Epilog

Romance Series 20182

Hud yang terlelap di atas sofa selepas pulang dari kelas kuliah tadi terpisat-pisat bangun. Jari kanan naik menggosok mata. Kepala di bawa berpusing ke arah pintu rumah yang ditekan loceng berkali-kali. Bingit. Dia bangun menuju ke pintu dengan kepala yang sedikit pening lalat.

“ Surprise!”

Hud kaget sebaik pintu rumah tu dia buka. Figura-figura yang berada di depan matanya di pandang satu persatu. Kesemua wajah di hadapannya sungguh ceria.

Langsung dia tak terkata apa. Perlahan wajahnya melengkung dengan riak senyuman. Tangan di bawa naik mengelus dahi. Dia pejam celikkan mata memastikan dia tak bermimpi. Kut-kut la dia berhalusinansi di siang-siang hari macam ni.

“ Kau tak mimpi. Ini realiti. Kut iya pun speechless bagi lah kita orang masuk.” ujar Barr sambil kendong bayinya mendahului rombongan cik kiah mereka ke negeri di bawah bayu itu. Yang lain sudah tergelak. Umi dan ayah serta Hannah tersenyum melihat kerenah dua beradik itu.

“ Ops, sorry-sorry. Masuklah” Hud mempersilakan kesemua tetamunya. Berbondong-bondong angkatan cik kiah yang diketuai Barr masuk ke dalam rumah. Begitu riuh suasana itu.

Saat dia berpaling mahu menutup pintu dahinya berkerut pandang ke hadapan. Sejambak bunga lili putih dihulurkan padanya oleh seseorang.

“ Happy birthday!!” Farah menjengukkan muka di balik bouquet bunga lili itu dengan menampakkan barisan giginya yang putih bersih.

Sementara di belakangnya angkatan rombongan yang di bawa Barr tadi siap sedia menyanyikan lagu selamat ulang tahun kepadanya. Mereka bernyanyi dengan penuh semangat.

Hud menggelengkan kepala tanda tak percaya. Ini betul-betul mimpi. Dia pusing wajah ke depan semula.

“ Lady.” tangannya mendepa mahu merangkul si isteri. Double speechless dia. Sudahlah dengan muka bangun tidur tadi dia kelam kabut buka pintu nampak seisi keluarga penuh di situ. Sekarang di kejutkan pula dengan sejambak bunga lili putih bersama ucapan hari lahirnya dan nyanyian okestra yang diketuai Barr itu. Dia pun lupa hari lahirnya hari itu.

“ I'm miss you honey.” menitis air mata Hud saat itu. Dia menarik Farah ke dalam dakapannya melepaskan rindu.

Jambangan bunga lily putih itu dicium setelah meleraikan pelukan. Sepatutnya dua hari lagi baru tugasnya selesai dan dia akan pulang ke semenanjung tapi siapa sangka keluarganya datang buat kejutan seperti itu.

“ I'm too.” balas Farah mencium pipi suaminya. Mata mereka bertentang melepaskan perasaan yang menggunung.

“ Bawak-bawak masuklah ke dalam kalau nak lepas rindu pun.” tiba-tiba suara Barr mencelah memecah alam. Separuh kepalanya terjengul di balik pintu memanggil kedua pasangan yang hanyut dalam lautan rindu itu.

Hud dan Farah tertunduk malu di tangkap Barr. Dalam hati Hud dah menyumpah makhluk seekor tu. Sibuk aje kerjanya mengacau daun. Hud lalu meggenggam tangan isterinya dan menjemput masuk ke dalam.

“ Kenapa tak bagitau nak datang?” soal Hud memandang semua yang duduk di ruang tamu. Seorang demi seorang dia bersalaman. Dan akhirnya wajah dia bersinar melihat anak kecil dipangkuan umi.

Nawal Aisyah. Hud hulur tangan mahu mengendong baby kecil yang sudah bertambah montel itu. Usia bayi itu sudah menginjak empat bulan. Dan selama itulah Hud merindukan anak kecil yang dia tinggalkan di semenanjung kerana tugas yang menuntutnya berada di negeri bawah bayu itu.

Pipi pau Nawal digomol geram. Bauan bayi yang terbit dari tubuh kecil itu disedut lama bagi menghilangkan rindu.

“ Rindunya anak atta ni."

“ Rindu anak saja ke? Umi dengan ayah tak rindu? Tu isteri kesayangan awak tu dari semalam tak boleh tidur excited nak datang jumpa buah hati.” usik Puan Suraya seraya melirik ke arah Farah yang duduk di sisi Hud.

Merah wajah Farah diusik umi. Hud turut alihkan pandangan mencari wajah belahan jiwanya itu. Dia senyum.

“ Semua pun atta rindu. Tapi Nawal lebih lah sikit sebab dia kan orang baru.” ujar Hud lalu kembali pandang wajah anaknya yang masih lena dipangkuannya.

“ Aku kau tak rindu ke?”

Hud angkat kepala. Wajah Barr menerpa depan mata. Dia juling mata ke atas.

“ Tak sempat nak rindu. Kau hari-hari facetime dengan aku kacau hidup aku. Menyemak je. Ni siapa punya plan buat surprise ni. Mesti kau kan!” tebak Hud. Dia pamer wajah garang depan Barr.

“ Eh, tolong sikit. Tu plan bini kau! Aku ikut je. Bini kau tu rindu tahap apa dah. Tak menyempat nak tunggu kau balik. Sampai tak tidur dua tiga hari ni. Sibuk buat plan. Lagi mau tuduh aku.” Barr bercekak pinggang.

Hud tersengih. Dia pandang Farah. Hatinya berbunga riang mendengarkan khabar tersebut.

“ Dah dah jom siap-siap. Kita pergi celebrate. Semua dok berbalah dari tadi. Perut ayah dah lapar ni.” Tuan Halim mencelah. Lagi lama dia membiarkan mereka berbual lama lagi lama perutnya kelaparan. Dia menggeleng-gelengkan kepala melihat tingkah anak-anak.

" Okay. Jomlah. Barr dah ready ke tempat tu?” soal umi pula.

“ Dah umi. Tunggu birthday boy tua ni je.” sahut Barr dengan muka selamba. Puan Suraya tergelak.

“ Kau yang tua. Kau beranak dulu dari aku.” balas Hud.

“ Eleh, beranak selang dua tiga hari aje pun kau nak kecoh.”

Barr dan Hud kalau berjumpa tak bertegang urat memang tak sah. Ada saja benda yang nak dikeruhkan. Tapi anak-anak inilah yang membuatkan hatinya selalu gembira. Selalu rasa bahagia. Dia bersyukur kerana di beri peluang merasai kebahagiaan seperti ini.

**************

" Makin cantik sayang abang ni. Makin gebu dari anak dara." puji Hud sebaik melihat Farah masuk ke bilik mengendong Nawal yang sudah tertidur dalam pangkuannya. Farah jeling manja. Baby Nawal diletakkan perlahan di atas tilam.

" Abang tak payah la nak puji-puji saya. Saya tahu saya dah tak cantik mcm dulu. Sana sini melebar." Farah terasa hati. Dia terlebih sensitif selepas beranak satu ni.

Hud gelak. Isteri dia dah pandai merajuk sekarang ni. Dulu isterinya selalu tunjuk kuat je. Tapi sejak ada anak sikap Farah nampak terlebih manja dan cepat sensitif. Ke sebab kena tinggal 3 bulan tu. Hud tersenyum.

" Betul la makin cantik. Makin manja. Siang malam abang teringat dekat you je. Janganlah merajuk. Abang janji lepas ni abang tak tinggalkan dah you and Nawal. I swear to protect you and our little princess." jari kanan ditegakkan separas bahu berjanji.

“ Yelah tu. Abang dari dulu suka gulakan Farah. Tak takut eh kena kencing manis.” ujar Farah.

“ Tak. Kalau abang kena kencing manis biar lah Farah jadi insulinnya." balas Hud kembali mengusik dengan ayat punch line nya pula.

Bertambah masam muka Farah. Tadi, dia ingatkan nak mengusik suaminya alih-alih dia pula yang kena usik. Farah melabuhkan duduk di sebelah baby Nawal.

" Lady, I dah boleh buka puasa ke?" soal Hud tiba-tiba. Dia yang baru usai solat isya tu tersenyum menampakkan aura penggoda kelas satu.

Farah kerling jam dinding. Sembilan lima minit malam. Bukak puasa apa pukul 9 malam? Farah berkerut dahi.

" Mana ada orang bukak puasa pukul 9 malam abang. Abang puasa apa?" Farah garu kepala yang tak gatal.

Nawal yang tidur di atas katil sedikit menggeliat kerana berasa terganggu. Farah cepat-cepat tepuk kembali punggung lebar anaknya agar tidur anak kecil tu tak terganggu.

Hud mengeluh. Haish, kenapa la lepas beranak ni isterinya tu terus jadi pelupa. Puasa apa dia tanya? Puasa nafsu batin dia la. Apa lagi. Hud meraung dalam hati. Dia pula rasa nak merajuk.

" Lady, you sekarang lepas ada baby makin pelupa ye?"

" Sorry abang, saya lupa apa?" makin berlapis kerut di dahi Farah.

Hud merapati Farah lalu dia duduk menempel dengan Farah sambil peluk tubuh langsing isterinya. Dagu Hud melabuh dipangkal leher wanita itu. Wangian mandian rose yang melekat di kulit tubuh tu dia sedut dalam. Damai dan membuatkan nafsunya semakin melonjak.

" Lady..” Hud merengek manja. Terusan lampu dalam kepala Farah menyala. Err dia kaget. Ni ke puasa yang suami dia cakap. Ala nak.. Matilah mak. Wajah Nawal yang tertidur pulas dia pandang. Seakan meminta bantuan.

Tangan Hud dah mula menjalar lembut di pinggangnya membuatkan Farah rasa serba salah. Hendak di tolak apa pula kata suaminya. Hendak di teruskan anK di sebelah karang takut terjaga. Dia benar-benar tersepit.

" Abang, ramai kan dekat rumah ni.." akhirnya Farah bersuara dan mematikan larian tangan Hud di pinggang nya tapi ciuman hangat di leher wanita tu belum juga dia hentikan. Belum sempat Hud bersuara ketukan di pintu berbunyi.

Tok.. Tok..

Hud panggung kepala dari celah leher Farah. Farah tersengih. Dia sedaya menahan senyuman dari terhambur keluar lepas lihat reaksi suami dia masam mencuka. Hud bangun dari katil sambil betul kain pelikat di pinggang sebelum tombol pintu ditarik.

Dalam hati Farah mengucap syukur. Sekurangnya dia terselamat malam ni. Setidaknya kalau hal itu berlaku biar lah di rumah sendiri.

" Nawal dah tidur?" suara umi bertanya perlahan di balik pintu. Farah sekadar memanjangkan leher apabila Hud membuka lebar pintu biliknya untuk di lihat umi.

" Dah umi. Kenapa?" balas Hud di belakang pintu. Umi menapak masuk merapati katil dan tersenyum.

" Umi nak ambil dia tidur dengan umi malam ni. Esok kan umi nak balik dah. Entah bila pulak umi dapat bermanja dengan cucu umi ni."

Rambut lebat Nawal disebak berkali. Pipi montok anak kecil tu diusap. Betapa umi jatuh kasih sangat dengan bayi comel tu yang mempunyai biasan wajah Hud Dan Farah.

" Susahkan umi la. Tengah malam Nawal selalu terjaga nak menyusu. Letih umi nanti." Farah berbasa basi. Kesian pula dia dengan umi. Serba salah nak susahkan umi. Takut tengah malam Nawal terjaga menangis mahu menyusu nanti.

Hud di depan pintu dah tersengih gembira. Bagus umi. Cepat lah amik nawal masuk bilik dengan umi. Cepat sikit dia berbuka puasa nanti. Dalam hati Hud bersorak gembira. Ini adalah peluang keemasannya.

"Tak pe, tak susahkan pun." Umi dah mengangkat Nawal masuk ke dalam pelukan. Bersedia mahu mengendong anak kecil tu dan turun dari katil.

" Nanti ayah cakap apa pulak umi?" soal Hud. Walaupun dalam hati dia seronok umi mahu mengambil Nawal tapi dia risau pulak dengan ayahnya. Kesian ayah tak selesa tengah malam terjaga dengar rengekan Nawal.

" Ayah okey je. Tak apa. Farah tolong bawakan susu Nawal yang dah pump tu ke bilik umi. Karang kalau jaga umi bagi susu botol je. Princes nenek ni good girl. Malam ni tidur ngn nenek ye. Bg chance kat atta tu kan." ubun-ubun Nawal dicium sambil kaki umi melangkah keluar dari bilik melepasi Hud. Sengaja umi kuatkan suara di bahagian nama 'atta' tu. Buatkan wajah Hud yang kebiasaaan tu berbias warna merah dan mengembang digiat umi.

Farah ikut membontoti umi ke arah biliknya dengan tangan kanan memegang botol susu dan tangan kiri dgn beg salinan pakaian anaknya setelah umi bertegas mahu mengambil anak mereka.

" Terima kasih umi tolong jagakan Nawal," ucap Hud sambil menggaru belakang kepala. Wajahnya mengembang bila mendapat senyuman penuh menggiat umi.

******

Usai solat tahajud dan sujud syukur Hud naik ke katil. Dia membawa tubuh untuk rebah di sebelah isterinya. Wajah Farah yang keletihan dia pandang. Kesian isterinya terpaksa datang dari jauh untuk menyambut hari lahirnya kali ini. Hud merangkul tubuh itu dengan hati-hati bimbang gerakannya mengganggu lena wanita itu.

Rambut Farah yang menutupi sebahagian wajah diselak.
Jemarinya menyentuh kening nipis itu lalu turun ke pangkal hidung dan meniti ke bibir. Dia tersenyum dalam pekat malam yang dingin itu. Tubuhnya terasa hangat dek pelukan dari tubuh Farah. Jam meja dikerling sekilas. Dua tiga puluh lima.

Setelah hampir empat bulan berpisah ranjang. Kini dia dapat memeluk kembali isterinya. Hatinya bahagia dan dipenuhi bunga-bunga cinta yang kian mekar.

Perlahan mata Farah terbuka. Ambien Hud yang menyorot dalam samar cahaya tu dia tatap.

“ Bi.. Tak tidur ke?” dia menguap kecil. Tapak tangan kanan di bawa menutup mulut.

Hud menggeleng. “ Belum mengantuk.”

“ Berapa hari you tak tidur ni lady? Letih sangat I tengok.” soal Hud. Di bawa sebelah badannya mengiring manakala tangan kanan di bawa menongkat belakang kepala.

Farah tersengih. Dia menutup separuh wajah dengan tangan kanan. Tangan kiri dia angkat lalu membentuk angka dua di depan Hud.

“ Tak perlu susah-susah sayang. You datang sini pun I dah bersyukur sangat. Tak perlu nak celebrate birthday I macam tu sekali. Sampai tak tidur dua hari di buatnya.” Hud menggeleng. Terkejut bila Farah memberitahu. Dan majlis makan malam mereka tadi begitu meriah di sambut di sebuah homestay yang telah ditempah khas sempena sambutan hari lahirnya.

“ Naa.. Berbaloi je. Farah and Nawal miss you a lot. Tapi Farah tak ada hadiah la nak bagi abang. Tak tahu nak bagi apa.” jawabnya jujur.

“ Untuk apa hadiah tu semua kalau abang dah dapat balik hadiah yang terindah abang ni. I miss you too lady. " ujar Hud lalu mengelus lembut rahang isterinya. Anak mata dia pandang ke dalam mata coklat milik isterinya. Bahagia. Itu yang dia rasa sehingga tak tahu bagaimana mahu menzahirkannya dengan kata-kata.

“ Can I unboxing my present?” Hud meminta izin.

Plan dia awal lagi tadi tapi memandangkan selepas umi mengambil Nawal dan di bawa masuk ke biliknya Hud terpaksa membatalkan hasrat yang satu itu berikutan ada panggilan masuk dari rakan sejawatannya tadi lalu dia menyuruh Farah tidur terlebih dulu.

Tanpa kata dan nada Farah terlebih dulu memaut leher suaminya dan merelakan semua perlakuan lelaki itu kepadanya. Malam nan indah itu menjadi lebih indah dengan paduan jiwa dan raga keduanya.

**************

Kini menginjak setahun melayari kehidupan rumah tangga bersama anak dan isteri Hud menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab dan menghormati.

Sungguh dia merasakan kehidupannya lebih bermakna dengan kehadiran anak kecilnya tu. Dia amat berterima kasih pada semua yang ada di sekelilingnya yang mendoakan kebahagiaan dan keutuhan rumah tangganya bersama belahan jiwanya Haura Farah Khadeja.

Larian Nawal yang terkedek kedek dengan hilaian tawa bersama pengasuhnya di taman petang itu buatkan hatinya bahagia. Sungguh comel anak kecil itu dengan gaun pink. Rambutnya ditocang dua. Kaki anak itu lincah berlari mengejar belon-belon buih yang ditiup Tini pembantu rumah mereka.

Pinggang Farah di rangkul erat. Farah melentokkan kepalanya di dada Hud. Menyaksikan pembesaran anak secomel Nawal di depan mata membuatkan dirinya berasa sungguh beruntung dan bertuah.

Walaupun di awal perkahwinan mereka diselebungi awan hitam. Berkat kesabaran dan doa yang tak putus dari semua orang keliling buatkan dia menjadi kuat dan tabah mengharungi semua ujian dan dugaan.

Tempoh perpisahan yang seketika buatkan dirinya belajar banyak perkara. Terutamanya dalam mencari redha Ilahi. Ya, dia tahu sesuatu ujian yang ditimpakan buat manusia ini tak lain adalah untuk menjadikan seseorang itu lebih kuat dan lebih bersabar.

Dan sungguhlah bukan mudah menjadi seorang ketua. Banyak yang dia belajar dari pengalaman dan peristiwa.

“ I love you honey. " ucap Hud.

“ I love you more.”

Kedua pandangan mereka bertaut. Harapan dan impian masing-masing saling disuarakan demi terus mengekalkan keharmonian rumah tangga mereka agar berkekalan selama hayat di kandung badan.

Hud berjanji akan belajar dari semua kesilapan yang lalu dalam membina kebahagiaan bersama pasangan yang telah Allah jodohkan untuk dia. Kini, dia yakin jodoh bersama belahan jiwanya adalah Haura Farah Khadeja.

Sang Ratu.


- TAMAT -

KIV;
211225
120815

Tamat sudah. Harapnya readers semua berpuas hati ye. Thanks yang sudi tunggu, yang sudi support dan yang sudi komen. Hanya Allah saja yang dapat balas budi kalian. WL nak fokus pada Fate Fares Me pulak! Jemput baca ye.. Salam sayang, WL <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience