Tewas!!
Lengan sasa yang melingkar di pinggang dialih perlahan, tidak mahu lelaki yang sedang nyenyak tidur itu terbangun, akibatnya sudah diagak huhu.. Pasti tenaga bakal dikerah semula..
Turun dari katil lalu berjengket-jengket menuju ke kamar mandi. Lemas seluruh tubuh, lenguh-lenguh sampai pangkal paha, namun wajah ceria dan bersemangat, senyum mekar menguntum..Aneh!!
Keluar dari perut bilik mandi, badan dipeluk dari belakang. Celaka, dah bangun rupanya! Laju jemari Ren mahu menanggalkan tuala yang melilit di badan, pantas pula ditepis Lovely.
"Stop! Aku nak gi kuliah.."
"Okay.."
Okay taik kera! Jemari memang dah berhenti, namun bibir pula menjelajah leher pandai pula turun ke bahu dan berakhir di dada hingga hampir melorot jatuh tuala di badan..Merah padam wajah Lovely.
"Ren Raizen, please..aku tak mahu terlambat, Dahlah kemarin aku ponteng kuliah.."
"Okey..okey.."
Ren angkat kedua belah tangan lalu undur setapak..Manusia lagi ke dia ni? Dahlah semalam entah berapa round Ren kerjakan Lovely, tidur ketika ayam mulai berkokok.. Bangun-bangun masih ada hati mahu menyambung aktiviti atas ranjang?
"Pergi mandi, busuk!" Perli Lovely sambil ketip hidung dengan jari, saja nak mengusik. Suka bila lihat Ren tarik wajah..
"Yang busuk tu air liur kau..Ni..Penuh seluruh badan aku..Lekit!"
Sial! Dia kenakan kita pulak?
Merah padam wajah Lovely! Pura-pura membelek baju dalam almari. Kedengaran pintu dibuka lalu ditutup rapat. Lovely toleh sekilas. Ren dah masuk ke dalam bilik air. Kesempatan diambil untuk bersiap cepat--cepat. Blouse putih dengan jeans sendat. Rambut panjang paras bahu itu memang jarang diikat disebabkan malas haha..
Ketika dengar tombol pintu bilik air dipulas dari dalam, Lovely pantas berlari menyambar beg lalu bergegas ke pintu. Ren yang sempat lihat geleng kepala.
"Love!!!"
"Aku nak cepat!"
"Berhenti Lovely Scarlett!!!"
Ah sudah! Arahan Firaun jangan dibuat enteng, akibatnya tak kau jangka! Kemarin kereta, hari ni silap-silap kau dibakar wahai Lovely!
"Tunggu di situ!"
Arghh!! Orang tak nak lambat hishhh...Hati bising, namun badan menurut..Entah apa kuasa yang Ren salurkan ke tubuh Lovely semalam, tetiba badan mengkhianati Lovely, sebal!
Lovely berdiri mematung di depan pintu, memerhati Ren mengeringkan badan. Dengan tak malu, melorotkan tuala yang membalut punggung. Pantas Lovely melarikan mata, celaka! Sengaja nak bagi dia lihat dan puja tubuh sempurna tu kan?
Ren berpakaian casual je, macam Lovely.. Bezanya, Ren memakai hoodie..Hairan, tak kerja ke mamat ni? Mana pakaian orang kaya-kaya dan eksklusif tu? Bersut berkot siap necktie bagai? Usai bersiap, Ren mendekati.
"Let's go.."
Let's go? Banyak kemungkinan tu, napa bagi ayat gantung? Saja nak dia berteka teki ke apa?
"Aku hantar kau!"
Ah sudah!
Lovely semakin tercengang.
Last time, Ren muncul di universiti Mr Gordon terus koma sampai sekarang..Tak berani memikirkan apa bakal berlaku bila Ren muncul buat kali kedua.
"Aku boleh drive!"
"Kau takde kereta.."
"Kereta kau banyak..Hartamu hartaku juga bukan hehe.."
Amboi! Sengihan comel dihadiahkan buat tatapan Ren. Mendengus Ren, buang muka dengan sebal!
"Semua takde gas!"
Ah, sengaja ler tu! Namun otak Lovely bukan level pembahas sekolah menengah, ni bakal peguam apa!
"Takpe, aku pakai kereta sport hitam kau tu. Mesti full tank kan..Kau banyak orang suruhan, jap je tu isi penuh gas kereta kat garaj tu..Dah, meh kunci..cepat! Nanti terlambat, aku juga yang susah.." Siap hulur tangan depan wajah Ren Raizen dengan muka tak malu.
Berkerut dahi Ren Raizen!
"Kau nak elak dari dilihat bersama aku bukan?"
Eh..Menuduh!
"Hurm..Maybe..Daddy aku kan super hot, aku tak naklah mahasiswi-mahasiswi dekat U tu jatuh cinta, kang tetiba pula mendapat mak tiri, parah!" Sarkastik!
Berubah terus wajah Ren Raizen! Seperti seekor singa bersiap sedia mahu membaham mangsa! Lovely tak tunggu lama, berlari laju menyambar kunci kereta Ren di atas meja lalu meninggalkan Ren Raizen yang kelihatan terkejut melihat aksi spontan Lovely. Sampai depan pintu, Lovely berpaling lalu menghadiahkan sebuah flying kiss pada Ren. Sempat mengenyit mata, bibir dimuncungkan, ciuman jarak jauh dilayangkan..
"Thanks for lending me this, my super hot and the sexiest daddy in the world! Muaahhh!!" Kunci kereta Ren ditayangkan.
Toink!!
Muncul setompok warna merah di kedua belah pipi Ren Raizen. Wajah segera dikalihkan.. Celaka minah ni! Tak tahu malu, terang-terang menggoda...Napa cute sangat? Ishhh... Takleh jadi tau macam ni, bahaya!!
Lovely hampir tergelak melihat Ren jadi canggung, serba serbi salah tingkah. Pandai pula malu-malu mamat mafia ni! Terus berlalu sambil sembunyikan tawa. Karang tak keluar bilik bila Ren Raizen terprovokasi!
Seperti biasa, kereta mewah Ren Raizen jadi perhatian sebaik sahaja masuk ke kawasan kampus. Semua mata memandang kagum. Canggung jadinya langkah kaki ketika keluar dari perut kereta. Dia terusan jadi perhatian. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, sebab dia guna kereta lain.
"Scarlett!"
Satu suara yang terlalu asing menyapa telinga. Perlahan, Lovely menoleh. Mata terbuka luas. Mahu apa orang tua ni? Wajah mulai menegang. Lelaki itu menghampiri.
"Bagi aku jumpa tuan Raiz!" Terus diluah keinginan depan Lovely.
Semakin tegang wajah Lovely. Mencerlung bola mata menatap lelaki di depannya.
"So?!" Sinis Lovely balas sambil peluk tubuh.
"So?!! Atur perjumpaan aku dengan dia, secepatnya!"
"Dan kau rasa mengapa aku perlu lakukannya?" Sinis!
Wajah Dato Mokhtar berubah.
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Darah yang mengalir dalam badan kau tu tetap darah aku!!"
"Tak! Darah aku suci..Darah kotor kau dah lama disingkirkan dari tubuh aku..Maaf, aku sibuk!"
Tangan Lovely direntap kasar ketika badan dipusing, mahu pergi dari situ.
"Bagi aku jumpa Tuan Raiz, Lovely Scarlett!! Hanya dia mampu bersihkan nama aku dan bebaskan aku dari semua tuduhan tu!'
Lovely tergelak dengan sinisnya.
"Dato Mokhtar, aku tak pernah halang kau jumpa lelaki itu, silakan...."
"Tuan Raiz tidak dapat dihubungi!"
Sebab lelaki itu memang tak wujud pun! Hati kecil mengejek..
"Bukan masalah aku!"
"Jangan kurang ajar Scarlett! Bagitahu laki kau aku nak jumpa!!"
"Aku tak kenal Raiz!!" Suara dilantangkan!
Pangg!!
Tamparan kuat hinggap di pipi hingga terteleng kepala Lovely. Menggeletar badan menahan marah.
"Anak setan!!! Kau dengan ibu kau sama saja, patut kau juga mati bersama ibu kau!!"
Patutkah dihormati lelaki seperti itu? Lovely genggam buku lima. Bibir yang pecah dan mulai mengeluarkan darah tidak dihiraukan.
"Aku memang anak setan kerana lelaki yang menyebabkan aku lahir ke dunia adalah setan! Jangan kau berani sebut tentang ibu di depan aku Mokhtar, kau dengan mulut busuk kau tu tak layak!!"
Dato Mokhtar mengetap rahang.
"Perempuan jalang tu kau masih nak bela? Entah-entah rohnya sekarang terseksa di neraka jahanam! Kau ingat aku tak tahu bertapa kotornya ibu kau? Sanggup menjual tubuh kerana duit, dan kau Scarlett..Sama menjijikkan seperti ibu kau!! Kau tak layak pun jadi anak aku, bawa nama aku!!"
Benar-benar terpukul!
Selama ini Lovely ingat dia kuat saat berhadapan dengan lelaki durjana di depannya itu, tapi hari ini..dia tidak mampu menahan air mata dari tumpah ke pipi..Mengalir deras! Bapa kandung, teganya berkata sedemikian..Tidak pernah dia pinta dilahirkan di dunia, bukankah lelaki itu penyebab segalanya? Mengapa semua kesalahan diletak atas bahunya?
"Aku akan pastikan hidup kau takkan aman selagi aku tak dapat berjumpa dengan Raiz, ingat tu!"
Lovely tidak mampu membalas, lantaran dimamah rasa sedih teramat. Hanya mampu memandang pemergian Dato Mokhtar dengan air mata...Ibu...Lihatlah lelaki tak guna itu!!
"Lovely Scarlett!! Kau dipanggil oleh lembaga disiplin! Mampus kau kali ni hahaha.."
Lovely kesat kering air mata. Ahh..Mulai faham sesuatu bila lihat Belinda berdiri dengan penuh angkuh tidak jauh darinya..Lelaki durjana dan anak tirinya dah bergabung rupanya..Pasti telah merancang sesuatu untuk mengenakan dia!
Masuk ke dalam bilik lembaga disiplin universiti, Puan Diana sudah duduk menunggu.
"Lovely Scarlett. Benarkah laporan yang diterima bahawa kau telah menjadi perempuan simpanan pada seorang lelaki kaya berstatus suami orang?"
Lovely tergelak sinis.
"Itu tuduhan tidak berasas, puan." Masih mampu mengawal kemarahan.
"Ini..Terangkan tentang semua ini.."
Lovely kutip beberapa keping gambar yang dihamburkan oleh Puan Diana di atas meja. Gambar Lovely diambil ketika menaiki kereta Ren, juga beberapa keping gambar ketika sedang berdansa dengan Kenjiy...Hairannya wajah Ren dan Kenjiy tidak pula kelihatan, hanya wajah Lovely jelas kelihatan.
"Setakat gambar tak mampu membuktikan apa-apa puan.."
"Ya, malangnya ayah kau Dato Mokhtar sendiri datang mengaku perbuatan tak bermaruah kau Lovely. Lembaga Disiplin & Hal Ehwal Pelajar mengambil serius tentang hal ini.. Kau mungkin akan digantung atau dibuang dari U dan disenarai hitamkan. Dengan disiplin teruk, bagaimana kau bisa menjadi seorang peguam yang baik?"
"Puan, tanpa bukti kukuh..Bukankah semua itu dianggap cuma tuduhan tak berasas?"
"Apa lagi yang kau mahu buktikan Lovely? Aku dengar ibu kau juga merupakan perempuan simpanan..Kau pula, bekas pelajar sekolah bermasalah. Macamana pihak U boleh terlepas pandang perkara ini?"
"Itu semua tiada kaitan dengan pembelajaran aku puan!" Tegas namun ada getar di hujung suara..
"Baik, aku bagi tempoh sampai besok untuk kau clearkan semula nama kau beserta bukti yang kukuh sebelum pihak U membuat keputusan. Kau boleh pergi sekarang!"
Sebaik keluar dari bilik Puan Diana, Lovely sudah tidak mampu melangkah. Dia bersandar di dinding lalu menangis semahu-mahunya. Dia tidak kisah dengan penghinaan yang diterima, tapi tolonglah jangan lagi dikaitkan dengan ibu..Tolong biar ibu tenang di sana.. Sesungguhnya ibu sudah banyak menderita semasa hayatnya. Sumpah, Lovely tidak pernah menyalahkan ibu..Tidak pernah memandang rendah pada ibu, keadaan yang memaksa.. Ibu banyak berkorban demi kelangsungan hidup mereka berdua.
Para pelajar yang lalu mulai memandang curiga, ada yang berbisik-bisik..Tidak kurang yang melontar kata-kata nista depan mata. Pastinya Belinda tidak berdiam diri, cerita rekaan itu sudah dijaja ke serata kampus!
"Anak perempuan jalang rupanya!"
"Perempuan simpanan!"
"Tak tahu malu betul!"
"Laa..Tak hairanlah, bekas murid Henry Gurney rupanya.."
Macam-macam tohmahan didengar hingga buat Lovely mulai sesak nafas. Lovely berlari keluar selaju yang bisa. Masuk ke dalam kereta dan meluncur pergi meninggalkan kampus dengan hati berdarah teruk. Dia tidak punya siapa-siapa, saat-saat seperti ini..Rasa rindu membuak terhadap kehangatan belaian ibu.. Pasti ibu datang memujuk setiap kali Lovely menangis. Memeluknya dengan erat, jemari berkematu akibat bekerja keras ibu lembut mengusap kepala dan belakang tubuhnya.. Air mata semakin laju mengalir hingga mengaburkan pandangan.
Lovely berhenti di bahu jalan bila dirasakan tidak selamat keadaan diri untuk memandu. Dia perlu bertenang. Tangisan semakin kuat pula.. Sampai ke tahap meraung, betul-betul mahu melepaskan perasaan yang terbuku di dada. Cuba bertenang sekali lagi..Namun wajah ibu tidak mahu hilang dari kotak minda. Lovely keluar dari perut kereta.
Terpegun bila lihat di sisi jalan..Aahh, tepi laut rupanya..Kereta dikunci, kasut tumit tinggi dibuka lalu mulai menyusur pasir di sepanjang tepi pantai.. Dibiarkan air mata terus mengalir, sampai terhinggut-hinggut bahu! Setelah beberapa ketika, baru Lovely mulai perasan ada seseorang mengekori di belakang. Mula-mula dia buat tak tahu, yela kan..Dah namanya tempat terbuka, pasti ada penghuni lain.
Tapi yang menghairankan, bila langkah sengaja dihentikan dengan tujuan mahu manusia di belakang memotongnya, langkah di belakangnya turut dihentikan. Turut bergerak bila Lovely mulai melangkah semula. Lovely mulai curiga..Orang ni mungkin berniat jahat..
Lovely kesat air mata. Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian, badan dipaling ke belakang. Bola mata terus bertaut dengan manusia di belakang.
Tersentak hingga undur setapak ke belakang. Air mata jatuh lagi..Lovely terus menangis teresak-esak. Tak guna!! Lovely pandang depan lalu teruskan langkah. Sepanjang jalan, tangisan terus mengiringi. Manusia di belakang terus mengekori, diam tanpa suara. Setiap bekas tapak kaki Lovely dijejak lalu dipijak.. Senyum sendiri..
"Go away Ren!" Mengusir you! Nangis-nangis pun tetap berlagak kejam huhu..
Tak diendahkan, tetap mengejar bekas tapak kaki Lovely untuk dipijak. Senyum semakin meleret..Lovely toleh hairan bila Ren langsung tidak memberi sebarang respon.
"Macamana kau tahu aku dekat sini? Kau ekori aku ke?"
Ren geleng. Berdiri di depan Lovely dengan kedua belah tangan dalam kocek seluar. Hood menutup kepala. Cermin mata hitam menyangkut kemas di hidung..Memang tampan sempurna!
"Kereta aku ada alat pengesan.."
"Jadi betullah kau ekori aku.."
"Aku dengar kau ada masalah."
Bola mata berkaca semula merenung Ren. Bibir bawah digigit perlahan, cuba mengawal perasaan.
"Lelaki tak guna tu...Tak habis menyusahkan hidup aku.." Sambil diiringi esakan halus. Bukan tak cuba ditahan, tapi tak mampu..Hati terlalu sakit bila mengenangkan lelaki jahanam itu!
"Nak tamatkan riwayat lelaki tak sedar diri tu tak? Aku boleh buat dengan mudah.."
Amboi Ren Raizen, kau ingat itu ayam pencen ke? Lovely pusing ke hadapan, lalu teruskan berjalan. Takde maknanya bercakap dengan Ren huhu..Ren ikut melangkah, mengekori dengan tenang di belakang.
"How did you do it Ren? Kau yang kenakan Mokhtar tak guna tu kan?"
"Senang je, orang tu tu memang banyak menipu. Aku cuma kumpul bukti dan buat laporan, tu je."
"How about Mr Gordon? Did you do that too?"
Ren diam sekejap.
"He's annoying!"
Yup, I second you Ren haha.. Tapi tak perlulah bertindak sejauh itu kan huhu..
"Stop killing people for no reason Ren. Bayangkan kalau orang yang dibunuh itu punya keluarga, ibu atau ayah yang sudah tua, punya isteri atau suami dan punya anak ramai dan masih kecil..Apa akan jadi pada mereka yang ditinggalkan? Hilang tempat bergantung, hilang tempat bermanja..Hidup sendirian....Macam... Aku...Sendiri!" Air mata dikesat perlahan.
"Says who? You're not alone!"
Langkah kaki serta merta terhenti. Lovely toleh ke arah Ren.
"You have me."
Ahh..Menuang madu ke tu? Lovely mengeluh. Kaki diorak semula.
"Just...Leave Ren.."
Ren terus mengekori, bekas tapak kaki Lovely atas pasir diburu lalu dipijak penuh kepuasan. Lovely langsung tidak sedar perbuatan Ren di belakang.
"I'm here just in case...."
"Aku takkan buat benda bodoh Ren, aku masih waras..Cuma perlu sedikit ketenangan, pergilah. Kau pasti sibuk kan?"
"In case you need a shoulder to cry on..I'm here to lend you mine.."
Ohh hatikuu!! Lovely pegang dada yang mulai berdegup kencang..Ren Raizen, mohon jangan terlalu sweet boleh tak? Tak tahu ke kau telah menggegarkan sekeping hati milik Lovely Scarlett?!!
"Apa yang buat seorang Ren yang tak punya perasaan ni mengubah fikiran?" Berbual sambil menyusur tepi pantai. Lovely berjalan di hadapan manakala Ren mengekori di belakang.. Pelik namun nampak sweet dengan tingkah Ren yang kadang-kadang sampai terlompat gara-gara mahu ikut bekas tapak kaki Lovely.
"Takde yang berubah." Yakin sungguh!
Lovely berhenti lalu pusing badan menghadap Ren Raizen. Cepat je Ren undur setapak ke belakang. Dahi berlipat!
Ah sudah! Pasti akan berlaku sesuatu..
"Sure?"
Ehh..Dia ubah wajah pulak, lebih comel dan gedik! Ren pantas buang wajah..Bahaya!
"You're ugly!!"
Celaka!!! Muncung terus naik sedepa dengar kutukan Ren! Pantas je kaki sebelah dilayangkan ke arah perut Ren. Tangan kekar Ren menangkap kaki Lovely lalu ditarik kuat mendekati. Punggung Lovely didukung pantas. Sekelip mata, badan Lovely sudah menempel di badan Ren, kedua belah kaki melingkar di pinggang Ren. Wajah terus merah padam!
Oh noo nooo!!!
Melihat senyum sinis tersungging di wajah Ren, Lovely sudah dapat mengagak sesuatu yang buruk bakal berlaku. Pantas dicengkam bahu Ren Raizen.
"Don't you dare!!"
Namun semua sudah terlambat!
"Ren Raizen!! You Lucifer!!!"
Splashh!!
Habis basah Lovely bila Ren dengan teganya buang seketul Lovely ke laut!
Kejam!!
"Kah kah kahh!!" Mati-mati tergelak, memang nak mampus mamat ni!
"Aduhhh!!!" Lovely pegang buku lali, wajah berkerut menahan kesakitan!
Ren berlari panik menghampiri.
"What happens?"
"Sakit!! Terseliuh kot!"
Ren hulur tangan. Jemari mereka bertaut.. Lovely cengkam erat-erat.
"Cuba berdiri dulu.."
Lovely melakar secebis senyum penjahat!
Splashhh!!
Badan Ren Raizen terhempas di hamparan laut membiru.
"Kah kah kah!!" Giliran Lovely ketawa sakan!
"You witch!!!"
Ren terus menerkam lantas menindih tubuh Lovely!
Last update ya, bsok dan lusa will be bz menambah kolesterol kikiki..See you on Tuesday muahhhh...
Share this novel