Bab 29 : Hadiah

Romance Series 20182

Beberapa dokumen telah selesai ditanda tangani di depan lawyer. Hud akhirnya tersenyum penuh makna. Lega rasanya bila apa yang diusahakannya dipermudahkan.

Ini mungkin hadiah kecil untuk yang tersayang. Tapi hadiah inilah tanda ingatan buat yang tersayang. Mungkin tanda terima kasih juga. Terima kasih kerana telah menerima diri dia seadanya.

" Thank you Mr. Hud. When all of others document and decorates are ready we will inform you as soon as possible," ujar Mr. Chan. Tangannya dihulur bersalaman dengan Hud.

Hud mengangguk. " Yeah, sure. Thanks to you and your team too. I'm glad to know all of you. So, I got to go," balas Hud meminta diri.

Mereka berpapasan keluar dari firma guaman tersebut. Hud kemudian menaiki keretanya semula pulang ke kolej tengah hari tu.

Sebaik menghidupkan enjin kereta Hud tidak terus bergerak sebaliknya dia menadah tangan mengucap syukur yang tak terhingga. Rasa gembira yang tak dapat digambarkan dalam hatinya saat tu.

Alhamdulillah, usahanya dipermudahkan.

Honey, wait for this present!

Raut wajahnya hanya tersenyum saat masuk ke dalam kereta. Tak sabar rasanya mahu memberitahu pada Farah. Berkobar-kobar semangatnya. Setelah beberapa ketika barulah brek tangan dilepaskan. Clutch ditekan rapat dan perlahan kaki menekan pedal minyak. Keretanya meluncur laju membelah jalan.

Suatu ketika dulu, selepas kehilangan Sarah dirasakan hidupnya akan selamanya kelam dan malap. Seluruh jiwanya meratapi kehilangan itu. Nak bangun dan hadap masa yang di depan bukanlah mudah jikalau tiada yang menolong.

Dan pengorbanan umi membantu tanpa jemu akhirnya dia berjaya. Tak lupa juga pada seseorang. Seorang teman dan sahabat yang turut sama menggalas beban mengheret dia keluar dari gua gelap tersebut.

Kata-kata nasihat dari teman dan sahabat itulah yang tak pernah dia lupakan. Yang mengajak dia lupa erti sakit. Yang ajarkan dia masa di depan lebih indah dari kehilangan semalam. Yang membuatkan dia rasa derita tu kini terisi penuh dengan momen bahagia. Walau jalan tu sebenarnya amat berliku dan walau jalan tu sebenarnya berduri ranjau juga walau jalan tu sebenarnya tak mudah untuk diredah. Kerana, jiwa yang ada telah ikut sama mati.

Kini, tak sia-sia apabila dia menerima permintaan umi untuk menikahi Farah apabila wanita tu juga membalas perasaan kasih dan cinta padanya.

*******

Audi Q5 selamat dipakir ke kotak parkir di depan bangunan dewan fakulti. Hud berjalan santai menghala ke bangunan fakulti Ibnu Sina. Butang lift ditekan dan sesaat kemudian dia sudah bolos ke dalam lift tersebut.

Saat masuk ke dalam lift Hud perasankan Hannah yang turut berada di dalam lift. Hud bekukan wajahnya saat mata Hannah melirik padanya. Di buat tak endah pada pandangan Hannah. Butang lift ditekan semula. Hud diam tak bersuara. Tak berminat mahu bertegur sapa kerana merasa lelah dengan urusan yang baru diuruskan.

" Abang.." Gadis tu tersenyum menggoda.
Perlahan Hannah merapatkan diri padanya. Lengan Hud diraih. Perlahan Hud menarik semula lengannya yang dipeluk Hannah, sementelah teringatkan amaran umi.

Hannah merasa hairan. Lalu mulutnya tetap mahu berbicara. " Abang dari mana? Tadi muka macam menang loteri aje sekarang dah mencuka pulak. What's wrong?" soal Hannah pelik. Pelik dengan sikap Hud yang acuh tak acuh tu.

Dia ni kenapa?

" Tak ada kenapa. I'm okey," bersahaja Hud membalas. Kedua belah tangan dilarikan ke dalam poket seluar. Mula rimas dengan sentuhan agresif Hannah.

" Iye lah tu tak ada apa. Mesti ada apa-apa ni." matanya dikecilkan. "Abang dengan isteri abang tak okey ke? Kalau ada masalah ceritalah. Mana tahu Hann boleh kurangkan beban abang," ujar Hannah. Sengaja meneka. Mana tahu sungguh betul Hud tengah mengalami masalah dengan isterinya. Dapatlah dia meringankan beban lelaki tu.

" Nope, kita orang okey je. Tak ada masalah apa pun," beku lagi tak berperasaan si Hud membalas.

Eh budak ni, dah orang cakap okey tu okey ajelah.

" Oh okey. Kalau abang ada masalah apa-apa just let me know. " senyum Hannah. Kedua tangannya dilipat ke dada. Dah orang tak sudi bercerita. Apa boleh buat! Hati kecilnya berdialog sendiri seraya kedua bahu dijungkitkan.

Tiba-tiba,

Tanggg.. Tanggg..

"Arghhh,"

" Allah!" suara Hud tak kurang juga bergema dalam lift tersebut setelah Hannah. Berpinar seketika kepala dia. Tangan laju memegang kepala sendiri yang sedikit sakit dek terhantuk pada dinding lift.

" Are you okey? “ Hannah sudah terjelepok jatuh terduduk di atas lantai lift. Cepat saja Hud tunduk dan duduk melihat keadaan wanita tu.

Sejurus merapat, kedua tangan Hannah berlingkar di pinggang Hud. Manakala mukanya tersembam rapat ke dada lelaki tu. Hud pula terentang kedua tangan menyangga dinding lift tersebut. Terkejut dipeluk.

Uhuk!

" Bangun, " seru Hud. Dia sedikit cuak. Masakan tidak, lift yang mereka naiki mengalami masalah. Habis bergegar lantai lift dengan entah apa kerosakan yang berlaku saat tu.

" My head. Arghhh.." ujar Hannah apabila cuba didirikan Hud. Sebelah tangan Hannah memegang kepalanya manakala lagi sebelah masih memaut pinggang Hud. Sakit kepalanya saat tu. Berdengung juga. Asbab hentakan pada dinding lift ketika bergegar tadi.

Lelaki tu sudah membetulkan bahagian bajunya yang dah senget ditarik Hannah. Merasa kasihan dengan Hannah, Hud cuba memeluk bahu gadis tu daripada terus rebah.

" Lift rosak. Kita terperangkap. We need helper to get out here." ujar Hud. Tangannya mula menyentuh butang-butang yang ada di dinding lift tersebut. Namun tiada tidak balas. Lampu lift turut terpadam menyebabkan kesukaran mereka untuk melihat.

" Abang, Hann takut," ujar Hannah. Mukanya cemas. Suaranya ketakutan dan kedengaran sedikit menggigil. Perlahan dia teresak.

Entah apa yang jadi dekat luar mereka tak tahu sehingga menyebabkan kerosakan lift tu lalu membuatkan mereka terperangkap sama.

" Shhh.. Jangan menangis. I'm here," belakang Hannah diusap perlahan. Cuba meredakan ketakutan wanita tu. Dia juga resah saat tu.

*********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience