Bab 42 : Mimpi

Romance Series 20182

Keadaan jadi cemas. Dari jauh, nampak ruang pintu utama rumah umi riuh dengan situasi panik. Barr yang baru turun dari kereta sambil pimpin tangan Hannah baru nak melangkah masuk ke depan pintu utama tu terpempan. Hannah pun. Mana taknya bila nampak Hud tengah angkat tubuh seseorang yang dah longlai tu menonong keluar dari situ. Umi pula yang dah macam orang hilang anak kalut mengikut belakang Hud dengan wajah cemas.

Apa hal pula tu?

Elok aje Barr nak buka mulut, Hud lebih dulu bersuara. " Kau orang masuk dulu. Buat apa yang patut. Aku nak bawa Farah pergi klinik sekejap. Umi tunggu rumah aje. Apa-apa hal Hud inform nanti. " tunak pandangan dia hala pada wajah Barr dan Hannah berselang.

“ Kenapa dengan kak Farah? " kerut dahi Hannah berlapis sama naik dengan lontaran pertanyaan. Cuak dia. Berderau darah. Baru sampai alih-alih nampak hal kecemasan macam tu.

“ Entah, umi pun tak tahu. Umi dekat dapur tadi." suara umi panik. “ Ya Allah Hud cepatlah bawa Farah ke klinik. Risau umi ni," gesa umi pada bahu Hud.

“ Ya, Hud nak bawa ni," laju dia dorong tubuh sendiri yang tengah kendong isteri ke tempat duduk belakang kereta Toyota Supra putih di depan laman. Tubuh Farah yang longlai tu dibaringkan hati-hati di tempat duduk tu. Pintu kereta ditutup dan Hud bergerak ke tempat pemanduan. Klinik Khaled dan Rakan-Rakan di simpang depan rumah umi tu ditujui.

Sekilas, melalui cermin pandang belakang Hud perhati wajah yang pucat dan lesu tu masih tak sedarkan diri. Tak semena jemari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Dah sama irama dan rentak dengan jantung yang berdebar dalam hati. Dan tak sedar bila masa kaki tekan pedal minyak tambah kelajuan. Tak perasan yang meter kelajuan tu pun dah mencecah angka 120km/jam walau jalan yang dia lalu tu cuma menghadkan 70km/jam aje.

Hati mana tak risau bila tiba-tiba wajah yang muncul balik pintu tu segar bugar tiba-tiba jatuh pengsan depan dia. Nasib sempat sambut. Kalau tak sempat, tak dapat nak di bayangkan apa yang jadi.

Allah.

Saat ni baru dia sedar betapa dia rindukan seraut wajah manis tu. Betapa dia cintakan belahan jiwa dia tu. Hati hiba kenangkan silap sendiri. Jiwa dihenyak seribu satu rasa. Galau sendiri. Dalam hati dia panjatkan doa agar sempat memohon maaf atas kekhilafan lalu.

*****

Suasana sunyi bilik tidur tu buatkan sekujur tubuh yang tengah baring atas katil queen tu tiba-tiba aje terjaga. Kipas siling yang berputar sederhana tu di pandang. Tangan kiri naik sentuh kepala yang berasa sakit.

Otak ligat mencerna. Cuba nak menghadam. Cuba di bawa bekerja semula lepas dari terlena tu. Dan laju tubuh di bawa bangun dari baring. Automatik kepala rasa berpusing. Bersamaan tu kain tuala sebesar sapu tangan turut jatuh ke pangkuan riba. Mata di bawa pejam celik beberapa kali.

" Farah!" seru suara tu.

Kepala di bawa pusing ke arah suara. Bola mata laju menyerap ambien lelaki berbaju knitwear Nordstrom belang merah kelabu dan jogger pants blue black yang tengah pegang besen berisi air baru melangkah keluar dari bilik air. Statik berdiri tengah-tengah bilik.

“ Haq! "

Sengih menarik di pinggir bibir. Sejenak senyuman tujuh ratus megawatt yang selalu jadi identiti dia tu di tayang. Dan terus bilik tu sepi tersampuk bagai ada malaikat lalu. Yang dengar hanya bunyi putaran kipas.

“ Can I?" dua belah tangan di angkat separa bahu dan di buka lebar. Nak memeluk setelah besen berisi air diletakkan ke tepi lantai.

Bola mata dikecilkan. Setapak orang yang dekat depan pintu bilik air tu dah mula atur langkah . Kaki di hala ke arah katil queen yang bercadar hijau tu.

" Stay! Stay there! " tangan kanan di angkat ke tengah udara seolah menahan gerak tubuh di depan dari terus mara. Mata tunak perhati lelaki tu. Hati berdebar tak semena.

Kaki kanan dah bergerak setapak tapi terhenti bila di arah Farah. Sudahnya si lelaki tu keras macam patung cendana dekat tengah jalan dalam bilik tu.

Farah cuba turun dari katil. Badan di bawa mengesot dari tilam turun ke birai. Sisi kepala di pegang dari terasa memusing. Dah gaya baru turun dari round wheel aje.

" Kenapa awak ada dalam bilik ni? Baik keluar sekarang!"

" Awak pengsan tadi. Kita baru aje balik dari klinik. Umi suruh bawa awak rehat dekat bilik ni. "... atau awak lapar nak makan?" lembut bahasa lelaki tu bertanya.

Makan? Oh laksa, umi! Hati berdesis sendiri.

" Klinik? "

" Hmmm.. Klinik. You just felt and fainted. And doc said you're dehydration."

Patutlah pun! Badan rasa letih semacam. Nafas dihela.

Farah bangun dari birai dan berdiri. Kaki mahu melangkah ke depan pintu. Tapi di tahan. “ Nak pergi mana tu? "

“ Nak pergi makan."

“ Jap!" Hud sengih.

Farah menanti dengan sabar. Kelakuan lelaki yang tak dikenalpasti sebagai Hud mahupun Haq tu diperhati. Lelaki tu tunduk kepala dan menunduk. Kaki seluar yang disinsing separuh betis tu diturunkan. Dia kemudian keluar dari bilik tanpa sebarang diksi dengan Farah.

Farah hela nafas sebaik pintu tertutup. Bagaikan dia bermimpi di siang hari. Tangan di bawa pegang dada sendiri. Entah kenapa berdebar setiap kali terpandangkan wajah tu. Hud; suami yang di cintai. Memang dia rasa antara mereka punya pertalian jiwa. Sedangkan Haq; lelaki pertama yang ajar dia cinta.

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience