Bab 24 : Honeymoon

Romance Series 20182

Selamat Menyambut Tahun Baru. Salam 2021.

_______________________________________________

Ombak putih di dada laut kelihatan bergulung perlahan menghampiri pinggir pantai lalu menghempas dua pasang kaki merpati sejoli yang sedang meranduk air. Tapak kaki yang di tinggalkan jejak pada pasir pantai hilang diratakan air yang menyinggah.

" Eh, cantiknya kulit siput ni." ujar si wanita. Dia tunduk mengutip cangkerang siput yang berwarna putih mutiara itu.

Cangkerang siput yang sudah sedikit robek itu di bawa ke atas tapak tangan. Dia cuba membuka. Sedikit sukar pada awalnya kemudian setelah dituaskan beberapa kali dia berjaya. Berderai pasir jatuh dan keluar dari cangkerang siput itu. Mungkin isinya sudah mati. Hanya tinggal cangkerang sebagai tanda ia pernah hidup di bumi. Dia tersenyum. Di bawa pandang ke wajah teman di sebelah.

" Cantikkan! " ujarnya lagi sambil membalek- balek cangkerang sebesar tapak tangan itu.

Indahnya ciptaan Tuhan, desis hatinya. Teman di sebelah sekadar mengangguk.

" Saya nak kutip cangkerang ni. Nak bawa balik " ujarnya lagi.

Hud di sebelah tersenyum. Cangkerang putih itu di ambil dari tapak tangan isteri. Dibelek seketika lalu dikembalikan semula pada tapak tangan Farah.

Cantik dan unik!!

" Up to you. Nampak macam tiram. Nasib tak ada mutiara. " sengih Hud lagi.

" Mungkin dah hanyut dek air masa isi tiram mati kut. Sayang betul. Kalau masih ada untung saya." cangkerang tiram itu dibelek sekali lagi.

" Untung? You nak jual ke? " berkerut dahi Hud bertanya.

Pasir pantai yang melekat di atas lipatan kaki seluar disapu. Mereka berdua meneruskan jalan lagi di persisir pantai itu sambil menikmati angin yang berpuput lembut.

" Taklah. Nak simpan. Arwah nenek pernah cakap kalau jumpa mutiara asli simpan. Boleh bawa tuah tau. " beritahu Farah. Teringat pesan nenek suatu waktu ketika dia kecil dahulu.

Dia suka balik ke Kedah, rumah nenek sebelah abahnya yang terletak di Pulau Langkawi. Nenek selalu bawa dia pergi pantai kutip siput remis. Ketika itulah nenek memberitahu dan berpesan.

" Really. Hmmm... Sesuatu fahaman yang baru. " ujar Hud. Kedua tangan di bawa ke belakang badan sambil melangkah berdepan dengan Farah. Dia berjalan mengundur sambil menatap wajah isterinya tu.

" Tapi sebagai umat Islam nenek juga pesan yang kita tak boleh percaya benda tu bulat-bulat. Takut rosak iman dan akidah pula. "

" Betul lah tu. " angguk Hud setuju. Sebelah tangan disua kepada Farah. Dia minta untuk berpimpin tangan. Farah tersengih sambil menggeleng. Malas dia layan perangai sweet si Hud yang tak bertempat tu.

" So.. Boleh tak saya nak simpan cangkerang ni? " soal Farah semula. Dia buat muka comel. Matanya dikerdipkan dua tiga kali. Lengan Hud digoncang perlahan. Seakan menggesa lelaki tu memberi persetujuan.

Seketika dia berhenti dari berjalan. Terbuai-buai kaki kain dress yang dipakainya di dalam air laut tu sebaik di lepaskan pegangannya. Udara nyaman petang tu disedut dalam. Menikmati bauan laut.

" Boleh. Tapi kena kiss dulu. Kalau tak mahu tak boleh simpan. " ugut Hud sedikit mengusik. Farah di sebelah dikerling dengan hujung mata. Kedua kening nya turut di angkat-angkat menanti reaksi Farah.

Farah mencebik bibir. Geram dengan ugutan Hud. Namun sebaik saja Hud menghulurkan pipinya sepantas kilat Farah tolak perlahan dengan tapak tangan.

Ah! Malas layan.

Hud kerutkan muka. Perlahan jemari naik mengelus kulit muka.

Huh, isteri siapa la yang ganas ni!!

" Sakittt la yang oi! "

" You know, showing the over act in public is not necessary. " gumam Farah.

Terjongket kening Hud. Kaki yang tadi melangkah kini terhenti. Berlipat kepala dia berpaling pandang orang di sebelah.

" Apa punya pemahaman tu? " tingkah Hud.

" Pemahaman melayu dahulu kala zaman Pak Pandir dan Mak Andeh punya peribahasa. " sengih Farah.

Ya, dia ada terbaca fakta yang pada akalnya di kira logik ikut pemahaman adat orang melayu dekat Malaysia.

" Kita ada relationship yang kukuh kalau nak di bahaskan pun. Bukannya berpeluk cium sampai tak ingat orang keliling. " hujah Hud. Tangan Farah dicapai dan digenggam erat.

Haish!!!

Tipikal orang Malaysia.

" Still tak menepati gred dan standard orang melayu Encik Hud. Orang kita mengamalkan adat dan budaya hormat - menghormati antara satu sama lain. Penuh tatasusila. " tambah Farah lagi. Jemari di dalam genggaman cuba ditarik namun makin Hud kejapkan genggamannya.

Hmmm.. Memang orang yang namanya Hud Fadhan bin Halim ni fail pemahaman dan tatabahasa edisi kamus dewan ke - dua nampaknya!

Punah harapan dia nak berjalan dengan bebas. Bukan tak boleh nak pegang tangan, tapi kelakuan seperti ni di tempat awam sungguh buat seorang Haura Farah Khadeeja rasa tak selesa.

" Abaikan mata dan persepsi orang. Kalau dia orang tengok sampai nak terjojol mata pun biarkan. Nanti I tunjuk aje kad kahwin kita. Titik. " langkah kaki Hud tapak semula.

Tak cukup dengan pegang tangan kini tangan itu naik memeluk bahu Farah pula. Bertambah rasa tak puas hati wanita tu. Wajahnya dimasamkan.

Akhirnya, nak tak nak Farah terpaksa juga layan perangai senget si Hud tu walau muka dia kini dah merah membahang dengan aksi terlebih gula si suami.

“Macam ni la my lady. Behave je. Jom kita cari lagi sepasang atau dua. Balik kl nanti kita letak atas rack dekat dalam bilik. Tanda kenangan datang honeymoon dekat sini. " ucap Hud. Kepala Farah yang bertudung tu digosok manja sambil dia layangkan senyuman tujuh ratus megawattnya yang paling menggoda buat isterinya tu. Muka Farah yang masam dia buat tak nampak.

Lantas kaki mereka mengocak semula meranduk buih pantai yang memutih. Sambil-sambil tu mata melilau mencari cangkerang siput di persisiran pantai.

Sesekali Farah tunduk menguis pasir di kaki apabila kaki terpijak cangkerang siput. Mana tahu rezeki jumpa lagi cangkerang seperti itu.

Hud juga serupa. Sesekali dia tunduk menadah tapak tangan ke permukaan air lalu dipercikkan ke arah Farah. Terjerit - jerit kecil Farah apabila air mengena muka dan bajunya. Hud tayang sengih sambil berlari-lari anak dikejar Farah yang turut geram ingin memercikkan air pada tubuh si suami.

**********

" Lady."

" Hmmm.."

" I dah booking pakej yang amazing esok. Kita pergi eh."

" Hmmm.."

" I bet, you mesti suka dan takkan lupa. " tangan yang sejuk dicantumkan keduanya dan Hud menggosok perlahan. Cuba menerbitkan haba.

Mata masih menala pada suasana malam di bandaraya Johor dari tingkat bilik hotel yang ke 16 tu. Kelipan lampu - lampu neon bandar menerangi suasana malam.

" Okey. "

Hud yang tadi tengah menikmati suasana malam di balkoni bilik berpaling pada Farah yang duduk di sofa di tepi pintu tu. Dahinya sedikit berkerut.

Apasal kelam semacam aura dia malam ni ?

Pangkal leher yang sedikit lenguh digosok perlahan. Kepala di bawa berpaling ke belakang mencari wajah isteri. Terlihat, Farah masih sibuk dengan ipad di tangan juga. Mata Farah dari tadi tak lepas melihat skrin. Entah apa cerita yang dilihat isterinya tu. Sesekali terlihat Farah berwajah serius.

' Eeh, orang cakap dengan dia boleh pulak dia sengih-sengih dengan ipad tu.'

Hud garu kepala yang tak gatal. Berpusing belakang, kaki melangkah masuk ke bilik semula. Dia berdiri tepat di depan Farah. Menjenguk sedikit pada skrin di tangan isterinya tu. Namun masih juga isterinya tu tak perasan.

Terasa geram juga bila cadangan yang diusul tak mendapat perhatian. Punyalah dia teruja nak melakukan aktiviti dalam air tu esok.

Terbayang - bayang di ruangan matanya pelbagai jenis spesies terumbu karang yang cantik tu semasa di pra tontonkan pada slide ipad Irfan di Ocean Galeria. Spesies hidupan laut yang lain pun banyak dilihat tadi. Ikan, penyu, tapak sulaiman dan banyak lagi. Semuanya membuatkan dia begitu teruja.

Tadi petang semasa menghabiskan waktu di tepian pantai memang dia terlupa nak memberitahu tentang perancangan yang satu tu kepada Farah. Asyik melayan sangat keterujaan Farah dengan cangkerang - cangkerang siput yang mereka kutip tu. Sudahnya, dia yang lupa.

" Ladyyyy.."

" Hmmm.."

" You, I tanya ni.."

Sekilas mata di bawa melirik ke arah suami di depan mata. Namun, tangan masih setia dengan ipad. Farah sungging senyum menampakkan lekukan lesung pipit di pipi kanan

" What? " tanpa nada Farah bersoal.

" You, I tanya diam je. Cerita dekat ipad tu best sangat ke dari hadap muka I ni. " bebel Hud. Tangan kanan naik mencekak pinggang.

Sengih terukir di bibir Farah. Dia tergeleng mendengar bebelan Hud.

" Sorry, saya tengah siapkan draft spot soalan - soalan untuk student. " terbang Farah. Melihat kan muka mencuka Hud terus ipad di tangan di letakkan atas meja kopi di sebelah. Muka Hud yang dah kelat tu di tenung.

Cute overdose!

Romeo pun tahu merajuk ekk!!

Hahaha. Farah ketawa dalam hati.

"Bi, awak merajuk eh? "

Tak terasa nak membalas pernyataan orang di depannya tika tu. Hud kembali menapak ke luar balkoni bilik. Kedua belah tangan naik dilipat ke dada. Mata di tala ke tengah dataran kawasan hotel. Memerhati lagi limpahan cahaya lampu yang terang benderang menerangi gelap malam.

' Pandang pekat malam ni lagi baik. Untung sejuk jugak hati ' detik hatinya sendiri.

Seketika dia terasa haba dari orang sebelah yang datang mendekat. Hujung mata mengerling ke sebelah.

" Biiiii.." meleret suara Farah.

Satu, dua, tiga hingga ke lima saat seterusnya, Hud tetap diam. Melayan perasaan rajuk. Kemanjaan suara Farah tak mampu menggugat hatinya saat itu.

Sesekali merajuk apasalahnya. Lelaki pun tahu merajuk jugak. Bukan perempuan aje tahu merajuk. Ego lelaki ni kalau nak tahu lagi tinggi dari menara Burj Khalifa dekat Dubai, Arab Saudi nun. Walaupun buat masa ni, menara itulah banggunan yang paling tinggi yang pernah di bina dalam sejarah dunia ketamadunan manusia.

' Haih, merajuk sungguh ni ' detik hati Farah.

" King Arthur. " Farah menjenguk ke depan wajah bersahaja Hud. Cuba berseloka. Namun, tetap sahaja Hud membisu.

" Prince Mateen. " uji Farah lagi. Kali ini sengaja di dekatkan wajahnya pada sisi bahu Hud. Seperti tadi Hud diam membisu. Riak wajah yang tenang dan bersahaja aje yang dia tayang.

' Last try, kalau ni pun tak jalan nampak gayanya kena cuba teknik memikat cara lain pulak lah! ' sengih Farah dalam hati.

Adehh, susah jugak nak pujuk mat romeo seorang ni!! Pelipis yang tak gatal digaru.

" Ustaz Ebit Lew. " bersama lafaz bismillah dalam hati perlahan tangan kanan naik merangkul pinggang Hud. Dikejapkan dakapan pada sisi suami.

Pertama kali nak memujuk lelaki yang sah menjadi suaminya ni buatkan Farah mencampakkan perasaan malu yang ada. Kerana sayang yang telah bertapa hebat dalam jiwa digagahkan jua.

Farah sedaya upaya menahan senyum. Gusar terlepas ketawa dia pandang wajah si suami dengan hujung mata. Takut nak tengok ekspresi lelaki itu.

Berdekah suara Hud melantun membelah hening malam itu. Tersungging sengih yang panjang sambil tangan kiri dia juga naik merangkul bahu si zaujah pilihan umi. Kepala digelengkan berkali-kali. Tak jadi hendak merajuk.

" Apesal Ebit Lew? "

Farah melepaskan rangkulan. Sedikit menjarak dari tubuh badan orang di sebelah dia melangut mencari wajah si suami. Lega bila dengar lelaki tu ketawa.

" Random. Nama ustaz tu yang melintas dekat kepala. Maybe sebab tengah famous kut sekarang ni. " balas Farah.

Iye, dia sendiri tak tahu macam mana nama ustaz yang berpekerti mulia tu yang melintas dalam kepala dia tadi berbanding dua nama yang disebutnya sebelum tu.

Hud mengangguk. Logik.

" Why King Arthur? " keningnya terangkat bertanya.

" You are my king. " senafas dia membalas.

" Who's Mateen? Your Knight huh? " berdesir suara Hud. Berbaur cemburu.

Hahaha. Kali ini suara kuat Farah pula membelah pekat malam dari tingkat ke -16 tu. Lucu sungguh bila soalan itu yang di tanya si Hud.

Hud kerut dahi. Bersama sengih sinis dia tayang pada wajah si isteri. Bertambah geramnya pada si Farah. Wanita tu sengaja menambahkan rasa geramnya dengan ketawa seperti tu.

Dua kening si isteri tu di angkat berselang seli dengan senyum sumbing yang masih tak padam dari riak wajah. Terasa dalam perut dia saat tu bagai ada beribu rama-rama yang menari-nari. Perasaan bahagia mewarnai dirinya.

" I thought you know him. Bukan dia once of your fellowship ke? " sengih Farah.

Dia pun baru tahu kalau nak di ikutkan. Kalau tak kerana album yang ada kat dalam bilik Hud yang dia terjumpa masa nak cari 'ubat' Hud hari tu di rumah memang dia tak tahu menahu langsung lifestyle suaminya sebelum ni.

Hud berpaling lipat kepala. Muka Farah dia tenung lama. Album lama zaman kuno purba tu dia jumpa ke? Rahsia apa lagi yang dia jumpa dalam tu.

“ Huh! You tengok eh album tok kaduk tu? The old story. You jangan percaya dengan apa yang you lihat. Yang nampak tak semestinya betul. Kalau nak tahu cerita baik bertanya. Jangan buat spekulasi dan andaian ya. " jelas Hud. Berdebar-debar hati dia.

Tapi yang buat dia berdebar sekarang ni, sebab muka Farah yang kat depan dia tu memang tak boleh nak scandalise betul. Aci beku tak ada emosi. Amat menakutkan sebenarnya. Walau gambar dalam album tu tak ada cerita yang penting kalau nak di ikutkan pun. Cerita lama. Kenangan lama.

" Saya terjumpa album tu. Terbuka dan tertengok without your permission. Sorry. My bad. " Farah gigit bibir. Rasa bersalah mula bermukim.

" Hmmm.. So you talk about that TMSKI tu? Once of my buddy too. Also same like Barr. Tapi, semua perempuan charming dekat dia. Is it you once of his fan? " cerita Hud. Rahangnya digosok perlahan. Pelukan di pinggang isteri dikejapkan.

" The others may say yes but I'm not that type. Saya hidup dalam alam nyata. Sorry about that album. " senyum Farah. Pandangan malam pekat di depan ditatap.

" Your appoligize accepted. I love you. More and forever under good will. " matanya dikerdipkan seraya tersenyum. Tangan Farah dicapai dan di bawa ke bibir. Dikucup penuh kasih. Mahu mengalirkan perasaan yang kian bertambah.

Sehingga kini perasaan sayang yang ada telah beralih kepada cinta di hatinya. Luka lama telah terubat sepenuhnya dengan kehadiran Farah yang menerima dirinya tu.

" Alhamdulillah. So, tak jadi merajuk dah kan! May you say something about that story one hour before? " soal Farah. Mahu menebus kembali cerita yang ingin disampaikan tadi.

" Oh, about that.. " terjeda sebentar dia. Hud tersengih sambil garu kepala yang tak gatal. Kedua tapak tangan pula dicantumkan dan dia menggosoknya. Di bawa pula ke hidung dan mulut. Bagi menghilangkan rasa sejuk yang mula terasa. Wajah Farah di sebelah dipandang.

" Snorkeling and scuba I'll bet you love this one. Pernah cuba tak sebelum ni? " sambung Hud semula.

" Menyelam? " Farah menggeleng. Dia belum pernah mencuba aktiviti di dalam air seperti itu. Belum berkesempatan sebenarnya.

" Okey, memandangkan esok ada lagi sehari masa kita dekat sini, I will show you. I trust you mesti suka. "

" Saya tak pandai berenang. Macam mana nak selam? Lagipun nak kena pakai swimming suit dan peralatan meyelam bagai. Buat malu je orang tengok nanti. Dah la tak pandai. Tenggelam terus dalam air naya je. " bebel Farah.

Cuak jugak rasa dia. Itu baru dengar Hud ajak pergi diving. Belum pergi pun lagi kepala dia dah fikir macam-macam.

" Rileks. Esok kita pergi. I dah booking dah. Nanti ada orang akan ajar you. Don't worry. Takkan I nak biar pengajar lelaki pulak yang ajar you. Please trust me. I ada kalau you tak pandai. " pujuk Hud.

" Janji eh. " Farah angkat jari kelengkeng pada Hud. Lelaki itu tergeleng kepala. Sudahnya Hud juga angkat jari kelengkeng dan dicantumkan dengan jemari isterinya tu tanda perjanjian disepakati.

" Janji. Jom masuk tidur. Kita rehat malam ni. Esok nak guna tenaga yang banyak. Tenaga malam ni kita charge dulu. " sengih Hud. Sengaja mengusik.

" Awak kalau tak ada double meaning tak boleh ke? " tangan naik menampar bahu Hud. Geram kata-katanya dimanipulasikan Hud.

Masam muka Farah. Merah juga sebenarnya walau Hud tak nyatakan perkara sebenar tapi sikit sebanyak dia faham maksud lelaki di sebelahnya tu. Habis kembang segala urat yang ada di pipi.

Hud gelak besar seraya mengelak bahunya mendapat sasaran pukulan Farah.

" I tak cakap apa pun. You yang salah faham. Tapi kalau you nak I tak ada masalah. I will entertain you lady. As your wish. " Hud kenyit mata. Laju kakinya menapak berundur ke belakang. Pantas dia berlari masuk ke bilik.

Kalau berlama dia tunggu Farah mahunya anggota badan dia yang lain jadi mangsa pukulan tanpa bayang isterinya yang ada silat gayung tu.

Naya je!!

*********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience