Bab 13: Yang Tersirat

Romance Series 20182

Hannah melepaskan badan ke atas tilam. Siling bilik dia tatap lama. Wajah Hud dan arwah kakaknya Sarah silih berganti.

Dia kemudian bangun dan menuju ke meja konsol hujung bilik. Laci meja ditarik. Sehelai kertas putih yang berlipat ditarik keluar. Dibuka dan bebola matanya mula membaca bait-bait yang tertulis. Sampai ke perenggan terakhir Hannah menyeka air mata yang merembes ditubir mata.

" Kak Ara I love you kak. Tapi kenapa semua ni kena jadi pada Hann. It hurts me more. I can't. " Hannah menggeleng.

Berulang kali dia membaca titipan akhir tu. Berat. Berat sungguh dia rasakan tanggungjawab yang Sarah mahu dia pikul.

Sungguh dia tak mampu. Perasaan bukan boleh di buat main. Hati dia sakit. Hati dia sedih. Namun, titipan akhir tu buat dia sendiri keliru.

Hannah kemudian simpan semula surat tu ke dalam laci meja tadi. Dia seka air mata yang berbaki. Lantas tuala mandi di tarik dari ampaian dan dia menuju ke bilik mandi.

*****

" Abang...Abang tak nampak pelik ke dengan Hud dan Farah tu"?

Sekilas cermin mata Encik Halim yang tersangkut pada pangkal hidung di tolak ke atas. Dibetulkan letak duduk. Dia menoleh ke arah isteri yang sedang khusyuk meneliti beberapa jadual program motivasinya di layar skrin laptop.

" Pelik? Apa yang pelik? Biasa je. Kenapa?"

Puan Suraya menoleh ke arah suaminya yang sedang berlunjur atas katil sambil membaca buku. Dia bangun dan merapati suaminya. Kedua tangan bersilang ke dada. Eksperisi wajah dia sedikit berkerut cuba mengingati.

" It's a hidden secret at all. I can feel it between them."

Encik Halim yang tengah membaca terhenti pada tengah ayat. Ditarik penanda buku di bahagian belakang dan ditanda pada tempat bacaannya sebelum buku tersebut diletakkan ke tepi. Di biar tersadai atas meja kecil sebelah katil.

Wajah kegusaran isteri dipandang. Dia membetulkan letak duduk bantal ditengah belakang badan. Nak dengar cerita dari pakar motivasi yang bertauliah seperti isterinya tu dia kena fokus betul-betul. Kalau tak nanti, dia pula yang kena ceramah. Silap haribulan mahu berbakul pesanan penaja dia dapat.

"Something creepy and sound weird.." Encik Halim mengurut pelipis.

".. Then spill it. I'm all hear. " balasnya semula.

Puan Suraya pula menarik bantal kecil di tepi bantal kepala yang tersandar di katil tu dan dibawa ke atas perutnya. Merehatkan tangan yang lenguh menaip di keyboard sebentar tadi.

" Hud dan Farah macam sorok something. Sue rasa diorang macam ada masalah. No touching. No teasing. Senyum pun buat-buat. " Puan suraya menggumam.

"... don't you think so. " tambahnya lagi. Kepala diteleng ke kiri mencari anak mata si suami.

Gusar dihati bila mengingatkan anak dan menantunya tu. Jika benar apa yang dia telah, pasti Farah dalam keadaan yang bermasalah. Dia kenal luar dalam anaknya Hud.

" Abang tak nak tuduh. Abang pun tak nampak apa yang sebenarnya berlaku pada diorang. Tapi abang tahu sebagai ibu yang melahirkan dan yang membesarkan Hud, Sue lebih merasainya. You have a six sense. Because you are his mom. Abang percaya pada sue. So,what do you want to do? " Encik Halim meraih tangan isterinya.

Digenggam erat. Menyalurkan semangat.

" Thanks abang sebab percaya kan Sue . "

" Always. I'm all your shoulder. " Encik Halim kenyit mata.

Tergelak Puan Suraya. Begitulah sifat suaminya ketika dia mempunyai masalah. Besar mahupun kecil suaminya tetap setia mendengar dan memberi nasihat. Malah ada ketika, suaminya akan memberi semangat dengan body language. Lantas, masalah pun berterbangan hilang dari belenggu fikiran buat sementara waktu.

" Sue nak jumpa Hud. Nak soal siasat dia. Banyak sangat rahsia dia sekarang ni. Mungkin Barr pun Sue akan jumpa. Farah tu, nanti bila-bila Sue cari dia dekat academy. "

Encik Halim menggangguk. Dia yakin isterinya akan cari jalan keluar masalah anak dan menantunya tu.

" Tapi satu abang nak pesan, bila jumpa Hud jangan rushing sangat dengan dia. Slow-slow. You know him well. Dan kalau boleh jangan masuk campur totally dalam masalah diorang. Just keep an eye with a words."

"Insha Allah abang." balas puan suraya.

"Err.. Sebut pasal Barr, dah lama tak jumpa dia. Kenapa dah lama dia tak datang sini? " soal Encik Halim .

" Sibuk dengan bengkel dia tu. Business baru nak berkembang." jawab isterinya.

" Patutlah. Hurmmm.. Barr, Barr.. Elok-elok Jaleel bagi dia half percent Juta Niaga dia tolak." Encik Halim menggeleng.

Kenangkan lagi seorang anaknya yang itu buat kepala dia pusing sahaja. Barr dan Hud macam anak kembar saja. Kalau salah seorang tak buat masalah tak sah. Bukan setakat kepala dia yang pening sekali dengan Jaleel sakit kepala. Fauziah pun. Isterinya Suraya juga sama.

" Bukan tolak abang. Dia cairkan semua shareholders dia dengan dollar. Half of that dia sumbangkan pada Raudhah. Balance from three quarters of that dia sedekahkan pada Madrasah Al-Jabir. Anak-anak kat academy pun dia yang support. "

" Ya, abang tahu niat murni dia tu. Tapi takkan lah satu pun dia tak simpan untuk dia. Dia tak teringin ke ada pewaris yang sambung legasi Waheed dan Mariam. His only their heir. Kalau tahu macam ni, hari tu baik kahwinkan Barr dengan Farah saja."

Puan Suraya berpaling kepala. Sedikit berderau darah dia dengar kata si suami. 'Kahwinkan Farah dengan Barr?' Minta simpang malaikat. Mustahil suami dia boleh fikir sampai ke tahap tu.

" Abang! " Puan Suraya berdecit.Tajam pandangan dia pada sang suami.

Aduh, mulut suaminya tu kalau dah bercakap, memang tak ada tapisan lagi dah.

" Big 'No' untuk Barr. Calon dia Allah dah tetapkan yang lain. Biar Farah untuk Hud. Moga Allah panjangkan jodoh mereka sampai syurga." sambungnya semula.

" Habis, takkan nak biar Barr pun tak kahwin. Nak harapkan dia cari macam tak ada harapan aje abang tengok. Tak pun, kahwin dengan spanar ke playar ke? Atau kahwin dengan kereta-kereta terpakai dia yang penuh satu bengkel tu. Itu pun kalau boleh? Masalahnya memang tak boleh. Bilanya nak ada zuriat kalau macam tu?" herot bibir Encik Halim membebel.

Tak semena Puan Suraya mengekeh ketawa. Lucu dengar suaminya bebel macam tu. Teringat anak bujangnya yang seorang tu buatkan hati dia pun turut merusuh.

" Tak apalah abang. Nanti kita fikirkan hal Barr pula. Buat masa sekarang ni saya nak fokus pada Hud dan Farah. Abang doakan saya ya. " pinta Puan Suraya.

Encik Halim mengangguk. Dia seraya membetulkan bantal kepala yang dah melorot ke belakang badan. Di tepuk dua tiga kali sebelum direbahkan badannya pada bantal itu.

" Abang tidur dulu ya, saya ada kerja lagi sikit belum habis. Sweet dream abang." Puan Suraya meraih tangan suaminya sebelum mencium lembut kekura tangan lelaki tu.

" Jangan lambat sangat. Esok naya je ada eye bag bawah mata. Dah lah esok ada motivation session dengan Syarikat Wijaya. Jangan cakap abang tak pesan ya!"

Puan Suraya tersengih seraya mengangkat ibu jari yang dicantum dengan empat lagi jari yang lain menampakkan tanda okey. Lantas, dia bangun dari katil dan menuju ke meja kerjanya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience