Lovely Scarlett memandang Ren Raizen dan perempuan bernama Cindy silih berganti dengan mata helangnya. Ya, dia memang sangat marah, mungkin juga sangat cemburu.. Lovely sendiri tidak pasti, perasaannya bercampur baur ketika itu! Tak mungkin dia jatuh cinta dengan lelaki dari neraka itu.. Mustahil!!
Penat otak dikerah mencari punca meletusnya kemarahan yang tidak mampu dia kawal. Yang pasti, dia rasa dikhianati..Yup! Siapapun akan mengamuk kalau kepercayaan yang diberi dikhianati bukan? Haah, pasti itu punca utama.. Pasti!! Tak mungkinlah kerana cinta..Takkan!! Mencintai lelaki dari neraka serupa Lucifer tapi menang hensem? Dia? No no no!! Arghhh!! Rimas bila hati dan fikiran berperang..
"Soo..your ex is back and you guys are getting back together huh?" Sinis nada suara dilontar, wajah tegang tanpa secalitpun senyuman.
Cindy menjeling tajam lantas mengeratkan pelukan di pinggang Ren. Berbinar mata Lovely melihat..Mengada! Yang si gatal ni pun, dibiarkan je..sukalah tu, sedaplah katakan.. Urgh! Hati bagai dipulas-pulas, nak tarik nafas pun jadi payah huhu..
"Rule number 2, don't....."
"Fu*k your stupid rules Ren Raizen!! Satu-satunya syarat yang aku bagi kau langgar depan mata aku ni hah!! Masih berani kau bercakap pasal rules bodoh kau tu? Pegi mampus!!"
Mulut Ren Raizen terbuka sedikit, terkejut agaknya dengan keberanian Lovely menempelak dirinya.
"How dare you?!" Cuba mengugut pulak!
Lovely tergelak sinis.
"You betrayed me Ren Raizen! Do you expect me to stay still? Nope!"
Giliran Ren Raizen tergelak sinis. Bola mata dipaku tajam ke bola mata Lovely.
"And what can you do Love?" Mengejek okay! Jantan ni memang jahanam!
"First, of course I'll destroy everyone around you..Like this!!" Seraya berkata, rambut pendek berkarat paras bahu Cindy ditarik kasar.
"Arghhh!! Let me go bitch!!!"
Cindy meronta bila ditarik menjauhi Ren Raizen. Pelukan kejab Cindy terlepas. Jemari runcing berkuku panjang milik Cindy mulai menoreh kulit lengan Lovely.
"Tak guna!" Kaki laju je menyepak perut Cindy!
"Arghhh!!" Cindy tertunduk, menahan sakit.
Hairannya, dua jejaka perkasa itu hanya memerhati..Tiada yang sudi tampil mahu menolong Cindy..Kejam tak kejam? Dia nak tengok juga sejauh mana kasih sayang Ren pada perempuan itu. Dalam kepala sudah terset bahawa dia pasti akan dilempang Ren Raizen, takpun dicekik sampai membiru!
Cindy sudah meraung-raung, menjerit nama Ren Raizen..Lovely terhenti sesaat, mahu lihat apa tindakan Ren...Masih mematung di situ! Sh"t!! Adakah Ren sengaja mencabar untuk lihat sejauh mana dia akan bertindak?
"Lepaskan aku sial!!!" Cindy terus menghayun tangan secara rambang.
Pak!
Terkena sedas tumbukan Cindy tepat di tepi bibir Lovely. Terasa ada cecair pekat mengalir akibat terkena gigi sendiri..huhu..pedih tau! Perlukah dia smackdown je minah tak guna ni?
"Stop it Love! You're bleeding!!"
Akhirnya Kenjiy yang tampil meleraikan mereka berdua. Kenjiy menarik Lovely menjauhi Cindy.
"You're one tough girl, you know huhu..Bahaya!" Sempat Kenjiy mengomel ketika membawa Lovely pergi.
Belumpun beberapa langkah diorak, pergelangan tangan Lovely direntap kasar. Mereka berdua serentak menoleh.
Ren Raizen!
Dengan bola mata marak menyala Ren pandang Kenjiy dan Lovely silih berganti. Kenjiy berundur. Lovely merentap tangan dengan kasar hingga pegangan Ren terlepas. Makin merah wajah Ren.
"Don't touch me with your dirty hand!!" Tempik Lovely lantang.
"Dirty?!! Let's see how dirty I am!!"
Kedua belah tangan Lovely dipulas ke belakang hingga Lovely menjerit kesakitan. Badan Lovely disorong ke belakang hingga terhenti bila belakang menyentuh dinding.
Serangan sebenar Ren Raizen bermula bila bibir seksi itu mulai memburu bibir Lovely. Bersungguh-sungguh Lovely mengelak, hingga habis wajah dan lehernya jadi mangsa bibir dan lidah Ren Raizen.
"Stop it!!!" Semakin dilarang, semakin galak Ren main peranan. Mencium, menghisap malah mengigit sesuka hati..Bikin bergetar jiwa raga huhu..
Celaka betul!
Dia ingat Lovely akan tewas dengan mudah? Well..Hampir tewas sebenarnya huhu..Namun rasa marah dan jijik sudah menebal dalam diri! Luka di bibir semakin pedih, namun syaitan seperti Ren mana peduli semua itu..Makin dilawan makin diburu...Lovely akhirnya diam, merenung dalam ke bola mata Ren yang turut terhenti dengan tindakan tiba-tiba Lovely. Takkan sudah tewas? Ren memandang dengan riak wajah curiga.
Tanpa disangka-sangka, Lovely memagut bibir Ren lalu diratah dengan penuh berahi. Nafsu Ren Raizen terus mencanak naik dibuatnya. Ren membalas ciuman, lebih rakus tanpa kesabaran. Kenjiy membuang wajah. Cindy melopong dengan deraian air mata.
Sedang terleka dalam ciuman penuh berahi, tiba-tiba.....
"Urghhh!!"
Yup!! Itu kelebihan Lovely..Menyerang alat sulit milik Ren dengan lutut hahaha!! Sempat digigit sekuat hati bibir Ren lagi, serangan spontan tau hehe..Mampus kau setan!!
Ren berundur, tunduk seketika sebelum melompat kesakitan. Darah kelihatan mengalir laju dari bibir Ren yang terkoyak.
"Bitch!!!" Maki Ren sambil bola mata marak mencerlung tepat ke bola mata Lovely.
Lovely tersengih, penuh kesinisan.
"Whoops!" Siap pamer wajah mengejek, sambil tapak tangan atas bibir!
"This is just a beginning, Ren Raizen!"
Dengan lenggang lenggok terlebih, Lovely melintas depan Ren Raizen, menghadiahkan sebuah flying kiss sebelum meninggalkan bilik tersebut.
"Damn you Love!!!! Kenjiy!! Get her..No!! Stay away from her....argghh!! Lovely Scarlettt!!! You're dead!!!!" Ren terjerit-jerit seperti orang gila.
Lovely masuk ke dalam perut lift dengan wajah meriah...Bola mata dipenuhi percikan bunga api warna warni gitu haha...Happy sangat dapat kerjakan lelaki dari neraka itu! This is just a beginning..Let's play a game, Ren Raizen..Tengok siapa yang tersungkur dahulu hahaha..Peduli apa kalau kau mafia sekalipun..!! Mamat mafia jumpa kapten Judo haha..padanlah tu!
Dengan menaiki Grab, Lovely membeli sebuah telefon bimbit lalu menghubungi Kesha.
"Kesh, tolong aku cari sebuah rumah sewa, bilik pun boleh, tak kisah. Yang penting tempat yang agak tersorok dan jauh dari pusat bandar."
"Eh? Pehal? Kau lari dari rumah ke?"
"Aku tak punya masa ni, secepat mungkin okay.. Dah aku off dulu."
"Hey jap! Ni nombor baru kau?"
"Yup! Nombor lama aku tak pakai, kalau ada call dari nombor tu kau takyah sambut. Kau tolong tutup nombor lama aku ya! Bye!"
Ren Raizen takkan dapat apa-apa maklumat berguna dari nombor lama dia pun. Cuma ada nombor Kesha dan pensyarah je. Dia dan Kesha punya sebuah henfon yang dikhaskan untuk bisnes, Kesha yang pegang.
Ren Raizen! Berani sungguh lelaki itu khianati dia? Guess semua lelaki sama, macam lelaki tua itu! Berjanji setia hingga hujung nyawa, rupanya setakat janji air liur busuk!
Lovely putuskan untuk menginap di sebuah hotel murah untuk beberapa hari sebelum dapat sebuah bilik sewa. Pakaian? Dia terpaksa membeli beberapa helai, nak balik ke rumah agam untuk mengambil semua barang-barangnya yang tak seberapa nak banyak tu, memang cari nahas ler..Silap-silap, Ren sudah sedia menanti dengan sebuah lubang dalam untuk mengebumikan dia hidup-hidup!
Duit yang diguna semua adalah duit hasil simpanan. Tidak berani mahu guna kad yang diberi oleh Ren, risau jika lelaki itu cuba mengesan, kalaulah kan..Siapa tahu entah-entah Ren sedang enak tidur berpeluk dengan perempuan syaitan itu sekarang huhu.. Takpe Lovely..Biarkan dulu mereka berbahagia, lepas ni dia pasti akan atur strategi untuk memusnahkan dua makhluk tu!
Celaka betul! Lain tujuan dia datang, lain pulak yang dia dapat! Semua persoalan yang separuh mati dia karang buat Ren Raizen habis berterbangan..Satu misteri pun tidak terungkai gara-gara Ren ditangkap basah dengan perempuan lain.
Hanya seorang yang mungkin dapat membantunya, juga mungkin akan mengkhianatinya..Kenjiy! Lovely tahu Kenjiy merupakan orang paling dekat dengan Ren Raizen, jadi lelaki itu pasti tahu segala-galanya. Tapi untuk mendapatkan Kenjiy sama seperti mempertaruhkan nyawa sendiri. Lagipun, belum tentu Kenjiy akan bekerjasama..
Lovely muncul di depan kampus dengan penampilan baru, sedaya upaya disembunyikan wajah sebenar..Juga sengaja memberi signal pada Kesha untuk menjauhinya..Ini langkah berhati-hati just in case ada mata-mata yang memerhati. Penampilan agak daring dan sophisticated..Cuma taklah mendedah sana sini..Menonjol je haha! Tak selesa, tapi penyamaran perlu cun bukan?
Tamat kuliah, Lovely berjumpa Kesha dalam tandas. Setelah memastikan hanya mereka berdua berada di situ, Lovely merapatkan badan pada Kesha
"Kau dah dapat?" Terus Lovely tanya.
"Dah, aku dah send location. Kau boleh masuk petang ni." Kesha jawab sambil bola mata liar memerhati Lovely dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Kau melarikan diri dari siapa hah? Sugar daddy kau tu ke?" Serkap Kesha curiga.
"Sugar daddy taik kera! Aku melarikan diri dari hantu jahanam!"
Tergelak kuat Kesha mendengarnya.
"Love...Tengok ni!" Kesha hulur henfon.
Lovely meneliti wajah sepasang suami isteri di skrin henfon tersebut.
"Bayarannya betul-betul ho liao! Si isteri nak tangkap kecurangan suami..Tapi dia tak sanggup melihat depan mata kecurangan tu, minta kita tolong ambil bukti berupa gambar dan rakaman. Ni..Maklumat tentang keberadaan suami dan perempuan tu malam ni. Nak or let go?"
"Laa..benda ni dah selesai pun! Tak thrill ah!"
"Yup, tapi bayaran dia tu hah..Mesti perempuan kaya! Dia dah masukkan separuh jumlah bayaran dalam akaun, separuh lagi akan dilunaskan bila kerja kita selesai."
"Ambil bukti je kan? Ok onz! Masalahnya, aku dah takde kereta.."
"Laa..macam biasa, sewa ler.."
Semudah itukan bila punya duit haha..Mereka berpisah tidak lama kemudian. Lovely balik ke hotel untuk mengemas sebelum bergerak menuju ke bilik sewa barunya. Apabila malam menjelma, wig warna pink pula diguna..Macam artis KPop huhu..Mereka muncul di salah sebuah kelab reakreasi yang lebih menyerupai sebuah kelab malam, bezanya tempat itu taklah sepadat pub, hanya orang tertentu boleh masuk.
Dengan menggunakan kad membership yang diberikan oleh klien tersebut, dengan mudah Lovely dan Kesha masuk ke dalam. Mata terus. meninjau mencari kelibat si suami yang curang.
"Over there.." Bisik Kesha perlahan.
Mereka menghampiri meja pasangan tersebut. Ketika mellintas, Lovely pura-pura tersilap langkah, hampir jatuh di depan pasangan itu.
"Maaf..Maaf!" Cepat-cepat Lovely minta maaf.
"Cik tak apa-apa?" Lelaki itu bertanya.
Lovely ukir senyuman manis lalu geleng. Tanpa pasangan itu sedar, Lovely sebenarnya telah melekatkan perakam di bawah meja. Mereka bergegas pergi lalu duduk tidak jauh dari pasangan itu. Proses mengambil buktipun bermula sambil menyantap makanan.
Kesha membuat rakaman secara tersembunyi. Lovely hampir tidak mampu menelan bila melihat kecurangan depan mata. Bengkak hati apatah lagi benda tu baru je dialami sendiri. Ya, dia memang tidak mampu menahan diri dari mengamuk! Lovely bingkas bangun.
"Kesh, hentikan rakaman jap. Aku tak tahan dah ni.."
Kesha pandang Lovely dengan riak terkejut.
"Kau nak buat apa?"
"Nak ajar lelaki tak guna tu!"
Kesha sengih beruk lalu angguk. Kesha turut geram sebenarnya, siapa tak sedih lihat kaum sendiri teraniaya kan?
Lovely menghampiri pasangan yang sedang duduk rapat hampir berpeluk, siap berbisik-bisik bersentuh wajah bagai tau..Menyakitkan mata!
"Dasar lelaki jahanam!!" Maki Lovely. Laju je tangan menyambar gelas berisi air putih atas meja lalu disimbah ke wajah si lelaki.
Tersentak hingga berdiri menegak lelaki itu.
"Heyy!! Apa ni? Kau dah gila ke?!!" Marah lelaki itu sambil mengibas-ngibas kemeja yang lencun.
Pang!
Wajah lelaki itu dilempang sekuat hati hingga terteleng kepala dibuatnya tau.
"Youu!!! How dare you?!!" Lelaki itu mara mendekat dengan wajah merah padam.
Arghh!! Nak bagi flying kick Lovely pakai gaun sendat paras lutut huhu..Padan muka, nak menyamar sangat kan! Lovely sudah bersedia bila lihat lelaki itu mengangkat sebelah tangan tinggi ke udara, nak melempang dia balik ler tu.. Lovely dengan mudah mengelak serangan itu, menangkap pantas pergelangan tangan lalu dipulas ke belakang.
"I'm not that weak, nasty old man!"
"Perempuan tak guna!!" Tiba-tiba si perempuan datang menyerang dengan menarik rambut Lovely dari arah belakang.
Rambut pink ala KPop itu terlepas dari kepala. Terkejut perempuan itu. Lovely sengih beruk.. Whoops! Suprise hahaha..
Bukk!!
"Urghh!"
Akibat terleka, lelaki itu menyerang pantas. Perut Lovely ditendang kuat, hingga terbengkok badan ke bawah. Sakit gila, dah tenaga lelaki kan! Cengkaman pada tangan lelaki itu terlepas. Lelaki itu menghayun deras tangan, mahu melempang Lovely, tak kisah dikata dayus menyerang kaum hawa, perempuan di depannya harus diajar cukup-cukup. Berani sungguh menyibuk hal orang lain kan!
Lovely tahu dia takkan sempat mengelak, mata ditutup rapat.
"Argh!"
Aik? Pehal lelaki itu jerit kesakitan?
"Go to hell, old man! You touch her, you die!"
Siapa?
Lovely celik mata, namun tak sempat melihat tangannya ditarik pergi. Hanya mampu lihat belakang tubuh sasa di depannya. Lovely toleh ke belakang, lelaki tua itu kelihatan berdiri tegak memerhati mereka dengan wajah pucat lesi. Kenapa?
"Lepaskan aku!! Siapa kau hah?!!"
Hanya membisu! Lovely terus ditarik pergi. Tiada yang mengendahkan, malahan tempat itu seperti dikuasai oleh lelaki di depan Lovely, semua tunduk pada lelaki itu. Lovely dibawa naik ke tingkat atas kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang sangat luas, seperti sebuah pejabat atau bilik pentadbiran.
Cengkaman dilepaskan. Badan sasa itu dipusing menghadap Lovely. Topi dan cermin mata ditanggalkan. Sebuah senyuman manis terukir di wajah kacak itu..Memang sweet larr! Dengan rambut warna hitam berbelang silver, wajah putih bersih, mata almond shape, kening terbentuk cantik..macam mamat KPop, bezanya di depannya ni sasa perkasa, tak reti menari tapi pakar mencabut nyawa huhu!
"Gotcha Lovely Scarlett!" Dengan senyuman meleret you..
Lovely terkesima, berani sungguh! Plus tak tahu malu!!
"Is this a trap?" Duga Lovely sambil peluk tubuh.
Lelaki itu ketawa kecil.
"I want you back, baby!"
"But I don't want you!"
Savage haha!!
"Ahh..Paksa!"
Sialan!
"Penat aku plan semua ni..Come back to me, baby..I want you, I miss you..Kau tak tahu bertapa menderitanya aku kehilangan kau baby. Aku akan pastikan semua yang terlibat menipu aku mendapat balasan setimpal! Aku akan pastikan Putra celaka tu mati di tangan aku. Aku akan lakukan apa saja untuk kau baby.. As long as you say you'll be mine again.."
Fuhh!!
Berpeluh mendengar kata-kata mamat ni! Tercabar jiwa bila hati sedikit tergugat. Beware Lovely, this man is not an ordinary man!
Raqiel Amoris dan Ren Raizen..dua-dua makhluk dari neraka..Merbahaya! Lebih baik jauhkan diri..
"Qiel!! Bunyi tembakan dilepaskan diluar, ada musuh mendekati!!"
Lovely berundur ke belakang. Wajah berubah jadi sedikit pucat.
Takkanlah....
Payah eh..watak ganaz bpindah pulak dh ekeke..
Share this novel