Bab 26 : Duda Hot

Romance Series 20182

" Hai abang. " sebaik pintu dikuak, Hannah jengulkan muka sambil tersenyum riang. Kaki di tapak perlahan menghampiri meja kerja si tuan punya bilik.

Hud yang tadi ralit memakukan pandangan pada skrin komputer berkalih ke depan pintu. Dahinya berkerut hingga mahu bercantum dua alis mata.

" Err... Hann..Hannah " sambil matanya melirik ke arah leher gadis itu yang tergantung id tag kolej mereka. Sesaat terasa waktu seakan membeku. Hud pandang Hannah dan Hannah juga turut membalas renungan lelaki di depan. Sedikit terkejut.

Ehh, budak ni dah kerja sini ke? Hud menggumam sendiri.

" Iye Hann la ni. Apa abang ni macam nampak hantu je. Abang tak perlu kut buat muka terkejut macam tu. Hannah dah jadi sebahagian dari warga pendidik dekat kolej ni macam abang jugak sekarang ni tau. So.. I'm here." Hannah memberitahu dengan riang dan bangga. Sehingga tiba di meja Hud, kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung tanpa sempat dipelawa. Senyumannya masih dikekalkan. Seakan geli hati melihat wajah terkejut Hud, Hannah pantas tertawa.

Tersengih Hud seketika. Kepala digeleng kiri dan kanan. Kemudian, di bawa tapak tangan mengelus rahangnya. Dia berdehem seketika. Kedatangan Hannah seperti membawa aura yang kurang menyenangkan padanya saat tu. Entah kenapa dia dapat merasakannya. Firasatnya terdetik seketika, tetapi kesahihannya tidak dapat dikenalpasti.

"Bila Hann masuk kerja? Kenapa abang tak tahu?"

" Itulah abang sibuk sangat pergi conference dekat JB tu. Hann dah dekat seminggu la di sini. Dah abang tak mahu ambil tahu sebab tulah tak tahu, " cebik Hannah. Kedua tangan ditongkatkan pada dagu di atas meja berhadapan Hud.

Terangguk-angguk kepala Hud. Dia tayang sengih sambil garu kepala yang tak gatal. Tak tahu nak berkata apa. Memang dia betul-betul sibuk dua minggu di Jb hadiri seminar tu dan selebihnya bertambah sibuk menaut hati sang isteri.

" Nak buat macam mana dah abang busy. Lagipun conference tu bersambung sampai dua minggu, " belakang badan disandar pada dada kerusi. Kedua tangan disilangkan ke dada. Matanya tunak memerhati wajah Hannah di depan.

" Abang jom lunch." Sheen di tangan dilirik. Hampir angka jam menginjak ke angka dua belas setengah tengah hari.

" Maaf Hann, abang busy ni. Abang kena siapkan report pasal conference hari tu, " tolak Hud lembut. Berharap Hannah faham. Risau kalau gadis tu terasa dengan penolakannya. Bukan tak sudi. Kerjanya tu memang perlukan komitmen yang tinggi sekarang ni.

Wajah gembira Hannah tadi kini bertukar suram. Terus wajahnya memuncung.

Melihatkan Hannah begitu Hud serba salah. Mata dia kerling pada skrin laptop. Memerhati seketika report yang tengah di usahakannya tu. Ada lebih kurang tiga perempat dari draft asal yang belum siap. Pukul lima nanti report tu perlu ada atas meja ketua dekan. Sempat ke kalau dia keluar ikut Hannah pergi lunch. Barusan tadi dia membatalkan niat ingin makan tengah hari memandangkan ingin menyiapkan tugasan tersebut.

" Alah sekejap aje. Lepas lunch abang sambung la semula. I'm promise just 15 minutes. Kita pergi cafe je. Dekat sikit. " Hannah jalan ke tepi meja Hud. Lengan Hud dia tarik. Menggesa.

Hud menggeleng. Dia berfikir seketika sebelum mengangguk pada Hannah.

" Yeay..sayang abang, " kedua lengannya terus melingkar ke leher Hud. Kepala dilentokkan sedikit di bahu lelaki tu.

Hud terkedu. Rentak jantung yang tadi normal kini mula berdenyut laju. Terkejut dengan aksi spontan Hannah. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Mengingatkan mereka di tempat kerja, lantas tangan naik menarik lengan Hannah. Melepaskan rangkulan.

" Err.. Hann behave okey. Kita dekat office ni. Hann bukan lagi budak belasan tahun yang boleh bermanja dengan abang like before, "

" Oops! Maaf. Tahulah sekarang ni abang tu tak jadi duda hot dah. Takut sangat kena gossip kan?" Hannah ketawa mengekek. Sengaja mahu mengusik.

Tapi abang tetap sayang Hann kan? " Hannah kebilkan mata berulang kali. Membuat muka comel seperti waktu-waktu dulu. Kedua tangannya dicantumkan dan di bawa ke bawah dagu.

Hud terus bangun. Menjarakkan tubuh dari badan bekas adik iparnya tu kolar baju dan tie dibetulkan.

" Hann tetap adik abang. Mestilah abang sayang. Dah jom pergi lunch. Tadi kata nak belanja abang kan? " memerah wajah Hud apabila di sakat Hannah. Tanpa membalas pandangan nakal gadis tu menonong Hud menapak ke arah pintu.


Hannah masih belum berhenti ketawa. Tingkah Hud sungguh buatkan dia berasa lucu. Lantas beg tangan yang tersadai di kerusi tetamu dia galas. Kaki gontai mengekor Hud yang mula melepasi pintu pejabat.

********

Farah masih bermalasan atas katil. Selepas Hud keluar bekerja dia kembali sambung berehat. Kepala yang sedikit pening dan tubuh yang terasa memberat buatkan tilam empuk atas katil jadi pilihan. Sementelah cutinya masih berbaki dua hari lagi dari tarikh permulaan cuti semester persekolahan.

Tambahan, hujan renyai-renyai diluar menambahkan dingin di tubuh. Tak terasa mahu bangun Farah sekadar mengoleng-olengkan tubuh. Kaki dilapik dengan bantal agar meninggi.

Telefon bimbit di tepi katil dicapai. Aplikasi Instagram di buka. Sudah lama dia tidak aktif di media sosial tu. Saat terpandangkan satu pesanan di ikon mesengger Farah terus mengetik ikon tersebut. Terlihat satu pesanan singkat di situ dari nama pena yang bukan ahli kenalannya.

From : Duda_Hot82

Please accept my request,

Love you to the moon and never back :)

Tenkiuuu Mrs. Fadhan :}


Kemudian bola matanya berkalih pada gambar profile di sebelah. Terpapar gambar Hud yang sedang menyandar di tepi kereta sambil menyeluk poket dengan senyuman tujuh ratus megawatt yang tak lekang di bibir.

Tanpa sedar bibir menguntum senyum. Seakan terasa ada rama-rama yang beribu tengah menari dalam perut membuatkan Farah bingkas bangun dari perbaringan. Kepala digeleng perlahan. Pelipis yang tak gatal digaru perlahan. Beberapa saat terjeda Farah kembali menggumam.

" Duda Hot! Tak sesuai langsung." Lantas jari dilajukan membalas pesanan.

From : Haura_Farah_Khadeeja

In Shaa Allah andai jodoh milik kita.

Most welcome Mister ;)

#Tuhanajarkanakucapaibahagia

Selepas meneliti bait-bait kata yang dirasakan sesuai dua tiga kali terus butang send ditekan.

*********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience