Bab 46 : A Greater Gift

Romance Series 20182

Hud keluar dari bilik Doktor Erna dengan kepala yang sarat dengan persoalan. Perasaannya bercelaru. Resah dan kecewa bersatu. Langkahnya lemah dan longlai.

Bolehkah Farah terima dua kenyataan tersebut pada suatu masa?

Mengalami ketumbuhan ovarian cyst..

Dan,

Hamil!

Tangan yang tadi di sisi di bawa naik mengelus belakang leher. Digosok berulang-ulang kali. Nak menghilangkan sengal dan resah yang bertandang sekaligus.

Rahang yang di tumbuhi jambangan halus turut dielus. Matanya cuma fokus hujung kaki yang tersarung sneaker Neckermann.

Alahai. Diluah mati emak ditelan mati bapak. Mampukah dia berterus terang dengan Farah?

Kaki yang melangkah terhenti dengan tiba-tiba. Akal dan hati bertingkah sama sendiri membuatkan otak refleks pada tindakan tubuh. Sudahnya dia pegun depan lif. Tak tahu nak ke mana. Otak masih sukar nak mentaksir kemahuan hati.

Kalau ke wad berjumpa dengan Farah kuat ke dia nak jelaskan semuanya. Tapi..
Kalau tak ketemu dengan si isteri dia jadi tak senang hati. Perasaan bersalah membuak-buak dalam dada. Ianya perlu ditebus.

Tak jadi dia nak ke bilik wad yang menempatkan Farah. Dia perlu menenangkan perasaan yang berkecamuk tu dulu sebelum menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Otaknya sendiri perlu ditenteramkan saat ini.

" Hud.." suara dari arah belakang memanggil. Hud pusing kepala mencari. Dari setengah meter di belakang dah nampak susuk Puan Suraya yang melangkah besar-besar. Laju merapati dirinya. Bukan sahaja si umi, malah ayahnya Encik Halim, Barr dan juga Hannah sekali sama laju langkah bersaing dengan umi.

" Macam mana dengan Farah?" soal Puan Suraya kalut. Susuk Hud diterpa mereka berempat. Seperti biasa, Encik Halim hanya diam mendengar dan memerhati manakala Hannah dan Barr turut bertanyakan perihal Farah. Sudahnya, pintu lift tu dah jadi tempat port mereka bersoal siasat pula.

" Dia stabil tapi doktor tengah cek lagi. Ibu dengan abah ada sekali tu." jawab Hud.

" Umi nak tengok dia."

" Hann pun."

Hannah dan Puan Suraya berpandangan. Mereka mengangguk setuju setelah mendapat keizinan suami masing-masing.

" Kalau macam tu jomlah Hud tunjuk bilik dia." kata putus diambil. Tak jadi dia nak menenangkan hati dan perasaan yang tengah berselirat tu. Kehendak umi perlu dituruti.

Hud melangkah ke depan mendahului yang lain. Pintu bilik wad VVIP di tolak. Puan Suraya dan Encik Halim masuk beriringan. Mereka di sambut kedua pasangan Puan Lisa dan Encik Habibussuffian dengan senyuman. Setelah berpelukan mereka bertanya khabar masing-masing.

"Macam mana dengan Farah? Apa yang jadi sebenarnya?" soal Puan Suraya kepada besannya. Matanya bening menangkap susuk tubuh Farah yang lesu berselirat dengan drip air di tangan kiri manakala wayar dari mesin tekanan bp di tangan kanan. Wanita tu, masih terpejam lena atas katil.

" Doktor kata dia kurang rehat. Dehydration. Yang selebihnya Hud saja yang tahu sebab doktor ada panggil dia tadi sebelum kami berdua masuk ke sini tengokkan Farah." balas Puan Lisa seraya memandang suaminya.

Encik Habibussuffian mengangguk mengiakan kenyataan si isteri sebelum dia pun turut menyambung cerita kejadian sebenar.

" Lisa ketuk bilik dia nak panggil makan tadi. Bila banyak kali Rara tak menyahut dia terus masuk. Tapi bila masuk Lisa nampak Rara dah pengsan dekat hujung katil. Tu kami berdua terus bawa dia ke hospital."

" Ya Allah, bahaya tu." Encik Halim berduara. Puan Suraya mengangguk. Wajah mereka bertukar suram. Terkejut mendapat perkhabaran cemas seperti tu. Mereka terus bergegas ke hospital di bawa Barr dan Hannah.

" Aba.. Abang.. " tiba-tiba Farah tersedar. Suara halus dan serak dia memanggil Hud. Lantas Hud menghampiri katil dan mendapatkan Farah. Tangan kanan Farah di capai dan di bawa ke dadanya.

" Lady.. I'm here." Hud menunduk merapatkan bibirnya ke dahi Farah sebelum menyentuh lembut dahi si isteri.

" Saya dekat mana ni?" soal Farah kebingungan. Matanya meliar melihat sekeliling bilik yang berona pink pastel. Anak matanya menghala ke depan sebaik mendengar ada suara yang lain di situ. Jelas kelihatan beberapa orang yang dia kenali termasuklah Hannah dan Barr.

Farah mengalihkan matanya mencari anak mata Hud semula meminta jawapan. " You ada dekat wad. Tadi ibu cakap you pengsan dekat rumah. Abah dan ibu terus bawa datang sini."

" Kenapa semua orang ada dekat sini?" tanya Farah sekali lagi. Hairan melihat ibu bapa mertuanya, Barr dan Hannah juga di situ. Kalau iya pun dia sakit dah kenapa Hannah si madunya juga ada. Farah tertanya dalam hati.

Hud tersenyum sambil mencuit hidung mancung Farah yang kemerahan. Dia bersuara perlahan seakan berbisik kepada Farah.

" Diorang semua datang nak wish mommy to be ni." jawab Hud dengan senyuman. Tangan kirinya naik menggosok permukaan perut Farah yang masih kempis.

Farah termanggu. Matanya di bawa jatuh ke arah tangan Hud diperutnya. Lalu, anak mata dikelip berulang kali. Dia mengerutkan dahinya tak percaya.

Mommy to be?

" You are pregnant, honey. " Hud angguk. Lantas, sekali lagi di bawa wajah mencium dahi Farah dan kedua belah mata isterinya lalu menggeselkan hidungnya dengan hidung Farah.

Dapat dilihat riak wajah Farah yang terkejut. Namun seketika saja, sebelum terlihat cecair jernih mengalir di pelupuk mata wanita itu. Dia tersenyum gembira. Merekah manis senyuman dari ulas bibirnya bak merah delima. Hud merasa sedikit lega walaupun terselit perasaan bersalah dalam dirinya.

" Ehem..ehem.. Kita orang ramai je dekat sini. Jangan buat tak nampak pulak. Kalau iya pun tunggulah kita orang balik dulu." Barr tiba-tiba mencantas momen intim pasangan di depan yang tengah melalui fasa gembira walau sebelumnya melalui konflik yang belum selesai.

Hud bangun sambil mengelus belakang leher. Mukanya merah padam ditegur Barr. Farah tertawa kecil melihat gelagat Hud. Dia juga terasa wajahnya membahang dek usikan lelaki tu.

" Entah abang ni. Tak menyempat. Sayang, dia ingat dia aje ke ada bini.“ Hannah pula menyampuk. Seketika dia merapati suaminya Barr dan memeluk pinggang lelaki tu dengan mesra. Hannah mengangkat keningnya berulang kali ke arah Hud dengan ketawa yang riang. Manakala pasangan Puan Suraya dan Encik Halim serta Puan Lisa dan suaminya hanya menggeleng melihat kerenah anak menantu di depan.

" Korang pun lain macam sangat... Ada news apa-apa yang abang tak tahu ke ni?" Hud bijak memanipulasi keadaan. Takkan dia seorang aje yang kena usik. Pastilah pasangan yang satu lagi tu pun dia nak ajak join the club jugak. Tak aci!

Barr dan Hannah dua-dua angkat kening dengan senyum yang tak dapat nak ditafsir dengan mata. Pasangan berdua tu berpeluk-pelukan dengan sengih yang masih tak padam buatkan Hud berkerut dahi. Sesuatu sangat!

“ Dah alang-alang kau tanya aku announce ajelah terus. Boleh ke? " Barr pandang Hannah minta persetujuan.

" Proceed." balas Hannah dengan senyuman.

" Apa lagi tu Barr? Ada-ada je kamu dengan Hud ni kan. Sehari kalau tak buat umi dengan ayah susah hati mesti tak sah. " sampuk Puan Suraya tiba-tiba. Dia menggeleng kepala pandang Barr dan Hud silih berganti.

Semua mata beralih pandang ke arah Puan Suraya dengan ketawa. Lucu melihat ragam anak menantu keluarga tersebut.

" Tak ada apa bu. Semua baik-baik aje. Barr nak announce yang Hannah ni sebenarnya preggy twinnies. Doktor baru sahkan masa buat fully checked up." jawab Barr. Dia memaut bahu Hannah bahagia. Gembira hati dia bukan kepalang.

Yalah, manataknya sebelum ni semasa membuat ujian kehamilan doktor cuma nampak satu kantung aje. Ni dah masuk minggu ke 12 baru nampak ada dua kantung. Mahunya dia dengan Hannah tak happy.

Semuanya yang ada di situ tersenyum gembira. Cuma, Farah saja yang termangu melihat aksi terlebih mesra Hannah dan Barr. Dia berpaling ke sisi mencari wajah suaminya. Melihat reaksi Hud yang bersahaja otak Farah diserang pertanyaan pelik dan hairan. Tak mungkin Hannah berpelukan sebegitu suaminya tak rasa apa-apa? Barr itu kan sepupu Hud. Dan Hannah adalah isteri Hud. Mustahil!

Hud yang perasankan wajah kehairanan Farah tersengih. Dia sengaja berdiam diri lagi. Tak mahu menerangkan apa-apa. Sekarang ini bukan masanya untuk menjelaskan kemusykilan. Di saat ini, dia hanya mahu memberitahu seluruh dunia tentang kewujudan nyawa lain dalam rahim isterinya. Baginya itu adalah momen paling bermakna dalam hidup mereka sepanjang bergelar suami isteri.

" Anything that you all nak kongsi dengan kita orang dekat sini?" tambah Barr semula setelah suasana kecoh sebentar tadi.

Dia dapat melihat wajah keceriaan Hud sebentar tadi. Sudah tentulah ada perkara yang ingin suami isteri berdua tu nak sampaikan.

Tanpa buang masa Hud mengangguk. Dia kemudian merapati Farah semula. Punggung dilabuhkan di sisi katil isterinya. Dia merenung Farah sebagai isyarat untuk mendapatkan persetujuan Farah terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman penting tu. Farah yang memahami maksud si suami hanya tersenyum manis.

" We were get first born day at the end of this year!" Hud mengucapkan dengan penuh rasa keterujaan. Dia menggenggam erat tangan Farah menyalurkan rasa kebahagiaan dari dalam dirinya.

Puan Lisa dan Puan Suraya tersenyum dalam air mata. Keduanya menadah tangan mengucap syukur. Segala doa no dan harapan mereka kini di makbulkan. " Alhamdulillah. Kita akan jadi nenek tak lama lagi Cik Suraya." Puan Lisa memeluk erat tubuh besannya.

Kemudian mereka berdua mendapatkan Farah dan memeluk anak dan menantunya itu. Farah mengalirkan air mata bahagia kerana semua doanya juga turut di makbulkan setelah melalui pelbagai ujian dan rintangan alam berumah tangga.

" Tahniah sayang." ucap Puan Suraya. Ubun-ubun Farah dikucup bertalu. Farah senyum dengan perasaan yang paling bahagia.

" Umi memang dari dulu sayang you aje. Tambah sekarang nak dapat cucu I pun dia lupa." usik Hud sambil memerhati Puan Suraya yang sibuk memeluk Farah.

Farah ketawa geli hati. Ya Allah! Bertambah kuat merajuk betul suaminya sekarang ni.

" Mestilah umi sayang menantu dengan cucu. Hud tu dah besar panjang. Dah nak jadi bapa orang pun kuat merajuk lagi. Cengeng!" balas Puan Suraya yang turut geli hati mendengar rajukan si anak. Mereka yang berada di situ semua ketawa bahagia.

~ Tuhan memberi bukan kerana kehendak tapi memberi kerana keperluan. A greater gift always come at the right time, at the right place and for the right people's. ~ F. Lalisa.

Buah tangan WL utk hari ni. Tq yang baca. Ampun dan maaf andai tak menepati citarasa semua. Harap korang sudi support WL lagi ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience