Bab 9: Kau Dan Aku

Romance Series 20182

Farah ralit menjirus tanaman snake plants di dalam pasu-pasu yang terdapat di sudut ruang rehat tu. Berbagai tanaman lain juga ada. Beberapa pokok bunga bougainvillea dan rose juga ditanam di dalam pasu.

Sejak dia berpindah ke rumah Hud, dia rajin mengemas dan membelai pokok-pokok yang ada.

Walau ditegah Hud berulang kali Farah tetap juga berkeras melakukan. Pokok serta tanaman yang ada di halaman rumah itu akan di uruskan oleh Pak Abu yang akan datang setiap hujung minggu. Pak Abu digajikan Hud untuk menguruskan kawasan luar rumah tersebut.

Tanaman snake plants tu kini viral di media sosial. Jadi cara penjagaannya Farah praktikkan melalui pembacaannya dari media tersebut.

Lagi pula Farah juga gemar aktiviti bercucuk tanam. Katanya tenang saja mata melihat kehijauan di samping menabur budi pada tanah.

Daun yang sudah kuning dan layu Farah kerat dan buang. Sedikit demi sedikit tanah digemburkan pada pangkal perdu pokok tersebut.

Farah ralit dengan kerja - kerjanya sehingga lah loceng rumah dibunyikan. Dia berpaling ke pagar . Terlihat kelibat dua orang yang di tunggunya dari tadi. Senyum menarik di pinggir bibir.

Terus saja gardening fork di letakkan ke lantai. Peralatan lain seperti gunting pokok dan penyiram air di tolak ke tepi. Peluh yang merenik di dahi di seka dengan hujung lengan baju. Farah bangun menghampiri pagar. Selak di buka.

" Assalamualaikum. Apa khabar umi ayah. Sihat ke? " Farah menghulur tangan terlebih dahulu menyambut keduanya.

" Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Sihat saja. Farah sihat ke?" jawab Encik Halim ayah mertuanya.

" Alhamdulillah. Sihat juga ayah." balas Farah.

Puan Suraya menarik Farah ke dalam pelukan ketika menantunya tu tunduk mencium tangan tadi.

" Rindunya umi dekat Farah. "

" Farah pun rindu umi juga. Farah dengan abang sibuk sangat sekarang ni tu yang tak boleh balik jumpa umi dengan ayah. " Farah cuba berbasa basi.

Deheman suara di muka pintu rumah mengejutkan tiga orang di laman rehat tu. Enam pasang mata beralih ke arah suara tersebut.

" Amboiii sampai dah tak sempat masuk rumah umi dengan ayah ni punya sembang dengan menantu. " selar Hud. Selipar di sarung ke kanan kiri kaki.

" Apa khabar umi dengan ayah. Sihat? Kut ya pun rindu jom la masuk rumah dulu." Hud menghampiri si ayah dan bersalaman. Kemudian beralih tangan pula ke arah si umi di sisi Farah.

Tergelak Puan Suraya dan Encik Halim mendengar kata-kata Hud.

" Sihat semuanya. Sebab tu sampai ke mari. " jawab umi sambil menepuk belakang badan Hud.

Air teh panas di tuang ke dalam cawan. Serawa pisang bersama sagu turut di hidang sekali. Pemanis mulut tu dah lama Farah buatkan lepas masak tengah hari tadi. Memang niat nak menjamu tetamu yang nak datang petang tu.

" Jemputlah rasa pencuci mulut ni umi
ayah.. " Sambil tangan menyenduk semangkuk demi semangkuk serawa pisang. Mangkuk-mangkuk kecil tu kemudiannya diletakkan satu persatu ke hadapan mereka.

" Yelah. Sedap aje nampak serawa pisang ni. Dah lama juga ayah tak makan. Umi tak nak buatkan." seloroh Encik Halim sambil menjeling ke arah isteri.

" Ehh, awak tu kan ada penyakit. Tak kan la saya nak buat selalu. Nanti bertambah pula penyakit dalam badan awak tu. " getus Puan Suraya.

Penyakit darah tinggi suaminya tu kadang kala turun naik. Sudah beberapa tahun suaminya mengambil ubat darah tinggi mengikut prekripsi yang di beri pegawai perubatan. Itu yang menyebabkan dia khuatir nak menjamu makanan yang tak berkhasiat. Bukan sengaja tak mahu buatkan seperti yang di adu suaminya tu pada anak menantu. Tergeleng Puan Suraya.

" Tak apa lah, ni kebetulan ayah datang Farah ada buatkan. Boleh la rasa sikit. Hilang sikit kempunan ayah tu." seloroh Farah pula.

" Nasib ada menantu tolong masak kan untuk ayah." tambah Encik Halim lagi. Tangan mengambil mangkuk serawa pisang tu. Di sudu dan kemudian di bawa ke mulut. Beberapa kali di kunyah sebelum ditelan. Encik Halim kelihatan sungguh menikmati hidangannya.

" Sikit hari lagi ayah pun boleh gemuk macam Hud juga. Hari-hari kena paksa makan dengan Farah." celah Hud. Sekilas dia mengerling wajah si isteri di sebelah.

Farah menjegilkan mata bundarnya.

" Yelah, umi pun nampak Hud makin berisi sekarang ni. Alhamdulillah Farah pandai jaga. Tak ada la nampak macam papan aje. Nak makan tu kemain susah. Jenuh kena paksa baru nak makan. Kalau menghadap kerja lagi la satu apa pun tak masuk ke perut." ujar Puan Suraya pula.

Dia nampak sikit perubahan bentuk fizikal Hud semenjak Farah dan anaknya tu berkahwin.

" Bagus apanya umi. Semua seluar Hud susah nak kancing dah sekarang ni. Takut pula mahu naik penimbang. Agaknya boleh patah jarum timbang tu." adu Hud lagi. Dia betul-betul maksud kan kata-katanya tu pada umi.

Semenjak Farah mula berpindah ke situ, dan dibenarkan aktiviti memasak dia selalu di paksa Farah makan makanan yang di masak oleh wanita itu.

Dah macam kena candu saja, kalau sehari dia tak rasa masakan si isteri. Asyik teringat apalah yang di masak Farah hari itu.

Hilang sudah aktiviti dia melepak di kedai mamak pekena teh tarik kesukaannya bersama Yusouf. Teman sekuliah dan sekerjanya.

Sampaikan Yusouf tarik muka dan merajuk dengan dia kerana tak berpeluang dah melepak di kedai mamak dekat hujung simpang kolej mereka tu.

Hampir dia tergelak dengan gelagat Yusouf yang cemburu. Kata Yusouf, Hud kini angau bercinta dengan isteri sendiri. Ada ke patut!

Jika ada aktiviti luar waktu kolej, Yusouf kata Hud cepat benar mahu pulang ke rumah. Alasannya macam-macam. Sakit perutlah. Sakit kepalalah. Tak sedap badanlah.

Haih, Hud pun tak tahu apa kena dengan dirinya tu. Susah hati kalau tak cepat balik ke rumah.

" Masakan isteri ni penuh dengan kasih sayang. Sebab tu bila tak makan jadi susah hati. Rasa tak lengkap je hidup sehari-hari tau. Lagipun orang perempuan ni ada satu penyakit pasal masakan kalu nak tahu. " celah Encik Halim.

Mangkuk yang sudah kontang isi dan kuahnya diletakkan semula ke atas meja.

Puan Suraya dan Farah saling berpandangan. Manakala Hud pula tersengih. Seakan berminat dengan cerita si ayah tentang orang perempuan dan masakan mereka tu.

" Pelik bunyinya ayah."

" Pelik tapi benar." sengih Encik Halim makin melebar. Jelas pada mata tua dia riak wajah Hud yang ingin tahu.

Hud kalih pandang pada si umi. Muka umiya pun sama dua kali lima kelam tak faham tentang cerita si ayah.

" Tah awak ni, pelik pula saya dengar tentang teori masakan dan penyakit perempuan tu." sangkal Puan Suraya. Kali pertama dia dengar ada teori begitu.

" Cer ayah cerita apa teori ayah tu!" gesa Hud. Kepala yang tak gatal tu digaru.

Encik Halim makin geli hati. Tangan di bawa mengelus janggut di dagu. Anak matanya silih berganti memandang tiga pasang mata di depan.

" Masa mula-mula ayah kahwin dengan umi, umi selalu masak untuk ayah. Sehari tu sampai tiga ke empat kali umi masak. Kalau ayah tak makan masakan umi, mulalah umi buat muka. Merajuk pun ada juga. Sampai dua tiga hari tak bertegur sapa." cerita Encik Halim teringat zaman awal rumah tangganya bersama isteri.

Sekilas wajah Puan Suraya dikerling. Cemberut wajah tua di sebelahnya tu.

" Ayah pun terfikir kenapa la umi ni merajuk dengan ayah. Ayah ada buat salah apa? Sampai la satu hari ni ayah balik kerja umi tak masak. Dari petang sampai ke malam. Bila disoal selidik rupanya umi sakit hati bila dia masak ayah tak makan dan tak habis kan masakan dia. Katanya masakan dia tak sedap sebab tula ayah tak makan sampai habis. Di katanya juga ayah dah jumpa selera yang lain." tergelak Encik Halim masa menamatkan ceritanya tu.

" Jadi kesimpulannya, kalau orang perempuan masak lelaki atau suami wajib kena makan dan habiskan sekali. Kalau tak mahu ribut taufan kena angin Andrew dalam rumah. " beria-ia ayah memberitahu mereka terutama pada Hud.

Farah melopong mendengar teori si ayah mertua. Hud pula sudah mengekeh ketawa geli hati. Puan Suraya pula sudah menampar mesra lenganj si suami. Malu dan geram dirinya jadi bualan hangat anak menantu petang tu.

" Siapalah yang tak sakit hati, seharian penat memasak manakan nak mengemas rumah, mengasuh anak lagi tup-tup tak ada orang yang nak makan. Dah membazir pula makanan tu." herot bibir Puan Suraya membela diri.

Semua yang ada di situ turut tersenyum mendengar celoteh si ibu.

*********

" Macam mana kerja sekarang ni? Ok? “

Tin air buah cocktail di ambil dari kabinet. Diletakkan di atas meja. Kemudian sebelah lagi tangan mencapai jug. Seraya kepala di pusing menghadap tuan punya suara yang bertanya sambil senyum segaris.

" Alhamdulillah umi. Semua Ok. Cuma sekarang ni busy dengan budak-budak yang nak exam tu je. Jadual padat sikit dengan kursus, motivasi, kem semua tu."

" Baguslah kalau macam tu. Farah punya pelajaran macam mana? “ Tanya Puan Suraya lagi. Dia pun turut mengambil talam dari tepi sinki. Kemudian beberapa biji gelas di ambil dari rak dan disusun ke atas talam tu.

" Buat masa ni, Farah tengah cuti sem umi. Tapi, sem ni Farah buat penangguhan dulu." jawab Farah.

Balang gula dicapai pula. Penutup balang di buka dan sudu gula dicapai. Dengan kiraan tiga Farah menceduk gula dan dituang ke dalam koleh. Di bawa koleh tu ke bawah mesin penapis air. Butang air panas ditekan.

" Kenapa tangguh? Farah tak fokus ya! Atau Hud ada bagi masalah dekat Farah? " terkejut Puan Suraya. Talam yang dah diisi gelas tu di bawa mendekati meja kaunter.

Tangan yang ligat mengacau air gula dalam koleh di atas kabinet dapur terhenti. Mata menala ke wajah ibu mertua di sebelah. Senyum.

" Farah tangguh sebab nak fokuskan untuk budak-budak SPM tu. Kesian diorang kalau Farah tak all out umi. Pasal study tu semua ok."

" Lega umi dengar. Tapi Hud baik-baik aje kan? “

Tangan menuang air gula ke dalam jug sampai habis. Kemudian, tin air buah cocktail yang telah dibuka diambil dan dituang juga ke dalam jug. Senduk air buah yang tersangkut pada cangkuk diambil dan di kacau perlahan.

" Abang ok je umi. Kenapa? "

" Maaf kalau umi sibuk hal korang berdua. Umi cuma risau dengan anak-anak umi. Ada ke dia macam dulu-dulu lagi. Ada nampak dia stress ke apa? Lagipun umi risau kalau dia bagi masalah pada Farah sampai terjejas study tu."

Farah berjalan pula ke peti ais di sudut dapur. Pintu peti ais dibuka. Tray ais batu ditarik dan dikeluarkan dari situ. Di bawa ke bawah pancuran air paip di sinki. Beberapa ketulan ais batu terkeluar dari acuan tray setelah air dilalukan ke bahagian bawah mould tersebut. Farah mengaut ais batu yang berbentuk cube itu masuk ke dalam mangkuk.

" Alhamdulillah umi, semuanya baik. Abang tu, tak ada lah stress ke apa. Macam biasa la rutin kami. Pergi sekolah balik sekolah. Pergi kolej balik kolej. Cuma, pasal hal study tuu.. " ayatnya terhenti.

" Kenapa dengan hal study? " Puan Suraya menoleh dari jug yang berisi buah-buahan cocktail di depan ke wajah Farah disebelah.

" Err.. Farah belum bagitahu dekat abang yang Farah sambung buat master tu. " bibir bawah digigit sambil pandang muka umi.

Mangkuk ais dibawa letak ke dalam talam di meja kaunter.

Puan Suraya berpusing sambil menyandar pinggang di birai meja. Mata berbalas pandang dengan menantu. Sesaat senyum menghias riak wajahnya.

" Tak apa umi faham. Perlahan-lahan ambil masa beritahu dia. Insha Allah dia faham. Cuma satu nasihat umi.." Puan Suraya tarik nafas dalam sebelum dia hembus perlahan. Mata bundar milik si menantu ditatap dalam.

".. apa pun yang jadi tentang hidup ni, kita sebagai suami isteri kena ada sikap kejujuran dan kepercayaan yang paling tinggi. Dalam etika perkahwinan sikap saling berkomunikasi tu penting. Tak kira apa hal sekali pun. Untuk elakkan masalah di hari depan."

" Insha Allah umi. Terima kasih atas semuaaa nasihat umi. Farah hargaiii sangat. " ceria suara tu. Bahu Puan Suraya dipeluk dengan sebelah tangan. Farah lentokkan kepala dia senget di bahu tu. Manakala Puan Suraya pula meraih dengan sebelah tangan juga pinggang Farah di sisi.

Puan Suraya menggangguk. Dia senang dengan perilaku Farah yang agak manja. Manakan tidak, dia tak berkesempatan mempunyai anak perempuan. Ketiga-tiga anaknya adalah lelaki. Sementelah mengenal Farah beberapa tahun kebelakangan ini, dia menjadi rapat dengan gadis tu. Hatinya tertarik dengan sifat polos dan manja Farah. Membuatkan hatinya terpaut untukmelamar anak gadis itu sebagai calon isteri Hud.

" Apa ni umi menantukan anak sendiri." Hud tayang muka masam macam jeruk sawi. Kerusi table top ditarik dan dia duduk di situ sambil tangan menarik jug air buah cocktail yang ada. Dikacau-kacau isi buah tu.

Bulat kedua pasang mata yang tengah berpelukan di dapur tu. Entah dari mana datangnya jejaka kayangan tu mengejutkan suasana harmonis kedua beranak tersebut.

" Ehh, budak ni. Salam tidak apa tidak.. Terus je jengul macam hantu kat sini." terjegil mata Puan Suraya. Terkejut dia.

Farah segera meleraikan pelukan di bahu Puan Suraya. Hud pula tersengih saja.

Puan Suraya kemudian menonong membawa talam berisi gelas ke ruang depan. Manakala Farah pula disuruh membawa jug air buah cocktail. Tak dipeduli dengan muka jeruk si anak lagi dah.

" Umi cakap apa?" Hud depangkan tangan kanan. Seolah menyekat pada bingkai pintu masuk ruang dapur tu sebelum sempat Farah membontoti Puan Suraya.

Kaki yang dulu dah melangkah terhenti dek sekatan tangan Hud. Nyaris tak tertumpah jug yang berisi air tu. Tersodor sedikit jug itu pada perut Hud. Mengaduh dia.

" Aduh." sambil sebelah lagi tangan menggosok bahagian depan abdomen.

" Itulah, aci redah je sekat jalan orang dengan terlebih muatan ni. Nasib tak tersimbah dengan air gula." mencerlung iris mata Farah.

" Sembang apa dengan umi?" soal Hud sekali lagi. Hud buat kening double jerk.

" Nothing. Not a thing." Farah tayang senyum sarkastik.

Hud kecilkan mata pandang Farah. Cuba mencari kesahihannya.

" Betul ni. "

" Betul lah. Tak ada makna nya pun nak sorok. "

" Ok. If you said so. Meh sini saya tolong bawakan jug ni. " Hud hulur tangan nak ambil jug air buah cocktail dari tangan Farah.

" Eh, tak apa. Saya boleh bawa sendiri."

" Independent sangat. "

" My superiority. "

" Nice hairdo.. But, if there a bit..." ayat Hud mati bila dengar umi dah melaung dari ruang makan di depan.

" Farah. Hud lama lagi ke nak bercengkerama tu."

Terus dengar cengkerik bersahut-sahutan waktu tu... Krik-krik-krik (selingan author)

Hud pandang Farah. Farah pandang Hud. Masing-masing muka bersemu merah macam buah tomato masak. Terus gelabah dua orang manusia tu.

" Yeah, coming. " laung Hud pula.

Farah terus laju melangkah. Membawa jug air buah cocktail ke ruang makan di depan. Sampai di depan umi dan ayah Hud dah tersengih memandang dia silih berganti dengan Hud di belakang. Tak tahulah dia nak sorok muka masa tu kat mana. Ayat bercengkerama umi tadi tu dok menari-nari rancak lagi dalam kepala dan juga gegendang telinga dia.

Kau bercengkerama ke?

Eh! Masa bila?

Itu cengkerik la.

Dah tu, kalau bukan, yang teringat-ingat tu kenapa?

Aduhhh..

Bersambung...

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience