Bab 1: Pernikahan

Romance Series 20182

Lewat petang itu majlis akad nikah pun selesai. Majlis hanya di hadiri sanak saudara terdekat dan keluarga kedua belah pihak saja. Tak ramai jemputan pun. Itu permintaan keluarga perempuan. Lebih kepada permintaan pengantin perempuan sebenarnya kalau nak di ikutkan.

Hujan renyai yang pada awalnya turun kini mulai lebat. Dua khemah yang terdapat di anjung rumah itu riuh rendah dengan suara sanak saudara. Ada yang sedang makan. Ada yang ke hulu kehilir mencari tempat. Ada yang duduk berborak. Suara-suara sumbang dan pujian pun tak kurang melatari suasana.

~ "Segak sungguh pengantin tu. Sweet couple betul. Terdengar pujian.
~ " Tak padan langsung diorang tu. Yang sorang duda yang sorang anak dara. Rugi betul Rara. " sok sek ada yang bercerita.
~ " Manis berseri je pengantin. Bagai pinang di belah dua." kembali suara yang lain.
~ " Buta kut Rara tu ada anak teruna nak kaut jugak yang duda" - yang mencerca pun tak kurangnya.
~ " Gatal nak berlaki dah tu. Tu yang tak menyempat cari hat teruna." - mendengar yang lain pula menambah perasa.

Seorang Hud hanya memekakkan telinga. Tanggapan dan persepsi manusia memang tak boleh nak dengar. Suka nak menghukum tanpa tahu duduk perkara yang betul.

Perkara yang negatif jangan ambil peduli! Itu prinsip seorang Hud. Itu yang di dengar yang belum, dia tak pasti. Allahuakbar. Fitnah akhir zaman.

Rata-ratanya banyak yang negatif dari positif. Tapi apa pun seorang Hud tak mahu ambil peduli. Namun, penerimaan hati seorang isteri bagaimana? Mampukah? Heh, sejak bila concern sangat ni? Bukan hari tu kata pernikahan ni sebab ayah dan umi? Bukan sebab memang nak nikah? Bukan sebab cinta ke apa. Tapi bukan la sampai kena paksa pulak. Umi bagi cadangan dia terima sahaja la. Malas panjang-panjang cerita.

Teringat tadi...
Sejuk ketar tangan dia yang menggenggam tangan tok kadi di depannya tu tak boleh nak kata apa dah. Seluruh perhatian tertumpu pada dia. Nak pulak, lighting lampu dari pelamin mini kat depan dia tu. Menyerlah sangat. Memusat seluruhnya pada dia. Baju melayu moden mint green yang tersarung siap bersampin bertenun songket di badan tu terasa dingin dek peluh. Panas semacam. Aircond di ruangan tu macam tak cukup support saja rasanya. Yelah tu Hud! Kau punya ketar tu macam first time nak akad nikah. Kalah masa dengan Sarah dulu tu aja. Eh, dulu tu lain. Cinta setulus hati. Cinta Pertama. Kekasih pujaan. Muka tok kadi yang tunduk sambil menyemak helaian kertas di tangan mendongak naik. Dia tersenyum penuh makna. Takkan lah tok kadi tu tak tahu status seorang lelaki yang tengah berjabat tangan dengannya ni. Tapi lagak seorang Hud macam kali pertama pulak nak berjabat terima tanggung dan jawab. Haih.
Namun, alhamdulillah dengan sekali lafaz seorang Hud Fadhan sah menjadi suami kepada Haura Farah Khadeeja Habibussuffian. Walaupun pernikahan ini tanpa bibit-bibit cinta antara keduanya tapi urusannya tetap di permudahkan oleh Allah Azzawajalla. Barrakallahu laka wa baraka a'laika wajama'a bainakuma fill khair. Semoga kekal bahagia hingga ke sana. Ameen. Teringat juga tadi, masa upacara penyerahan mas kahwin pun sama. Sejuk dan terketar seluruh badan. Macam nikah kat kutub utara pulak. Tapi ada ke manusia nak nikah kat tempat beruang kutub punya habitat tu? Baru bersentuh tangan je pun. Terus Hud rasa badan beku biru macam dalam watakanimasi frozen tu. Beku dek salji. Tak apa la sana tu ada salji. Ni Malaysia. Mana ada salji. Kut hujan batu ada!
Apa dah jadi Hud? Berderbar tak tentu pasal. Sejak bila ada penyakit anxiety ni.

Nak kalungkan rantai leher kat bidadari dia si Farah tu pun satu hal. Hampir tak tercangkuk mata rantai kat tangan dengan tangan yang satu lagi.

Bau wangian Marc Jacob - Daisy, si Rara buat dia hilang fokus. Nasib tak tumbang masa tangan tengah beraksi.

Tapi tula, masa yang sepatutnya tak sampai lima minit tu dah jadi sepuluh minit. Terkial-kial Hud. Sampai umi bangun dari duduk punya la nak menolong dia.
Kes ketiga pun masalah juga. Masa Farah tunduk cium dia punya tangan tu Allah saja yang tahu. Macam ada renjatan elektrik kena tangan. Subhanallah. Menggeletar habis. Jangan kata saraf dalam badan dia rosak kena short dek current! Siap boleh nampak urat hijau kat tangan lagi. Tapi Hud tengok riak muka Farah tu slumber je. Macam tak ada perasaan. Eh, dia ni alien ke? Spesies homosapien?

" Dah tu cium la isteri tu cik abang oii. Jurukamera nak ambil gambar." Suara entah mak cik mana yang bunyi mengejutkan lamunan Hud. Tak perasan dia boleh melamun masa tu. Tangan Farah tu elok je dia pegang tak lepas lagi. Kelam kabut Hud cium dahi isteri. Haih. Parah betul macam ni.

Kejadian seterusnya bila kena paksa pulak ambil gambar. Dari beramai ramai dengan keluarga, rakan-rakan dan akhir sekali berdua.

Tadi tu ramai-ramai hilang la sikit gementar Hud. Ni balik dah tinggal berdua je. Dia punya awkward tu tak boleh nak elobrate langsung. Rasa keras kejung badan Hud.

Yang jurukamera tu satu hal pulak mengarah posingnya dengan pose macam apa-apa je. Nasib Farah selamatkan keadaan." Abang chaq, cukup la tu nak suruh posing pon. Kami dah lapaq ni." sengih Farah .

" Lah.. Makan tu satgi pun boleh. Tangkap la gambaq dulu buat kenangan. Bukan senang abang chaq nak jadi jurukamera nikah kahwin hangpa ni." Balas lelaki depan Hud dan Farah tu.

Kamera DSLR hitam di tangan di angkat lagi separas muka." Dah cepat. Jangan nak banyak kore pulak. Tangan tu.. Hang pegang la pinggang laki hang. Duduk jauh sebatu pasai pa? " arah abang chaq lagi.

Tangan lelaki yang Farah panggil 'abang chaq' tu duk menghayun tengah udara mengarah posisi Farah dan suaminya.

Belum pun sempat abang chaq tekan butang capture Farah tarik lengan Hud. Hud terpinga sambil pandang Farah tak faham. Kelam sampai tak boleh nak hadam keadaan. Mata dia bertanya. Mata Farah juga spontan membalas isyarat pada Hud supaya lari ke tangga.

Terus Hud buka langkah laju. Berhinggut nafas dan kedua bahu Farah dan Hud berselang seli masa sampai dalam bilik tingkat atas. Lari punya pasal. Heh! Jangan harap Farah nak ikut arahan 'abang chaq' aka jurukamera tu.

Gila nak suruh posing macam-macam kat tengah ramai umat tu. Bala sungguh!

Memang la dia dah sah jadi isteri Hud tapi mereka semua tu tak tahu pun kisah yang sebenarnya. Dada dia ni macam nak pecah kena serang dengan hormon adrenaline rush yang bersimpang siur kat dalam tu. Kena attack dan ambush bertalu-talu.

" Awak rehat la dulu. Saya turun bawah kejap ambilkan makanan. Awak belum makan lagi kan?" beritahu Farah selepas hampir lima saat mereka berdiam diri.

Hud alih muka pandang Farah di sebelah kiri dia. Baru dia perasan yang mereka masih berdiri berselisih bahu lepas lari dari adengan menangkap gambar tadi.
" Eh tak apa ke saya rehat sini. Nanti tetamu cakap apa pulak."

" Tak apa. Nanti saya bagitahu ibu." laju tangan Farah pulas tombol pintu dan menghilang di balik pintu.

Elok je Farah pergi, dia menapak ke katil sebelum songkok di kepala ditarik dan diletakkan di atas meja solek. Kemudian tangan berlari laju membuka butang baju melayu seterusnya ikatan sampin di pinggang yang berbunga tu dirungkai. Sampin di tarik melepasi kaki kiri dan dilipat menjadi empat sisi kemudian di letakkan atas katil depannya.

Perlahan Hud rebahkan badan atas tilam yang bercadar hijau daun tu. Tangan di bawa naik atas kepala sambil sebelah lagi di rehatkan atas perut. Dia pandang ke sisi tingkap bilik tu. Titik-titik hujan masih lagi silih berganti membasahi bumi. Tak nampak macam nak surut pun.

Kalau hujan macam ni memang sesuai sangat lah kalau nak lelapkan mata barang seminit dua. Dan memang terasa berat sangat matanya tu pun.

" Awak. Awak bangun." teragak- agak tangan Farah goncang bahu Hud. Ish! Dia ni tidur ke pengsan?

Hud rasa macam ada benda sedang goncang badan dia dengan kuat. Tapi Hud buat tak tahu. Dia rasa mengantuk tahap petala ke lapan sangat ni. Mata dia makin dikatup rapat.

" Hud. Hud. Hud bangun la." Farah dah tak boleh tahan terus dia tarik telinga Hud.

Kelam kabut Hud bangun dari baring. Kepala terasa pening bila kena sergah kuat macam tu. Nak pula telinga dia kena piat. Lantas, mata menyorot pada tubuh di depan. Akal menyela. Farah! Isteri yang baru dinikahinya tadi.

Bila dah duduk, nafas di tarik dalam untuk menambahkan oksigen yang baru. Kemudian di lepas perlahan. Automatik tangan naik meraba telinga yang kena piat tu. Perit dan pedih.

" Sorry. " tangan kanan Farah naik menggaru pelipis yang tak gatal. Rasa bersalah. Nak tergelak pun ada tengok mimik wajah di depan tu. Blur semacam. Tapikan, apasal hensem pulak mamat ni dia tengok walaupun rambut tu dah serabai bangun tidur. Alahai!

Dengan mata yang masih kuyu. Muka ala mamai semacam Hud bertanya "Kenapa?"

Farah masih menilik orang di depan. Sampaikan Hud bertanya pun dia tak perasan. Hud pelik. Digawangkan tangannya dua tiga kali depan mata Farah sambil memanggil.

" Farah. Farah." Ish! Dah kenapa isteri dia ni? Tenung orang macam nak tembus. Boleh pulak tak dengar dia panggil. Hud sentuh bahu si isteri agar Farah tersedar ke alam nyata.

Tersedar Farah ke alam realiti bila Hud sentuh dia. Mata di pejam celik dua tiga kali. Alamak, kantoi pula usyar anak teruna orang. Ibuuuu malu! Jerit Farah dalam hati. Padan muka! Tak menyempat sangat usyar anak teruna orang kan. Tahu la dah jadi suami. Boleh pula depan-depan dia berangan. Kutuk hati dia sendiri.

Nak tak nak Hud bertanya semula pada orang di depan. " Ya, awak."

Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Huh! Apa ke pelik punya soalan. Bebel Hud dalam hati. Dah la kepala dia rasa pening kena sergah tak hilang lagi. Dah tu keluar pula soalan tak berapa nak soalan macam ni.

" Saya tanya awak kenapa gerak saya tadi? "

"Oh.. Err, Umi and the rest dah nak balik. Jumpa la diorang dulu." tergagap Farah sambil berpaling menghadap pintu bilik. Bersedia nak menapak keluar. Nak sorok muka sebab muka dia dah merah macam kena simbah sos tomato cap arnab.

Hud angguk. Lantas, Casio di tangan ditelek. Patut la pun! Dah dekat pukul enam. Hud bangun dari katil dan ikut menapak Farah di depan.

*******

Semua mata tertumpu ke arah Hud yang baru turun dari tangga tu. Dia nampak umi dan ayah sedang senyum pada dia. Naik segan pula Hud. Ibu dan abah Farah pun ada dekat sofa tengah tu sama juga tengah perhati dia. Ahli keluarganya yang lain semua dah tak nampak bayang. Mungkin dah balik.

"Umi dengan ayah dah nak balik ke? Mana yang lain." seraya mata menyapu ruangan tersebut.

" Yelah umi dengan ayah nak balik dah ni. Jam pun dah pukul berapa. Orang sibuk raikan dia boleh pulak dia berehat dekat atas." ujar umi menggeleng. Geram dengan tingkah anak.

Dush! Umi menyerang tepat kena batang hidung. Hud sengih.

" Ok la. Ayah dan umi gerak dulu. Nanti jangan lupa bawa Farah datang rumah." pesan Encik Halim.

Hud angguk sambil menjeling orang rumah di sebelah yang tengah bersalam dengan umi. Amboi sakan umi peluk cium menantu macam tak boleh jumpa dah lepas ni.

" Farah ada masa nanti jemputlah singgah rumah umi ye.Jangan dengar sangat cakap Hud. Dia banyak alasan. Kerja banyak la tak ada cuti la." pesan Puan Suraya.

" Insha Allah umi." senyum Farah .

" Jaga menantu umi ni baik-baik. Hud jangan macam-macam ya dengan dia. " pesan umi lagi.

" Ya umi. Saya yang menurut perintah. " balas Hud sambil tunduk hormat. Kemudian, Hud tarik senyum terpaksa. Nampak sangat di buat-buat.

Tergeleng-geleng kepala Puan Suraya. Perangai tak berubah. Umur dah banyak pun masih buat perangai macam budak tadika.

Mereka bersalaman sebelum menghantar ke perkarangan rumah. Melihat umi dan ayah Hud pulang. Berpelukan dan menitip ucapan akhir pada keluarga bisan.

Harapnya lepas ni perkahwinan Hud akan bahagia. Walaupun Puan Suraya tahu Farah bukanlah pilihan hati Hud. Namun dia nampak ada sesuatu dalam diri Farah yang boleh buat Hud bahagia. Yang boleh ubah Hud ke masa depan yang lebih cerah. Dia tahu Farah mampu berikan yang terbaik untuk Hud.

Semoganya, ada pelangi yang akan menghiasi di balik tabir hidup si anak. Dia sudah penat melihat penderitaan Hud. Biar, biar sahaja mentari yang mewarnai setiap duka Hud. Jangan ada lagi malam. Malam yang gelap dan membawa lara dalam dunia permata hatinya. Duka Hud, duka juga hatinya. Doa yang panjang dan tulus dititipkan agar semuanya sejahtera dan diredhai.

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience