Bab 7: Kenangan

Romance Series 20182

Hud resah. Dari semalam dia tak boleh tidur. Membawa ke pagi mata masih juga tak boleh lelap. Puas sudah dia bergolek, meniarap dan memusing atas katil king size tu tapi tak satu pun yang boleh buat dia tidur.

Macam-macam benda dia buat nak bagi mengantuk. Tetap juga mata dia segar. Siling atas kepala dia pandang kosong. Fikiran melayang entah kemana.

Sekejap tangan kanan naik atas dahi. Sekejap lagi pula tangan kanan turun naik berganti tangan kiri. Pelipis yang tak gatal digaru. Bantal peluk di sebelah di tarik ke dalam pelukan. Masih nak mencerna ayat di kepala. Namun tak jumpa juga penyelesaian. Masalah sungguh!

Panggilan umi semalam betul-betul buat dia pening kepala. Umi nak datang rumah katanya. Nak jumpa anak menantu. Lagi pula dah lama tak jumpa Farah. Nak ber-bonding time.

Haila la umi!

Satu yang melintas di kepala kalau umi datang ke rumah nanti.

Innalillahi waiinailaihi rojiuun.

Dead meat!

Mesti teruk dia kena ceramah kalau umi tahu kehidupan suami isteri mereka macam sekarang ni. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Macam bukan suami isteri je.

Dah tu kalau bukan husband and wife macam siapa pulak!

Tak akan macam Tarzan and Jane?

Ke macam Tom And Jerry?

Hoih, time-time ni la kepala otak dia nak pikir luar alam. Habis semua benda nak keluar. Gini lah gayanya kalau otak dia tak cukup rehat. Aci redah main dengan diri sendiri.

Hurm...

Apa boleh buat? Bukan dia tak mahu kehidupan yang sempurna macam pasangan lain, tapi hati dia ni perlu belajar menerima Farah. Belajar memahami. Semua tentang Farah. Semuanya.

Tapi, sejak pertama kali pandang Farah dia dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yang sampai hari ni dia tak tahu apa. Dibiarkan saja perasaan pelik yang beraja sejak berbulan lepas dinikahkan dengan wanita itu.

Dan kejadian di pasaraya menggamit memori semula...

" Salah ke? Unless kalau awak tak mahu masak kita singgah je kedai siam kat depan corner nak masuk taman perumahan kita tu. Senang kerja. Awek-awek siam kat situ pun boleh tahan juga rupanya. Sambil menyelam, boleh lah saya minum air sekali." slumber ayat dia bagi sambil tersengih pandang Farah.

" Tak salah nak makan. Saya ok je boleh tolong masakkan. Tapi kalau tak sedap jangan complain ya. Tapi yang gatal sangat ni kenapa? "
Teringat dia pada mata bulat Farah waktu tu. Macam nak tercabut dari soket aje gayanya. Tergeleng Hud sendiri.

" Bukan gatal. Nature born. Hahaha... " berdekah dia bantai gelak menyakat Farah. Tu kalau student dia nampak macam tu maunya dia kena bahan.

Masa tu, dia perasan orang sekeliling mula perhatikan dia dengan Farah.

Dan.. Yang paling dia tak sangka bila tangan Farah automatik naik menekup mulut dia. Beria Farah tekan mulut dia punya tak mau bagi dia berbunyi. Rasa senget habis mulut. Dia nampak muka geram Farah masa tu, dan kalau boleh maunya Farah telan dia sekali.

Hud sandar belakang badan pada kepala katil. Mata menatap gambar arwah Sarah di meja kerja. Namun, wajah Farah yang berlayar di minda.

Berdebar dada dia bila Farah sentuh dia dekat tempat awam macam tu. Macam kena langgar dek ribut taufan Andrew je. Sebelum ni pun kalau tersentuh ke terpegang ke dekat rumah je. Tak ada orang nampak. Tak ada orang perasan. Kacau bilau je perasaan dia waktu tu.

Dah lama sangat rasanya dia tak bergelak ketawa dan bergurau senda dengan perempuan. Selalunya kalau boleh elak dia akan elak untuk rapat dan berbual dengan perempuan kecuali umi. Sejak Sarah pergi, jiwa dia macam dah mati untuk seorang manusia yang bergelar hawa.

Tapi dengan Farah lain. Sangat lain. Macam ada satu perasaan yang meresap dalam hati waktu tu. Tapi tak tau nak digambarkan macam mana.

Hud hembus nafas berat. Mengeluh buat kali yang entah keberapa. Duduk ditegakkan semula. Mata menatap lagi frame gambar di depan.

Memori lama menari di minda buat ke sekian kalinya.

" Janji dengan I, you akan terima someone yang sayang kan you." tangan Hud, Sarah capai dan digenggamnya erat.

" Nope! Only you in my heart."

" Kalau you tak terima someone tu I akan datang kacau dan cekik you! “ Sarah gelak jahat. Terhinggut bahu dia pandang wajah cemberut Hud.

" Kenapa you cakap macam ni. I tak suka dengar and I don't want to hear that anymore." Hud beri amaran. Tegang sekali wajah dia. Setiap kali bertemu di bilik wad tu dengan permintaan Sarah yang mengarut tu buatkan Hud rasa sakit hati.

Kalau tak difikirkan wanita kesayangan dia tu sakit, dah lama dia tinggalkan Sarah dengan soalan bodoh tu. Dia benci untuk menjawab soalan yang tak berfaedah macam tu. Dia tak mahu Sarah fikir yang bukan-bukan dalam keadaan dia tak sihat begitu.

*******

" Hujung minggu ni Hud dengan Farah ada pergi mana-mana ke?" soal umi di balik talian.

" Hujung minggu.. Hurm.." jemari diketuk di papan pemuka telefon di tangan sambil berfikir.

" Aah .. Hujung minggu ni, umi ingat nak pergi rumah Hud santai-santai dengan anak menantu. Bosan berdua saja dengan ayah kamu tu. Ada anak menantu duduk dekat pun tak ada yang nak menjengah. Baik la umi yang menziarah." balas umi.

Terasa bosan bila berdua sahaja dengan suami di rumah. Kurang-kurang ada anak menantu tak ada la dia rasa sunyi.

Nak harap abang si Hud tu pun jarang sekali nak balik ke rumah. Sibuk memanjang dengan anak isteri dia. Lagipula si Hadif tu jauh di utara. Tak mungkin la dia nak balik setiap minggu menjenguk ibu ayah ni. Hanya panggilan video dan telefon yang menjadi penghubung mereka.

" Jangan la macam tu umi, Hud sibuk sikit sekarang ni. Banyak aktiviti dekat kolej tu. Bukan Hud tak nak balik jenguk umi. " beritahu Hud.

Susah hati dia bila dengar umi cakap macam tu. Rasa berdosa sangat dia buat umi dan ayah tertunggu macam tu.

" Insha Allah nanti hujung minggu kita jumpa ya." beritahu Hud.

**********

Hud kemudian bangkit duduk . Kaki dilunjur turun dari katil. Ditapak perlahan ke meja kerja. Suis lampu bacaan di tekan. Seketika cahaya memenuhi ruang.

Badan dilabuhkan atas kerusi, kemudian tangan kanan menarik bingkai gambar. Tangan kiri dibiar berlipat atas meja. Gambar kahwin dia dengan arwah ditatap lama.

" Sarah, maafkan I. I rasa bersalah sebab terpaksa duakan you, but it is not my intention. It is for umi sake." perlahan ayat tu meluncur dari mulut. Bergenang sikit air di hujung mata.

" Moga you tenang di sana. I akan selalu doakan you. Al-fatihah." perlahan mulut Hud terkumat kamit membacakan potongan surah al-fatihah untuk arwah Sarah.

Dia rindukan Sarah. Rindu yang tak pernah hilang. Hati dia masih dipenuhi cinta Sarah. Senyuman, gelak tawa, gurau senda Sarah semua masih segar dalam ingatan. Tak ada sikit pun ruang kosong untuk cinta yang lain.

Sarah di jiwanya seorang yang berkarisma. Matang dan seorang yang kuat. Sabar dalam menempuh setiap ujian dan dugaan yang dia terima.

Macam mana dia mahu mencintai orang lain? Kenangan Sarah terlalu banyak dalam diri dan jiwa dia. Tak terlupus dek masa.

Dia cuba terima, kasih dan sayang dari wanita lain. Tapi tak mampu. Tak boleh. Dia cuba paksa, tapi setiap kali di cuba semuanya berakhir dengan jalan perpisahan. Dia rasa dia akan menjadi pengkhianat dalam kisah cinta mereka. Dia tak mahu digelar pengkhianat. Biarlah dia menyanjung cinta sang kekasih yang dah tiada. Dia rela.

Puas umi memujuk dan menasihati. Tapi semuanya bagai air dicurah ke daun keladi. Jatuh meleleh dan menimpa bumi.

Tapi, entah kenapa dia terima pujukan umi untuk menikahi Farah. Mungkin dia dah penat melihat umi acap kali menangis. Sedih melihat umi bersedih dengan diri dan hidup dia.

Sementelah dia ralit dan hilang dalam dunia kenangan Sarah, tiba-tiba Hud kedengaran suara sayup di hujung bilik tidur. Terus tegak badan Hud.

Lantas jam dinding dicari. Tiga empat puluh lima pagi. Tegak berdiri bulu roma Hud. Tangan naik mengelus pangkal tengkuk.

Hud bangun berdiri dan menapak ke pintu bilik yang sedikit terkuak. Makin dekat makin beralun suara itu.

Hud keluar dari bilik. Cahaya suram yang terbias dari pintu bilik jiran sebelah di pandang. Suara beralun itu dari bilik sebelah. Lega Hud.

Entah macam mana kakinya sudah terpacak di depan pintu bilik sebelah tu. Seakan terpanggil dengan suara mendayu tu, dia sedikit mengintai.

Nampak ambien Farah yang bertelekung sedang duduk mengaji.
Mendayu suara dia. Hud diam tak berkutik.
Terasa menusuk ke dalam hati. Sungguh, meruntun jiwa dia. Bergetar hebat dalam dada.

********

" Esok you ada program apa-apa ke?"
Soal Hud.

Hud yang siap berkemeja dan ber-tie duduk di kerusi rotan depan ruang tamu sambil tangan menyarung stokin ke kaki kanan. Walaupun hari itu Sabtu, dia wajib ke fakulti. Ada sedikit kerja yang perlu dia selesaikan.

Farah yang ralit menyemak dan menanda buku-buku pelajar terhenti. Lepas subuh tadi dia terus duduk di meja depan ruang tamu tu menyiapkan kerja.

Hujung minggu begini dia tak berkerja jadi dia hanya di rumah menyiapkan kerja-kerja sekolah saja. Pen merah di tangan di letakkan di atas buku latihan. Mata menala ke arah tuan punya suara. Memberi fokus.

" Tak ada. Kenapa?"

" Umi nak datang esok."

" Ya ke? Pukul berapa umi nak datang?"
Soal Farah teruja.

Seronok dengar ibu mentua dia nak datang. Dia juga rindukan ibu mertuanya tu. Nak harapkan Hud mengajak dia pulang ke rumah umi jangan harap la. Sibuk semedang.

Eh, happy pula dia umi nak datang. Umi dia ke umi aku ni? Kita runsing umi nak datang, dia kemain seronok. Rungut Hud dalam hati.

" Tak tahu pukul berapa. Tapi umi cakap nak datang la. Please prepare your stuff and put into my room. Nanti umi cakap apa pula. Incase umi nak bermalam kat sini ke, tak ada la kelam kabut." senafas Hud menutur.

Resah juga hati dia nak bagitahu Farah hal tu. Takut Farah fikir yang bukan-bukan. Hud yang siap berkemeja dan ber-tie duduk di kerusi rotan depan ruang tamu sambil tangan menyarung stokin ke kaki kanan.

Dia pun nervous juga bila umi nak datang. Rahsia dia dan Farah yang berbulan ni macam nak bocor je.

Tapi kalau umi and the rest tahu pun apa boleh buat. Hati dia belum boleh terima Farah. Yang penting dia dan Farah bahagia dengan jalan hidup mereka. Setakat ni tak ada pulak Farah mengadu apa-apa yang dia tak puas hati.

Ehh.. Aku pulak kelam kabut. Aku rileks je kalau umi nak datang. Ustaz ni la yang kelam kabut. Tau takut umi datang. Kang kena ceramah, mau makan hari. Farah geli hati. Dia boleh nampak riak risau Hud.

" Tak prepare stuff pun ok je.. Takkan la umi nak sport check sampai dalam bilik." Farah bersuara semula. Kepala yang berbalut tudung tu, dia garu.

" Better prepare! You don't know my mum. And one more thing, your tudung please put aside." ujar Hud mengingatkan.

Dia kenal sangat dengan umi. Sebelum umi nampak yang tak sepatutnya baik siap sedia. Kalau tak, mau terbelit lidah nak bercerita.

Sampai depan pintu Hud gamit Farah. Dia sudah mahu keluar bekerja. " Ingat ya, cerita kita always keep in secret." pesan Hud lagi bila Farah sampai depan dia. Farah angguk.

Hud pusing badan. Belum pun kaki cecah lantai luar dia berpaling semula sambil menghulur tangan pada Farah.

Anak mata Farah terangkat seakan bertanya. Tak faham kenapa tiba-tiba Hud hulur tangan pada dia.

" Salam. Practice make perfect." sengih Hud.

" It's necessary too?" Farah juling mata. Bibir dia sengaja disengetkan.
" The obligation." ujar Hud semula. Tangannya masih di hulur depan Farah minta di salam.

" Klise. " hendak tak hendak Farah menyua juga tangan bersalam dengan Hud. Baru je dia nak tarik tangan, Hud genggam lebih kuat.

Kepala Farah naik mendongak. Namun pegangan tangannya masih belum Hud lepaskan.

" Ada ke salam suami macam tu? Cuba ikhlas sikit. Salam and kiss the hand." Hud kenyit mata menyakat. Mahu lihat sejauh mana penerimaan wanita itu.

" Totally ustaz." herot bibir Farah. Dia kemudian tunduk semula sambil cium tangan Hud terpaksa.

" Yes I am. Thank you." Hud tertawa sakan.

" You should learn something to be a good wifey." sambung Hud dan kepala Farah dia tarik rapat sebelum mencium dahi wanita tu.

Tindakan refleks!

Hud pun tak sangka dia boleh cium Farah macam tu. Terus berona muka dia. Farah pun sama. Rasa nak hantuk kepala pun ada. Jangan Farah fikir dia suka ambil kesempatan sudah la.

On the spot, tak boleh nak kawal. Senyum Hud dalam hati. Dan, waktu tu bagai ada rama-rama berterbangan dalam hati dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience