Bab 50 : Berpisah

Romance Series 21288

“ Alhamdulillah. Sampai dah buah hati nenek ni. " sambut Puan Suraya di depan pintu. Wanita tu menyambut cucu baharunya dari tangan Hud. Farah kemudian di pimpin perlahan ke arah katil di bilik tetamu rumah umi oleh kak Rini pembantu rumah umi untuk berehat.

“ Habislah atta lepas ni tak jadi buah hati kesayangan nenek dah." usik Hud dengan mimik budak kecil merajuk di bahu umi yang ralit menggomol bayi yang baru berusia 46 jam tu.

Umi mengerling anak bongsu ditepinya dengan nada mengusik juga. “ Atta dah besar panjang. Tak payah nak manja-manja dah. Biar pincess je manja dengan nenek ye."

Tuan Halim yang sejak tadi memerhati gelagat keduanya tersengih sambil menggeleng.

" Sudah lah tu nenek pun. Asyik kacau anak cucu je, pergi lah tengok menantu awak tu. Menantu tu yang penting kena tengok dan rawat. Baby besar ni tak pandai apa lagi. Tidur ajelah kerjanya. Karang sakit bentan pula si Farah tu kita lagi susah."

" Saya geram tengok baby ni. Comel sangat. Macam Hud kecik-kecik je. Rindu lama dah tak pegang baby. Last pun masa Zarith anak si Hadif yang kecik tu je. Itu pun dah berapa tahun bang. Dekat tujuh tahun dah. " juih umi. Teruja sungguh umi layan si anak Hud tu.

" Yelah, saya tahu awak geram. Cucu awak pun. Tapi pergi la tengok si Farah tu dulu. Nak bertungku ke berbarut ke. Lepas tu layan lah si kecik ni. Farah tu nanti bentan Hud dengan awak yang susah. " nasihat Tuan Halim lagi.

" Tak apa lah yah. Biar Hud je tengok Farah. Biar umi yang jaga baby. " Hud dah bangun dari duduk.

" Eh, tak payah. Kamu tu karang pergi tengok jadi lain pulak. Bini kamu tu badan sejuk lagi. Tak elok. Biar dia berehat sampai badan dan dalaman dia betul-betul baik. Kamu puasa 100 hari sebab umi nak Farah pantang 100 hari. "

Hud tak jadi gerak. Dia kembali duduk di sofa. Tertelan air liur dengar perintah umi. Kepala yang tak gatal di garu dengan tangan kiri. “Pantang orang bersalin bukan 44 hari je ke umi? " polos Hud bertanya.

" Aah pantang makan 44 hari yang seratus hari tu pantang bersama. Kalau nak badan bini kamu tu sihat dan cantik macam anak dara kena bersabarlah. Umi tak nak nanti anak kamu baru tiga bulan dah nak dapat adik pulak." usik umi. Tercengang Hud. Merah wajah dia bagai disimbahi sos cili cap arnab.

" Nah, pergi tidurkan anak ni. Umi nak tengok Farah. " sambung umi sambil hulur bayi perempuan tu pada ayahnya. Hud dengan senang hati menyambut bayinya dan meriba anak kecil tu. Umi terus melangkah ke bilik tamu yang dihuni Farah.

******

“ Morning honey. Buat apa tu? "

“ Breastfeed Nawal. Abang? "

“ Baru habis meeting dengan semua ketua jabatan. " keluh Hud. Rahang wajah yang sedikit berbulu halus tu dielus. Mengurangkan rasa tegang yang bertapak.

" Kenapa tu? Abang penat ke? " Farah dengar suara Hud mengeluh. Penat ke suami dia? Hampir empat minggu dia bersalin suaminya terpaksa ulang alik dari rumah umi ke tempat kerja. Bukannya dekat berulang dari Rawang ke Seremban. Letih tak cukup rehat. Pulang ke rumah mengadap serta melayan pula anak bini.

" Little bit. But honey, I have an important message to tell you." serak suara tu bersuara. Pen di jari di ketuk-ketuk di atas permukaan kertas bersaiz A4 yang bercetak di atas meja kerja. Meneliti tajuk surat. Nafas dihela.

" I'm all hear." balas suara manja di balik sana. Nawal yang sudah terlena selepas kenyang menyusu diletakkan hati-hati ke atas tilamnya. Punggung anak kecil itu ditepuk manja seketika.

" We should. We had. Oh no!! This message bring me mess up." gumam Hud dengan nada penat dan geram. Kenapa lah time-time macam ni dia nak kena berjauhan. Tak sanggup oii. Surat di depan di pandang geram. Memo dah keluar lepas dapat arahan lisan masa meeting awal pagi tadi. Tak sangka cepat sangat. Selalunya lepas masa 24 jam baru arahan bertulis keluar. Haih.

" Abang... No matter what, im always at your back. What ever the message is, I'm ready for it."

" Even berjauhan? Nanti abang rindu you and Nawal." kerusi dipusingkan mengadap tirai jendela di belakang dengan badan dihayun santai pada dada kerusi tu. Tangan kanan ditekap kuat telefon bimbit ke telinga manakala tangan kiri mengelus pangkal leher. Serabut!

" We have a good technology now. Whatapps, fac, twitter, wechat, messenger, just name it. 24/7 we can see your manja face la abang." Farah tergelak di hujung talian dengan nada mengusik.

" Baik cikgu Farah. The most hottest Hud's wifey." rengek Hud. Farah tergelak bahagia kerana sekali sekali mendapat pujian berharga macam tu. Dan dia akui, indahnya perasaan bila dilamun cinta!

“ So, how long? “ Farah sudah dapat meneka mesej yang mahu diberitakan suami kesayangannya tu. Dari minggu lepas lagi Farah dah diberitahu kemungkinan suaminya tu akan menjalani program pertukaran pensyarah angkat kolej. Jadi tak hairan dengan panggilan mendadak Hud pagi tu dari Hud.

“ Next week. Kota Kinabalu. 3 months. Do miss me honey. Please! " lagi kedengaran suara garau nan manja Hud di balik talian.

Jeda.

“ Lady, are you still there?” soal Hud apabila tiada jawapan dari balik sana. Telefon di bawa jarak sekaki dari telinga. Dia pandang skrin telefon. Masih menyala. Masih bertalian.

“ Honey.. Kalau you tak izinkan I hantar surat pengecualian pada pihak atasan. I tahu you and Nawal lebih perlukan I di sini.” ujar Hud.

Inilah. Inilah mengapa sebab dia rasa berat nak terima tawaran itu. Farah dan Nawal sebab utama. Sementelah isterinya itu pula baru saja melahirkan. Lebih memerlukan dirinya berbanding kerja. Memang betul kerja adalah ibadah, tapi menjaga isteri dan anaknya juga adalah ibadah. Lebih penting dari segalanya. Hud melepaskan keluhan.

“ Tak.. Bukan macam tu. You tak perlu buat macam tu. I'm and Nawal okey dekat sini. We have ayah, umi, abah and ibu here to take a good care of us. Tapi..” Farah berjeda lagi. Bibir bawah dia kemam seketika cuba membendung perasaan yang beraja. Anak mata menyorot ke arah baby Nawal yang sedang lena di depannya dengan wajah yang polos.

Perasaan. Sungguhlah sukarnya untuk berpisah. Perpisahan itu suatu yang menyakitkan buat dia. Walau seketika tapi perasaan takut itu tetap menjentik hati.

“ Tapi apa lady? You jangan buat I susah hati. I memang berat sangat nak terima tawaran ni. I tak boleh berjauhan dengan you and our baby. Cukuplah sekali I berjauhan dengan you.”

Farah tergelak manja. Dia tersengih sendiri. Badan di bawa bangun dari duduk. Tingkap bilik dituju. Langsir di selak dan melihat ke luar. Cahaya mata hari yang menerobos masuk membuatkan dia terasa bertenaga.

“ I'm miss you.”

Berdekah Hud bantai gelak. Haih, sungguhlah hati dia tenang mendengar ayat itu.

“ I'm thought you never miss me. Tadi kemain ehh you pesan dekat I. We have a good technology now. WhatsApp, Fac, Twitter, Instagram just name it. 24/7 we can see your manja face la abang. Now you say you're miss me. I'm more miss you honey. Every time, every single day. Only you I want.” ujarnya.

“ Yelah mesti lah rindu. Pagi tadi abang nak pergi ofis tak datang jumpa Farah pun."

“ Siapa cakap abang tak jumpa you. You tidur masa menyusu Nawal. Abang tak nak gerak takut ganggu you. Abang tengok you letih sangat. Lagipun tak boleh lama-lama nanti umi bising. Abang masuk jenguk you sekejap pun umi ikut. Dia cakap risau kalau abang apa-apakan you.”

“ Oh really. Ala, kenapa tak kejut je. Farah nak salam dengan abang. Dah dua minggu Farah tak boleh pillow talk dengan abang. Umi asyik suruh Farah rehat je. Lepas tu menyusu Nawal. Boring la. Lama sangat nak pantang pun. Semua kerja tak boleh buat.”

“ Itulah. Abang pun rindu you jugak. Tak pe umi suruh you rehat. You rehat betul-betul eh. Bagi sihat luar dan dalam. Nanti dah sihat abang bawa you and Nawal bercuti.”

“ Promise. "

“I'm promise honey. Abang bawak you and Nawal bercuti. You nak pergi mana? Nanti abang arrange kan.”

“ Okey. Nanti Farah fikirkan kita nak pergi mana. Bi.. Okeylah umi dah datang tu. Time untuk berbengkung and bertungku. Kejap lagi bidan datang nak berurut pulak. Jumpa you balik nanti.”

“ Okey. I pun ada kelas lepas ni. Kita jumpa lepas kerja. Peluk cium untuk Nawal. Peluk cium rindu dendam dekat you jugak. Cepat-cepat sihat. I miss you a lot. " pesan Hud dengan hati yang berbunga riang. Walaupun dia agak terkesan dengan tawaran yang terpaksa dia terima tadi. Namun demi tugas dia redha.

*****

Bagasi yang dah siap di kemas ditarik turun. Langkah kakinya lemah saja menapak anak tangga. Wajahnya juga sedikit sugul. Tak ada hat sebenarnya nak pergi. Namun apakan daya pagi itu dia terpaksa juga bersiap ke sana. Esok sudah bermula tugas rasminya.

“ Berapa lama kat sana Hud?” soal Tuan Halim sebaik Hud duduk di sofa. Bagasi besar dia letak depan pintu siap-siap. Dari belakang Puan Suraya mengekori sambil mengendong baby Nawal dalam dukungan dan diikuti Farah.

Hud mendongak pandang ayah. “ 3 bulan yah. Tengok pada keadaan.”

Tuan Halim mengangguk. “ Tak apalah, niat untuk pergi bekerja tu Allah akan permudahkan. Ayah doa semoga semuanya selamat.” pesan seorang ayah kepada anaknya. Walaupun Tuan Halim tahu Hud agak keberatan mahu menyambung tugas yang telah diamanahkan itu.

“ Terima kasih ayah. Sementara waktu ni, Hud pertanggungjawabkan anak dan isteri Hud pada ayah. Tolong bantu apa yang patut sementara Hud tak ada. In sha Allah siap semuanya nanti Hud balik. Hud minta ayah doakan Hud yang baik-baik ya.” ujar Hud. Tangannya dihulur bersalaman dengan Tuan Halim. Bahu tua si ayah dia paut dengan perasaan yang bercampur baur.

“ In sha Allah ayah ada. Hud tak payah risau dan susah hati. Ayah dan umi doakan semua yang terbaik untuk Hud dan keluarga kita.” ujar Tuan Halim dengan senyuman lembutnya.

Selepas melerai pelukan dengan Tuan Halim Hud bangun menghampiri Puan Suraya pula. Mata berkaca uminya ditatap dengan senyuman. Dia elus dan usap lembut sisi wajah Puan Suraya dengan kedua tapak tangannya. “ Umi.” seru Hud.

Berlinang terus air mata kesayuan Puan Suraya. Selama ini dia tak pernah berjauhan dengan anak ini. Tak pernah sekali dia meninggalkan anak ini. Tak kira di masa senang mahupun susah. Tapi kali ini hatinya tak kuat. Walaupun pemergian anaknya atas dasar kerja namun dia tetap resah dan risau.

“ Umi doakan Hud ye. Hud pergi tak lama. Ada masa Hud akan telefon umi. Kita facetime sama-sama. Umi jangan lah sedih. I'm okay. Hud kan dah jadi atta sekarang. Jadi Hud dah kuat. Umi tolong tengok anak dan isteri Hud aje. Lepas selesai semua kerja Hud balik.” pujuk Hud tenang. Ubun-ubun Puan Suraya dia kucup penuh kasih seorang anak.

Puan Suraya tak mampu berkata-kata. Suaranya seakan tersekat. Dia cuma mampu mengangguk saja. Wajah si anak dia cium bertalu. Pelukan kasih seorang ibunya didaratkan erat pada tubuh Hud. Lama sehingga Suasana menjadi hening dan Tuan Halim terpaksa meleraikan.

“ Sudah lah Su, sekejap aje tiga bulan tu. Pejam celik pejam celik Hud balik jugak. Kalau rindu nanti kita aje pergi melawat dia. Tak payah sedih-sedih. Karang terlepas pulak flight Hud tu.”

Puan Suraya melepaskan pelukan. Dia pandang Tuan Halim dengan wajah cemberut.

“ Abang apa tahu, saya tak pernah berpisah dengan Hud. Saya risau kalau apa-apa jadi pada dia. Kalau ada isteri tu tak apalah juga. Ada orang tengok kan dia. Ini dia kat sana seorang diri. Makan minum pakai rehat dia tak ada siapa yang jaga.” bebel Puan Suraya. Air mata yang berlinang di pipi di lap kasar.

“ Hud dah besar Su. Dah jadi suami orang pun. Pandai lah dia jaga diri. Kalau tak pandai tak ada lah keluar cucu awak tu. Dah sebulan lebih pun umur si Nawal tu. Kan Nawal kan. Atta tu dah besar. Kuat dan sihat pulak tu. Dia baik-baik aje kat sana nanti. Nawal duduk dengan atuk ye.” tegur Tuan Halim pada isterinya sambil mengagah baby kecil dalam kendongan Farah. Jari telunjuknya naik mencucuk pipi montel dan mulus Nawal Aisyah. Tersengih-sengih bayi kecil itu sehingga menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya seakan faham dengan kata-kata atuknya.

Hud tergelak mendengar sakat Tuan Halim pada uminya. Dia pun naik pening melayan kerenah si umi. Lebih teruk dari melayan Farah walhal kalau nak diikutkan Farah lah lebih risau berbanding uminya tu. Tapi sejenis seketul Farah tu sengaja dia tak tunjukkan perasaan risau dia pada suami. Dia mahu Hud berfikir yang dia sebenarnya baik-baik saja selama perpisahan seketika mereka. Bak kata isterinya. Dia redha dan dia tahu Allah akan menjaga suaminya itu dengan baik selagi mana doanya sebagai isteri akan di angkat dan di hijab.

Hud bergerak merapati Farah pula. Tubuh isterinya dirangkul seketika. Farah tersenyum lembut. Kedua tangan Farah hulur untuk bersalaman dengan si suami lalu ubun-ubunnya dikucup lembut setelah pelukan di leraikan.

“ Take a good care honey. I will miss you a lot. Much and forever. Don't naughty. Keep eye on Nawal. Sampai nanti abang call.” Farah angguk.

“ I will. Take care. Don't naughty too. I keep my eyes on you.” usik Farah dengan kenyitan mata pada Hud.

Hud tersengih lalu mencium kekura tangan Farah pula.

“ Thank for yesterday. See you soon.” membahang wajah Farah saat di ingatkan suaminya tentang perkara semalam. Dia menunduk bila perasan akan renungan mata umi di sebelah.

Habislah pasti umi membebel sekejap lagi ni. Bisiknya dalam hati sendiri. Ini semua salah Hud. Beberapa kali suaminya itu memujuk dan merayu. Sudahnya dia terpaksa mengikut kehendak si suami sementelah dia juga merindui lelaki itu semasa menghabiskan masa berpantang ini. Hari ni sudah memasuki hari ke 50. Tinggal baki lagi 50 hari untuk pantang bersama suaminya. Jadi dia tekad untuk menjaga diri supaya sihat dalamannya sehingga kepulangan Hud lagi tiga bulan.

Setelah berpesan-pesan dan memberi kata akhir buat semua Hud terpaksa berangkat pergi di hantar Barr memandangkan penerbangannya semakin hampir. Lambaian terakhir keluarganya kelihatan sungguh sayu terutama sekali saat berpisah dengan anaknya Nawal. Namun demi kelangsungan hidup untuk bayi kecil itu digagahkan juga hatinya.

*********

Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh kaum beragama Kristian. Thanks pada yang sudi tunggu WL update cerita ni. Thanks a lot yang support dan komen. Di doakan kalian semua selalu berada dalam rahmat Allah. WL pun tak tahu nak ucap macam mana. Tapi alhamdulillah akhirnya hari ni WL dapat juga siapkan sepenuhnya walaupun mengambil masa yang terlalu lama. Maaf andai semasa menyiapkan jalan cerita ni plotnya tak dapat memenuhi citarasa anda semua. WL telah mencuba sebaik mungkin. Salam sayang, Whitelily <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience