walaupun cahaya silau dari lampu kereta menyakitkan mata! Siapa?!!

Kereta sport mewah itu memuntahkan manusia-manusia berhoodie, semuanya berpakaian hitam, wajah ditutup dengan topeng clown dan yang paling menggerunkan, masing-masing bersenjata api. Terketar lutut Lovely dan Kesha. Matilah mereka kali ini! Perompak ka? Lovely memberi signal pada Kesha melalui ekor mata supaya mereka melarikan diri secepat yang bisa. Kesha angguk dengan wajah pucat lesi.

"Owh sh*t!" Salah seorang lelaki bertopeng memaki dengan suara keras lantas meludah atas lantai.

Bila menyedari lelaki bertopeng itu mengorak langkah dengan laju menghampiri mereka berdua, Lovely tidak tunggu lama. Pantas disambar tangan Kesha lalu Lovely berlari selaju yang mampu.

"Get her!!"

Damn!! Whyyy?!!!

"But, this isn't our plan boss! Let's get inside and kill him!"

"I said get her first or I'll kill all of you!!"

"Kesh!! Fasterrrr!!!"

Malangnya..mereka dikepung dengan sekelip mata huhu. Celaka! Mereka semua ni manusia lagi ke? Pantas sungguh!! Lelaki yang berlagak seperti ketua itu menghampiri. Berdiri di depan Lovely dan merenungnya buat seketika.

"Boss, we're running out of time, he might leave soon!"

Teguran itu tidak diendahkan. Pistol di tangan malah diacu-acukan di depan Lovely. Sungguh, lemah seluruh sendi melihat kumpulan misteri yang tetiba muncul lalu mengepung mereka berdua. Terasa nyawa seperti di hujung tanduk kini. Apa salah mereka coba? Hanya kebetulan berada di tempat itu, tak punya duit cash..emas permata pun langsung tiada bergayutan di badan. Jadi, apa yang dimahukan dari mereka berdua sebenarnya?

"Why are you here? Mengintip kekasih lama?!!"

Terperanjat!!

Siapa lelaki bertopeng di depannya itu? Bagaimana dia tahu kisah silam Lovely? Dan mengapa suara serak basah yang bernada sangat sinis itu seperti biasa didengar? Lovely terpempan buat seketika, hilang kosa kata!

"Boss! We're in danger! They're coming!!"

"Dismiss!!" Arah lelaki itu dengan tegas.

Melihat kumpulan itu mulai berpecah menuju ke kereta, Lovely pantas menarik Kesha. Masa untuk melarikan diri!

"Not you trouble maker!!"

Oh sh*t!!!

Badan Lovely dicempung dengan mudah oleh mamat bertopeng itu.

"Hey!! Let me gooo!!!!" Lovely menjerit sambil meronta-ronta.

Kesha masih terkejut, membatu dengan badan menggigil hebat. Hendak membantu, menggerakkan jari saja dia tidak mampu, terlalu takut!

"Arghhhh!!!" Lelaki itu terjerit kesakitan bila Lovely gigit bahu berdaging pejal itu.

Tubuh Lovely ditolak hingga dia jatuh terhempas atas simen. Sakit gila!!

"Youu witch!!" Tempelak lelaki itu. Dapat Lovely bayangkan wajah menyinga dengan seribu keriput menahan sakit di sebalik topeng clown itu. Padan muka!

Lelaki itu duduk mencangkung di depan Lovely. Bahu bekas gigitan Lovely digosok perlahan.

"You know Love, you're so gonna pay for this!!"

"Boss they're coming!!"

"Shi*t!!"

Tangan Lovely disambar kasar lalu diheret pergi dari situ. Lovely cuba melepaskan diri namun terhenti bila pistol diacu di lehernya.

"Behave sweetie, kau akan buat kita berdua terbunuh!"

Ibuuuu!!!!

Nak nangis air mata tak nak keluar huhu..Akhirnya, Lovely terpaksa jadi good girl, menurut tanpa suara hinggalah dia ditolak masuk ke dalam kereta sport milik lelaki itu. Sebaik masuk, kedengaran bunyi tembakan dari arah belakang. Beberapa buah kereta meluncur laju ke arah mereka.

"Sh*ttt!!!"

Kereta sport itu mengaum dan bergerak laju membelah jalan raya. Kedengaran bunyi tembakan, saling berbalas dari arah belakang. Lovely mencekup kedua belah telinga, gerun setiap kali mendengar bunyi dentuman bila peluru dilepaskan! Lovely menoleh ke sisi. Topeng clown itu sudah ditanggalkan. Wajah rupawan itu kini menjamu mata Lovely..Asyik sungguh dipandang biarpun dahi berlipat dan riak wajah super ketat! Menyempat lagi huhu..

Pranggg!!!

Lovely terjerit bila dengar bunyi kaca pecah di belakang. Matilahh!! Lovely toleh ke belakang, cermin belakang kereta pecah terkena peluru!

"Dammitt!! Love, kau pandai guna senjata ni tak?"

Lovely pantas menggeleng. Seumur hidup, pegang pistol pun dia tak pernah!

"Tekan je pemacu ni, ada enam peluru di dalam. Halakan ke belakang, aim pada tempat pemandu dan tekan pemacu! Pergi belakang sekarang!"

"Tak nak!! Aku bukan pembunuh!"

"Kau nak kita mati? Yang kau bunuh tu semuanya setan!! Anggap je kau mengurangkan kerja polis!!"

"No Ren! Aku tak reti!!" Menggeletar suara Lovely merayu.

"Ganti tempat aku, cepat!!"

What? How am I suppose to do that? Lovely tercengang.

"Arghh!! Kau duduk atas aku, asal slow sangat ni? Kau akan buat kita mati ditembak!!!" Ren menjerit geram.

Lovely buat seperti yang disuruh. Punggung dilabuhkan atas peha Ren Raizen.

"Pijak pedal!" Arah Ren.

Ren memindahkan kaki dari pedal minyak lalu diganti oleh kaki Lovely. Kemudian, Ren mengesot ke tepi dan berpindah ke belakang dengan mudah, memang pro!

"Teruskan drive pada kelajuan maksima!" Arah Ren.

Serentak itu, bunyi tembakan dari pistol di tangan Ren Raizen mula kedengaran. Berjurut-jurut! Habis peluru, pantas diisi semula. Lovely tidak berani menoleh, yang pasti dia dengar bunyi dentuman yang kuat diiringi bunyi letupan! Beberapa ketika kemudian, bunyi tembakan sudah tidak kedengaran. Lovely lihat cermin pandang belakang. Ren Raizen kelihatan bersandar dengan mata tertutup rapat.

Dah kenapa mamat Chipsmore tu? Cedera ke? Lovely mulai gundah. Setelah dipastikan tiada kereta mengekori. Lovely meletakkan kereta di bahu jalan.

"Asal berhenti? Nak mati?"

Aah, masih hidup rupanya! Lovely menghembus nafas lega.

"Kau..Cedera tak?" Ragu-ragu Lovely bertanya. Risau jika dikata penyibuk.

Ren Raizen tenung Lovely melalui cermin pandang belakang dengan tajam.

"Nope!" Pendek jawapan Ren. Wajah dialih untuk melihat keadaan sekeliling. Manalah tahu musuh tiba-tiba muncul.

"Who are you Ren Raizen?" Fuhh..Lega bila berjaya disuarakan persoalan yang sedari tadi menganggu fikiran.

Sekali lagi bola mata Ren dicerlung pada cernin pandang belakang. Pandangan mereka bertaut agak lama.

"I'm your hell Love!"

Pulak!

"That's true! Tapi, hairanya kau tahu banyak tentang aku.."

"Yup! Every little curve, your sensitive spot.. Your..."

"Damn Ren!! Not that stupid!!!" Terus merah padam wajah Lovely.

"Drive home now sweetie..Or you wanted to do it here?"

Memang jantan tak guna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience