28 Stick Like Glue

Crime Completed 131702

"Why are you doing this?"

Ren Raizen diam tidak berkutik. Hanya jemari mengetuk-ngetuk stereng kereta Lovely.. Yup! Dia jugak tidak punya jawapan untuk soalan yang diutarakan oleh Lovely. Bingung dengan diri sendiri. Bersungguh-sungguh mahu menempel di sisi Lovely sampai telepas ugutan keji dari bibir, takde niat sebenarnya.. Tapi kalau dicabar, lain ceritalah kan!

Lovely mengeluh perlahan. Kebisuan Ren Raizen benar-benar menyiksa perasaan. Sangat sukar mahu menyelam perasaan pemuda kacak itu. Kelakuannya..Cara Ren merenung Lovely.. Nampak jelas lelaki itu punya perasaan yang istimewa buat Lovely. Namun kata-kata yang meniti di bibir penuh dengan penolakan. Sampai bila harus main tarik tali?

"Kau nak tunggu aku sampai selesai kerja ke?" Bosan, akhirnya Lovely putuskan mahu keluar dari perut kereta.

Dah terlambat pun, namun Kesha berjaya memujuk klien dan menahan wanita itu dari pergi. Lovely tidak mahu terus membuang masa, Ren harus ditolak ke tepi dahulu.

"Why should I? I am the busiest person in the world!" Amboi, jawapan! Dah tu yang tercengat macam orang angau dekat sebelah tu pehal?

"Okay my sweet hubby, thank you sudi hantar sayang sampai betul-betul depan pintu ya. You may go now, sayang baaanyak kerja nak settle hari ni. Bawa je keta sayang ni, nanti sayang boleh je tumpang Kesha..Kbai muaahh I love you!"

Pantas Ren melarikan wajah, entah apa yang menarik permandangan di sisi. Begitu tekun bola mata memandang. Act je, walhal cuba menyembunyikan wajah yang merona merah. Arghh..my sweet wifey ni kan...bikin geram! Bolehke dia cempung Lovely bawak balik sekarang jugak? Ren kerling, terpandang pula senyuman semanis lollipop Lovely, bergetar terus jiwa raga! Hati...Kau dah kenapa?!

"Lovee!!" Kelam kabut Ren memanggil bila Lovely mulai melenggang, meninggalkan Ren yang masih diam dalam perut kereta.

Lovely memusing badan, bola mata mereka bertembung.

"I'll pick you up later!"

Oh, dia berbaik hati pulak sekarang ya.. Ini jarang-jarang berlaku tau! Nampaknya Ren Raizen dah mula nak jalankan tanggungjawab sebagai suami..Lovely terus koyakkan senyum lebar lalu angguk. Kegembiraan jelas terpancar di wajah. Selepas melihat respon Lovely, Ren terus memecut pergi dengan senyum lebar tak lekang di wajah.

Lovely masuk ke dalam bangunan sederhana besar miliknya dan Kesha. Di dalam bilik yang digunakan untuk bertemu klien merangkap bilik mesyuarat, kelihatan Kesha sedang bercakap-cakap dengan seorang wanita. Tidak terlalu tua, tidak juga terlalu muda..Masih cantik bergaya..Then why sang suami buat hal? Di manakah silapnya? Berkerut dahi cuba mencari jawapan...Sikap! Semua bermula dari sikap bukan?

Lovely mengetuk daun pintu sebelum melangkah masuk.

"Puan Qistina, kenalkan Cik Lovely Scarlett.. Lawyer yang akan handle kes cik.."

Mereka bertatapan buat seketika, sebelum Lovely menghulur tangan untuk bersalaman. Cantik..Manis..Ayu..Apalagi yang lelaki mahukan sebenarnya? Mengapa perlu beralih arah bila yang sempurna sudah ada di depan mata? Nafsu! Sesungguhnya itu kelemahan manusia..

"Ini failnya.." Kesha menghulur sebuah fail putih berkulit keras ke arah Lovely.

Lovely melabuhkan punggung, lalu meneliti setiap lembaran kertas di dalam fail tersebut. Berkahwin selama sepuluh tahun, plaintif bernama Qistina dan defendan Husna. Dikurniakan tiga orang anak dan semuanya masih bersekolah. Suami Qistina yang bernama Sham merupakan seorang pegawai dalam sebuah sektor kerajaan dan Qistina surirumah sepenuh masa tetapi aktif menjalankan perniagaan online.

Kes bermula bila tempat kerja Sham mendapat pekerja baru yang dipindahkan dari daerah lain. Isteri mulai curiga bila suami sudah pandai balik lewat, asyik berkepit dengan henfon sampai dibawa masuk ke dalam tandas. Curiga semakin memuncak lalu mulai mengekori suami. Hancur luluh hati seorang isteri bila lihat depan mata suami mendaftar masuk ke dalam hotel bersama wanita lain.

Bertapa kuatnya seorang isteri dalam mempertahankan mahligai yang telah dibina sekian lama bila sanggup bertemu empat mata dengan si pelakor, memohon supaya suami dan ayah kepada tiga orang anak itu jangan diganggu. Malangnya, si isteri dicerca dengan pelbagai kata-kata hinaan seperti tidak tahu jaga suami sehingga suami beralih ke wanita lain yang lebih hebat.

Lantaran kata-kata itu, si isteri cuba sedaya upaya memperbaiki diri. Bila suami mulai culas dalam memberi nafkah, si isteri berusaha mempertingkatkan jualan kedai online. Hasil pendapatan tak seberapa itulah yang dijadikan belanja untuk dapur dan mempercantikkan diri.

Bukan tidak berusaha, malah sepanjang perkahwinan keperluan dan kehendak suami sentiasa cuba dipenuhi walaupun terlalu penat menguruskan rumahtangga. Jadi, di mana silapnya? Lovely pula dilanda rasa geram yang teramat pada suami tak guna Puan Qistina ni.. Gatal nak kahwin, mahligai yang dibina tak mampu nak jaga ada hati nak bina mahligai baru. Manusia spesis ni memang tak reti bersyukur..Tunggu kirafah menjengukmu!

"Puan Qistina, jangan risau. Wanita itu akan didakwa di bawah akta Seksyen 38 iaitu menghasut suami/isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Saya cadangkan puan terus ke mahkamah syariah dan berhubung dengan peguam di situ." Lovely berhenti sebentar, cuba menyembunyikan rasa simpati ketika bola mata dia dan Puan Qistina bertaut.

"Puan jangan bimbang, saya akan bantu puan sehingga kes ini selesai. Untuk bahagian saya pula, kita akan failkan saman fitnah kerana puan telah difitnah dan dimalukan di khalayak ramai termasuk suami puan juga di dalam laman media sosial perempuan tersebut. Jangan bimbang puan, semua bukti termasuklah CCTV dan screenshot telah pihak kami kumpul."

"T..Tapi Cik Lovely..Saya tak mampu nak bayar upah.."

"Takpe, untuk bahagian saya, puan boleh bayar secara ansuran."

"Ya Allah..Terima kasih...Cik sangat baik.."

Lovely mengukir senyum, No! Itu bukan senyum simpati. Senyum yang diharap mampu memberi sinar harapan, seterusnya menyuntik kekuatan pada wanita yang teraniaya itu untuk bangkit menentang dengan penuh keyakinan.

Hampir separuh waktu dihabiskan untuk memberi penerangan pada Puan Qistina mengenai prosedur yang perlu dilalui dan apa yang harus dilakukan sepanjang proses saman dijalankan. Lovely tidak mahu perasaan Puan Qistina diganggu oleh anasir-anasir luar, terutama pihak keluarga sebelah lelaki dan kemudian menganggu gugat keputusan kliennya kelak.

Puan Qistina melangkah keluar dari bilik tersebut ketika hari hampir berlabuh ke hujung petang. Lovely dan Kesha kemudian mulai menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan ke mahkamah dan seterusnya kepada pihak defendan.

"Dah lewat ni, kau tak nak balik ke?" Tegur Kesha yang kelihatan sudah mulai mengemaskan meja kerjanya.

Lovely dongak lalu mengerling jam di pergelangan tangan. Ahh, nak kelam kabut balik buat apa? Dia bukan punya ahli keluarga yang menunggu di rumah seperti Kesha. Ren? Lovely berani potong jari kalau Ren mahu kembali semula ke apartment kecilnya itu. Ren punya sebuah kondo mewah, sebuah mansion dengan lebih sepuluh pembantu rumah plus harta-harta lain yang Lovely tidak tahu. Jadi, tak logiklah Ren betah berlama-lama di apartment milik Lovely kan?

Usai menutup komputer, Lovely bingkas bangun. Fail-fail yang berselerak atas meja kerja diangkat lalu disusun di dalam rak yang terletak di bahagian belakang bilik pejabat Lovely.

"Still working huh?"

Omak!! Terlompat akibat terkejut tiba-tiba disergah oleh suara serak bernada sinis dan kasar! Terlepas jatuh beberapa fail nipis di tangan. Celaka!

Ren Raizen!!

Pehal tetiba muncul dekat sini?! Dengan selamba, Ren menghampiri lalu mengutip fail atas lantai kemudian Ren susun kemas dalam rak. Lovely renung tidak percaya. Errk! Apa Lovely ada silap hantar mantera pengasih ke kat Ren? Lain macam perangai mamat ni!

"Why are you here Ren?" Terus bertanya hairan plus pelik!

"I said I'd pick you up!"

Eh! Ya tak ya pulak, terlupa lantaran terlalu khusyuk dengan kerja..Biasalah kalau first time kan, semangatnya lain macam!

"Let's go!" Tak tunggu lama, Ren tarik tangan Lovely.

Kelam kabut Lovely sambar handbag di atas meja. Wajah terus masam.

"Where?!"

"Home!"

Home? Berkerut dahi memikir..Why Ren Whyyy?!! Suka sangat bagi kita berteka teki! Which home Ren?

Ren Raizen siap buka pintu kereta untuk Lovely. Makin pelik! Bingung-bingung Lovely pandang Ren. Ren Raizen memandu dengan serius, buat dunno dengan riak wajah Lovely yang penuh dengan tanda tanya. Melihat jalan yang dilalui, Lovely terus telan air liur. Jari telunjuk direnung lama. Potong jari hah?! Mampus!!

Bersangka baik Love, mungkin Ren cuma menghantar dia dan kereta tu. Siapa tau kereta sport hitam Ren dah sedia terparking kat situ kan. Tinggal singgah dan drive pergi. Malangnya, Ren mematikan enjin dan terus mengekori Lovely hingga ke pintu rumah.

"Aren't you going back?" Terpacul soalan yang sekian lama berlegar dalam kepala. Dah tak tahan nak simpan dah, persetan dengan ungkapan nak jaga hati bagai haha..

"Why? Are you throwing me away...Again?" Argh! Dia kenakan kita balik tau..Jahanam!

Lovely menolak daun pintu apartmentnya. Rumah sebenar yang ditinggali, bukan apartment bertentangan yang pernah digunakan untuk memenjarakan Ren. Sengaja! Memang rumah itu agak simple, perabot minima, tiada hiasan mahal dan canggih. Ren selamba beruk masuk dan melabuhkan punggung atas sofa. Siap peluk tubuh dan silang kaki. Dia buat macam rumah sendiri tau. Sebal!

Ren perhati sekeliling tanpa sebarang reaksi di wajah. Lovely berlalu ke dapur, menuang jus oren dari kotak yang diambil dalam peti sejuk ke dalam dua buah gelas lalu dibawa ke depan. Tekaknya memang kering. Belum separuh perjalanan, jus dalam gelas sudah tinggal separuh diteguk. Lovely menghulur satu lagi gelas di tangan kepada Ren lalu duduk bertentangan.

"Naif huh?" Saja menguji! Ren renung tajam pada Lovely.

"I said nothing!" Balas Ren lalu meneguk jus dalam gelas dengan perlahan.

Lovely mulai resah bila bola mata Ren terus-terusan dipaku ke arahnya. Cepat-cepat dihabiskan air dalam gelas lalu bergegas bangun.

"Aku...Mandi dulu!" Dah kalah ke Lovely oi?! Dah kemana kegedikan kau masa nak goda Ren tu? Tau pula gentar bila Ren mulai menempel haha..

Ren mengerling sekilas lalu meneruskan tegukan. Entah apa di kepala mafia tu, jangan-jangan tengah merancang strategi menumpaskan seterusnya menawan Lovely.. Tak mustahil, ada yang belum selesai perlu dituntaskan..Kalau tak, boleh stress memanjang you!

Usai mandi, sempat menjungkit kepala mengintai di celah daun pintu lalu mulai berjengket-jengket menuju ke almari pakaian. Gara-gara kelam kabut, lupa bawa sedia pakaian masuk ke kamar mandi. Dah terbiasa hidup sendiri sebelum ni, yakni selepas Ren menghilang..Natijahnya, Lovely terpaksa keluar berkemban..

"Lama mandi?"

Adoi!! Hampir je Lovely melompat masuk ke dalam almari. Celaka! Sejak kapan Ren masuk ke dalam bilik? Takleh bincang betul perangai mamat ni tau, suka hati buat macam rumah sendiri..Tapi tak salah pulak tu, Ren Raizen kan masih suaminya huhu..

"Saja..Sental sampai menggelupas biar putih melepak!" Amboi..Jawapan! Lovely gigit bibir bawah, wajah merona merah..Termalu sendiri! Takde niat nak menggoda sebenarnya..Niat cuma mahu menyindir..

"Really? Let me see..Take off that damn towel Love.."

Sejak kapan Ren Raizen mulai pandai menggatal ni? Baik, Ren tak tahu lagi dengan siapa dia sedang berhadapan haha..Lovely balas renungan menggoda Ren Raizen. Sebuah senyum kecil terukir di wajah. Ah, sudah! Ren mengeluh dalam hati...Muslihat apakah lagi yang bakal dikeluarkan oleh musang betina ni?

"You want to see? Boleh..Syaratnya simple je ponn...Say I love you Love!"

Terkebil seketul Ren Raizen! Tak habis-habis!! Tak cukup lagike perhatian yang diberi? Penting sangatke setakat tiga perkataan tu? Urghh!! Minah musang ni memang teramatlah menjengkelkan!

"Come here.." Selamba Ren panggil guna jari telunjuk.

Ren tak berganjak dari kerusi rotan yang diduduki, letaknya di sudut bilik. Dengan kedua belah lengan di atas pemegang kerusi, kaki lurus ke hadapan, terserlah kesamsengan Ren Raizen..Aura bad boy mamat ni memang menyengat!

"Why?" Ahh..Gedik!

"I want to whisper those words in your ears sayang..."

Dia tak salah dengar kan?!! Ren Raizen sebut sayang kan? Ren panggil dia sayang kan?! Melting terus seorang Lovely Scarlett. Level bahagia sampai boleh nampak bunga api memercik di atas kepala..Huishh!! Macam ada tarikan magnet, automatik badan laju mendekat Ren Raizen yang sedang tersenyum simpul.

Ren menarik Lovely duduk di atas ribanya. Tersipu-sipu dengan wajah kemerah-merahan, pipi merah jambu!

"My Love..My beautiful but savage wife.. Let's make love.."

Syarat yang dikenakan terus hilang entah ke mana! Menyerah sambil tahan air mata yang mulai bergenang...Air mata terharu, air mata kegembiraan! Saat itu, Lovely lihat dengan jelas tembok sekeras batu gunung yang mengelilingi sekeping hati Ren Raizen, runtuh menjadi serpihan-serpihan halus.. Make love, not sex.. Sama tak serupa!

"Are you crying?"

"Tak..Peluh kau menitik masuk mata.."

Yela tu!

-

-

Lovely terpisat-pisat bangun ketika mendengar bunyi berdentum dari arah luar. Pasang telinga, kot-kot silap dengar kan.. Segera ditoleh ke sisi, kosong! Pantas Lovely pandang sekeliling. Sepi! Lovely bingkas bangun, menarik bathrobe yang tergantung lalu disarungkan. .

Pangg!!

Lovely tersentak kaget! Bunyi sesuatu terhempas dan dentuman yang kuat kedengaran lagi. Panik, Lovely berlari keliling bilik, cuba mencari senjata yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri. Pasti rumahnya kini dipenuhi orang jahat.. Dan pastinya kerana Ren Raizen!

Ren!!!

Semakin panik bila memikirkan sesuatu yang buruk terjadi pada lelaki itu! Cari punya cari, akhirnya bola mata tertancap pada sebatang kayu hoki yang sudah kelihatan agak usang, dibeli ketika dia join sukan hoki semasa sekolah menengah dulu. Sambil pegang kayu hoki tersebut, Lovely berjengket-jengket menuju ke luar bilik.

Ren..Tolonglah bertahan dan jadi kebal sementara aku datang menolong..Itu jeritan batin Lovely..Mengintai keluar, Lovely sedikit hairan..Asal sunyi sepi? Perlahan, Lovely melangkah menuju ke ruangan depan. Panik menyerang lagi bila lihat asap berkepul-kepul keluar dari arah dapur. Apa-apaan?! Hampir berlari anak menuju ke dapur.

"Shitt!!" Terdengar suara Ren memaki dari dapur.

Semakin panik jadinya. Laju Lovely menerpa, asap tebal membuatkan pandangan jadi kabur, nafas mulai sesak.

"Ren!!!" Lovely jerit sekuat hati.

"Love!! Stay away!! I got this!!"

Bingung! Apa sebenarnya yang terjadi? Kalau penceroboh, buat apa bakar dapur? Kan ke lebih afdal bakar bilik yang berpenghuni? Ke pencuri kebulur nak makan, that's why dapur jadi sasaran. Samar-samar, Lovely melihat kelibat Ren sedang menyembur pemadam api ke arah tempat memasak. Lovely meneliti sekeliling, memang sah takde orang lain, hanya Ren Raizen berada di situ.

Lovely membuka.lebar-lebar jendela dapur, rimas dengan asap yang memenuhi ruang dapur. Asap beransur-ansur hilang. Pandangan mulai jelas. Ren masih termengah-mengah, tong pemadam api diletakkan atas lantai, punggung disandarkan di tepi kabinet dapur.

Sebuah pan atas stove entah apa dalamnya tu hitam legam. Bekas jilatan api sampai ke bumbung, exhaust fan yang agak tinggi tu pun habis hangus tau. Lovely mengeluh. Mulai dapat meneka apa sebenarnya yang berlaku kat situ. Tak guna betul, hampir terbang semangatnya tadi, bangun-bangun ingatkan ada penjahat yang mahu menyerang Ren.. Hadoi!!

"Ren sayang..Kau masak pe tu? Kita tak makan simen hangus sayang.."

Celaka!

Memerah wajah Ren diperli pedas. Malu tapi bahagia..Di sebalik sindiran, ada sayang menyelit haha..Lovely menjengah kepala melihat ke dalam pan. Hitam! Tak mampu tahan lagi, Lovely ketawa berdekah-dekah, sampai keluar air mata. Tak pernah seumur hidup benda macam ni berlaku...Ren Raizen memang rare!

Akhirnya, Ren Raizen turut tergelak sambil geleng kepala. Bodoh! Dah tak tahu nak buat juga kan..Dasar minta puji!!

"Lapar? Asal tak kejutkan aku?" Ketawa masih bersisa. Sedikit air mata di tubir mata diseka.

Ren hanya geleng.

"Siap cepat Love..I'm starving like hell!"

"Tu kat dalam..Rasanya dah boleh makan.Jom bagi dua buat alas perut, membazir plus tak ler sia-sia kau buang tenaga memasak.."

Argh! Tak habis-habis memerli!

"GOO or I'll eat you right here, right now Love!!"

Lovely jelir lidah, masih nak mencabar kesabaran Ren.

"Then you have to burn me first Ren Raizen.."

Aahh..Lebar terus senyum Ren. Pantas mengejar Lovely yang sudah berlari masuk ke dalam bilik!

Tadaa..suwit gak? ekekeke Last tau part suwit² ni..Nk minta maaf awl² coz lepas ni..jeng³..takleh citer kih kih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience