Bab 14: Bila Hati Sudah Sayang

Romance Series 20182

I'm back. Sorry sbb dah lama tak update :0 Totally busy working *sigh*. Harap diampunkan ;) . OK, whitelily update bab seterusnya. Harap korang suka :) Tq all readers yang baca n comment..

Ketukan di pintu bilik mengganggu fokus Hud. Dia sedang meneliti beberapa kertas kerja. Tangan menolak kertas ke depan. Sekilas mata memandang pada daun pintu. Dia bangun dari kerusi meregangkan otot tangan dan pinggang yang dah lenguh bahana berjam-jam melepak di situ sambil buat kerja.

Hud kuak pintu bilik. Terjengul muka Farah di depan.

" Sorry for disturbing you. Just wanna take your five minutes." ujar Farah sambil garu pelipis.
Mata melirik pada belakang badan tuan punya bilik. Seraya imej meja yang bersepah dengan kertas-kertas serta buku-buku dan apple mac book air 15 inchi yang terpasang terlayar di ruang mata.

" Naa.. It's alright. Tak busy pun." geleng Hud. Dia perasan anak mata orang yang kat depan dia tu dah menjelajah jauh ke belakang.

" We need to talk." beritahu Farah lambat-lambat.

Dia rasa serba salah sebab ganggu teman bilik sebelah tu tengah buat kerja. Tapi, apa boleh buat dia mesti bagitahu juga perkara penting tu.

" About? " Hud keluar dari bilik dan berdiri depan pintu. Pintu bilik sengaja dia lapangkan tanpa tutup. Kedua tangan naik bersilang di dada sambil belakang badan dia sandar pada jenang pintu.

" Work." senafas.

Muka tak berperasaan Farah, Hud tenung.

" Serius sangat apasal? " Hud elus pangkal tengkuk dengan tangan kiri manakala tangan kanan dicekak ke pinggang sambil tersengih.

" Nak cakap pasal kerja , tak kan nak terkinja-kinja macam kat dalam disko kut!" Farah menjuling mata.

Farah kemudian mengundur tapak ke belakang dan bersandar pada dinding. Kedua tangan naik berlipat ke dada.

Hud tergelak. Baru perasan yang tuan badan dekat depan tu bertambah cute bila buat macamtu.

" Pernah masuk ke?"

" Terlebih kerja namanya kalau masuk."

" Then, mana tahu kat dalam tu terkinja-kinja? Gaya cakap macam pernah je! "

Farah kecilkan mata. Dalam hati dah mula tak puas hati. ' Asal ustaz ni banyak cakap malam ni'

" Ok, ok...Fokus pasal kerja." ujar Hud tersengih.

Tahu dah bila nampak muka tak puas hati orang yang kat depan tu. Gaya boleh nampak asap keluar celah telinga. Hud menggeleng.

" Lusa kena pergi Morib. 2 hari 1 malam. Kem motivasi untuk budak-budak SPM ." bibir bawah digigit. Lantai parquet di bawah setia jadi tatapan mata.

" Then.. " Hud tunak mata pandang Farah lama. Muka dia pula yang serius. Suara pula dah ala-ala ketua pelajar sekolah bagi arahan masa sesi perhimpunan. Tegas.

" Saya kena pergi. I was one of the chaperone."

" So." Hud masih dengan gaya serius. Saja nak usik orang kat depan dia tu. Padahal bukan Hud tak tahu dia nak minta izin pergi sana pun.

Terdengar keluhan Farah lepas tu. Nampak macam susah sangat dia nak bagitahu perkara yang sedang bermain dalam fikiran waktu tu.

"Hurm.. I need your permission. If only you allow it.." akhirnya yang terbuku terluah juga. Farah cuba bertentang mata dengan Hud, tapi dia tunduk balik lepas tu sambil tenung jari kaki di bawah baju kaftan batik yang tersarung pada tubuh badannya malam tu.

Entah kenapa sejak dua menjak ni dia sukar nak bertentang mata dengan lelaki tu. Susah sangat.

Yang dia rasa kalau bertentang mata dengan Hud, hati dia berdebar-debar. Jantung dia pula terlebih buat kerja. Asyik berdegup laju. Macam baru lepas marathon.

Dan hujung telinganya menangkap ketawa dari bibir orang kat depan.

Farah langut semula. Hud dah masuk ke dalam bilik dia pula. Melabuh punggung ke birai katil, dia gamit Farah agar datang dekat.

Tapak tangan dia tepuk lembut tilam sebelah sambil mata menala pada Farah. Mengisyaratkan agar orang didepan masuk dan duduk di situ.

Farah keras depan pintu.
'Dah kenapa sampai nak masuk dalam bilik pulak?' gumam Farah.

Trauma dia dalam bilik tu tak hilang lagi. Kes terkantoi dengan Hud sebab peluk lelaki tu atas katil masa umi dan ayah datang bermalam hari tu belum habis lagi.

Malu!!! Sudah tentu.

Sekali lagi Hud gamit. Farah geleng kepala. Dia terus pusing dan jalan sampai ke anak tangga.

Tapi tiba-tiba satu rumah bergelap. Bekalan elektrik terputus.

“Hurmmm.. Blackout pulak. " keluh dia.

Farah berhenti depan tangga. Dah tak nampak lagi nak melangkah ke bawah sebelum rasa tangannya ditarik dari belakang.

Hampir Farah tersembam ke depan dan jatuh tergolek ke tangga namun sempat Hud sauk pinggangnya.

Sebelah lagi tangan lelaki tu sempat menyangga palang anak tangga. Jika tidak, pasti keduanya jatuh bergolek ke bawah.

Hud tarik ke dalam pelukan dia dan bawa jauh lima kaki ke tepi dinding.

"Watch out lady!" terasa berderau darah dia tadi bila terasa Farah hampir terjatuh masa tarik tangan isterinya untuk meminta penjelasan selanjutnya.

Dah bergelap satu kawasan perumahan ni. Nasib dia bangun dan ikut langkah Farah.

"Allahuakbar." tangan Farah naik mengurut dada sendiri.

Berpinar seketika dia rasa. Mata dia pejam celik dua tiga kali sebelum sedar ada hembusan nafas dari belakang telinganya.

Hud yang penat mengerah tenaga selamba merehatkan hidung dan dagu atas bahu Farah.

Sempat juga dia menikmati bauan floral dari helaian anak rambut serta badan wanita tu.

"Wangi." gumam Hud dalam hati.

'Eh, sejak bila Farah open hair?'

Sejak kes umi datang dan bermalam dirumah mereka minggu lepas.

Hud dah tak benarkan dia pakai tudung lagi dah walau bilik masih tetap asing. Kata Hud bukan ada stranger, nak tutup aurat pun. Dan Farah akur kehendak suami walau pada mulanya dia membantah.

Tak selesa sebab Hud suka pandang - pandang dan tenung-tenung dia, saat dia terleka. Dekat meja makan, dekat ruang tamu, hatta saat berselisih bahu pun Hud suka renung dia macam dia alien yang ada kepala lapan tu.

Sudahnya, Farah buat tak tahu.

Di saat itu, Hud suka dan rasa damai bila dapat peluk Farah. Dengan keadaan yang gelap tu buatkan dia tak terasa nak lepaskan pelukan.
Walaupun dah mula rasa berbahang.

Adakah dia dah jatuh cinta dengan isteri sendiri?

Ya, kali ni dia benar-benar rasa yang dia jatuh suka dan cinta dengan Farah!

Tapi lain pula dengan Farah. Jantung dia seakan terhenti bila Hud tetap dibelakang sambil memeluknya.

Tangan dia cuba tolak Hud.

"No, i want to hug you more."

Farah cuba menolak lagi. Sekilas dia pusing kepala cuba mencari wajah orang dibelakang sambil badan cuba meloloskan diri dari pelukan Hud.

Namun, rangkulan Hud cukup kuat. Rasa tak berdaya nak bergerak walau seinci. Boleh terlipat dua badannya kalau dia bergerak juga.

Sudahlah Hud tu bersaiz besar dan tinggi. Dia pula kecil saja dari lelaki tu.

Dan, ayat dari kepala mula bermain di minda. 'tak berdosa pun kalau suami nak peluk. Dapat pahala Farah. Mendamaikan hati suami.'

Perlahan Hud pusingkan badan Farah menghadap dia.

Tangan Farah dia genggam erat. Farah menekur lantai. Tapi kosong dan gelap. Tak nampak apa. Masih takut nak bertentang mata walau saat itu tiada satu cahaya pun.

Nasiblah bergelap macam tu, kalau tak mesti dah merah muka dia tahan malu.

Dan ruangan tadi yang gelap kini dilimpahi cahaya semula. Terang benderang segala ruang.

Jemari Hud, angkat dagu Farah agar dia dapat lihat mata bundar wanita tu.

Saat, kedua pasang anak mata mereka berlaga Hud pamer senyuman tujuh ratus megawattnya.

Dan hati Farah yang beku, bagaikan ais yang mencair.

Perlahan Hud tarik Farah ke dalam pelukan dia.

"Be my lady."

Hembusan nafas Farah yang tak teratur buat Hud tersenyum. Perlahan - lahan dia gosok belakang badan wanita tu. Menyalurkan rasa sayang yang mula bertapak dalam hati. Menunjukkan perasaan cinta yang mula hadir dalam diri untuk Farah.

" Saya cinta awak, akan cintakan awak dan mahu cintakan awak sehingga nafas terakhir saya dengan izin Allah."

Ucapan yang jelas di pendengaran Farah buatkan dia terasa sayu. Rasa yang bercampur aduk di dalam dada buatkan dia tak tahu nak berkata apa.

Terkelu lidah.

Yang dia tahu dia rasa syukur kepada Allah sebab hadirkan dia seorang lelaki seperti Hud. Sungguh dia tak pernah terfikir dan mengharapkan balasan disayangi dan dicintai seperti ini. Kerana selama ini cinta dan sayang Hud hanya pada arwah isterinya.

" I thought.. Sarah.. " Farah gigit bibir.
Hud lepaskan pelukan. Matanya mencari anak mata Farah. Dia senyum dan menggeleng.

" She was the last memories. But you're now and ever my dreams ." hela Hud.

Tangannya naik menyelit helaian anak rambut Farah ke celah telinga. Sebelah lagi tangan naik mengelus pipi si isteri sambil kenyit mata.

Farah pandang ke dalam anak mata Hud, mencari kebenaran dalam setiap kata. Dia tak mahu berharap pada yang salah. Kerana dia tahu akan sakitnya perasaan bila disalahertikan.

Mencari keikhlasan dalam sinar mata Hud agar dia tahu letak duduk diri dalam hidup lelaki tu untuk saat ini dan masa akan datang.

" Saya takut awak keliru." balas Farah.

" Tak, saya tak keliru. Saya yakin dengan perasaan saya. I've could ask Allah for the best and this is what he's shows me." tutur Hud sungguh-sungguh. Tangan dia turun melurut ke pinggang Farah semula.

" Saya sayangkan awak."

" Tapi.." kata-kata Farah terbata.

Farah pejam mata. Nafas dihela. Pening dengan keadaan yang tiba-tiba berubah dan permintaan Hud yang tak mustahil tu.

Kerana?

Separuh dari hati dia yang ada tu memang dah ada ruang khas untuk seorang lelaki bergelar suami.

Dan kini, hampir terisi. Walau dalam hati dia ingin bersorak gembira tapi perasaan gusar yang ada masih buatkan dia perlu berhati-hati. Tak mahu pisang berbuah kali kedua.

Deruan nafas hangat Hud terasa menyapu muka.

Lantas, mata dicelikkan semula. Wajah Hud betul-betul berada rapat dengan muka dia. Tak sampai dua inci pun.

Sesaat selepas itu, dia rasa bibir dia dipagut lembut oleh Hud.

Seolah-olah terbuai dengan persona Farah hanya diam mengikut rentak. Tak menolak mahupun membantah. Rangkulan di pinggang terasa bertambah erat.

Dan, dalam hati Hud tersenyum.

Syukur. Alhamdulillah.

Tak perlu pengakuan dari mulut lagi andai pengakuan jujur lagi telus dari bahasa tubuh ini yang dia dapat dulu dari tuan punya badan ini.

'Thank You.'

'Thank You Allah for grant all the wishes that I could ask for.

~ Andai ada gerimis di waktu petang, yakinlah adanya pelangi di ufuk senja. ~

********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience