Bab 2: Kasih Yang Tak Bertuan

Romance Series 20182

" Farah. " tersentak dia. Fikiran yang menari tadi, segera menghilang di ganti dengan suara besar tu. Tangan yang tadi ligat juga melipat dan menyusun kini terhenti di tengah lungguk pakaian. Berbukit kecil di tangan. Kepala dipanggung. Mencari tuan punya suara.

Sekilas mata menangkap bayang tubuh yang bersandar sambil bersilang tangan di dada. Berdiri senget di bingkai pintu bilik. Bebola mata mencantum imej yang berada di depan. Bersongkok. Berbaju melayu. Berpelikat. Senyum nipis menarik dipinggir bibir. Common senses. A real ustaz then.

" Dah solat isya' ? "

" Belum. Habis lipat baju ni." Suara menjawab sambil tangan mengangkat kain di tangan.

Mata tuan yang bertanya pun ikut sama perhati ke arah pergerakan tangan orang di depan. Sekilas mata naik melirik ke arah osiris di tangan. Lapan lima puluh lapan.

" Tak baik lengahkan solat. Pakaian tu kejap lagi boleh sambung lipat." sarkastik nada tu bersuara.

Adeh. Farah telan liur yang terasa kesat di tengah kerongkong. Kena sound direct macam tu dengan ustaz kat depan ni pulak, memang masalah. Get a grip.. Get a rip..

"Baik uuustazzz..." Terus lunggukan pakaian di tangan di tolak ke tepi. Farah bangun menuju ke pintu bilik air.

Elok je kaki kiri pijak lantai tandas dia berpaling dan tuan ustaz masih senget menyandar. Kening naik terangkat. Dah kenapa jadi pak guard kat situ. Otak menyela. Nak tunggu aku sampai habis ambik wudhu ke? Ke nak tunggu sampai siap solat sekali. Whoa! Betul seram ni. Aura pak lebai sungguh la dia ni.

"Err.. Kenapa tunggu situ? Nak solat jemaah sekali ke? “

" Saja tunggu. Dan.. " sesaat Hud terjeda sebelum kembali melengkapkan ayat ".. saya dah solat. " senyum Hud.

Angguk. Farah terus masuk dan menutup pintu.

Err.. Farah ketuk kepala dengan getah paip di tangan. Keletuk.. keletuk.. dua kali. Apa benda la aku cakap ni. Farah geleng kepala sambil membuka pili paip. Fokus untuk berwudhu. Tapi kenapa senyum segaris tuan ustaz juga yang dia nampak. Hampir saja dia skip untuk berkumur. Huh! Parah. Hati tolong hati-hati. Pesan Farah.

Buat malu je ingat anak teruna orang. Mata tu dah kenapa asyik nampak je senyuman tujuh ratus megawatt tu. Grrrr..

Keluar dari tandas mata memerhati lantai depan pintu bilik. Lungguk baju dah berubah tempat. Berganti pula dengan sejadah berbulu baldu warna krim di situ. Tuan ustaz bentang ke? Huh! Selamat tak perlu nak bertanya arah kiblat. Sebab dah ada orang tu bagi tahu dan rajin tolong bentang sekali.

Pintu bilik pun dah bertutup rapat. Batang badan tuan ustaz yang menyandar tadi tu pun dah menghilang. Huh! Lega.

Selepas selak pintu dikunci dan mata dah mengenalpasti kawasan sekitar selamat serta tak ada pencerobohan barulah tangan laju menarik tudung bawal dari kepala dan diganti dengan telekung putih. Tudung, dia hampar kemas atas katil. Ya, dan dia bertudung di rumah mereka.

Tadi lepas saja usai solat isyak, terus dia habiskan saki baki pakaian yang belum berlipat tu. Semua pakaian tu dia susun serta sangkut dalam almari mengikut jenis-jenis kategori dan warna yang di sukai. Lepas tu, dia hampar cadar putih yang bergetah di setiap penjuru sebagai lapik. Kemudian menarik lagi sehelai cadar patchwork berbunga kecil pink dan berlatar dedaun hijau dari lipatan. Dihamparkan di atas cadar putih tadi. Kini, katil yang bertilam queen tu dah berlapik dan bersarung kemas. Dua biji bantal serta satu bantal peluk siap bersarung warna senada dengan cadar. Puas hati. Senang matanya menyapu sisi peraduan. Cantik. Kemas. Bersih.

Farah beralih pula pada meja kecil di sudut hujung bilik. Beberapa bingkai gambar dan barangan lain dikeluarkan dari kotak yang dia bawa petang tadi dari rumah sewa. Tak banyak pun barang yang dia bawa. Betul-betul pakaian, barangan kerja dan beberapa barang peribadi yang lain saja. Itu pun dah terasa seksa membawa dan mengemas dalam keadaan kelam kabut.

Tak ada ribut. Tak ada taufan. Malah tak ada angin pun. Tau-tau saja, dia dapat perintah suruh pindah macam tu. Tapi, tulah nak buat macam mana, nama pun isteri orang kenalah ikut suami. Duduk dekat dengan suami. Bukan ke berada di sisi suami tu besar pahalanya buat isteri?

Ya, dan dia baru pindah masuk ke penginapan yang baru ni petang tadi selepas sebulan bernikah dengan Hud Fadhan.

Kenapa sebulan? Lama sangat bagi yang baru bernikah. Kalau orang lain tak sanggup dah berpisah lama. Yela, dah orang tak pelawa tak kan dia pula terhegeh-hegeh nak meminta. Melawan arus prinsip namanya tu.

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersurat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang

Waktu itu..

" Assalamualaikum.. Apa khabar menantu umi?" suara Puan Suraya di balik talian bertanya.

" Alhamdulillah sihat. Umi apa khabar? Maaf ya, Farah belum sempat lagi lawat umi dengan ayah." balas Farah.

" Takpa. Umi faham. Farah, nanti cakap dengan Hud suruh dia singgah rumah umi petang ni ya. Umi ada masak lebih.. saja nak kirim pada Hud dan Farah. Umi dah cuba telefon Hud tapi panggilan tak aktif pula. " tambah Puan Suraya lagi.

Penat memasak berbagai jenis lauk pauk untuk kedatangan tetamu tapi alih-alih tetamu dia tak jadi datang dan 'cancel' kan pertemuan mereka 'last minute' pula. Sudahnya lauk yang melambak tu takkan nak di buang. Lantas mengingatkan anak menantu yang menetap sama daerah dengannya tu, membuatkan dia menelefon si anak tapi panggilannya tak berjawab pula.

Mendengarkan suruhan itu Farah terjeda. Nak bagitahu anaknya. Adeh masalah!

" Err.. " pelipis yang tak gatal di garu.

" Nak bagitahu macam mana umi, Farah tak ada nombor telefon Hud. " itu yang terlepas dari bibir.

Laju tangan naik menepuk kepala. Dia bakal bagi ibu mertua yang di balik talian tu 'cardiac and domino's effect' and, the rest is story..

Dan kini, yang membawa dia berhubung dengan tuan rumah ni melalui umi. Dengarnya kena ceramah juga. Tak dapat nak di pastikan kesahihannya.

Dan yang membawa seorang Farah dijemput ke rumah dan bilik ini akhirnya. Dan juga menjadikan dia officially serumah dengan tuan punya rumah ni.

Sambungan kerja yang terhenti tadi di teruskan semula. Ada dua buah bingkai gambar diletakkan atas meja ; satu berbentuk hati - gambar seorang Farah di hari konvokesyen.

Frame kedua berbentuk empat segi berkembar dua - gambar seorang Farah dan seorang Hud di hari pernikahan. Yang di kirim oleh abang chaq bersama-sama soft copy gambar semasa hari kejadian.

Lama gambar itu di sorot. Sepasang persalinan hijau yang tersarung di hari pernikahan mereka. Warna hijau pilihan si 'dia'. Yang di kanan gambar dia bersalam dengan Hud semasa upacara pembatalan wudhuk. Yang di kiri - gambar Farah seorang semasa majlis khatam Al-quran.

Nafas dihela perlahan. Akan adakah rasa itu di sebalik penyatuan ini. Atau hanya sekadar cerita antara semua kisah. Farah tak tahu. Dia hanya watak kecil di balik tadbir sang pencipta.

Akhirnya setengah jam kemudian bilik 'baru' Farah siap di kemas. Terasa perbezaan bilik itu dan bilik lama di rumah sewa. Rara, you've to adapt a new environment here. Otak menghantar maklumat..And a new Rara too terlafaz di pinggir bibir .

Tangan yang bersilang di dada naik berlari ke pangkal hidung. Mengangguk untuk menghadam. Welcome Mrs. Hud then. Benak turut mengiakan.

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience