Bab 32 : Huru-hara

Romance Series 20182

Seperti yang dijanjikan malam itu Hud keluar lepak dengan Yusouf di gerai mamak yang biasa mereka habiskan waktu dengan menonton perlawanan bola sepak. Tetapi malam itu, tiada perlawanan mega yang berlangsung. Makanya gerai tersebut tidak terlalu ramai orang.

Sejurus tiba ke kedai mamak Hud jalan berlengang menuju ke tempat kegemaran dia dan Yusouf. Kerusi ditarik dan dia duduk berhadapan dengan Yusouf. Pelayan kedai mula menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan makanan serta minuman.

" Aney.. Kopi ais satu."

Lelaki yang dipanggil aney tu laju mencatat menu minuman mereka ke dalam note pad di tangan dengan sengihan dan anggukan.

" Nescafe o ais."

" Makan ada mau ke baiya?" tanya aney pula.

Serentak kedua kepala lelaki tu menggeleng. Setelah siap diambil pesanan, aney tadi patah semula ke dapur restoren. Mahu menyiapkan pesanan air mereka.

" So.. Berapa round tadi? “ Yusouf memulakan ayat mukadimah.

Aksi Hud yang tengah menyinsing lengan baju terhenti. Mata di bawa tunak memandang tuan punya mulut lancang yang tengah bercakap di depan. Tajam.

" Kau kalau tak ada benda penting nak cakap baik diam Suf. Serabut aku belum habis lagi ni! Jangan tambah boleh tak? " sinis Hud membalas. Merah telinga dia dengar ayat mukadimah Yusouf.

Yusouf menyengih. " Chill la bro. Kita keluar ni nak 'release' kan tension kau tu.. "

Hud diam. Dia meneruskan aksi menyinsing lengan baju yang tergendala tadi. Hanya mata tajam seperti tadi dia tayang pada Yusouf. Berharap Yusouf tak bertanya hal yang tak penting dan tak patut.

Orang tengah serabut ni aci pula keluar soalan luar silibus!

" Kenapa? “

“ Apa yang kenapa? “ soalan berbalas soalan pula. Yusouf garu kepala yang tak gatal.

" Kaulah.. Apa masalahnya sekarang ni? “

" Aku serabut. SERABUT." balas Hud sambil eja ayat tu satu persatu. Dia menghembus nafas kasar.

Elok je Yusouf nak buka mulut aney tadi datang semula. " Kopi ais satu. Nescafe o ais satu." Perlahan-lahan gelas minuman diletakkan atas meja. Masing-masing menarik gelas berisi air kepunyaan sendiri.

" Terima kasih aney! " serentak kedua mereka membalas. Aney tadi tersenyum lalu angkat tangan dan menghilang ke dalam dapur restoren semula.

Yusouf mengelus jambang halus di pangkal wajah. Mulutnya diherot ke kiri dan kanan. " Aku taulah kau serabut tapi sebab apa?"

" Hmm entahlah, huru hara perasaan aku ni." muka Yusouf di depan dia pandang. Nafas berat di lepaskan. Letak duduk di kerusi dibetulkan.

" Kau nak claim perasaan kau huru hara tu sebab apa? Sebab siapa? Kau sendiri yang jelas tentang perasaan kau tu macam mana. Bukan aku atau orang lain. Jadi kenapa ada rasa huru hara pulak?"

" Benda ni semua tiba-tiba lah Suf. Aku terkejut. Dalam masa yang sama aku tak percaya. Memanglah aku jelas tentang perasaan aku ni. Tapi bila jadi macam ni aku jadi berbelah bahagi." Hud meraup wajah. Lama dia menekur tangan sendiri.

Yusouf menyedut kopi ais di dalam gelas perlahan-lahan. Bimbang sekali lagi dia menjadi mangsa jeritan Hud. Tak pasal tersedak air lagi.

" Kau boleh tak cerita dari A sampai Z. Kalau sekerat-sekerat macam ni aku tak paham. Otak aku ni pun banyak sangat benda yang nak dipikirkan. Lagipun kecik-kecik dulu aku tak minat sangat nak susun jigsaw puzzle tu. Remeh." gelak Yusouf. Dia cuba bersantai dengan Hud yang muka tengah kelam tu.

" Kau memang. Semua aci nak senang aje. Susah sikit malas nak fikir. Tak interesting langsung! “ bebel Hud.


Kedua belah kaki naik bersilang dan ditindih satu sama lain sebelum dia kembali membuka mulut. Tangan naik mengacau air di dalam gelas di depan. " Kau tahu aku siapakan sebelum kahwin dengan isteri aku yang sekarang ni.." Hud jeda. Nescafe o ais disedut. Tangan yang bertaut sesama sendiri diletakkan atas meja.

Yusouf angguk. Mengiakan.

" Bila aku dah reveal dengan Farah.. dengan perasaan aku sendiri sekarang ni, alih-alih aku dapat tahu pulak yang arwah isteri aku tu ada tinggalkan wasiat untuk aku. Kau rasa aku kena ikut wasiat tu ataupun tak?"

" Wasiat tu tentang apa?" laju Yusouf bertanya. Tak menyabar.

" Kau rasa?" Hud angkat kening double jerk. Saja buat orang kat depan dia tu suspens.

" Kau ni tadi aku dah cakap malas nak cantum-cantumkan story kau ni. Dok jugak tanya aku rasa-rasa-rasa.. Cerita ajelah!" bebel Yusouf geram. Tak puas hati Hud ajak dia main cantum-cantumkan cerita pula.

" Biar kau pulak serabut!" Hud sengih.

" Make it faster Hud. Aku janji dengan Salwa nak balik awal ni," terang Yusouf. G-shock di tangan kanan dipandang. Lapan empat puluh sembilan.

" Takut bini jugak kau eh! "ejek Hud dengan senyum senget.

" Bukan takut. Aku menghormati. Aku sendiri yang janji dengan dia nak balik awal. Lagipun dia tengah tak berapa sihat sekarang ni. Mana nak jaga Sofea lagi," terang Yusouf. Ya, dia berjanji dengan isterinya Salwa nak balik cepat lepas jumpa Hud. Kalau lambat nanti pasti Salwa marah dan sakit hati. Emosi isterinya sekarang ni tak berapa nak stabil berikutan hormon estrogen yang berlebihan ketika mengandung anak kedua mereka.

" Wah hebat kau Suf, diam-diam dah nak masuk dua orang eh! Tahniah," ujar Hud. Tangan kanan dihulur untuk berjabat tanda mengucapkan tahniah.

" Alhamdulillah. Rezeki," senyum Yusouf bangga. " Tapi actually wasiat tu pasal apa?"

" Wasiat yang lebih kepada permintaan ."

" Oh I see.. Depend pada orang..kalau rasa benda tu memang sesuatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan kita tunaikanlah. Kalau tak penting dan tak berkewajipan tak perlu." panjang lebar Yusouf utarakan pendapat dia.

" Hmmm.. Aku bagi kau example eh...Kalau kau dapat wasiat dari arwah bini kau suruh kau kahwin lain.. Kau nak tak? " duga Hud. Wajah tenang Yusouf dia pandang.

" Aku.. Hmm.. Kalau aku tak kahwin lagi aku ikut jela. Siapa je yang tak nak kahwin? Bosan kut life tak de bini ni," sengih Yusouf.

" Kalau kau dah kahwin? “

" Sebelum dapat wasiat ke atau selepas?" tanya Yusouf lagi.

" Kau memang suka eh jawab soalan aku dengan soalan balik," geram Hud membidas.

Yusouf juling mata. Malas nak layan kepala senget Hud. " Cepatlah.. sebelum ke selepas?"

" Selepas.." datar tanpa nada Hud menyambung.

" Tak kahwinlah. Berapa kali nak kahwin? Memang la kita lelaki boleh beristeri lebih dari dua. Itupun kalau mampu. Berharta contohnya. Tapi tanya diri sendiri balik kita mampu ke nak adil? Lagipun kalau nak kahwin lebih tu niat mestilah betul. Ikut sunnah. Rasullullah nikah lebih dari satu sebab nak bela nasib para wanita yang kematian suami atau syahid di medan perang. Bukan sebab nafsu semata." senafas Yusouf menjelaskan. Itu pendapat dialah. Kalau pendapat orang lain dia tak tahu.

Hud angguk. Cuba menghadam satu persatu penyampaian teman di depan. Ada benarnya juga. Dia pun faham dan tahu serba sedikit isu kahwin lebih dari satu dan bab poligami ni. Keadilan? Itu yang penting. Bukan bab nafsu semata. Lelaki ni dikurniakan akal lebih dari satu untuk berfikir dan menimbang tara baik buruk sesuatu perkara.

" So, arwah isteri kau suruh kahwin lain? Dah tu buat apa nak serabut bagai nak fikir pulak.. Kan kau dah kahwin sekarang. Siap pakej dapat isteri cantik lagi bijak kut. Nak apa lagi!" ujar Yusouf. Teringat dia pada isteri Hud yang bernama Farah tu. Cantik dan bijak juga orangnya. Pernah lah dia jumpa dua tiga kali sebelum Hud dan Farah bernikah.

" Hmm.. That's the problem! “ nafas dihela entah buat kali ke berapa. Sampai sakit kepala dia memikir kebarangkalian yang akan terjadi.

" Apa hal? “ kerut di dahi Yusouf naik berlapis.

" Arwah nak aku kahwin dengan adik dia." layu suara Hud memberitahu. Tangan naik menekan pelipis yang terasa sakit.

" Hah!" hampir terjerit kecil Yusouf. Biar betul!

" Yup. She wants me to marrying her sister. And her sister is Hannah Delaila."

Yusouf telan air liur. Muka kusut Hud dia pandang. Dan muka dia pun turut terjangkit aura serabut si teman.

" Hannah Delaila? Perempuan genit yang terperangkap dengan kau siang tadi tu! " Yusouf tayang riak tak percaya.

Hud senyum terpaksa. " True."

" Habis tu? “

" Sebab tu aku tak boleh nak pikir. Aku terkejut plus tak percaya. Kenapa aku dapat tahu lepas aku dah kahwin sekarang?"

" Tapi kan Hud, andai kata kalau kau tak kahwin lagi dengan Farah kau nak ke kahwin dengan Hannah Delaila tu?"

" Entah.. Tak boleh nak brain aku. Aku cuma anggap dia adik je. Tak lebih dari tu."

" Kalau akulah kan aku kahwin je. Hannah tu cantik jugak. Body pun cun!" Yusouf cuba membayangkan sambil tersengih-sengih.

" Kau tak boleh fikir benda lain ke selain dari perempuan cantik. Kau ni bukan tolong selesai kan masalah aku menambah lagi adalah." bebel Hud. Dah agak mesti Yusouf bagi cadangan tak berapa nak bernas kat dia!

" Rileks la bro. Aku cakap je bukan suruh pun. Kau fikirlah masak-masak. Fikir tenang-tenang."
pesan Yusouf. Dia turut merasa berat masalah yang di hadap Hud tu. Kalau jadi pada diri dia pun, dia tak tahu nak buat macam mana. Buat masa ni dia hanya boleh bagi nasihat jelah. Kalau nak tolong fikirkan jalan keluar kepada masalah yang melanda tu pun, dia tak tahu nak tolong apa.

Buat sekian kalinya Hud mengeluh lagi.

" Nak jadi orang lelaki yang bermaruah ni bukan senang, banyak benda kena fikir dan faham. Lelaki yang hebat adalah lelaki yang bijak menangani masalah. Fikiran kita perlu rasional dengan setiap tindakan yang diambil. Bukan setakat lepaskan batuk atas tangga. Bukan setakat asal buat janji siap. Tak..kita kena jadi lelaki yang matang dalam setiap hal walaupun sebenarnya kita tak kuat hadap satu-satu benda tu. Kita perlu ada strategi. Kita perlu ada plan. Perlu ada back up plan. Bukan senang-senang redah hadap harung segala benda. Tak ada senjata, tak ada alat pertahankan diri. Tahu-tahu aje nak berperang. Semua kena ada rangka untuk setiap tindakan. Barulah keputusan boleh di buat. " Yusouf menambah.

" Insha Allah Suf, aku akan cuba dengar nasihat kau. Cuba hadam sikit-sikit. Terima kasih sebab tolong dengar curahan hati aku ni. Lega sikit bila aku kongsikan dengan kau. " ujar Hud. Dadanya dipegang sekejap. Sedikit lega. Walau tak banyak Hud tetap menghargai jasa Yusouf yang dah bagi dia pendapat dan nasihat.

" Small matter bro! Tolong dengar aje. Tak ada luak kat manalah. " balas Yusouf sambil tersenyum.

******

" Tak tidur lagi Salwa? “ ujar Yusouf sebaik pintu bilik tidurnya di buka. Kelihatan Salwa sedang duduk atas katil membaca novel tulisan Puteri Nor.

Salwa mengangkat pandangan dari halaman novel setebal 432 muka surat ke arah pandangan mata Yusouf di depan. Buku ditanda dengan book mark yang ada diselit di celah - celah helaian muka surat.

" Belum. Awal abang balik? Dah habis meeting dengan Hud?"

Yusouf angguk. Kaki dihala ke arah bilik air. Nak membasuh kaki dan mengganti baju tidur. Usai membasuh dia menapak semula ke luar dari bilik air menuju almari baju di sebelah katil. Baju ditarik dari lipatan.

" Bukan meeting sayang, lebih kepada sesi luahan perasaan. " senyum segaris ditayang pada isteri. Lipat baju di buka.

" Luahan perasaan? Tentang apa? “ kerut kening Salwa bertanya.

Haih, lelaki dengan lelaki pun ada sesi luahan perasaan ke? Ingatkan perempuan aje.

Tshirt H&M disarung ke kepala. Perlahan kedua tangan naik menyarung lengan baju. Kemudian seluar flannel kotak-kotak berwarna biru disarung ke kaki. Elok je selesai, Yusouf naik menebeng tepi birai katil.

" Kesian Hud. Macam-macam kena uji. Sekarang ni kena uji lagi. Sampai tak tahu nak cari jalan penyelesaian," terang Yusouf. Wajah suri hati yang lembut tu dia pandang.

" Kenapa abang? Dia ada masalah dengan wife dia ke?" tebak Salwa. Dulu masalah kena suruh kahwin sampai dia dengan Yusouf disuruh beli cincin untuk pernikahan Hud. Punyalah si Hud tu tak ada hati nak kahwin. Kahwin pun sebab nak jaga hati umi dia.

" Dia dengan wife dia okey aje. Dah jatuh cinta sampai tergolek-golek dah pun. Tapi tulah, baru nak rasa bahagia Allah uji lagi," Yusouf duduk menyandar di kepala katil. Kedua tangan naik bersilang ke belakang kepala. Salwa pula mengesot rapat ke arah Yusouf sebaik lelaki tu bersandar.

" Biasalah abang dalam setiap perkahwinan Allah akan selalu menguji. Ujian tu di beri untuk mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang diberi. Ada ringan. Ada berat. Cuma terpulang pada kita sama ada nak terima ujian tu dengan redha atau pun tak." ujar Salwa. Dia tersenyum.

" Betul lah tu. Abang pun nasihat dia macam tu. Cuma abang rasa Hud tu tertekan aje. Iya lah orang baru nak merasa bahagia hidup berdua tiba-tiba dapat tahu pula yang arwah isteri dia tinggalkan wasiat suruh kahwin lain. "

" Kahwin lain? Biar betul abang," bulat mata Salwa seakan tak percaya.

Sekadar mengangguk Yusouf mengiakan kata-katanya.

" Siapa perempuan tu? "

" Hmm.. Salwa rasa?" sengaja Yusouf memberi teka teki kepada isterinya.

" Hish abang ni, manalah Salwa nak tahu. Abang yang dengar Hud punya cerita tadi, bukan Salwa." juih Salwa. Mencebir bibir dia.

Yusouf tergelak. Lucu lihat mimik wajah Salwa begitu. Pandang muka Salwa yang kian cemberut, Yusouf hela nafas lantas membuka cerita semula.

" Adik ipar dia. Kebetulan adik ipar dia tu kerja sekali dengan kita orang. Dia satu jabatan dengan abang."

" So abang kenallah perempuan tu?" Yusouf angguk lagi.

" Kenal macam tu ajelah. Tapi perempuan tu muka iras sangat dengan arwah kakak dia. Hud cakap dia jadi serba salah sekarang ni bila dapat tahu pasal wasiat tu. Salwa bukan tak tahu dia tak boleh lupakan arwah isteri dia tu. Dengan muka sama lagi, dia jadi teringat-ingat. "

Yusouf mengiring menghadap wajah Salwa dalam kesamaran. Berkerut wajah isterinya saat dengar cerita si suami.

" Ya Allah, scarry aje dengar macam tu. Tapi Hud dah kahwin kan.. Abaikan ajelah wasiat lama tu. Kesian je dekat Farah kalau dia tahu," berkerut riak Salwa apabila dapat tahu cerita yang sebenar.

" Abang nasihat la Hud tu jangan bagi dia kahwin lain. Kesian Farah. Farah tu baik je saya tengok," celoteh Salwa. Dia menggoyang- goyangkan lengan Yusouf.

Yusouf tersengih sambil pandang Salwa. Isterinya tu boleh jadi drama queen bila dengar cerita-cerita macam ni. Tambahan pula waktu-waktu mengandung ni. Cepat aje jadi sensitif.

" Salwa, yang ada masalah tu Hud dan Farah. Biar dia orang yang fikir macam mana nak selesaikan masalah dia orang. Abang dengan Salwa tak ada masalah apa. Jadi abang mohon Salwa jangan fikir yang bukan-bukan. Tak baik untuk kesihatan Salwa dengan baby. Dah jom tidur. " suis lampu utama ditutup. Suis lampu tidur pula ditekan. Cahaya yang samar mulai mewarnai pandangan mereka.

" Ala abang ni.. Salwa suruh abang bagitahu Hud. Bukannya suruh apa pun. Lelaki kalau bab kahwin ni memang suka. Kalau tak pesan nanti laju aje buat keputusan. Kita bimbangkan Farah aje. Kesian dia." omel Salwa lagi. Nadanya seakan merajuk dengan kata-kata Yusouf.

Erk!

" Salwa janganlah emosi. Abang kan dah cakap jangan fikir apa-apa. Tak baik untuk kesihatan Salwa dengan baby. Masalah dia orang biar dia orang yang selesaikan." nasihat Yusouf lagi. Kan dah kata, isterinya tu cepat sensitif. Masalah orang lain yang di sibukkannya.

" Abang suka la kan kawan abang tu berbini lagi. Entah-entah abang pun ada hati nak join sekaki. Lelaki ni pantang jumpa perempuan berdahi licin mulalah berhajat nak beristeri lagi.." tuduh Salwa. Dia yang terlebih sensitif mula terlepas kata. Tak perasan yang mulut sendiri dah menyakitkan hati suami. Hatinya mula mendongkol geram. Dan, air mata yang menjadi perisai mula dilancarkan apabila emosi menguasai perasaan.

" Subhanallah, Salwa. Istighfar sayang. Abang sayangkan Salwa dan anak-anak. Jangan jadi kan isu Hud ni sebagai masalah kita." Yusouf bingkas bangun dari baring. Wajah Salwa disebelah ditatap. Dia duduk merapati Salwa yang dah teresak menangis. Badan Salwa dirangkul dan dipeluk erat.

" Insha Allah abang akan cuba nasihatkan Hud nanti. Salwa janganlah menangis. Abang tak suka Salwa ributkan hal orang lain dari hal sendiri. Salwa kan tengah berbadan dua sekarang. Dah jom tidur. Salwa perlu berehat. Baby pun kena berehat." Yusouf menyambung lagi kata apabila Salwa masih diam membisu. Hanya kedengaran sesu sedannya saja.

Akhirnya Salwa mengangguk. Dia berbaring lesu dan sudahnya terlena dalam pelukan Yusouf sebaik saja suaminya mengalunkan zikir pada bayinya yang di dalam perut itu.

*******

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience