Bab 40 : Azam Baru

Romance Series 20182

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan bulan beralih waktu. Kini dah menjejak ke tahun baru selepas tahun lama yang banyak simpan memori suka duka.

Cuaca pagi tu sejuk dan nyaman kerana baru berhenti hujan. Farah suka sedut aroma pagi yang segar selepas di timpa hujan tu. Tenang dan damai. Kicauan burung turut berlagu indah di pendengaran telinga. Ceria walaupun tak bahagia kerana separuh hatinya telah di bawa pergi!

Kaki diatur perlahan menuju ke dewan kuliah bercat putih di depan setelah Suzuki Swift elok di parkir di kotak parkir. Fail kuning merah dikepit di celah ketiak kiri dengan beg galas berwarna biru jeans tu di sandang ke bahu kanan. Headphones yang melekat di corong telinga berlagu Ku Bahagia dengan suara Melly Goeslow, di balik tudung. Senyum segaris menarik di pinggir bibir.

Azam baru di tahun baru!

Pintu dewan kuliah ditolak. Mata menyapu isi dewan yang dah separuh tempat duduk di isi dengan pelajar.

Anak tangga di tepi dewan di daki perlahan. Sampai ke barisan ketiga paling tepi dia berhenti dan duduk di tengah tepat menghala ke papan slide putih di depan. Sedikit mengah dia rasa. Tangan di bawa urut dada sendiri yang dah turun naik berdetak laju dari biasa. Tak selesa. Kepala tiba-tiba pening semacam.

Beg sandang di turunkan dari bahu dan di sandarkan ke kerusi. Duduk kemudian dilabuhkan di situ. Mata di bawa menghadap ke depan. Memerhati meja di situ. Kosong. Mungkin pensyarahnya belum datang.

Kelas pagi tu kelas Bahasa dan Literasi oleh Professor Samuel. Sheen di tangan di kerling. Lapan lima puluh tiga minit pagi. Lebih kurang tujuh minit ke jam sembilan pagi mungkin professor bahasa dan literasi tu akan tiba.

“ Err.. boleh saya duduk, "

Kepala di dongak. Kening bertaut. Huh!

Kepala di bawa pusing ke kiri kanan dan mata ditebar keliling isi dewan. Banyak aje tempat duduk lain yang kosong.
“ May I?"
Nak tak nak. “ Yah, sure.. " kaki dirapatkan. Nak bagi laluan pada orang di sebelah tu nak menyeberang ke sebelah sana kerusi.
“ Hai saya Addin, "
Farah tersengguk bila lengan di senggol. Arah kepala di alih ke kiri duduk. Kening dikerut. Dan dia menyapa orang di sebelah tu melalui wajah dan mulut dengan bahasa bisu. Bola mata di bias dengan gerak mulut orang di depan
Tersedar. Kalut tangan mencabut headphones yang terselindung dari balik tudung tu. Sekali lagi dia menyapa dengan bahasa bisu.
“ Saya Addin. First sem in Literasi. Nice to meet you," si tuan tubuh yang bernama Addin senyum memperkenalkan diri.Maka?
Angguk. “ Welcome then." datar.
“ Nama awak siapa? First sem juga ke?"Ngeee!
Ayat yang keluar dari mulut tuan yang bernama Addin tu dah macam terdengar bunyi langau berdesing tepi rongga telinga. Bingit. Maka dia rimas. Bila rimas dia tak selesa. Jadinya mood dia juga cepat down. Dan tak terasa nak menjawab persoalan si tuan yang bertanya. Tak ada kaitan.
" Sorry I'm. Not. Interested.. and thanks for being humanity. By the way I'm Mrs. Hud." pandangan sengaja ditekur ke halaman 77 'The Sun' yang terbuka di tangan dengan suara senada.

Tak terasa nak memandang orang di tepi tu.
Dan suara Professor Samuel memecah keriuhan di dewan sebaik masuk ke dewan. Serta merta pandangan dialihkan. Lelaki yang berusia awal 50an tu mula memperkenalkan diri dan memulai kelas bahasanya. Farah juga mula memberi fokus kepada pensyarah tu. Lelaki yang bernama Addin terus diam dan beralih tumpuan juga.

*******

“ Tunggu! "

Kaki dihayun lebih pantas sebaik keluar dari pintu hijau dewan kuliah. Suara yang di belakang yang tengah sama kejar langkah besar dia tu tak di hirau.

“ Cik.. Err.. Puan.. Tunggu jap!"

Addin dah berlari anak macam dalam acara marathon. Punya nak kejar orang di depan. Nafas pun naik mencungap. Dia kejar orang ke kejar hantu pun tak tahu. Laju semacam! Adik beradik Watson Nyambek ke pun!

“ Cik tunggu jap. Ish! Puan please!" tangan naik hadang jalan orang di depan bila langkah dia terlebih dulu memotong. Berhenti statik di tengah-tengah laluan koridor utama kampus. Warga kampus yang turut sama guna laluan di situ di abaikan.

Farah berhenti. Nasib cepat kalau tak dah berlaga dahi dengan orang yang tengah tahan dia dekat depan tu. Mamat ni tak faham bahasa melayu atau kena cakap bahasa Madura?

“ Pelari pecut negara ke? Gila laju awak jalan. Dah macam berlari pun iya juga." Addin sengih.

Mata naik membulat. Tenung orang yang tengah bercakap dengan nada mencungap tu. “ MYOB!"

“ Okay. Okay. Ampun!" tangan di angkat menjunjung. Laksana Laksamana Hang Tuah mengadap sembah Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka.

Tahap kesabaran si puan puteri raja aka Puteri Gunung Ledang tu kian menipis dek lama menunggu bicara dari tuan laksamana. Limit sabar kian mendatar bagai hilang rentak.

" 1- 2 - 3.. Your times up man! Thank You," tubuh badan si Addin di elak. Kaki yang berentak perlahan tadi masa tunggu Laksamana Hang Tuah tu nak menyampaikan titah diraja sang Sultan kini dilarikan terus membelah hadang laluan. Tiga saat pertama yang di beri dibazirkan. Tak ada sebab dia nak menunggu. Tambahan pula kepala yang pening di awal kelas tadi kini bertambah denyut.

Addin geleng kepala. Dia pusing belakang dan kejar langkah Farah semula. Masih tak mengalah walau terang-terangan wanita bertudung biru tu 'reject' dia terusan.

Dan langkah besar Addin mati bila bahu bidang dia langgar tubuh seseorang yang datang dari arah bertentangan.

“ Arghhh! "

Kaki orang yang tengah melangkah setengah meter di depan dari orang yang berlari mengejar di belakang ikut sama terhenti dan berpusing sebab dengar bunyi benda jatuh.

Dunia bagai sepi tersampuk. Waktu juga bagai terhenti berputar bila bola mata menyerap figura wanita di belakang yang tengah tunduk mengusap bahu saat dirempuh bahu bidang si Addin tadi. Melongo.

" Mata letak lutut ke jalan tak tengok keliling." desis wanita tu. Dia yang jatuh terjelepok di tepi track laluan tu cuba bangun berpaut pada tiang di tepi.

Addin tahan telinga. Wajah merah disembur. Tangan di bawa ke belakang kepala. Nak meredakan rasa serba salah. “ Maaf. Saya nak cepat." Dia cuba mengangkat tubuh wanita tu yang nak bangun paut tiang.

Sekali lagi wanita tu mengaduh. Dan enam pasang mata termasuk Farah yang entah kenapa boleh berdiri statik pandang drama sebabak tu pun keras menganga tak percaya. Terkejut bercampur kaget. Dan membuatkan seorang Farah yang punyai hati budi tulus tu menapak ke belakang. Menghampiri susuk tubuh yang kaku terduduk dengan paras terkejut tu.

“ Hann- Hannah! "

*******

“ Nah." tin minuman 3 in 1 air nescafe tu dihulur.

Kepala naik mendongak pandang huluran air tin depan mata.

“ Minum. On me! "

“ Thanks but no thanks." air tin disambut dan diletakkan ke sisi.

Addin hela nafas. Duduk dilabuhkan ke kerusi di sebelah Farah. Rambut depan disebak ke belakang dengan tangan kanan. Beg sandang di bawa ke riba dengan tangan kiri. Mata di bawa ke depan membaca plat di dinding.

Zon Hijau!

Nilah bahana tak pandang kiri kanan. Aci redah jalan menonong tak pakai pancaindera. Sudahnya badan sendiri langgar orang. Elok buat drama sebabak tepi laluan track tu kini dah bertambah lagi sebabak pula dekat jabatan kecemasan dan trauma hospital Sungai Buloh tu.

Tak memasal dia dihenyak perasaan serba salah. Menggigil badan bila petugas kecemasan tadi bagitahu yang perempuan yang dia bawa ke jabatan tu keguguran.

Dan kehadiran seorang lelaki yang bertopi dan berjambang bersama seorang jururawat depan mata dia tu menghalau memori minda yang tengah bersimpang siur dalam kepala.

Addin bangun dari duduk bila jururawat tu perkenalkan lelaki bertshirt Element depan mata dekat dia. Tangan dihulur menyambut.

“ Addin."

Farah sekadar pandang hujung mata. Namun telinga yang peka menangkap bicara senada dua jasad di depan. Membuatkan air liur yang ditelan terasa berpasir. Otak naik pening nak mencerna dan mentaksir sendiri.

“ Barr. Barrith."

******

Kolam renang di depan di pandang kosong. Air yang beriak di dalam petak kolam tu nampak tenang. Tapi tak setenang hati dia yang bergelojak saat tu.

Sejak kejadian yang lalu dia menyepi. Bersendiri. Cuba mencari ketenangan yang semakin tenggelam dek emosi.

Dah bermacam nasihat dan kata-kata semangat di beri dan disuntik oleh orang-orang keliling. Tapi tak ada satu pun yang dapat kembalikan perasaan bersalah dia tu. Nafas dihela.

“ Hud. Jom makan," suara Puan Suraya mengajak si anak. Dia berdiri statik di tepi langsir pintu ruang makan bersebelahan kolam renang sambil perhati gelagat Hud.

Kepala di geleng perlahan. Susah hati melihat figura yang kurus tu. Hampir tiga bulan Hud begitu. Kurang bercakap. Kurang makan. Kurang beraktiviti. Segala-galanya kurang. Yang ada cuma duduk dan termenung. Hati dia merusuh sendiri.

“ Jom la makan. Badan Hud tu dah kurus umi tengok. Nanti sakit," pujuk umi. Bahu si anak di sentuh.

Hud senyum segaris. Wajah puan Suraya di pandang. Tapi sekejap. Pandangan di hala semula ke arah petak kolam yang berisi air biru tu.

“ Umi makanlah dulu. Hud tak lapar lagi. Umi tak payah la susah hati macam ni. Hud okay," sengaja kaki dikocak ke dalam air. Melihat titisan air yang memercik berserak ke serata jubin lantai tu buat dia senyum.

Teringat Farah yang datang memercikkan air pada tubuh dia sewaktu mereka bercanda di tepi pantai di Johor Bharu dulu. Kenangan indah yang perit nak ditelan.

“ Hud kalau Hud terus macam ni umi dah tak boleh bersabar dengan Hud. Umi kesian tengok Farah sendiri uruskan semua hal. Umi dah tak mahu sorok Hud dari dia. Kenapa Hud buat Farah macam tu? Kalau Hud dah tak sayangkan dia baik lepaskan aje. Umi pun dah tak mahu Hud terus pertahankan hubungan ni. Dah tak mahu Hud seksa perasaan dan hidup dia,"

Hud paling muka dari air kolam di depan ke wajah umi. Mata bening umi dia pandang sepi. Entah kenapa terasa kata-kata umi tu menyentak hati dan sanubari dia.

Umi nak dia move on lah tu! Umi ingat senang ke? Dulu, Sarah yang pergi tinggalkan dia. Sekarang? Dia yang akan tinggalkan Farah.

“ Umi tahu alasan Hud atas sebab apa kan? Hud tak mahu menyakiti dan mencederakan dia lagi. Cukup-cukuplah dia terseksa,"

“ Baguslah kalau macam tu. Selesaikan cepat. Move on aje. Tahun pun dah berganti baru. Boleh berazam baru. Bukan duduk termenung salahkan diri sendiri. Ramai lagi orang yang nakkan dia kalau Hud ceraikan Farah. Banyak je lelaki lain yang boleh bahagiakan dia." sinis kata-kata Puan Suraya buatkan hati Hud sikit tercalar. Geram. Tapi lebih kepada puas hati. Lega bila perasaan yang di simpan lama dapat diluahkan.

“ Umi cakap apa ni?"

“ Ceraikan dia! Move on dan mulakan azam baru," suruh umi. Seolah macam Hud tak ada perasaan. Semudah abc aje umi meminta.

“ Never!"

“ Habis tu nak simpan lagi buat apa? Hudkan dah tak sayang dia. Ceraikan aje. Tak ada la susah umi nak sorokkan Hud lagi dari dia," Hud diam kemudian berdiri tegak dari duduk. Laju badan di hayun ke depan.

Bush!

Air kolam yang tadi beriak tenang kini mulai bergelombang sebaik susuk sasa tu menjunam ke dalam air bagai atlet terjun negara beraksi di kejohanan Olimpik saja.

*******

Assalamualaikum. Readers semua WL nak survey sikit ehh.. Komen tau! Ada bape bab je lagi kalau ikutkan mss ni.. WL nk tanya korang ni.. Korang nak ending yg mcm mna? Yg happy ke? Yg sedih ke? Yg slow melow ke? Kita santai2 ye.. Yg komen dan vote plg byk WL akan finalise kan ending tu.. Hehehe.. Salam ceria semua. Apa2 pun WL harap korang stay safe ye di waktu2 pkp ni.. ;) Kita Jaga Kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience