Bab 48 : Tiny Creatures

Romance Series 20182

Farah sedang bersiap. Dia mengenakan tudung berwarna nude dengan dress labuh berwarna merah delima. Sedikit calitan lip gloss pada bibirnya menaikkan seri wajah ibu hamil tu. Farah tersenyum depan cermin besar di hadapan sambil tangan di bawa ke belakang badan untuk cuba mengikat tali dress.

Kini kandungannya sudah memasuki minggu ke 24. Hari ini dia perlu menghadiri temujanji doktor untuk melihat perkembangan janin. Dia juga perlu mengetahui sama ada ketumbuhan cyst sebelum ni sudah mengecut atau tidak. Jika belum, dia harus bersiap sedia untuk melalui proses pembedahan di awal usia kandungan memasuki minggu ke 30.

Hud keluar dari bilik mandi dengan tuala yang melilit di pinggang. Kelihatan Farah yang terkial-kial sedang mengikat tali dress merah delimanya kerana tangan yang tak sampai ke belakang akibat perut yang sudah agak besar. Hud merapati si isteri.

Dia memeluk Farah dari belakang lalu melabuhkan dagu di bahu belahan jiwanya. Farah kelihatan lebih berisi membuatkan Hud geram dengan perubahan bentuk badan isterinya tu.

" Honey.. I rasa baju ni tak sesuailah dengan you. Nampak sendat dekat sini." Tangannya naik menggosok kawasan tepi perut Farah. Dress labuh tersebut kelihatan sendat sedikit. Risau kalau lelaki lain menjamah tubuh sang isteri.

" Sini pun sama.." Tangannya lincah berlari ke bahagian bawah dada Farah walaupun dilitupi tudung.

" Abang. Saya nak bersiaplah. This is not the right time." tolak Farah. Tangannya cuba merungkai rangkulan Hud. Dia cuba mengelak. Lehernya juga geli diserang dengan cumbuan dari rahang Hud.

" Abang geramlah sayang. Sekejap aje." Hud tetap menggomol manja leher Farah walaupun isterinya cuba mengelak. Rangkulannya di bahagian bawah dada dikejapkan. Dia menyedut wangian dari tubuh tu dalam.

" Abang...cepatlah siap. Appointment kita pukul 10 ni." Farah cuba memberi peringatan kepada Hud sekali gus mengingatkan diri sendiri. Tahap kesabarannya cuba ditingkatkan. Dia pun risau akan diri sendiri jikalau terus-terusan digoda begitu. Farah sendiri pelik dengan hormon dalam badannya. Sejak-sejak mengandung keinginannya yang satu tu sukar dikawal.

" Okay. Okay. Tak bagi tak apa. Bagi atta cium baby je. Kedekut sangat amme ni." Hud angkat kedua belah tangan dari perut Farah yang sedikit bulat.

Perlahan, dia pusing ke depan menghadap Farah dan menunduk sedikit. Bibirnya dirapatkan ke permukaan perut Farah. Di mencium seketika. Namun, lain yang di sangka Farah lain pula yang dibuat Hud.

" Abang.." jerit Farah. Tangan kanannya menolak wajah Hud menjauh dari tubuh. Geram dengan suaminya yang mempermainkannya. Hud tersengih seraya panggung kepala dari tempat kegemarannya tu.

" Thank you honey." Hud melepaskan pelukan. Dia berlari ke arah pintu wardrobe dengan kenyitan mata yang sangat nakal. Risau berlama berada di hadapan Farah. Mahu terkehel tulang rahangnya nanti.

******

Setelah masuk ke bilik Doktor Erna, Farah di minta baring di atas katil oleh jururawat yang bertugas.

" Puan baring dulu. Sekejap lagi doktor akan datang untuk membuat pemeriksaan." ujar jururawat yang bertugas dengan senyuman yang manis. Dia mempersilakan Farah naik dan baring ke atas katil supaya ibu hamil tu selesa semasa menantikan kehadiran Doktor Erna.

Farah mengangguk. Justru, Hud menyambut tangan kanan isterinya dan membantu Farah naik ke katil. Tak ketinggalan juga, jururawat tu kemudiannya mempersilakan Hud untuk duduk di kerusi bersebelahan dengan katil sementara menunggu doktor membuat pemeriksaan berkala nanti. Dia kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut.

Beberapa ketika kelihatan pintu bilik di tolak dari luar. Doktor Erna muncul bersarungkan kot putih bersama stetoskop yang tergantung di pangkal leher dengan senyuman.

Doktor Erna melangkah merapati katil Farah sambil mengucapkan salam hormat kepada pesakitnya tu.

" Apa khabar puan hari ni? Sihat?"

" Alhamdulillah. Saya baik-baik aje." balas Farah tenang.

" Alhamdulillah. Kalau macam tu kita teruskan dengan pemeriksaan untuk kandungan puan dahulu." jelas Doktor Erna yang mula mencuci tangannya dengan hand sanitizer. Kemudian dia menyarungkan glove biru pada kedua belah tangannya untuk memastikan tahap kebersihan antara dia dan pesakit terjaga.

" Nurse sediakan saya alat untuk buat ultra sound ye." ujar Doktor Erna kepada jururawat yang ditugaskan dengannya pada hari tu. Jururawat tersebut mula menghulurkan alat untuk membuat ultrasound tersebut pada doktor Erna.

" Okey puan kita mulakan ye. Bismillah. " tangan doktor Erna memegang permukaan kulit perut Farah yang sedikit membulat tu setelah jururawat tadi menuang cairan gel ke atas perut Farah. Doktor Erna meratakan gel dan melalukan alat tersebut ke atas permukaan kulit perut untuk melihat kandungan pesakit.

Farah menarik nafas dalam dan mula memandang ke arah skrin disebelahnya. Beberapa ketika kelihatan bayang-bayang yang samar pada skrin. Hud terus bangun dari kerusinya dan merapati Farah setelah terdengar bunyi denyutan jantung bayi mereka. Dia tersenyum lalu mengusap lembut ubun-ubun Farah.

" Here your little tiny creature" ujar Doktor Erna yang cekap melalukan alat tersebut di atas kulit perut Farah. Kelihatan degup jantung bayi yang sedang berdegup membuatkan kedua pasang suami isteri tu tersenyum dan kembali fokus pada skrin di depan.

Doktor Erna mula mengarahkan cursor pada gambar bayi. Permulaannya, diambil ukuran kepala dan tangan seterusnya badan dan terakhir sekali kaki bayi. Semuanya kelihatan normal. Berat bayi pada usia kandungan minggu ke 24 tu pun sudah mencapai berat bayi dalam kandungan yang ideal iaitu kurang lebih 660gm dan panjangnya 35-36 cm.

Farah dan Hud berpandangan. Mereka sangat teruja melihat denyutan jantung serta ukuran tumbesaran bayi mereka. Keduanya tersenyum bahagia.

" Okay, baby are fine here. Mommy and daddy no need to worry. Puan Farah teruskan aje vitamin dan supplements yang klinik bekalkan. Tapi pastikan banyak minum air masak dan jangan lupa buat aktiviti senaman ringan untuk kuatkan otot badan dan pelvik." terang Doktor Erna setelah aktiviti pemeriksaan tu selesai.

" Boleh kami tahu apa jantina baby kami doktor?" soal Hud tak sabar. Perasaan teruja bakal menjadi bapa tak dapat dia sorokkan. Jelas terpancar pada raut wajahnya.

" It's still small to get know the genders la abang." perlahan Farah bersuara. Segan kepada doktor dan jururawat yang sedang bertugas di hadapan mereka tu.

" Dah boleh dah tu. We'll try ask the doctor about it." Hud kenyit mata. Farah menggelengkan kepala. Faham sangat dengan kerenah Hud yang kadang-kala bersifat sedikit degil tu.

Doktor Erna tersenyum senang melihat telah kedua ibu bapa muda di depannya. " Okay. If both you want to know, we'll find a minutes." mata Doktor Erna kembali fokus ke hadapan skrin sambil tangannya kirinya ligat memutar alat pengimbas di atas permukaan kulit Farah.

" Wait.." Doktor Erna sekali lagi melalukan alat pengimbas ultrasound tersebut ke atas perut Farah. Kali ini, dia menekan sedikit pada sisi kiri perut yang permukaannya agak tak rata.

" Daddy come and touch here." panggil Doktor Erna sambil menunjukkan kawasan perut Farah kepada Hud.

Hud terpinga-pinga. Hairan dipanggil Doktor Erna. Namun, dia tetap bangun dan mendekat.

" Here! Any problems doctor?" renung Hud pada Doktor Erna. Dia berpaling ke arah Farah turut bertanya tapi Farah angkat bahu tanda tak mengerti. Hud garu kening.

" Baby tak nak tunjuk pula. Dia bagi bontot je.." ketawa Doktor Erna ketika menunjukkan pada skrin mesin ultrasound. Hud pandang perut Farah dan skrin mesin berulang-kali secara bergilir. Dia garu belakang kepala. Boleh pulak bayi dia bagi bontot.

" Baby malu la atta." sengih Farah mengusik Hud sambil mengelus pelipis lelaki tu.

“ Malu ye, meh sini atta pujuk baby." Hud tak puas hati lalu menunduk sedikit ke arah perut Farah. Dia berbisik sesuatu pada kandungan tersebut sambil mengelus perlahan perut Farah. Semerta kandungan isterinya bergerak--gerak dan mata Farah membulat.

" He's moving." balas Hud teruja.

Doktor Erna yang turut perasan akan gerakan pada perut Farah tersenyum. Dan dia berpendapat bahawa bayi dalam kandungan tersebut amat mengenali aura kedua ibu bapanya.

" Let's check out."

Sekali lagi alat pengimbas di lalukan atas perut Farah. Meneliti kedudukan bayi buat kali kedua. Dan akhirnya Doktor Erna dapat memastikan jantina bayi mereka.

" Nampaknya macam geng daddy. Tapi apa-apa pun masih terlalu awal untuk buat pengesahan. Mungkin akan datang kita akan buat lagi pengecaman melalui scan berwarna pula. Jangan terlalu mengharap. Ini semua pemerhatian awal sahaja." beritahu Doktor Erna. Dia terpaksa menjelaskan begitu kepada pasangan tersebut. Bukan apa, risau kalau-kalau tersalah memberi maklumat. Harapan kedua ibu bapa kadang-kadang amat tinggi. Sebab semuanya masih di bawah penguasaan yang Esa.

Boleh jadi semasa pengecaman awal nampak seperti bayi lelaki. Alih-alih bila sudah selamat dilahirkan yang keluar adalah perempuan. Jadi akan membebankan perasaan kedua ibu bapa pula. Sebaiknya, Doktor Erna menjaga perasaan ibu bapa terlebih dulu.

Hud dan Farah beriak ceria. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Dalam hati keduanya mengucap syukur. Sebenarnya mereka tak kisah pun yang lahir nanti lelaki mahupun perempuan. Asalkan bayi tersebut selamat dan sihat. Itu sudah memadai.

“ Doktor, how about the cyst? " soal Farah kemudian.

“ Okay.. Kita cek sekalilah pasal ovari tu. Sekejap ya.." Doktor Erna sekali lagi meletakkan gel di bahagian bawah abdomen Farah pula berdekatan dengan rahim pesakitnya. Matanya kembali fokus pada skrin.

Alat pengimbas ultrasound mula digerakkan. Hud dan Farah memandang skrin menanti penerangan dari Doktor Erna. Apabila menjumpai gambaran kosong dan gelap di bahagian ovarinya, Doktor Erna menekan butang pada keypad mesin ultrasound tersebut untuk menjelaskan keadaan ovari Farah.

" Alhamdulillah. Melalui scan ni, kita dapati there's no more cyst at your ovary. Sepanjang kehamilan puan Farah pun so far semuanya memuaskan. So that she couldn't doing an operation." senyuman Doktor Erna menghilangkan gusar di wajah keduanya.

Farah dan Hud mengangguk faham. " Alhamdulillah. Terima kasih doktor." balas Hud.

" Sama-sama. Keadaan rahim Puan Farah nampaknya dah stabil. Pembesaran bayi juga kelihatan normal. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau macam tu kita jumpa lagi next four week untuk rutin pemeriksaan kandungan." ujar Doktor Erna sambil mencatat sesuatu pada buku pemeriksaan kandungan dan rawatan berskala Farah.

“ By the way doc, saya nak minta jasa baik doc untuk printkan gambar baby tadi boleh?" pinta Farah setelah bangun dari katil. Dia memperkemaskan blouse di tubuhnya sambil di bantu Hud.

“ Yeah, surely. Nanti saya suruh nurse berikan pada puan." balas Doktor Erna.

“ Thank a lot doc. See you again." Farah berjabat tangan dengan doktor pakar tersebut.

“ Insha Allah. Hati-hati ya puan. Jangan terlalu lasak. Apa-apa kemungkinan masih boleh terjadi sehingga puan selamat melahirkan." nasihat doktor berwajah manis tu.

Farah angguk dan senyum. Lalu dia dan suaminya berdua berpapasan keluar dari bilik doktor tu.

******

“ Yang, dah siap ke belum?" Barr menolak daun pintu. Menjengulkan separuh kepalanya di balik daun pintu tersebut. Kepala diteleng mencari susuk tubuh si isteri.

“ Almost done!" Hannah masih di depan cermin. Tangannya terkial-kial mencucuk anting-anting swarovski di cupping telinga.

Barr menggeleng lalu melangkah masuk. Merapati Hannah lalu membantu wanita tu memasang anting-antingnya di kiri kanan telinga.

“ Okay. It's done." hujung telunjuk kanan naik menyentuh pucuk hidung Hannah yang mancung.

“ Thank you sayang!" balas Hannah manja.

“ Thank you je!" hujung kening Barr dijongket. Kedua belah tangannya naik melingkar pangkal leher Hannah. Hujung hidung dirapatkan ke pucuk hidung isteri. Cuba menggoda.

“ The rest after this!" dada Barr di tolak perlahan agar menjauh dengan wajah yang seakan mahu mencium suaminya tetapi Hannah kekal statik di tempatnya juga. Barr terundur beberapa tapak kebelakang.

Barr tergelak. Licik. Pandai sungguh isterinya mempermainkan dia. Kedua tangan di bawa mencekak pinggang. Di renung wajah yang selalu menggoda keimanannya tu.

Walaupun Hannah kini hamil tetapi dia tetap mempunyai aura yang sangat menggoda dengan berpakaian dress labuh pastel mocha membuatkan Barr tak ingin melepaskan susuk isteri kesayangannya tu.

“ Promise me!"

“ Insha Allah daddy!" Hannah kenyit mata dengan senyuman menggoda lalu menyauk Channel di atas meja solek ke pangkal bahu. Kaki diorak langkah ke arah pintu bilik.

Dia tak ingin berlama di bilik tersebut bersama Barr. Berkemungkinan aktiviti lain pula yang jadi sedangkan di bawah rumah kini akan berlangsung majlis 'baby shower' mereka.

“ Hurry up sayang. They are waiting us! " laung Hannah depan tangga. Masih menanti Barr untuk turun berjumpa tetamu.

Barr melepaskan nafas geram. Di raup rahang cuba meredakan perasaan tersebut. Lalu tangan memetik suis lampu agar tertutup. Pintu bilik ditarik rapat setelah melangkah keluar.

Mereka berpapasan tangan turun dari tangga. Mempamer senyuman paling gembira sebaik wajah-wajah tetamu menyapa pandangan.

" Welcome mummy and daddy to be! “ beberapa rakan-rakan Hannah bersuara sebaik kelihatan susuk mereka menghampiri acara majlis.

Hannah dan Barr mengucapkan terima kasih pada tetamu mereka. Malam tersebut mereka membuat majlis menyambut anak sulung kedua belah keluarga sekaligus mengumumkan jantina bayi mereka.

Hannah di minta duduk di atas kerusi yang telah dihias cantik oleh pereka dalaman untuk majlis tu. Warna tema yang berlatarkan warna pink dan biru tu menjadi pilihan. Rata-rata aksesori majlis tu semuanya bertemakan warna pink dan biru yang comel-comel belaka.

Barr menyampaikan sepatah dua kata mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh tetamu yang sudi hadir pada majlis mereka. Juga berharap kesemua tetamu mereka mendoakan keselamatan ibu dan bakal kelahiran bayi mereka tak lama nanti. Setelah itu, tetamu di jemput makan dan minum serta menikmati majlis.

Barr merapati Hannah lalu menyua segelas air putih. Sejak dari tadi dia lihat Hannah berbual mesra dengan rakan-rakannya dan ahli keluarga yang terdekat yang mengucapkan tahniah atas kehadiran bakal bayi mereka. Hannah menyambut gelas tersebut lalu di minum sehingga habis. Lega. Kering tekaknya ketika berbual mesra tadi.

" Sorry.. Haus sangat."

" Sayang tahu sebab tu sayang bawakan air untuk ayang." balas Barr. Dia menyelit juntaian anak rambut Hannah kebelakang telinga.

" Nak makan?"

Hannah menggeleng. “ Tak lapar. Sayang dah makan? "

Barr pulak yang menggeleng. “ Belum. Kejap lagi lah. Tetamu ramai lagi ni." pandangan Barr ditebar ke arah sekeliling mereka. Masih ramai tetamu yang sedang menikmati suasana di majlis tersebut.

" Okay."

Barr dan Hannah leka berbual sehinggakan figura Hud dan Farah datang menghampiri mereka pun tak diperasankan sehinggalah Hud menepuk bahu Barr.

" Congrats bro and little sister! " ucap Hud mesra. Tangan dia hulur berjabat mesra dengan buddy di depan.

Farah yang disebelah suaminya tersenyum sambil menghulurkan kotak hadiah buat pasangan bakal ibu dan bapa tu setelah bersalaman dengan Hannah.

" Ala buat susah-susah aje la abang dengan Farah ni." Hannah berbasa-basi. Dia menyambut huluran kotak tersebut lalu diletakkan di atas meja yang sudah dipenuhi beberapa kotak hadiah serta bungkusan untuk bakal bayi mereka yang lain.

" Tak susah pun. Cash and carry." jawab Farah senang.

" Untuk baby kat dalam perut tu not matter. Kalau untuk korang sorry!" Hud tersengih mengusik.

Barr buat muka. “ Bapak kedekut! “

" Kasi chance lah dekat baby. Bukan senang uncle and auntie nak pilih hadiah tu. Limited kut. Kau dah dapat mummy gorgeous dah la." sakat Hud lagi. Dia melirik wajah Hannah yang tersengih yang berpaut mesra di lengan Barr. Wanita tu tampak elegan dan berseri kerana membawa aura ibu hamil.

" Kau pun sama lah. Jangan nak mengata aku sorang je. Dah dapat bini cantik kau balik aku pun kau lupa." balas Barr turut menyakat Hud.

Barr dan Hud kalau berjumpa memang tak sah kalau tak bertelagah. Sudah menjadi rutin hidup kedua lelaki tu. Mereka akhirnya ketawa mengingat cerita tersebut.

" Farah jom kita makan. Kalau tunggu diaorang sampai ke tengah malam pun tak habis." ajak Hannah. Dia bangun dari duduk dan meraih lengan Farah.

" Jom.. Abang, saya makan dulu lah dengan Hannah. Kalau lambat makan anak-anak abang dengan Barr meragam nanti." Farah memberitahu Hud yang dah bersedia mengikut Hannah ke arah meja yang di sediakan makanan di hujung sudut kawasan rumah tu.

" Okay. Hati-hati lady. Jangan makan oily food, fast food etc bla..bla.. Jalan perlahan-lahan okay. Jangan lasak-lasak sangat. " pesan Hud. Banyak sangat tajaan pesanan Hud untuk Farah sehinggakan belahan jiwanya tu menggagguk laju dan mahu melangkah cepat meninggalkan Hud. Tak tertahan mendengar banyak pesanan.

" Baiklah.. Baiklah tuan penasihat. " balas Farah sehinggakan Hannah dan Barr tergelak. Lantas, kedua ibu hamil tu meninggalkan kedua suami pujaan mereka meneruskan perbualan di meja tersebut. Mereka bergandingan menuju meja yang penuh dengan makanan.

" Macam kau seorang je ada isteri mengandung. Bini aku tu pun mengandung jugak. Tak ada pun aku nak pesan macam-macam kat dia." bebel Barr. Dia mengerling sinis pada Hud.

" Aku bukan apa. Risau. Farah tu aci je buat macam tak ada apa-apa. Lagipun, selera Farah sejak mengandung ni lain macam sikit. Semua benda dia nak makan. Kau pun tahu kan..dia kan ada cyst tu. Risau aku kalau dia makan benda-benda yang tak berkhasiat nanti boleh affect pada baby and masalah dia tu." rengus Hud. Hujung matanya masih tak lepas memerhati dan memantau langkah isterinya sehingga ke meja hidangan.

" Ada lagi ke cyst dia tu. Bukan kau kata hari tu doktor cakap dah tak ada? " Barr mengajak Hud duduk bersantai di kerusi di hadapan sementara menunggu isteri mereka menikmati makanan.

" So far lepas full checkup hari tu memang totally doktor tengok dah tak ada. Tapi aku risau jugak. Anything can happen. Apa-apa pun memang aku pantau. Kau tak faham Barr macam mana susahnya hati aku ni bila dapat tahu Farah ada cyst and at the same time mengandungkan anak kami. Doktor kata pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ini soal dua nyawa yang aku nak kena handle. So hard to explain. " Hud tarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Kolar baju kemeja di betulkan letak duduknya. Terasa sedikit sesak mengingatkan keadaan Farah.

Barr sandar belakang badan pada kerusi. Kedua tangan di bawa silang ke dada. Mencari keselesaan dan menginginkan suasana bicara yang santai. Dia pandang Hud dengan wajah yang penuh pengertian.

" Habis kalau dah buat full check up kau nak risau apanya. Aku tau Farah dah okay tu. Tak ada apa yang kau nak risau lah. "

" Kehilangan buatkan jiwa aku separuh gila kau tahu tak. Hilang Sarah. Hilang orang yang aku sayang dan cinta. Bertahun aku tertekan dengan masalah perasaan. Transform jadi orang yang aku sendiri tak tahu. Tahu-tahu aje aku dah jatuh cinta dekat Farah. Bila aku nak bahagia ada je benda yang jadi halangan sampai aku hilang diri aku sendiri. Sampai aku buat benda yang tak sepatutnya dekat dia. Aku hilang dia. Aku hampir-hampir nak tinggalkan dia bro. Tapi aku tahu, kalau aku hilang Farah aku sedar yang aku tak boleh hidup tanpa dia." Hud telan liur yang terasa berpasir.

" Ya aku tahu. Aku faham. Kita tak minta semua tu terjadi bro. Aku yakin sekarang semuanya dah okay kan." Barr tepuk bahu Hud cuba bagi semangat.

" Sebab tu aku akan protect apa saja yang akan buatkan aku tak akan kehilangan Farah kecuali takdir Allah. Aku nak buat sehabis baik untuk tebus kesalahan aku pada dia. Banyak dosa aku pada dia." gumam Hud.

" Aku happy kau dah okay. Rumah tangga kau pun dah okay. Aku harap Farah akan baik-baik aje lepas ni. Insha Allah. " ujar Barr memberi semangat.

" Thanks bro." senyum Hud.

" Ehh.. Bila kau nak umum jantina baby kau? "

“ Kejap lagi. Kita tunggu Hannah dengan Farah selesai makan." Barr menoleh ke arah kedua ibu hamil di hujung sudut yang masih lagi bergembira menikmati makanan mereka.

Hud angguk.

" Kau dengan Hannah okay?"

“ Macam yang kau nampak. Aku dengan dia dah makin okay. Kau pun tahu kisah aku dengan dia. Aku berterima kasih sangat dengan kau dan umi. Kalau korang tak ada tolong aku.. Aku tak rasa aku dan Hannah akan sebahagia sekarang. " Barr melemparkan pandangan ke depan. Memerhati gelak tawa Hannah yang nampak bahagia saat tu.

" Tak perlu nak berterima kasih la bro. Aku happy tengok kau happy. Alhamdulillah. Tak lama dah pun kita dua nak dapat anak. Aku tak sabar nak tengok junior kau dengan aku. " Hud paut bahu Barr. Mereka berdua ketawa bahagia.

" Yes. Aku pun tak sabar nak tunggu kelahiran our tiny creatures. We will wait and see. Mesti copy paste sangat kan! " teruja Barr membayangkan anak-anak mereka.

Dan malam itu, setelah acara hampir ke penghujung Barr dan Hannah mengumumkan jantina bayi mereka. Siapa sangka takdir Tuhan mengatasi segala perancangan mereka. Yang mulanya tak seindah mana namun berkat kesabaran membuahkan hasil yang baik. Hannah dan Barr bakal menimang dua cahaya mata sekaligus. Iaitu bayi perempuan dan lelaki. Para tetamu tak sudah-sudah mengucapkan tahniah buat mereka kerana tak menyangka menerima perkhabaran yang paling indah tu.

Riak bahagia terpeta di wajah keduanya dan turut diraikan keluarga dan rakan taulan yang tercinta.

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience