"You may go now, Rich!"
Lelaki yang hampir pengsan akibat dibelasah di bahagian alat sulit oleh Lovely bergegas pergi, langsung tidak menoleh lagi.
"Your man huh?!" Lovely merenung tajam lelaki yang baru muncul lalu berdiri di hadapan Lovely sambil menyilang tangan di dada.
Lelaki itu tersenyum sinis. Memandang Lovely dari hujung rambut ke hujung kaki buat seketika.
"Crazy and savage!! Go home before someone kills you!"
Lelaki itu pusing badan dan bergerak pergi. Damn!! Just like that?! Pantas Lovely sambar tangan lelaki itu. Kepala dipusing, memandang Lovely dengan hairan.
"Stop this game please..Aku dah penat..."
"What do you mean?" Argh, masih nak main tarik tali rupanya!
"Bagi aku jumpa dia..Please.." Suara mulai sebak, lebih kepada merayu kini.
Lelaki itu kerut dahi, wajah kelihatan tercengang dan bingung!
"I don't know what you're talking about girl. Let go of my hand!"
Let go?! Taik kucing!!
"Let me meet that evil bastard, Ashraff Kenjiy!!!" Suara naik beroktaf-oktaf!
"I'm sorry, I don't know....!"
"Damn you!!! Damn all of youuu!!!!"
Belum sempat dihabiskan kata-kata, Lovely mencantas dengan jeritan nyaring disertakan dengan sebuah flying kick pusingan 90 darjah, tepat menusuk ke perut Ashraff Kenjiy. Terpegun Kenjiy dibuatnya! Serangan itu terlalu pantas, dia sendiri tidak sempat mahu mengelak. Gila, kuat sungguh perempuan ini! Tak padan dengan dress ketat yang dipakai.. Arghh!!!!
"I said...Bagi aku jumpa Ren Raizen sekarang!!!!"
"No!!! He doesn't even exist!! You are crazy!!!"
"Owh..Jadi selama ini aku kahwin dengan hantu?"
"Tak, selama ini kau hidup dalam fantasi! Kembali ke alam nyata dan teruskan hidup dengan normal!"
Lovely terpempan, hanya merenung wajah tampan yang sedang menahan sakit itu buat seketika.
"Ren Raizen...is gone!"
NO!!! big NO!!!
Lelaki keturunan Lucifer itu takkan dengan begitu mudah lenyap di muka bumi!! Lihat saja Lucifer!! Lovely ukir senyum sinis dalam keterpaksaan, walaupun bola mata jelas kelihatan berkaca-kaca.
"Ren Raizen takkan tewas semudah itu, Kenjiy!"
"Terimalah kenyataan!"
"I'll make him appear right in front of my eyes!"
"Well...Go ahead!"
Celaka!!! Kenjiy mencabar kan?
Lovely gigit bibir bawah dengan geram. Kenjiy buat-buat tak nampak. Malah menarik kasar tangan dari cengkaman Lovely dengan riak wajah selamba.
Berani sungguh! Dia tak kenal lagi takat kejahatan Lovely Scarlett bila dikuasai marah! Baru mahu menyerang semula, Kenjiy pantas menangkap pergelangan kaki Lovely. Celaka, mamat ni memang cekap huhu..
"You're so predictable..Do you really think you can touch me?"
Lovely pantas menarik kakinya sekuat hati. Ashraff Kenjiy hampir hilang keseimbangan badan. Akibat tarikan kuat itu, Kenjiy meluru ke depan hingga hampir menabrak Lovely. Pantas Lovely cengkam kedua belah tangan Kenjiy lalu ditarik dan dipulas ke belakang Kenjiy. Berkerut dahi Kenjiy, terkejut dengan ketangkasan Lovely. Kini, pergerakan Kenjiy telah dikunci.. Tak guna, nampaknya dia tersilap kerana memandang rendah kemampuan gadis itu.
"Untouchable huh?" Perli Lovely dengan sinisnya.
Kenjiy mengancing rahang, hancur ego lelakinya dikerjakan oleh Lovely.
"Where's Ren Raizen?!!" Arghh!! Tak habis-habis!
Makin tegang wajah Kenjiy.
"Love!! Stop!!!"
Lovely mengeluh perlahan bila dengar suara tinggi dari arah belakang menyuruhnya berhenti. Kesha berlari mendekati diikuti oleh Karl dan Stone.
"Lepaskan mamat tu Love. Kau dah hilang akal ke? Tu bukan target sebenar kita Love oii! Jangan cari masalah..Yang kau belasah tu anak orang kenamaan..Lepaskan dia.." Sambil berbisik perlahan di telinga, jemari Kesha pantas menepis lengan Lovely, cuba melepaskan cengkaman Lovely pada lengan Kenjiy.
Anak orang kenamaan? Lovely pandang wajah Kenjiy dengan hairan. Anak siapa pula mamat mafia ni?
Tangan segera dilepaskan bila Kesha mulai menarik Lovely agak kuat, menjauhi Kenjiy.
"Are you crazy?!" Marah Kesha dengan suara tertahan-tahan.
"Tuan..Mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh Cik Love tadi.." Karl tampil memohon maaf, siap menundukkan kepala tanda hormat.
Semakin pelik Lovely dibuatnya. Siapa Ashraff Kenjiy sebenarnya? Orang kayangan ke apa? Kemain lagi Karl dan Stone, siap bagi tunduk hormat bagai. Cis!
Ashraff Kenjiy memperkemaskan pakaian ala-ala korporatnya, berkemeja dilapis kot mahal gitu. Sempat menjeling penuh jengkel ke arah Lovely sebelum melangkah pergi tanpa sepatah kata.
"Wherever he hides, I'll find him! Please tell Ren Raizen, I promise I'll come and get him!!"
"Then you can go to hell and bring him back!"
Damn!!
Lemah tempurung lutut! Hampir Lovely terjelepok atas jalan. Mujur Kesha sempat menyambar bahunya. Lovely renung Kesha dengan bola mata yang mulai basah, digenangi air mata.
"Kesh..You knew about this right? Ren Raizen bukan fantasi..He was real! Berapa lama lagi Ren nak siksa aku Kesh? Aku dapat rasa..Ni! Jauh di sudut hati aku dapat rasa kehadiran Ren, Kesha! Dia ada..Sedang mengawasi aku! Why?! Kenapa dia lakukan semua ini Kesh? Whyy?!!"
Kesha memeluk Lovely dengan erat, turut sedih melihat penderitaan teman baiknya itu.
"Love.. Jangan mengalah, hidup perlu diteruskan..Ingat, kau ada aku...Kau tidak berseorangan..."
Yup! Dia punya Kesha yang sentiasa di sisi untuk memberi penghiburan dan peneman di kala duka. Namun, semua itu tidak mampu memenuhi separuh jiwanya yang kosong. Inikah yang dinamakan cinta? Bukankah dia tidak sepatutnya jatuh cinta pada Ren Raizen? Lalu bagaimana mahu kawal hati dan perasaan? Bisakah dia kuburkan semuanya dan hidup seperti yang mereka pinta?
Tak!! Lovely Scarlett takkan berputus asa! Tidak sehingga semuanya betul-betul terbukti. Kalau benar tiada, mana kuburnya? Ashraff Kenjiy... Lelaki itu adalah kunci pada peti jawapan yang Lovely perlukan.
"Kesh, kau settlekan Nina, isteri Shak. Daftarkan Nina ke kelas yoga dan gym. Dua minggu sekali, bawa dia ke spa atau salon kecantikan. Pastikan supplement yang tepat untuk rawatan dalaman Nina. Ingat, dalam tempoh sebulan.. Kita nak Shak tertonjol biji mata melihat isteri yang tak dihargai langsung tu!" Usai memberi arahan, Lovely bergegas pergi tanpa mempedulikan jeritan Kesha.
Tak kisah! Now dia punya misi baru...Hancurkan mereka yang telah buat hidup dia tunggang langgang. Dan target pertama, of course Putra! Setakat ini Lovely sendiri masih samar sebenarnya siapa Putra, tapi menurut maklumat terakhir ketika peristiwa dia ditembak dan Black Sapphire kemudiannya lesap selepas itu, Ashraff Kenjiy berkemungkinan besar adalah Putra. Semua masih jelas di layar minda.
Meskipun sedar-sedar je dari koma ketika itu, Kesha bagitahu maklumat yang jauh berbeza. Kononnya mereka berada di sebuah restoran untuk mengekori salah seorang klien, tiba-tiba restoran tersebut diserbu oleh perompak. Lovely tertembak bila cuba menyelamatkan seorang warga tua. Tak masuk akal bukan? Dia masih waras kot, tak hilang ingatan lagi..Yang cedera bahagian bahu bukan kepala..Nak spin cerita tujuannya apa? Bukankah jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan atau dielakkan?
Setelah puas mengorek maklumat dari Karl dan Stone, akhirnya terpacaklah seketul tubuh Lovely Scarlett di hadapan sebuah bangunan gigantic tinggi mencakar langit, milik Ashraff Kenjiy. Bukan calang-calang rupanya mamat ni, anak salah seorang jutawan negara huhu..Yang hairannya, boleh pulak anak jutawan ni jadi kuli Ren Raizen!
Lovely memang tak bercadang mahu jadi pengintip dan tersorok-sorak di semak samun ke, tepi-tepi bangunan ke atau melakukan penyamaran untuk mengekori dan menyiasat Ashraff Kenjiy. Dia cukup masak dengan kelicikan ahli mafia itu..Entah-entah sekarang ni pun Lovely sedang diperhati.. Nak buat semua tu memang sia-sia! Lebih baik terus serbu..
Tapi eyalah, prosedur tetap prosedur. Lovely tahu dia takkan dapat jumpa Kenjiy tanpa temujanji. Mahu tak mahu, Lovely terpaksa menanti dengan penuh sabar di lobi syarikat.
Tunggu punya tunggu, sampai naik lenguh otot punggung, yang dinanti tak muncul-muncul! Celaka..Macam tau-tau kan Kenjiy yang dia datang, takut nak turun ler tu! Lovely tahu Kenjiy ada je kat bilik pejabatnya, minah di kaunter tu dah bagitahu yang Kenjiy baru je naik ke atas ketika Lovely sampai tadi.
Lovely kembali menghampiri kaunter receptionist.
"Maafkan saya cik. Boleh tak cik call pejabat Ashraff Kenjiy dan biarkan saya bercakap dengannya sebentar sahaja? This is urgent Cik.. Tolong permudahkan urusan saya..Sekejap saja pun memandai Cik.."
"Saya faham Cik, tapi seperti yang saya dah bagitau tadi, Tuan Ashraff takkan layan panggilan yang tak berkaitan. PAnya pasti awal-awal reject..Cik faham kan?"
Urghh!! Hampir berputus asa..Dahlah penat hampir setengah hari menunggu, semua sia-sia saja! Lovely menarik keluar not kecil beserta sebatang pen dari dalam beg tangannya lalu menulis sesuatu.
"Takpelah, saya faham. Sekiranya Encik Kenjiy lalu nanti, Cik boleh bagi dia note ni tak?"
Gadis itu mengangguk lalu mengambil sekeping kertas yang dihulur Lovely. Setelah mengucapkan terima kasih, Lovely berpaling lalu melangkah lesu ke arah pintu utama. Pen yang cuba dimasukkan ke dalam beg tanpa melihat kerana sibuk pandang depan jatuh ke lantai. Lovely mengeluh perlahan sambil bola mata mengekori pen mata bulat itu bergolek laju ke depan.
Jahanam punya pen, dengan kau-kau sekali mahu melarikan diri dari aku?!! Tak sedar diuntung betul kau ya, dah aku beli kau dan simpan elok-elok dalam beg tangan, buat hal pulak kau kat situ!! Dah mula bermonolog sorang diri, dengan pen pun boleh cari gaduh huhu..
Pen tersebut berhenti bergerak bila sebuah kasut kulit bertapak keras memijak hingga lumat badan bewarna biru yang diperbuat dari plastik keras itu. Betul-betul depan pintu utama! Manusia yang hingar bingar di sekitar terus berhenti bergerak, mulut masing-masing terkunci. Semua yang ada di situ memusing badan menghadap ke arah pintu lalu memberi tunduk hormat. Semua kecuali Lovely Scarlett yang masih tegak berdiri dengan mulut sedikit ternganga!
Bangsat! Orang ni buta ke apa? Taulah tu pen murah, tapi takkan tak nampak kan? Apa salah larikan kaki atau langkah besar-besar, tak perlu kot sampai nak pijak hingga hancur lumat pen murah tu. Apa salah pen tu coba? Lovely menaikkan bola mata yang tadinya gigih merenung pen yang sudah lunyai di atas lantai. Dua jejaka segak bersuit mahal, salah seorang memakai cermin mata lebar warna hitam dan topi ala koboi nak gi......
Shit!!!
Lovely terundur ke belakang, tangan terus dinaikkan untuk pegang dada!
Terketar-ketar! Satu badan jammed..Hanya bola mata masih berfungsi dengan baik..Terus bergolek mengiringi langkah dua jejaka itu menuju ke pintu lift. Wajah keduanya begitu serius, langsung tak toleh kiri dan kanan.
Mimpi ka? Tak puas menampar pipi sendiri, Lovely cubit malah picit-picit kulit muka.
Dia tak mimpi! Ini semua benar-benar berlaku.
Mahu menjerit, suara tidak mampu dikeluarkan. Mahu berlari menghampiri, kaki pula tidak mampu digerakkan. Seolah terkena sumpahan! Lovely langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Apa sudah jadi dengan seorang Lovely Scarlett sebenarnya ni? Terlampau terkejut ke apa? Mujur masih ingat menyedut oksigen..
"P..Pennn! S..Ss...Stoopp! Arghh!"
Semua sia-sia bila pintu lift yang membawa dua jejaka itu di dalam perutnya tertutup rapat. Lovely tarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal gelodak yang melanda ganas dalam diri.. Tenang Love...Tak usah panik..Tarik nafas dan hembus... Setelah agak tenang dan semangat yang terbang entah ke mana tadi kini sudah kembali, Lovely bergegas semula ke kaunter.
"Minta maaf sekali lagi Cik..Tadi yang lalu tu... Mereka siapa ya?"
"Owh, salah seorang tu pemilik sebenar bangunan ni, syer dia lebih besar berbanding dengan Tuan Ashraff. Cuma dia kerja belakang tabir, semua urusan kerja dia serahkan sepenuhnya pada Tuan Ashraff."
"Siapa nama lelaki tu?"
"Maaf, saya pun tidak tahu..Semua pekerja hanya memanggilnya Tuan Besar."
Rasa curiga semakin menebal. Ikut hati mahu saja Lovely menceroboh naik ke tingkat atas, namun bila memikirkan dia mungkin bakal dibawa ke balai polis, tak kut! Silap haribulan tak merasa pegang lesen peguam huhu..
Takpe! Dia cuma perlu mereka rancangan strategik untuk memerangkap manusia tak guna tu! Lovely melangkah keluar walaupun berat sungguh hati mahu pergi..Sekiranya firasat dia betul, dia kena pintar berlakon untuk memperdayakan target. Satu lagi pesanan melalui sehelai kertas sempat dia tinggalkan di kaunter receptionist sebelum pergi tadi. Kalau jerat tak mengena lagi, lebih baik dia pergi minta gilis trailer gergasi huhu..
"Mana benda yang aku minta tu?"
Mesyuarat tergempar terus diadakan di cafe sederhana besarnya milik Stone. Stone ni nampak saja gagah perkasa, tapi sangat suka memasak dan mengemas. Pantang nampak habuk, mulalah mencari mop, bulu ayam dan segala macam alat pembersihan. Kadang-kadang tu macam mengalami OCD ( Obsessive Compulsive Disorder ) je bila tengok perangai Stone ni, tapi tak sampai level kritikal kot!
Stone menyerahkan sebuah botol kecil diperbuat dari kaca bertutup besi pada Lovely. Wajah Stone nampak curiga.
"Kau serius ke nak buat benda ni Love?" Tanya Stone kurang percaya.
Lovely angguk dengan wajah penuh keyakinan.
"Kalau berlaku apa-apa, masa depan kau mungkin terjejas. Kau tahu maksudnya bukan?" Stone cuba memujuk.
"I promise things will run smoothly..Just do as we've planned!"
Masing-masing terdiam. Lovely sudah nekad. Kalau terusan berdiam diri, sampai bila mahu main tarik tali? Biarlah dikatakan savage, who cares?! Dia cuma mahu apa yang telah jadi hak miliknya! Kalau benar semuanya telah berubah dan mata cuma menipu, then dia sendiri akan berhenti memburu cinta..
Seperti yang telah dirancang, keesokan harinya, Lovely tiba seorang diri di tempat yang dia janjikan dalam nota yang ditulisnya. Argh.. Tempat ni...Tempat yang menggamit kenangan. Saat di mana dia dibuang dengan kejam ke laut lalu diketawakan separuh mati, saat bercumbuan dalam keadaan basah kuyup sampai pasir dan air laut masuk ke dalam mulut dan hidung pun tak lagi dipedulikan..Dan yang paling best, bila merajuk terus cair dengan aiskrim Cornetto bunga ros huhu..
Tak sedar wajah telah basah dengan air mata. Tersengguk-sengguk hingga tidak mampu untuk terus melangkah..Hanya Tuhan yang tahu bertapa menderitanya seorang Lovely Scarlett saat kehilangan separuh jiwanya. Dia cuma berusaha untuk terus kuat dan tersenyum padahal dalamannya, darah tak henti mengalir hingga ke titisan yang terakhir...Hingga jiwa mati!
Lovely duduk mencangkung bila terasa sudah tidak kuat untuk meneruskan perjalanan. Melepaskan tangisan semahu-mahunya, biar selepas ini apapun yang terjadi dia akan tetap kuat untuk melangkah..Kuat untuk hanya melihat ke depan tanpa ada keinginan walau sekelumitpun untuk menoleh ke belakang.
Setengah jam dalam keadaan seperti itu, bayangkan cramp di kaki tu macamana .. Urghh! Lovely berdiri perlahan-lahan lalu menegangkan urat yang terbelit akibat lama duduk dalam keadaan mencangkung. Bola mata melilau melihat keadaan sekeliling. Sedih!! Mengapa yang dinanti tak kunjung tiba? Adakah mata yang tersilap melihat? Atau dia memang sudah tak dipedulikan lagi? Mungkin saja nota ugutan yang dihantar hanya dipandang sebelah mata lalu langsung masuk ke dalam tong sampah!
Lovely merenung pasir yang melekat di hujung kasut dengan sayu. Kemudian, sebuah botol kecil berwarna putih ditarik keluar dari kocek seluar jeans. Semua isi ditumpahkan di tapak tangan.
Bersedialah wahai mulut, lidah dan leher..Lepas ni baru fikirkan akibatnya..
semua pil berwarna putih itu disumbat masuk ke dalam mulut, dikunyah dengan pantas lalu ditelan. Berkunang-kunang terus pandangan Lovely menahan rasa yang memenuhi mulut.
Satu..
Hati kecil mulai menghitung.
Dua...
Sedih!
Tiga...
Sekujur tubuh Lovely Scarlett rebah menyembah bumi! Mata tertutup rapat..Setitis air mata mengalir perlahan dari celah kelopak mata..Air liur juga hampir meleleh..Semuanya gara-gara gula-gula pedas yang ditelannya tadi!! Rancangan bodoh apakah ini? Betul-betul hanya menyiksa diri!!
Sahlah sudah! No one comes huhu..
Dia cuma menunggu perompak atau orang jahat lalu dan menculik atau lebih sadis melakukan perbuatan terkutuk pada dia!
"Stupid girl!!!"
Oh God!!!!
Jantung mulai buat hal sebaik sahaja dengar jeritan panik tidak jauh dari tempat Lovely terbaring kaku. Hampir je Lovely celik mata, hanya sedikittt..Untuk mengintai! Nak sangat tengok ekspresi wajah tampan itu...Rinduuuu!!
Sepasang tangan sasa mengangkat tubuh Lovely lalu diletakkan di pangkuan. Ahhh..This smell...Nak lagi...Nak lagi..Tak! Mohon tahan diri Lovely Scarlett..Jangan gagalkan rancangan!
Rahang Lovely dipicit kuat hingga ternganga mulut. Bibir disentuh oleh sesuatu yang hangat dan lembab...dan wangi...juga menyegarkan.. Eh! Fokus please!!! Kembung perut bila bantuan CPR mulut ke mulut diberikan.
"Love!!!" Itu jeritan panik..Sangat panik..
"Uhuks!" Tak sengaja, Lovely batuk. Kuat pulak tu!
"Love!!"
Takleh jadi ni, rancangan bisa gagal kalau terusan macam ni! Perlahan, jemari menarik sesuatu dari poket seluar. Siap terlipat kemas.
"Love!!"
Lovely celik mata. Bola mata mereka bertaut.
"Are you okay?"
Sebelah tangan yang sedang memegang sesuatu memaut bahu sasa itu manakala sebelah lagi di belakang tengkuk lelaki itu. Wajah dirapatkan.
"What do you think? Do I look allright or awful?"
Wajah lelaki itu berubah. Belum sempat berbuat apa-apa, Lovely dengan pantas menekap benda yang dipegang di mulut lelaki itu.
"Love!!"
Kedudukan berubah! Lelaki itu terlentang atas pasir dan Lovely berada di atas, terus menahan tangannya yang masih melekap di mulut lelaki itu.
"What do you think you're doing? Kill me?"
"Tsk..Tsk! No handsome, I'm kidnapping you!"
"Argh!! Seriously?!!"
"Hahahaha.." Itu ketawa penjahat okay!
Seketika kemudian, sepasang mata indah mempersona milik lelaki itu tertutup perlahan-lahan. Akhirnya tubuh sasa itu diam tidak berkutik.
"Gais! Take him now!" Arah Lovely dalam telefon sambil menyungging senyum seorang penjahat!
Salah kan? Tekaan korang salah kan hehehe..Bukan Ren tapi Kenjiy..Now the table has turned..Siapa yg diculik tu ya hihi
Share this novel