Bab 47 : Clean and Clear

Romance Series 21288

Farah menunggu di atas katil dengan senyuman. Dia sudah siap menyalin pakaian hospital sebelum kedatangan Hud lagi. Dari atas katil dia memerhati Hud yang ke hulu ke hilir mengemas barangannya. Dia mahu mengemas sendiri tetapi dilarang lelaki tu. Hampir lapan hari dia menghuni katil hospital tersebut akhirnya hari ini dia dibenarkan pulang dengan mendapat pesanan dari doktor yang merawat. Tiada kerja berat dibenarkan. Perasaan serta emosi dia harus di jaga sebaiknya demi mengelakkan tekanan yang melampau.

Dalam diam Farah menilik penampilan suaminya. Walaupun nampak santai tetapi tetap bergaya. Lelaki tu hari ini segak bergaya dengan t-shirt nordstom kuning merah dan seluar jeans hitam. Rambut undercutnya diperkemaskan dengan gel membuatkan rautnya nampak kemas dan bersih. Farah ralit memerhati suami sendiri sehinggakan Hud perasan akan renungan tersebut.

Dua tangan yang sedang memasukkan pakaian ke dalam beg terhenti. Dia tersengih melihat Farah. " Kenapa?" tangan masih tak berhenti menyudahkan kerja. Zip beg ditarik dan di tutup. Kemudian beg tu di angkat ke atas katil bersama barangan lain.

Farah menggeleng. Dia termalu sendiri. Tertangkap mencuri pandang suami sendiri buatkan rona wajah Farah bertukar merah.

Hud menapak perlahan menghampiri katil Farah. Duduk tubuh dilabuhkan di hujung birai katil. Tangan Farah dicapai dan dia mengucup lembut jemari halus tu.

" Kenapa pandang I macam tu?"

" Tak ada apa. Saja."

" Rindu ye?"

Farah kerut dahi. Mata dijulingkan ke atas. Dia menjeling manja ke arah suaminya. " I'm not."

" Okay. Fine. Kalau macam tu baby yang rindu Atta kan?" Hud buat - buat gosok perut Farah yang kempis. Gaya dia tu dah macam bercakap dengan anak kecil dalam kandungan tu serupa anak itu dapat nampak bapa dia.

Farah ketawa mengekek. Tangan kanan naik menekup mulut sendiri. Takut bising dan mengganggu ketenteraman penghuni wad yang lain walaupun biliknya hanya menempatkan dia seorang tetapi jika suara kuat tetap juga boleh sampai ke luar bilik.

Melihatkan gaya Hud yang berbual entah apa dengan bayi dalam perutnya itu membuatkan hatinya diisi perasaan bahagia yang menggunung. Seakan dia mahu menghentikan masa yang berdetik itu biar menjadi momen yang takkan pernah terpadam dan di telan waktu.

" You cakap bukan baby dengar pun. Dia kecil lagi dekat dalam tu."

" Tak apa, bagi dia biasa dengar suara Atta dia."

Atta! Sounds good.

Semalam puas mereka berdua bertingkah untuk memilih panggilan dari bayi mereka jika sudah dilahirkan nanti. Hud beria-ia mahukan anak mereka memanggilnya dengan panggilan 'atta' yang bermaksud ayah dalam bahasa kuno Mergarh dalam tamadun sejarah Pakistan. Ini kerana, melalui susur galur keturunan sebelah ayahnya mempunyai darah bangsawan dari negara tersebut.

Dan, sementara Farah pula dia mahukan anaknya memanggil dengan panggilan amme. Dia merasakan panggilan amme akan mudah disebut oleh bayi mereka nanti selain kedengaran sangat lemah lembut. Setelah di timbang tara keduanya bersetuju dengan panggilan tersebut.

Farah angguk senang. Dia melirik senyuman lagi. Betul, fakta yang diberitahu Hud. Ketika bayi dalam kandungan seawal 16 minggu mereka sudah mengenali suara kedua ibu bapa melalui gelombang virasi. Jika selalu mendengar suara ibu atau bapa mereka akan memberi tindakbalas terhadap suara tersebut.

Seketika suasana bahagia mereka di ganggu seseorang. Keduanya berpaling pandang ke arah bukaan pintu bilik yang di tolak dari luar.

" Assalamualaikum. Are you both ready? " ujar Barr yang melangkah masuk ke bilik wad tu. Kedua pasangan yang tengah berbual mesra tu dia pandang. Senyum di lemparkan.

Hud menyuruh Barr datang ke hospital agar membantumya untuk menjemput mereka. Tanpa berlengah, Hud terus mencapai beg serta barangan yang lain lalu menyerahkan pada Barr. Barr angguk dan keluar dari bilik dengan membawa semua barangan Farah yang banyak sehingga penuh kedua belah tangannya.

Kemudian, Hud menghampiri Farah. " Ready!"

Farah angguk. Dia meluruskan kaki. Mahu turun dari katil tapi sempat dihalang Hud.

" No. Abang dukung." tegah Hud. Perasaan khuatir masih menebal dalam dirinya. Risau keadaan Farah yang masih belum stabil. Apa-apa kemungkinan boleh berlaku kepada kandungannya tu. Faktor kesihatan isterinya perlu diambil kira.

Farah membulatkan mata. Sungguh tak masuk akal. Hud mahu dukung dia! Jangan buat gila. Dia tak mahu malu didukung suaminya turun dari hospital tersebut. Sudah pasti banyak mata akan menonton aksi tu nanti.

Farah menggeleng. " Saya bukan lumpuh. Masih boleh jalan. Tak perlu dukung." tolak Farah lembut.

" Abang tak kata nak dukung sampai bawah. Abang nak dukung dan letak atas wheelchair tu je." Hud menggeleng dengan sisa tawa. Dapat dilihatnya reaksi Farah yang melepaskan keluhan.

" Tapi kalau you nak.. apa salahnya. Abang kuat nak dukung sampai bawah." usik Hud seraya cuba merangkul tubuh Farah ke dalam cempungan tangannya yang besar dan kelihatan gagah tu. Meleret-leret sengihan dia.

Lekas Farah menolak bukaan tangan Hud. " No need. Thank you."

" Eh, isteri siapa degil sangat ni hah! Cepat abang dukung duduk atas wheelchair tu. Barr tunggu kita lama nanti." paksa Hud. Dia tak mempedulikan lagi penolakan Farah. Lantas tubuh Farah di raih. Dicempung beberapa langkah dan mendudukkan Farah di situ.

**************

Kereta meluncur laju membelah jalan. Farah ralit dalam melayan angan sejak masuk ke dalam perut kereta tadi sehingga akhirnya dia terlelap. Hud pula sedang memeriksa sesuatu di dalam plannernya.
Beberapa ketika, mereka akhirnya sampai ke destinasi.

Setelah barangan di hantar masuk ke dalam. Hud keluar menuju keretanya semula. Barr juga sudah lama dia hantar balik sewaktu melalui jalan mahu pulang ke rumahnya tu. Pintu belakang sebelah penumpang di buka. Hud menggeleng melihat Farah yang terlentok tidur. Masih tak sedar sehingga telah sampai ke rumah pun.

" Lady.."

Farah menggeliat kecil. Tidurnya terganggu. Cahaya dari luar kereta menerobos masuk ke dalam penglihatan sebaik dia membuka mata. Segera dia betulkan duduk dan tersengih melihat Hud di depan wajahnya yang tengah tersenyum melihat aksi bangun tidurnya tu.

" Sorry."

" Naa...its okay. Dah sampai.. jom masuk. Ke nak abang dukung?"

" Eh, tak pa.. Saya jalan sendiri." tolak Farah lembut. Dia mula terasa sedikit rimas bila Hud tak habis-habis mahu mengawal pergerakannya.

Farah keluar dari perut kereta. Saat dia mahu melangkah dia tergamam. Pandangan di depan membuatkan dia mengerut dahi. Hampir bercantum kedua keningnya. Dia berpaling mencari wajah Hud.

" Abang, did you bring me to the wrong home? “

" Nope. "

" Our new home. Surprise! “ Hud kenyit mata. Dia melangkah bertapak ke depan. Lalu meraih Farah ke dalam pelukan. Dia mengendong Farah masuk ke dalam rumah tersebut.

Farah terkesima. Kelu lidahnya untuk berkata. Air mata tiba-tiba sahaja menganak sungai di pipi.

" You like it?"

" I'm speechless."

" Hadiah untuk you.. and for our baby. Or better I'd said for our children's."

Farah peluk Hud erat. Dia melepaskan tangisan. Entah kerana gembira atau sedih. Yang pasti dia terharu. Entah apa lagi harus dia ucapkan saat tu. Segalanya telah Allah permudahkan.

Hud meletakkan Farah ke atas sofa. Dia kemudian menutup pintu rumah. Langsir disingkap sedikit untuk memberikan cahaya masuk dari tingkap dan memberikan pengaliran udara yang baik ke dalam rumah.

Farah masih terdiam menilik bahagian ruang tamu yang sangat besar tu. Semuanya teratur dan sepertinya telah disiapkan Hud dengan teliti. Dari susun aturnya sehingga ke alatan perabot. Tak lupa juga dengan hiasan langsir serta hiasan dindingnya.

Ruang tamu yang berwarna coklat lembut di padan dengan corak dan design Scandinavian tu terasa mendamaikan. Entah berapa banyak wang yang telah Hud gunakan untuk menyiapkan semua ni. Farah masih ralit dengan fikirannya.

" Sejak bila abang beli rumah ni. Rumah kita yang lama tu kan okey. Kenapa nak membazir sampai macam ni." polos Farah bertanya.

Hud duduk bersebelahan dengan Farah. Dia menyandarkan badannya pada kusyen sofa dengan mata masih memerhati isterinya. Lantas dia tersenyum.

" You'll know when pillow talk session tonite. Sekarang jom abang tunjuk rumah ni. Kut ada apa yang nak di tambah atau di buang." ujar Hud dengan mencuit hidung Farah. Dia bangun dan memimpin Farah berjalan perlahan untuk melihat segenap ruang rumah mereka.

Sebenarnya, baru ini kali pertama Hud masuk rumah yang di beli enam bulan lepas. Segala pengubahsuaian di buatnya dengan melantik pereka dalaman dari syarikat pengubahsuaian.

Dia juga sebenarnya amat teruja melihat kecantikan rumah tersebut. Sepatutnya rumah itu di hadiahkan kepada Farah pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada ogos nanti. Tapi memandangkan banyak benda yang telah terjadi dan menuntutnya untuk lebih fokus kepada hal-hal berkaitan, Hud memilih juga hari ini sebagai hari yang terpilih untuk menghadiahkan rumah tu. Lagipula, keadaan Farah yang tak mengizinkan tu buatkan Hud terpaksa merombak semua perancangannya.

*********

Farah perlahan bangun dari duduk. Tali ikatan telekung dirungkai. Kain juga telah di buka dan tangannya lincah melipat kain tersebut dan disangkutkan pada ampaian.

Hud sudah turun ke bawah usai bersolat dan berdoa untuk menyiapkan makan malam mereka. Farah agak lambat kerana dia mahu membaca alquran. Jadinya Hud turun dan menyediakan apa yang patut.

Tombol pintu dicapai. Dia ingin turun ke bawah melihat Hud. Namun, pintu bilik tu tiba-tiba dikuak dari luar menyebabkan Farah terhanti. Hud memboloskan diri masuk ke dalam bilik dengan menatang dulang di tangan.

Hampir bercantum tautan kening Farah sebaik Hud melangkah masuk dan meletakkan dulang makanan tersebut di atas meja kecil depan katil.

" Kenapa abang bawa makanan masuk bilik?"

“ Nak suruh you makan la. Tak ingat ke doktor pesan, makan kena ikut waktu, tak buat kerja berat-berat, tak boleh jalan banyak-banyak." Hud mencekak pinggang dan buat gaya garang.

Farah pegang dahi dengan menjuling mata ke atas. Dia mengeluh perlahan.

" Takkanlah turun makan pun jadi isu. I'm okay la abang. " Farah kembali berpaling dan kembali duduk di birai katil. Dilihatnya Hud lincah menyudu makanan dan menyuruhnya membuka mulut.

" Not. You're not okay. I'm worried." tegas Hud. Hud kemudian bangun dan duduk bersebelahan dengan Farah. Dia menyuakan sekali lagi suapan sudu berisi nasi ke arah mulut Farah.

" Eat. Rest. Sleep." tegas Hud. Mahu tak mahu Farah terpaksa juga menghabiskan suapan demi suapan dari Hud.

Setelah selesai makan dan berehat hampir setengah jam, Farah diarahkan Hud untuk tidur. Hud menarik comforter dan menutup tubuh Farah sehingga paras dada. Dia mencium ubun-ubun wanita tu dengan penuh kasih sebelum beralih badan ke sebelah kanan Farah.

Hud merebahkan kepala sambil tangan mencapai suis lampu tidur di sebelah katilnya. Ditekan lalu ruangan bilik menjadi samar dan sedikit kelam. Hanya kelihatan pantulan cahaya dari lampu jalan yang menerobos ke celah-celah langsir memasuki bilik.

Baru saja matanya nak terlelap, terdengar suara Farah di tepi telinga. " Abang dah nak tidur?"

Hud bingkas menopang tangan belakang kepala dan mencari wajah Farah disebelah. Tangannya menggosok lembut kepala isterinya sambil ibu jari mengelus hujung kening wanita tu. Risau kalau-kalau Farah sakit atau apa.

" Honey, are you alright?"

Farah menarik tangan Hud yang berada di kepalanya lalu menggenggam erat. " I'm sorry."

" Untuk apa?"

“ I'm lying you. I'm really sorry. " air mata mulai bergenang di hujung pelupuk. Tangan yang menggenggam erat jemari Hud tadi di bawa ke hidung dan mulut. Lama dia mencium. Mengharapkan kemaafan dan keredhaan.

Hud merapati Farah. Dia menarik wanita tu ke dalam pelukannya. Ubun-ubun isterinya dicium lembut. Tangan kanannya naik mengusap belakang Farah memberi ketenangan.

" Can I ask you something?" ucap Hud perlahan. Farah yang diam di dalam pelukannya tadi terasa mengangguk.a Mereka masih kekal dalam posisi begitu. Saling berpelukan melepaskan rasa yang mencengkam perasaan masing-masing.

" Since when?"

Farah menarik nafas dalam sebelum menghembus perlahan. Dia mendongak mencari wajah Hud. Dia nekad untuk menceritakan segalanya. Tak mahu lagi berselindung di balik perasaan sendiri. Kedua tangannya naik menekap ke rahang Hud. Bola matanya merenung ke dalam anak mata si suami.

" Sejak kali pertama saya datang akedemi saya selalu nampak abang termenung dan saya tanya pada umi. And umi tell everything. Sampailah kita get close as friend. Did you remember that girl stand beside you with big Cadbury bar?"

" It's bring your angel back. " Hud senyum lemah. Mengulang kembali kata-kata gadis berbaju kurung yang cantik ketika tu. Dia mengenang kembali. Menggali suatu kisah di mana dia berada di akedemi selepas kehilangan isteri yang tercinta dulu. Ya, dan dia melihat seorang gadis berbaju kurung cotton selalu memberinya coklat dan memberitahunya dengan memakan coklat tersebut dia akan mendapat bidadarinya semula.

" Thanks Allah. He bring back my angel now. I'm sorry for what have been Haq done to you. I'm really sorry. Abang sanggup terima hukuman dari you. Abang akan tebus semua dosa-dosa abang pada you."

Farah melepaskan juga tangisan pilu yang di tahan sejak tadi. Namun, cuma sekejap sebelum air mata di lap kering dan menayang kembali senyuman. Senyuman yang paling ikhlas ketika menatap wajah Hud tu.

" Don't be. Dua-dua saya cinta. Dua-dua nyawa saya. Dan.. anak ni hasil kasih sayang orang yang saya cinta walaupun keadaan ketika tu berbeza." balas Farah. Tangan kanannya menarik tapak tangan Hud dan melekapkannya di situ. Sementara tangan kiri masih mengelus lembut rahang si suami dengan perasaan yang tak pernah padam.

Hud tertunduk sayu. Dia juga melepaskan tangisannya.

" Terima kasih sayang. Terima kasih untuk semuanya." terketar-ketar Hud bersuara kerana menahan tangisan. Dia mencium pipi Farah.

" But, I'm still disappointed. He's Haq." dia menunduk lemah di bahu Farah. Cuba meredakan perasaan yang menggunung rasa berdosa. " My fault makes you more languished."

" Dia tetap dari orang yang sama. You have to redha. Ada hikmah semuanya. Saya tak pernah salahkan abang. Saya yang buat silap kerana tak berterus terang. We are suffering because our mistake.

" Yeah.. We make mistake. I'll promise you. It never happen again. Please forgive me."

Angguk dan Farah tersenyum dengan lapang. Tenang setelah semuanya diungkapkan. Tiada lagi rasa bersalah kerana menyembunyikan kisah sebenar.

" I love you so much. Thank you honey. Abang harap lepas ni kita tak akan ada rahsia lagi. Dan rumah ni untuk you and anak-anak kita. Tanda kasih abang. " hidung Farah di cuit. Farah tersengih manja.

" Yup, no more secret. Terima kasih abang. Tapi, rumah lama kita tu macam mana?“

" Rumah tu abang beli untuk arwah. Lagipun rumah tu ada kenangan yang buruk untuk you. So abang tak nak you and anak-anak terperangkap dalam kenangan lama abang. Abang ingat nak sewa aje." ujar Hud. Dia juga telah menyiapkan urusan sewa beli pada broker rumah.

" Kenapa tak bagi dekat Hannah je? Sorry kalau saya masuk campur urusan abang."

Hud yang tadi ralit mencium bauan rambut Farah terhenti gerakannya. Dia memandang Farah dengan tanda tanya.

" Buat apa nak bagi dia?“

“ Dari nak jual baik abang bagi dia. Dia pun ada hak jugak. " Farah gigit bibir. Perasaan hiba mula menyelinap di hatinya. Kenangkan dia terpaksa berkongsi kasih suami buatkan Farah pilu. Namun, apa yang boleh dia buat. Keputusan semuanya di tangan Hud.

Hud yang dapat menangkap perubahan wajah sayu Farah tersenyum. Baru dia teringat akan hal yang satu tu. Aduh. Kesian isterinya masih tak tahu tentang hal tersebut. Hud perhati lama bola mata isterinya sebelum mencium kedua belah mata bundar tu.

" Hey, do you think she's my rival?"

Angguk. Farah tak mampu bersuara. Dia risau kalau dia bersuara akan keluar tangisan yang panjang pula.

Hud membetulkan letak duduk kepala. Dari tadi keadaan mereka yang berpelukan membuatkan belakangnya lenguh. Dia menarik Farah ke atas lengan kanannya. Manakala lengan kiri di bawa menongkat belakang kepala. Bahu wanita itu dipeluk kejap.

" Okay, we make it clear now. Abang cuma ada Haura Farah Khadijah aje dalam hati ni. Now and forever." ujar Hud tenang. Dia menanti reaksi Farah seterusnya.

" Abang.. Tak baik macam tu. Dia pun tanggungjawab abang juga. Saya okay. Saya dah redha semuanya. "

Hud ketawa geli hati sehingga membuatkan Farah kerut kening." Abang it's not funny okay. Farah okay pasal poligami."

Sekali lagi Hud tertawa sehingga air matanya mengalir. Ya Allah, mulia sungguh hati isterinya tu. Tapi sungguh dia tak berniat untuk menduakan isterinya tu biarpun peluang terhidang depan mata.

" You bagi permission lagi ke untuk abang kahwin lain ni?" tanya Hud.

" Kalau Hannah bagi, saya pun okay je. As long as abang tak lupakan tanggungjawab dekat kami berdua dan anak-anak." jujur Farah memberi komen.

Hud menggeleng. Dia menarik nafas dalam. Ya Allah! Dia tak tahu sungguh seperti apa hati isterinya tu diperbuat. Kukuh sehingga tak merasai kesakitan seperti wanita lain saat suaminya mahu berpoligami.

Hud pegang jari jemari Farah. " I'll make it clean and clear."

Hud tarik nafas dalam sebelum menghembus tenang. Dia senyum. Tangan kanannya di angkat separa bahu seakan berikrar. " Lillah Hi Taala. Hannah not my wife. Dia isteri Barr. Abang tak jadi kahwin dengan Hannah sebab umi dah pinangkan Hannah untuk Barr sehari selepas kes abang bertukar jadi Haq." terang Hud. Dia tertunduk lemah bilamana sekali lagi dia terpaksa mengungkit nama Haq dalam perbualan mereka.

Farah terpempan. Sungguh dia terkejut. Bergetar bibir dia menahan esakan. Ya Allah, bertambah lagi perasaan bersalah dalam dirinya. Bersalah kerana mengsyaki suami sendiri.

" Tapi malam yang abang nikah tu Haq tak balik rumah. Sebab tu Farah ingat yang abang dah nikah dengan Hannah." dahi Farah berkerut cuba mengingat.

Hud ketawa geli hati. " Mestilah dia tak boleh balik malam tu. Kena jadi saksi masa Barr nak nikah. Lepas tu Barr dengan Hannah pun tengah krisis jugak. Oh patutla ada orang tu monyok je esok tu." usik Hud. Dia mencuit hidung Farah.

Farah menarik wajah mencuka. Geram kerana diketawakan Hud.

" Sorry sayang. I didn't mean to hurt you."

" Then, mana abang menghilang dua tiga bulan ni. "

" Ada kat rumah umi. Abang terpaksa menyorok sebab tak nak you bertambah kecewa dengan hubungan kita. And abang minta maaf sebab pernah terfikir untuk lepaskan you. Abang tak mahu you disakiti lagi. I'm sorry. "

" It's okay. Not your fault. Keadaan yang membuatkan kita semua terperangkap dengan salah faham." Hud mengucup lama jemari Farah dan tersenyum. Kini segalanya telah terlerai. Tiada lagi salah faham antara mereka. Dia bersyukur.

*******

Sorry ye reader semua. Bab ni terpanjang dari jangkaan. Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience