Bab 22: Bercinta

Romance Series 20182

Semilir laut yang bertiup lembut buatkan tudung Farah turut beralun sama. Seketika tangan naik membetulkan belahan tudung yang di tiup angin.

Hud Dan Farah duduk di kerusi batu bertentangan dengan tembok yang menghadap laut di depan. Menghabiskan sisa petang yang kian merangkak senja.

Nun di hujung pandangan ufuk merah langit nan jingga sudah kemerahan menampakkan warna. Camar laut juga kelihatan berterbangan bebas di tengah dada laut. Mungkin mahu pulang ke sarang.

Usai Hud habis seminar dia mengajak Farah keluar meronda-ronda dengan hanya berjalan kaki di sekitar kawasan hotel mereka itu saja. Setelah penat berjalan dan membeli barangan kaki di hala ke arah kerusi batu tersebut.

" Penat ?" suara orang disebelah bertanya.
Farah senyum segaris, lantas menggeleng perlahan.

" Kenyang?" tanya Hud lagi. Lepas turun dari hotel tadi Farah minta mahu makan. Jadi, dia bawa isterinya tu untuk food hunter di gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan ringan yang berkonsepkan pasar malam di salah satu tapak penjaja yang ada di sekitar kawasan berhampiran hotel.

Sekadar angguk, Farah angkat wajah pandang ke depan. Kelip-kelip lampu dari kapal, kenderaan darat serta banggunan padat yang kelihatan kecil di seberang tambak mewarnai pandangannya.

" Kenapa ni, sakit lagi?" soal Hud semula. Jemarinya mula menyauk tapak tangan isteri. Diusap perlahan seraya bermain dengan cincin belah rotan yang tersarung di jari manis wanita itu.

Cincin nikah yang bertanda tu buat dia jadi sebak dan serba salah. Manakan tidak, saat umi menyatakan hasrat mahu dia menikahi Farah, cincin belah rotan itu saja yang dia beri pada umi untuk bakal isteri walaupun dia lebih mampu beli dari itu, kerana tiada rasa yang mahu diharapkan pada perkahwinan tersebut.

Itu pun dia meminta Salwa isteri kepada Yousuf yang belikan. Padanya, cukup ia sebagai cincin untuk di buat tanda yang Farah telah jadi miliknya. Tak perlu beri yang mahal atau ianya ada sentiment pada si pemakai.

Kini, bila dia sendiri sudah jatuh cinta pada si pemilik cincin, dia jadi sedih sendiri.

" Saya okey. Janganlah risau. Dah makan ubat tadi." Farah kembali senyum. Dia memandang jemari Hud yang kemas bertaut di jemarinya sendiri.

Perlahan Hud angkat tangan mereka naik ke ribanya. Sebelah lagi tangan, Hud cuba melonggarkan cincin di jari manis kanan tu.

Setelah beberapa kali dipusingkan akhirnya cincin belah rotan tu terungkai dari jari. Hud ambil dan masukkan ke dalam poket seluar khakisnya.

Bulat mata Farah. Terkejut dia, hampir dia menjerit dengan reaksi Hud. " You, tu kan cincin kahwin I. Kenapa ambil balik. Buruk siku betul." marah Farah.

Hud tergelak. Wajah cemberut Farah menarik hatinya. " Ambik baliklah, I tak ada duit. Nak gadai." usiknya. Dia tayang muka slumber saja.

" Hah! You tak ada duit? " Farah kerut dahi. Tangannya yang dalam genggaman Hud di tarik. Sedih dan sakit hati.

" Isk, jangan gelabah boleh tak. I nak pinjam ring you ni. Nanti I pulangkan. Before tu, you ambil ring I ni pakai sementara. Kalau tak ada cincin nanti orang ingat tak ada hak sesiapa pulak. Kalau you kena curi, jenuh la I. " Cincin emas putih yang bertarah huruf H di jari manis tangan kiri dia cabut dan sarungkan pada jari Farah tadi.

" Nice here. " ujar Hud sambil mengusap lembut jemari isteri dan mengangkatnya ke mulut sambil mengucup lembut penuh kasih. Matanya memaku mata Farah. Menggambarkan perasan bahagia dan cintanya yang kian marak.

" H." Dia menyebut sepatah huruf yang terpampang bertarah atas plat cincin. Farah merenung cincin emas putih itu. Apakah maksud di sebalik abjad tersebut.

" Hud. Haura." Angguk Hud sambil senyum segaris. Nama depannya dan bagaikan jodoh ianya nama depan Farah juga.

" Jaga baik-baik kesayangan I ni. Please protect it like your own soul." pesan Hud lagi.

"Insha Allah. " Farah membalas senyum.

" Kalau I tanya something boleh?" Hud membetulkan letak duduk. Dia merenung Farah dari tepi. Tangan Farah dia genggam lagi. Mahu mengalirkan kasihnya yang tak bertepi tu.

" Kalau saya boleh jawab saya jawablah. Apa ?" berkerut dahi Farah.

" Boleh tak kita mulakan dulu perkenalan kita. Kita kan baru kenal. Memandangkan kita dah jatuh cinta sekarang apa kata kita start dari awal macam pasangan lain buat bila diorang start bercinta." Hud mencari anak mata Farah. Dia benar-benar maksudkannya. Dia berharap Farah akan setuju dengan ideanya.

Farah merenung ke dalam anak mata si suami. Seakan tak percaya apa yang di dengarinya tu. Betulkah Hud di depannya ini mahu memulakan perkenalan dengannya, sedangkan dia kini sudah sah menjadi isteri lelaki tu.

" Boleh atau boleh?" gesa Hud seakan memaksa. Dia jadi geram bila Farah berdiam. Ikutkan hati mahu saja dia cium mulut isterinya tu. Susah mahu dengar Farah bercakap. Kalau tak dipaksa jangan harap.

Farah tergelak. Nampak sangat seorang Hud di depannya itu kurang penyabar. Tergeleng kepala dia.

Hish dia ni! Umur dah nak meningkat ke tiga series pun perangai macam budak-budak.

" Macam mana tu? Saya tak ada basic lah bab cintan cintun ni." Farah garu kepala yang tak gatal.

Dia mana pernah bercinta. Dia tak tahu alam percintaan dua insan tu macam mana. Yang dia tahu kini dia mula sayangkan suaminya tu. Kalau sehari tak jumpa hidupnya akan jadi serba tak kena dan janggal.

Mana taknya, Hud suka cari pasal dengan dia. Suka juga mengusik dengan ayat-ayat menyakitkan hati dia tu. Dan kalau sehari Hud tak mengganggu dia akan keresahan. Itulah yang dia tunggu-tunggu setiap hari bermula dari awal perkahwinannya dengan Hud dulu.

" Seriuslah lady, you tak pernah bercinta ke dulu. Zaman sekolah ke zaman belajar ke takkan tak pernah?" tercengang Hud. Dia pamer riak terkejut.

Farah terasa panas. Geram pulak dia dengan suaminya tu. Betullah dia tak pernah bercinta pun dulu. Dia tu kan gadis yang pelik bak kata Zana kawan baik dia.

Ada ke patut Zana kata dia alien. Spesies alien yang cantik. Tapi perangai pelik. Bab hati dan perasaan ni dia memang tak tahu dan selalu jadi beku.

"Iye biy, saya tak pernah bercinta pun. Cinta monyet pun tak pernah. Boys are soooo boring. " senget mulut Farah. Farah menjatuhkan matanya memaku pandangan Hud di sebelah.

Dan ramai je yang kalau nak di ikutkan dulu time sekolah dan zaman belajar dekat Unisza yang nak mengorat dia. Tapi di sebabkan Farah ni kelihatan sombong dan juga garang memang tak adalah jejaka yang berani nak confront dengan dia. Semuanya balik dengan tangan kosong. Farah memang akan reject dari awal-awal lagi kalau ada budak lelaki yang nak mengorat dia.

" Amboi..boys are so boring. Ayat dia sombong betul. Kita tengok nanti boys yang boring atau girl yang annoying." Hud gelak besar. Saja cuba mengusik dan menyakat Farah.

" Girl lain mungkin kut annoying. Tapi saya lain. Dan saya memang tak ada rapat dengan mana-mana boys yang saya kenal. So saya tak taulah macam mana bercinta semua tu. Awak tu lainlah.. Umi kata player zaman belajar dulu. Semua awak sapu bersih. " sindir Farah. Geram bila Hud asyik provok dia.

" Kalau macam tu jomlah kita bercinta. Since kita ada lagi masa dua hari dekat sini, apa kata kita bercinta dalam mood honeymoon ni. Nak tengok jugak you ni kalau fall in love macam mana." sengih Hud sambil mengurut rahang.

Belum pun sempat Farah memberi respond tiba-tiba saja Hud bangun dari duduk. Dia mengalih badan menghadap Farah di belakang. Kepala dia toleh kiri dan kanan. Mungkin melihat keadaan sekitar.

Saat meninjau itu dia terperasan seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang berusia sebelas ke dua belas tahun yang sedang melalui pejalan kaki di hadapan tembok berhadapan kerusi batu yang mereka duduki tadi sambil berjalan membawa belon di tangan kanan dan membawa bakul yang entah apa isinya di tangan kiri.

Lantas, Hud berjalan merapati kanak-kanak lelaki itu. Farah tak sempat berkata apa apabila kelibat Hud sudah merapati kanak-kanak tu. Hampir bercantum keningnya memikirkan reaksi Hud.

Pandangan mata dia jatuhkan pada tangan kanak-kanak tersebut. " Adik jual belon eh. Tu dalam bakul jual apa?" muncung mulut dia ke arah bakul di tangan kanak-kanak lelaki tu sambil badan dia tundukkan sedikit menyamai paras ketinggian kanak-kanak tu.

"Jual belon dengan jajan bang. Ada coklat, mashmello, keropok, roti, kek pun ada. Bang nak yang mana boleh pilih. Belon pun ada. Saya bagi diskaun kat abang kalau abang nak ayat akak tu." terjuih mulut kanak-kanak lelaki tu ke arah Farah dengan sengih nakalnya.

Tergelak Hud dengar ayat budak tu. Namun cepat saja dia meneruskan niatnya.

" Bagi belon pink ni tiga dan coklat mashmello ni satu bekas. " setelah membuat pesanan Hud mengeluarkan tiga keping not merah lalu dihulurkan kepada si penjual kanak-kanak tu.

Kanak - kanak tersebut mengambil duit dan mahu memulangkan semula baki kepada Hud namun cepat saja dia menggeleng.

" Baki tu simpan buat belanja kau dik. Terima kasih."

" Ish, bang banyak baki lagi ni." terkebil-kebil budak tu pandang Hud seakan tak percaya.

Hud angguk sambil tangan menggosok lembut ubun-ubun dia. Dia tersenyum.

" Tak apa. Anggap je ni rezeki kau dik. " terus Hud berlalu dari situ dengan membawa tiga biji belon warna pink dan sebekas mashmello di kiri kanan tangan.

Elok je sampai depan Farah terus Hud tunduk depan isterinya. Bekas mashmello di sua ke depan Farah. Manakala belon di sorokkan di belakang badan.

" For my lady. Salam kenal dari saya Hud Fadhan."

Terkebil Farah. Namun muka yang tadinya sedikit cuak kini perlahan berubah kepada senyuman. Tergeleng dia. Merah dia rasa wajah dia waktu tu. Dengan keadaan sekeliling yang ada orang membuatkan Farah rasa nak lari je balik ke bilik hotel. Malu.

Huh! Macam kena lamar pulak dah gaya si suami dia tu.

Selepas beberapa saat tergamam barulah Farah tersedar. Laju dia mengambil bekas mashmello dari tangan Hud yang sedari tadi menunduk ke arahnya.

"Terima Kasih." mashmello bertukar tangan.

" I" belon berbentuk hati yang pertama di bawa kehadapan Farah. Hud senyum lagi. Melihat reaksi Farah yang tersengih bercampur riak tak percaya.

" Love" belon berbentuk hati yang kedua pula di bawa ke depan Farah.

" You" dan belon yang terakhir di bawa dan dikumpulkan bersama, kemudian dia mengisyaratkan Farah mengambil belon tersebut.

Beberapa orang yang sedang melalui kawasan tersebut senyum dan berbisik-bisik sesama sendiri apabila memandang ke arah gelagat dia dan Hud. Macam tengah tonton aksi drama k-pop pulak dekat televisyen. Sweetttttt sangat.

Farah geleng kepala. Merah berbahang wajahnya. Memandangkan Hud masih lagi beraksi seperti itu laju dia mengambil belon-belon berbentuk hati yang berwarna pink tu dari tangan Hud.

" Thank You mister." Farah tersenyum malu.

Dan dia kini percaya ayat 'falls in love' dari Hud tu.

Dan kalaulah Hud tahu siapa dia yang sebenarnya agaknya apa penerimaan Hud nanti.

'Hmmm' keluhan yang terasa berat dihela.

" Dah lewat sangat ni. Jom balik. Esok kita jalan-jalan lagi." Farah angguk lalu menyapu punggung baju di belakang badan setelah berdiri.

Hud Dan Farah berpimpinan tangan berjalan melewati tembok batu yang memisahkan air laut dengan daratan itu.

~~~~

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience