Bab 49 : Anugerah Terindah

Romance Series 20182

Hud menapak masuk ke bilik. Bola mata mencari susuk tubuh sang isteri. Tak kelihatan. Namun, tiupan angin yang menerobos masuk ke bilik dari pintu balkoni buatkan dia menghayun langkah kaki ke sana. Senyum tujuh ratus megawattnya kembali melengkung di pinggir bibir.

Farah berbaju gaun malam biru tua sedang asyik merenung gelap malam yang pekat depan balkoni. Kedua tangan naik disilang ke dada. Bola matanya melurus ke depan pandang panorama perbukitan. Hembusan bayu malam tu membuai rambutnya yang lurus serta gaun malamnya sehingga beralun.

“ Lady!"

“ Hmm.."

“ Pandang apa? "

“ Pandang masa depan."

“ Ada nampak I ke? "

Farah menggeleng. Bola matanya masih melurus ke depan. Auranya tenang namun serius.

“ Nuh "

Kening Hud bertaut namun masih setia memasang telinga untuk mendengar bicara seterusnya dari bibir Farah.

“ I can see Nuh Firman . " Angguk Farah.

Kini bukan setakat kening yang bertaut malah dahi Hud sudah berlapis kedut juga. Makin tak faham.

Dah mana datang pulak lelaki bernama Nuh Firman tu! Tangan di bawa ke belakang kepala. Mengelus pangkal tengkuk yang mula terasa berat. Mulalah hati dan perasaan dia nak berkecamuk. Cemburu? Sudah pasti! Isteri kesayangan dia tu sebut nama lelaki lain kut! Tapi..

Hud memaut kedua belah bahu Farah. Matanya memandang tepat ke arah bola mata sang isteri di depan. Dia cuba senyum. Cuba untuk bersangka baik walau dalam hati tu jantung dah berpencak silat macam dekat malam pesta pembukaan balai raya Kampung Cenderawasih lagi dah. Riuh rendah dan gawat aje.

" Did I know that guy, hmmm?" ibu jari Hud mengusap lembut pangkal bibir yang kelihatan lembap dan basah tu. Dipagut seketika walau terasa Farah terkapai-kapai mengikut rentaknya. Tak di peduli. Ia sebuah denda kerana terang-terangan menyebut nama lelaki lain depan dia. Geram. Sangat geram.

“ Auch.. " Hud pegang dada sendiri. Terasa perit di tepuk dengan tapak tangan Farah. Tanpa fikir risikonya.

“ Mengada sangat. Rasa kan! Lain kali saya piat je telinga tu. Orang sebut baik-baik dia selalu fikir yang bukan-bukan." Farah membebel. Terus dipusingkan badan. Mahu melangkah masuk ke bilik semula.

Cepat saja tangan Hud menyauk tubuh yang sudah berisi tu. Di bawa ke dalam pelukan. Walaupun tak sepenuhnya dia dapat memeluk kerana terhadang dek perut Farah yang sedang berbadan dua. Kedua tangannya mengunci rapat belakang badan Farah. Hangat terasa tubuh tu.

Farah terasa nyaman. Diletakkan wajahnya ke dada Hud. Detakan di bahagian dada tu seperti irama nan sungguh merdu. Membuai hati dan perasaannya. Dia selesa.

" I love that name."

" Really?"

Farah dapat merasakan anggukan dari dagu Hud yang mengenai pucuk kepalanya. Semerta bibirnya merekah dengan senyuman dan tautan tangannya di pinggang Hud turut dikejapkan.

" Nawal Aisyah."

Farah mengangkat wajah. Anak mata Hud di cari. Sebaik kelihatan dari ceruk halkum tu, dia mengangkat kening bertanya.

" Don't worry, you'll be my ever queen." sengih Hud. Belakang badan Farah digosok manja.

" So, I'll think this month will be the last trimester. Shall we..." sengaja suaranya dileret manja.

" Where?" Farah bertanya polos.

" Can't wait to see either Nuh or Nawal soon. "

" Biii.. " gemaan suara Farah di balik dada Hud mengembang memenuhi seisi ruang apabila tangan Hud cepat saja menyauk tubuh Farah ke dalam gendongan dan di bawa masuk ke bilik semula. Sliding door di tutup laju dengan sekali tolakan kaki.

**********

Hud naik ke atas katil. Farah yang ralit dengan Mummy Daddy To Be di tangan diperhati. Dia menggeleng kepala. Semenjak bakal bergelar ibu, isterinya tu terlebih rajin membaca. Kadang-kadang sampai tak dihiraukan akan dirinya sampai makan hati berulam jantung di buatnya.

Hud meniup nipis ke pangkal leher Farah. Mengusik. Telatah Farah yang kegelian menyumbang senyum tipis dibibirnya. Namun mata Farah masih fokus pada halaman buku.

Hud terasa geram. Lantas buku di tangan Farah ditarik dan diletakkan atas meja sebelah katil.

" Awak.. Saya tengah baca buku lah." rengek Farah.

" Esok boleh sambung. I have something important more than that book." matanya melirik ke arah Farah.

Tanpa basa basi Hud menyeluk kocek seluar tidur. Dia mengeluarkan kotak baldu berwarna biru turqois. Jemari kanan Farah di raih dengan tangan kiri. Cincin piuter bertarah namanya dikeluarkan dari jari runcing isterinya.

" What are you trying to do?" jarinya dikeraskan menyebabkan Hud sukar untuk mencabut cincin tersebut.

" Honey.. Let me.. Please!" rayu Hud.

“What for? " Farah tetap keraskan jemari dia. Degil.

“ I want to replace it with a new one." akhirnya Hud membuka mulut. Kotak baldu berwarna biru turqois di tangan kiri di angkat ke depan Farah. Di buka dan jelas kelihatan set barangan kemas dari Tiffany and Co di situ. Dan senyuman tujuh ratus megawatt versi pencairan hati kelas satu tu tersungging di pinggir bibir.

" For my forever love."

Farah masih kaku dengan buku di tangan. Tiba-tiba air mata hangat mengalir menuruni ceruk pipi. Dia kelu. Tiada bahasa yang dapat diungkapkan. Anak mata si suami di cari. Dan Hud masih kekal dengan senyuman pencairan hati kasanova kelas satu tu.

“ I want to replace it with new one. Yang lama biar simpan jadi sejarah. I nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat you sebab sudi jadi kekasih halal I walaupun banyak perkara terjadi. Sudi mengandungkan zuriat I, dan bakal melahirkan anak-anak kita."

Sungguh dia terharu dengan ucapan tersebut. Jelas terpeta keikhlasan di wajah sang suaminya. Jari jemarinya naik mengelus air mata yang meleleh ke pipi.

“ Thanks for everything. " Hud mengucup lembut pipi dan dahi Farah usai menyarungkan cincin emas bertakhtakan berlian tersebut.

“ Cantik. Pandai abang pilih. Tapi, saya tak perlukan semua ni. Saya sayangkan abang dan family kita. Saya akan pertahankan apa pun yang telah kita miliki bersama." tangan kasar Hud diraih dan di kucup lembut. Anak mata mereka bersabung pandang. Suasana hening.

“ Apa yang I beri ni semua hak you. You deserve it. I takut dipersoalkan nanti dekat sana sebab tak jalankan tanggungjawab dan amanah yang I pikul dengan baik. Tak setanding pun dengan pengorbanan you untuk semua yang telah kita lalui. Ambillah. Hadiah untuk kelahiran pertama ni." tambah Hud.

Farah sedut nafas dalam. Tak tahu nak kata apa. Tapi dia menghargai pemberian tu. Diambil kotak emas Tiffany and Co. di atas katil tu dan dia tersengih sambil memandang Hud.

“ Kalau 5 kali kelahiran 5 kali ke dapat hadiah macam ni?" kotak tu digoyang-goyangkan depan mata Hud. Kedua - dua keningnya turut di angkat-angkat. Farah tersengih. Mulalah tu, akal dalam kepala dia berpencak yang bukan-bukan.

Hud gelak besar melihat akal si isteri. “ You sanggup pregnant sampai 5 kali? Kalau sanggup I tak kisah. Lebih daripada ni pun I mampu bagi."

“ Setakat 5 kali tak ada masalah kut. Asalkan dapat hadiah macam ni. Setiap kali kelahiran saya nak operation. Lepas tu dapat pakej pantang. Tiap-tiap malam awak bagi baby susu dan salin pampers sekali selama 2 tahun berturut-turut. I'm ready for it. Selang 3 bulan dari kelahiran pertama pun dah boleh on untuk baby seterusnya. " Farah buat muka menyakat.

Terbeliak biji mata Hud. Amboi permintaan bini dia tu. High maintenance betul. Kalau macam tu boleh bankruptcy di buatnya.

“ Sanggup betul you ni. Nak buat I bankruptcy ke? Macam I tak tahu, kalau operation tu setakat 3 kali aje boleh. " Hud geleng kepala. Licik betul isterinya permainkan dia.

Farah ketawa besar. Ingatkan suaminya tu tak perasan. Haih, nasib badan dapat suami terlebih concern macam ni.

" Ingatkan you tak perasan. " sengih Farah.

" Setiap kelahiran normal and I sambut. Yang lain-lain as you wish. Deal?"

5 kali kelahiran means lima kali dia kena jahit hidup-hidup! Mampu ke? Yang pertama ni pun belum tahu sakit kontraksi macam mana? Ah, tidak!!

“ Tak jadi. I tak sanggup nak hadap kena jahit nanti." menyeringai Farah pandang Hud. Tak dapat dia bayangkan macam mana hadap sakit kontraksi dan selepas melahirkan nanti.

" Tau pun. Ingatkan berani sangat tadi. Ada yang seorang ni pun I dah bersyukur sangat. You tak apa la bawak perut je. I yang sakit kepala hadap kerenah baby mengidam macam-macam." balas Hud. Dia membawa sebelah tangan ke belakang kepala. Farah ketawa geli hati. Buku di tangan di simpan ke atas meja katil.

“ Tau pun. Bawa perut pun penat tau. Ada masa baby you ni okey. Ada masa cheeky. Ada masa terlebih aktif. Macam-macam peel. But, it's okey. I love to be mommy. " badan di bawa rebah ke sebelah Hud. Farah mengiring sambil memeluk badan Hud. Dia meletakkan pipinya ke dada suaminya. Tempat yang paling selesa dia rasakan semenjak kembali bersama dengan lelaki tu. Hud menggosok lembut ubun-ubun Farah. Sesekali dia mengucup lembut kepala belahan jiwanya tu.

“ Sebab tu I hargai sangat pengorbanan you jadi isteri dan ibu untuk bakal anak-anak kita nanti. Tak ternilai sangat. I tak tahu nak cakap macam mana tapi I hanya mampu buat apa yang I buat sekarang ni. Terima kasih untuk segala-galanya. I love you lady. "

Dan Farah diam tak berkutik. Hanya dengkuran halus yang terdengar dari bibir mungil di sebalik dadanya. Kepala Hud angkat sedikit dari perbaringan dan nyata isterinya tu dah lena hanyut ke alam mimpi mungkin. Hud tersenyum senang.

*******

" Hud nak pergi mana tu? Ish.. budak ni!" jerit umi sebaik melihat Hud melangkah laju ke depan. Umi geleng kepala. Hampir senget bahunya memapah Farah di sebelah yang sedang sakit menahan kontraksi ketika keluar dari perut kereta.

Mereka sudah pun sampai ke perkarangan hospital petang tu sebaik Hud dan Farah tiba ke rumahnya sebentar tadi. Anaknya memaklumkan yang Farah sudah pun pecah air ketuban dan mungkin telah sampai masa untuk melahirkan. Jadi, mereka bergegas ke hospital untuk menemani Farah.

“ Mi.. Sakit Mi.. " tercungap-cungap Farah mencari nafas.

“ Kejap. Sabar ye sayang. Kita dah sampai ni."

“ Hud!" sekali lagi umi menjerit memanggil. “ Sini. Papah Farah. Kamu nak ke mana?" sebaik Hud berdepan dengannya dengan wajah kelam kabut.

“ Nak panggil doktor la."

“ Tak payah. Papah Farah terus masuk ke bilik rawatan tu." arah umi. Dia geleng kepala lihat keletah anaknya yang kelam kabut tu. Tahulah risau. Dia pun risau juga sebab Farah sudah pecah air ketuban. Bila-bila masa saja menantu dia tu boleh meneran dan melahirkan bayi.

Dengan gopoh Hud terus mencempung Farah dan meluru ke bilik rawatan di bahagian labour room tersebut. Setelah menghantar Farah ke dalam bilik rawatan dia terus mendapatkan jururawat di bahagian pendaftaran untuk mendaftar kemasukan isterinya. Usai semuanya Hud di minta masuk ke labour room bagi menemani Farah yang bila-bila saja akan melalui proses kelahiran.

Di tengah bilik Hud mula seram sejuk melihat Farah yang tengah berpecah peluh meringis kesakitan. Suara isterinya hampir serak menahan sakit kontraksi. Hud berjalan merapati katil Farah. Farah yang menyedari kehadiran Hud menangis. Dia mencapai tangan suaminya.

" Bi.. Sakit bi. Saya minta maaf untuk segalanya. Halalkan makan minum saya selama jadi isteri you."

Hud mengangguk sambil tunduk merapat dengan telinga Farah. Di ucapkan kalimah zikir dan bacaan ayat-ayat suci cuba menenangkan isterinya.

Benarlah kata umi, sakit melahirkan tu tiada tandingannya dengan kesemua kesakitan yang ada di muka bumi ni. Bila-bila masa saja nyawa boleh ditarik. Dan jika menemui ajal, syahidlah bagi para wanita yang melalui proses melahirkan tu.

Allahuakbar!

Sungguh dia insaf melihat. Terlalu besar sakit yang perlu ditanggung para wanita yang bergelar ibu. Sungguh berkuasa yang Maha Esa. Mengeluarkan yang mati dari sesuatu yang hidup, dan mengeluarkan yang hidup dari sesuatu yang mati.

Bunyi denyut jantung bayi semakin kuat dari mesin ecg di sebelah katil menyentak khayalan Hud. Suara petugas yang sibuk menyiapkan proses kelahiran bayinya juga kedengaran riuh. Dan Farah semakin tak mampu untuk mengawal kesakitan kontraksi.

" Puan, bukaan serviks hampir ke 10 cm ye. Tarik nafas dalam dan hembus perlahan. Once, I count until three you may push harder okey. Seem we are see the head now." ujar Doktor Erna yang mengetuai proses kelahiran Farah hari itu. Dia tersenyum mesra sambil mengusap lembut pinggul Farah setelah mengajar teknik meneran dengan betul.

" Encik, boleh bagi kata-kata semangat dekat Puan Farah. Bayi encik dan puan bila-bila aje akan keluar. Atau encik sendiri mahu menyambutnya?" soal Doktor Erna tenang walau dalam bilik tu kedengaran gamat dengan bunyi denyut jantung bayi yang kuat dan pantas dari mesin ecg serta bunyi alat-alat keluli yang disediakan oleh petugas yang turut serta dalam proses kelahiran tersebut.

Hud kaget. Nak sambut baby lahir?

Allah! Tengok darah pun dia pening. Nak sambut bayi pulak. Alamat dia pula yang ganti tempat Farah atas katil tu.

" Its okay doc. Saya serahkan semuanya pada doc. Harap semuanya selamat." Hud senyum dalam tegang. Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa dia risau.

Doktor Erna senyum mengangguk lalu meneruskan tugasnya menyambut kelahiran bayi pasangan muda di depannya tu.

Setelah hampir sejam Farah bertarung nyawa akhirnya bayi dia dan Hud selamat dilahirkan secara normal birth. Doktor Erna menyerahkan bayi yang telah siap dibersihkan dan dibedung tu kepada Hud untuk diiqamatkan.

Terketar Hud menyambut dengan perasaan teruja dan gembira lalu bayi seberat 2.94 kg tu didakap penuh kasih. Ciuman penuh hangatnya dilabuhkan pada pipi dan hidung mancung bayi perempuan tu. " Alhamdulillah. Welcome to the world angel." bisik Hud pada anak kecil yang lena dalam bedungan tu.

Termetrai sudah ikatannya bersama buah hati pertamanya sebagai bapa dan anak. Dalam dingin bilik tu, Hud dengan penuh kasih mengalunkan iqamat pada telinga bayinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan belahan jiwanya malam tu untuk melahirkan. Dia benar-benar bahagia. Inilah anugerah terindah di sepanjang hidupnya bergelar lelaki.

Setelah selesai Hud meletakkan bayinya ke dalam baby cot. Farah yang terlena dihampiri. Dia melabuhkan ciuman penuh kasih di dahi wanita tu. Dek kerana kulit wajah Hud yang dingin membuatkan lena Farah terganggu. Dia mencelikkan mata. Dapat dilihat wajah Hud dekat di depan dan lantas dia tersenyum walau wajahnya berkerut menahan sakit.

“ Bi.. Mana anak kita? “

“ Dah tidur dalam baby cot. Jangan risau ok."

“ You dah makan? Baliklah dulu dah lewat ni." ujar Farah. Dia nampak riak wajah Hud yang keletihan. Jam dinding di depan dikerling. Dah hampir sepuluh empat puluh tujuh malam. Hampir empat jam suaminya menemaninya di bilik bersalin tadi sehingga di tolak masuk ke wad biasa ni. Jatuh kasihan dia pada suaminya tu.

“ Tak pe, I OK je. Kalau I letih I rehat kat sofa sebelah ni. I nak jaga you and our angel. Thanks sebab sudi korbankan nyawa you kandung dan lahirkan zuriat I. " balas Hud sambil mencium kekura tangan Farah.

Sungguh dia bersyukur dan bahagia saat tu. Melihat wajah yang tersenyum payah menanggung sakit tu buatkan dia benar-benar insaf. Tak akan lagi dia ulang kesilapan lama. Kemaafan dari wanita tu akan di raih sampai bila-bila. Dia akan membalas segala jasa dan budi wanita tu selagi hayat dikandung badan.

" Dahlah, you rehat OK. Kejap lagi our little angel nak bangun menyusu. Nurse dah pesan tadi setiap dua jam you kena menyusu dia untuk mengelakkan baby terkena prolong jaundice. Lagipun susu you sekarang ada banyak kolustrum. Sangat baik untuk our baby dari terkena prolong jaundice tu. And, kalau tak ada aral esok dah boleh discharge tau. So, get your rest well and comeback for energetic tomorrow. " nasihat Hud. Dia mula membetulkan selimut dan stokin di kaki Farah. Setelah seketika, Farah kembali terlena. Hud membawa diri berehat di sofa sebelah katil isteri dan anaknya.

************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience