Bab 8: Cinta si dia

Romance Series 21288

Lepas je Hud pergi kerja Farah naik ke bilik.
Dia nak ber'kemas' sekejap. Nak pindah lagi. Kali ni pindah bilik sebelah pulak.

Tapi tak ada lah dia nak pindah bilik terus. Sementara ayah dengan umi datang je kat rumah mereka ni. Esok - esok bila umi dah balik, dia pulang la semula ke bilik kecil dia tu.

Tapi pasal ni, dah satu hal dia kena berlakon pula. Pengarahnya si tuan ustaz tulah. Dia pula jadi heroin. Farah garu kepala yang tak gatal. Nasib badan.

Harap - harap 'rahsia' mereka ni tak ada lah yang bocor. Kalau ketahuan lah dekat umi dengan ayah mahu dia juga umi persalahkan nanti.

Itu belum lagi ibu dengan abah dia. Mahu mati kena tembak dek pistol abah. Almaklumlah abah kan polis pencen.

Peringatan Hud tentang hal kedatangan umi sedikit sebanyak meresahkan hati Farah juga. Kata - kata Hud kembali di dada fikiran.

— " Tak tahu pukul berapa. Tapi umi cakap nak datang. Please prepare your stuff and put into my room. Nanti umi cakap apa pula. Incase umi nak bermalam kat sini ke, tak ada la kelam kabut sangat."

— " Better prepared! You don't know my mum. And one more thing, your tudung please put aside."

Alamak! Tudung dia pun jadi isu juga dalam cerita Hud ni. Hurmmm..

Farah mengeluh perlahan. Nampaknya, dia tak ada pilihan lain lagi. Kaki di tapak perlahan ke arah meja di hujung bilik.

" Berlakon pun berlakon lah. Asal kan semua bahagia dan gembira.." Omel Farah. Tangan lincah mencapai beberapa buah buku dari atas meja.
Apa tidaknya, umi memang tak tahu cara kehidupan berumahtangga dia dan Hud sebelum ni. Mesti umi dan ayah ingat sama macam pasangan lain.

Tapi, apa boleh buat. Takkan pula dia nak persoalkan cara Hud layan dia sebagai isteri tak macam orang lain. Nak mengadu dan kompelin rasa tak puas hati dia tu sangatlah tak matang tingkahnya. Semua buku-buku yang dia ambil diletakkan atas katil.

Namun setakat hari ni, Hud masih lagi layan dia dengan baik. Hormat dia sebagai wanita juga masih menjaga perlakuan dia sebagai seorang lelaki. Tak ada nak ambil kesempatan ke apa. Masing - masing faham dengan perasaan sendiri. Ada limit dan batas yang diri sendiri tahu. Yang ini begini, yang itu begitu. Kemudian, kaki beralih pula ke wardrobe pakaian.

Farah tahu yang dia berkahwin dengan Hud atas pilihan keluarga. Untuk meletakkan harapan agar dicintai dan disayangi itu sangatlah mustahil .

Kalau bukan kerana ibu dan abah yang pilih jodoh ni mungkin dia belum kahwin pun lagi. Beberapa pasang baju dia ambil dan hanger di tarik melepasi kolar baju di tangan.

Jadi, dalam hal ni bukan hati dia yang perlu dijaga sangat pun. Hati ibu dan abah juga mertua yang dia utamakan. Redha mereka yang menentukan segalanya.

Dia berterima kasih sangat pada mereka. Terima kasih juga pada Tuhan kerana menemukan jodohnya.

Mata meliar pula mencari barangan peribadi yang tersusun kemas atas meja solek sebelah wardrobe tadi.

Dan Farah pun sedar, yang dia juga bukan pilihan Hud. Bukan juga cinta pertama. Dia tahu kesemua kisah Hud dari umi. Hud tu duda sebelum bernikah dengannya. Status Hud bukan jadi masalah besar pada dia dan keluarga. Terus diambil dan di lungguk ke atas katil bersama barangan lain.

Dia tahu hati Hud masih belum boleh terima dia sebagai isteri. Dia tak akan meminta. Tak akan juga memaksa. Dia sedar letak duduk diri dia dalam hati Hud.

Selesai mengambil dan mengumpulkan barang-barang yang dia perlukan Farah naik ke atas katil.

Hud tu jiwa dan raganya milik wanita lain. Walaupun berpisah jasad namun dia sedar bukan senang untuk Hud buka hati untuk terima dia. Itu semua sudah dia sematkan dan ingatkan pada hati sendiri sejak hari pertama diijab kabulkan. Jadi tak perlu susah payah nak makan hati terasa dengan layanan yang Hud berikan. Sambil itu, dia melipat pakaian yang di ambil tadi.

Dia wanita kedua yang datang dalam hidup Hud yang tengah porak peranda. Yang tengah kelam dalam dasar lautan. Yang tengah samar tak nampak bayang jalan. Mana mungkin boleh jadi cahaya petunjuk. Silap hari bulan dia pula yang tersesat jalan.

Habis pakaian dilipat, tangan meraba ke kepala katil mencapai mini tafsir. Selalu sebelum tidur dia akan baca Al - Mulk dan Ar-Rahman. Sebab ibu selalu pesan masa dia remaja dulu, amalkan baca dua surah tu sebelum tidur untuk elakkan kubur jadi sempit dan boleh juga menjadi pendinding diri supaya sentiasa kuat. Jadi memang lepas je baca tafsir tu dia letak hujung kepala langsung lelap.

Perasaan bukan boleh di paksa - paksa. Perasaan tu akan menerima dengan rela. Barulah hubungan tu bahagia.

Hati dia? Tak terusik langsungkah perasaan dia dengan layanan Hud. Bi iznillah, sungguh dia terima Hud kerana jodoh. Jodoh dari Tuhan. Jodoh atas pilihan. Yang membawa berkatnya hubungan dan redha Tuhan.

Siap mengemas, Farah tarik troli IKEA yang berada di belakang pintu bilik tu. Semua barang - barang yang dia kemas tadi di pindahkan ke dalam troli tu.

Masa nak keluar dari bilik dia terperasan telekung masih tersidai elok di penyidai. Terus laju dia sambar telekung tu dan letak atas troli juga.

Jadi tentang perasaan dia pada Hud tak perlu di tanya dan diungkapkan. Dia sendiri pun tak tahu apa perasaan dia dekat Hud. Suka kah? Sayang kah? Cinta kah? Dia tak tahu dan tak kenal semua seangkatan perasaan tu.

Cuma dia tahu ikatan perkahwinan ni perlu dijaga agar tak putus di tengah jalan. Hubungan suami isteri tu sendiri terlalu suci pada dia. Hud tu suami yang perlu dia taati. Ada syurga padanya.

*****

Ambien berbeza menyapa bola mata saat pintu bilik sebelah dibuka. Juga bauan maskulin menerobos ke dalam hidung. Paduan warna hitam dan putih melatari ruangan.

Perlahan Farah menolak troli IKEA ke dalam. Mencari tempat yang sesuai untuk dia letak troli yang penuh barangan peribadi dia. Langsung dia pilih tepi pintu bilik air untuk letak troli tu. Senang dan mudah.

Ternyata bilik tuan ustaz tu lebih besar dari bilik dia. Rasanya sekali ganda dari bilik tidur dia tu.

Dari kemasan bilik tu dia tahu, warna kesukaan Hud adalah warna dominan. Tampak agresif dan elegan. Ternyata warna hitam tu melambangkan sifat kelelakian, kekuatan, kemewahan dan keagungan.

Not bad! Apabila matanya meliar ke segenap ruangan bilik, tanpa sengaja Farah duduk di atas katil Hud. Mata menala ke arah dinding di hujung kepala katil.

Frame gambar Hud yang besar memegang segulung ijazah terpampang di situ. Wajahnya kelihatan ceria sahaja. Lekuk lesung pipit tu jelas kelihatan bila dia tersenyum.

Kemudian, kaki di hala ke arah meja kerja di sudut kanan bilik. Beberapa buku nota dan buku kulit keras, laptop, lampu meja gulungan kertas-kertas, alatan tulis dan frame gambar juga memenuhi ruangan tersebut.

Farah perasan, antara frame gambar tersebut ada gambar pernikahan Hud dengan seorang wanita yang pastinya bukan dia. Mereka dalam persalinan baju nikah berona putih.

Perlahan tangan Farah angkat frame tu separas dada. Lama dia menyoroti wajah di tangan.

Hud duduk sambil memeluk dari belakang badan wanita tersebut. Jelas susuk wajahnya riang terpancar cahaya. Manakala, wanita itu wajahnya sangat manis dan ayu walaupun kelihatan pucat.
Latar belakang mereka di atas katil hospital.

Ya, umi pernah cerita padanya usia perkahwinan Hud dan Sarah hanya bertahan seminggu sebelum Sarah di jemput penciptanya.

Sangat sedih mengenangkan. Dia turut simpati dengan kisah Hud dan wanita yang dia tak pernah bertemu wajah tu. Melalui gambar ini dia mengenali seraut wajah yang berjaya menawan hati dan hidup Hud. Namun, Sarah telah mendahului mereka.

Dalam diam, Farah meletakkan semula frame gambar tersebut lantas mulutnya terkumat kamit membaca sepotong ayat dari ummul kitab. Semoga tenang roh Sarah di sana.

Di sebelah frame pertama tadi, ada frame kedua. Di situ juga ada gambar Hud dan Sarah. Dia tersenyum melihat keduanya. Bahagia sungguh pasangan itu. Pendek kata kesemua frame yang ada di atas meja itu ada gambar Sarah.

*****

" Amboi, kahwin pun tak jemput member. Macam ni la kawan. Cakap brotherhood la apa la." perli Barr sambil pandang muka Hud yang tersengih depan dia.

" Bukan tak nak jemput, dah aku tak buat kenduri. Aku nikah je. Buat yang mana wajib dulu." balas Hud. Air sirap limau di depan di sedut dalam.

Panas betul cuaca petang tu. Dia dan Barr bertemu di cafe berdekatan workshop sahabat baiknya tu untuk mengambil kereta Farah yang dah berapa hari tersadai di bengkel Barr.

" Yelah tu. Wajib sangat sampai lupa aku. Kenduri kahwin tu pun wajib jugak. Sebar berita baik sebab bina masjid. " Barr tak habis memerli lagi.

Geram dia Hud tak beritahu yang sahabat baik dia tu dah menikah. Buat dia lagi geram, sebab dua kali Hud kahwin dua kali juga dia tak ada di sisi kawan dia tu.

Hud gelak mengekek. Lucu tengok muka Barr yang kat depan dia tu tegang semacam.

" Nanti aku kahwin kali ketiga dan keempat aku jemput kau." slumber Hud membalas.

" Buat main pulak. Anyway siapa perempuan tu? Masa bila pulak kau bercinta sampai kahwin-kahwin ni?" soal Barr.

" Entah. Tak kenal. Keturunan mahsuri kut dan aku tak bercinta pun. "

Barr yang tengah menyisip teh o ais limau di depan terhenti. Mata naik melangut muka teman di depan. Bulat.

" Serius la. Dah sampai tak kenal kau buat jadi bini apahal bro. " Barr tak puas hati. Jawapan Hud tentang perkahwinan baru dia tu memang tak dapat nak di cerna langsung.

" Memang tak kenal pun. Umi yang suruh. Sebab umi yang kenal. " balas Hud. Kedua bahu di angkat tanda memang tak mengenali.

Dan muka tak percaya Barr memang tak boleh nak di cakap lagi. Hud rasa nak tergelak. Macam dia la yang kahwin atas pilihan umi tu.

" Ni mesti cantik dari yang sebelum ni kan! Kalau tak macam mana aci je kau rembat buat bini. Macam la aku tak tahu perangai kasanova kau tu. Arwah dulu pun yang ke berapa juga kena game baru kau jumpa cinta sejati tu." mata Barr dikecilkan cuba memancing jawapan dari Hud.

" Mulut kau memang tak pernah bayar insurans kan. Semedang je aci cakap ikut suka kau. " Hud tayang muka geram.

" Dah memang betul. Jangan nak cuba-cuba manipulasi kenyataan pulak. Kalau tak, tak adanya si Maya, Jane, Dee, Nana, Mell termasuk Sarah kau tu. Dan ayat kelas bangsawan plus muka Socrets tak pun Plato tu pun memang jenis player kut." sengih Barr tak sudah. Selagi tak dapat korek rahsia Hud jangan harap dia nak menyerah kalah. Bukan nama dia Ahmad Al-Barr Farabi.

Hud campak sisa gumpalan tisu lap mulut dia pada Barr di depan. Terkena bahu saja. Niat hati dia nak taram dekat mulut Barr tu biar tersumbat dalam mulut. Langsung tak payah cakap dah.

Namun, sasaran dia tak tepat sebab Barr dulu dapat elak. Terus gumpalan sisa tisu tu jatuh mendarat pada lantai cafe.

" Rileks bro. Jangan malu. Tapi kan, aku paling suka dengan satu punchline ni..." meleret-leret ayat kawan di depan dan sengih Barr masih tak padam.

"... awakkk tahuuuu takkkk kenapaaa airrr lauttt niiii masiiinnn.. Barr pandang muka Hud sambil sebut panjang-panjang .

Kut-kut la Hud nak habiskan ayat punchline tu tapi bila nampak Hud tayang muka ketat terus laju Barr sambung ayat tu bagi habis " .. Sebab manisnya ada pada awakkk!! " Barr gelak sakan. Tak boleh brain tengok muka Hud macam nak telan dia hidup-hidup. Risau pulak kali ni Hud angkat gelas kosong dan baling pada dia.

" Kau baca surat aku! " Hud tepuk dahi. " Cis, harapkan pegar, pegar makan padi. "

Kantoi, surat cinta dia bagi pada crush dan awek-awek lama melalui Barr sebagai posmen di zaman kolej dulu di baca. Hud geleng kepala.

Nasib la zaman kepala tak berapa betul dulu tu punya kes. Ni apahal sampai membawa ke zaman milenium baru dia tahu yang Barr sabotaj surat-surat dia tu. Sabar jelah. Kalau tak, mahu dia hempuk Barr tu dengan spanar saiz lapan belas.

" Tak luak pun lah ayat-ayat bunga tahi ayam kau tu. Aku simpan elok dalam muzium." balas Barr.

" Tak payah simpan dah. Campak buang dalam Tasik Chini terus. Biar naga yang makan." jeling Hud.

" Yelah, dapat bini baru tak payah aku jadi posmen kan. Eksyen la kau. Kalau dulu tu sehari tak jumpa aku tukang posmen surat cinta karat ni, aci tak senang hidup kau. Sungguh tak mengenang budi punya kawan. " Barr bagi ayat sedih.

" Ehh, apa pulak tak kenang budi. Ni aku cari kau suruh repair kereta wife aku kira nak membalas budi la ni. Tapi, sekarang taraf kau dah upgrade sikit dah. Dulu posmen, sekarang pomen. " Hud bagi ayat memujuk. Terus pecah gelak dua orang sahabat tu.

Barr dan Hud dua sahabat sejati. Masing-masing kenal hati budi. Masing-masing kenal luar dalam peribadi diri. Mak kau mak aku. Ayah kau ayah aku. Family kau family aku. Semuanya ada kau dan aku dalam hidup mereka. Jadi segalanya tak ada yang terselindung lagi. Persahabatan mereka utuh walau jarak dan waktu jadi pemisah.

Hud dulu seorang kasanova. Dia terlalu obses dengan perempuan cantik. Hobinya suka mengayat perempuan. Sampai la dia terjumpa Sarah. Lepas jumpa cinta yang sejati, terus Hud cuci tangan sebab dia dah benar - benar cintakan Sarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience