Bab 34 : Bukan Lagi Rahsia

Romance Series 20182

Ketukan yang berkali di muka pintu mematikan lamunan lelaki tu. Kepala yang sedikit berdenyut digosok perlahan sebelum kaki di bawa melangkah ke arah pintu dengan rasa malas yang maha hebat. Terjengul muka seseorang sebaik daun pintu dikuak. Mukanya berkerut pelik.

" Are you okey? “ riak kerisauan terpancar dari wajah wanita tu.

" Macam mana boleh ada dekat rumah saya? Mana umi? “ kepala di bawa keluar separa di celah pintu mencari kelibat umi.

Buukkkk!!!!

Bagaikan dipukul tubuh wanita tu kaku dan membeku. Sesaat tu, tubuhnya menggeletar.

Haq!!

" Err.. " mulutnya tergagap. Hilang kosa kata. Sepantas kilat akal di paksa mencari dalih. "Maaf ganggu. Saya cari umi,"

Lelaki yang di depan tu sekadar angguk. Namun mindanya seakan di luar sedar. " Ini rumah saya. Umi dekat rumah dialah. Ataupun dekat academy,"

" Oh okey. Just go on what have you done. Sorry for disturbing," senyum senget dengan wajah yang kelat dipamerkan. Usai berkata, wanita tu undur tapak kebelakang. Saat kaki mencecah anak tangga terdengar pintu bilik tertutup.

Fuh!

Tubuh yang tadi terkejut kini makin hebat beriak. Bibirnya turut sama bergetar menahan perasaan. Tanpa sempat dia tahan, mutiara jernih jatuh dari kelopak mata. Dipejam celik berkali. Tapi air mata tu tetap juga nak jatuh.

Tak boleh jadi!

Think! Think!

"Jangan biar dia stress! Get him out from that hell," suara hatinya bermonolog sendiri. Lekas pintu bilik yang dulu di buka. Sebaik tertutup, tubuh automatik melorot jatuh ke lantai parquet bilik. Tangisan dan hamburan air mata jadi peneman.

*******

Puas menyelongkar dari dalam laci almari di dapur ke laci meja konsol dekat ruang tamu sehingga ke drawer di bilik bacaan, barang yang di cari tak juga dia jumpa. Asal yang di katakan tempat penyimpanan barang, semuanya dia geledah. Habis bersepah.

Hish, manalah dia letak ubat ni? Mulut tak henti mengomel.

Setelah penat berfikir di tempat mana lagi yang mahu dia jalankan misi mencari, Farah akhirnya keluar ke porch rumah. Mata mengecil pandang kereta hitam di depan. Berharap di situ ada ubat yang di simpan.

Terbongkok-bongkok Farah masuk ke tempat penumpang. Risau dirinya diperhati. Dengan berhati-hati tangannya lincah membuka compartment dashboard.

" Tolonglah.. Tolonglah jumpa ubat tu," hatinya tak henti-henti bersuara.

Tangan yang lincah menggeledah isi perut compartment tertarik sesuatu. Terhenti dari bekerja. Mata dilarikan ke arah satu sampul yang tertera nama seorang perempuan bertindih dengan car manual. Laju tangan mencapai sampul putih yang bertulisan tangan tu.

Ditarik isi sampul. Ada dua helaian. Helaian pertama dikeluarkan separa dari sampul dan di baca. Sekilas matanya membaca isi kandungan surat. Tak semena hati berdegup laju. Satu persatu isi penting surat di hadam.

Elok je selesai, helaian kedua pula di bawa ke depan mata. Dibaca dan di hadam juga. Tanpa sedar tangan yang statik pegang surat tu menggeletar. Bibir dia pun terikut sama. Mulalah manik kaca di hujung mata tu nak menderu keluar. Dada yang dah sendat dengan sebak tu dia tahan seadanya.

Waktu ni bukan waktu dia nak layan sakit hati dan sedih segala bagai. Bukan juga waktu nak meratap hiba. Ni waktu nak mencari penawar. Soal hidup dan mati seseorang lebih penting.

Lain yang di cari lain yang terjumpa. Farah mengeluh. Nafas ditarik dalam dan perlahan dilepaskan. Hati dan fikiran yang dah kusut dan berkecamuk tu tak dihiraukan lagi. Modus operandi dia kini nak cari ubat si suami.

Setelah beberapa saat terpaku Farah kembali ke alam nyata. Mengingatkan tujuan asal masuk ke situ, Farah kalut simpan semula surat tu ke dalam compartment dashboard.

Compartment handstand pula di buka. Serta merta botol yang berwarna putih menyapu isi pandangan. Dicapai botol tersebut lalu di baca label yang terdapat pada sticker ubat. Nasib betul. Tu ubat yang dia sibuk cari. Terus botol ubat dimasukkan ke dalam poket seluar.

Setelah memastikan keadaan dalam kereta tu rapi seperti sebelumnya Farah keluar dari kereta. Kaki laju di bawa langkah masuk semula ke dalam rumah.

Di anak tangga, Farah nyaris langgar tubuh Hud yang sibuk periksa telefon bimbit di tangan. Hud yang terkejut cepat memaut lengan Farah dari tumbang ke belakang.

" Lady, laju-laju ni nak pergi mana? “ soal si suami. Kedudukan Farah yang dah elok stabil berdiri dilepaskan. Telefon disimpan ke dalam poket seluar jeans.

" Errr, tak ada pergi mana. Tertinggal telefon dekat bilik. Nak tengok kut-kut ada cikgu Azizun call. Ada perbincangan sikit dengan dia petang ni. Biy nak pergi mana pakai macam ni?" Farah pula menyoal. Dia perhati pakaian Hud dari atas turun ke bawah. Sweatshirt Polo berwarna putih dan denim jeans menyapu pandangan. Segak bergaya suaminya tu.

" Hati-hati panjat tangga. Jangan gopoh nanti jatuh. Nak terkehel kaki macam dulu? “

" Sorry, my bad. Biy nak pergi mana pakai wangi-wangi ni?" sekali lagi Farah menyoal.

Hidungnya kembang kempis menangkap bauan Voyage de Herme's by Herme's lelaki tu. Setiap kali Hud pakai wangian tu, hatinya terbuai. Dah kalau dia yang isteri pun terbuai masakan orang lain tidak. Khususnya wanita lain. Haih, mengundang betul!

" I nak jumpa kawan kejap. Lepas tu straight pergi jumpa Barr. You, malam ni tak payah tunggu I. Nak makan ke tidur ke anything just go on. Apa-apa call or whatsapp," pesan Hud. Senyum dibiaskan. Ubun-ubun Farah disentuh dan pucuk hidungnya tunduk seraya mencium di situ.

" Kawan? Perempuan ke lelaki? Nak ikut.. " keningnya bercantum bertanya. Tak semena dua tangan Farah naik melingkar di pinggang Hud dengan suara meleret. Memeluk rapat suaminya. Dah gaya macam anak kucing menggesel manja dengan tuan.

Mata Hud mengecil pandang Farah dengan riak tak percaya. Dia tersenyum senget. Tak pernah-pernah Farah nak peluk dia tiba-tiba macam tu kalau bukan dia yang mulakan dulu. Siap dengan suara manja dan aksi terlebih gula. Selalu tu hanya suara datar dan tak berperasaan aje yang di tayang.

Haih, lain macam sangat isteri dia hari ni. Ada apa yang tak kena ke?

Orang kat depan dah bagi green light menggoda. Takkan dia nak diam aje. Heh!

Laju tangan dia pun ikut naik merangkul pinggang Farah. Rapat, sampai tak ada seinci pun ruang. Sampai dia jelas letak dan lekuk tubuh tu. Aliran darah dalam badan mulalah tak sekata.

Kalau ikut hati lelaki, dah dicempung aje dia tubuh kecil Farah ke bilik. Alang- alang dah Farah yang mulakan. Bohonglah jika dia tak tergoda. Dia lelaki normal. Nafsu tu pasti ikut ke mana saja. Cuma akal dan iman yang kuat saja yang ada nak di buat benteng. Tapi memandangkan ada urusan yang lebih penting dari tu, dia abaikan perasaan yang menggebu tu.

" Tak boleh ikut la sayang, I ada urusan yang nak diselesaikan. Kawan I lelaki aje. Tak ada perempuan. I'm promise balik awal malam ni,"

" Urusan apa tu? Penting?"

" Quite important and emergency, " tak dapat dia memberitahu dengan terperinci. Ini soal masa depan mereka. Hal yang terjadi perlu segera diselesaikan. Kalau tak kepala dia rasa nak pecah. Hati tak senang nak hadap isteri tersayang.

" Okeylah kalau macam tu tapi janji balik awal eh.. " Farah meleretkan suara lagi. Kali ini kaki di bawa jengket sedikit. Lagi sikit nak sama paras dengan tinggi Hud. Tangan naik merangkul leher lelaki tu. Bergayut mesra di bahu lebar si suami.

Bertambah tak keruan di buatnya Hud oleh Farah. Hati girang di layan begitu. Berbunga-bunga indah. Hilang sekejap masalah yang memberat dalam kepala.

" Isteri siapalah yang manja sangat hari ni hmm..." Hud rapatkan wajahnya ke pipi Farah. Dia tunduk mencium. Geram dengan aksi manja si isterinya tu.

" Isteri jiran Uncle Singgam depan rumah tu.." Farah mencebik. Terus di lepaskan pelukan di leher Hud. Badan di bawa jarak dari tubuh Hud. Berkira nak berlalu dari situ.

Hud senyum lagi. Tergeleng kepalanya. Mulalah isterinya tu tunjuk protes. Dah buat gaya keras tak berperasaan dia aje. Nak tak nak Hud tarik kembali tangan Farah dan di bawa ke pinggang sendiri.

" Okey sorry, my very beautiful wife. Janganlah merajuk. I janji balik awal malam ni. Tapi dengan syarat you kena manja-manja dengan I macam ni." kedua pipi Farah dicekup dengan tapak tangan. Ibu jari mengelus lembut pipi gebu tu.

Muka Farah memerah. Dia tersenyum. Tapi dalam hati saat ini hanya Tuhan yang tahu.

" Kenapa kena manja-manja pulak?“

“ Iye lah sebab you dah goda I macam ni. Lagipun selalu tu I aje yang goda-goda you baru you manja-manja dengan I. Malam ni ladies first. No broken promise,"

Farah tahu selama perkahwinan mereka, dia tak pernah memulakan apa pun langkah untuk memikat hati si suami. Dia tak mahu sebarang kekecewaan di kemudian hari. Memandangkan dia tahu hati Hud pada siapa sebelumnya. Namun hari demi hari hatinya terpaut dengan sikap dan layanan baik Hud.

Dia sedar sikit sebanyak dia turut bersalah dalam perkahwinan ni. Dia tak pernah nak ambil hati Hud. Dia takut. Takut meletakkan harapan yang tak diketahui hujung pangkalnya. Takut menggadaikan ikatan yang terlalu suci ini. Kerana perkahwinan ini adalah perkahwinan yang di atur umi untuk mereka.

" Lady, I nak pergi dah ni. Nanti lambat pergi lambat pulak I balik. Nanti I tak boleh fokus meeting, sebab teringat dan terindu you. Apa-apa nanti you call or whatsapp I," pesan Hud sekali lagi. Melepaskan pelukan Hud hulur tangan.

Farah tergelak. Hatinya walau saat ini diamuk perasaan yang walang namun pujukan Hud membuatkan hatinya senang dipujuk. Dia mengangguk faham lalu menyambut huluran tangan si suami. Dia bersalam dan mencium seperti selalu.

Hud atur langkah ke muka pintu dan keluar menuju ke kereta. Beberapa saat kemudian keretanya menghilang dari kawasan rumah. Farah dengan cepat menutup pintu dan naik semula ke atas.

******

" Farah datang seorang aje?“ soal Puan Suraya.

" Iye, Farah datang seorang. Umi dah lama sampai?" tangan Puan Suraya di raih dan di bawa ke hidung. Tunduk mencium Farah angkat kepala sebaik duduk berhadapan dengan kerusi Puan Suraya." Umi pun seorang aje ke? Ayah? "

" Ayah ada meeting dengan ahli lembaga pengarah. Lagipun lepas ni umi nak terus ke academy," terang Puan Suraya. Farah angguk kepala. Nafas seakan lelah dilepaskan.

Hari ni, dia terpaksa menelefon ibu mertuanya untuk berjumpa. Hal si suami perlu diceritakan. Bukan sebab nak buka aib atau apa. Tapi hal yang diketahui tanpa sengaja bukan lagi rahsia. Makanya, umi ajak dia bertemu di medan selera Kak Yong Kelantan berdekatan dengan ofis umi tu.

" Umi orderkan air dulu ya. Nampak macam berat sangat hal Farah tu," tanpa sempat Farah halang, umi dah gamit pelayan kedai dan membuat pesanan. Selang berapa minit pelayan tadi sampai dengan dulang berisi gelas teh o ais limau.

" Farah ada masalah ke dengan Hud?" soal umi. Riak wajah menantu yang datang nak berjumpa dengan dia tu nampak sangat kusut.

Sekali lagi Farah lepaskan nafas yang berat. Anak mata umi dia pandang. Takut nak bercerita sebenarnya. Takut umi kecewa. Risau umi sedih. Keadaan Hud si anak buat hati Farah yang isteri juga turut dihambat perasaan resah dan gelisah. Tapi, kalau tak di cerita masalah tak akan selesai. Sampai bila nak di tanggung dan di hadap seorang.

" Farah," seru umi perlahan. " Let all of them out. Spill. I was hear to be a listener," sambung wanita tu.

" He turned again," berlinang air mata Farah. Namun cepat diseka. Dia senyum dengan bibir bergetar. " Last night.. and not sure what are dragging him up. I'm scarred."

Wajah umi dipandang. Riak wanita tu dah dapat dijangka. Terkejut dan dia tertunduk. Serta merta perasaan bersalah menghantui Farah.

Umi, I failed to make him happy!

Giliran umi pula sedut nafas dalam-dalam. Dua saat berlalu umi segera melepaskan helaan dengan lafas istighfar di mulut. Senyum di hadiahkan buat si menantu. Kata-kata positif disuntik ke benak sendiri. Ini ujian. Ini dugaan. Allah uji sebab Allah sayang. Allah duga sebab Allah rindu. Lalu, yang dah jadi umi buat pegangan untuk hati sendiri. Agar terus kuat dan tabah nak tempuh ujian tu.

" It's okay dear. I know you're strong enough to face this matter. Hud ada masalah ke?" tanya umi.

" Abang tak pernah cerita masalah dia. Lagipun abang tak nampak stress atau serabut pun bila ada di rumah. Tapi kelmarin tu tiba-tiba aje. Dan Farah tak tahu dah berapa lama abang tak makan ubat, "

Umi kelihatan memikir sejenak. Beberapa ketika kemudian dia kembali bersuara. " Hud ada mengalami gangguan semasa tidur atau diet pemakanan terjejas tak? “

" Diet abang okey umi tapi baru-baru ni abang ada gangguan waktu tidur," jelas Farah sebaik teringat kejadian malam yang dia dibentak Hud kerana menjerit nyaring di tepi telinga suaminya tu.

" Dah tiga bulan Hud berhenti makan ubat tu. Ada dia bagitahu pada umi. Sebab dia rasa dia dah okey dan tak ada simptom-simptom macam dulu. So umi cakap just go on ajelah. Sebab umi pun ada tanya psiktris and he said okey kalau Hud nak stop ubat," panjang lebar umi beritahu.

Farah sekadar angguk. Tapi dia pasti kecelaruan identiti yang berlaku baru ni mungkin di sebabkan kes surat yang dia jumpa tu. Hud berkemungkinan terlalu stress. Sampaikan terjejas teruk macam tu. Nasiblah kejadian tersebut tak ambil masa yang lama. Kalau tak jenuh dia.

" Tak apalah umi, nanti Farah try tanya abang kut-kut dia ada masalah atau apa-apa. Tapi Farah nak tanya umi something boleh? “

" Tanyalah. Kalau ada yang boleh umi bantu, umi akan bantu. Apa dia? “

“ Umi tahu pasal wasiat arwah Sarah? “

" Wasiat apa? Sejak bila arwah Sarah ada tinggalkan wasiat? Hud tak ada cerita apa-apa pun dekat umi? “

" Tak apalah kalau umi tak tahu. Farah tanya aje."

" Farah.. Cerita pada umi apa sebenarnya yang berlaku ni?" pinta umi lembut. Anak mata Farah yang bening dia pandang sekali lagi.

Farah senyum sumbing. Hati yang tadi berdegup laju kini lebih bertambah. Dia dah terlepas bicara. Tentu lah Puan Suraya tetap akan cari sampai dapat cerita yang tergantung sekerat jalan tu. Kalau nak tarik balik pun dah tak sempat. Terlajak. Mulut kalau dah lancang berbicara pastilah badan yang binasa.

Dan kini, rahsia bukan lagi rahsia.

" Err.. Farah terr..jumpa wasiat tu dalam kereta abang,"

" Dah agak mesti Hud stress. Sebab tu jadi macam tu. Wasiat tu tulis apa?"

“ Kalau Farah cerita umi janganlah beritahu abang. Farah risau abang makin stress dan sakit balik." tangan umi disentuh lembut. Memohon pengertian.

" Arwah Sarah mahu abang kahwini adik dia," cepat dan laju-laju Farah bercerita. Tak sanggup rasanya nak sebut perkataan nikah tu. Dah kalau nikah mestilah ada pula perkataan poligami. Dan poligami tu pula membawa kepada perkataan madu. Jadinya dia bakal dimadukan tak lama lagi. Haih.

Tuhan, ku mohon kekuatan kepada mu yang bernama Al-Qawiyy - Yang Maha Kuat.

Risau emosi kembali dihujani perasaan sedih dan kecewa Farah cepat-cepat melayangkan senyuman untuk wanita di depan. Dia tak mahu tunjuk yang dia sedih. Dia tak mahu umi susah hati dan sedih juga.

" Astaghfirullahaladzim," umi beristighfar. Dia kaget seketika. Kedua tangan naik meraup wajah. Patutlah Hud sampai jadi macam tu. Memang sahlah surat tu yang membawa petanda buruk pada dia. Hati tua Puan Suraya menggeleng kesal.

" Walau apa pun yang jadi umi hanya nak Farah aje yang jadi menantu umi. Bukan orang lain. Farah jangan sedih ya sayang, umi akan bantu Farah dengan Hud." ucap umi. Tangan Farah digenggam erat.

" Umi, Farah redha kalau semua tu takdir Farah. Farah cuma nak tengok abang bahagia. Nak tengok umi gembira. Itu aje. Farah tak akan minta lebih. Farah sayangkan abang dan umi. Farah dah cukup bersyukur umi terima Farah seadanya. Cuma Farah harap umi tak akan beritahu pada abang siapa Farah yang sebenarnya. Itu saja. " balas Farah. Puan Suraya angguk.

Mulianya hatimu anak. Sanggup menerangi hidup orang lain walau hati sendiri malap. Gelap gelita.

********

Tiga minggu berlalu..

" Umi.. Hud ada perkara nak bincang dengan umi." ujar Hud tanpa kiasan. Belakang badan yang tadi bersandar di kerusi di bawa ke depan. Rapat ke meja kerja Puan Suraya. Sudah berapa minggu dia sakit kepala memikirkan masalah nan satu tu.

" Hal apa? Nampak macam berat sangat?" soal Puan Suraya walau dia dah dapat agak apa sebenarnya hal yang nak di sampaikan pada dia.

“ Hud kena kahwin." perlahan dan datar tanpa perasaan monoton suara Hud sampai ke telinga si ibu yang tengah ralit bersilat dengan papan kekunci di depan.

" Hah kahwin! Hud jangan main-main boleh tak? “

Walau perlahan monoton suara yang datar tu yang keluar tapi tetap saja Puan Suraya dengar.
Puan Suraya berdecit. Kerut di kening naik berlapis. Jemari yang tadi sedang mengetuk papan kekunci kini terhenti. Matanya di bawa beralih dari skrin komputer ke wajah sang anak.

" I am. Arwah Sarah tinggalkan wasiat untuk Hud. Hannah baru je bagitau Hud." dengan nafas berat Hud memberitahu. Reaksi umi sudah dijangka.

" Mengarut." Puan Suraya tertawa.

" Hud tak nak jadi manusia yang tak berpegang pada janji umi?,“ mata merah umi buat Hud rasa bersalah. Namun, keputusan telah di buat.

“ Arwah suruh Hud kahwin. Kan dah kahwin dengan Farah. Berapa kali nak kahwin?“ menyinga suara umi. Tak boleh nak di kawal lagi dah perasaan yang sedia ada. Dia ingatkan tak mungkin si anak nak ikut wasiat tu. Alih-alih lain yang jadi.

Allah berat sungguh ujian kali ni.

" Tak.. Umi tak setuju. Semua tu mengarut."

" Tapi sejak akhir-akhir ni Hud selalu mimpi arwah Sarah datang. Macam nak sangat Hud kahwin." Hud raup kepala dengan kasar. Rambut yang tadinya elok kini dah berserabai macam kena langgar dek angin ribut taufan

" Dengan siapa?" sengaja umi bertanya. Dia nak dengar dari mulut Hud sendiri.

“Hannah. Hannah Delaila."

" Big no. Lagi umi tak setuju. Hud tolonglah umi, tolonglah fikir perasaan Farah sekarang ni."

" Hud pun tak tahu nak buat apa umi. Hud pun serabut fikir. Hannah hari-hari datang jumpa Hud tanya benda yang sama. Dengan Farah diam tak nak cakap dan layan Hud. Hud runsing fikir umi. Umi nak ke Hud turning up again?"

Puan Suraya angkat wajah. Mata tepat pandang anak mata si anak. Tajam.

Bertuah! Buat orang risau bukan kepalang lagi.

" Kenapa baru sekarang Hannah datang jumpa Hud. Kenapa bukan setahun yang lepas. Semua orang lari tinggalkan Hud lepas Sarah pergi. Umi dengan Farah yang jaga Hud masa sakit. Bila Hud dah sihat macam ni senang je datang balik merayu dengan wasiat bagai."

" Umi cakap apa tadi.. Farah tahu Hud sakit ke?"

" Err.. Hmm, " tiba-tiba Puan Suraya gagap. Menggelabah. Mulalah ayat dalam kepala berlaga nak mencari jawapan.

" Umi, Hud baru nikah dengan Farah enam bulan lepas umi.. Macam mana Farah yang jaga Hud sakit pulak ni?“ mengecil mata Hud pandang Puan Suraya. Kepalanya makin serabut.

" Err.. Umi.. Umi.. "

" Umi ada sorok apa-apa ke dari Hud? Farah kenal Hud ke sebelum ni? Kenapa Hud tak tahu apa-apa pun." soal Hud. Benaknya terbungkam dengan seribu satu tanda tanya.

Umi lantas melarikan anak mata dari menjadi santapan mata helang Hud. Risau dalam hati bertimpa-timpa. Risau tak kuat nak pegang amanah orang. Risau mulut sendiri khianat dengan tuan badan. Dah kalau tak mampu nak bercakap yang baik-baik, lebih afdal dia tutup mulut rapat agar tak buka cerita apa-apa. Terus dia ajak Hud keluar makan punya nak tutup rahsia.

*****

" Barr kau kena tolong aku Barr.."

" Tolong apa?"

" Kau kenal Farah kan? Wife aku tu?" desak Hud.

" Farah? Wife kau sekarang ni! Bila masa aku kenal dia. Aku pun baru je tahu kau kahwin lain lepas Sarah meninggal tu." Barr buat muka pelik. Kepala si Hud ni ada terhantuk kat mana-mana ke tadi yang sampai tanya dia soalan luar silibus macam tu.

" Tolong Barr, tolong aku.. Aku.. Aku serabut fikir. Aku tanya umi tapi umi tak nak cerita kat aku." Hud dah macam kucing hilang anak. Dari tadi berjalan ke depan ke belakang di depan ofis workshop dia tu. Serabai selekeh pakaian dia usah kenanglah. Naik berkedut seribu baju dia.

" Kau cakap apa ni? Cerita pasal apa? Aku tak fahamlah," Kening Barr bertanya.

Dia yang tadi tengah kira untung rugi perniagaan dengan pen dan kalkulator di tangan pun naik serabut. Habis bertabur angka dalam kalkulator yang dia tekan. Dah kalau gitu mana nak spesifiknya jawapan untung dan rugi yang bertanda atas kertas lejer dia tu. Kang tak pasal salah pulak si budak Arm tu key in data dalam komputer. Sudahnya dicampak ke tepi stationary tu.

" Farah tu siapa sebelum aku kahwin dengan dia?"

Allah! Apa ke gila sangat bunyi soalan si budak ni pun. Tu bini dia ke bini aku yang dia tanya? Barr pun dah naik pening macam Hud yang di buat main tanya soalan dengan diri sendiri.

" Ya Allah Hud, cuba bawa istighfar. Aku kan dah kata sungguh aku tak kenal Farah. Tang mana jawapan kbat aku yang kau tak faham hah!" Barr bangun dari duduk. Tangan naik mencekak ke pinggang sendiri.

" Tolonglah Barr aku kusut sangat sekarang ni. Aku sakit kepala fikir. Lepas satu-satu masalah datang," Hud berhenti berjalan. Pandang tegak hadap wajah Barr di depan yang berselang meja kerja lelaki tu.

" Hari tu Hannah datang jumpa aku bagitau Sarah tinggalkan wasiat suruh aku kahwin lain. Bila aku nak kahwin umi halang. Bila aku tanya kenapa? Dia cakap Farah dah banyak berkorban jaga aku masa sakit. Aku sakit dah dua tahu Hud. Tapi aku baru je nikah dengan Farah 6 bulan lepas. Tapi time tu aku dah baik dari sakit. Bila masa pula aku kenal dengan Farah tu,"

Rahang yang terketap kuat Hud elus dengan tapak tangan. Pelipis dia pun naik tegang. Belakang kepala jangan cakaplah. Berdenyut-denyut dah berapa minggu tak nak hilang. Sapu ubat pun tak kebah. Bak kata orang, dah tak lut.

" Kau dah tanya Farah?"

" Dah. Dia pun sama macam umi tak mahu cerita apa-apa."

" Ayah Ha? Ada kau tanya dia."

" Kalau umi tak mahu buka cerita ayah pun sama la. Bukan tak tahu dengan ayah tu. Semua suruh aku rujuk dengan umi,"

Hud berdecit. Sebal dengan orang keliling. Tunjuk protes dia tarik kerusi depan meja Barr. Menyeret bunyi kaki kerusi bergesel dengan lantai simen kedai. Naik ngilu telinga dua orang makhluk yang tengah stress berjawab soalan dengan soalan tu.

" Tolonglah Barr.. Kau saja harapan aku,"

Barr hela nafas. Seakan berat. Mata naik memandang Hud. Barr putar bola mata ke atas. Berhenti sekejap dan pandang balik mata lelaki tu yang penuh dengan pengharapan. Akhirnya kepala dia juga yang penuh dengan tanda tanya.

Nilah bahana kalau kahwin. Masalah beranak pinak. Habis dengan aku yang tak berdosa si budak Hud ni angkut nak buat clan angkatan nak di buat pikir masalah kenegaraan jajahan dan wilayah takluk dia sekali. Masalah!

" Kalau kau tahu Farah tu siapa sebelum ni kau nak buat apa?"

Kepala Hud yang tadinya tunduk kini dipanggung naik. Muka tak ada perasaan bersalah Barr dia perhati.

Apa ke masalah si Barr ni pun hah! Soalan tadi pun dia tak jawab, ni balik tanya aku lagi soalan lain. Ingatkan datang jumpa dia boleh settle sikit tapi rupanya hampeh. Bertambah lagi jadinya.

" Buat apa yang patutlah. Nak buat apa lagi? “

" Yang patut tu apa? Kalau tak nak pass aku jelah. Alang-alang kau cakap tadi nak kahwin lagi satu. Aku kan memang suka semua macam kau. Tasteless,“ Barr dah sengih sampai telinga. Saja nak bagi orang kat depan dia yang muka toya tu naik hangin satu badan. Test tengok angin dia tu sama dak dengan angin kat kutub utara nun. Tak pun sama dengan ribut pasir yang dekat padang pasir Kaherah nun.

“ Aku cakap nak kahwin lagi satu aje bukan nak bercerai ke apa. Kau jangan macam-macam Barr. Ada juga aku bukak sidekick karang. Kau kalau nak test aku pun pada-pada lah. Karang makan ikut tiub pun tak boleh bro. Aku hantar wakil baca talkin aje kut," ancam Hud dengan mata dingin bersama aura malaikat pencabut nyawa Izrail tu.

Barr galak ketawa sampai keluar air mata. Hud memang dasar anak jantan. Pantang menyerah walau tercabar. Jenis lelaki jati ni memang payah. Tahap cemburu petala ke lapan dia tu memang payah nak di ubat. Sejak kahwin baru ni pun, penyakit cemburu dia tu makin tak boleh nak di rawat. Sampai dah ke tahap planet pluto antara galaksi cakerawala nun dia bawa aura cemburu dia tu.

" Rileks bro jangan nak angkut angin beku kau tu masuk bengkel aku ni. Karang ada juga customer aku lari. Usik sikit aje pun nak melalak macam anjing salak bukit. Bukit tak runtuh tekak aje yang sakit," Barr tak habis menggiat. Tangan di bawa melangkau meja menyentuh bahu Hud. Tergeleng kepala dia melihat aksi buddy seorang tu yang kusut dengan masalah yang tak dapat nak diselesaikan buat masa ni. Macam si Barrack Obama kusut fikir White House nak kena bom aje.

" Baliklah dulu rehat. Nanti aku try tanya ayah Ha. Jangan nak fikir sangat masalah tu. Elok je hal tu jadi rahsia, tak pasal jadi bukan lagi rahsia. Karang kalau kau jadi pak cik Mustafa yang bertapa kat Gunung semanggol sebab nak menuntut ilmu Sang Saka Buana tu jangan datang nak jumpa aku minta tolong pula. Time tu memang sah aku rembat aje bini kau terus." bebel Barr.

Hud angkat penumbuk depan muka Barr dengan gaya Mike Tyson nak belasah Manny Packquio dekat gelanggang tinju dunia. Gila Barr tu bukan dia tak tahu. Sebelum rahsia jadi bukan lagi rahsia baik aje dia dengar nasihat Barr yang dah banyak kali jadi penasihat tak bergaji dia tu tiap kali dia ada masalah. Kut sejak azali. Dari zaman alam rahim kalau nak di ikutkan bak kata ayahnya dan Ku Jaleel, ayah si Barr. Yang memang dah tahu dan kenal hati budi mereka berdua sejak alam kandungan tu.

*****

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience