"Ren Raizennn!!!!"
Sontak separuh badan menegak!! Mata terbuntang luas lalu bola mata berguling-guling memerhati sekeliling...Wajah yang basah dek peluh sejuk bercampur air mata diraup beberapa kali. Mimpi rupanya..Dada diusap perlahan..Arghh! Cuma mimpi, tapi mengapa debaran yang memukul dada begitu menggila?
Mimpi itu terasa benar-benar nyata.. Sampai terjerit-jerit! Tubuh basah oleh keringat, mata bengkak kerana menangis..Hati mulai di landa kerisauan. Bingkas berdiri, memerhati sekeliling sebelum berlari anak ke luar bilik. Meneroka sampai ke serata pelusuk rumah, kelibat yang dicari tidak ditemui.
Berlari semula ke dalam bilik, memeriksa henfon manalah tahu ada panggilan yang tidak terjawab atau mesej yang belum dibaca kan, malangnya tiada! Lovely terduduk di atas lantai. Mana Ren Raizen?!! Dada mulai berdebar kencang bila teringat mimpi yang dialami tadi.
Ahh..Dada diusap perlahan. Mimpi tu kan cuma mainan tidur. Lagipun, semalaman dia mengamuk setelah melihat video yang Cindy tunjukkan. Sampai tertidur dalam tangisan. Mungkin kerana marah, terbawa sampai ke dalam mimpi. Dipujuk hati yang mulai lara.
Nombor Ren Raizen didail. Hanya komputer yang menjawab. Didail sekali lagi dan lagi dan lagi hinggalah dia berputus asa. Skrin henfon direnung sayu..Ren Raizen.. Where are you? Tak mungkin kau pergi tinggalkan aku sekali lagi kan? Adakah mimpi itu petandanya? Hati merintih pilu..
Duduk berteleku sambil layar minda cuba memutarkan kembali mimpi yang dialami. Ren Raizen ditarik pergi oleh seorang wanita yang tidak jelas wajahnya, seperti bayang-bayang hitam. Lovely menjerit dan cuba untuk mengejar, namun bumi seolah merantai erat kaki, hingga dia tidak mampu melangkah walau hanya setapak.
Lovely tunduk menopang dahi. Persoalannya, siapa perempuan di dalam mimpi itu? Adakah Cindy? Terus teringat video yang Cindy tunjukkan..Dia musykil sebenarnya..video berdurasi Cuma 5-6 minit, bermula dari kedatangan Cindy dan meluruhkan pakaian di hadapan Ren yang sedang dirantai di atas katil hinggalah Cindy memanjat naik di atas badan Ren dan mencumbui Ren terlebih dahulu. Hanya itu!
Tiada aksi keterlaluan dan hubungan kelamin..Jelas video telah diedit dan sengaja dipendekkan. Sebab apa? Melihat karekter Cindy, tak mungkin kerana mahu jaga aib huhu..Jenis manusia macam Cindy ni takkan kenal perkataan aib tu, lagi banyak yang tahu lagilah dia suka agaknya. Nak juga orang tahu bahawa dia terhot di pasaran gitu!
Pasti ada sesuatu yang berlaku hingga video tu terpaksa diedit. Ren memang tak ingat, jadi hanya Cindy dan Raqiel Amoris yang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi buat masa sekarang…Sebuah keluhan hiba terlepas dari bibir. Jemari naik mengurut pelipis..
Ren Raizen perlu pulang ke sisi dahulu!
Itu yang paling penting. Untuk apa mengetahui kebenaran sekiranya watak utama menghilangkan diri bukan? Kalau betul Ren melakukan hubungan intim dengan Cindy, bagaimana dia mahu membalas dendam kaw-kaw pada lelaki yang tiba-tiba lesap seperti kepulan asap di udara itu? Ini tidak adil!! Walau dengan apa cara sekalipun, dia tidak akan membiarkan Ren Raizen pergi..Never!!
Dengan semangat berkobar-kobar setelah hampir beberapa jam dihabiskan bergaduh dengan diri sendiri, Lovely bingkas bangun, masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan diri lalu bersiap ala kadar. Orang pertama yang muncul dalam kepala otak ialah Ashraff Kenjiy. Seperti Ren, nombor Kenjiy juga tidak dapat dihubungi. Lovely jeda sebentar, menanti otak menjana idea.
Handbag atas meja disambar lalu bergegas mahu keluar. Belum sempat pemegang pintu digapai, lonceng pintu berbunyi. Terkejut hingga terlompat setapak ke belakang seketul Lovely dibuatnya. Mujur masih mampu mengawal keseimbangan badan, kalau tidak punggung pasti mencium lantai!
Dada terasa dipukul bertalu-talu. Pantas daun pintu dikuak dengan harapan manusia yang sedang menunggu di luar itu adalah seseorang yang ditunggu-tunggu.
“Puan Lovely Scarlett? Sila ikut kami ke balai sekarang untuk bantu siasatan berhubung kes kemalangan Ren Raizen, suami puan dan Ashraff Kenjiy, pembantu suami puan.”
What the heck?!!
Sambil mencekup mulut dengan kedua belah tapak tangan, Lovely terundur beberapa langkah. Tidak percaya apa yang barusan didengar. Tak mungkin!! Kepala tergeleng beberapa kali.
“K..Kemalangan? Ren Raizen.. Kemalangan?” Bola mata mulai berkaca, digenangi air mata.
“Puan, sila ikut kami ke balai sekarang.”
Menonong Lovely membuntuti dua pegawai polis yang berpakaian seragam lengkap itu. Bingung, takut..Cemas..semua tergaul menjadi satu rasa yang sukar diterangkan! Terasa diri seperti di awangan, tak terasa tapak kaki memijak lantai bumi.
Dalam perjalanan, sempat berbalas mesej dengan Stone untuk meminta bantuan menyiasat perkara tersebut, juga menghubungi Kesha seandainya berlaku apa-apa padanya kelak.
Sesampainya di balai polis, Lovely dibawa ke dalam sebuah bilik untuk disoal siasat. Tiada ketakutan dirasai, Cuma kerisauan mencanak tinggi.
“Bagaimana keadaan suami saya tuan?”
Lovely terus bertanya sebaik sahaja dua orang pegawai polis masuk lalu duduk bertentangan dengan Lovely. Bola mata dipaku silih berganti pada wajah kedua polis tersebut.
“Puan berada di mana semalam antara pukul sembilan malam hingga pukul tiga pagi? Sila nyatakan alibi puan sekiranya ada.”
Berkerut terus dahi! Ini semua tidak masuk akal bukan? Macam dia pula yang menyebabkan kecelakaan itu.
“Apa maksud tuan?”
“Puan cuma perlu jawab soalan saya, tak perlu buang masa!” Tertelan air liur mendengar suara keras penuh ketegasan salah seorang pegawai polis itu.
“Selepas balik dari kerja, saya hanya berada di rumah sehinggalah tuan datang dan membawa saya ke sini.” Lovely cuba bertenang walaupun terasa hampir pecah dada menahan gelora yang sarat dengan kebimbangan.
“Ada sesiapa yang boleh sahkan keberadaan puan?”
Lovely gigit bibir bawah, sebal mendengar pertanyaan pegawai polis itu. Dia bukan jenis yang suka mengadakan parti di rumah atau suka menjemput kawan untuk lepak di rumah. Bagi dia, rumah adalah tempat privasi! Even Kesha sendiri jarang bertandang kecuali atas urusan kerja.
“Saya memang seorang diri di rumah dan tidak punya alibi! Tapi saya tak tahu apa-apa tuan. Malah saya baru tahu yang suami kemalangan, tu pun dari mulut tuan.”
“Puan tahu kenapa puan merupakan suspek utama? Kad kerja dan lesen memandu puan ditemui di tempat kejadian!”
Lovely membengkokkan kening. Hanya kerana dua benda tu? Sedikit bingung, Lovely pantas mengeluarkan dompet lalu mencari lesen memandunya. Terbuntang luas mata bila menyedari yang lesen memandunya memang tiada dalam dompet, entah bila masa hilang dia sendiri tidak sedar!
Salah seorang pegawai polis yang rancak menyoal menyungging senyum sinis melihat Lovely yang nampak terkejut dan mulai gagap.
“Jadi..Betullah memang puan dalang di sebalik kejadian ini?” Kesimpulan terus dibuat berdasarkan apa yang dilihat.
Lovely menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk menenangkan diri.
“Kereta suami puan dipercayai sengaja diserang berdasarkan bekas tayar di aspal.” Berhenti sebentar untuk menilik reaksi Lovely.
“Puan tentu tahu apa yang terjadi selepas itu bukan?”
Lovely menggeleng dan memilih untuk mengunci mulut.
“Kereta suami puan jatuh ke dalam laut.”
Langsung menegak badan Lovely. Merenung tidak percaya pada wajah serius di depannya dengan bola mata hampir tertonjol keluar.
“L..laut?” Perkataan itu diulang dengan nada tidak percaya.
Pegawai polis itu mengangguk, wajah terpamer serius tanpa secalit senyuman.
“Kereta berjaya ditarik keluar, malangnya suami puan dan pembantunya masih belum ditemui. Usaha mencari mangsa masih giat dijalankan.”
“Takk!!! Ren Raizen takkan ditewaskan dengan begitu mudah!! Tak mungkin!!!”
“Puan!!!” Bingkas bangun polis yang sedang menyoal lalu mengejar Lovely yang tiba-tiba meluru keluar dengan pantas.
Pergelangan tangan Lovely disambar.
“Soal siasat belum berakhir, puan mahu ke mana?”
“Tuan..Saya perlu cari suami saya! Ren…Ren Raizen…Dia pasti sedang tunggu saya datang untuk selamatkan dia tuan..Tolong.. Saya takut terlambat..” Air mata menitik jatuh ke pipi seriring suara dilontar.
Tergamam sesaat pegawai polis itu menatap Lovely. Ada segaris simpati terpamer di kaca mata.
“Maaf puan, saya mohon supaya puan bertenang dan duduk dahulu. Kalau puan terus bersikap seperti ini, puan boleh didakwa kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak polis.”
“Tapi tuan…” Tersekat-sekat suara kerana sudah berselang seli dengan esakan halus.
“Suami saya..Pasti sedang menunggu…” Kedua belah lengan pegawai polis itu segera dipegang. Mata basah dipenuhi air mata itu merenung sayu bola mata pegawai polis di depannya.
“Saya..Masih perlukan suami saya.. Saya..Saya…” Tangisan mulai memenuhi ruang bilik sederhana luasnya itu.
“Belum siap kehilangan dia! Ren Raizennn!!!”
Melolong sayu selepas melaung sebaris nama itu lalu terjelepok sekujur tubuh menggigil Lovely Scarlett, melutut di depan pegawai polis tadi.
“Tolong saya tuan..Cari suami saya..”
“Puan!” Terkejut, pegawai polis berkenaan cuba menarik tangan Lovely untuk bangun.
“Tolong jangan macam ni puan. Bangun dulu!”
“Saya mahu jumpa suami saya.. Dia pasti sedang menunggu saya datang.” Tubuh pegawai polis itu dirempuh lalu Lovely berlari menuju ke pintu.
“Puan!!”
Sekali lagi pergelangan tangan Lovely direntap.
“Tuan! Saya cintakan suami saya.. Saya..Mahu selamatkan suami saya. Tolong lepaskan saya tuan. Saya takut…Suami akan kehabisan oksigen di dalam air laut tu kerana lama menunggu kedatangan saya.” Terus merayu-rayu memohon secebis simpati sambil cuba meronta untuk melepaskan diri.
"Love!!!" Suara yang cukup dikenali tiba-tiba menyergah dari arah pintu.
Lovely menoleh, tangisan semakin menjadi-jadi.
"Kesh..Tolong aku Kesh..Aku nak selamatkan Ren..Dia pasti sedang tunggu aku datang!"
Kesha meluru mendapatkan Lovely lantas memeluk Lovely dengan erat.
"Tenang Love..Everything will be allright.. Ren takkan kalah, kau selalu kata macam tu kan? Jom..Kita dapatkan Ren Raizen sekarang. Dia pasti tengah tunggu kau datang." Usai berkata, bola mata Kesha dipaku pada pegawai polis yang sedang berdiri bersebelahan dengan Lovely.
"Tuan, saya peguam Lovely ingin menyatakan bahawa Lovely Scarlett tidak terlibat langsung dengan kejadian itu. Ini adalah rakaman cctv depan bangunan apartment klien saya. Selepas balik dari kerja petang kemarin, klien saya langsung tak keluar hinggalah pagi tadi masa pihak tuan datang."
Pegawai polis itu mengangguk lalu mengambil pendrive yang dihulur oleh Kesha. Salinan rakaman dimainkan di dalam komputer buat beberapa ketika sebelum pegawai polis itu bingkas bangun menghampiri mereka berdua.
"Terima kasih. Maafkan kami ya puan, kami hanya menjalankan tugas. Puan boleh pergi sekarang."
Kesha sempat mengucapkan terima kasih sebelum ditarik secara tergesa-gesa oleh Lovely untuk pergi dari situ.
"Love! Sabarlah dulu..Carl dan Stone tengah siasat perkara ni."
"Tak!! Aku tak mahu buang masa walau sesaat Kesh!! Tolong bagitahu aku sekarang..Kat mana lokasi kemalangan tu?" Pantas Kesha menahan Lovely yang meluru mahu ke kereta.
"Love!! I don't think you can drive now. Bagi aku kunci, biar aku yang drive." Tak banyak songeh, Lovely menyerahkan kunci kereta pada Kesha.
Belum separuh kereta meninggalkan perkarangan balai polis, henfon Kesha yang diletak atas dashboard berbunyi..Kesha sengaja menghidupkan loud speaker bila nombor Stone terpampang di skrin kereta.
"Cik Kesha! cik bersama cik Lovely ke sekarang?" Stone terus bertanya.
"Ya, Love ada di sebelah aku sekarang. Korang kat mana?"
"Tempat kejadian, tapi susah sikit nak gerak, masih ramai polis kat sini. Kita dah cuba hijack beberapa cctv berhampiran kawasan ni, tapi semua tak jelas kerana hujan lebat semalam. Kebetulan lagi, kawasan kemalangan letaknya di selekoh tajam, tak nampak dekat cctv. Tapi kita dah berjaya dapatkan serpihan kereta yang melanggar kereta Ren Raizen dan telah dihantar untuk dianalisis." Panjang lebar penerangan diberi.
"Macamana dengan Ren Raizen? Ada petunjuk tak?" Laju Lovely menyampuk.
"Maaf cik Love, setakat ni masih belum ada tanda-tanda penemuan.." Hati yang sedikit rasa lega tadi kembali merundum hiba. Bola mata berkaca-kaca semula.
Wajah dipaling ke arah Kesha. Air mata yang mulai berjuraian jatuh dikesat perlahan.
"Cepat sikit boleh tak Kesh? Aku takut...Ren lama menunggu aku datang.."
Kesha membalas renungan Lovely dengan sayu. Laju jemari naik untuk mengelap sisa air mata di pipi Lovely.
"Sabar Love..Aku yakin Ren baik-baik saja.."
"Aku tahu, Ren Raizen tak mungkin tewas. Cuma, aku takut...Andai saja Ren mengalami sesak nafas, atau kehabisan tenaga kerana terlalu lama menunggu aku datang mengambilnya."
Kesha terdiam, hanya mampu telan air liur mendengar kata-kata Lovely. Bukan sekali, malah telah beberapa kali dia melihat teman baiknya itu tersungkur di lembah air mata disebabkan oleh seorang Ren Raizen. Begitu hebatkah kuasa cinta? Gerun pula bila memikirkannya. Mujurlah sampai sekarang dia masih tidak berani membuka pintu hati untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekati. Semua pasal trauma melihat keadaan teman baik dia nilah!
"Ren kuat orangnya.." Cuba menyakinkan Lovely, walhal dia sendiri tidak yakin sebenarnya.
Melihat keadaan kereta sport Ren Raizen melalui gambar yang dihantar oleh Stone di dalam henfon, ikut logik memang sukar untuk selamat. Tapi untuk suarakan pada Lovely, dia memang tak sampai hati. Hanya dipendam isi hati.
"Rasanya siapa yang melakukan semua ini?" Kesha bersuara, pandangan lurus ke arah lebuh raya.
"Ren banyak musuh Kesh."
"Pasti bukan Raqiel Amoris kan?"
Lovely diam sejenak. Sesekali, jemari naik ke wajah mengesat air mata. Entahlah, bukan tak dicuba untuk tidak menangis, tapi air dalam badan ni yang tak mahu bagi kerjasama..Asyik merembes keluar melalui saluran air mata.
"Raqiel Amoris masih dirawat di hospital psikiatri luar negara." Dijawab penuh yakin kerana Raqiel masih berhubung dengannya sekiranya ada waktu terluang untuk bertanya khabar.
"Ahli Red Dragon yang lain?" Duga Kesha, sengaja mahu memancing cerita kerana risau Lovely akan fikir yang bukan-bukan sekiranya dibiarkan berdiam diri.
"Entahlah Kesh, mereka dah lama berpecah dan membawa haluan masing-masing."
"Payah juga nak kesan siapa pelakunya kalau macam ni." Keluh Kesha perlahan hingga hampir tak kedengaran.
"Siapapun pelakunya, kalau sampai terjadi sesuatu pada Ren, aku sumpah atas nyawa aku sendiri bahawa aku takkan lepaskan orang tersebut!"
Pantas Kesha jeling di sebelah, gerun pula dengar ayat Lovely tu tau. Masing-masing mendiamkan diri bila kereta menghampiri tempat kejadian. Lovely mulai jadi seperti cacing kepanasan, sekejap bola mata mengarah ke kiri dan sekejap kemudian ke kanan. Leher dipanjangkan untuk mengintai ke luar. Jantung berdegup begitu laju, hingga terasa sukar mahu menarik nafas.
Serentak, mereka berdua keluar dari perut kereta. Kelihatan Carl dan Stone berlari anak mendapatkan mereka berdua.
"Macamana? Ada perkembangan tak?" Lovely lebih dulu mendekati dan terus menyoal.
Stone geleng perlahan.
"Pasukan penyelamat sudah berpecah, kini sasaran ke laut dalam."
"Bagaimana dengan pulau-pulau dan pantai berdekatan?"
"Semua kawasan berdekatan dah dicari Love. Kini mereka berpecah menuju ke kawasan yang lebih jauh."
"Stone...Aku nak ikut!"
Terpempan sesaat Stone mendengar permintaan Lovely.
"Maaf cik Love, banyak risikonya. Cuaca sekarang tak menentu, lagi pun nanti kita dikata ganggu kerja polis pula. Saya harap cik bersabar ya, sekarang apa yang kita boleh lakukan ialah menunggu pihak yang terlibat menjalankan tugas mereka."
Lovely melangkah laju menuju ke kawasan berlakunya perlanggaran..Masih ada sisa serpihan kaca dan besi di tepi jalan. Lovely menaikkan bola mata, merenung tembok simen tinggi yang pecah dan roboh, meninggalkan lubang agak luas muat-muat sebuah kereta.
Menggeletar tempurung lutut ketika langkah dibuka untuk mendekati kawasan tersebut. Melihat sisa-sisa serpihan cat yang terkopak dari badan kereta dan kelihatan bertaburan di atas jalan, hati semakin hiba..Air mata bercucuran jatuh, kenal benar dengan pemilik cat berwarna hitam pekat itu. Ren Raizen.. Where are you? Hati terusan merintih..
Lovely menghampiri tembok yang runtuh. Bongkah-bongkah simen pelbagai saiz yang bergelimpangan atas jalan dilangkah dengan berhati-hati.
"Love!! Hasil analisis dah keluar. Ianya sebuah kereta Toyota Velfire warna hitam!"
Lovely dengar dengan jelas suara Stone yang sedang mengejar di belakang, tapi hanya separuh jiwa berada di situ. Separuh lagi sudah melayang jatuh ke dasar laut, membayangkan Ren Raizen yang sedang tersepit, semakin lama semakin lemah rontaan kerana hampir kehabisan oksigen, wajah terpamer rasa putus asa mahu melepaskan diri dan berenang naik ke permukaan laut. No Ren Raizen..Demi aku, jangan sesekali berputus asa..Hati kecil menjerit!
"Love!!! Kau buat apa tu?!! Heyy!! Berhenti!!"
Lovely tersentak mendengar jeritan kaget Stone. Terkejut sendiri bila lihat sebelah kaki sudah memijak bucu tembok. Kelam kabut menghentikan langkah lalu memanjangkan leher melihat ke bawah..Hati tersayat lagi.. Air mata dibiarkan mengalir, dia sudah penat cuba mengeringkan kolam air mata.
"Love!! Jauhkan diri dari situ!" Suara Stone mulai kedengaran panik.
Perlahan, Lovely berpaling menghadap ke belakang. Stone cuba menghampiri. Kelihatan Carl dan Kesha berlari laju cuba mendapatkan mereka berdua. Wajah masing-masing dipenuhi panik.
"Love..Come back here..Don't do something stupid..Please..." Kesha yang sudah diserang panik dan takut mulai menangis merayu-rayu.
Lovely merenung kosong. Sebuah senyuman tawar terlakar di wajah.
"No Kesh..I just want to see and feel the pain..."
"Love! Please..Dengar baik-baik, I think I know who's behind this!" Stone masih cuba memujuk, merapat ke arah Lovely dengan perlahan-lahan.
"Then go and get that bastard Stone.." Mendatar tanpa semangat, bukan seperti kebiasaan dia lakukan.
"Love..Listen...."
Mata ditutup rapat.
"Kereta tu berdaftar di bawah syarikat..."
Wait for me Ren Raizen..I'll come to you!
"Get the culprit for me Stone..I..just want to get my Ren back!"
"Nooo!!!! Loveee!!!"
Terasa tubuh melayang seperti sebuah layang-layang yang terputus talinya, menjunam jatuh ke bawah bila angin berhenti menghembuskan nafas.
Korang boleh agak apa jadi ndak hehe
Share this novel