Bab 4: Kasih terpaut

Romance Series 21288

Turun je tangga pagi ni, cepat hidung Hud menangkap bau roasted bread bersama mentega kacang.

Terasa perutnya berbunyi minta diisi.

Sekilas mata menala ruang dapur. Kelibat Farah kelihatan di balik table top. Tak tahu apa yang dia tengah buat.

Yang pasti tentu lah yang membuat roasted bread tu si wanita itu.

First time, dapur rumahnya berasap. So nice. Tutur Hud sendiri sambil tangan menarik kerusi.

Beg bimbit ditangan kanan diletakkan di atas kerusi yang kosong.

Kelihatan secawan teh panas sudah siap atas meja. Dan sepiring roasted bread yang dah siap di sapu mentega. Ada la kut tiga ke empat keping.

" Morning ."
Bau wangian 'Daisy' burrbery husk memenuhi ruang dapur tu. Menusuk hidung Farah. Taulah dia yang Hud dah turun.

Sekilas mata memandang tuan punya badan yang tengah beri ucap selamat tu.

Terus tangan Farah laju menuang teh ke dalam cawan untuk dirinya sendiri sambil mulut membalas ucapan.

"Assalamualaikum and good morning too. " ekor mata nampak Hud tarik kerusi dan duduk di sebelah.

Terus jantung dia bertukar irama. Dah tak tahu perlahan. Asyik berdenyut laju. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dengan si cik jantungnya tu.

Tapi dalam masa yang sama Farah sibuk juga nak minta izin dekat tuan rumah tu. Dia dah terguna barang-barang dapur ni. Haruslah minta izin.
" Err...you.."

Nafas ditarik perlahan sebelum menyambung kembali patah kata..

".. boleh ke , hmm.. I mean, you .. "

Ehh, apa hal lidah macam ni. Berbelit. Bersimpul. Sampai tak tahu nak olah ayat. Rungut Farah dalam hati.

Hud angkat kepala. Wajah orang kat depan tu dia pandang. Mukanya tak tahu nak di tafsir dengan riak apa.

Tapi yang dia tahu si Farah depan dia tu gagap.

Keningnya terangkat bertanya.

" Apa.. Ada masalah ke?"

" Err..boleh ke saya masak guna barang-barang kat dalam rumah ni semua. Kalau awak tak ok saya tak guna." laju dan senafas Farah bertanya.

Yela, dia kan baru jadi tetamu rumah tu semalam. Haruslah minta izin.

Lagipun tak ada groceries langsung dalam peti ais. Macam mana dia nak masak kalau bahan-bahan tak cukup.

Ni kan rumah tuan ustaz, jadi dia kena minta izin dulu dari tuan rumah. Tak baik guna barang orang tanpa kebenaran.

Nak kena cop buruk perangai ke?

Lepas subuh tadi dia turun ke bawah. Perut dah berbunyi minta di isi.

Dia pun masuk dapur nak mencari benda yang boleh di buat makan. Tapi tak ada apa-apa melainkan sebuku roti dan mentega kacang.

Maka terjadilah roasted bread ni.

Tapi dia rasa bersalah pula sebab tak minta kebenaran tuan rumah tu buat semua benda ni.

" OK je.. At least ada orang masakkan saya makanan." balas Hud.

Farah angguk. Lega bila dapat izin dari tuan rumah. " Terima Kasih ."

" Sama-sama. Ehh, tapi kat dapur tu tak ada barang apa pun." Kepala yang tunduk nak meneruskan agenda sarapan tadi tu mendongak naik.

" Tak apa, nanti saya pergi beli."

Hud angguk. Kemudian sisa roti di tangan di habiskan. Cawan teh di angkat dan diteguk isinya hingga habis.

Beg bimbit di angkat dan dia bangun dari kerusi.

Beberapa minit kemudian, Farah dan Hud keluar dari rumah.

Masing-masing menuju kereta sendiri. Kereta, Hud parkir di depan kereta Farah . Jadi dia terpaksa tunggu Farah keluar dulu.

Hampir beberapa minit menunggu, enjin kereta tak juga dihidupkan. Osiris di tangan kanan dilirik.

Hud pelik. Dia keluar semula dari kereta.
" Kenapa? "

" Tak tahu, tiba-tiba tak boleh start."
Adu Farah. Cemas dia.

Naya kalau dia terlambat sampai sekolah nanti. Hari ni dah la ada kuiz dan ujian untuk para pelajar dia.

" Buka boot." arah Hud.

Cepat-cepat Farah menarik picu boot.

Hud terus melipat dan menyinsing kedua lengan kemeja sampai ke siku lalu membuka boot depan kereta si isteri.

Farah membontoti Hud ke depan kereta ikut memerhati. Terkebil-kebil Farah lihat aksi Hud.
' Kenapa sinsing lengan baju pun nampak kacak sangat mamat ni?' Desis hati Farah. Ralit dia meneliti Hud.

Hud menunduk. Mata di tala ke arah tempat beteri. Di usik-usik wayar yang ada. Mana tahu kalau ada wayar beteri yang longgar. Tapi semuanya dalam keadaan baik.

Hud pula rasa tak selesa bila tahu Farah ada di sebelah. Bukan apa, wangian dari pakaian Farah betul-betul mengocak naluri hati dia. Buat rasa jantung dia terlebih bekerja di pagi hari.

Hujung mata naik mengerling sekilas Farah di sisi. Dia perasan Farah merenung dia macam nak tembus. Hud tersengih sendiri. Terus dia rasa nak mengusik dan menyakat si isteri.

Hud tegak badan.

" Tolong start enjip jap! “ arah Hud.

Tapi Farah ralit tenung dia, buatkan arahan Hud macam dengar angin lalu kat tepi telinga.

Hud gawangkan tangan. Nak tengok reaksi Farah. Tapi dalam hati rasa nak cium je wajah kat sebelah tu. Geram sebab soalan dia tanya tak ada respons.

" Farah." panggil Hud kali kedua.

" Err.. Ya, ya.." baru dia perasan.

'Adehhh, kantoi usyar tuan ustaz' . Malu dia. Dalam hati Farah kutuk diri sendiri. Apasal la mata ni asyik nak tengok dia aje. Ada jugak aku gam mata ni nanti.

Dah mata pulak yang di salahkan. Cakap ajela yang kau tu syok kat laki sendiri. Terpikat dengan lesung pipit Hud kan! Ejek suara dalam kepala.

' Eh, diam boleh tak!'

Muka dah merah sebab malu. Rasa malu tu bertimpa-timpa dengan hal semalam.

" Saya tahu saya kacak Puan Farah. Tapi tolong jangan pandang saya macam nak tembus kalau awak tak nak saya ajak awak buat aktiviti bunuh syaitan hari ni! Karang tak pasal kita on leave. " sengih Hud.

“ Hah!! Aktiviti membunuh?? " terjegil mata Farah terkejut.

" Hmmm, bunuh syaitan!" angguk Hud. Dalam hati dia rasa nak gelak kuat-kuat tengok muka cuak Farah. Lucu pun ada.

Farah tengok kiri kanan. Belakang rumah Hud ada rumah terbiar yang dah usang. Rumput dan lalang serta pokok-pokok hutan tumbuh meliar buat kan Farah rasa ada sesuatu je. Rasa berdiri liang roma dia bila Hud cakap macam tu. 'Ada hantu ke kawasan rumah dia ni dah sampai nak ajak aku bunuh syaitan bagai? Kepala yang tak gatal, Farah garu.

" Huh! Awak jangan macam-macam ." terus Farah merapati Hud. Lengan kekar Hud yang sedang bercekak pinggang dia peluk. Takut punya pasal.

Farah bukan boleh dengar pasal hantu syaitan ni. Tahap ketakutan dia boleh cecah suhu bawah laut.

Hud terkejut tindakan spontan Farah yang peluk lengan dia. Keras kejung satu badan. Lain yang dia usik lain pulak yang terusik.

Kalau macam ni punya gaya, memang ada juga syaitan mati kena bunuh terus! Tergeleng kepala Hud.

Tersedar dia dengan Farah yang duduk rapat macam tu, buatkan Hud sedikit berpeluh. Suhu badan dia naik mencanak. Tak pernah dia bersentuhan dengan mana-mana wanita sebelum ni. Tiba-tiba Farah, peluk dia macam tu. Mahunya dia rasa lain macam. Tapi Hud diam kan je. Rasa seronok pula bila kena peluk. Bukannya berdosa pun. Bertambah lagi pahala adalah.

' Jangan nak berpahala bagai Hud. Sekarang waktu nak pergi kerja. Nak sweet mueet, balik kerja nanti ya.' Ayat dari kepala membahan.

" Dah, jangan nak fikir bukan-bukan." Hud pegang tangan Farah cuba mententeramkan. Bahu Farah dirangkul. ' Mak ai, sejuknya tangan. Habis menggeletar badan sekali ni. Takut sangat ke? '

Farah masih belum lepas pegangan tangan Hud. Dia betul-betul risau dan takut.

Hud terus memimpin Farah ke kereta dia. Pintu kereta penumpang di buka. Kemudian, Hud dudukkan Farah di seat.

" Jom saya hantar awak.. Kalau tunggu sini sampai petang pun tak jadi kerja." balas Hud. Dia pun mungkin lewat masuk kerja kalau Farah masih keras kat situ.

" Ehh.. Tak apa saya naik grab aja. Nanti awak lambat sampai office." tolak Farah.

Tak mahu dia susahkan Hud. Dia boleh berdikari sendiri. Selama ni semua benda dia buat sendiri.

Cuma pagi ni nasib dia kurang baik Suzuki Swift kuning tu buat hal.

Entah apa yang rosak. Tapi rasa Farah, baru je bulan lepas dia pergi hantar servis. Haila..

" No. I'll drive you!" tegas jawapan Hud.

Terkebil-kebil Farah.

Hud terus angkat telefon. Tangan laju menari di atas skrin sesentuh telefon.

Mencari senarai nama seseorang. Anak mata turun naik ikut mencari urutan abjad.

" Hello, Barr! Hud ni. Aku nak minta tolong kau sikit. " Sengih Hud ketika menelefon. Sedikit tergeleng kepalanya ketika berbual di talian.

" Ya, sori sangat. Nanti lah bila-bila aku jumpa kau. Tapi ni kau jangan lupa hantar budak kau ambik kereta wife aku." Terangguk-angguk pula Hud.

Seolah-olah orang yang di balik talian tu nampak wajah dia.

" Ok Barr, aku kena gerak dah ni. Apa-apa hal call aku. "

Kemudian, kaki Hud menapak ke kereta semula. Selang beberapa ketika, talian telefon ditamatkan dan iPhone tu dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya.

Dalam kereta tak adanya orang berdua tu bersembang. Semua layan sepi sendiri. Dan Hud terkenang orang yang dah lama pergi.

Dulu.. tak pernah rumahnya tu ada orang masak. Yela, masa dengan arwah tak sempat pun nak berumah tangga macam pasangan lain.

Dia bernikah dengan Sarah masa wanita tu tengah sakit bertarung nyawa antara hidup dan mati. Sarah penghidap kanser payudara tahap empat. Masa dia banyak berhabis di katil hospital dengan Sarah.

Bertahun menjalinkan cinta membuatkan Hud akur dengan janji dan kehendak diri. Lantas janji dipatri walaupun Sarah menolak semahunya pernikahan tu.

Namun, kehendak Tuhan mengatasi segalanya. Genap seminggu usia perkahwinan, Sarah pergi dijemput ilahi.

Pemergiannya membawa sekali hati Hud. Sampai heartless di buatnya.

Sejak itu, Hud terasing dalam dunianya sahaja. Dan sampailah Puan Suraya mengarahkan Hud untuk bernikah dengan gadis pilihan si ibu.

Deringan muzik muzik violeta yang berbunyi dari dalam beg tangan penumpang di sebelah mematikan lamunan Hud.

Laju tangan Farah mencari telefon dicelah beg. Di selongkar isi beg sebelum di tarik keluar dan di bawa ke telinga. " Waalaikumsalam .."

" Ya, kejap lagi saya sampai. Kereta saya rosak.

".. Ya, baik, baik .." terangguk-angguk kepala Farah.

Hud di sebelah memerhati dengan ekor mata.

" Ehh.. Tak apa-apa. Saya ok. Lagi 15 minit
saya sampai." balas Farah lagi.

" Ada orang hantarkan." Angguk lagi. Senyum. Angguk lagi.

Amboiii..siapa la yang curious sangat tu. Senyum bukan main. Kalau dekat rumah tu nak senyum pun payah. Muka tu straight - emo je.

Takkan boyfriend dia kut. Hati Hud menggiat. Ish, buat main pulak! Marah Hud sendiri.

Tapi kenapa tak cakap suami dia je yang hantar. Dah kau kenapa? Jealous ? Tak malu betul. Ayat di kepala tak habis menggiat. Buat Hud geram dengan diri sendiri.

" Waalaikumsalam." sekali lagi Hud kerling dengan ekor mata. Baru Farah menamatkan panggilan misteri tu.

" Siapa ?" Laju mulut dia bertanya. Dah tak boleh tahan tengok Farah asyik tersenyum macam tu masa jawab panggilan.

Farah pandang Hud. " Cikgu Azizun. Guru Panitia Sejarah. Pagi ni kita orang terlibat dengan kursus. Lepas tu ada exam untuk student."

Terangguk-angguk Hud. Tapi cikgu Azizun tu.. Lelaki ke perempuan? Ya Allah, tak habis lagi syak wasangka otak dia rupanya.

" Balik nanti saya jemput. Awak balik office hour kan? " baru Hud teringat untuk bertanya kepada penumpang sebelah.

" Saya bukan kerja office." tersenyum Farah . Lucu bila Hud bertanyakan waktu kerjanya.

" Tak apa saya boleh balik sendiri." balas Farah lagi. Hud di sebelah dikerling.

Dah kenapa ustaz ni nampak lain macam je pagi ni? Terlebih ramah dannnn curious pulak.. Ngehh!! Buat hati Farah tak duduk diam.

" Sorry! Saya lupa. Just get know what time then. I'll pick up." sebelah tangan naik mengetuk dahi.

Sungguh, dia terlupa yang si Farah tu seorang guru. Jadi waktu bekerjanya tak sama dengan waktu orang bekerja office.

Cikgu!
Cikgu!
Biniku cikgu! Ulang Hud dalam hati.

" Nanti susahkan awak. Saya boleh balik sendiri. " balas Farah semula.

Kerja dia tu bukan tentu masa nak habis pun. Waktu mengajar memang la tetap. Tapi urusan admin tak tentu.

Ada saja tugasan yang perlu dia siapkan nanti. Kalau tak pun ada rakan-rakan sekerja yang nak ajak dia kemana-mana.

" Mulai hari ni saya hantar dan jemput. Tapi incase ada hal yang tak boleh elak awak boleh je pergi sendiri. But, make sure keep me know everything." arah Hud.

Terkedu Farah . Sekelip mata je rutin dia berubah.

Aishh, sweet betul ustaz ni nak 'berhantar - berjemput' bagai.

Tapi kenapa Hud nak hantar dan jemput balik kerja? Ayat tu hanya tergantung dalam benak.

Dah la tadi dia kantoi usyar laki dia tu. Lepas tu peluk tangan Hud. Takut hantu syaitan sampai menggigil badan-badan. Bukannya nampak pun benda tu. Buat malu je. Entah apa la yang Hud fikir pasal dia.

Eh, nak malu apa. Suami sendiri kut. Bukan suami orang lain. Suara dalam kepala menyela.

**************

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience