Bab 18: Kerana Simpati

Romance Series 20182

Perlahan pintu bilik kecemasan tu Barr tolak. Mata ditebar sekeliling mencari gadis yang terbabas dengan dia tadi.

Suasana bilik kecemasan sedikit kalut. Para doktor dan jururawat semuanya berjalan laju. Masing-masing sibuk merawat pesakit. Pesakit pula ada yang terlantar, ada yang menjerit kesakitan dan ada yang tenang ketika terima rawatan. Semunya sibuk dengan keadaan masing-masing.

Nun, di hujung sudut kelihatan seorang gadis dengan kain kasa berbalut separuh kepala tengah bersandar atas katil sambil mata terpejam rapat dengan tangan kiri bersarung anduh juga.

Barr perasaan baju yang gadis tu pakai tadi masa buka pintu kereta nak selamatkan dia. Blouse polka dot biru putih. Seluar pula, palazzo biru black . Langsung, Barr arah tapak kaki ke katil tu. Sebaik kaki merapat, tangan menarik kerusi di sebelah katil dan melabuh duduk seraya memberi salam.

Perlahan sepasang anak mata tuan punya badan terbuka. Berkerut kepala dia. Entahkan tahan sakit atau terkejut nampak lelaki asing depan dia tidak pula Barr tahu. Namun, persona depan dia buat Barr rasa kasihan dan simpati. Menarik nafas, Barr lempar keluh.

" Sorry for disturbing you miss, ermm.." tergantung ayat Barr di situ. Mata Hazel Barr tunak memandang gadis yang baru membuka matanya.

Pandangan gadis di depan masih juga berkerut. Masih pening selepas tersedar dari pengsan. Namun, cepat dia memperkenalkan diri.

" Err .. Nurul Hannah, but just call me Hann. "

" OK, miss Hann, I'm Barr. Thanks God save you. I'm really worried about your condition just a few hours ago when your car hit mine and slipped next to the dividers." ujar Barr dengan wajah sedikit tegang. Dia meraup mukanya. Urat rahang yang terasa tegang diurut perlahan.

Sungguh hati dia bagai melayang tadi. Terasa ngeri bila Barr terpaksa ulang penceritaan babak depan mata yang hampir meragut nyawa dia sama.

" I'm sorry. Saya akan bayar ganti rugi kereta awak. Terima kasih sebab selamatkan saya. " balas Hannah.

Lega lelaki tu yang selamatkan dia. Kalaulah dia tak sempat tarik handbrake tadi, tentu lelaki tu jadi mangsa langgar dia. Lebih ngeri kalau lelaki tu terkorban nyawa. Tak pasal dia jadi pembunuh. Tak pasal masuk penjara pula dia.

" It's okay. Kereta awak, saya dah panggil orang pergi towing ke bengkel. Ini kad saya, apa-apa awak boleh telefon saya." sekeping kad nama ditarik Barr dari wallet yang ada di belakang poket seluar. Diserahkan pada Hannah. Perlahan disambut gadis itu sebelum membaca satu persatu yang tertera atas kad.

' ABJ Performance'
Ahmad Barrith Abdul Jaleel

A

"I got to go. Anything just call me." ucap Barr bersama senyuman manis. Dia bangun dari kerusi.

" By the way, nanti awak balik macam mana? Kereta awak tak ada? Atau nak saya call family awak bagitahu." soal Barr semula. Tak jadi melangkah bila teringat tentang kereta gadis itu.

" Tak apa, saya urus sendiri. Saya balik naik grabcar saja." balas Hannah tenang.

" Boleh ke dengan kepala dan tangan berbalut ni? Atau saya ajelah yang hantar awak balik. " tawar Barr. Tak sampai hati pula dia tengok keadaan Hannah yang tak mengizinkan tu.

Hannah raba kepala yang berbungkus. Ngilu dan sakit terasa berdenyut. Mata turun pandang pula pada tangan kiri yang beranduh. Terasa perit sampai ke tulang bahu.

" Still hurt and look so terrible right!." tebak Barr.

Terkebil-kebil mata Hannah pandang Barr. Malas mahu berdolak dalik lagi, akhirnya dia setuju untuk dihantar pulang lantas menggangguk.

" OK. I'll send you back but with payable." Barr kenyit mata. Dia hulur tangan depan Hannah.
Bola mata Hannah turun melihat tapak tangan yang terbentang depan mata. Hannah diam tak berkutik. Lantas, matanya merenung dalam ke sepasang mata hazel milik Barr. Mencari maksud yang tersirat.

" Don't think too much. I just want to help you." nada suara Barr tak beriak. Melihatkan Hannah diam, Barr tarik tangannya ke sisi semula.

"Cik dah boleh keluar. Ini resit ubat dan bil bayaran. Boleh ke kaunter pembayaran nanti." ujar jururawat yang baru tiba di katil Hannah.

Dia muncul semula di tengah-tengah perbicaraan Barr Dan Hannah sambil meletakkan resit dan bil tersebut atas meja. Keduanya berpaling memandang jururawat itu. Barr seraya menggangguk dan mengambil resit serta bil itu.

" Terima kasih. Kejap lagi saya buat bayaran dan ambil ubat." jawab Barr. Hannah juga menggangguk dan tersenyum pada jururawat itu.

Terus jururawat itu berlalu pergi. Barr alih pandang pada gadis yang bernama Hannah semula.

" Let's go. I'll send you." sekali lagi tangan kanan, Barr hulur pada Hannah semula.

" I can manage myself. Thanks again. " jawab gadis muda itu. Dia menolak dengan baik agar lelaki budiman depan dia tu tak terasa hati. Lagi pula, dia tak mahu menyusahkan dan termakan budi orang. Nanti payah.

Mengangguk tanda faham, Barr tersenyum sumbing.

Hannah perlahan turun dari katil sambil mengesot. Sebelah kaki kian terjuntai ke bawah, manakala lagi sebelah masih terkial-kial di bawa turun. Entah bagaimana, kakinya itu tersangkut selimut di hujung kaki menyebabkan Hannah hilang kawalan.

Dia mahu menahan dengan tangan kanan pada palang katil dari jatuh namun tak boleh. Terlupa yang tangannya tu berbalut anduh. Akhirnya, badannya melayang mahu tersungkur ke bawah.

Barr yang melihat kaget, lantas menyambut Hannah dari tersungkur. Dia memaut badan Hannah. Lama Barr dan Hannah terkaku sebelum Hannah sendiri bersuara.

"Err encikkk.. Sakit. " ucap Hannah kerana tangannya yang berbalut itu di pegang Barr. Bibir ya di ketap menahan sakit.

"Ops sorii. I'm just helping. Please be careful. Your hands still hurt." ujar Barr. Dia serba tak kena bila Hannah pandang dia dengan mata yang tajam. Kemudian, Barr mendudukkan semula Hannah di atas katil dengan cermat.

" Shall we.. " perlahan tangan Barr memegang lengan kanan Hannah. Mahu memberi pertolongan sekali lagi agar gadis itu boleh turun dengan baik dari katil.

Tanpa menunggu lagi, Hannah turun sambil dipimpin Barr. Mereka berdua keluar dari bilik emergency tu dan menuju ke kaunter bayaran serta ubat.

********

Dalam perjalanan pulang menghantar gadis itu, sempat Barr menelefon ibu Aya untuk memohon maaf kerana tidak sempat berjumpa.

Earbuds dalam compartment di ambil. Dipasang ke telinga. Sementara menunggu panggilannya di sambut, sempat dia melirik ke arah gadis disebelah.

Kelihatan gadis itu diam sambil memandang ke luar tingkap kereta.

" Assalamualaikum... sori bu, Barr tak dapat datang jumpa ibu. Ada hal kecemasan tadi. Kalau tak ada aral, hujung minggu Barr jumpa ibu, insya Allah." ujarnya sebaik panggilannya bersambut.

" Ya, maaf sekali lagi bu." Barr sekali lagi mohon ampun. Sungguh dia terasa bersalah pada wanita itu.

" Baik.. Ok. Ya, semuanya dah selesai.. Ya, terima kasih bu selalu doakan Barr." angguk Barr. Matanya masih fokus pada jalan. Tangan juga masih kejap pada stereng. Sesekali matanya memerhati cermin pandang belakang dan sisi.

Setelah memberitahu, segera panggilan telefon di tamatkan. Tak mahu ibu Aya tertunggu kedatangannya. Pantang Barr mungkir janji, tapi kejadian itu sungguh diluar jangkaannya. Earbuds di cabut dari telinga dan dikembalikan semula ke dalam compartment gear.

Hannah di sebelah diam. Dia diserbu perasaan bersalah kerana dia lelaki itu terpaksa batalkan pertemuannya dengan ibu lelaki itu.

Hannah mengeluh. Lepas satu-satu masalah timbul. Pening kepalanya. Sejak balik dari Jepun, hidupnya jadi kucar kacir. Berbalah dengan mama setiap hari sudah menjadi rutin. Semuanya sebab surat arwah Sarah.

Sudah la lusa dia perlu laporkan diri ke kolej. Dia di terima sebagai fasilitator di uniKL tempat Hud berkerja. Dengan tangan yang beranduh dan kepala yang berjahit macam mana dia nak masuk kerja. Nampak gayanya dia kena beritahu Hud. Penangguhan pelaporan perlu di lakukan.

Hannah tarik nafas dalam. Membuang lagi keluh yang entah kali ke berapa. Fikirannya berkecamuk. Teringat pertengkaran dengan mama sebelum dia keluar dari rumah tadi.

" Ma, Hann dah dapat kerja. Minggu depan Hann kena lapor diri di UniKL." ujarnya pada mama sewaktu sarapan pagi tadi.

Mama yang tengah mencuci pinggan di sinki terhenti pergerakkannya. Mata menoleh memandang gerak geri Hann.

" UniKL? Bukan ke Hud kerja sana? "soal mama.
Hannah seraya mengangguk saja. Dia tahu mama terkejut.

" Tak ada tempat lain ke? Kenapa mesti UniKL? “
Hannah panggung kepala dari pinggan bihun di depan. Mencari figura mama.

" Bukan Hann yang minta, mereka yang offer. Lagipun offer mereka lebih baik berbanding tawaran pihak universiti dan kolej lain. " ujarnya lagi. Pandangan mata mama kini tajam mendengar alasan dari dia. Dia tahu mama sudah fikir yang bukan-bukan.

"Mama tak setuju. Tolak tawaran tu. Banyak lagi tempat lain."

Panas telinga Hannah sebaik mendengar ucapan mama. Mama pula kembali meneruskan kerja membasuhnya di sinki hingga selesai. Dia berjalan keluar dari dapur. Begitu protesnya mama dengan berita tersebut. Hannah perasan riak wajah mama yang mencuka.
Hannah tunduk pandang pinggan semula sambil buang keluh.

Dia tahu mama tak setuju. Dia tahu mama takkan sekali benarkan dia rapat dengan Hud. Tapi, atas alasan apa dia kurang pasti.

Hannah bangun dan tinggalkan meja makan. Seleranya mati. Dia juga turut membontoti mama hingga ke ruang tamu.

" Kenapa Hannah kena tolak tawaran tu?" kedua belah tangan naik bersilang ke dada sebaik dia duduk di depan TV sebelah mama.

“ Sebab mama tak suka Hannah kerja situ. "

" But why? “ soal Hannah lagi tak puas hati.

" Hud. Mama tak mahu Hannah ganggu Hud. Dia bekas abang ipar Hannah. Hannah kena ingat tu." balas mama. Keluh kesal mama lempar sebaik menjawab pertanyaan Hannah.

Hannah pusing badan pandang mama di sebelah.
" Hann terima kerja tu bukan sebab nak ganggu Hud ma. Hann terima kerja tu sebab offer mereka. " terang Hannah lagi.

" Tak perlu. Hannah kerja saja dengan papa. Tolong papa uruskan syarikat." ujar mama cuba berdiplomasi.

Hannah terpempan. Terus panas hati dia. Mama memang tak faham dan takkan pernah mahu memahami diri dia.

" Tolong papa dekat syarikat? No way. Hann tak nak. " balas Hannah sinis. " Hann, bukan arwah kakak. Hann tak minat dengan business papa. " sambung Hannah lagi.

" Oh bukan arwah kakak? Tak minat businesses papa? Tapi dengan Hud, Hann minat pula? " provok mama. Matanya mencerlung pandang Hannah.

" Ma.." suara Hannah bergetar menahan sesak di dada.

" Sudah Hann, jangan ganggu Hud. Hud tetap akan jadi bekas menantu dalam keluarga ni. Kalau Hann tak mahu masalah jangan buat perkara yang mama tak suka. Mama tak izinkan Hann kerja dekat sana. " senafas mama menuturkan. Pandangan mata mama redup memandang ke dalam anak mata puteri bongsu itu. Cuba memberikan nasihat serta titipan pesanan buat si anak agar gadis itu tak salah langkah.

" Apa nak jadi pun jadilah, Hann tetap dengan pendirian Hann. Mama boleh larang tapi ingat, mama tak boleh paksa Hann untuk buat apa yang Hann tak minat dan tak suka." balas Hannah seraya bangun dari sofa.

" Hann.. Jangan degil cakap mama kalau tak mahu hidup Hann susah. Mama akan pastikan Hann tak dapat apa yang Hann mahu." ugut mama.

Pening kepalanya cuba berdiplomasi. Berharap ugutan dia meninggal kan kesan. Namun, tetap juga Hann tak mahu dengar kata malah membantah pula. Hann itu keras kepala. Puan Sally geleng kepala kesal.

Tajam pandangan mata Hann melampiaskan amarah di dada. Sakit hati, sedih dan geram bercampur baur dalam hati. Dia tak mahu bertegang urat dengan mama lebih lama. Pantas dia mencapai kunci kereta dan berlalu keluar.

" Hann.. Hannah, mama belum habis lagi." teriak Puan Sally sebaik saja melihat Hannah menolak pintu gelangsar rumah menuju kereta.

" Keras kepala betul budak ni. Orang nasihat tak dengar." bebel Puan Sally. Geram dia memuncak pada Hannah.

Air mata yang di tahan tadi kini laju berlumba-lumba menitis dari pipi. Perasaan yang sakit kian terhiris dek kata-kata mama. Hannah seka air mata yang bertakung. Fikirannya kusut. Hatinya sebal. Kereta dipandu laju sebaik meninggalkan perkarangan rumah.

Dan kini, kata-kata mama memakan diri. Larangan mama membawa padah pada diri sendiri.

Lamuan Hannah terhenti sebaik saja mendengar suara garau disebelah.

" Rumah you dekat mana? Kita dah sampai area perumahan sekarang." ujar lelaki itu. Matanya meliar memerhati kiri kanan jalan dengan pedal minyak hanya ditekan perlahan. Mencari rumah yang di beritahu gadis itu tadi.

" Err..ne.. Next two building turn right and my house in that area." balasnya. Hannah yang baru tersedar dari lamunan menjawab dengan gagap.

Barr pandang Hannah. Pelik dia rasa tentang gadis sebelah dia tu. Melamun entah apa tadi sampai tanya rumah pun nak gagap. Dia geleng kepala sambil senyum senget. Nampak comel pula!

Deng!! Sejak bila Ahmad Barrith pandai puji memuji ni.

Setelah tiba di lokasi yang dinyatakan, Barr menurunkan Hannah. Ucapan terima kasih dan beberapa pesanan dia titipkan buat gadis itu.

Langsung, Barr meneruskan perjalanannya semula tengah hari tu. Nampak gayanya dia kena susun semula schedule dia hari itu yang dah tunggang langgang dek insiden yang tak terjangka.

Dalam hati dia merafak syukur pada tuhan kerana masih lagi meminjamkan nyawa untuk hari ini. Allah, sungguh hatinya syukur.

~ Adakala bila ditimpa musibah atau ujian mahupun dugaan, tidak bukan hanya Tuhan mahu pinjamkan hidup ini lebih lama untuk sentiasa menyukuri nikmatnya yang tak terhingga. ~

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience