Bab 45 : Konflik

Romance Series 20182

" Auchhh.Kak Farah hati-hati. " teriak Hannah yang terhuyung-hayang dilanggar Farah. Dia hampir melanggar dinding. Barr yang di sebelah Hannah sempat menyambut isterinya dari terjatuh. Mereka terkejut melihat Farah dengan beg sandangnya berlari anak turun dari tangga dan menghala ke pintu.

Farah dah tak hirau lagi dua susuk tubuh di depan. Perasaan di hatinya kian merapuh. Dia lantas menuju ke kereta lalu mencampak beg sandang ke seat belakang dan terus menghidupkan enjin kereta. Panggilan Hud tak diendahkan.

Air mata tak henti-henti mengalir. Jiwa yang merindu semakin terseksa dengan permintaan sendiri. Dia tak pasti mampukah dia terus mempertahankan rumahtangganya lagi. Dia merasakan kecewa yang amat dalam.

" Shitt!!" hentakkan tangan kanan Hud mengenai jenang pintu. Perasaan marah dan bengang bersatu.

" Kau dengan Farah bergaduh lagi?" soal Barr.

" Abang buat apa dekat kak Farah. Kecewa sangat Hann tengok dia. Habis kita orang dia langgar." ujar Hannah sebaik didudukkan Barr pada sofa. Berderau juga jantung dia tadi. Nasib ada si suami di sebelah yang menyambut. Kalau tak, mahu tergolek jatuh tepi tangga dengan perut besar dia tu.

Hud bungkam. Dia tertunduk lemah. Dapat dilihat ada air mata yang bergenang di pelupuk mata tu. Kedua tangan naik meraup wajah.

" Abang tak sempat nak explain apa-apa pun. Dia sendiri yang buat keputusan. Lepas tu, terus pergi macam tu aje." Hud cuba membela diri.

" Habis kau nak buat apa sekarang?" soal Barr lagi.

Hud menjongket bahu tanda tidak tahu. Dia buntu. Rambutnya di raup ke belakang. Nak mengejar Farah pun tak teringat. Tak ada dalam fikiran dia kemana arah tujuan si isteri dia pergi. Hud cuma berdoa dalam hati agar isterinya di pelihara dari segala musibah.

" Call la dia." Hannah memberi cadangan.

Kelam kabut Hud mengeluarkan telefon bimbit dari poket jogger pants. Talian pantas Farah di dail. Namun, tak berjawab.

" Tak angkat."

" Dia tengah drive kan. Kejap lagi call lain. Lagipun dia tengah merajuk tu." sampuk Barr lagi. Muka cuak Hud tu tak boleh nak di scandalised langsung. Panik dia tahap kronik sampai tak boleh nak fikir benda yang basic pun.

***********

" Assalamualaikum, " laung Farah sebaik tiba di rumah kedua orang tuanya.

Klackk!!

Pintu rumah terbuka. Ibu keluar menyambutnya. " Sampai dah anak ibu. Hud mana?" sambil menjenguk mencari kelibat si menantu Puan Lisa tersenyum.

" Dia outstation bu." Farah terus melangkah masuk. Tanpa perasaan bersalah Farah membohongi. “ Abah mana bu? " beg sandang di letak ketepi. Sofa dituju dan dia melabuhkan duduk sambil mencari figura Encik Habibussuffian di ruangan tamu tu.

Puan Lisa duduk disamping Farah. Dia tersenyum melihat anaknya. Sedikit gembira perasaannya kerana anak bongsunya tu balik. Sudah lama benar mereka tak berjumpa.

“ Abah pergi jumpa kawan dia dekat club."

“ Club bu! Abah tu bukannya sihat sangat pun. Time sekarang ni abah tu berehat. Bukan sibuk jumpa kawan dekat club." Farah membebel. Dia menggeleng kepala.

Risau keadaan abahnya yang kebelakangan ini kurang sihat. Penyakit lemah jantung Encik Habibussuffian sekarang semakin merisaukan.

" Abah awak tu macam awak. Keras kepala. Bukan nak dengar nasihat ibu pun. Alah, Farah tak payah risaulah. Abah tu pandai jaga diri. Kejap lagi balik la dia. Dia tahu Farah nak balik hari ni."

Farah tersengih mendengar luahan ibu. Alah, dia keras kepala pun mewarisi dari abah. Apa nak di heran. Bapa borek anak rintik.

" Ibu tengok sekarang ni Farah macam tak sihat je. Farah sakit ke? "

Farah yang sedang menyemak panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp di telefon bimbit tu terhenti pergerakan. Kepala naik memandang anak wajah ibu. Telefon dialihkan ke tepi. Fokusnya mula terarah pada Puan Lisa.

" Mana ada ibu. Farah okay je. Ibu salah tengok ni. Kalau sakit mestilah terbaring atas katil." Farah cuba berlucu. Dia mencuba untuk menghindari kesihatan sendiri apabila dia menjadi topik bualan.

" Habis tu semacam aje ibu tengok. Ke dah berisi ni?" bersinar mata Puan Lisa bertanya. Tangan kanan wanita tu naik menyentuh permukaan perut Farah. Kalau sungguh benar telahannya, dialah ibu yang paling gembira. Dia bakal menjadi nenek.

Hati Farah bagai ditusuk sembilu mendengar telahan si ibu. Kalau boleh dia juga ingin merasakan kehadiran si kecil itu. Namun, Allah masih belum memberinya rezeki.

" Ibu, Farah pun berharap macam ibu. Tapi belum ada rezeki lagi. Kita doa yang terbaik ya," Farah sentuh tangan tua Puan Lisa yang ada di perutnya. Dia tersenyum hambar.

Tapi mengingatkan pada kandungan Hannah sekali lagi hati Farah rasa dihiris belati. Dia mungkin belum punya rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri tapi dia bakal menimang cahaya mata suaminya bersama Hannah.

Ah! Perasaan ni sulit untuk dimengerti.

Puan Lisa angguk. “ Insha Allah, ibu sentiasa doakan kebahagiaan Farah dan Hud. Semoga anak ibu cepat mendapat rezeki baby. Jangan sedih-sedih. Kita usaha doa dan tawakal ya." Puan Lisa menarik anaknya masuk ke dalam pelukan. Farah melepaskan tangisan pilu dalam dakapan hangat seorang ibu. Dia berharap doa Puan Lisa dan dia sendiri akan di angkat dan makbul. Tapi dalam keadaan konflik rumahtangganya yang sekarang ini, Farah tak bisa berharap lebih.

“ Assalamualaikum." suara garau dari luar menghentikan dakapan mereka. Kedua kepala berpaling ke pintu. Kelihatan Encik Habibussuffian melangkah masuk dengan senyuman ceria.

Setelah menjawab salam Farah dan Puan Lisa bangun mendapatkan suaminya. Farah bersalaman dengan abahnya. Lama ciumannya lekat di tangan tua tu. Dia rindu. Rindu yang tak terucap.

Inilah, tangan pertama yang menyambutnya. Tangan pertama yang memujuknya. Tangan pertama yang memeluknya.

Abah, lelaki pertama yang dia lihat ketika lahir. Dia rindukan belaian abah seperti dulu. Saat dia bersedih abah akan datang pujuk. Saat dia gembira abah datang berkongsi rasa. Sejak dia berkahwin dia jarang pulang menjenguk abah dan ibu. Betapa dia rasa derhaka pada orang tua sendiri.

Apakah sekarang saat dia dewasa dan bergelar isteri orang abah juga akan datang berkongsi perasaan suka duka dan bahagia dia?

Abah maafkan Farah!

" Hud mana. Tak nampak pun?" soal abah setelah duduk di sofa.

Sekali lagi Farah terpaksa membohongi abah selepas ibu.
" Abang outstation."

Puan Lisa datang membawa dulang berisi air teh dan puding jagung ke ruang tamu. Dia menghidangkan untuk suami dan anaknya.

" Berapa hari Farah balik ni?"

" Esok Farah balik dah abah. Sekejap aje di sini. Farah banyak kerja nak uruskan hal pendaftaran pelajar baru untuk kemasukan tahun depan. Lagipun minggu ni Farah ada exam di kolej. Jadual Farah pack sangat."

Encik Habibussuffian angguk. Matanya melirik ke arah isteri. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya.

" Tak apalah, sekejap pun. Farah rehatlah dulu. Abah pun nak naik rehat sekejap. " balas abah. Lelaki tua separuh abad tu melangkah ke tangga dan menuju ke atas.

Puan Lisa pula membawa dulang makanan dan minuman tadi ke dapur dan sempat berpesan kepada anak gadisnya agar naik berehat ke bilik. Muka Farah kelihatan sedikit pucat dan tak bermaya. Di hatinya juga terdetik ada sesuatu yang mengganggu anaknya tu. Dia tidak akan memaksa Farah untuk bercerita. Tetapi jika anaknya bersedia untuk meluahkan dia akan menjadi pendengar yang baik buat satu-satunya puteri yang dia ada.

**********

Ketukan di pintu mematikan lamunan Farah. Dia baru selesai solat dan berdoa dan sempat mengelamun seketika. Kepala dihalakan ke pintu sebelum membenarkan Puan Lisa masuk.

" Ibu ganggu ke?" separuh kepala Puan Lisa menjenguk ke dalam. Kelihatan Farah masih bertelekung duduk di atas sejadah. Dia melangkah masuk dan duduk di sisi Farah.

Farah geleng. " Tak ganggu pun. Kenapa bu?"

“ Tak ada apa. Saja ibu datang tengok Farah. Ibu nak kongsikan petua ni. " balas Puan Lisa lalu menunjukkan skrin telefonnya kepada Farah.

Bebola mata Farah mengecil melihat tulisan yang tertera atas skrin telefon pintar Puan Lisa. ' Petua Mendapat Zuriat' sekali lalu dia membaca dalam hati. Dia senyum dan mencari anak mata Puan Lisa.

" Terima kasih ibu prihatin dengan Farah. Nanti Farah cuba amalkan. Actually pasal puasa isteri yang 7 hari dan suami 3 hari tu untuk apa bu? Apa kaitannya dengan mendapat zuriat?" soal Farah kurang mengerti.

" Sebenarnya kita dituntut untuk memohon keampunan dan menyerahkan sepenuh pengharapan kepada yang ESA. Kita tak sedar dalam kehidupan seharian kita kadang kita ada melakukan silap dan salah. Sekecil-kecil perkara pun kadang boleh menjadi asbab segala doa kita tak termakbul. Jadi, bila kita berpuasa kita seteliti mungkin akan menjaga amalan berpuasa kita agar mendapat pahala. Ibadah kita akan di terima. Selain itu, amalan berpuasa dapat mendidik hati, sikap dan kelakuan kita. Jadi dari situ Allah Ya Mushawwir, Yang Maha Membentuk menilai diri kita ni boleh tak dipertanggungjawabkan dengan amanah yang paling berharga tu. Dia melihat kesabaran kita dalam setiap urusan yang dipertanggungjawabkan pada kita. Dari segi sains pula, berpuasa dapat meningkatkan hormon suami isteri semasa pembentukan sperma dan ovum semasa melalui proses penghasilan bayi. " panjang lebar Puan Lisa menerangkan.

Farah mengangguk faham. Dia tersenyum ke arah Puan Lisa. " Terima kasih ibu." Tak tahu macam mana dia mahu memberitahu pada Puan Lisa bukan hal masalah anak yang mengganggu rumahtangganya. Dia tak akan sesekali menceritakan aib suaminya. Itu amanah sebagai isteri. Menjaga nama baik dan maruah suaminya.

" Ibu cakap aje. Kalau Farah nak dengar dan terima ibu bersyukur sangat. Kalau Farah dan Hud tak keberatan boleh aje buat rawatan kesuburan. Ibu bukan nak masuk campur dalam urusan rumahtangga Farah, tapi kita manusia perlu berikhtiar bermacam cara. Banyak rawatan moden dan tradisional yang ada sekarang ni. Bincang elok-elok dengan Hud. Insha Allah semua perkara ada jalan penyelesaian. Selain tu, ada juga rawatan bayi tabung uji. Tapi rawatan tu adalah rawatan terakhir yang akan kita lalui selepas semua rawatan yang ibu sebutkan tadi kita ikhtiar. "

" Farah faham bu. Tak apa, nanti Farah bincang dengan abang. Buat masa ni Farah kena fokus dengan kerja dan pelajaran Farah. Abang pun faham keadaan Farah sekarang ni. Risau juga, kalau ada anak nanti terabai pula pelajaran Farah. Tinggal setahun aje lagi ibu. Ibu sabar ya, ada rezeki nanti Farah bagitahu ibu. "

" Iyalah, ibu doa yang baik-baik untuk Farah dan Hud. Ibu bukan apa, tak sabar nak dukung baby. Ibu dah lama rindu nak dukung baby. Ibu dah tua, nak sangat tengok anak Farah. Mesti nanti comel macam Farah sewaktu bayi." ujar Puan Lisa. Tangannya menyentuh pipi Farah mengalirkan perasaan sayang yang tak pernah terpadam.

*********

Hud tergesa-gesa keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta. Panggilan telefon sebentar tadi buat dia tergamam. Nyaris dia tak pitam. Lantas, kereta dipecut laju keluar ke susur jalan raya.

Dia sempat memberitahu pada umi dan ayahnya tentang hal kecemasan tersebut. Dia meminta Barr dan Hannah membawa kedua orang tuanya bersama.

Setelah melalui perjalanan yang amat lama kerana tersekat dalam kesesakan lalulintas Hud akhirnya tiba ke wad kecemasan Hospital Gleanageles. Dia mencari kelibat keluarga mentuanya. Di kejauhan terlihat Encik Habibussuffian dan Puan Lisa menunggu di ruangan menunggu.

Hud bersalaman dengan mereka. Wajah gusar kedua orang tua tu membuatkan hati Hud bertambah resah.

" Macam mana keadaan Farah?" terketar dia bertanya. Wajah Puan Lisa yang lencun dengan air mata tu dia tatap.
Mengharapkan penjelasan sebenar.

" Tak tahu. Doktor tengah rawat dia di dalam. Hud tahu ke Farah sakit sebelum ni? Maafkan abah kalau abah masuk campur hal rumahtangga Hud." tangan kanan Encik Habibussuffian memeluk erat bahu si menantunya.

" Tak tahu abah. Farah sihat aje sebelum ni. Apa yang jadi sebenarnya abah, ibu? "

Encik Habibussuffian memandang isterinya. Puan Lisa mengeluh. Mereka berdua pun tak tahu apa puncanya. Tahu-tahu saja isterinya menjerit memanggil kerana Farah pengsan dan tak sedarkan diri di bilik. Itupun setelah Puan Lisa ingin memanggil anaknya untuk turun makan. Terus mereka bergegas membawa Farah untuk mendapatkan rawatan.

Hud mengeluh. Mungkin Farah terlalu stress dengan masalah yang terjadi sebulan dua ni. Kerusi di sebelah ibu mertuanya di duduk. Kepala ditekur dengan dua tangan naik menongkat sisi kepala. Dalam hati dia merafak zikir penenang hati Nabi Yunus serta Selawat Tafrijiyah. Memohon agar diselamatkan isterinya dan dijauhi segala musibah.

Dia di hambat perasaan bersalah. Bersalah kerana buatkan Farah berada dalam keadaan yang sebegitu. Kalau terjadi apa-apa kepada Farah, dia tak akan maafkan dirinya. Dia gagal menjadi suami serta pelindung yang baik untuk isterinya.

" Sabarlah Hud, semua yang terjadi pasti ada hikmah. Abah harap Hud kuat. Nak menjaga isteri ni bukan senang. Tapi sebab isteri kita ni lah asbab kita mendapat redha Allah. Doa banyak-banyak agar semuanya selamat." Encik Habibusssuffian menasihati menantunya.

Seketika kemudian pintu bilik rawatan terbuka. Seorang jururawat berpakaian kemas keluar dan bertanya kepada mereka.

“ Siapa suami Puan Farah?"

Hud bangun dari duduk dan menghampiri jururawat tersebut. "Saya. Isteri saya macam mana?" Gopoh Hud bertanya. Kedua ibu dan abah Farah turut menghampiri mereka untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang anak mereka.

“ Puan Farah stabil. Doktor nasihat dia perlu banyak berehat. Encik Hud sila ikut saya ke bilik sana, doktor nak berjumpa."

“ Boleh mak cik berjumpa dengan anak mak cik?" kerana perasaan tak sabar Puan Lisa turut bertanya. Dia terlalu khuatir akan anak perempuannya. Riak kelegaan jelas terpapar di wajah Puan Lisa. Dia bersyukur anaknya tidak apa-apa.

Pak cik dan mak cik boleh masuk berjumpa dengan pesakit setelah doktor selesai membuat rawatan sebentar lagi. " ujar jururawat tu semula. Dia tersenyum ramah kepada mereka.

Hud dan jururawat bertubuh kecil molek tu kemudian beredar ke bilik doktor di hujung bilik rawatan tersebut.

" Silakan duduk encik. Saya doktor Erna pakar sakit puan dan gynecology. " doktor yang berbaju biru di depan Hud memperkenalkan diri seraya menjemputnya duduk.

“ Ada masalah ke dengan isteri saya? " soal Hud penuh gusar. Jantungnya berdegup laju tak semena.

Doktor Erna tersenyum mesra. Dia cuba memaparkan wajah senang di hadapan suami pesakit. Sudah menjadi etika seorang doktor cuba mententeramkan perasaan seseorang bilamana mahu menjelaskan sesuatu keadaan pesakit yang di rawatnya.

" Sebagai doktor sudah menjadi tugas saya untuk memberi tahu pesakit mahupun ahli keluarga atau waris tentang keadaan pesakit saya. Samada penyakitnya berbahaya atau tidak. Dalam kes Puan Farah kesnya tak begitu bahaya. Cuma prosedur rawatan perlu dijalankan untuk mengelakkan penyakitnya bertambah teruk. " Doktor Erna menjelaskan.

Kepingan plastik pipih berukuran A5 diambil dari atas meja. Kemudian diletakkan ke atas skrin slide yang terdapat di tepi dinding bersebelahan wanita tersebut. Suis lampu slide tersebut dihidupkan. Terpapar satu corak sebesar bola ping-pong di situ.

Doktor Erna memandang Hud seraya menyambung penerangan beliau. " Ini adalah gambaran dari ujian xray. Kami mendapati ovari Puan Farah mempunyai ketumbuhan yang dikenali sebagai Cyst dalam istilah kedoktoran. Ovarian Cyst ialah kejadian di mana terdapat kantung berisi cecair atau angin atau lendir di dalam ovari wanita. Peratusan cyst ini tidak begitu bahaya. Ia adalah dalam kadar 95 peratus sahaja. Tetapi memandangkan cyst ini tumbuh di belakang kantung bayi jadi pihak kami risau ia akan menganggu pertumbuhan dan pembesaran bayi encik."

Hud melopong. Bayi? Tak mungkin.

" Bayi? "

“ Ya, Puan Farah hamil. Kandungannya berusia 20 minggu. Tapi buat masa ni pihak kami akan menahan Puan Farah sehingga rawatan ke atasnya selesai. Saya akan memantau pertumbuhan cyst tersebut. Ada sesetengah kes cyst yang tumbuh ketika hamil adakalanya hanya sementara. Ia bukan bersifat kekal. Ia akan menghilang sebaik bayi memasuki trimester kedua. Namun, adakalanya ibu hamil tak mampu untuk menangani masalah ketidakstabilan hormon mereka menyebabkan mereka akan selalu mengalami kekejangan di bahagian tersebut malah akan selalu pengsan. " panjang lebar Doktor Erna memberitahu.

" Err.. Tap.. tapi macam mana dia hamil? Ta..tak maksud saya, kita orang tak tahu yang isteri saya hamil." gagap Hud menyoal. Otaknya tak boleh berfikir macam mana yang Farah hamil sedangkan Farah sendiri tak tahu. Apatah lagi dia.

Doktor Erna tersenyum. " Ya, Puan Farah hamil. Mungkin dia tak mengalami simptom morning sickness akibat kesan pertumbuhan cyst tersebut. Boleh jadi simptom pertumbuhan cyst tersebut lebih memonopoli keadaan hormon beliau.

Hud seakan tak percaya apa yang di dengarnya. Isterinya tengah membawa satu nyawa di dalam perut. Hatinya terlalu bahagia. Tetapi dalam masa yang sama dia risau akan keadaan Farah.

" Adakah cyst tersebut perlu di buang? Boleh memudaratkan bayi saya ke?"

" Mengikut data klinikal seseorang yang mempunyai cyst perlu di bedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut. Tapi, seperti yang saya maklumkan tadi pihak kami akan memantau dulu keadaan Puan Farah beberapa minggu. Jika kami mendapati cyst tersebut hilang setelah bayi memasuki trimester kedua jadi isteri encik tak perlu dibedah. Bayi encik akan selamat. Sekiranya cyst tersebut kekal maka pembedahan akan dilakukan pada usia kehamilan Puan Farah memasuki 30 ke 32 minggu."

Hud mengangguk faham. Dia bersyukur yang teramat kerana Farah stabil.

" Boleh saya berjumpa dengan isteri saya? "

" Ya, sure. Tapi pastikan Puan Farah bed ridden. Keadaan rahim dia belum kuat. Beberapa kemungkinan boleh berlaku dan membahayakan nyawa bayi dan ibu."

Hud bangun dan bersalaman dengan doktor Erna. Dia mengucapkan terima kasih di atas penjelasan dan nasihat doktor pakar perbidanan tersebut.

************

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
47.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience