Bab 5: Farah

Romance Series 20182

Farah termangu seorang diri di gazebo kayu yang berhadapan pintu sekolahnya petang itu. Sengaja dia pilih gazebo kayu tu untuk duduk sambil tunggu si suami datang menjemput.

Gazebo lain terlalu jauh dari pintu besar sekolah. Lagi pula habis sesi sekolah tadi dia masih di pejabat dan kemudian ke surau dulu.

Bila selesai semua kerja baru dia hantar pesanan pada Hud. Sekarang dia terpaksa menunggu Hud datang jemput.

Farah perhatikan sekeliling. Senyap dan sepi. Tinggal beberapa buah kereta staf dan guru sahaja yang ada di petak pakir kawasan sekolah. Sesi persekolahan sudah lama berakhir.

Terik matahari semakin kurang terasa. Angin yang bertiup sepoi bahasa terasa dingin menampar kulit muka. Sekilas 'sheen' ditangan dilirik. Tiga empat puluh empat petang. Mana pulak si ustaz ni?

Tadi dia dah inform tuan ustaz tu waktu tamat kelas hari ni pukul dua petang. Tapi sampai sekarang tak pula nampak batang hidungnya.

Nafas dihela buat sekian kalinya. Hujung kasut menguis anak rumput di depan. Bosan. Macam menanti buah tak luruh. Terasa sudah kejung belakang badan duduk di gazebo tu.

Kalau naik kereta kan senang dah boleh balik awal. Boleh dah bergolek sakan atas katil. Tak pun dah boleh semak tugasan budak-budak tu. Hurmmm. Ini pukul berapa la nak sampai kalau sekarang pun ustaz tu tak sampai-sampai lagi.

Tangan naik menutup mulut yang tengah menguap bahana mengantuk dan letih dengan tugasan kerja yang hakiki. "Astaghfirullahalazim."

" Cikgu belum balik? " soal satu suara.
Kepala yang tadi ditekur ke bawah terngadah.

La, dia ni rupanya. Amir. Technician makmal komputer sekolah tersengih di layar mata.

" Belum. Saya tunggu orang datang ambil."
Balas Farah.

Dia tayang senyum setengah gula. Letih dan penat buat dia tak terasa mahu beramah mesra.

Dari pagi, dia dan Cikgu Azizun sibuk ke hulu ke hilir kendali seminar peperiksaan murid-murid tingkatan lima seramai lapan puluh tujuh orang tu.

Seminar 'Treasure N Hunt' tu memang seratus peratus buatkan dia penat. Mana tidaknya, dia diminta menjadi speaker dan juga guru pentadbir urusan seminar itu. Segala aktiviti yang dijalankan perlu di update dan diluluskan oleh dia selaku juri juga.

Lagipula sedar kini status telah bertukar. Buatkan dia tak selesa nak beramah mesra dengan lelaki bujang di sekolah tu. Saya-isteri-orang. Hanya itu yang terluah di hati.

" Kereta cikgu mana? Bukan ke selalu cikgu bawa kereta." tanya Amir lagi.

Dia dah beralih duduk ke kanan Farah. Jauh juga la kalau nak di ikutkan.

Tapi Farah dah keras badan.

Ni dah kenapa nak duduk sebelah pulak? Tadi elok je berdiri.

Ahh, sudah. Kang ada pulak kena gossip ni. Tak beragak sikit pun nak jual air tebu - terlebih - manis - dekat - sekolah - ni.

"Rosak. Hantar baiki. " sepatah dia membalas.

Amir di sebelah kanan dikerling hujung mata. Teranguk-angguk kepala dia." Patutla nampak cikgu kat sini. Habis cikgu nak balik naik apa ni?"

Aduhh, masalah betul la si juruteknik ni. Orang buat bolayan pun nak juga try jual air tebu dia tu. Sungguh la tak faham bahasa.

Takkan nak suruh aku cakap saya - isteri - orang - tak - elok - nak - beramah mesra - dengan - saya. Failed pemahaman betul.

Jeda.

Dua minit tiga puluh lapan saat berlalu.

" Saya nak balik dah ni. Kalau cikgu nak tumpang jom saya hantar kan." Amir dah berdiri tapi masih di tempat sama.

Di sebelah kanan Farah juga.

" Ermmm, tak apa saya tunggu suami.."
Muka Amir yang tersengih tadi tu dah bertukar kelam. Masam dan kelat juga. Ambik kau. Padan Muka.

Bunyi hon kereta menyentak perbualan mereka. Kedua kepala berpaling. Akhirnya Farah lega. Huh, selamat.

Yang ditunggu sudah tiba. Lekas buku-buku dan fail dikaut kedalam pelukan. Kaki laju menapak keluar dari kawasan sekolah.

" Siapa tu?" tanya Hud. Mata menala ke luar tingkap.

Tangan yang tengah menarik tali pinggang keledar terhenti. Kepala ikut terarah sama dengan Hud memerhati luar tingkap.

Amir baru berlalu dari gazebo kayu tu. Farah hala mata ke depan semula. Panas di hati kini semakin surut dek penghawa dingin kereta.

Lantas, kerja yang terhenti diteruskan. " Penjual air tebu." tanpa perasan Farah menjawab.

Erk!

Penjual air tebu?

Aku salah dengar ke si cikgu ni jawab. Ke kepala si Farah ni terhantuk kat dinding tadi sampai salah sebut.

Kerut dahi Hud naik berlapis. Dia paling muka pada Farah. Slumber habis riak orang sebelahnya tu." Ada ke orang jual air tebu pakai baju macam tu?"

Baju Jurutera????

" Lelaki jual air tebu manis bergula tahap potong kaki dekat somebody wife aka juruteknik makmal komputer ." Farah juling mata ke atas. Senafas dia menutur.

Hud senyum senget. Baru dia faham. Oh kiranya Farah ni kena ayat dengan juruteknik tu. Terus buat hati dia pun rasa panas.

Kalau macam ni lah gaya Farah ni kena ayat dekat sekolah memang 'WAJIB' dia hantar dan ambil teman serumah dia tu.

Seriau dengar cerita Farah tadi. Tak pasal ada pulak sekali lagi dia jadi duda.

Kah! Kah!

Ehh sibuk je kan kau Hud! Yang sebulan lepas kau nikah dengan Farah tu kau biar dia sorang-sorang tak ada pulak kau fikir pasal dia kena ayat ke kena mengorat ke? Dah ni sibuk nak kawal aktiviti Farah pulak.

Ehh, mesti lah kena sibuk. Dia ni kan isteri aku! Baru ingat ada isteri! Ayat kat dalam otak dia tu saling bertingkah dengan ayat di hati. Geram Hud dengan diri sendiri.

Tapikan apasal dia dengar Farah sebut perkataan wife tu macam sweet je. Macam ada rama-rama berterbangan dalam perut. Terbang melayang. Oh no! Hud don't tell that you're feel the feeling.

*****

" Ni bukan jalan balik rumah kita kan?" mata Farah mengecil. Cuba mengenal pasti jalan yang di lalui driver sebelah.

Hud memandu tenang. Lagi tenang bila dengar Farah cakap perkataan 'kita' tu. Tapi sejak bila dia rasa selesa semua dengan kata-kata dan perilaku Farah . Bukan ke Farah tu baru je jadi teman sebumbung dia. Baru pula dia nak hadam status baru tu.

" Kita nak pergi mana ni?" soal Farah lagi. Ehh, ustaz ni tak dengar ke aku tanya dia? Boleh pulak dia melamun.

Ekor mata melirik ke arah ustaz di sebelah. Senyum pulak. Ishh, teringat makwe ke? Farah geleng kepala. Geram soalan tak berjawab.

" Hud.. Hud Fadhan! " suara Farah naik seoktaf.

Hud paling kepala. " Ya."

" Kita nak pergi mana?" bosan Farah bila dia terpaksa ulang tanya dua tiga kali.

" Beli groceries. Kat rumah apa pun tak ada. Saya nak ajak awak pergi beli barang." Hud pamer senyum tujuh ratus megawatt dia.

Tahu la ada lesung pipit. Tapi agak-agak la selalu nak tunjuk pun. Buat jantung ni rasa nak tercabut je. Geram Farah . Susah hati dia bila Hud pamer senyum macam tu.

Hai, orang tu senyum pun kau nak marah ke? Ayat di kepala bertanya. Bukan marah tapi geram. Ke suka! Shut up!

" Boleh? " Hud pandang dia kali kedua.

" Apa yang boleh?" kening Farah turut sama ternaik dengan mulut bertanya.

" Nak ajak you pergi beli groceries and other goods la. Ke you nak pergi honeymoon?" sakat Hud.

Farah rasa macam tercekik air liur sendiri. Jawapan orang sebelah tu buat dia nak hantuk kepala je. Biar hilang sekejap ingatan.

Huh! Dia kerling Hud di sebelah. Senyum tujuh ratus juta megawatt masih tak padam di pinggir bibir.

“ Buat main. Orang tanya, dia jawab macam tu pulak. "

" Orang. Orang apa? Orang utan! " sakat Hud lagi.

Farah bagi jelingan maut terus. Dah la dia letih. Orang sebelah tu aci je nak ajak cakap benda pelik-pelik.

Dah la tadi sakit hati dengan mamat jual tebu tu. Ni tambah pulak orang sebelah ni buat hal. Ada jugak aku backhand nanti.

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience