Bab 12: Jodoh

Romance Series 20182

Hud memandu tenang ke kolej pagi tu selepas hantar Farah ke sekolah.

Tiba depan pintu pejabat dia terpandangkan seseorang. Hati dia berdegup kencang tatkala sepasang mata hitam tu menangkap figura miliknya. Lantas, senyuman paling manis diberikan pada Hud.

" Abang sihat?" ujar si gadis. Setelah diajak masuk ke bilik dan persilakan duduk oleh Hud, dia menghidangkan secawan kopi pra campuran 3 dalam satu kepada gadis tu.

Hud menggangguk dan terseyum manis. Wajah tu membuatkan hati dia menjadi terlalu rindu pada yang telah tiada. Namun, dia sedar yang pergi takkan kembali walau perit yang dia tanggung.

" Bila Hannah balik. Dah habis study ke?" ujar Hud pula.

" Ada la dalam tiga minggu macam tu." seraya jemari kecil si gadis naik mengetuk pelipis kepala cuba mengingati. Dia tersenyum kemudiannya.

Kopi di dalam cawan Hannah angkat separas dada. Di sisip sedikit sebelum diletakkan semula ke meja di depan.

" Always like an old days. " anak matanya galak merenung mata Hud.

Hud yang sedari tadi memerhati figura di hadapannya melarikan anak mata bila di tenung begitu namun tetap jua membalas.

" Thank you."

" Hurm..." hampir dua minit dia berjeda sebelum kembali bersoal jawab dengan Hud semula.

" Actually.. Hann datang sini nak minta pendapat abang. " ujar Hannah tersengih.

Mata Hud yang tadinya menghadap skrin laptop kini kembali beralih pada wajah di depan.

" About?" keningnya terangkat bertanya.

" Yelah Hann kan dah habis study, so nak start kerja la. Abang pun tahukan Hann ambik kursus pembangunan intelektual dan teknologi. Hann dapat offer dari SEGi kolej dan MSU tapi bahagian multimedia. I'm not interested about that." adu Hannah. Gadis genit yang berambut lurus tu tayang muka cemberut.

Walaupun umur Hannah sudah menginjak dua puluh enam tahun, tetapi perangai genit dan manjanya tak pernah berubah.

" Ok apa SEGi Dan MSU tu. Ala, multimedia is not in crime la Hannah. Is all about your credibility to handle your own style." balas Hud sambil tergelak kecil.

Terjongket kening si Hannah bila Hud balas macam tu.

" Tapi Hann tak minat. Leceh tahu tak. Hann nak jadi pensyarah dalam bidang IT abang. Abang tolong Hann ye. " ujar Hannah sambil bangun dari kerusi dan menghampiri Hud. Lengan Hud diraih dan dipeluk.

Hud pandang wajah Hannah. Bertambah debar di dada dia. Peluh kecil mula merenik di dahi bila lengan dia bergesel dengan dada Hannah. Walaupun berlapik baju kemeja dia dan dress satin Hannah yang berwarna coklat muda tu tetap juga terasa lekuknya.

" Errr.. Ok, ok abang akan tolong." ujar Hud terkial-kial sambil menarik lengan dia dari terus dipeluk Hannah. Serius dia rasa tak selesa. Tiba-tiba terbayang wajah mungil Farah.

Hannah terus bersorak kegembiraan sambil bertepuk tangan. Gembira sebab dengar Hud janji akan tolong dia.

Dan kini dia duduk pula atas meja Hud berhadapan. Bertambah tak keruan Hud bila skirt satin Hannah yang ketat dan menampakkan lutut tu bertembung dengan paha dia. Ditambah pula dengan liang liuk tubuh Hannah bersuka ria lagak menang loteri itu buat Hud bertambah penasaran.

" Terima kasih abang. Ni buat Hann sayang sangat dekat abang." jemari Hannah naik memegang kekura tangan Hud di atas meja.

" Tapi, Hannah nak suruh abang tolong apa?" ujar Hud semula. Dia sudah bangun dari kerusi dan menuju ke birai tingkap kerja dia. Membuka sedikit tirai dan memerhati ke luar. Sayup di bawah kecil saja kelihatan kereta bersimpang siur melewati jalan raya membelah panas terik mentari kota.

Hannah berjalan dan merapati Hud. Dia juga turut perhati ke luar sama seperti Hud.

" Hann nak abang." Hannah kenyit mata sambil tersengih. Dia suka bila nampak wajah Hud yang kelam kabut.

" Hannah Delaila." tegang suara Hud. Dia mula terasa rimas dengan cara Hannah si adik iparnya tu. Mata tajam Hud cuba memberi amaran.

" Ok..ok..kuat sentap la abang ni. Sejak bila abang Hann ni pandai sentap haa. Dah tak cool macam dulu-dulu." rajuk Hannah. Dia tayang muka masam.

Teringat dulu-dulu ketika dia selalu ikut arwah kakaknya Sarah berdating dengan Hud. Lelaki itu selalu mengikut kemahuan dan kehendaknya. Perangai gila-gila Hannah selalu buat mereka ketawa. Tapi, kini setelah kematian Sarah, Hud tampak berbeza dari yang dulu. Tapi walau apapun Hannah tetap menyayangi lelaki itu. Tambahan pula surat Sarah yang dia terima ketika balik dari Jepun dulu menambahkan lagi semangat dan perasaan yang sedia ada.

" I'm sorry dear. Ok, let me know what kind of favour that you need." ujar Hud. Kedua tangan naik bersilang ke dada sambil mata tajamnya merenung si gadis.

Terus muka cemberut Hannah bertukar ceria. Dia tahu Hud takkan sampai hati membiarkan dia merajuk lama. Dan semangat dia turut kembali membintangi cerita mereka.

" Hann nak kerja dekat sini. Abang tolong introduce Hann dekat ketua abang. Recommended me to be a lecturer here." pinta Hannah. Mata dia kebilkan berkali-kali pada Hud. Berharap Hud akan setuju dengan permintaan dia.

Bulat mata Hud. Tapi dia tahu kebolehan Hannah. Hannah seorang gadis yang bercita-cita tinggi. Dia juga seorang gadis yang tak pernah berputus asa. Apa saja kemahuannya akan diusahakan sedaya mungkin.
Hud buat mulut herot kiri ke kanan. Dan kanan ke kiri. Berkali-kali. Telunjuk kanan diketuk juga berkali-kali pada pelipis.

" Abang please. I'm beging you." Hannah buat muka kasihan. Kedua tangan dirapatkan kemudian dicantumkan bersama. Di bawa tayang depan muka Hud seperti applogizing gesture.

Beberapa saat kemudian tawa Hud meledak. Kasihan dia melihat wajah Hannah yang penuh harapan. Dan tanpa sedar dia tersenyum menggangguk.

" Jangan lupa resume, sijil-sijil dan recommends letter from your college. Bring all out and I'll try my best to convince and persuade him."

Hannah pusing belakang seraya berjalan semula ke arah meja kerja Hud dan mencapai fail berwarna biru muda yang ada di atas meja tersebut. Dia berjalan semula ke arah Hud.

" All are here. I'll prepare them as soon as you know. " Hannah menyerahkan fail tersebut pada Hud. Dia tersenyum. Dalam hati perasaan seronok dan girang bermaharajalela.

" l'm impress." ujar Hud. Dia juga turut tersenyum memandang Hannah dan mencapai fail yang diberikan. Hud buka dan perhatikan dokumen-dokumen yang telah Hannah sediakan.

" Excellent. Apa-apa nanti abang bagitahu." terus fail tersebut diletakkan atas meja kerjanya.

" Ok.Tamat satu bab. Jom tengah hari ni Hann belanja abang makan sebab dah tolong Hann dapatkan kerja." Ujar Hannah. Dia merapati Hud dan kemudiannya mencapai tali leher lelaki tu seraya memintalnya.

Kedudukan Hannah sangat rapat dengan Hud menyebabkan Hud terus terkedu. Gerakan yang bermain di tengah dadanya buatkan Hud terkesima. Namun, bila akal menguasai fikiran yang waras dan sedar cepat dia menolak jemari Hannah. Hud terus meloloskan diri dan berpatah balik ke kerusinya.

" Kerja pun belum dapat lagi dah nak belanja abang. Hannah ada duit ke? Simpan je duit Hannah tu." balas Hud. Tergelak kecil dia dengan gelagat si gadis.

" Heyy, Hann ada duit lah. Tak baik tau abang pandang Hann sebelah mata. Dulu final year Hann dah buat intern tau dekat Jepun tu. Ada la duit lebih sikit. Setakat belanja abang makan apa ada hal. Lagi pun dari dulu sampai sekarang Hann tengok saiz seluar abang sama je. Tak de pulak berkembang sampai lima inhi. " usik Hannah.

Hud tersengih. " Amboi melampau sampai lima inchi. Ingat abang telan anak badak ke? "

Terhinggut-hinggut bahu Hannah ketawa. Terus mata dia jadi sepet sebab gelak banyak. Kini wajah ceria Hud saja yang menghiasi masa mereka. Terus hilang sisi gelap Hud sewaktu awal kedatangan dia tadi.

*******

“Hann, pergi mana?"

"Sori ma, Hann jumpa abang Hud tadi."

"Hud? Buat apa? Kenapa kacau dia."

“Ala ma, bukan Hann buat apa pun dengan abang Hud tu. Hann minta tolong dia je. Takkan minta tolong pun salah." Hannah merengus. Stiletto putih yang tersarung di kaki ditolak ke tepi.

Baru dia melangkah masuk ke pintu, mamanya Puan Salmah menegur.

Puan Sally menggeleng. Penat mulutnya membebel dengan tingkah si anak dara seorang tu. Dah berbuih mulut pesan agar jangan diganggu bekas menantu dia tu. Tapi yang namanya Siti Hannah bukannya mahu dengar kata. Lagi dilarang, lagilah dia tunjuk belang.

Baru tiga minggu Hannah balik dari Jepun, dia dah mula buat onar.

Semua gara-gara surat terakhir arwah Sarah. Pun begitu, bukan dia yang memberikan si anak surat wasiat tu. Hannah sendiri yang terjumpa surat tersebut ketika mengemas barangannya yang baru di bawa balik ke dalam bilik.

Hannah menutup pintu bilik dengan kuat. Sakit hati bila mamanya marah tadi. Dia tahu mama tak mahu dia berhubung semula dengan bekas menantunya tu. Tapi pesanan Sarah melalui surat akhir tu buatkan hati dia nekad.

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience