Ren Raizen membuka mata luas-luas. Kepala berdenyut, terasa mahu pecah..Sakit dan berat! Bola mata berguling, meneroka sekeliling. Mana? Ahh..Dia berada di penjara ciptaan Lovely Scarlett rupanya..Kedua belah tangan di sebalik selimut segera diangkat..Baik pula hati musang betina tu ya, kali ini tangan itu tak pula bergari..
Eh!! Jap...
Tapi kan..Macamana dia boleh kembali semula ke situ? Bingung!! Dahi berkerut, kening terbengkok..Cuba mengimbas memori semalam. Bukankah semalam dia berlibur di sebuah pub miliknya ditemani Cindy? Ren duduk menyandar badan di kepala katil. Pelipis diurut perlahan, cuba mengurangkan rasa berdenyut-denyut di kepala.
Hampir terlompat Ren dari katil bila pintu tandas terkuak. Kus semangat! Pantas Ren toleh. Lovely melangkah keluar dengan lenggang lenggok ala-ala supermodel yang disengajakan, hanya berkemban okay! Ren gigit bibir bawah. Dah mula dah musang licik ni! Ren kelam kabut melarikan bola mata.
Hati berdetak! Adakah semalam mereka tidur bersama? Ciss..Menyesal betul dia minum sampai hilang ingatan! Tak berlaku apa-apa kot, dia masih lengkap berpakaian...Malang sungguh! Argh..Rugi!
"Love...Apa jadi semalam?"
Lovely tidak jadi menarik sepasang suit yang awal-awal lagi dah disiapkan untuk dipakai hari ini. Badan dipusing menghadap Ren.
"Kau ambushed party aku..Merayu-rayu aku kembali semula pada kau. Menangis dan berlutut depan aku..Kau siap kata I love you Lovely Scarlett..Aku pun balaslah balik I love you too Ren Raizen..Then kau meronta-ronta nak ikut aku balik!"
Tiber!!!
Nak menipu pun agak-agaklah Lovely oii, kau ingat Ren Raizen tu bodoh sangat ke? Lovely tergelak dalam hati..Saja je nak mengusik sebenarnya, nak menduga isi hati Ren Raizen. Masih tak puas hati dengan luahan tak sampai separuh Ren Raizen semalam, gantung!
"Not even in your dream Love!"
Ceh! Ren boleh jawab dengan tenang tanpa terkesan sedikitpun? Jahanam betul!
"Betul kau langsung takde perasaan kat aku ke Ren?" Masih mahu menguji.
Ren tunduk mengurut pelipis. Makin berdenyut kepala dengar soalan Lovely tu..Tak tahu harus jawab apa.
"Actually, aku yang merayu..Aku nak sangat bermesra, tapi kau tidur mati, tak gerak langsung..Tapi tula, tu hal semalam, hari ini lain cerita.. Lupakan je!" Ni musang bukan sebarang musang, ni musang dari neraka okay..Tak habis-habis mendera batin Ren Raizen!
Dengan selamba beruk, tuala yang melilit di badan dilorotkan. Buat-buat tak nampak bola mata yang hampir melotot keluar, sampai tertelan berdas-das air liur Ren Raizen dibuatnya.
"Aku nak keluar, ada kes masuk. Terpulang pada kau..Nak stay or leave, aku takkan halang..Aku juga takkan usir kau Ren.." Sambil memakai pakaian dalam, Lovely memusing badan semula, menghadap Ren.
Arghh, asal cepat sangat? Tak bagi can orang tengok lama sikit, dasar musang jahat!! Ren gigit bibir, sebal!
Nak tergelak pun ada bila lihat Ren tak berkelip merenung Lovely, agaknya kalau Ren ni karakter animasi tu, pasti dan menyembur darah dari hidung!
"Do you want me, Ren Raizen?"
Ren tersentak, tersedar keterlanjurannya menikmati permandangan indah di depannya. Cepat-cepat bola mata dilarikan. Serba tak kena tingkahnya. Celaka musang ni! Memang sengaja ler tu nak kenakan dia!! Apa perempuan ni ingat dia ni batu? Tak terjentik lihat badan seksi tanpa seurat benangpun yang tersaji di depan mata? Badan yang pernah diratah..Dah rasa bertapa enak dan mengasyikkan..Ren Raizen memang dah ketagih dengan sekujur tubuh indah itu!
"Yuhuu...Don't make me wait.."
Ren telan air liur, bertubi-tubi! Gila..Siapa tak nak? Tapi..Mengapa masih statik di situ? Kerana Lovely Scarlett bukan perempuan sembarangan, gadis yang sedang tersenyum itu pasti punya muslihat..
"Kau nak apa dari aku Love?" Tanya Ren dengan riak curiga.
Lovely tergelak kecil. Dengan hanya memakai pakaian dalam, Lovely melenggang mendekati. Ren semakin gelisah, berkali-kali telan air liur!
"Truth Ren Raizen!! I want the truth.."
Yup!! Ren Raizen tak tahu bertapa tak senang tidurnya di sisi lelaki itu semalam. Semua gara-gara kata-kata Ashraff Kenjiy...Kedua okay!!! Why kedua?!! Lovely memang tak puas hati! Dia orang pertama yang disetubuhi sekaligus meragut kesucian Ren Raizen.. Bagaimana dia boleh berada di kedudukan yang kedua? Benciii, tak suka!!!
"You tell me you never fell in love, Ren!" Wajah Lovely berubah, serius sungguh!
Ren berusaha sungguh-sungguh untuk beriak selamba, walhal ikut hati mahu saja digomol Lovely yang sudah berdiri begitu rapat dengannya. Dua buah gunung indah tertonjol depan mata, tinggal saja diratah rakus dengan asyiknya! Ren pantas menyilang lengan di dada. Takkan tewas!! Namun tingkahnya sudah tidak ketentuan, sekejap tangan menopang dagu, sekejap digosok belakang tengkuk..Jelas menggelabah! Benci..Penangan minah musang ni memang dahsyat!
Sejujurnya Ren Raizen bukan mudah tewas apatah lagi bila berhadapan dengan godaan wanita. Dia sentiasa dikelilingi wanita cantik yang jelas menuntut belaian darinya. Yup! Dia lelaki sejati, of course nafsu mengencang bila hidangan enak tersaji di depan mata, hanya menunggu untuk diratah sepuasnya.
Tapi Ren lebih memilih untuk disentuh dari menyentuh. Membiarkan wanita-wanita datang memuaskan dia, dan apabila selesai..Diusir pergi tanpa belas kasihan..Oral sex, not real sex! Cindy wanita kedua disentuh oleh Ren, namun ketika Cindy berpaling tadah..Ren jijik! Ikut hati Cindy dah lama dibunuhnya, namun bila memikirkan Cindy mungkin boleh dijadikan umpan untuk menjatuhkan Raqiel Amoris, Ren tunda niat di hati.
"Well, for now..I'm not sure anymore.." Seselamba yang bisa menjawab, wajah maintain cool..
"Not sure?!!" Ren kelam kabut menarik wajah menjauh. Gila! Boleh pekak siot dengar pekikan Lovely!
"Siapa wanita tu Ren Raizen?!!"
Ren membulatkan mata. Bingung tiba-tiba dijerkah dengan soalan tanpa hujung pangkal! Ni kalau tanya Albert Einstein pun belum tentu arwah tu boleh jawab tau..
"Kau jangan buat muka bodoh eh! Ni!! Dalam ni!!" Terus ditujah-tujah dengan jari telunjuk dada bidang Ren..
"Siapa wanita pertama bertakhta dalam ni Ren Raizen? Kau jujurlah dengan aku..Satu malam aku tak dapat tidur tau, benda ni asyik berlegar dalam kepala..Bagitau aku sekarang!" Riak wajah tak mampu diselindungi lagi, dipenuhi api cemburu!
Aahh..Perempuan dengan cemburu buta berpisah tiada! Entah mengapa, terasa ada sesuatu yang menggeletek hati melihat tingkah Lovely saat itu, dalam masa yang sama... Terpesona! Beberapa saat Ren diam memerhati wajah merah padam dengan bibir terherot-herot di hadapannya itu..Comel sangat! Jiwa mulai bergelora...Arghh! Not again!!
"Asal diam? Jawablah Ren Raizen! Kau nak aku menggila depan kau ke hah?!!"
Ren menyungging senyum kecil. Arghh!! Dia boleh senyum?!! Memang cari nahas!! Lovely melompat naik atas badan Ren lalu dijerut leher Ren guna lengan...Ganas!! Terkedu Ren Raizen dibuatnya! Namun asyiknya di situ, dua buah gunung pejal itu terbenam di wajah...Sempat tersenyum girang Ren menikmati juadah depan mata. Dalam keadaan macam tu, sakit Ren tolak tepi..Tak kisah mati kehabisan oksigen, matinya di taman surgawi pula, tiada penyesalan haha...
"Jangan berani kau kata wanita itu Cindy Ren Raizen!!! Aku tak relaaa!!! Cindy tak layak untuk bertakhta di hati kau Ren..Tak LAYAK!!"
Terkial-kial Ren cuba mencari udara. Lovely sudah gila agaknya, dah nampak Ren menghadapi kesulitan di situ, wajah juga mulai bertukar warna..Bukan bersimpati malah semakin pula diketatkan jepitan! Anehnya, Ren hanya redha..Langsung tak dijentik Lovely walau hanya dengan sebatang jari!
"Jawab! Siapa perempuan tu?!!"
Arghh!! Perempuan ni dah kenapa? Nak jawab macamana coba kalau leher dikepit oleh naga betina?
"K..Kau...Le..Lepaskan aku...dulu!!" Dalam kepayahan, berjaya juga melontar kata.
Lovely merengus, nak beralasan ke apa mamat ni? Namun kepitan dilonggarkan juga..Bola mata mereka bertembung agak lama.
"Siapa bagitau kau bahawa ada wanita lain dalam hati aku Love?" Tenang, Ren menyoal sambil terbatuk kecil.
"Kenjiy!!"
Celaka Kenjiy!! Ren terus memaki dalam hati.
"Adakah Kenjiy juga bagitahu Cindy adalah wanita pertama di hati aku?"
Lovely terdiam sejenak. Dia cuma serkap jarang, yela, dah kebetulan Ren tiba-tiba muncul berpelukan dengan Cindy.
"Err..." Tak dapat cari perkataan sesuai, maka tergagap-gagaplah jadinya..
"See...You said you love me so much..Truly, madly, deeply...But you don't even know me, don't understand me."
Lovely terperangah! Hilang kosa kata..
"Anehnya..Aku mulai memahami siapa Lovely Scarlett. Ganas di luar, lembut di dalam..Punya hati tisu.." Ren menyentuh beberapa helai rambut Lovely yang berjuntaian di wajah lalu disisip ke belakang cuping telinga.
"Cantik...Mempersonakan..." Okay, diakui..Lovely Scarlett hampir lemas di lautan asmara ciptaan Ren Raizen huhu..
Marah dan cemburu hilang entah ke mana.. Seolah terhipnosis dengan setiap tutur kata dan pergerakan Ren Raizen.
"Tell me Love...Atas dasar apa kau berani kata Cindylah yang menduduki carta paling atas kat sini?" Seraya pertanyaan dilontar, Ren tepuk dada sendiri dengan lembut.
Lovely renung Ren dengan kening terbengkok dan mata mengecil. Fikir punya fikir...Tersedar sendiri bahawa itu hanya tuduhan tak berasas lantaran dikuasai cemburu...Celaka, Ren memang pandai memanipulasi situasi! Terasa dia berada di kandang pesalah pula..
"Antara kau dan dia..Siapa yang dapat layanan istimewa dari Ren Raizen sebenarnya?"
Ren Raizen..Memang bijak mengawal situasi, benci!!
"Tapi Cindy cinta pertama kau kan?!" Masih dengan serkap jarang.
"Siapa kata?" Ren memang betul-betul menguji kesabaran!
"You made love with her!"
"No, we had sex..No love between us Love! Aku tak pernah cintakan Cindy.."
"B..but..How could you do that? Bersama seseorang tanpa cinta? Kau manusia lagi ke atau tunggul kayu?"
Ren jungkit kening. Musang ni buat lawak ke apa?
"Kau rasa? I told you I don't love!"
Arghh!! Wajah Lovely jadi kelat semula. Dia tak boleh terima! Mustahil seorang manusia yang dicipta cukup sempurna sifat kebal dengan yang namanya cinta. Tak logik bukan? Kecuali dia dicipta tanpa perasaan..Sedangkan haiwan pun tahu menyayangi..Kecualilah Ren tu sebuah robot yang menyerupai manusia.
"Argh! Tak logik, aku tak percaya! Pokoknya..." Belum sempat menghabiskan kata, Ren tiba-tiba menarik Lovely, lalu memusingkan kedudukan mereka. Lovely terbaring atas tilam, kaku terkejut..Seakan lumpuh saraf merenung Ren yang kini berada di atas badannya, wajah begitu hampir hingga setiap helaan nafas hangat Ren, gerakan dada ketika bernafas memberi getaran sampai ke dasar ari-ari..aik!!
"Pokoknya my Love...Kewujudan kau berjaya menghadirkan getar di sanubari, I am still confused, but then... I got used to it.. You confused me Love..You're haunting me every minute..I just can't get you out of my mind.. You're driving me crazy with your craziness.."
Ren Raizen....Akhirnya!
Terasa kata-kata yang meniti keluar dari bibir merah basah itu..Seperti sebuah lagu bermelodi indah, dengan lirik menyentuh jiwa yang membuai-buai perasaan si musang yang hampir tertewas..
Berkaca-kaca sepasang bola mata cantik mempersona itu! Indahnya saat itu, seperti bulan dan bintang jatuh ke riba..Dunia hanya miliknya..Ahh..Teroverlah pulak! Yup, sudah tentu itu adalah perumpamaan yang sesuai. Ren Raizen umpama bulan dan bintang, cantik dipandang, namun untuk memiliki itu sangatlah mustahil. Tiba-tiba saat hampir berputus asa, Ren Raizen datang menyerah..Kau rasa? Bahagianya macam berada di surga!
Bibir bertemu, pelukan dipereratkan..Ahh, Ren Raizen bukan hanya pakar pegang pistol, tapi juga pakar membelai dan mencari titik kelemahan wanita. Alangkah indahnya kalau pelayaran asmara itu diteruskan hingga berakhir di pelabuhan kepuasan. Malangnya baru hendak bermula, masa seakan cemburu.. Telefon di dalam beg tangan Lovely menjerit nyaring! Ren angkat wajah, merenung kesal bila Lovely menolak tubuhnya dengan pantas.
Lovely seakan tersedar dari mimpi indah, terus melompat turun dari katil. Baru teringat satu perkara yang sangat penting yang perlu dia lakukan hari itu. Mampuslah!! Kerana Ren, kerjaya yang baru hendak menapak hampir musnah!!
"Lovee!!" Ren jerit sebal bila Lovely terkocoh-kocoh meninggalkannya lalu kelam kabut memakai pakaian.
"I need to go!"
Semudah itu? Bagaimana dengan pelayaran asmara mereka yang belum sempat berlabuh hah? Whyy?!!! Kalau saja saat itu Ren pegang pistol pasti dah lama ditembak biar berkecai henfon di tangan Lovely itu.
"Lovee...." Mendayu-dayu..Merayu dengan wajah kucing parsi mata bulat siap kasi kelip-kelip.. Semoga sang musang berubah hati dan kembali ke dalam pelukan haha..
"Sorry Ren..Benda ni penting buat aku!"
Arghhh!! Kerasnya hatimu Lovely Scarlett. Tak nampak ke bertapa gersangnya Ren saat itu? Macamana gadis itu melakukannya hah? Mustahil Lovely kebal dengan pesona Ren Raizen, dia tidak dapat menerima yang dia ditolak mentah-mentah saat nafsu sedang membuak-buak. Bukan tidak dilihat bertapa ghairahnya Lovely tadi..How come dengan mudah Lovely blah macam tu je? Impossible bukan?
Sedih bila Lovely langsung tak peduli, pandang pun hanya sekejap kemudian kelam kabut bersiap. Apa Ren ni takde perasaan ke? Ahh..Lupa, Lovely kata dia tunggul kayu. Kalau tunggul, ni hahh...Yang sedang tegak gah kini hampir terkulai kekeringan...Bukan bukti konkrit ke bahawa dia juga manusia punya hati dan perasaan? Layu tanpa sempat berjuang di ruang nikmat, sedih tau!
Lovely buat tak tahu, berdandan ala kadar. Sibuk sampai terlupa bahawa bukan hanya dia berada di situ, terlupa bahawa saat itu ada jiwa yang sedang menjerit kecewa haha..Usai mentelaah sebentar wajah depan cermin, Lovely menyambar beg tangan lalu terkocoh-kocoh menuju ke pintu.
"Seriously Love?!!" Naik seoktaf suara!
Hilang suara gemersik mendayu memujuk merayu. Kasar dan tak berperasaan.
"Ren..This is my first case!" Cuba menuntut agar Ren memahami situasinya.
Ren yang masih bersandar di kepala katil mengeluh kesal. Tak mahu tapi terpaksa merelakan. Kesungguhan Lovely meruntuhkan keinginan memuncak Ren Raizen. What to do? Nak paksa dia tak berani haha...Singa betina tu! Silap-silap terlipat sepuluh bahagian badan.
"Kes apa?"
"Curang! Isteri mahu menyaman pihak ketiga yang merosakkan rumahtangga.."
Hailaaah Lovely! Tu kes pertama yang kau ambil?
"Sampai jam berapa kerja?" Ahh..Ada maksud tersirat tu..
"Tak tahu lagi, kau interview nanti boleh tak? Aku dah lambat ni.."
Arghh!! Takleh jadi ni!! Dia mahu kepastian. Ren melompat keluar dari katil.
"Tunggu! Aku ikut!!"
What?
Terbuntang luas mata Lovely.
"Seriously Ren? Aku dah lambat ni, nak tunggu kau bersiap jam berapa nak gerak? Beside, kau takde kerja ke? Nak ikut aku buat apa?"
Selamba, Ren tarik tuala di penyangkut.
"Tunggu aku!" Terus jadi Firaun!
Lovely mencebik, menyampah!
"Taknak! Aku gerak dulu!!"
"Selangkah kau keluar dari pintu tu, aku letupkan kereta kau Lovely Scarlett! Dare me!!"
Lovely Scarlett automatik jadi tiang bendera di situ. Terkebil-kebil memandang Ren yang sudah bergerak menuju ke bilik mandi. Kejam!! Dasar lelaki dari neraka!!
Share this novel
xsabar tunggu Ren cinta ketat pada love..