Bab 31 : Si Penggoda

Romance Series 20182

" Nah air ni. Minum buat basah tekak." Yusouf menghulurkan botol air mineral kepada susuk yang tengah duduk termenung di depan meja kerjanya. Hud menongkat kepala dengan tangan yang disiku pada meja. Mata dilarikan menghadap cermin tingkap. Seakan pandangan jauhnya tu boleh menembusi gentingan kaca tingkap tersebut.

Hud pandang air botol Dasani yang dihulur tu tanpa riak dengan hujung mata. Tak terasa nak menyambut. Di buat tak endah. Rambutnya diraup beberapa kali. Naik serabai rambut tu di buatnya di tambah lagi dengan tie yang dah senget benget di leher. Hujung kemeja biru tu pun dah terkeluar dari singkapan seluar slack di pinggang. Tak dipedulikan langsung.

Yusouf gelengkan kepala. Huluran air mineral yang tak bersambut tadi diletakkan semula atas mejanya.

" Kau serabut apa ni bro? Come on, let's spill." penutup botol air mineral Dasani kepunyaanya dibuka. Dihala muncung botol dan di angkat tiga puluh darjah ke arah mulut. Dengan lafaz bismillah, dia meneguk.

" Arghhhhh.."

Uhuk.. Uhuk!

Air yang baru masuk ke mulut kawan di depan tu nyaris tak tersembur. Dia hanya tersedak dek tak sempat nak telan saja. Kalau tak mahunya basah lantai bilik yang berkarpet bulu tebal tu.

"Aku suruh spill yang kau jerit dah kenapa? Ish, tak faham aku dengan kau ni!! " jeling Yusouf dengan geram. Tekaknya diurut perlahan. Cuba nak menghilangkan perit. Setelah itu, air botol Dasani dipasangkan penutupnya dan diletakkan atas meja semula. Ekor matanya mengerling aksi teman di depan. Masih statik beku dengan wajah serabut.

"Actually yang kau dengan minah genit kat dalam lift tadi tu sebenarnya apa kes?" buru-buru Yusouf tagih jawapan. Muka monyok Hud yang macam ayam berak kapur tu dia pandang. Tak dapat nak di cerna langsung sebab musababnya.

Hud jeling dengan ekor mata. Paras yang tadi monyok kini dah bertukar geram. Dia buat muka tak puas hati juga. Tapi sejak tadi dia tak bersuara langsung. Entah apa yang dia pendam pun tak tahu.

" Mulut macam punggung ayam!" herot bibir Hud berdecit.

Elok je lepas keluar dari terperangkap dalam lift tadi tu sebab gangguan bekalan elektrik di sekitar kawasan kolej mereka, terus lelaki yang bernama Hud Fadhan tu diam tak berkutik. Asyik tayang wajah beku dan keras saja sejak tadi. Yusouf yang ada depan lift menunggu dia dan Hannah diselamatkan terus bawa dia ke bilik rehat kolej mereka.

" Siapa minah tadi tu? Baik aje kau landing atas dia. Tu kalau lagi sejam technician tak datang repair lift dan elektrik tak bersambung entah apa jadi pun aku tak tahu. Atauuu.. kau memang buaya dulu bro? Banyak betul perempuan yang aku jumpa yang ada dalam life kau ni sejak kita kenal." bebel Yusouf. Dia bangun mundar mandir di depan Hud sambil tangan bersilang ke dada. Mukanya curious ingin tahu.

Desah nafas yang kuat buatkan langkah kaki Yusouf mati. Segera dia berpaling dan duduk depan Hud. Kut-kut lah lelaki tu mahu bersuara melenyapkan fikiran pelik yang bertandang dalam kepala dia dengan hal yang terjadi tadi.

" Bro, muka kau memang semak gila aku tengok. Kalau kau asyik diam macam ni masalah takkan selesailah. Kalau kau tak spill aku tak tahu apa pun. Aku bukan nujum pak belalang yang boleh teka apa yang ada dalam kepala hotak kau tu. Macam mana aku nak tolong kau." ulas Yusouf lagi seraya menepuk bahu Hud. Dia sendiri naik kusut tengok reaksi Hud waktu tu.

Suara Yusouf berlalu bagai angin lalu saja di tepi telinganya. Dia yang termangu bila ditepuk melangut pandang wajah teman di depan. Lemah saja gayanya.

" Okeylah, macam ni.." Yusouf sendiri tarik nafas dalam. Penat dah dia dok bertanya dan mencadang segala benda. Sudahnya Hud tetap diam. ".. apa kata kau balik dulu. Rehat. Solat. Makan apa semua. Malam nanti kita jumpa kat tempat biasa. Lagipun dah lama kita tak lepak-lepak dekat mamak kan. Kau balik tenang-tenangkan diri dulu." pujuk Yusouf. Sekali lagi bahu Hud dia tepuk. Cuba menghadamkan nasihatnya pada si teman.

" Aku ada kelas lagi pukul tiga ni." Alba di tangan diangkat sambil mata menilik angka yang tertera.

" Macam tak biasa. EL jelah. Nanti aku bagitau dekat Tuan Raziq. You may go now! " Yusouf bangun dari duduk. Berdiri tegak dan mula berjalan ke belakang Hud. Tangan naik menyentuh kepala kerusi. Perlahan disorongnya kerusi beroda yang diduduki Hud sampai depan pintu bilik rehat tu.

Hud tergelak. Dia gelengkan kepala. Dengan malas dia berdiri dari kerusi. Punggung seluar dikibas dua tiga kali. Pinggangnya pula dipusingkan ke kanan dan kiri sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang berlaga. Kedua tangan dijulang ke atas seperti menggeliat. Tengkuk juga dipusingkan ke kanan dan kiri. Menghilangkan lenguh mungkin. Kaki yang melangkah berhampiran pintu mula mendengar suara Yusouf berbicara kembali.

" Bro,"

" Hmm.." tengkuk di bawa berlipat ke belakang memandang Yusouf yang tersengih seperti kerang busuk saja. Tangan yang tergantung pada tombol pintu di biarkan. Tak jadi memulas.

" Nak tahu cara paling berkesan untuk hilangkan stress tak? “ masih tak padam riak sengihan pada wajah si teman. Kedua keningnya diangkat double jerk. Kedua tangan dimasukkan ke dalam saku seluar. Rupanya pula dah ala-ala lelaki miang aje. Pervert!

Tanpa suara mahupun nada. Hanya kening yang terangkat bertanya.

" Balik rumah balaslah seround dua.. Confirm hilang stress,"

Dengan tak ada riak bersalah Yusouf tersenyum. Tangan kanan diangkat lalu dibengkokkan ke bahu. Gaya ahli gusti bina badan.

" Nak makan pakai straw ke hapa?" mencerlung tajam wajah Hud pandang Yusouf. Sekilas terus tombol pintu dibuka. Dia meloloskan diri dari balik pintu.

Eleh berlagak suci pulak dia! Hud.. Hud..

****

Farah sibuk mengemas buku-buku latihan dan kertas-kertas contoh soalan peperiksaan sejarah di bilik guru lewat tengah hari tu. Dia yang baru balik dari solat zuhur di musolla sekolah terus menuju ke bilik guru memandangkan hari tu hari Rabu di mana hari kokurikulum sekolah diadakan.

Memandangkan dia mengajar pelajar tingkatan lima pada tahun tu, maka dia tak diwajibkan untuk mengikuti kelas kokurikulum yang diadakan. Jadualnya penuh dan sibuk diisi dengan kelas tambahan dan sesi kaunseling untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

" Assalamualaikum cikgu Farah," tegur Kak Ida iaitu kerani pejabat sekolahnya. Wanita berbaju kebaya biru tu tersenyum saat mata Farah melawan pandang dengannya.

" Waalaikumsalam. Ye Kak Ida ada hal apa? “

“ Tak ada hal apa. Ni akak nak bagi surat ada nama cikgu ni. Kejap tadi budak skynett hantar kat meja akak. Nampak ada cop Urusan Paduka Baginda kat nama cikgu tu yang akak langsung ke sini. Mesti surat urgent ni. Ambik lah,"jelas Kak Ida panjang lebar. Sampul surat coklat tu bertukar tangan.

Farah menilik muka depan kertas coklat di tangan. Sebesar alam dah ditulis dengan dakwat hitam bercetak terang URUSAN PADUKA Baginda. Mata dilarikan pada tulisan yang bercetak nama Haura Farah Khadeeja Habiibussuffian. Dah tentu-tentu isinya surat rasmi.

" Terima kasih Kak Ida. Ingat balik nanti baru nak singgah kat meja akak. Terima kasih tau." senyum Farah.

" Sama-sama. Alah tak ada apa. Bukannya jauh pun pejabat dengan bilik guru ni. Sepelaung aje." sengih Kak Ida melebar dari tadi.

Farah mengangguk senang. Usai Kak Ida kembali ke bilik pejabat tangan laju menarik sampul surat coklat tersebut. Dicapai plat pembuka surat yang berwarna silver dari cawan mickey mouse yang penuh dengan alat-alat tulisnya tu. Plat pembuka surat dilarikan ke celah kepala surat yang elok rapat digam. Dengan berhati-hati Farah memotong hingga ke hujung.

Isi kertas warna putih ditarik keluar. Perlahan kornea matanya menyapu isi surat yang bercetak tulisan time new roman saiz 15 yang di hitamkan sebagai tajuk surat.

SAMBUNGAN SEMULA KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA (MASTER) PENDIDIKAN MAKLUMAT SESI JANUARI 2017/2018.

Farah meraup wajah yang mulai tegang. Lama kertas putih bersaiz A4 tu ditenung. Tak lama dia memasukkan kembali surat tu ke dalam sampul coklat yang di biar tersadai atas meja kerjanya.

" Surat dah sampai. Hmmmm ada masa sebulan je lagi." hati kecilnya berbicara sendiri. Farah mengetuk jari jemari pada meja. Otaknya ligat berputar. Pelbagai kemungkinan yang ada dalam kepalanya saat tu.

Sekilas, Sheen ditangan dilirik. Kepalanya yang tak gatal digaru. Habis senget benget tudung bawal Ariani yang dipakai tu. Dibetulkan semula lipatan tudung di depan stand mirror yang ada atas meja. Memang sengaja cermin kecil tu dia letak atas meja. Senang nak betulkan tudung. Farah kalau bab make up tak sekata dia tak peduli tapi jangan di buat main kalau bentuk tudung tak muncung helok, maunya dia jadi singa betina bak kata cikgu Anis si temannya.

Farah kemudian bangun menyimpan surat ke dalam beg sandang hitam yang di bawanya. Siap berkemas ala kadar Farah membawa beberapa buku yang dah siap disusun bersama pencil case belang-belang warna merah hati ke dalam dakapan. Kaki dihala ke muka pintu. Mahu menuju ke kelas tambahannya petang tu.

******

Farah baru usai mandi lepas pulang dari sekolah. Dia yang kebasahan kerana terkena hujan yang turun dengan tiba-tiba ketika mahu menuju ke kereta. Lalu, saat tiba ke rumah dia terus mandi.

Farah menyanyi kecil sebaik keluar dari bilik air. Mengenakan bathrobe berwarna merah jambu sambil ralit mengelap rambut yang basah dengan tuala kecil di tangan.

Semua yang ada ada pada dirimu,

Membuat aku ku aku jatuh cinta,

Come on baby,

Say you love me,

Say you love me,

Love me! Love me!

Si Pencuri Hati! Ayda Jebat!

Tanpa sedar aksinya diperhatikan seseorang di depan pintu kamar.

Hud menggeleng kepala. Aksi Farah yang keluar dari bilik mandi tu mengejutkan Hud. Tak pernah kalau dia ada, isterinya tu lepas mandi nak berbathrobe. Selalunya siap keluar dengan pakaian lengkap. Rahang diusap perlahan sambil memerhati.

Menyanyi! Suara pun not bad!

Hud menelan air liur sendiri. Mata tak mampu menghalang dari melihat aksi bebas si isteri. Dengan titisan air rambut yang menitik membuatkan kepalanya memikir yang tidak-tidak. Mulalah otaknya berfikir di luar alam.

Sekilas, mata di bawa merentas ke luar tingkap. Hujan lebat yang mencurah pada atap dan cermin tingkap saat dia sampai ke rumah tadi masih lagi belum mahu berhenti.

Dan suara Yusouf tadi bergema semula di deria pendengarannya.

".. balik rumah balaslah seround dua.. Confirm hilang stress.. "

Saat kaki Farah mahu melangkah dia terkejut dengan susuk yang elok je berdiri depan pintu bilik dengan wajah tercengang.

Huh! Ingatkan siapalah tadi. Dadanya diurut perlahan.

" Eh, bila biy sampai?“

Dan suara Yusouf hilang berganti dengan suara lunak di depan.

" Baru je sampai. Kenapa tak kunci pintu?"

Farah menapak rapat menghampiri Hud. Tangan dihulurkan mahu mengambil beg di tangan si suami. Elok saja dia letakkan ke sofa di sebelah pintu, tangannya menghulur untuk bersalaman. Rutin biasa yang di lakukan olehnya apabila menyambut suami pulang dari kerja.

Farah tayang sengih. " Lupa."

" Lain kali make sure dah masuk rumah atau bilik kunci pintu dulu. Utamakan keselamatan. Jangan cuai." bebel Hud. Dia berjalan ke tepi sofa. Melabuhkan duduk dengan santai sambil menarik tie melepasi kepala.

Farah mengangguk lalu ikut duduk disebelah. Tie yang dicampak ke tepi di ambil dan digulungkan. Kemudian diletakkan ke dalam bakul kotor di sebelah sofa.

Sejenak Hud mengerling isterinya disebelah. Wajah segar Farah membuatkan ayat dalam kepala saling bertingkah dengan ayat Yusouf tadi.

No! Yes!

No! Yes!

Serabut dan stress bersatu. Rasa nak saja dia jerit pada gangguan suara Yusouf yang mengganggu benak. Dan akhirnya,

" Nak goda I ke apa ni? Suara seksi.. Rambut pun wangi.." usik Hud. Kemudian tangannya naik menyentuh rambut basah Farah yang berharuman yogurt buah-buahan.

Erk!

" Mana ada.." Wajah Farah tiba-tiba kejung. Paras muka yang tadinya slumber kini perlahan bertukar merah. Bagai udang kena bakar. Tarian tangan dengan tuala yang berlari dicelahan rambut ikut terhenti. Saraf telinga dia juga sama naik mengembang dengan ayat Hud.

Damn!

Mata di bawa turun ke badan sendiri.

Alamak!

Mata sendiri tunak pada bathrobe merah jambu yang tak berapa kemas ikatannya. Lantas, hujung mata naik mengerling orang yang di sebelah. Sengihan nakal yang terbit dari lengkung bibir tu membuatkan jantungnya berdegup laju tak semena.

" You've show me!"

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience