Bab 28 : Cemburu

Romance Series 20206

" Recite dua." kedua tangan ditadah ke atas. Mulut terkumat - kamit membaca doa tidur dan selawat serta beberapa surah pilihan.

Usai membaca dia menoleh ke sebelah. Kelihatan si isteri mengaminkan bacaannya sebentar tadi. Hud tersenyum. Kepala ditongkatkan dengan tangan kiri. Manakala sebelah lagi tangan membetulkan comforter di bahagian pinggang Farah.

" Sleep tight and sweet dreams."

Farah tersenyum. " Awak tak nak tidur? “

Hud menggeleng. " Belum mengantuk. You tidur dulu. I ada kerja sikit nak buat. "

" Sekarang waktu tidur bukan waktu kerja. Nanti awak sakit susah pulak." herot bibir Farah membebel.

Hud tersengih. " You ada nak jadi nurse kalau I sakit pun."

" Tak berbaloi lah. Buat sakit badan sendiri je, " gumam Farah.

" Naa.. Berbaloi je. Boleh manja - manja. Kalau tak sakit jangan harap nak dapat. Kena marah aje. Sedih tau," rengek Hud. Dia buat mimik wajah kesian.

Farah terkekeh ketawa. Terasa lucu bila lihat mimik muka si suami yang di buat-buat tu.

" Yelah, muka you tu macam cikgu displin. Garang sangat. Takut I," sakat Hud lagi. Hidung si isterinya di cuit sayang.

" Tadi saya marah awak tak takut pun. Sibuk je nak cium nak peluk orang." jeling Farah. Mengingatkan hal awal malam tadi buatkan Farah rasa malu sendiri. Geram juga dengan perangai si suami yang memandai sendiri.

Hud pula yang terkekeh ketawa. Berasa lucu dengan kata-kata Farah. Mahunya tidak tengok muka Farah time tu buat dia rasa tak senang duduk. Tak pernah-pernah Farah nak naik angin macam tu. Aci endah tak endah aje dengan dia. Mahunya dia tak susah hati. Dah la umi pun ada. Tak cukup kena sidekick dengan isteri mahu umi sekali joint venture double kick dia dengan jurus semilar sakti.

" Tadi tu marah eh! Bukan cemburu ke?" sakat Hud. Wajah merah Farah ditatap dengan senyuman.

" Both." Farah menjeling geram. Bantal kecil di hujung kepala dicapai dan dilempar pada Hud. Terkena pada perutnya. Sampai mengaduh lelaki tu.

" Youuu.. Sampai hati." Hud buat muka sedih. Sengaja mahu mengusik. Padahal bukannya sakit pun.

Melihatkan Farah diam lantas dia tersenyum. Kembang rasa hati bila mengetahui perasaan sebenar isterinya yang ada perasaan tersebut. Dia tahu Farah seperti wanita yang lain juga. Itu lumrah perasaan seorang isteri. Sedikit sebanyak pasti ada cemburu di hati bila mengaitkan tentang perhubungan suami isteri.

Hud menghela nafas lega. Walaupun tidak diberitahu secara terang-terangan namun Hud faham segalanya. Dia sebenarnya suka mewujudkan suasana mesra dengan Farah sebelum tidur agar isterinya tu tak menyimpan perasaan sedih, ragu mahupun syak wasangka malah hal-hal yang negatif. Dia mahukan tidur wanita tu tidak terganggu dengan perkara-perkara yang buruk sekaligus memberikan tidur yang berkualiti. Tidur yang cukup dan berkualiti boleh memberikan aura yang positif di siang hari nanti.

" Dah lah, saya mengantuk. Nak tidur." Farah mula membelakangi Hud. Ditarik comforter hingga ke paras bahu. Tangan mula menyentuh bantal mahu menyelesakan letak duduk kepala. Malas mahu melayan Hud lagi. Matanya mula terasa mengantuk.

" Amboi bagi bontot pulak. I gigit karang bun butt you ni," tangan Hud naik menggosok punggung Farah. Terkesan dengan ulah si isteri.

" Buatlah kalau awak berani." Farah menepis tangan Hud. Keras terasa wajahnya dengan tindakan Hud tu. Membahang juga. Segan diperlakukan begitu.

" Berani je. Tapi I tak nak la nanti nampak macam pervert pulak. Dah lah you tidur dulu. I tepuk." tangan Hud menepuk manja punggung Farah lembut. Tak di peduli tangan Farah yang sibuk menepis tangannya dari menepuk.

" I don't need a babysitter to cradle me, " gumam Farah. Mata dipejam rapat.

" My priority. Sleep now if you don't want to entertain me," keras suara Hud membalas. Sedikit geram dengan reaksi Farah.

Salahkah dia mahu memanjai isteri sendiri?

Bibirnya terkunci rapat. Risau Hud mengiakan kata-katanya, dia diam akhirnya dan mengekalkan belakang badannya pada Hud. Hanya anggukan kecil yang terhasil dari gerak tubuh Farah selepas tu. Dan suara yang kembang dan kelam bersatu dengan udara penghawa dingin memberitahu pada Hud. " Selamat malam."

" Night. Love you," Hud mengucup perlahan ubun-ubun Farah lalu menitipkan pesanan dalam hati bahawa apa pun yang dilakukan, akan dilakukan dan mahu dilakukan oleh Farah dia sebagai suami akan memaafkan dan berterima kasih pada wanita tu. Agar rumahtangga yang dibina ini akan selalu di rahmati, dilindungi dan di redhai oleh yang Maha Kuasa.

Selepas beberapa ketika menidurkan Farah dengan dodoian di bahagian tubuh wanita tu Hud perlahan turun dari katil. Di bawa kaki melangkah ke kamar mandi. Setelah selesai mengambil wudhu Hud mula membentang sejadah. Mahu berqiayam memandangkan esok adalah hari cutinya. Dia mahu mengisi sepertiga malamnya dengan munajat kepada Yang Maha Pendengar.

Selesai berqiyam Hud naik ke katil semula. Mencapai telefon bimbit di tepi meja katil. Butang on ditekan. Cahaya telefon memenuhi ruang wajah. Jam di muka telefon diperhati. Tiga empat puluh enam minit pagi.

Mata masih belum mengantuk. Dia berkira mahu melihat media sosial di telefon. Sudah berapa hari dia tidak melawati beberapa laman sosialnya.

Aplikasi Instagram disentuh. Perkara pertama yang disemak di situ adalah mesejnya.

From : Haura_Farah_Khadeeja

In Shaa Allah andai jodoh milik kita.

Most welcome Mister ;)

#Tuhanajarkanakucapaibahagia

Serta merta senyum menghiasi bibir. Kepala di bawa berkalih ke sebelah. Dengus nafas yang perlahan dan beriak tenang kedengaran. Wajah polos Farah diperhati. Hud tersenyum kembali.

Hud menekan anak panah kembali. Dari atas ke bawah dia mula scroll laman sosial tersebut. Tiba-tiba matanya tertancap pada 'post' nama pena Hannah.

Hann_Dlaila!

Perlahan anak matanya menyoroti gambarnya bersama Hannah yang dimuat naik wanita tu ke dalam laman sosial instagramnya.

Ini rupanya penyebab dia dihujani ledakan berapi umi dan serangan atom cemburu Farah!

Kepala digeleng perlahan. Pangkal rahang di wajah digosok perlahan. Mata dipejam celik seketika. Nafas dihela berat.

Patutlah pun! Berasas sangat. Wajah orang disebelah ditatap perlahan. Rasa serba salah menyelubungi hatinya. Perlahan tangan Hud menyentuh ubun-ubun isterinya. Sayang dan cinta pada wanita tu makin bercambah dari hari ke hari. Mana mungkin dia menduakan kasih yang di beri.

*****

" Umi nak balik dah ni. Farah jangan lupa apa yang umi pesan. Jaga diri baik-baik, " pesan Puan Suraya setelah menghabiskan sisa kopi dalam cawannya.

Puan Suraya bangun seraya berjalan ke ruang tamu diikuti Farah. Wanita itu mengangguk faham apa yang telah dipesan si ibu mertua. Hud turut membontoti keduanya.

" Insha Allah umi. Umi jaga diri ya. Sampai nanti beritahu. Kirim salam dengan ayah," tangan umi dicium. Seketika dia memeluk wanita tu dan kedua pipinya.

" Baik. Insha Allah." senyuman menantu di balas. "Hud pun ingat pesan umi semalam tu. Jaga diri, jaga isteri. Kalau apa-apa get me know fast. I'm watching you, " matanya memandang si anak lelaki pula. Amat tegas pesanan yang dititipkan.

" Ai ai mam," Hud seraya tunduk mencium tangan wanita tu selepas isterinya. Tersengih sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kiri.

" Itu je yang tahu, Ai ai.. Ai ai.. Lepas tu buat lagi. " bebel Puan Suraya. Tangannya laju memulas telinga Hud. Geram dengan tingkah si anak yang dah besar panjang tu mengalahkan anak remaja yang baru nak meningkat umur. Dengan peel terlebih gula dengan perempuan lain buat Puan Suraya pening kepala.

" Aduh umi ni, tangan macam semut hitam aje. Sakitlah. Macam manalah ayah boleh tahan," sungut Hud. Telinga yang sedikit sakit dipiat, digosok. Farah di sebelah tersenyum simpul. Malas mahu masuk campur dengan bicara si suami dan ibu mertuanya.

" Biar sakit, baru tahu macam mana rasanya. Ayah tu tak adanya buat perangai macam awak. Sayang isteri. Pandai ambik hati isteri. Tak ada nak buat umi cemburu ke apa. Awak tu je yang entah ikut perangai miang siapa," balas umi lagi. Herot bibirnya mencebik.

Hud mendongkol geram. Sudah dua kali umi balas dia dengan ayat menyindir tu. Hmm, nasib badan. Itulah padahnya kalau tak berhati-hati. Kesannya boleh memudaratkan diri. Tapi itulah, bukannya dia sengaja. Dah Hannah yang muat naik gambar tu. Manalah dia nak tahu. Kepala di geleng buat sekian kali.

" Okeylah, umi gerak dulu. Hati-hati semua. Assalamualaikum." ujar umi langsung masuk ke dalam kereta. Setelah berpamitan keretanya bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan anak menantu.

*****

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience