20 Gone

Crime Completed 131702

"Let me go Raqiel Amoris!!"

Jeritan Lovely langsung tak diendahkan. Malahan, daun pintu bilik dihempas kuat dan dikunci dari luar. Lovely menjerit sambil memukul-mukul daun pintu.

"Buka pintu ni setannn!!!! Kenapa aku dikurung hahh!!! Raqiel Amoris!!!!"

Sepi!!

Sah Raqiel telah pergi dari situ. Lovely terduduk atas lantai, memeluk lutut lalu menangis teresak-esak. Dia harus keluar!! Banyak yang mahu dia lakukan, banyak yang mahu dia katakan....Tuhan, semoga apa yang dia lihat itu cuma kesilapan mata...Tolong janganlah terjadi sesuatu pada lelaki itu! Menangis sehingga tertidur dalam keadaan duduk berteleku.

Malam itu, Raqiel Amoris muncul semula membawa beberapa bakul kertas berisi pakaian serta sedulang makanan. Lovely merenung sayu pada Raqiel. Mata merah dan bengkak akibat lama menangis. Raqiel melarikan anak mata.

"Aku bawakan pakaian. Kau pasti tidak selesa seharian memakai pakaian tu kan? Kau pergilah mandi dulu, lepas tu jom makan sama-sama." Lembut nada suara Raqiel, seperti suara seorang ayah memujuk anak kecil untuk makan.

Lovely tidak menjawab. Hanya terusan merenung dalam ke anak mata Raqiel. Mata juga sudah mulai berkaca, bila-bila masa akan pecah empangan di pelupuk mata. Raqiel Amoris mengeluh perlahan.

"I need to go out of here Qiel..Please...I must! I shouldn't be here...Please Qiel...Pleasee..."

"No Lovely Scarlett!!! You belong to me!!" Tempik Raqiel dengan kasar!

Lovely mulai teresak-esak. Tidak!! Dia bukan lemah, jeritan lantang Raqiel Amoris tidak mampu mengugatnya..Dia menangis kerana harapan untuk keluar dari tempat itu terlalu tipis...Harus bagaimana sekarang? Raqiel Amoris bukan mudah dipujuk, dia cukup masak dengan perangai lelaki itu.

"Adakah kau bercadang mahu kurung aku di sini buat selamanya? Kau betul-betul mahu hancurkan impian aku yang hampir tercapai? Please Qiel, sekurang-kurangnya izinkan aku keluar untuk menghadiri kelas." Ahh.. Nampaknya Lovely belum ketandusan idea lagi. Bijak...Bijak!

"Kau tak perlu bekerja pun aku masih mampu senangkan hidup kau, Love." Bidas Raqiel dengan wajah penuh konfiden.

"Aku ada impian Qiel, kau pun tahu sejak dulu mengapa aku mahu jadi seorang penegak kebenaran bukan? Please Qiel..Kau tahu kan aku sudah berjanji dengan arwah ibu bahawa walau sesusah manapun, aku akan pastikan impian aku tercapai..Kau paling rapat dengan aku suatu waktu dahulu, kau juga tahu kisah hidup aku, penderitaan arwah ibu dan aku.."

Raqiel Amoris diam. Renungan tajam menikam sebentar tadi kini bertukar sayu. Jemari Lovely Raqiel gapai lalu digenggam erat.

"Kau masih ingat janji kita kan? Bahawa kita akan sentiasa bersama, di masa susah mahupun senang..You shouldn't be with someone else, baby...Don't ever think of someone else other than me..I should be the only man in your heart and mind.."

Lovely terperangah melihat Raqiel mencium jemarinya, menghidu dengan nafas dalam sambil pamer wajah penuh kepuasan. Hati berdetak..Macam ada sesuatu yang tak kena je dengan mamat ni tau! Lebih mengejutkan, Raqiel merapatkan wajah, menghidu ubun-ubun Lovely sebelum menjilat kepala Lovely dengan penuh perasaan, siap tutup mata!

"Ahh..You're so sweet baby.." Raqiel terus menghidu Lovely, seperti seekor serigala menghidu mangsanya.

Lovely mulai rasa seram sejuk!

"Q..Qiel...Aku...nak mandi.."

Raqiel Amoris tersentak!

Segera menarik wajahnya menjauhi Lovely.

"Of course.."

Dan Lovely melihatnya! Wajah Raqiel jelas berubah, kebingungan! Seolah-olah baru tersedar dari mimpi..Something's fishy about this guy, isn't it? Lovely bingkas berdiri. Sebuah bakul kertas berisi pakaian diambil yang Raqiel letakkan di atas lantai. Laju langkah kaki dibuka menuju ke bilik mandi. Raqiel Amoris masih membatu, hanya ekor mata mengiringi pemergian Lovely.

Lovely keluar dari kamar mandi siap berpakaian. Sehelai T-shirt dan joggers, agak besar tapi masih boleh dipakai. Raqiel Amoris sudah menunggu di sofa. Coffee table yang terletak di tengah ruang santai itu kelihatan telah dipenuhi makanan, semua disusun oleh Raqiel dengan kemas dan teliti.

"Come here baby...Makan dengan aku.." Ajak Raqiel sambil melakar senyuman manis.

Lovely tidak menolak, walaupun masih ragu-ragu..Dia sangat lapar! Lovely duduk bertentangan dengan Raqiel.

"Aku nak makanan di pinggan kau Qiel!" Itu langkah berhati-hati tau.

Raqiel macam dapat baca apa dalam fikiran Lovely, terus tergelak kuat sambil geleng kepala.

"Aku tak letak apa-apa dalam makanan ni, Love. Nah..Kita boleh tukar kalau kau tak yakin dengan aku."

Pantas je Lovely sambar pinggan yang dihulur Raqiel. Berhati-hati lebih baik dari menyesal di kemudian hari bukan? Dia sudah masak dengan perkara macam ni, banyak kes yang dia dan Kesha terima rata-ratanya diperdayakan dengan taktik seperti itu, meletakkan dadah dalam makanan atau minuman.

Lovely makan dengan senyap. Raqiel Amoris cuba mengajak berbual tentang perkara remeh temeh. Lovely hanya angguk dan geleng. Mahu tak mahu je melayan! Akhirnya Raqiel kunci mulut dan mereka mulai makan dengan senyap.

"Qiel..Aku di mana sekarang, boleh bagitau tak?" Usai makan, baru Lovely punya mood untuk berbicara. Maklumlah, perut sudah kenyang!

Raqiel bersandar di penyandar sofa.

"Rumah aku."

"Mengapa bawa aku ke sini? Ini tiada dalam perjanjian kita bukan? Aku setuju bantu kau untuk dapatkan Putra, tapi kau mungkir janji Qiel! Kau janji tidak akan lepaskan tembakan! Kau...Kau tembak dia Raqiel Amoris!!" Dan air mata meluruh sebaik saja terkenang lelaki yang terkulai layu di pangkuan Ashraff Kenjiy.

Deras mengalir tanpa mampu ditahan. Semakin dikesat semakin pula laju mengalir. Penyesalan biasanya datang terlambat kan? Sekarang, walau dia nangis air mata darah sekalipun, masa tidak akan berputar kembali.

"You know baby...I hate the way you look at him! You used to look at me that way before, but sadly...It's gone now! It hurts..I really hate it!" Wajah lembut Raqiel bertukar menjadi bengis, penuh amarah dan cemburu!

Perubahan mendadak itu merisaukan Lovely. Takut Raqiel bertindak di luar kawalan, Lovely pegang tangan Raqiel dengan lembut.

"We need time, Qiel..Bertahun-tahun terpisah, banyak perkara berlaku, tak mungkin ia akan kekal sama bukan? Jangan bilang sepanjang kita terpisah, kau tidak tidur dengan perempuan lain Qiel.."

Raqiel Amoris terperangah!

See? Tiada lelaki akan mampu setia sekiranya diletak dalam keadaan mereka berdua bukan? Tambahan lagi dengan physical attraction yang dimiliki oleh Raqiel, pasti ramai je gadis datang mahu test market!

"Aku lelaki normal!"

"Yup! That's understandable..So, jangan tuntut janji yang pernah kita lafazkan dulu Qiel. Kerana nyata kau juga tidak mampu menunaikannya!"

"That's because I was dying missing you Lovely Scarlett! You were gone, nowhere to be found!! I was lost and almost went crazy! It was all because of you!!!"

Raqiel rentap tangan dari jemari Lovely lalu bingkas berdiri. Mundar mandir di hadapan Lovely sambil meruap wajah berulang kali. Nampak sungguh bercelaru. Raqiel Amoris sedang berperang dengan diri sendiri nampaknya! Lovely terusan mentelaah lelaki itu dalam diam.

Human Physiology!

Dia perlu mahir dalam bidang itu sekiranya mahu menjadi seorang peguam yang betul-betul berkualiti kelak!

"Kita tak bersalah Qiel, kita sebenarnya jadi mangsa keadaan. Tolong hentikan semua ini, hentikan dendam yang cuma akan membawa kepada kemusnahan. Apa yang harus kita lakukan sekarang adalah redha..Pasti ada hikmah di sebalik semua ini."

Raqiel ketawa kuat. Tawa yang dipenuhi kesinisan dan amarah!

"Redha? Semudah itu? Aku tak pernah redha dengan semua ini Love!!! Kebahagiaan aku punah sekelip mata!!!"

Raqiel diam seketika, marak bola matanya merenung ke arah beranda bilik. Sebuah senyum senget penuh kesinisan tersungging di wajah.

"Let's make a deal, baby!" Raqiel bergerak menuju ke sebuah rak yang terletak di satu sudut bilik.

Membuntang luas bola mata Lovely ketika melihat benda yang digenggam oleh Raqiel Amoris.

"Let's leave this unfair world, baby...Just you and me..Together-gether.."

Lovely berundur bila Raqiel merapat. That's it! This is the end..

"Qiel, you need to calm down okay.." Masih cuba memujuk.

Raqiel tergelak. Pistol dalam genggaman dimain-mainkan di depan Lovely.

"Aku dah fikir masak-masak. Hanya dengan cara ini kau dan aku takkan dapat dipisahkan lagi."

Lovely geleng kepala.

"Mati bukan penyelesaian!"

"Yes, it solves nothing! But...Only with this, no one..I mean no one could have you hahaha!"

Seram sejuk melihat Raqiel Amoris ketika itu. Sangat berbeda, bukan seperti Raqiel Amoris yang pernah Lovely kenal sebelum ini. Raqiel Amoris sekarang sudah seperti seekor monster yang sangat merbahaya, penuh aura kejahatan dan pembunuh!

"Come here baby..You can't run!! No one could escape from Raqiel Amoris hahaha!!"

"Qiel!!"

Sekejap saja, Lovely yang berusaha menjauhi ditangkap pantas oleh lengan sasa Raqiel. Peluh sejuk merembes keluar, seiring dengan degupan jantung yang memukul, memecah dada!

"Let's meet in hell baby!"

Lovely pasrah. Mata ditutup bila muncung pistol terasa menyucuk tulang pelipis. Mungkin dia akan bertemu ibu di sana, siapa tahu kan! Mungkin ini pengakhiran pada penderitaan yang tidak pernah berakhir, bahagia yang dikecapi cuma seketika..Pengkhianatan demi pengkhianatan..Kesakitan demi kesakitan, semuanya akan berakhir. Patutkah dia berterima kasih dengan Raqiel?

"Qiel..Before you kill me..Bagi aku sedikit masa boleh? Aku nak sampaikan ucapan terakhir aku.."

Pulak!!

Berubah terus riak wajah Raqiel Amoris. Berkelip-kelip kebingungan merenung Lovely yang sudah meleretkan senyum penuh makna.

"Err....Teruskan.." Tersekat-sekat melontar kata.

Cengkaman dilonggarkan. Pistol diturunkan.

Sengihan semakin melebar di wajah Lovely. Ucapan itu harus bukan? Setiap perpisahan selalunya bermula dengan sebuah ucapan. Ucapan untuk mengakhiri sebuah perhubungan. Tak kiralah sama ada berjela-jela mahupun hanya sepatah dua kata, yang penting maksudnya sama.

"Terlebih dahulu, maafkan aku atas kelukaan yang kau tanggung selama ini, Qiel. Aku tak pernah tahu apa berlaku pada kau selepas kejadian itu. Aku ditangkap oleh pihak berkuasa atas tuduhan menyebabkan kau tercedera. Tiada siapa tampil membela aku masa itu, aku cuma punya kau sebagai saksi yang boleh menjelaskan pada pihak berkuasa tentang kejadian sebenar."

Raqiel diam membatu, tekun mendengar. Lovely hela nafas panjang.

"Aku dibicara dan dijatuhi hukuman. Dimasukkan ke penjara juvana. Aku menghabiskan zaman remaja dalam penjara Qiel. Selepas dijatuhkan hukuman, ibu pergi tinggalkan aku. Bayangkan perasaan aku Qiel. Aku tak sempat lihat ibu buat kali terakhir. Aku tahu hanya selepas ibu dikebumikan. Aku meratap menangis di kubur ibu! Bertapa saat itu aku rasa benar-benar sunyi..Aku bencikan kau, tapi jauh di sudut hati..Aku menjerit memanggil nama kau Qiel..Aku benar-benar perlukan kau ketika itu.." Air mata yang mengalir di pipi dikesat perlahan. Bukan niat mahu mengungkit kisah lama dan menoreh semula luka lama, tidak!

Tapi kisah yang lama dipendam itu rasanya perlu diberitahu pada Raqiel. Biar semuanya jelas supaya tiada lagi salah faham antara mereka, biarlah mereka berdua pergi tinggalkan dunia dengan dada yang lapang tanpa dendam yang masih tersisa.

"Kau tahu keadaan aku masa tu...I'm sorry I couldn't be there at that time.." Sayu nada suara Raqiel, wajah jelas terpamer penyesalan teramat.

Semua kesalahan diletak seratus peratus pada seorang manusia keji bernama Putra yang tiba-tiba muncul merosakkan segalanya! Atau perlukah disalahkan takdir yang terlalu kejam buat mereka berdua? Raqiel Amoris mengenggam penumbuk. Setitik air mata jatuh dari pelupuk mata! Air mata jantan, kedua kali mengalir kerana gadis itu.

"Aku tak salahkan kau selepas tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin takdir tidak memihak, mungkin jodoh kita setakat sampai di situ. Now, let's come clear Qiel..Let's forgive each other..forgive everyone that have had hurt us badly..Let's us leave this world peacefully."

Raqiel Amoris tertunduk sayu. Kata-kata Lovely benar-benar menusuk hingga ke ulu hati keringnya.

"How can you forgive someone who killed your soul Love?"

Lovely tersenyum perit. Tak mudah, itu pasti! Tetapi bila kita sudah mulai buka hati dan belajar untuk menerima kehadiran seseorang dalam hidup, mulai menaruh harapan dan meletakkan seratus peratus kepercayaan pada seseorang...Dan yang paling penting, mulai menyayangi orang tersebut....Segalanya jadi mudah! Itu yang Lovely alami...Sehingga kepercayaan yang diberi dikhianati!

"Tak mudah, tapi kau tidak berseorangan Qiel. Aku ada, kita lakukan bersama-sama."

Lovely menghampiri, mengenggam jemari Raqiel dengan erat.

"Lupakan semuanya, lupakan Putra dan The Black Sapphire..Jom pergi dengan aman damai.." Pistol ditangan Raqiel diambil perlahan. Tiada bantahan!

Nekad, muncung pistol diacu di kepala sendiri. Rasanya tiada makna hidup diteruskan. Dia sudah kehilangan segala-galanya..Ibu dan cinta!

Raqiel hanya memandang kosong. Masih diam tanpa membantah.

"Goodbye, Raqiel Amoris.."

Usai berkata, ekor mata menangkap beberapa bayang hitam muncul di beranda bilik. Kebetulan Raqiel sedang membelakangi beranda tersebut dan berdiri betul-betul di hadapan Lovely.

Melihat figura-figura dalam kepekatan malam di luar meluru hendak masuk, Lovely tahu mereka berada dalam keadaan yang bahaya. Silap-silap nyawa melayang di tangan orang lain. Belum sempat bertindak, pintu kaca yang tertutup rapat dipecahkan dengan sekali rempuh.

Melihat arah muncung pistol di tangan penceroboh, Lovely tidak tunggu lama. Raqiel Amoris yang baru hendak memusing badan ke arah beranda dengan pantas diterkam lalu dipeluk erat oleh Lovely. Terkejut, namun Raqiel tidak sempat bertindak bila Lovely terus bergerak dan mengalihkan kedudukan mereka.

"Babyyy!!!"

Bang! Bang!!!

Dua das tembakan dilepaskan sekaligus!

"Lovely Scarlett!!!"

Bola mata Raqiel dan Lovely bertaut. Raqiel memeluk tubuh yang semakin lemah itu beserta raungan sayu, menjerit memanggil-manggil nama Lovely seperti orang hilang akal.

"You stupid girl!!! Why did you do that?!!!"

Raqiel terduduk atas lantai, tubuh Lovely dipeluk erat-erat. Darah pekat mulai memenuhi lantai yang diduduki...Darah segar dari tubuh Lovely Scarlett..

"Love!!! Don't leave me...Please...Pleaseeee..!!"

Raqiel Amoris dikepung oleh penceroboh-penceroboh memakai mask muka. Raqiel meronta bila dia ditarik menjauhi Lovely.

"Let me go!!!!" Melawan dengan sepenuh tenaga, pelukan tetap tidak dilepaskan.

"Baby!! Jangan tinggalkan aku.."

Tidak berjaya dileraikan, salah seorang mulai menarik Lovely manakala yang lain cuba membawa Raqiel menjauh.

"Jangannn..Tolong biar aku bersama dia. Dia cedera..Pasti dia merasa sangat sakit sekarang. Korang cuma nakkan aku bukan? Korang bunuh je aku..Tapi tolong biarkan aku bersama dia, tolong biarkan aku berada di sisi dia..Dia... Mungkin sangat ketakutan dan perlukan seseorang...Please...Let me be next to her..." Raqiel Amoris merayu sambil meratap pilu. Menangis meraung-raung seperti seorang bayi kecil.

"Kill him!"

Lovely sudah hampir tidak sedarkan diri. Namun telinga menangkap jelas setiap butir arahan tersebut. Tangan menyentuh lengan lelaki bertopeng yang sedang mengheret tubuhnya.

"P..lease....Jan..gan....bunuh....Ra..qiel..."

Lelaki bertopeng itu tercengang!

Perlahan-lahan, mata Lovely Scarlett tertutup rapat, jemari terkulai atas lantai.

"Love!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience