Bab 43 : Rindu Yang Tak Terluah

Romance Series 20182

" Farah dah sedar ke? "

Senduk yang tengah di pegang hampir terlepas. Terkejut. Perlahan mangkuk berisi laksa diletakkan atas kitchenette. Kepala di bawa pusing ke belakang.

Puan Suraya melangkah masuk dari depan pintu dapur. Dia tersengih melihat reaksi si anak. Terpampang riak wajah cuak Hud bila ditegur. Hud kembali meneruskan kerja di depan. Gaya dia pun dah macam pencuri masuk rumah. Terhendap-hendap depan dapur gas tu.

" Mi.." keluh Hud. Kerusi meja makan di depan ditarik. Dia melabuhkan duduk di situ sebaik Puan Suraya berdiri di tepi meja tu.

Puan Suraya geleng kepala. Mangkuk laksa diambil. Kuah di dalam periuk atas dapur di kaut ke dalam mangkuk yang berisi. Menyambung aktiviti si anak yang tergendala.

" Sedar dah. Dia nak makan. Mungkin teringat laksa 'berhantu' umi tu, " jawab Hud acuh tak acuh.

Puan Suraya mengangguk. Perlahan mangkuk laksa diletakkan ke dalam dulang. “ Pergilah bawa untuk dia. Lepas tu turun sini. Umi ada hal nak bincang. " arah Puan Suraya. Muka keruh Hud dia pandang.

" Bincang hal apa umi?"

" Pergilah bawa laksa ni dulu. Lapar dah si Farah tu. Kejap lagi kita bincang."

" Bincang sekarang ajelah umi. Macam serius aje halnya tu." muncung Hud. Kedua jari jemari dicantum dan di mainkan sesama sendiri.

Puan Suraya tarik nafas. Kepala digelengkan. Penat menghadap situasi dan kerenah si anak. " Selama ni semua hal pun serius. Hud aje yang buat main-main. Sampai hampir melayang nyawa pun Hud buat tak tahu aje." sempat Puan Suraya membebel. Geram dengan tingkah laku Hud yang tak cakna tu.

" Doktor cakap apa sebenarnya?" dua tangan di tongkat pada sisi table top tu. Serius wajah umi pamer. Naluri keibuannya dapat menangkap ada sesuatu yang disorokkan Hud.

Pandangan Hud tunak tatap wajah umi. Tangan kiri naik menyapu wajah yang sedikit berjambang. Sedikit keluhan terbit dari mulutnya. Kemudian tangan kanan menongkat dagu dan mata masih menatap si umi dengan wajah yang hambar.

Lama Hud berdiam sebelum mencapai segelas air putih dari mesin penapis air yang telah dia isi sebentar tadi. Di bawa gelas ke mulut. Perlahan air putih tu diteguk menuruni rengkung. Basah sedikit tekak yang kering. Nak berhujah dengan pakar motivasi kena harus bersedia. Kalau tak boleh terbelit dek fakta.

" Hud dah banyak susahkan umi dan ayah. Hud sedar apa yang jadi ini semua berpunca dari Hud. Hud minta maaf pada umi dan ayah. Hud dah fikir masak-masak. Dan dah buat keputusan. Hud harap keputusan ni baik untuk semua. Pasal Farah tu.." Hud jeda. Kepala di bawa pusing ke belakang memastikan tiada siapa yang mendengar akan butir bicara yang mahu di sampaikan kepada umi.

Risau ada yang salah tafsir nanti. Setelah itu, dalam kadar perlahan monoton suaranya berbicara. Seakan dia berbisik kepada umi. Kerut di dahi umi naik berlapis.

Puan Suraya menahan sabar mendengar bicara si anak. Dalam hati dia mendoakan yang terbaik untuk setiap keputusan Hud. Dia juga sedar yang dalam hal ni dia dan suaminya ada salah juga. Tapi apa pun keputusan Hud mereka sedaya akan menerimanya.

" Umi hormati keputusan Hud. Buat lah yang terbaik dalam hidup. Bukan sebab umi atau siapa-siapa. Umi dan ayah juga minta maaf pada Hud atas kesilapan kami."

Hud mengangguk. Dia tersenyum pada umi. Terasa hatinya lapang sebaik memberitahu keputusan yang telah difikirkan selama beberapa hari ni.

" Tak apalah umi, Hud naik hantar laksa ni dulu untuk Farah. Lapar dah katanya tadi. " Hud seraya bangun dan mencapai dulang yang terdapat mangkuk laksa dan air suam di atas table top tu.

*****************


Wajah lesu dan tubuh yang terasa sengal dan kejang di pinggang serta bahagian betisnya membuatkan Farah tak betah berdiri lama di dalam bilik air selepas menunaikan hajat setelah bangun dari lena yang panjang tadi.

Dia kemudian keluar dari tandas sambil membetulkan baju tidurnya dan menuju ke katil semula. Kepalanya masih terasa pening dan berat.

Kepala di bawa bersandar ke kepala katil. Dia termenung jauh cuba mengingat kembali perkara yang terjadi siang tadi. Hati mula merasa sebak. Wajah yang sangat di rinduinya selama beberapa bulan ni muncul petang tadi tanpa dia duga.

Sungguh dia tak sangka panggilan umi ke rumah mertuanya tu untuk menemukan dia dengan orang yang paling dia rindu. Namun dia keliru dengan identiti lelaki tu. Samada lelaki tu adalah Hud; suaminya mahupun Haq; lelaki yang kecelaruan identiti tu.

Klackkk!!

Tombol pintu bergerak dan daun pintu dikuak. Muncul ambien seorang Hud menatang dulang di tangan kanan dengan tangan kiri menjinjit beg kertas. Dia tersenyum bersahaja.

Dan sehingga ke saat tu Farah tidak dapat memastikan siapa figura yang di depannya. Hud atau Haq. Dia diam dengan pandangan kosong memerhati gerak langkah serta tingkah figura lelaki tu. Hatinya rindu. Rindu yang tak terluah.

" Here your meals." Kuah dari mangkuk laksa kelihatan berasap nipis. Semerbak bau mengitari ruang bilik. Farah jeda. Dalam hati dia rasa serba salah kerana telah menyusahkan lelaki tu sehingga terpaksa meledani kehendaknya untuk makan di bilik saat ini. Namun, bukan kehendaknya untuk di layan begitu.

Awal-awal tadi dia sudah memberitahu untuk keluar dan turun makan di bawah saja namun ditegah lelaki di depannya tu.

" Thanks." mangkuk laksa bertukar tangan. Kecur liurnya melihat kuah laksa tu. Dengan pantas dia duduk bersila dan mula menikmati hidangan tanpa peduli kehadiran lelaki di depannya.

Saat sudu di bawa ke mulut untuk menyuap lelaki di depan dia tu bersuara " Bismillah dulu.." dia tergeleng kepala.

Namun Farah tidak peduli. Setelah melafaz bacaan dalam hati sudu tu di bawa juga ke mulut sendiri. Dia perlahan menikmati laksa buatan mertuanya tu. Sedap. Kena pada seleranya malam tu. Sebenarnya, sudah beberapa minggu seleranya mati.

Kepala Hud tergeleng melihat tingkah Farah. Dia tersengih sendiri. Masih tak berubah perangai keanak-anakkan isterinya tu.

Setelah memastikan Farah selesai makan Hud memberi pula ubatan yang disediakan doktor petang tadi. " Makan ubat lepas tu you boleh tidur semula. Berehat. Jangan banyak berfikir. Badan you masih lemah. Apa-apa panggil I dekat luar." pesan Hud.

Farah sekadar mengangguk lalu mengambil beberapa biji ubat di dalam piring kecil yang disua Hud. Ubatan itu di telan dengan sekali nafas sahaja. Kemudian, air yang disua Hud di minum sehingga habis. Hud masih tegak dan sabar menanti di sisi katil.

Ya, dia tahu badan dia rasa sangat lemah. Jadi, dia menerima nasihat lelaki di hadapannya tu agar berehat. Entah apa yang doktor di klinik tadi memberitahu pada lelaki tu tentang kesihatannya.

Farah malas mahu berfikir. Terus badan direbahkan pada bantal. Dia merasakan tangan kekar lelaki tu menarik comforter dan menyelimutkan dirinya. Tanpa sedar, dia akhirnya terlelap kembali.

********

" Kau dah habis fikir ke ni?"

" Kau tak sayang dia? Tak rindu dia?

Kepala di bawa pusing menghadap si tuan badan yang bertanya di sebelah tu.

Rindu? Allah je yang tahu. Tak dapat diluah dengan kata-kata. Hati Hud bermonolog sendiri. Jalan terbaik adalah begini.


Angin malam yang dingin terasa mencengkam tubuh. Di langit, tiada bintang bersinar kerana bulan penuh telah mengambil alih alam gelap tu.

Kedua figura tu duduk bersandar pada gazebo berhadapan dengan kolam ikan dengan sejuta persoalan dan jawapan. Bunyi air terjun buatan di tengah kolam ikan tu terasa mendamaikan hati mereka.

Senyum sinis di lemparkan. Nafas panjang dihela. Dia kemudian mengalih pandangan ke depan lalu mendongak melihat bulan purnama yang bersendiri menerangi seisi alam. Berusaha memancarkan sinar buat semua.

" Bulan pun lone ranger terangi alam semesta. In sha Allah aku pun boleh! " Tanpa nada. Beku sebeku ais di lautan Atlantik.

Barr ketawa sinis dengan mata masih turut sama memandang bulan purnama yang seketika ditutupi awan malam.

"Tu bulan. Kau manusia. Dua benda yang berbeza."

Kedua lutut ditarik rapat ke dada. Tangan di bawa memeluk lutut. Udara malam yang nyaman di sedut dalam. Kemudian dihembus tenang. Menggali ketenangan.

" Tak ada beza. Aku makhluk dia juga makhluk. Semua ciptaan Allah." senyum. Tafakur begitu terasa mendamaikan jiwa. Belajar melepaskan rasa tu lebih baik dari mendambakannya. Dia redha.

Barr langsung pusing badan menghadap Hud di sebelah. Makin geram dengan buah bicara lelaki tu yang seolah tak ada perasaan. Apa dia ingat dia tu jiwa batu ke? Keras. Batu kerikil pun walau berjuta tahun dititis air berlekuk dan berbekas jugak.

Sungguh la saat ni, seorang Barr tak dapat memahami hati seketul Hud. Makin hari makin keras dan beku.

" Speak easy than do bro! You don't have to pretend it. It's shows on your face. Kalau kau tak nak fikirkan bahagia diri sendiri I beg you to think about them. She's need you in this situation. Kau supporter terbesar untuk dia dalam keadaan macam ni."

" Kehadiran aku akan buatkan lagi dia terkesan. I know she's can face it. She's a brave women that I've ever met." bersahaja katanya.

Juntaian anak rambut yang berlabuh di dahi dihembus berkali. Bergerak-gerak otot wajahnya. Seperti remaja yang tengah meningkat dewasa lagaknya. Seolah tiada gusaran yang bertandang di jiwa. Dia cuba menonjolkan air muka yang coolio. Agar tiada siapa yang dapat membaca lautan api perasaan yang membara dalam jiwanya.

Huh!

" Kau dah transform jadi Malim Deman pulak ke ni? Aduhhh.. Semak kepala aku la!" Barr berdecit seraya bangun dan berdiri berdekatan dengan kolam ikan tu.

Hud tergelak. Sebelah kaki kanan dijuntai ke bawah gazebo kayu tu. Tangan kanan di tongkat pada lutut kaki kiri. Geli hati dia dengan pernyataan Barr tu.

" Mana datang pulak silibus Hikayat Malim Deman ni? Hud geleng kepala. " Dahlah, cut out of my story. Kau alah lagi ke sekarang ni?" Hud ubah topik.

Barr pejam celik mata beberapa kali. Kemudian dia menyeringai ke arah Hud. " Penangan pembawakan budak ni bukan calang-calang sebenarnya. Patutlah Allah bagi perempuan yang terpilih je yang tanggung. Allah!" insaf sangat dia.

Barr jeda. Nafas di lepas. Tangan disilang ke dada dan berpatah balik ke tempat duduk sebelah Hud atas gazebo kayu tadi.

" Kalau la aku berkesempatan lagi sekali jadi bapak, aku doa sangat-sangat aku tak akan kena alah lagi. Rasa nak mati kau tahu."

Hud tergelak. Memang kesian tengok Barr sekarang ni. Macam mayat hidup aje. Semedang muntah dengan kepala asyik pening. Nak makan pun tak ada selera. Sampai nampak la tulang selangka tu.

" Pagi-pagi dah buat hal. Kadang sampai tengah malam tak boleh tidur. Berangin satu badan. Sendawa tak henti. Elok je gaya nak tidur pukul 4 5 pagi tu boleh pulak Hannah bangun minta urut satu badan. Tu belum kena layan angin merajuk dia lagi." tambah Barr semula. Seksa sungguh dia rasa.

" Tu namanya pengorbanan. Dia dah penat bawa perut kandungkan benih kau sebab tu Allah pilih kau untuk bertanggungjawab semua sengsara tu. Ada faham! " tangan kanan naik tepuk bahu Barr. Memberi nasihat.

Barr melepas lelah. " Aku faham. Tapi yang aku tak faham kenapa suami perempuan-perempuan mengandung yang lain tu tak ada yang kena." bebel Barr. Dahinya berkerut memikir. Rasa macam tak munasabah.

" Sebab suami perempuan-perempuan tu tak kuat macam kau. Kau kan kuat sebab tu kau dapat. Lain padang lain belalang. Lain ujian lain hadiah dia. " ujar Hud.

" Mungkin la. Tapi serius aku cakap aku rela ada seorang je anak. Kalau dua tiga orang anak setiap kali mengandung aku yang kena hadap memang haru la." Barr buat mimik muka cuak.

Hud ketawa besar. Hilang sesaat perasaan resah dan masalah yang ada. "Lepas ni kau puasa ajelah terus. Kalau tak, aku berani jamin yang lepas ni kau akan alah untuk setahun sorang."

" Bro!!! Baik kau tarik balik ayat kau tu. Kau nak aku bed ridden for all years?" Barr berdecit. Dalam hati Barr menyumpah Hud. Tak guna. Doakan aku alah setahun sorang pulak. Terasa kembang kepala dia mendengar. Alah yang pertama ni pun ngeri belum hilang lagi.

" Bro, kau yang nak sedap so kaulah yang kena tanggung." mengekek ketawa Hud mengejek.

"Dah lah Barr, aku nak naik dulu. Kau bertafakur la depan kolam ni semoga kau tak bed ridden!" belakang badan Barr, Hud tepuk ulang-ulang kali.

Kemudian, Hud jatuhkan dua kaki lalu sarung terompah merah kepunyaan Mak Wok pembantu rumah umi tu. Dia berjalan ke pintu belakang dapur umi dan hilang ke dalam.

Barr garu kepala. Pening kepala dia. Hajat hati nak tolong selesaikan masalah Hud, alih-alih dia pula yang terkena dengan lelaki tu. Nasiblah badan.

Pergi merantau ke pulau desa,
Sambil membawa hajat di hati,
Sudahlah berat menangung seksa,
Kini di ketawakan teman sejati.

Pak Malau membeli kain samarinda,
Hendak di buat hadiah hantaran,
Nasib badan sayangkan dinda,
Selautan kasih pun sanggup kanda korbankan.

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience