31 Sorry, I Need Her

Crime Completed 131702

"Are you ready?"

Angguk dengan wajah yakin tanpa gentar. Katil beroda yang menempatkan sekujur tubuhnya mulai ditolak perlahan-lahan menuju ke bilik pembedahan. Kelopak mata ditutup rapat sebaik saja lampu bilik tersebut dinyalakan, terang benderang, menyilaukan mata.

"Relaks ya, sekarang kita nak masukkan ubat bius. Encik boleh tarik nafas perlahan kemudian hembus..Kita kira sama-sama ya..Sepuluh..."

Sembilan..

Lapan..

Tujuh..

Pandangan mulai kabur...

Enam..

Semakin sayup-sayup suara didengar..

Lima...

Empat...

Pelahan, kelopak mata tertutup..

Tiga..

Sunyi!

-

-

-

Dengan mata masih tertutup rapat, arah badan dikalihkan dengan malas, dari menghadap kiri ke kanan. Tangan mula meraba, mencari susuk tubuh sasa yang mampu memberi kehangatan pada sekujur tubuhnya yang sedikit dingin. Jemari terus meraba ke serata arah..Kosong! Mata dicelik luas-luas. Pantas tubuh ditegakkan.

Mata tertancap pada sehelai kertas putih yang diletakkan di atas meja tepi katil, siap ditindih sebiji gelas kaca jernih. Dahi berkerut! Pantas disambar kertas tersebut.

Love dear,
I'm not gonna be around for maybe a couple of weeks..Dunno yet..Will you wait patiently till I'm back?

p/s - I love you my Love

Bola mata berguling-guling memikirkan kata-kata yang tertulis. Ya! Dia faham maksud lelaki itu dengan jelas sejelas-jelasnya. Masalahnya..Mamat ni ke mana? Buat apa? Berapa lama? Wait patiently tu maksudnya apa? Dia cukup penyabar, of course! Tapi kata-kata tu punya macam-macam maksud tersirat kan?

Arghhh..Ren Raizen!!!

Suka buat orang berteka teki! Benci!!! Henfon digapai. Nombor Ren didail. Tak aktif?!! Apa Ren berada di luar kawasan? Di hutan belantara? Puncak gunung? Ke di tengah lautan?

Bengkak hati!

Jalan sambil hentak-hentak kaki menuju ke bilik mandi. Ren Raizen..Where are you? When are you coming back? Jujur, dia masih tak puas.. Masih mendamba kasih sayang lelaki itu. Tak puas dengar pujuk rayu dan kata-kata cinta yang terbit dari bibir lelaki itu. Pergi tiba-tiba dengan hanya menitipkan sehelai nota ringkas.. Bagaimana rasanya diperlakukan seperti itu oleh orang yang dicintai sepenuh hati? Dia tak mampu memujuk hati untuk mencipta alasan seperti..

'Oh..Maybe Ren kelam kabut, that's why dia hanya sempat tulis nota tapi tak sempat spend sesaat pun untuk bangunkan dia dan ucap selamat tinggal..'

Takpun..

'Mungkin ada seseorang menerobos masuk dan mengacu pistol di kepala Ren, namun dia sempat merayu untuk tinggalkan nota perpisahan buat isteri tercinta.."

Huhuhu..

Tiada satu pun alasan yang boleh dipakai untuk tindakan tiba-tiba Ren Raizen!

"Laa..Asal monyok muka tu? Jangan lupa jam 10.00 pembentangan kes kat mahkamah!"

Lovely angguk lemah. Kehilangan Ren buat separuh jiwa mati!

"Kesh..Carl dan Stone ada kes berat tak buat masa sekarang?"

"Takde kot, baru-baru ni Carl mengeluh..Dah dua kes dorang tolak, tak mencabar katanya. Kenapa?"

Kesha merenung Lovely dengan curiga.

"Aku nak dorang siasat tentang seseorang."

Kesha pantas merapatkan badan. Kening sebelah terjongket tinggi.

"Sapa? Putera kayangan tu ke?"

"Tak! Laki aku..."

"Hah?! Kenapa laki kau? Lari?"

Argh..Kejam! Tambah bengkak hati bercakap dengan Kesha ni..

"Cemburu ler tu, saingan dia putera kayangan kut..Lebih baik berundur sebelum koyak."

"Laki aku...Laki aku putera neraka!! Kau apa tau? Malaslah nak cakap dengan kau, menyebalkan!!"

Pantas Kesha mengejar lalu memaut manja lengan Lovely.

"Alololooo...Marah kita kutuk laki dia ke? Takkan dah jatuh sayang dekat man from hell tu?"

Benci ahh!!

Lovely buang wajah..Buat-buat tak nampak riak wajah kucing parsi Kesha. Padahal hati mulai digeletek.

"Kau nak ke mana? Kita kena gerak ke mahkamah sayang.." Kesha mulai memujuk sambil melentokkan kepala di bahu Lovely.

"Nak geraklah ni. Kau bergayut ni pehal? Aku nak ambil fail Kesha oii.."

Akhirnya, gelak tawa terletus hampir serentak. Kesha memang menyebalkan, namun menghiburkan..Agaknya sebab itu hubungan mereka kekal sehingga kini.

Selesai urusan di mahkamah, Lovely dan Kesha terus ke coffee house milik Carl dan Stone. Terkejut dua lelaki perkasa itu bila Lovely ceritakan semua yang berlaku. Setelah memberi semua maklumat tentang Ren, salah seorang staff di pejabat menelefon Lovely dan mengatakan ada klien sedang menunggunya di pejabat. Lovely dan Kesha terus meminta diri, tidak mahu tetamu yang dimaksudkan menunggu lama.

"Kesh, kau jumpa klien tu dulu. Aku nak ke tandas kejap."

Kesha mengangguk lalu melangkah terus menuju ke bilik tetamu sementara Lovely melencong ke sebelah kiri menuju ke tandas. Selepas membuang air kecil, Lovely ke sinki untuk membasuh tangan. Sempat dibelek wajah sendiri sebelum keluar untuk bertemu dengan tetamu yang sedang menunggu.

"Puan, perkenalkan Cik Lovely Scarlett." Kesha pantas berdiri seraya berkata sebaik sahaja Lovely tersembul di muka pintu. Wajah Kesha kelihatan sedikit resah walaupun cuba beriak setenang mungkin.

Wanita yang duduk membelakangi Lovely memusing badan perlahan. Terjegil bola mata sebaik sahaja melihat wajah wanita tersebut.

"Apa khabar Lovely?"

Apa maunya wanita ini? Lovely pandang penuh curiga.

"Puan perlukan khidmat peguam?" Mendatar nada suara bertanya, wajah jelas mempamerkan rasa kurang senang dengan kehadiran wanita tersebut.

"Aku perlukan pertolongan kau Lovely."

"Kalau perlukan khidmat sebagai peguam, saya boleh bantu. Tapi kalau berkaitan hal peribadi.. Maaf puan, saya tak berminat!"

"He needs you Lovely! Saya tahu saya banyak berdosa pada kau. Tapi saya juga tersepit masa itu. Sebagai ibu..Saya juga mahu melindungi anak saya.."

Lovely pantas memusing badan, mahu pergi dari situ. Tak perlu kot dia dengar semua itu, hanya menoreh luka lama!

"Qiel sedang tenat di hospital Lovely! Doktor mengesahkan dia lumpuh sementara. Sejak sedar, dia asyik merayu mahu jumpa kamu.. Tolong, saya benar-benar merayu..Tolonglah penuhi permintaan Qíel.."

Langkah kaki terhenti mendadak. Ada rasa sakit dalam dada mendengar kata-kata Puan Sofeya. Raqiel kenapa?! Hari tu ketika terserempak, bukan main sihat sejahtera, makin tampan malahan makin macho pulak..Dah kenapa tetiba disahkan lumpuh? Lakonan ke? Hishh.. Tak elok tuduh-tuduh Lovely..Hati kecil menegur!

"Qiel kemalangan, koma beberapa hari. Keadaan dia sekarang kurang memuaskan, hilang semangat apatah lagi selepas dia tahu dia lumpuh separuh badan. Saya tak mengharap apa-apa Lovely, kalau kau tidak dapat memberikan cinta, saya faham..Tapi saya merayu, buat masa sekarang tolonglah berada di sisi Qiel...Kau harus tahu, sejak dulu dia hanya mencintai kau seorang. Saya yakin bila kau ada, dia pasti punya semangat untuk berjuang dan teruskan hidup."

Lovely terperangah!

Terkejut sungguh mendengar penjelasan Puan Sofeya. Raqiel kemalangan dan lumpuh separuh badan? Ada rasa pilu menghurung di hati..Arghh!! Akal cuba menolak rasa itu, memujuk hati dengan mengatakan Qiel adalah masa lalu, tiada kaitan dengan dirinya...Tapi..

"Qiel..Di mana sekarang?"

Arghh..Lovely Scarlett!! Masalah kau dengan Ren Raizen pun tak settle lagi, ni pehal nak menyibuk dengan masalah lelaki lain pulak?

Puan Sofeya memandang Lovely dengan mata berkaca-kaca. Arghh..Semakin cair hati dibuatnya..Walaupun perasaan berbelah bagi, Lovely buka juga langkah mengekori Puan Sofeya. Apa yang dia lakukan tak salah..Raqiel masih dia anggap sebagai kawan, banyak budi yang Raqiel taburkan pada dia dan ibu suatu ketika dahulu. Mana mungkin dia mampu jadi seperti kacang lupakan kulit walaupun mungkin saja pada masa itu Raqiel melakukannya kerana mereka punya hubungan istimewa.

Raqiel Amoris...Pernah dianggap sebagai lelaki paling sempurna suatu waktu dahulu, sempurna serba serbi..fizikal dan akhlak walaupun sikap samseng dan besar kepalanya memang terserlah di sekolah. Sentiasa ringan tukang membantu ibu dan dia. Semua Raqiel buat tanpa dipinta, ikhlas menghulur tanpa mengharapkan balasan. Lelaki yang sangat memahami , tidak pernah merungut malah sentiasa menaikkan semangat Lovely setiapkali dia merasa rendah diri dengan kekurangannya.

Entah mengapa, setiap kali Lovely terkenangkan kisah silam antara dia dan Raqiel, ada sayu bertandang di sudut hati..Walau cuba diusir pergi, rasa itu tetap saja akan menyinggah setiap kali kenangan itu bermain di layar minda... Membingungkan! Adakah itu bererti bahawa dia sebenarnya masih dibelenggu kenangan lama? Atau mungkinkah kisah mereka yang terhenti di tengah jalan tanpa sempat ditamatkan terlalu tragis hingga jadi kudis dalam jiwa?

"Ini bilik Qiel. Masuklah, dia pasti sedang menunggu kamu, Lovely.."

Agak lama Lovely terpacak di depan pintu bilik hospital yang tertutup rapat itu. Masih berbelah bagi sebenarnya, walhal dah depan pintu dahpun! Melihat Puan Sofeya merenung penuh mengharap, perlahan Lovely tolak daun pintu.

Menyedari kehadiran seseorang dalam bilik tersebut, mata Raqiel Amoris terbuka perlahan-lahan. Seketika, pandangan mereka bertaut. Berkaca-kaca bola mata Lovely menahan sebak melihat seluruh tubuh dan wajah Raqiel bersirat wayar pelbagai bentuk dan saiz.

"Raqiel Amoris.." Sebak, hampir menitis air mata.

"L..Love..."

Sebelah tangan Raqiel terangkat sedikit, mahu menggapai Lovely supaya mendekat. Lovely paling wajah sambil seka air mata dengan laju kerana tidak mahu Raqiel melihatnya.. Malangnya, Raqiel bukan buta..Dah berdiri di depan mata pulak huhu..

"How are you?" Sambil bertanya, punggung dilabuhkan di kerusi sebelah katil.

Redup bola mata Raqiel merenung Lovely. Tiada sinar..Malap tidak bercahaya! Lovely genggam jemari Raqiel dengan erat.

"On the way to hell.."

Tertelan segumpal air liur mendengar jawapan Raqiel.

"Qiel..This shall pass too.."

"No Love..I don't wanna live...For what? I can't bear the pain..No..Not anymore!" Seiring kata-kata dilontar, air mata jatuh menuruni pipi.

And I can't bear the tears..Keluh hati kecil Lovely. Dua kali! Hari tu Ren Raizen menangis di depannya, sekarang Raqiel Amoris..Apa sudah jadi? Drama apakah ini?

"Qiel..Kau seorang yang kuat, ingat tu! Suatu ketika dulu, aku hampir mengalah untuk teruskan hidup..Kau masih ingat kan? Detik pertemuan pertama kita, di atas bumbung sekolah.."

"Aku tarik kau menjauhi tebing, aku ingat kau nak bunuh diri.."

"Yup! Aku tampar kau dan kata aku bukan nak bunuh diri.."

Raqiel ukir senyum perit.

"Aku jatuh cinta pandang pertama. Kau gadis pertama yang berani sentuh aku, berani menempelak walaupun kau tahu siapa aku.."

"Kau ingat tak apa kau kata pada aku masa tu?"

Bola mata mereka bertaut.

"Sesulit apapun, kita manusia punya akal yang bijaksana untuk mempermudahkan kesulitan. Jangan mengalah, itu kunci utama.." Hampir serentak kata-kata itu meniti di bibir mereka berdua.

"Now, I want you to do the same Qiel..If that time I survived, you shall survive too..I believe in you Raqiel Amoris!"

Raqiel merenung Lovely tak berkerdip.

"That time..We had one another..Now, it's totally different.." Lirih suara Raqiel.

"Aku masih di sini Qiel..."

"You're not mine."

"As a friend, I won't leave you Qiel."

Tawa lemah terletus di bibir Raqiel.

"I want you Love..I need you..I love you.."

Lovely melarikan bola mata. Ni yang buat lemah urat saraf ni..Mencintai dua lelaki dalam masa yang sama? Impossible buat seorang Lovely Scarlett walaupun hakikatnya ramai je yang boleh malah dengan mudah melakukannya. Buktinya..Lovely sudah tidak merasakan keterujaan itu, sensasi dan getaran..Ya, rasa itu pernah hadir buat seorang Raqiel, kini semuanya hambar..Mungkinkah kerana aura pesona Ren Raizen lebih kuat berbanding Raqiel?

Jangan tanya mengapa hatinya berubah.. Dia tidak punya jawapan..Soal hati memang sukar dikawal, ungkapan selamat yang biasa didengar bukan? Dia akui. Bukan pintanya Raqiel menghilang dalam hidupnya. Kemunculan Ren Raizen mengisi kekosongan di hati juga bukan mahunya.. Mungkin inilah jalan yang telah tertulis.. Dia dan Raqiel tiada jodoh.

Tapi...Sehabis daya dan cara dipujuk hati, mengapa tetap juga dia rasa bersalah pada Raqiel Amoris? Rasa bersalah hingga tersepit antara mahu menolong atau menjauhkan diri?

"Stay with me Love..Be my strength through this painful moment.."

Tersepit, Lovely tidak mampu untuk mengatakan tidak!

"To make things clearer, don't expect me to be more than your friend, Qiel..You know I'm in love with someone right?" Terpaksa juga diluahkan tanpa sanggup menentang bola mata Raqiel, dia perlu bertegas mengenai soal hati, takut memberi harapan palsu pada Raqiel Amoris.

"Just...Stay by my side Love.." Pinta Raqiel bersungguh-sungguh.

Semakin meluangkan masa bersama, semakin menggunung rasa simpati di hati buat lelaki itu. Rasa berbelah-bagi beransur-ansur sirna, akhirnya tanpa sedar, Lovely benar-benar ikhlas melakukannya...Berada di sisi Raqiel Amoris, mahu memulihkan semangat dan seterusnya memberi keyakinan pada Raqiel untuk sembuh.

Tidak sedar masa berlalu dengan pantas kerana leka berbual. Melihat Raqiel Amoris sudah kelihatan letih, Lovely tersedar lalu mengerling jam yang melilit di pergelangan tangan.

"Rasanya kau patut berehat sekarang Qiel. Aku akan datang esok lepas kerja, boleh kan?" Sambil berkata, Lovely menarik selimut yang agak ke bawah untuk menutup separuh tubuh Raqiel.

Jemari Lovely dipaut lalu digenggam perlahan.

"Janji? Aku nak kau datang setiap hari temankan aku Love. Boleh kan?"

"Aku tak janji dapat datang setiap hari, aku ada beberapa kes Qiel. Tapi aku janji, sekiranya aku punya masa, aku akan datang temankan kau."

"Aku akan tunggu kau setiap hari Love.."

Ahh..Raqiel memang sengaja mahu pancing rasa bersalah dia huhu..

"Dah..Rehat dulu..Kau nampak letih Qiel.." Raqiel hanya mengangguk lemah.

"Aku pergi dulu."

Raqiel mengangguk lagi. Hanya bola mata mengiringi pemergian Lovely sehinggalah kelibat gadis itu menghilang di sebalik daun pintu. Satu keluhan kesal dilepaskan. Cuba mengusir rasa bersalah yang menghurung. Argh!! Dia tak bersalah..Sepatutnya sejak dulu dia bertindak! Wajah diraup dengan kasar.

"Sorry bro..I need her!"

-

-

Lovely menarik keluar henfon dari dalam beg sebaik sahaja keluar dari bangunan hospital. Memang sengaja dia matikan bunyi ketika masuk ke perut bangunan hospital awal tadi. Buat seketika, dia memeriksa pesanan yang ada. Tiada satupun dari Ren Raizen! Kecewa, nombor lelaki itu didail...Arghh!! Betul-betul missing in action!! Nombor dah tak aktif. Now, ke mana harus dicari lelaki itu?

Nombor Stone terus didail. Harap-harap mereka berdua berjaya dapatkan sesuatu.

"Setakat ini no clue lagilah Love. Ren Raizen ni sejenis manusia low profile, banyak yang tidak mengenali, cuma tahu nama. Don't worry, kami masih sedang giat mencari maklumat. Apa-apa update nanti aku akan segera bagitau okay?"

Arghh..Kecewa lagi!

Ren Raizen...Who do you think you are? Hati benar-benar menggelegak! Kereta dipandu laju menuju ke satu destinasi. Tak yakin jawapan yang dicari akan ditemui, namun tetap juga mahu dilakukan demi memuaskan hati yang tengah membengkak.

"Ashraff Kenjiy...Tell me..Where is he?"

Kenjiy menjongket tinggi sebelah kening.

"Why do you ask me? I don't know!"

Lovely merenung Kenjiy agak lama, cuba mencari kejujuran di wajah tampan itu.

"Sure?" Suara sengaja disiniskan.

"I hadn't met him for almost a week now Love!"

"Please Kenjiy..I....Need him..." Cuak! Bimbang! Dan perkara paling ditakuti oleh Lovely...Goyah!

Sebab itu dia perlu cari Ren Raizen dengan segera. Soal hati jangan dibuat main! Sedangkan pantai berubah, inikan pula manusia!

"I really don't know Love..Last time he said he wanted to do something..And I guess 'that Something' was about Raqiel Amoris!"

Lovely hampir terjelepok atas lantai lantaran badan seakan bertukar menjadi taufufa, lembik!Bibir bawah digigit kuat.

"Kau tahu Qiel kemalangan?"

Kenjiy angguk.

"Adakah Ren dalangnya?" Cuak hingga berdebar-debar dada.

"I don't know..But I guess..Ren wouldn't do something stupid like that. He can easily point a gun and shoot!"

Lovely menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk bertenang walaupun dada mulai bergelora. Adakah semuanya berpunca dari pertemuan itu? Tak!! Hentikan Lovely..Jangan bertindak melulu dan meletakkan semua kesalahan di bahu Ren Raizen!

Malangnya..Hati tidak mahu menerima! Kalau betul Ren tidak melakukannya, mengapa tiba-tiba menghilang? Hanya yang bersalah akan buat begitu...Tapi ikutkan karakter Ren, tak mungkinlah dia melarikan diri, mustahil! Ren Raizen takkan kenal apa itu gentar, apatah lagi jadi pengecut dan melarikan diri.

Ren Raizen...Ke mana saja kau mampu melarikan diri? Fine! Nak main hide and seek sangat kan? We'll see siapa yang terciduk dulu!

Esok hari, usai menyelesaikan tugasan di pejabat, Lovely terus memandu menuju ke hospital. Tujuan utama kedatangannya bukan hanya untuk menemani, ianya lebih berat ke arah menyiasat huhu..Kata ikhlas!

Sebaik sahaja melihat Lovely muncul, wajah Raqiel terang bercahaya, bersinar-sinar bola mata menatap Lovely.

"Kau dah datang, lama aku tunggu." Sempat merungut namun wajah terhias dengan senyuman kegirangan.

"Aku busy sikit Qiel. How are you today?" Lovely melabuhkan punggung atas kerusi, bersebelahan katil Raqiel.

"Much better.." Terus digenggam jemari Lovely. Nak membantah, tak sampai hati pulak!

Lovely diam beberapa saat, cuba mengumpul kekuatan untuk ke bicara selanjutnya.

"Qiel..Bagaimana kemalangan boleh berlaku?"

"My fault..Aku cuai!"

Fuhhh..Bertapa lega hati mendengarnya.

"Why? You thought Ren did it?" Tersentak namun kepala cepat diangguk. Maha hebat mamat ni kan, boleh pula ditebak dengan tepat sekali!

"Ren datang serang aku Love. Dia marah melihat aku datang jumpa kau."

Lovely renung tajam bola mata Raqiel... Menunggu dengan cuak kata-kata seterusnya dari bibir Raqiel.

"Lalu?" Tak mampu bersabar lagi!

"Dia....Dengan rela melepaskan kau, Love!"

What the....!!!

Lovely bingkas berdiri. Kerusi yang jatuh tebalik akibat ditolak kuat langsung tidak dipedulikan. Wajah sudah mulai berubah...Macam serigala jadian!

"No!! Ren Raizen takkan buat begitu Qiel! Dia takkan mampu berpisah dengan aku!"

Raqiel menoleh ke sisi. Sebuah sampul warna coklat ditarik dari atas meja kecil tepi katil. Raqiel menyerahkan sampul tersebut kepada Lovely. Bingung-bingung, Lovely mengambil sampul tersebut lantas menarik keluar isinya. Menggigil satu badan sebaik saja memandang sekilas isi kandungannya. Air mata meleleh keluar tanpa mampu dikawal.

"A...Apa maksud semua ni Qiel?!!" Lovely sudah mulai teresak-esak.

"Surat penceraian, Ren dah tandatangan. Now it's your turn Love!"

Lovely terjelepok! Hanya raungan menjawab kata-kata Raqiel Amoris.

Yinii semua dusta!! (Jap arr..lari dulu heipp)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience