" Abang pusing la sini, " rengek Hannah manja di sebelah kanan. Kamera telefon dihalakan ke arah Hud.
Hud yang sibuk suap nasi ayam ke mulut buat tak endah. Tengah ralit dan khusyuk menikmati makanan tengah hari kegemaran di cafe kolej mereka. Kemudian, gelas ais lemon tea pula di bawa ke mulut.
" Abang.. tengok lah sini, " Hannah masih tak puas memujuk. Mahu kehendaknya dituruti.
Minuman lemon ais tea yang tengah menuruni rengkung Hud tersembur kemudian meleleh dari mulut bila Hannah menarik wajah Hud dengan sebelah tangan agar berpaling pada dia.
" Sorry.. Sorry abang, " telefon di tangan diletakkan ke meja. Tisu di sudut meja dicapai dan dilap ke mulut Hud. Kelam kabut dia. Nyaris tak tumpah baki air lemon ais dalam gelas yang diminum Hud tu. Habis bergegar meja yang di duduki mereka.
" Hann.. Abang tengah minum lah, " keruh wajah Hud dengan tindakan sengaja Hannah. Kepala di bawa jarak sehasta dari wajah gadis tu. Tangan serta merta refleks menolak tangan Hannah yang berada di pipinya. Mata ditebar keliling. Risau kalau dilihat orang. Boleh timbul fitnah.
" Sorry. Kalau abang pandang Hann tadi tak adalah Hann tarik muka abang. Hann nak wefi aje dengan abang," terang Hannah. Tisu yang telah digumpal di biarkan atas meja.
Hud kerling Hannah dengan wajah geram. Hatinya sebal. Hannah telah membuatkan saat makan tengah harinya berantakan hanya dengan perkara kecil. Nasi Ayam yang tinggal sedikit dalam pinggan tak jadi dihabiskan.
" Kut ya nak ajak wefi pun tunggu la habis makan," geleng kepala lelaki tu. Wajah bersahaja Hannah ditatap sebaik mengelap sendiri mulutnya dengan sapu tangan yang ditarik keluar dari poket seluar. Hannah tersengih. Sekali lagi perkataan maaf meniti di bibirnya.
" Haa cepat lah tadi kata nak wefi. Ada lagi berapa minit je nak masuk office balik."
Terus telefon dicapai. Hannah menghalakan kamera telefon ke arah bahagian wajah mereka dengan lebih dekat sehinggakan dagu bujur sirihnya menongkat di atas bahu lebar Hud. Dia tersenyum riang hingga menampakkan barisan gigi putihnya.
" Abang! " ternaik oktaf suara Hannah sebaik mahu menangkap gambar mereka. Bulat matanya terjegil ke arah belakang kepala. Hampir kening ya bercatum. Terus tangannya refleks menampar dada bidang Hud.
Hud tergelak. Kelakar melihat wajah cemberut Hannah. Mahunya tak marah si gadis tu apabila Hud meletakkan dua jari dalam keadaan 'peace' di belakang kepala Hannah. Seperti dulu-dulu jika mereka bertiga bergambar bersama arwah Sarah.
" Gelak pulak! Cepatlah abang. Kalau abang main-main macam ni bilanya kita nak masuk office. Biar lagi lambat kerja abang nak siap." gesa Hannah.
"Okey. Sorry." Hud berdehem sambil membetulkan lipatan tangan baju di siku.
Sekali lagi kamera telefon dihalakan ke wajah mereka. Kali ini wajah Hud nampak serius. Hannah pula seperti tadi menongkat dagu bujur sirihnya ke bahu lebar Hud. Setelah selesai gadis tu mengupload pula ke dalam media sosial instagramnya dan menanda nama pena instagram Hud sekali.
" Cepatlah pergi bayar. Tadi kata belanja abang lunch." sengaja Hud mengusik. Dia bercekak pinggang sambil berdiri. Dia telah bangun mendahului Hannah. Gadis tu pula masih sibuk merapikan diri dengan bedak asas di tangan setelah selesai menyimpan telefon ke dalam tas tangan tadi.
" Iye dah siap ni." terkocoh-kocoh Hannah bangun sambil membetulkan blouse di badan. Dia tergesa-gesa berjalan ke arah kaunter pembayaran dengan kaki yang memakai heels dua inci. Nampak sedikit tak terurus langkah kakinya dengan kasut tumit tinggi seperti tu. Hud menggeleng melihat aksi Hannah.
' Perempuan memang annoying kalau bab nak cantik-cantik sampai sanggup seksa diri' gumam hati kecil Hud. Pelipis yang tak gatal digaru.
Tapi mengingatkan ada seorang lagi perempuan yang tak pernah berlebihan ketika berhias diri menyebabkan gelaran tersebut tak sesuai diguna pakai. Sudah tentulah si suri hatinya.
Farah seorang wanita yang punyai sifat yang tersendiri. Pemakaiannya nampak biasa tetapi masih elegen. Budi bahasa wanita tu juga lembut dan penuh tertib. Auratnya cukup dijaga. Malah untuk berbuat lebih dengan suami sendiri pun adakala perlu dipaksa. Itu cukup membuatkan mata lelaki sepertinya rasa wanita tu paling sempurna. Tak pernah berlebihan dalam sebarang bentuk penggayaan. Farah is Farah. One and only. Tapi wanita tu jangan diajak berdebat. Boleh terbelit lidah malah tersimpul mati menghurai fakta.
Mengingatkan Farah tanpa sedar senyum tersungging sendiri di pinggir bibir. Apalah yang di buat isterinya tu saat ini. Angau mula mengusai diri walau baru beberapa jam meninggalkan wanita tu di rumah.
" Abang sengih-sengih kenapa?" tiba-tiba suara Hannah memecah di telinga. Mata di bawa pandang ke depan. Susuk tubuh Hannah berdiri dengan muka pelik. Terus bibir automatik berhenti tersenyum. Paras wajah di bekukan semula.
" Mana ada. Dah siap ke?Jomlah cepat," laju kaki menapak ke depan. Di bawa menghala ke kiri kafe dan pantas menuju ke lift staff. Hannah menggeleng kepala.
' Aci je buat muka beku tahap aisberg dia tu! Tadi senyum sampai ke telinga, gumam Hannah. Kakinya di bawa ke arah sama dengan Hud di depan.
Aneh!
*****
Kaki melangkah ke arah sofa. Sebiji epal merah di tangan kanan di bawa ke mulut. Digigit dan dikunyah setelah punggung mencecah ke sofa. Suara pembaca berita dari kaca televisyen di depan di buat tak endah. Kecur air liur mengingatkan kemanisan dan kerangupan epal dalam peti ais telah membawanya turun ke bawah. Manakala tangan kiri masih sibuk menatal telefon bimbit.
Media sosial instagramnya masih lagi menjadi pilihan. Sejak dari bilik dia usung telefon tu. Instagram Hud masih juga ditelek. Dari satu gambar ke satu gambar dia perhati. Kebanyakkannya sama seperti di dalam album yang dia jumpa hari tu. Kadang tersenyum kadang tersengih kadang juga berkerut wajahnya. Entah apa yang dilihat membuatkan Farah bereksperisi begitu.
Jemari di bawa menyentuh ikon penanda gambar pula. Sekilas mata tertancap pada satu-satunya gambar yang ada. Sedikit membulat matanya memerhati. Lantas dia menyentuh skrin pada gambar tersebut. Jelas dan terang.
Gambar seorang wanita yang berwajah manja tersenyum mesra disamping suaminya Hud. Kelihatan aksi menggoda wanita tersebut di sebelah bahu lebar suaminya. Wajah Hud juga kelihatan ceria dan gembira. Kapsyen di sudut bawah perlahan di baca.
Serta merta wajah Farah bertukar kelam. Mendung perasaan mula menabiri permukaan hati. Terdetik perasaan aneh di sanubari. Dia tidak pernah merasakan keanehan perasaan seperti tu sebelum ini. Namun, melihatkan potret dan kapsyen tersebut hatinya diburu rasa sesuatu. Cemburukah?
Tanpa sempat akal mendapat arahan dari otak, tangan sudah laju menyentuh gambar tersebut dua kali menandakan dia telah memberi status 'love' bererti suka pada gambar tu. Setelah tu, Farah menyentuh ikon anak panah kembali. Lantas laju saja dia keluar dari aplikasi Instagram tu. Tak sanggup berlama di situ untuk mengetahui lebih lanjut.
*****
" Umi kenapa tak beritahu nak datang?" kekura tangan wanita tu disambut. Dicium penuh hormat. Kemudian dia memeluk tubuh ibu mertuanya seraya menghadiahkan ciuman di kedua belah pipi.
" Saja nak buat surprise." senyum Puan Suraya. Tas tangan di bahu diletakkan ke atas meja setelah diajak masuk oleh Farah.
" Nasib Farah cuti lagi, kalau tak umi datang tengok rumah ajelah." sengihnya. Duduk dilabuhkan bersebelahan dengan ibu mertua di sofa.
" Sebab Umi tahu Farah cuti lagi tu yang umi datang. Isnin nanti baru mula semula sesi persekolahan kan?" tanya Puan Suraya.
Farah mengangguk senang. Hari ini baru Jumaat minggu kedua sesi persekolahan bercuti. Dia ada masa untuk berehat dua hari lagi sebelum memulakan tugasnya semula di sekolah nanti.
" Umi nak minum air apa. Sejuk atau panas? Kalau nak makan nasi kejap lagi Farah panaskan lauk." Farah mula bangun dan ingin menuju ke dapur. Namun langkahnya dihalang.
" Tak perlu susah-susah. Umi saja datang nak berbual dengan Farah. Lagipun tadi umi baru lepas makan dengan client. Masih kenyang."
" Tak apa, sekejap aje. Air aje umi. Farah panaskan lauk dan nasi sekali ye. Hari ni Farah buat Nasi Arab kesukaan abang. Umi boleh makan juga," tawar Farah lagi. Riang hatinya menyambut kedatangan si ibu mertua.
" Iyalah. Tapi kejap lagi lah kita buat sama-sama. Umi rindu dengan Farah nak borak-borak. Dah dua minggu tak jumpa Farah nampak berisi sikit. Lagipun ayah tak ada tu yang umi langsung ke sini lepas jumpa client tadi, " jelas Puan Suraya. Lengan Farah dipaut mesra.
Tak jadi melangkah Farah duduk semula ke sofa. Tiba-tiba suara garau lelaki mencelah perbualan mereka berdua. Kedua kepala berpaling memandang ke arah tangga.
" Ayah pergi mana umi?"
Hud yang berpakaian santai bertshirt pagoda tanpa lengan dan berkain pelikat turun menghala ke sofa berhadapan kedua wanita tersebut.
Senyuman tujuh ratus megawattnya dipamerkan senang. Terus saja mata Farah di bawa lari dari memandang situasi yang membuatkan hatinya sebal. Tatkala ini hatinya tengah berantakan dan berasa dilema. Senyuman tu mengimaginasikan dia pada wanita di dalam gambar Instagram Hud sebelum ini. Amat menyakitkan perasaan yang di rasa.
Hud tunduk mencium kekura tangan Puan Suraya bersalaman penuh hormat. Puan Suraya tersenyum membalas. Bahu Hud ditepuk lembut dan mesra. Peluang tu diambil oleh Farah dengan menghilangkan diri ke dapur sekaligus memberi peluang kepada dua beranak tu beramah mesra.
" Ayah dah dua hari ke London. Jumpa dengan Ku Jaleel. Ada perbincangan tentang syarikat sikit. Terus bincang pasal Barr sekali," terang uminya. Hud mengangguk faham namun berkerut wajah mendengarkan nama Barr disertakan umi.
" Kenapa dengan Barr?" lipat kain pelikat dirapikan. Hud kemudian menyelesakan duduk pula.
" Biasalah Ku Faridah tu sibuk mencari jodoh untuk Barr. Sengaja nak buat hidup budak tu huru hara cari perempuan yang pelik-pelik. Mahu tak si Barr tu bermasam muka dengan Ku Faridah, " jelas umi. Nafas dihela perlahan. Susah hati dengan hal yang satu tu.
" Barr, Barr.. Cerewet sangat tulah jadinya." Hud yang mendengar menggeleng. Entah sampai bilalah ibu saudaranya tu mahu mencarikan jodoh yang pelik - pelik untuk Barr. Bukannya Barr tu sekecil budak mahu digu kan dengan sesiapa yang tidak dia berkenankan. Sudah tahu si Barr tu perangainya cerewet mengalahkan apa saja. Tak mudah mengikut perintah si ibu. Kemudian kepala di tala ke arah dapur.
" Sayang.. Nak air panas, dahaga la," laung Hud pada Farah di dapur. Dan terdengar suara Farah membalas selepas tu. Puan Suraya memerhatikan tingkah si anak. Kepala digelengkan.
' Hmmm, perangai kuat memerintah dia tak hilang jugak nampaknya!' desis hati kecil Puan Suraya.
" Barr tu cerewet tak apalah juga. Sekurang-kurangnya dia tahu pilih mana yang baik mana yang buruk. Yang awak tu dah ada yang halal sibuk juga nak berkepit dengan bukan mahram. Jangan ingat Hud dah kahwin, umi tak tahu perihal Hud. Jauhkan diri dari Hannah. Umi tak suka. Umi tak nak Hud sakitkan hati Farah. " tanpa mukadimah Puan Suraya membedil Hud dengan ayat yang paling pedas. Sungguh tepat tanpa kiasan langsung.
Hud yang tadi memandang skrin kaca televisyen berpaling pada uminya. " Umi cakap apa ni. Hud tak faham."
" Hannah. Buat apa dia jumpa Hud dekat kolej?" tegas Puan Suraya bersoal. Matanya turut dibesarkan. Dia betul-betul rasa geram dengan sikap Hud. Perangai kasanova dia tu masih tak hilang lagi walaupun dah berkahwin.
" Errr.. Mana umi tahu?" kaget Hud menyoal. Belakang tengkuk dielus perlahan. Mula rasa memberat.
Bala dah datang nampaknya!
Muka keras umi dia pandang berselang seli dengan pintu dapur. Risau Farah keluar dari sana.
Tak dapat otak dia nak cerna kalau Farah pulak yang dapat tahu. Huh!
" Dari mana umi tahu tak penting. Apa yang penting tolong jauhkan diri Hud dengan Hannah. Sekarang dah tak sama macam dulu. Hud dah ada isteri. Perasaan Farah, Hud kena jaga." nasihat Puan Suraya.
" Ya umi. Hud tahu. Hud tak ada apa-apa dengan Hannah. We are friends. Dia sekarang dah jadi lecturer kat kolej bahagian multimedia. " Hud tunduk memberitahu. Tak sanggup rasanya nak pandang wajah keras umi nan satu tu.
" Kalau tahu aje tak cukup. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Dah jadi suami orang kena tahu batas diri. Jangan nak biar diri tu suka-suka dipegang, disentuh perempuan lain, " balas umi lagi. Masih tak puas hati nak menasihati si anak.
Bermacam-macam nasihat dan kata-kata positif disuntik ke dalam diri Hud.
Setelah beberapa waktu berbual dengan Hud, Farah keluar ke ruang istirehat tu dengan menatang dulang berisi air minuman dan gelas. Terus saja umi dan Hud berdiam diri dari berbual tentang hal Hannah.
" Jemput minum umi," gelas berisi air oren diserahkan pada Puan Suraya. " Awa.. Err, abang jemput, " cawan air teh panas disuakan pula pada Hud. Setelah disambut Hud, Farah pantas bangun dan duduk di sebelah umi. Malas dia mahu menentang mata Hud yang dari tadi galak memerhatikannya. Entah apa yang disukai suaminya tu sampai memandangnya tak lepas.
" Err Farah, umi nak tumpang mandi dan solat kejap. Tadi tak sempat nak singgah masjid." ujar Puan Suraya memecah hening waktu antara mereka bertiga. Seolah mengesan ada hal yang tidak beres antara anak menantunya tu lantas Puan Suraya bangun dari situ menuju ke kamar tetamu di atas.
" Baik umi, boleh. Tuala dan pakaian bersih Farah dah siapkan dalam bilik. Umi rehatlah dulu. Kejap lagi kita dinner sama-sama." balas Farah polos.
Hud menghabiskan baki air dalam cawan. Kemudian cawan tersebut diletakkan semula atas meja di depan. Pandangan matanya naik menala pada wajah isteri di depan. Mengesan sesuatu yang pelik pada wajah tu, Hud langsung bangun dan merapati Farah yang sedang ralit menonton buletin utama. Sehinggakan dia tak perasan Hud dah berkalih tempat.
" Lady, you tak sihat ke? Nampak lain aje." tegur Hud. Belakang telapak tangan laju naik menekap dahi Farah.
" Saya okey. Sihat walafiat. Alhamdulillah," balas Farah beku. Mata masih di kaca televisyen hanya tangan naik menepis tangan si suami yang ada di dahi tadi. Rimas. Hati kalau dah sakit semua benda pun sakit sekali.
Hud garu kepala yang tak gatal. Aihh, apesal pulak dinda pujaan hatiku ni? Angin barat daya mana pulak yang datang!
Melihatkan reaksi Farah yang beku Hud jadi hilang arah. Serba salah pun ada. Tertanya-tanya sendiri dalam hati mengapakah dengan isterinya tu. Dia ada buat salah kah? Sesungguhnya inilah sifat seorang perempuan yang buatkan dia rasa lemah.
" I'm sorry if I ada sakit kan hati you. Please see into my eyes. I'm very miss you today." Hud menggosok perlahan lengan si isteri. Berharap Farah mahu memandangnya dan menceritakan hal yang sebenarnya.
" Awak tak buat salah tetiba nak minta maaf kenapa? " sinis Farah membalas. Dalam hati punyalah dia geram. Tengok muka Hud masa tu rasa dia nak backhand aje.
Sah! Ada yang tak kena dengan Farah. Memang hari ni dari awal lagi dia dah rasa aura bala. Tadi dah dibidas dengan umi. Kini dengan Farah pula. Letak duduk dibetulkan lagi. Kali ini dia duduk mengiring dan menghadap sisi isteri. Dirapatkan tubuhnya dengan tubuh Farah.
" Ish, duduk dekat-dekat ni kenapa? Banyak lagi tempat lain." Farah senggol dada Hud dengan siku. Dia mula rasa panas. Berbahang dalam kepala belum habis sekarang Hud menambah panas di tubuh pula.
Lantas cepat tangan Hud meraih kedua belah lengan Farah. Badan Farah dipeluk erat. Walaupun dia tahu tindakannya tu bakal buatkan Farah lebih hebat bertarung. Farah mula meronta minta dilepaskan. Risau juga kalau aksi mereka dilihat umi nanti. Hati yang panas bertambah geram dengan kelakuan Hud pada tubuhnya.
" I'm sorry what I've done although I do not know what are they. I love you so much." bibir Hud mula memagut bibir Farah. Lama dia mencium si isterinya selepas Farah mula diam dari meronta. Kemudian bibir hangat tu dilepaskan dan Hud melarikan bibirnya ke cuping telinga Farah dan berhenti di leher jinjang wanita tu. Kata-kata maaf dan rayuan masih belum berhenti darinya.
" Please honey, I beg you. Forgive me." kedua tapak tangan Hud memegang sisi pipi Farah. Didongakkan sedikit wajah yang sugul tu. Mata bundar Farah dia tatap lama. Kemudian dua alis mata tu dicium bertalu sehingga kedengaran pada telinganya suara Farah yang sayu.
" I'm sorry. Saya tak ada hak nak ganggu hubungan awak dengan perempuan tu. I know who I am."
Hud terpinga-pinga. Perempuan? Hannah? Dia dengar ke hal yang dibualkan dengan umi tadi?Bertambah pusing kepala Hud. Memang kuasa dua bala dah datang nampak gayanya. Hela nafas yang panjang Hud lepaskan.
" You are my everything. My nyawa. That woman is nothing. I anggap dia adik aje. Lagipun dia adik arwah Sarah. Please stop overthinking about that. I'm really need you as you are my wife and my life." panjang lebar Hud buat penerangan. Dan Farah terjeda sesaat. Rasa bersalah mula menghenyak tangkai perasaan. Cepat sangat buat andaian akhirnya memalukan diri sendiri.
Tapi sebagai isteri dia patut berasa cemburu begitu. Perasaan sayang dan cinta yang telah lama ada dalam diri buat seorang lelaki bernama Hud Fadhan membuatkan dia gusar jika kehilangan. Namun mendengarkan pengakuan benar tu dia berasa lega. Hilang pelbagai sangkaan buruk dalam diri.
******
P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
Share this novel