Bab 30 : Wasiat

Romance Series 20182

Sementelah dalam kepala dia ligat berfikir bagaimana mahu keluar dari situ. Perlahan Hud menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Telefon bimbit dikeluarkan. Laju saja tangan menekan ikon lampu suluh di telefon. Seketika kawasan dalam lift disimbahi cahaya dari pantulan lampu telefon dari tangan Hud. Di bawa suluh ke wajah Hannah. Mata gadis tu kelihatan merah dan sembap kerana menangis.

" Hann, stop crying. I'm here," air mata Hannah yang meleleh keluar diseka dengan ibu jari. Hatinya sedikit terusik melihat kesakitan dan ketakutan wanita tu. Serta merta wajah arwah Sarah terbayang di mata. Tiba-tiba kerinduan terhadap arwah menerpa.

Your wife is Farah not Sarah anymore!

Suara dari kepala tiba-tiba menyela. Lantas, bayangan arwah Sarah yang terlihat di wajah Hannah menghilang.

" Err.. I need to call somebody," Hud bangun dari sandar. Hannah disandarkan pada dinding lift dengan cermat. Lantas, jemari Hud pantas mencari nama di senarai panggilan telefon. Setelah dijumpai dia mula menelefon.

" Hello. Yusouf aku terperangkap dalam lift kolej ni dengan seorang lagi staff. Boleh kau tolong panggilkan unit penyelenggara kolej untuk keluarkan kami dari sini. Aku risau kalau-kalau ada gas karbon dioksida bocor. Inform unit sekuriti juga." beritahu Hud laju dan panik sebaik Yusouf rakan sekuliahnya tu menjawab.

Huh! Nafas kasar dilepaskan. Nasib alat telekomunikasi dia berfungsi dengan baik. Kalau tidak entah apa yang akan jadi. Tak dapat dia nak bayangkan. Serta merta ingatannya teringat pada Farah.

Setelah selesai membuat panggilan Hud menyimpan semula telefon ke dalam saku seluar. Dia mendapatkan Hannah semula.

" Macam ma..na aa..bangg." tersedu Hannah bertanya.

" Abang dah telefon kawan abang. Mungkin sekejap lagi ada orang datang selamatkan kita. Sabar ya," pujuk Hud. Dia kembali duduk di sebelah Hannah. Kedua lututnya didirikan dan dipeluk.

Hannah pula menyelesakan kepalanya di bahu Hud. " Abang please don't leave me! " lengan Hud dipaut juga. Hud hanya diam tak membalas.

" Abang.. I need to tell you something. It's about Sarah. " perlahan Hannah memberitahu. Ditarik nafas dalam sebelum dia melepaskannya berat. Entah kenapa saat ni, dia terasa mahu menceritakan segalanya. Dia penat mahu menyimpan wasiat tu.

Hud paling kepala ke sebelah. Dia yang ralit termenung berpaling setelah mendengar suara wanita tu. Anak mata Hannah di cari.

Sarah! Kenapa tiba-tiba? Kenapa sekarang ni?

" About what?"

" W.. Wa.. , " Hannah tergagap. Tak dapat meneruskan kata. Air mata merembes sekali lagi. Payah untuk dia berterus terang. Mengenangkan harapan Sarah hatinya digigit pilu.

" Hann.. If you not ready to tell I can wait. Don't push yourself. It's hard for you. Me too. The person that I love most are left me. Forever, " Hud menghembus nafas dan menyedut udara dan menyambung kata semula, ".. take your time, " bergetar bibir Hud. Ada manik kecil di hujung matanya saat mengelipkan mata. Sebak mengenangkan orang yang dah lama pergi.

" Nope, I can't stand it anymore," Hannah mengesat air mata yang meleleh. Dia menyedut nafas dalam sebelum menghela perlahan.

" Wasiat, " sambungnya.

Sejenak dia mengangkat kepala dari bahu Hud. Kepala ditoleh ke wajah lelaki tu. Dia tekad. Hari ini dia akan menceritakan segalanya pada Hud. Biar ringan perasaan yang ditanggung. Setidaknya dia telah menjalankan separuh dari amanah yang diberikan.

" Wasiat apa? Tentang apa?" tanya Hud. Wajahnya berkerut.

Perlahan saat tu disingkap kembali..

" Mama, Hann naik atas dulu ye, nak rehat. Letih la.." dia tersenyum manja pada Puan Sally. Bagasi pink yang besar gedabak tu diheret ke kaki tangga.

" Iyalah. Pergilah rehat. Hannah pun baru sampai memanglah penat. Nanti mama siapkan dinner," ujar Puan Sally. Dia tersenyum senang. Hari ini, dia gembira walau masih berkabung atas pemergian anak sulungnya yang telah pulang pada sang pencipta. Gembira kerana kepulangan Hannah anak bongsunya yang telah tamat pengajiannya di Jepun.

Kemudian Hannah pun berlalu ke atas dan masuk ke biliknya. Lama sudah dia tinggalkan bilik dia dan arwah Sarah tu. Saat kaki melangkah ke dalam bilik ingatannya menerpa pada arwah Sarah. Senyuman, gelak tawa serta kesedihan kakaknya menabiri pandangan. Perlahan dia menyeka butiran manik kecil yang bertakung di kolam mata.

Langkah kaki diteruskan hingga ke birai katil. Hannah melepaskan badan ke atas tilam. Siling bilik dia tatap lama. Wajah Hud dan arwah kakaknya Sarah silih berganti.

Dia kemudian bangun dan menuju almari baju. Sekilas matanya terpandang kotak empat segi berwarna hitam yang diikat riben emas di atasnya. Tangan tanpa arahan laju menarik keluar kotak tersebut.

Hannah duduk di lantai bilik. Kotak hitam tu di bawa ke depannya. Lantas penutup kotak dibuka. Bebola matanya menyapu isi yang ada di dalam.

Album gambar berwarna hijau. Ya, itu album gambar mereka bertiga. Dalam tu terdapat banyak gambar kenangan Hud, Sarah dan Hannah.

Lagi, matanya melihat isi kotak yang lain. Hadiah-hadiah pemberian Hud pada Sarah. Surat-surat cinta kakaknya dari Hud. Frame gambar mereka juga ada. Hannah tersenyum melihat. Lantas tangannya mahu menutup kembali kotak tersebut sebelum anak matanya terpandang satu gulungan kertas di celahan album-album lama tu. Yang dirasakan belum pernah dia melihatnya.

Tanpa apa-apa perasaan gulungan kertas itu diambil. Dibuka. Lalu, bait-bait tulisan tangan si arwah kakak menyapu pandangan mata.

Assalamualaikum adik,
Maafkan kakak untuk sekian kali ini. Ketika surat ini adik baca kakak mungkin telah pergi dan takkan kembali. Kakak sayangkan adik hingga akhir nafas ini.

Dengan itu, untuk sekian kali ini kakak mohon pengertianmu agar menerima permintaan kakak yang terakhir. Telah kakak redhakan segalanya untuk adik.

Kasih sayang kakak pada abang Hud tak terhitung nilainya. Sayang kakak padanya juga tak pernah luput. Tapi, takdir tidak memilih kakak untuk terus bersama dengannya.

Kakak tahu sayang dia juga pada kakak. Kasihnya yang tiada sempadan buat kakak. Namun apakan daya jodoh kami setakat ini saja.

Justru itu, dengan rasa rendah diri dan hati kakak memohon pengertian darimu agar memenuhi kekosongan tempat kakak padanya. Hanya adik yang kakak percaya untuk menjadi suri buat lelaki bernama Hud Fadhan. Hanya adik yang layak untuk menyayangi dia seperti kakak. Kakak menghargai pengorbanan adik. Cintailah dia dan sayangilah dia seperti mana adik tahu dan lihat kakak cinta dan sayangkan dia. Kahwinilah dia.

Ikhlas kakakmu,
Sarah Delisha Salim..

Dibuka dan bebola matanya mula membaca bait-bait yang tertulis. Sampai ke perenggan terakhir Hannah menyeka air mata yang merembes ditubir mata.

" Kak Ara I love you kak. Tapi kenapa semua ni kena jadi pada Hann. It hurts me more. I can't. " Hannah menggeleng.

Berulang kali dia membaca titipan akhir tu. Berat. Berat sungguh dia rasakan tanggungjawab yang Sarah mahu dia pikul.

Sungguh dia tak mampu. Perasaan bukan boleh di buat main. Hati dia sakit. Hati dia sedih. Namun, titipan akhir tu buat dia sendiri keliru.

Hannah kemudian simpan semula surat tu ke dalam kotak hitam tadi. Dia seka air mata yang berbaki. Lalu kotak hitam tersebut disimpan kembali dalam almari. Tuala bersih yang mahu diambil terus terlupa. Hannah kembali ke birai katil. Mata menyapu seisi bilik. Dialog mereka pula di suatu saat itu mengiang-ngiang tepi telinga.

" Kak, bila adik besar nanti adik nak cari lelaki kacak dan baik macam abang Hud. Kak tolong adik cari ehh.." manja Hannah bercerita. Patung hello kitty berwarna pink putih sebesar budak lima tahun di bawa ke dalam dakapan. Di peluk erat. Di bawa ke hujung hidungnya lalu dikucup penuh kasih. Menampilkan kebahagiaannya.

Sarah tertawa kecil. Wajah adiknya yang berusia lima belas tahun tu dipandang. Bantal petak di tepi kepala di ambil dan di bawa ke dalam pelukan.

" Abang Hud tak suka girls yang cengeng tau. Adik tu dahlah kuat nangis. Manja. Lepastu Kuat makan. Kalau gemuk-gemuk nanti abang Hud tak pandanglah."

Pap!!

Patung hello kitty tu elok tersasar pada wajah si kakak.

"Apa ni! Kasar la adik ni. Hah, lagi satu kalau girls kasar -kasar macam ni pun abang Hud tak suka tau." gelak Sarah. Patung yang mendarat atas ribanya di atas katil tu di ambil. Dia tersenyum mengejek Hannah disebelah.

" Kakak tulah, mulut tu suka hati je cakap adik gemuk. Mana ada gemuk. Adik cakap nak cari lelaki macam abang Hud. MACAM. Bukannya abang Hud." sepatah-sepatah perkataan macam tu dieja Hannah. Dia menarik muka empat belas dengan bicara si kakak. Tambahan sakit hati ditertawakan kakaknya.

" Yelah, nanti dah besar kakak tolong adik carikan tau. " pujuk Sarah. Dia meletakkan patung hello kitty tadi ke sebelah. Laju saja tangannya cuba menggeletek pinggang Hannah.

Hannah tersenyum pahit. Kepala dia menggeleng perlahan. Lalu bayangan serta suara-suara tu terhapus jua membawa dia ke alam realiti.

" Sarah tinggalkan surat untuk Hann. Tapi surat tu bukan diserahkan pada Hann. I found it at our room when I went back after a years she's dead," nafas dihela perlahan. Kedua tapak tangannya dicantum dan dimain bersama. Dia tersenyum tawar sebaik mengingat detik tu.

" And maybe mama dah sorokkan surat tu dari Hann. Tapi Allah tu Maha Kuasa kan, Hann tetap terjumpa surat tu dalam box kakak," sejenak bola mata Hud dia tatap. Hannah senyum segaris sebelum kembali menyambung bicara.

" Kakak tahu dia tak boleh hidup lama lepas chemotherapy yang kelima tu. Dia tahu abang terlalu sayangkan dia. Dan abang takkan boleh terima kalau kehilangan dia. Jadi, dia wasiatkan Hann supaya ambil alih tempat dia. She wants me to marrying you." cerita Hannah. Bibir digigit perlahan. Cuba meredakan sebak yang tak jemu bertandang.

" Nonsense. Kenapa dia pilih Hannah? " soal Hud bingung seakan tak percaya. Jantungnya berdetak laju. Tangan naik memicit pelipis sendiri. Kepalanya di geleng berulang kali.

Ridiculous!

“ Sebab.. Hann.." Hannah terjeda. Kepalanya ditundukkan semula. Berbelah bahagi perasaannya saat tu.

Antara mengatakan yang tersurat ataupun yang tersirat. Dia sendiri keliru. Perlukah dia memberitahu perasaan sebenarnya pada Hud sedangkan lelaki tu sudah bernikah dengan wanita lain?

" Sebab apa Hannah Delaila?? Tell me! " keras dan kuat. Dalam tak sedar dia sedikit menggesa. Lengan Hannah digoncang sedikit. Hud seakan hilang pertimbangan kerana menanti Hannah berkata-kata.

Tak cukup dengan itu, Hud bingkas bangun. Pinggang Hannah dipaut naik sekali dengan tubuhnya. Akibat kaki yang berdiri tak stabil menyebabkan Hannah terdorong ke sudut lift diikuti Hud.

Saat baru mahu membuka mulut sekali lagi lantai lift bergoncang kuat. Hannah dan Hud jatuh ke lantai lift. Dan serentak tu juga pintu lift terbuka. Kedua pasang kepala mereka ikut serentak memandang ke luar lift kerana bunyi suara-suara dari luar tersebut. Kelam kabut Hud bangun dari menindih tubuh Hannah. Merah mukanya menahan malu. Hannah juga turut bangun laju membetulkan kolar baju blousenya.

***********

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience