Bab 41 : Rumah umi

Romance Series 20182

Hujung minggu yang sibuk. Ke sana ke sini dengan tugas-tugas hakiki di bengkel kereta. Biasa lah kalau bengkel dia tu tak ada kereta yang keluar masuk. Orang nak hantar baikilah, hantar servislah, cek enjinlah, hatta buat benda yang remeh pun nak datang bengkel kereta besar macam tu. Mahu tak pening kepala kalau setakat nak tukar viper pun mengada-ngada datang dua tiga kali semata nak tunggu tokey yang buatkan..boleh hangin satu badan!

“ Siapa suruh abang baik budi sopan bahasa sangat! " celah Arm di balik lantai bawah enjin kereta merah depan dia tu.

Pagi lagi masuk kerja dah dengar Barr bebel pasal customer yang semata datang nak tukar viper dengan boss besar ABJ Performance tu. Kalau takat sekali dia tak hairan. Ni sampai tiga kali. Huh! Mengada-ngada.

Barr garu kepala yang tak gatal. “ Sapa punya cogan kata customer is always right tu!" suara dia pun tenggelam timbul di balik kallax.

" Dah tu kata nak buat kedai mesra pelanggan. Gunalah cogan tu! Sesuai kut," Khairul pula menokok dengan kiri kanan tangan penuh minyak hitam yang tengah di tukar filter baru tu.

Dah jadi kerja pula pomen bertiga tu buka bicara sesi luahan perasaan di tengah-tengah waktu kerja yang banyak tu pun.

Kain lap tangan di sauk dari kallax yang penuh tersusun jenama minyak hitam. Barr atur langkah ke meja kerja. Kain lap tangan yang tadi di guna di campak pada Khairul yang baru selesai tukar minyak enjin kereta pelanggan. Disambut penuh gaya oleh lelaki tu.

Tangan di bawa mengurut belakang kepala yang terasa sengal. Kepala pun sama rasa berat. Semak dah kepala dia layan perangai customer macam-macam peel.

“ Bang hujung minggu ni saya nak cuti," Arm datang dengan kotak-kotak barang ganti enjin kereta di tangan. Di letakkan atas kallax sebelah meja kerja tu.

“Pergi mana? Jumpa girlfriend lah tu!" sampuk Khairul yang sejak tadi pasang telinga.

Arm pandang Khairul serupa orang tak puas hati. Mulut tu kalau tak berlebih kurang menyibuk hal orang lain memang tak boleh agaknya. Bebel Arm.

“ Tak mainlah girlfriend-girlfriend ni bro. Gua lelaki budiman. Pilihan ibu kesayangan jiwa. Kan abang Barrith kan! " Arm angkat kening dua-dua pandang Barr yang elok bersandar pada kerusi bos tu.

Barr angkat ibu jari kanan tanda bagus pada Arm yang dah menyengih kalah kerang busuk.

“ Kau kena berguru dengan abang Barr ni bro. Anak soleh. Kahwin dengan pilihan orang tua. Bahagia je aku tengok," meleleh Arm puji tokey besar dia tu dengan tangan naik tepuk belakang bahu Barr.

“ Aku tunggu seru sampai." sengih. “ Kau nak pergi mana cuti? Keje tengah melambak ni lah pun dia nak cuti," mata tak beralih dari tangan yang tengah mencari spanar dari tool box di depan.

“ Hafal lafaz nikah! "

Erk!

“ Kau nak menikah ke?" soal Khairul dengan kepala berpaling menghadap Arm tapi tangan masih pegang spanar.

“ Yang tu bulan depan."

Khairul bangun dari duduk mencangkung tadi. Spanar di simpan semula ke dalam tool box di depan. Tak jadi nak guna. Kaki di tapak mendekat ke arah meja kerja si tokey bengkel. “ Dah tu?"

“ Tak pe Arm, abang kasi dua hari cuti. Kau setel je dulu urusan nikah kahwin kau tu. Bengkel ni Khairul boleh tolong cover. Kan Khairul!" Barr pandang Khairul lepas cakap dengan Arm minta persetujuan lelaki tu.

" Terima kasih bang. Yes!" balas Arm. Kening di angkat berselang seli dengan senyum pada Khairul yang dah buat muka ala jeruk timun tu.

Barr bangun dari duduk dan kemas apa yang patut atas meja. G-shock di tangan di angkat ke depan mata. Sekilas bola mata menyerap nombor di muka bersegi jam tu. Sebelas lima belas minit pagi.

Allah! Lambat dah ni.

" Kau dua orang jaga kedai. Abang nak balik setel hal dekat rumah sekejap. Apa-apa terus call." pesan Barr. Kunci GT11 atas meja dicapai.

“ Don't worry. Kita orang jaga. Abang setel la apa yang patut dulu."

Barr angguk. Laju kaki menapak keluar dari pintu kedai.

******

" Kau tak habis layan ayan lagi ke?"

Hud angkat kening dengan bahasa bisu jadi pertanyaan.
“ Maka?"

“ Sampai bila nak macam ni? Tak kesian dekat wife kau tu ke? “

“ Aku lebih kesiankan dia kalau aku balik duduk dengan dia."

" Pulak!"

Hud jongket bahu.

" Jadi kau gantung dia tak bertali macam ni kau ingat baik ke? Kau lebih teruk dari Farah. Kau dera mental dan fizikal dia. Kau ingat dengan berdendam macam ni boleh buatkan kau bahagia ke? Kau dah tak sayang dia?"

“ Aku dah lama maafkan dia. Cuma aku yang tak dapat maafkan diri aku sendiri sebab buat dia macam tu. She's so strong. Aku tahu dia boleh hidup tanpa aku."

“ Jadi lepaskan dia. Bukan dengan gantung dia tak bertali. Kalau dia jatuhkan maruah kau sebagai suami kau yang dayus Hud. Bukan Farah. Bebaskan dia supaya dia lebih bahagia. Masalah takkan selesai kalau kau asyik lari macam ni."

" Bukan semudah tu Barr."

Barr geleng kepala. Penat dah cakap dan nasihat dengan Hud. Kata dia aje yang betul. Fikiran dia aje yang orang kena ikut. Nafas dihela.

" Sayang! "

Dua kepala berpaling lipat mencari arah suara tu. Figura yang di depan yang tengah melangkah dengan senyum penuh bahagia tu menghampiri Barr dan Hud yang tengah ralit layan sembang.

“ Dah siap ke yang? Dah pukul berapa ni. Nanti lewat pula sampai rumah umi," Barr hulur tangan menyambut tangan kanan si isteri dengan senyum tak lekang di bibir.

Hud diam memerhati. Hati sedikit terusik. Teringat orang jauh.

" Dah. Jom lah." si isteri menyambut huluran. Pinggang si suami dirangkul erat.

Hud mula di bayangi senyum orang jauh yang dah lama dia rindu. Tangan kanan naik meraup wajah manakala tangan kiri di bawa mencekak pinggang. Jiwa rasa celaru. Tak tahu nak ikut mana satu. Kata hati atau akal yang kadang kala hilang waras. Nafas dihela panjang. Bola mata masih statik pandang dua orang di depan. Sketsa mereka juga masih tak berhenti.

" Tu apa tu? " Barr soal dengan mata pada tangan kiri isteri. Satu beg kertas hijau terlayar pada pandangan.

Mata si isteri turut beralih ikut mata si Barr pada tangan kiri sendiri. Senyum dibias. “ Buah tangan untuk ibu."

“ Meh la sayang bawa. Yang jalan bawa badan je." Barr cepat meraih bungkusan di tangan Hannah. Prihatin dengan keadaan isteri.

Ish! Tak boleh jadi.

“ Cepat la korang. Lambat kang aku tinggal je." laung Hud. Dah tak boleh nak tunggu. Rasa sesak mata dan dada tengok aksi Barr dan isteri dia tu. Kaki dah melangkah keluar dari pintu. Nak cepat sampai rumah umi.

Umi...

*****

Farah bangun dari duduk. Badan rasa tak selesa. Tuala mandi atas penyidai dicapai. Kaki di bawa melangkah ke bilik air. Sejak dua menjak ni terasa badan panas dari biasa. Kipas siling yang elok berputar pada tahap empat dalam bilik tu terasa perlahan walhal langsir semua terbang di tiup angin. Bukan tak mahu pasang penghawa dingin. Tapi bila pasang dia akan diserang selesema secara tiba-tiba.

Usai mandi Farah turun ke bawah. Ruang tamu di tuju. Remote televisyen dicapai. Entah apa rancangan yang sedang terlayar di kaca televisyen. Farah cuma duduk statik melayan ayan.

Sejak sebulan yang lepas dia bersendiri di rumah tu. Haq dah tak muncul. Hud pula lepas insiden tu memang langsung tak nampak muka. Bukan dia tak pergi mencari tapi dia tak mahu ganggu Hud. Akhirnya dia pasrah saja menanti kepulangan si suami. Dia yakin Hud ada cuma mungkin keadaan dia yang tak mengizinkan. Sementelah dia tahu suaminya tu beristeri satu lagi.

Telefon bimbit yang berlagu di sebelah menyentak lamunan Farah. Sekilas kepala di bawa pusing ke arah telefon yang berbunyi. Mata menyerap nama pada paparan skrin telefon. Kening hampir bertaut.

“ Assalamualaikum. Ya umi.." angguk. “Alhamdulillah. Farah baik aje... Dekat rumah umi ke?... Yelah... " angguk lagi. Senyum menghias bibir. Bola mata melirik ke arah jam dinding yang tergantung kukuh di depan. Sekilas benak turut membaca. Sebelas tiga puluh lapan minit tengah hari. “ Bagi Farah masa setengah jam," ujarnya semula.

Kaki di atur melangkah ke bilik tidur utama. Nak bersiap. Tak sabar nak jumpa umi dan ayah. Dah lama dia tak balik ke sana. Umi aje selalu ke rumahnya menemani sejak Hud hilang jejak dan sejak Haq ghaib tanpa cerita.

******

Daun pintu rumah umi ditolak. Kepala dijengul ke dalam usai memberi salam. Tak nampak bayang sesiapa tapi semerbak bau kuah laksa menerobos ruang hidung. Farah senyum.

Wah, kuah laksa in the house!

Kaki di bawa melangkah ke ruang dapur. Sekejapan bola mata menyerap figura umi yang sedang sibuk mengacau sesuatu atas dapur. Serta merta kepala bayangkan paduan belacan, ikan selayang, cili kering dan daun kesom tu. Tiba-tiba buatkan Farah kecur air liur. Tu belum nampak kuah yang kemerah-merahan tu lagi. Tambah pula dengan laksa beras, mentimun yang di mayang halus, bawang, cili padi serta telur mata kerbau di atas laksa tu. Pergh! Boleh terangkat kalau makan.

" Assalamualaikum, umi." belakang bahu umi di paut. Umi pusing kepala dari senduk dan periuk yang tengah hangat atas api tu.

" Waalaikumsalam. Sampai dah, sorry umi tak perasan. Makan sini ye Farah. Umi rindu Farah. Lama Farah tak datang sini. Farah nampak ceria dan berisi dari sebelum ni." ramah Puan Suraya sambut kehadiran menantu dia tu.

Tubuh Farah di peluk erat dan bahu wanita tu digosok perlahan. Tiba-tiba hati ibu dia merasa sayu melihat susuk tu.

" Boleh ke umi? " ceria Farah menyoal.

“ Apa yang tak bolehnya, mesti lah boleh. Umi rindu sangat dengan Farah ni, " pipi Farah disentuh. Kelihatan pipi si menantu tu sedikit berisi dari sebelumnya.

" Okey. Farah tolong umi ye. Tapi Farah tak boleh lama, Farah ada appointment pukul tiga petang nanti."

“ Tak apa sekejap pun jadilah." Tangan umi naik memimpin bahu Farah ke meja makan.

" Banyak umi masak? Ada jemputan istimewa ke?" soal Farah. Nampak lauk pauk yang banyak terhidang atas meja. Pelbagai juadah dan kuantiti setiap satu hidangan juga banyak.

" Umi ada jemput Barr datang sekali hari ni. Lagipun abang Haidar dengan Diana pun nak balik. Farah tak kisah kan? Umi bukan apa, dah lama sangat rumah ni sunyi. Kalau ada Hud mesti riuh." tiba-tiba umi menerbitkan suasana canggung. Hati Farah jadi sayu.

Dia pun rindu suaminya. Entah apa yang jadi lepas kejadian yang dulu tu pun dia tak tahu. Bukan tak mahu mencari tapi pesan umi agar dia biarkan Hud tenangkan diri terlebih dulu. Jadi, perasaan yang bertandang tu dia biarkan sepi sendiri. Bukan mengalah. Tapi dia mahu yang terbaik untuk dia, Hud dan perkahwinan mereka.

" Tak apa, ramai-ramai lah seronok. Jom Farah tolong apa yang patut sebelum tetamu umi sampai," senyum Farah cuba menutup hati yang gundah tak semena.

Dalam ralit membantu umi, tiba-tiba saja wanita tu menjerit separa kuat. Farah tersentak. Kepala di bawa alih dari bancuhan air limau di dalam jug dekat almari dapur kepada belakang umi yang tengah membuat sambal belacan di sinki.

" Allahuakbar! Farah tolong umi petikkan sayur cekur manis dekat laman tu. Sambal dah buat ulam pula lupa." geleng umi. Sambal belacan dalam lesung dikaut ke dalam piring kaca dan di bawa ke meja makan.

Farah tersengih. Ingatkan apalah yang dijeritkan ibu mertuanya tu. Farah angguk kaki di tapak keluar dari dapur menuju pintu depan. Tombol pintu di buka. Dan matanya tiba-tiba menyerap ambien seseorang yang turut terjengul depan pintu. Farah kaget. Entah kenapa kaki bagaikan dipaku ke lantai. Bibir bergetar. Jantung berdebar. Mata berbalam dan kepala berpinar. Sudahnya...

Danggg!

“Allahuakbar. Umi! " Figura molek tu sempat di sambut dari jatuh menyembah lantai jubin ruang tamu umi. Cuma kepala lutut si tuan penyambut saja yang jatuh melutut memaut kepala Farah.

********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience