“Love..Dah sedar? Are you okay?” Tangan terasa disentuh dengan lembut.
Lovely Scarlett tenung wajah yang terpampang depan mata dengan bingung. Pehal minah ni ada di sini? Bola mata berguling memerhati sekeliling. Bau semerbak ubat-ubatan serta cecair sanitizer menguatkan naluri tetang di mana dia berada. Pipi mulai berubah warna.
Mana Mr Perfecto itu? Bola mata meliar, namun hanya Kesha yang berada di situ. Dada yang mulai bergelora segera dipegang. Takut jantung melompat keluar ke tu?
“Love!! Kenapa ni? Sakit dada ke? Boleh bernafas tak? Bertahan Love! Aku panggil doktor!” Kesha nampak benar-benar panik! Laju Lovely menyambar lengan Kesha ketika gadis itu hampir terlompat bangun, dan kelihatan seperti mahu berlari ke arah pintu.
“Aku okay Kesh..”
Kesha memandang kurang yakin.
“Kesh, siapa bawa aku ke sini?”
“Aku tak tahu. Stone tiba-tiba call bagitahu kau dekat hospital. Hampir pengsan aku terkejut tau! Apa jadi? Doktor kata kau takde apa-apa penyakit merbahaya pun. Dah tu tetiba pengsan pehal? Pancaindera keenam kau terbuka dan boleh nampak hantu?”
Lovely tenung Kesha tak berkelip. Aduh Kesha, kalau nampak hantu paling komanpun dia cuma akan lari lintang pukang! Ini lain cerita Kesha oii!!
“Mana henfon aku Kesh?” Dia mahu menghubungi seseorang yang dia yakin punya jawapan untuk semua persoalan yang menghambat minda.
Kesha mengerut dahi, bingkas berdiri lalu mengambil beg tangan Lovely. Sambil menyerahkan beg tangan tersebut, renungan penuh curiga terarah pada Lovely.
“Nak call siapa? Aku dah kat sini temankan kau. Jangan kacau Stone tau, dia tengah busy tu. Aku ada, apa-apa soalan tanya je dekat aku..”
Hati bagai digeletek-geletek dengar kata-kata berbaur cemburu Kesha. Entah apalah yang difikirkan oleh minah sorang ni, ingat dia nak usha Stone ke? Adui!!
“Kau syok kat Stone eh? Laa, asal tak bagitau? Hampir je aku propose mamat tu tau..”
“Lovee!! Jangan berani kacau Stone aku ya!”
Amboi!! Stone aku? Dia dah claim dengan tak malunya dah..Kesha.. Kesha…
“Abis tu Karl macamana? Tegake kau nak pisahkan dua belangkas tu?” Sengaja menguji. Dahi Kesha berkerut sesaat.
“Karl dah ada yang punyalah Love. Kau tak tahuke? Karl tengah kumpul duit nak halalkan hubungan mereka tau.”
Pulak! Nampaknya Lovely dah jauh ketinggalan keretapi ni! Patutlah sejak akhir-akhir ni Kesha asyik usik Stone je, Karl langsung tak dipandang..Tu pasal rupanya!
“Well..Good luck Kesh, aku doakan kau berjodoh dengan Stone yang macho tu..” Terus tersipu-sipu Kesha mendengarnya. Lovely jongket kening. Kesha ni biar betul.. Dah angau teruk kat Stone tu ke?
“Thank you my Love..Dan aku doakan juga semoga kau cepat bertemu jodoh…Er..Jodoh yang baru hehe..”
“Kau ni Kesh..Jodoh apa pulak? Aku masih isteri orang. Dan aku akan setia hanya pada Ren Raizen. Kalaupun nyawa memisahkan, aku tetap takkan mampu cari pengganti Kesh..Hati aku hanya untuk lelaki itu.”
Kesha mengeluh perlahan. Jemari Lovely digenggam erat.
“Aku bukan nak jadi batu api Love. Kalau suatu hari Ren kembali, kau masih mampu memaafkan dia ke? Kalau aku jadi kau, dah lama aku lupakan lelaki macam tu. Bukan sekali Love.. Dah berkali-kali kau ditinggalkan. Tak logik kan? Eya, dia mungkin sedang sakit tenat dan bertarung nyawa untuk hidup. Tapi susah sangat ke nak hubungi kau kalau betul dia sayangkan kau? Tak mampu nak bercakap, tulislah surat..Tak mampu nak menulis, kirimkanlah seseorang untuk sampaikan pesanan pada kau. Berbeza betul Ren dengan Raqiel! Aku masih ingat tau..Raqiel masa menjalani rawatan, hampir setiap minggu berhubung dengan kau kan? Asal kau tak pilih Raqiel je?”
Panjang lebar Kesha berkhutbah. Jauh di sudut hati, Lovely sebenarnya bersetuju dengan pendapat Kesha. Dia seharusnya membenci lelaki itu bukan? Terluka berkali-kali, dianggap tiada perasaan atau mungkin Ren Raizen ingat hatinya sekeras Tembok China kerana sikap kasar yang sering diperlihatkan. Sebab itu Ren berbuat sesuka hati tanpa mengambil kira apa yang dia rasai!
Tapi tula..Betul kata orang, hati adalah perkara yang paling sukar dikawal! Terluka macamanapun, Ren Raizen juga yang didambakan sang hati.
Melihat wajah mendung diselaputi awan kelabu Lovely, Kesha mula dipagut rasa serba salah. Bukan niatnya untuk menyiram air garam pada luka Lovely, cuma mahu gadis itu sedar realiti kehidupan yang sebenar. Bagi dia, Ren Raizen lelaki kejam! Sejenis manusia yang pentingkan diri sendiri dan tak peduli langsung perasaan orang lain.
“Kata tadi nak henfon? Nak call someone kan?” Cepat-cepat Kesha mengalihkan topik. Dia tak mahu Lovely jadi stress disebabkan kata-katanya walaupun jauh dalam hati, dia benar-benar berharap Lovely akan memikirkan tentang kata-katanya itu.
Lovely mengukir senyum senget, senyum yang nampak seperti dipaksakan. Kesha yang mulai dihimpit rasa bersalah bingkas berdiri.
“Aku keluar jap cari makan. Kau lapar tak? Nak aku belikan apa-apa?” Aduh..Ketara sangatke cara dia nak elak dari rasa serba salah?
Lovely menggeleng.
“It’s okay, aku tak lapar. Pergilah, aku tak nak dengar kau bising nanti bila kelaparan.” Jawapan Lovely buat muncung Kesha naik sedepa.
“Sempat kutuk? Betul tak nak?” Melihat Lovely menggeleng sekali lagi, Kesha melepaskan keluhan kecil.
“Yela..Aku keluar jap je tau. Apa-apa hal terus call aku, faham tak? Jangan pula kau pura-pura tersasul pergi call Stone sudah.”
Terkekek terus Lovely dibuatnya! Tak habis-habis lagi minah ni rupanya..Adoi!
“Blah ah Kesh! Banyak pulak bunyi kau!” Usir Lovely dalam gelak.
Kesha mencebik lalu menonong pergi. Baru terfikir mahu menyeluk keluar henfon dalam beg, tiba-tiba ianya berdering nyaring. Hampir terlompat kerana terkejut. Kurang asam! Laju jemari menarik keluar henfon tersebut.
“My sweet Love..How are you?”
Dahi bekerut.
“Kau ke yang hantar aku ke hospital Intan?”
Terdengar gelak kecil di hujung talian.
“Nolahh..Marco yang dukung kau. Aku tak larat!”
Aduh!!! Apa kejadahnya Intan suruh laki dia dukung perempuan lain? Wajah terasa panas..Malu!!
“M..Marco?!” Tak sedar nama itu terletus dari bibir. Lain macam feelnya tau!
“Asal boleh pengsan? Tak tertanggung penangan aura Marco ke?”
Tertelan segumpal air liur. Perit! Bukan takat itu, siap kena renjatan elektrik lagi huhu.. Marco Arjuna! Keinginan untuk berjumpa lelaki itu semakin mendesak.
“Intan..Let’s meet him again. I’m sorry I ruined the first meeting.. It won’t happen again, I promise!”
“No need Love. I already talked to him..Now it’s your job. Meet him and make him falls for you.. I’ll wait for your report..Bye!”
Lovely terkesima! Mulut hampir melongo dibuatnya. Bukankah sikap Intan Natasha sangat mengelirukan? Mana ada isteri yang merelakan suami menggendong wanita lain apatah lagi mengupah wanita lain untuk menggoda suami kecuali ada niat mahu berpisah?
Lovely merenung lama nombor telefon Marco Arjuna yang terpapar di skrin henfon. Berbelah bagi sebenarnya..Nak call ke tidak..Argh!! Mengapa dia harus melibatkan diri dalam kes ini? Now nak tarik diri pun dah tak sampai hati, bukankah Kesha dah bagitahu yang Karl sedang mengumpul duit? Dia kenalah jaga reputasi syarikat, walaupun tak penting untuk dia, tapi ianya periuk nasi bagi Karl dan Stone.
Sedang khusyuk berfikir, seorang jururawat tiba-tiba masuk sambil menayangkan senyum manis penuh kemesraan.
“Cik Lovely dah boleh discharge dah..Cik takde apa-apa masalah, cuma letih. Lepas ni cik kena rehat secukupnya.” Sambil berkata, lincah tangan mencabut jarum drip dari pergelangan tangan Lovely.
“Terima kasih..” Ucap Lovely. Jururawat itu mengangguk lalu pergi.
Lovely bersiap ala kadar lalu duduk di sofa menunggu kedatangan Kesha. Skrin henfon sekali lagi ditenung. Call jelaa.. Asal takut sangat? Hati kecil mulai bising..
“Helo?”
Celaka!! Hampir terbuang henfon ditangan dengar suara serak macho di speaker henfon. Bila masa dia buat panggilan? Siap dikasi loud speaker okay!! Ehh.. Ada hantu kot dekat hospital ni.. Tiba-tiba!! Ke dia buat di luar sedar? Mampus!!
“Love?!”
Arghh!!! Jangan panggil nama itu please!! Menggeletar jemari ketika henfon didekatkan ke wajah.
“Err..Urm…En..cik Marco ke tu?” Ishh..Bukan itu yang dia nak cakap sebenarnya..Aduh! Buat malu jelaa kau Lovely Scarlett! Panik sampai menggelabah gila pehal?!
“Ya Love..Saya..You dah okay ke?” Wajah Lovely mulai membahang, macam dipanggang! Mujurlah tiada orang lain di situ.
“Maafkan saya kerana menyusahkan tadi. Dah okay dah ni, doktor kata letih je.” Belakang tengkuk dipaut. Argh! Pehal tetiba terlebih mesra pulak bicara dia ni?
“Good, I know you’re a tough girl Love.”
“Encik Marco..Bila kita boleh berjumpa semula?” Serius? Mengajak tanpa segan silu, bukan mati-mati dia kutuk Kesha ke tadi pasal hal yang sama? Bibir bawah segera digigit.
“Mean? You and me? Only us?”
Merah padam wajah menahan malu! Why Lovely whyyy?!!
“Eh taakk!! Bu..bukan macam tu.. I mean..Bila encik senang? Eh.. Maksud saya..Bila encik mahu jumpa isteri?” Argh!! Better tamatkan je panggilan ni dari terusan memalukan diri! Hati kecil membentak..
“Why not you yang aturkan Love? I’m free for as long as I’m here..”
Lovely diam sejenak. Teringat kata-kata Intan. Pasti wanita itu tidak mahu turut serta dalam pertemuan yang diaturkan.
“How about we meet first Marco? There’re few questions I need to ask you.” Ahh..Akhirnya Lovely Scarlett yang sebenar telah kembali. Lebih yakin..Lebih tenang!
“Okay! I’m on my way to the hospital. Wait for me Love..”
TUT!
Panggilan terus dimatikan.
Dia harus buat apa? Kebingungan perhati skrin telefon yang bertukar jadi gelap. Tiba-tiba melompat bangun lalu berlari ke arah cermin. Wajah diteliti sebentar sebelum berlari mendapatkan beg tangan. Habis diselongkar. Compact powder ditempek di muka, gincu dicalit menutup bibir yang nampak pucat.
Setelah puas hati melihat wajah sendiri, rambut pula dikemaskan. Oleh kerana tiada sikat rambut, jemari pun jemarilah..Siap semuanya, punggung dilabuhkan semula. Gaya duduk berubah, badan tegak menyandar di penyandar, lengan di atas pemegang sofa dan kaki bersilang anggun bergaya.
Apa sebenarnya yang sedang dia lakukan? Hati mati-mati mengutuk. Semuanya tak pasti lagi duhai Lovely Scarlett..Jangan mengharap sangat!! Nanti frust menonggeng..
“Loveee..I’m backk! Aku dengar kau dah discharge..Dah ready ke at…OMO?!” Mulut terus dicekup dengan kedua-dua belah tangan. Bola mata terbelalak menatap Lovely!
“Siap cantik-cantik ni nak pergi mana?” Kesha terus merapatkan wajah, meneliti Lovely atas bawah dengan bola mata dipenuhi kehairanan bercampur sedikit tempias curiga.
Lovely berdehem, cuba mengusir rasa kekok dan malu. Minah sorang ni memang bermata helang..benda kecil pun dia boleh nampak..Benci!!
“Aku nak balik dah kan? Takkan buat muka macam orang berpenyakit pula?” Sinis suara terlontar, moga-moga mampu mendiamkan mulut murai itu.
“Selalu kau tak kisah keluar rumah dengan muka zombie Kampung Pisang kau tu! Ni pehal siap pakai lipstick Lovely oi? Ermm.. Siapa jemput kau? Cer bagi klu sikit..Bukan Stone kan? Kann?”
Tak habis-habis sampai Lovely mulai naik muak asyik nama lelaki itu meniti di bibir Kesha. Pasti Stone juga sampai terbersin-bersin dekat kafe!
“Ahh blah ah Kesh! Aku kena jumpa klien ni. So kenalah kasi cantik sikit penampilan supaya klien yakin dan tak lari. Tak perlu tunggu, lepas jumpa klien aku balik ikut grab je.”
“No noo nooo!! Something fishy in the air Love! Aku nak ikut.. Aku tak percaya kau.”
“Kesha..Aku tak jumpa Stonelahh.. Kau boleh call dia untuk kepastian..”
“Aku tak maksudkan Stonelah.. Kau ni pun..Aku nak tengok siapa klien tu yang berjaya buat kau bercantik bagai, macam nak pergi dating pun ada aku tengok tau..”
Kehabisan idea hingga belakang tengkuk dipaut rimas. Apa agaknya respon Kesha bila bertemu empat mata dengan Marco Arjuna? Adakah Kesha juga akan beriak seperti dia?
TOK..TOK..
Bola mata mereka bertaut sekejap. Hampir serentak juga bola mata keduanya beralih ke arah pintu. Dup dap dup dap jantung Lovely saat daun pintu terkuak. Hampir saja tidak mampu menarik nafas.
“Cik Lovely?”
Ciss!! Tak sengaja bibir terherot tinggi. Lain yang diharap lain yang muncul! Menyampah!!
“Taste kau dah berubah ke Love?” Pantas Kesha merapatkan wajah lalu berbisik, hampir tidak kedengaran.
“Cik dah siap ke? Kalau dah, boleh ikut saya sekarang.” Encik Herman menyambung kata. Sedikit bingung melihat reaksi kedua gadis di hadapannya. Apa kehadiran dia menganggu sangatke? Tapi bukankah Lovely sudah dimaklumkan awal-awal oleh Marco?
“Serius? Lelaki tua? Eii..Tak naklah aku ikut..Baik aku balik ofis..” Guman Kesha perlahan lalu lebih dulu buka langkah, mahu keluar.
Lovely sekadar melirik, kepala tergeleng perlahan. Sedikit kecewa sebenarnya dengan kemunculan Herman. Penat je berdag dig dug si jantung hati!
“Cik Lovely? Tuan Marco tengah tunggu dalam kereta.”
Tengah aapaa? Pantas punggung terangkat. Jantung dah start berdentum-dentum kembali! Ahh.. Ada rupanya! Badan tetiba jadi lembik..Ish..Mengada arr Lovely!
“Cik Lovely?” Herman merenung Lovely dengan hairan. Apa saja yang difikirkan gadis tu? Macam fikiran bukan berada di situ, macam bingung-bingung pun ada!
“Eya..Eya Encik Herman! Saya datanglah ni..” Kelam kabut mengejar bila lihat Herman mulai mengorak langkah, sudah tidak sabar mahu menunggu..Nanti dengan dia-dia sekali dibaham oleh Marco kalau lambat!
“Kita nak ke mana ni? Er..Maksud saya Marco nak bawa saya ke mana?” Tersedar sendiri bila Herman memusing kepala, memandang Lovely dengan wajah terpamer jengkel. Aduh! Termalu terus dengan kata-kata yang terbit dari bibir sendiri!
“Ehh..Maksud saya..Marco..Err.. Nak ke mana?” Cepat-cepat Lovely perbetulkan ayat, lalu tunduk menyembunyikan pipi yang sudah bertompok warna merah.
“Marco dah tempah meja di sebuah restoran.” Macam malas-malas je Herman menjawab.
Lovely terus mengunci mulut. Malangnya, dengan memilih mendiamkan diri..Cemas mulai mendatangi diri! Terasa kaki macam tak memijak lantai, berderau darah bila kaki semakin menghampiri kereta mewah berwarna hitam itu.
Terasa panahan sepasang mata di sebalik cermin gelap kereta itu memanah, hingga tembus sampai ke relung hati. Lain macam debaran yang hadir, hingga langkah kaki jadi canggung.
Pemegang pintu belakang ditarik oleh Herman, pintu kereta terkuak luas. Tubuh Lovely serta merta membeku. Tidak berani memandang ke dalam kereta. Bingung dengan reaksi diri sendiri! Mengapa begini?
“Jemputlah masuk Cik Lovely..” Herman merenung tajam sambil pamer wajah sebal. Agaknya Herman sendiri sudah mulai bosan melihat Lovely yang asyik tergagap-gagap macam orang bingung.
Macam ada batu besar tergantung di kaki, berat sangat mahu buka langkah masuk ke dalam perut kereta. Kemonn Love.. Hati kecil menjerit! Jangan kasi ketara kegugupan kau tu.. Bikin malu!!
“Get inside Cik Lovely Scarlett!!” Suara Herman naik seoktaf, nampak sungguh kesabaran lelaki itu semakin menipis.
Lovely hanya mampu tersenyum kelat, malu toksah cakap.. Berkarung-karung sumpah seranah dalam hati ditujukan untuk diri sendiri. Benci!!
Akhirnya sekujur tubuh Lovely berada di dalam perut kereta, yakni di bahagian penumpang belakang. Haruman maskulin yang memenuhi ruang kereta, kini menerobos masuk lalu memenuhi corong hidung.
Menegak badan, pandangan lurus ke depan. Tak berani menoleh mahupun melirik ke sebelah. Entah mengapa begitu gaya dia ni, betul-betul menyebalkan! Nafas ditarik dan dihembus laju-laju..Wangian lelaki itu berjaya membangkitkan rindu yang sedaya upaya dipendam hingga ke dasar hati.
“Why you look uncomfortable Love?” Dan suara maskulin serak-serak basah itu…Arghh! Kepala pantas dipusing untuk melihat.
Marco Arjuna..Lelaki ukiran sempurna dari atas hingga ke hujung kaki. Seperti biasa, berlagak macam Zorro..Wajah tersembunyi di sebalik cermin mata besar gelap dan topi koboi lebar.. Why?!!
“Aku tak selesa bercakap dengan seseorang tanpa melihat wajahnya Encik Marco. Take off that ugly hat and specs!” Bola mata terusan dipaku pada figura hot and spicy di depannya..Tiba-tiba jiwa bergetar..Aik! Adakah kerana renungan balas Marco padanya? Walaupun sepasang bola mata itu terselindung di sebalik kaca mata gelap, dapat dia rasakan diri sedang diperhati sedalam-dalamnya.
“Aren’t you afraid?” Selamba Marco bertanya, lengan tersilang di dada.
“Of you? Never!” Lagi selamba Lovely menjawab. Tapi dalaman tiada siapa tahu..Hanya dia merasainya.
“Of falling in love with me Love.”
Tersentap hati! Lama bola mata dipaku pada cermin gelap yang melitupi sepasang bola mata itu.
“You are married Marco!”
“And so did you!”
Semakin tersentap! Satu badan terpusing menghadap Marco Arjuna yang masih kelihatan selamba walaupun jelas kelihatan perubahan wajah Lovely.
“Show me your face Marco!” Tak kisah jika dikatakan tak tahu malu, hati benar-benar mendesak!
“One condition Love.” Argh.. Menyampah betul! Siap bersyarat-syarat, macamlah muka tu ada emas permata..Hish!
“What?!” Suara mulai kedengaran meluat. Sampai terherot senget bibir menahan geram. Marco tergelak kecil melihat perangai Lovely, tak reti nak sembunyikan langsung riak menyampah di wajah cantik itu!
“Date me!”
Terpempan..Lidah terkelu!
“Three times and I’ll let you see my face..”
Gila!!
“I don’t date married man.” Masih mampu menjawab setenang mungkin walaupun hati mulai terasa berbahang.
“I need to make someone jealous.”
Apa kejadahnya perangai laki bini ni?!! Sorang suruh dia goda sang laki, manakala sang laki pula menawarkan diri dengan tujuan yang hampir sama..Perkara mudah dibelit-belitkan! Dia pula yang jadi stress berada dalam konflik laki bini ni tau!
“Marco..Ada jalan mudah sebenarnya untuk settlekan masalah korang..Jumpa dan berterus terang tentang isi hati masing-masing, tak perlu libatkan aku..Tak nak cuba? Ke kau nak juga pilih jalan yang berliku-liku dan susahkan aku?”
“Aku sukakan cabaran!” Bertapa egonya sebaris jawapan yang diberikan. Tercebik bibir Lovely.
“So..If you agree, today is our first date..Aku dah cek, today and tomorrow, you’re free from court.”
Terbelalak sepasang mata Lovely. Tak percaya sungguh Marco telah lebih dulu bertindak. Dalam diam rupanya lelaki itu menyiasat tentang dirinya.
“Kalau aku tak mahu?” Duga Lovely.
“Karl & Stone akan aku lenyapkan.”
Semakin kuat naluri mengasak diri! Marco Arjuna….Mengapa sebiji sama? Kesinisannya.. Kesyaitanannya.. Kehebatan aura yang mengelilingi..Memang sebiji!! Cuma…Wajah jejaka itu diteliti sekali lagi…
“Let’s eat Love..I’m starving!” Sikap dominan juga serupa huhu..
Marco lebih dulu keluar, lalu membuka pintu di sebelah Lovely. Gentleman? Entahlah..Saja mahu menunjuk-nunjuk kot! Hampir terlompat Lovely bila lengan Marco tiba-tiba melingkar di belakang pinggang Lovely. Pandangan tajam diberikan. Marco tersenyum kecil lalu merapatkan bibir di telinga Lovely.
“Relax, we’re couple.. Remember?” Arghh!! Berdentum dada dipalu suara serak itu! Cara percakapan juga sama!! Siapa sebenarnya Marco Arjuna?!!
Dari mula melabuhkan punggung sehinggalah mereka selesai makan, tak putus asa bola mata memerhati setiap gerak geri Marco. Ketika lelaki itu berbicara, ketika menghirup minuman, ketika memegang sudu garfu malahan ketika membuka mulut dan mengunyah makanan. Semua diperhatikan!
Dia tahu Marco perasan semua itu, tapi lelaki itu buat tak tahu malah berbual seperti tiada yang aneh antara mereka. Mengapa Marco Arjuna bersikap seperti itu? Lovely betul-betul jadi penasaran.
“Marco..Can I see your face now??” Ah, tak kisah apa persepsi Marco tentang dia! Selagi jawapan tak ditemui, selagi itu dada terasa sempit hingga sukar mahu bernafas!
“Our third date, remember?” Marco nampak bosan ketika menjawab. Bibir dilap dengan sopan menggunakan napkin.
“Then, let’s just continue dating. I’ll spend a whole day with you. Second date…Where to?” Yakinnya dia berkata, tak fikir baik buruk langsung dah. Semua kerana desakan naluri yang sudah tidak sabar menunggu lebih lama.
“Seriously? Wanna continue with our second date?” Laju je kepala Lovely terangguk.
“My room is up there. Our second date will be in my room Love.”
Damn!!
Hi morning semua..Awal menjengah hihi, double chap rini..suka ndak kikiki
Share this novel